Tuesday 31 July 2012

Budak Technician

Budak Technician


Adab dan Amalan Sunat Ketika Bersahur, Berpuasa dan Berbuka Puasa

Posted: 30 Jul 2012 01:25 AM PDT


Saya ingin kongsikan bersama anda semua, satu artikel dari rakan blog berkaitan adab-adab dan amalan sunat ketika puasa. Amalan-amalan sunat ketika puasa antaranya:

1) Sahur

Sahur merupakan amalan sunat yang sangat dituntut oleh agama. Tuntutan ini banyak dirakamkan di dalam hadis-hadis yang sahih. Antaranya:

Hadis daripada Anas bin Malik RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Bersahurlah kamu, sesungguhnya pada sahur itu mempunyai barokah (kebaikan)." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis daripada Amru bin al-Ash RA, Nabi SAW telah bersabda: "Membezakan antara puasa kita dan puasa ahli kitab (beriman pada Allah dahulu) adalah pada makan sahur." (Riwayat Muslim)



Hadis daripada Abdullah bin Amru RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Bersahurlah kamu walaupun dengan seteguk air." (Riwayat Ibnu Hibban: Hadis Hasan)

Hadis daripada Abu HUrairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Nikmat sahur al-Mukmin adalah makan tamar." (Riwayat Ibnu Abu Daud dan Ibnu Hibban: Sahih)

Itu adalah sebahagian daripada kelebihan bersahur. Jika kita lihat dari segi kesihatan juga ia amat baik, kerana kita akan menempuh tempoh puasa yang agak lama, maka tenaga yang cukup pada permulaan puasa adalah perkara yang sangat baik di samping dapat melakukan kerja-kerja seharian dengan baik sepanjang tempoh berpuasa.

2) Melambatkan Sahur

Waktu sahur yang paling afdhol adalah waktu yang agak hampir dengan waktu azan subuh. Tetapi tidak boleh lebih daripada selepas masuk waktu subuh, jika sudah masuk waktu subuh, maka kena berhenti makan.

Jika ada air di tangan yang tidak sempat untuk minum, atau makanan masih ada dalam mulut, maka boleh baginya untuk menghabiskan air tersebut sekadar keperluannya dan juga makanan yang berada di mulut tadi. Ini adalah berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: "Jika seorang daripada kamu mendengar azan, dan cawan berisi air masih ada di tangan, maka jangan letak sehingga selesai hajatnya." (Rwayat Abu Daud dan Al-Hakim: Sahih)

Juga hadis daripada Unaisah binti Habib RA, Nabi SAW bersabda: "Apabila Ibnu Ummi Maktum azan, maka boleh lagi makan dan minum, dan apabila Bilal azan (azan kedua), maka tidak boleh lagi makan dan minum." (Riwayat An-nasa'I, Ibnu Hibban dan Imam Ahmad: Sahih)

Berdasarkan hadis tadi, kita dibenarkan untuk makan dan minum sehingga masuk waktu azan subuh. Jika dengar sahaja azan, maka saat itu berhenti daripada makan dan minum. Di sini menunjukkan bahawa Nabi SAW bersahur pada waktu hampir hendak masuk waktu azan subuh.

3) Mengawalkan berbuka puasa

Afdhal bagi orang yang berpuasa mengawalkan waktu berbuka. Apabila azan berkumandang, maka boleh terus berbuka puasa. Jangan lagi tunggu berbuka di tengah-tengah waktu azan, atau pun di akhir azan. Jika kita menunggu di tengah-tengah laungan azan, itu juga sudah dikira lewat kata ulama'. Justeru, berbukalah semasa takbir yang pertama seusai membaca doa.

Kelebihan ini berdasarkan hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada Sahal bin Saad RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Tidak hilang pada seseorang itu kebaikan selagi mana dia mengawalkan waktu berbuka." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4) Berbuka dengan memakan buah tamar terlebih dahulu

Berbuka dengan buah tamar atau kurma adalah sunnah perbuatan Nabi SAW, paling sedikit pun jika tiada buah tamar, pasti baginda akan meminum air dan selepas itu baru solat, ia bagi menandakan bahawa nabi mengawalkan waktu berbuka. Tetapi jika tiada buah tamar, makanlah apa-apa sahaja buah yang manis, yang mudah untuk dapatkannya jika sukar untuk dapatkan buah tamar.

Ini berdasarkan hadis daripada Anas RA: "Baginda SAW akan berbuka puasa dengan beberapa biji rutob sebelum menunaikan solat, jika tiada rutob, maka nabi akan memakan beberapa biji tamar, jika tiada, nabi saw akan minum air dengan beberapa tegukan." (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi : Hasan)

Di sini menunjukkan bahawa Nabi SAW mencari perkara yang lebih afdhal dahulu iaitu berbuka, kemudian baru baginda tunaikan solat. Sama juga dengan keadaan kita hari ini, jika makanan sudah terhidang, maka lebih afdhal kita makan terlebih dahulu, kemudian baru tunaikan solat.

5) Doa ketika berbuka puasa

Selain kita mengamalkan doa yang sahih daripada Nabi SAW, kita juga dibenarkan untuk berdoa dengan apa-apa sahaja doa yang kita kehendaki, bulan Ramadan ini, kita harus memperbanyakkan doa pada setiap keadaan dan ketika. Kerana bulan ini adalah bulan ibadah, setiap detik dan saat diperuntukkan untuk beribadah kepada Allah SWT.

Nabi SAW membaca doa ini ketika berbuka:

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

Maksudnya: "Telah hilangnya dahaga, dan telah basahlah tekak, dan telah ditetapkan ganjaran jika dikehendaki oleh Allah SWT." (Riwayat Abu Daud dan An-Nasai': Disahihkan oleh al-Bani)

"Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka."

(Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin 'Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur'ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).

6) Pemurah

Kita sering digalakkan untuk menjadi pemurah. Jadilah pemurah mengikut kemampuan yang ada pada kita, jika kita ada tenaga, kita bantu orang lain menggunakan tenaga kita, jika kita ada harta, kita gunakan harta kita untuk kurangkan beban orang lain serta perkara-perkara manfaat yang lain. Kita jangan fikir bahawa hidup di dunia ini, apa sahaja kita beri, kita inginkan balasan. Kita perlu juga fikir untuk memberi dalam kehidupan yang singkat ini.

Orang yang paling pemurah di dunia ini adalah Nabi SAW, ini berdasarkan hadis daripada Ibnu Abbas RA: "Nabi SAW adalah paling pemurah bagi sekalian manusia." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita lihat bagaimana pengorbanan Nabi SAW kepada umatnya. Tiada inginkan balasan sentiasa, tetapi mengharapkan rahmat Allah SWT.

7) Sentiasa memperelokkan/memperbaiki bacaan al-Quran

Apabila kita melihat aktiviti harian Nabi SAW ketika di bulan Ramadan, setiap hari baginda akan tadarus al-Quran bersama Malaikat Jibril AS. Ini merupakan aktiviti yang sangat baik, walaupun Nabi SAW merupakan seorang Rasul, yang mana darjatnya lebih tinggi daripada Jibril, tetapi baginda tetap merendahkan diri untuk belajar dan tadarus al-Quran bersama Jibril AS.

Itu adalah kebaikan tadarus, apabila kita berada di bulan-bulan lain barangkali kita sibuk dengan urusan seharian, maka kita sering membaca al-Quran seorang diri. Kita tidak tahu bacaan kita mana yang betul, mana yang terkurang dan mana yang salah. Tetapi apabila kita bertadarus bersama sahabat-sahabat yang lain, ada juga orang yang ingin menegur bacaan kita seadanya. Kita hidupkan sekolah al-Quran di bulan Ramadan ini, supaya di dalam peningkatan umur ini, bacaan kita sentiasa bertambah baik.

8) Menghindarkan diri daripada perbuatan yang lalai dan maksiat

Di dalam sekolah Ramadan ini, kita disuruh untuk menjaga lidah kita daripada bercakap perkara yang sia-sia, menipu, mengumpat, mengadu domba, mencela, mengutuk, menjatuhkan maruah orang lain, dan sebagainya. Demikian juga pada anggota-anggota yang lain, kita perlu jaganya dengan sebaik mungkin daripada perkara yang haram.

Inilah rahsia di dalam Ramadan, mentarbiyah kita supaya menjadi orang yang bertaqwa yakni takut pada Allah pada setiap saat dan ketika. Untuk mencapai darjat ini, kita perlu usaha dalam sebulan ini dengan sebaiknya, kerana dengan izin Allah pasti diri kita akan sentiasa kuat apabila berada selepas sebulan Ramadan, di saat musuh-musuh ketat kita iaitu Syaitan tidak lagi dibelenggu.

Rahsia ini ada disebut di dalam firman Allah SAW yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (al-Baqaroh ayat 183)

Juga Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Jika salah seorang daripada kamu berpuasa, maka janganlah dia mencarut, bertelingkah, dan bersikap bodoh. Sekiranya ada orang mencerca atau ingin memeranginya (orang berpuasa), maka katakanlah : Sesungguhnya aku ini puasa." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sunat bagi orang yang berhadapan dengan golongan yang disebutkan di atas, dia menyebut yang dia sedang berpuasa. Hukum ini boleh diguna pakai pada puasa sunat.

Suryani dilabel simbol wanita gagah oleh media luar negara

Posted: 30 Jul 2012 01:01 AM PDT



SURYANI menduduki tempat ke-39 dalam acara air rifle individu wanita pada Sukan Olimpik 2012 di London.



LONDON - "Nur Suryani (Mohamed Taibi) adalah simbol wanita yang memiliki keyakinan dan kesungguhan."

Demikian rumusan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2012 London, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid terhadap ratu menembak negara itu.

Menurutnya, Suryani memiliki kecekalan dan tidak menunjukkan sebarang tanda menyerah mudah.

"Saya menganggap prestasi Suryani pada temasya di London tidaklah teruk sangat. Mata pungutannya juga boleh dikatakan memuaskan.

"Walaupun menduduki tempat ke-34 tetapi dia berjaya menewaskan baki 25 penambak hebat daripada negara lain. Sebab itu saya katakan, prestasinya agak memuaskan," jelas Ahmad Sarji semalam.

Menurutnya: "Kita perlu mengambil kira tekanan yang dihadapi oleh Suryani semasa beraksi pada temasya ini. Dia bukan sahaja menjadi tumpuan media asing, malah kandungannya juga boleh menjejaskan konsentrasinya.

"Tetapi dia mampu mengawal dirinya dengan baik dan ini membuktikan dia memiliki kekuatan mental yang hebat. Jika dia tidak mengandung, saya yakin Suryani boleh melakukan yang lebih baik."

Ahad Sarji juga menyifatkan bahawa Suryani memiliki potensi untuk pergi lebih jauh pada Sukan Olimpik akan datang.

"Banyak faktor yang menjejaskan prestasinya di sini (London). Selain tekanan media asing, dia juga perlu menjaga kandungannya. Sebab itu, saya anggap secara keseluruhannya, prestasi Suryani harus dibanggakan," tambahnya.

Mengulas prestasi skuad memanah yang tersingkir pada peringkat penyingkiran, Ahmad Sarji secara terbuka mengakui bahawa prestasi trio negara itu agak menurun dalam acara berpasukan.

"Memang prestasi mereka semasa latihan agak memuaskan tetapi kita tidak boleh bandingkannya ketika mengharungi pertandingan.

"Ia adalah dua perkara yang berbeza. Semasa pertandingan dijalankan, macam-macam perkara yang boleh mengganggu prestasi mereka," jelas Ahmad Sarji.

Beliau juga menafikan yang pemanah negara yang terdiri daripada Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohamad dan Haziq Kamruddin tidak memiliki kekuatan mental yang kuat.

"Pemanah kita tidak suka bersikap gelojoh. Mereka tidak menunjukkan keyakinan mereka," katanya.

Ahmad Sarji juga memiliki keyakinan bahawa trio negara itu mampu melakukan yang terbaik dalam acara individu yang bermula hari ini.

Dalam acara berpasukan, skuad memanah negara tewas kepada Mexico dalam persaingan ke peringkat suku akhir. -kosmo-

Tonton Siaran Langsung Sukan Olimpik London 2012 Online

Posted: 30 Jul 2012 12:50 AM PDT


Olimpik London akan bermula pada 27 Julai – 12 Ogos 2012. Namun buat masa ini, Malaysia lebih tertumpu kepada saingan Sukma XV Pahang yang akan dirasmikan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, esok.

Sebagai persiapan awal menjelang Olimpik London 2012, kami sertakan di bawah pautan untuk anda menonton secara online Olimpik 2012.

#1 Official Olympic Channel

#2 NBC Olympics

#3 Olympic.Org

#4 CTVOlympics TouTube Channel

#5 The Guardian

Kemaskini akan dijalankan dari semasa ke semasa.

sumber : harianpost.my

Banyak kerusi kosong di Sukan Olimpik

Posted: 30 Jul 2012 12:38 AM PDT



SEORANG lelaki duduk di sebuah kawasan yang tiada penonton pada permulaan pertandingan
 berenang di Pusat Akuatik, London kelmarin. 
 





KERUSI penonton kosong pada perlawanan tenis wanita antara Caroline Wozniacki dari Denmark 
dengan Anne Keothavong dari Britain di London kelmarin.
 
 
LONDON - Penganjur Sukan Olimpik London melakukan siasatan selepas banyak kerusi penonton didapati kosong semasa beberapa pertandingan sukan berlangsung kelmarin.

Setiausaha Kebudayaan Britain, Jeremy Hunt menyatakan beliau berasa amat kecewa dengan sejumlah kerusi kosong tanpa penonton pada hari pertama sukan itu.

Menurutnya, Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik London akan melakukan siasatan itu bagi mencari punca yang menyebabkan ketiadaan penonton yang ramai.

Imej-imej yang disiarkan di televisyen menunjukkan sejumlah besar kerusi di beberapa lokasi pertandingan tidak diduduki penonton.

Menteri Sukan Britain, Hugh Robertson berkata, beliau terkejut kerana penonton tidak memenuhi tempat duduk.

Kira-kira suku daripada 928,000 tiket gagal dijual pada Mei lalu termasuk untuk pertandingan bola tampar pantai dan tinju.

Namun, pada awal Jun lalu, sebanyak tujuh juta daripada 8.8 juta tiket telah dijual.

Sukan Olimpik London dibuka secara rasmi pada Jumaat lalu. - Reuters

Ustaz ajak Diana Amir Berkenalan

Posted: 29 Jul 2012 06:51 PM PDT


DIANA tidak menolak sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh dengan ustaz.

PELAKON Diana Amir atau nama sebenarnya, Nurdiyana Amir Hashim, 26, agak manis selepas berhijrah dengan memakai tudung sejak September tahun lepas.

Dia yang pernah berlakon filem seperti V3 Samseng Jalanan, Senario Opocot, Keramat dan 321 Cinta sebelum bertudung, kini hanya akan berlakon filem atau drama yang sesuai dengan keadaan dirinya sahaja.

Diana yang bakal muncul dengan filem terbaharu terbitan Metrowealth Movies Production (Metrowealth) bersama pelakon Kamal Adli kini menolak tawaran berlakon di bulan Ramadan supaya lebih banyak masa untuk beribadat.

Ketika ditemui di majlis berbuka Metrowealth di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, gadis kelahiran Birmingham, England ini juga turut berkongsi kisah diajak berkenalan oleh beberapa ustaz ketika mengikuti program keadaan di bulan Ramadan ini.

Kosmo!: Boleh ceritakan apa aktiviti anda sepanjang bulan Ramadan ini?

DIANA: Sepanjang bulan Ramadan ini saya tidak terlibat dengan sebarang penggambaran filem atau drama, saya banyak tumpukan untuk beribadat seperti pergi tarawih dan memenuhi undangan forum berbentuk keagamaan dengan berkongsi kisah penghijrahan saya dengan remaja.

Selepas bertudung, adakah Diana pernah dipikat oleh sesiapa?

Saya masih tiada teman lelaki dan tidak terfikir ke arah itu lagi sekarang tetapi ada juga beberapa ustaz yang mengajak saya 'taaruf' (berkenalan) selepas berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS). Apabila mereka buat demikian terus saya tidak balas SMS itu. Saya berkenalan dengan mereka ketika dalam program keagamaan.

Kenapa Diana menolak untuk 'taaruf' dengan mereka?

Saya masih tidak berani, misi saya sekarang untuk mendalami Islam. Ilmu saya masih tidak cukup dan tidak mahu campur aduk perkara lain dalam usaha saya kenal dengan agama sendiri.

Adakah Diana menolak jika bertemu jodoh dengan ustaz?

Saya tidak memilih. Saya akan terima sesiapa sahaja jodoh yang ditentukan Allah, kalau ustaz juga tidak mengapa asalkan ustaz yang baik dan boleh membimbing saya kelak.

Diana ada sasaran bila akan menamatkan zaman bujang?

Saya berdoa dipercepatkan jodoh mudah-mudahan tahun depan.

Tahun hadapan? Bukankah itu terlalu cepat untuk anda?

Saya mahu cepat-cepat dapat zuriat. Kalau dulu saya mahu kahwin sebab mahu mempunyai suami, tetapi sekarang saya begitu mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata sendiri kerana saya terlalu sukakan kanak-kanak.

Kriteria suami pilihan Diana?

Sudah tentu yang beriman yang penting dia perlu bijak dalam membimbing saya dan keluarga.

Bagaimana kerjaya seni Diana, adakah masih menerima tawaran berlakon?

Saya kini banyak menerima tawaran berlakon drama dan telemovie, manakala untuk filem tawarannya agak terhad selepas saya bertudung tetapi saya reda.

Adakah Diana mengenakan syarat selepas menerima tawaran berkenaan?

Saya sebenarnya tidak kisah, asalkan kena dengan imej bertudung saya, jika tawaran itu yang mahu saya lakonkan watak bercinta juga tidak mengapa asalkan tiada adegan peluk dan bersentuhan dengan bukan muhrim.

Diana kena begitu supaya tidak dipandang serong oleh masyarakat apabila berhijrah mesti ada perubahan.

Apakah filem terbaharu Diana akan datang?

September ini dilancarkan filem saya bersama Kamal Adli berjudul Salam Cinta terbitan Metrowealth. -kosmo-

Eksekutif Pentadbiran Berita TV9 Mati Tergantung

Posted: 29 Jul 2012 06:05 PM PDT



 TINGGAL KENANGAN... Syaleza bersama anak lelakinya yang berusia dua tahun.


SUNGAI BULOH – Seorang wanita yang mengurungkan diri kerana merajuk selepas bertengkar dengan suaminya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas siling di dalam sebuah bilik di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai di sini kelmarin.

Mayat Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar, 31, ditemui oleh suaminya di dalam bilik tersebut ketika beliau memanggilnya untuk bersiap-siap menjelang waktu berbuka puasa pada pukul 7 petang.

Difahamkan, suami mangsa, Norazman Bashah, 30-an, hanya memberitahu mengenai kematian isterinya kepada abang mangsa pada pukul 9.30 malam.

Ketika kejadian, anak lelaki pasangan tersebut yang berusia dua tahun turut berada di dalam rumah.

Jurucakap polis memberitahu, polis dan pasukan bantuan perubatan bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 10.30 malam.

Bagaimanapun, katanya, wanita itu telah disahkan meninggal dunia ketika ditemui.

"Pada mulanya kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, selepas bedah siasat, doktor mengesahkan terdapat beberapa kesan lebam pada tubuh dan kesan jerut pada leher wanita tersebut," katanya ketika ditemui semalam. -kosmo-

No comments: