Sunday 5 August 2012

Budak Technician

Budak Technician


Aamir Khan Daddy Yang Sangat Cool!

Posted: 04 Aug 2012 07:04 AM PDT



Kesibukannya dengan kerja-kerja pengarahan dan lakonan membuatkan aktor Aamir Khan jarang sekali berada di rumah. Namun, isterinya Kiran Rao langsung tidak kisah kerana Aarmin Khan akan tetap cuba mencuri masa untuk menumpukan perhatian terhadap anak mereka, Azad Rao Khan.

"Apabila Aamir pulang ke rumah pada waktu malam, dia akan tukarkan lampin Azad. Kalau Azad bangun atau terjaga, dia akan bagi susu. Pendek kata, dia betul-betul berusaha menjadi seorang bapa yang baik," kata Kiran Rao yang ditemui sewaktu melancarkan filemnya yang berjudul Dhobi Ghat.

Kiran juga memberitahu, mereka kini dalam perancangan unuk bercuti ke Amerika Syarikat semalam 3 bulan bermula pada 3 Ogos 2012 nanti.

"Kebetulan Aamitr terlibat dengan syuting filem Dhoom 3. Jadi, terlanjur sudah berada di sana, kami akhirnya membuat keputusan untuk terus bercuti. Bagus juga untuk kami kerana kalau hendak diikutkan sudah lama kami tidak berpeluang untuk bercuti ke mana-mana," katanya.


Ditanya apakah dia berasa tertekan menjadi isteri kepada seorang bintang terkemuka dunia, Kiran Rao berkata, dia sama sekali tidak berasakannya.

"Tengoklah saya. Simple sajakan...," katanya sambil tertawa. -murai-

Gaya Turban Rozita Che Wan Jadi Tumpuan

Posted: 04 Aug 2012 06:58 AM PDT

rozita che wan

Selepas Natasha Hudson yang berjaya mencuri perhatian dengan kemunculan pertama kalinya dengan fesyen turban ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 April lalu, pelakon jelita Rozita Che Wan turut memberi impak serupa.

Dengan menggayakan kurung sendat rekaan Qudyn, Rozita Che Wan tampil berseri dengan hiasan turban di kepala yang menggunakan warna sedondon tetapi miliki sentuhan jingga sekali gus membuatkan ramai mata memandang.

rozita che wan

Malah persalinan yang sarat dengan perincian itu turut memilih hiasan manik daripada warna serupa dan juga jingga sebagai sentuhan tersendiri daripada pereka fesyen yang menjadi pilihannya sejak sekian lama.

Ditemui ketika majlis berbuka puasa dan tayangan rancangan Aidilfitri Astro di Hotel Royale Bintang Damansara, baru-baru ini, Rozita Che Wan berkata dia akan sentiasa menutup aurat kepalanya sepanjang Ramadhan ini sebagai menghormati bulan keberkatan itu.

rozita che wan

Malah, dia turut tampi bergaya dengan tas tangan Prada bersaiz sederhana yang turut hadir dengan warna serupa dengan persalinan dan turban dikepala.

"Alhamdulillah, seperti tahun sebelumnya, inilah gaya saya sepanjang bulan Ramadhan. InsyaAllah, manalah tahu saya akan kekal dengan gaya seperti ini walaupun selepas Hari Raya nanti," katanya merendah diri.

rozita che wan

Tidak sendirian, Rozita Che Wan telah ditemani pelakon kacak berwajah Mat Salleh, Zain Saidin yang tidak ketinggalan menggayakan baju Melayu bewarna jingga sekali gus menjadikan kehadirannya pada majlis berkenaan lengkap. -murai-

Ella Kekok Uruskan Suami

Posted: 04 Aug 2012 06:45 AM PDT


Tidak sampai sebulan bergelar isteri, penyanyi rock, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin akui gembira apabila dapat menguruskan suami tercinta, Azhar Ghazali dengan tugas-tugas sebagai seorang isteri.

Meskipun agak kekok dan sukar baginya, namun Ella berkata dia sudah semakin seronok memikul tanggunggjawab sebagai seorang isteri pada usia 46 tahun ini.

"Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar walaupun saya akui agak susah juga untuk membiasakan diri dengan kehidupan sebagai seorang isteri. Namun saya cuba menyesuaikan diri perlahan-lahan untuk belajar sedikit demi sedikit mengenai perihal menguruskan suami supaya dia dijaga rapi oleh saya.

"Tanggungjawab saya setiap hari bermula dari lepas solat Subuh bersama suami kerana saya tidak akan tidur dan terus menguruskan keperluan suami untuk dia keluar bekerja seperti pakaiannya dan sarapan pagi (sebelum berpuasa).

"Tetapi apa perkara paling ketara adalah saya kini perlu meminta izin suami untuk keluar dari rumah dan dalam apa jua perkara saya terpaksa memikirkan untuk dua orang iaitu suami dan saya ," katanya selepas rakaman Mentor 6 Raya di Studio 2, Plaza Alam Sentral, kelmarin.

Pertama kali menjalani ibadah puasa bersama suami tercinta, Ella memberitahu dia amat bersyukur dan sangat teruja apabila berpeluang bersolat terawih bersama suami.

"Saya gembira sangat kerana berpeluang bersolat terawih bersama suami kerana bukan mudah untuk kami bersama di bulan puasa ini disebabkan masing-masing sibuk dengan kerja.

"Namun masa yang kami ada dimanfaatkan dengan baik. Selepas bersolat terawih bersama kami sempat ke kedai Mamak untuk menikmati teh tarik bersama,"beritahu Ella yang kini dalam proses pembikinan album kompilasi bersama penyanyi-penyanyi lain.

Sementara itu, Ella turut memberitahu dia sempat menyediakan juadah sahur untuk suaminya selain menyifatkan Azhar tidak banyak kerenah dalam soal memilih makanan.

Ella dan Azhar yang juga seorang juruterbang bernikah pada 7 Julai lalu di rumah keluarga pihak wanita di Klang, Selangor. -murai-

Scha Al-Yahya Geletek Awal Ashaari Bangun Sahur

Posted: 04 Aug 2012 06:32 AM PDT


Pertama kali menjalani ibadah puasa bersama sebagai pasangan suami isteri, Awal Ashaari dan Scha Al- Yahya akui mereka melalui pengalaman dan detik manis bersama yang sangat menyeronokkan ramadan ini.

Malah Awal Ashaari berkata dia dapat merasakan banyak perubahan ramadan kali ini bersama Scha Al-Yahya, apatah lagi waktu sahurnya kali ini tidak lagi dikejutkan ibunya, sebaliknya ia dilakukan isteri tersayang dengan cara yang sangat berbeza dan manja.

"Saya akui memang susah untuk bangun sahur. Jika saya bangun sahur pun saya hanya akan minum air atau mengambil apa jua makanan yang ringan.Tetapi waktu dulu ibu saya sangat memberatkan kepada kami untuk bangun waktu sahur kerana dia akan masak dengan banyak untuk kami sekeluarga makan. Jadi macam mana pun dia akan paksa anak-anaknya bangun sahur.

"Namun, cara ibu saya kejut sahur adalah dengan cara memercikkan air ke muka dan cubit-cubit supaya saya tetap akan bangun bersahur. Berbeza dengan Scha yang tidak terlalu memaksa tetapi tetap mahu saya bangun untuk minum paling tidak segelas air.

"Cara Scha kejut sahur tidak terasa kerana dia akan menggeletek saya sehingga saya bangun. Jika tidak dia akan begurau dengan mempercepatkan waktu di jam bagi menakut-nakutkan saya bahawa waktu bersahur hampir tamat. Walau bagaimana pun dia berjaya buat saya tertipu dan akhirnya bangun," katanya   pada majlis berbuka Astro Shaw, di Hotel One World.

Sementara itu, Scha Al-Yahya pula memberitahu dia gembira kerana sudah berpeluang memasak untuk suami tercinta dengan menyediakan juadah kegemaran Awal.

"Walaupun sedih kerana kami tidak dapat berbuka bersama pada 1 Ramadan disebabkan tuntutan kerja masing-masing tetapi saya bersyukur kerana berpeluang dapat memasak juadah berbuka untuk kami bersama.

"Saya masak lauk yang ringkas sahaja iaitu sambal goreng ikan bilis dan juga sotong goreng kunyit, tetapi Awal sangat suka masakan sotong goreng kunyit saya. Kami masak bersama di dapur. Saya masak dan Awal tolong kritik. Dia suka mengkritik dan apa yang saya sediakan itu banyak mengikut citarasanya berbanding saya.

"Namun saya gembira kerana kami banyak habiskan masa bersama dalam menjalani ibadah puasa termasuk dapat melakukan terawih bersama-bersama," jelasnya Scha.

Awal dan Scha yang hingga kini masih menunggu rezeki untuk menimang cahaya mata telah berkahwin pada 4 Mei lalu. -murai-

Dituduh Melahirkan Anak Luar Nikah, Norish Karman Tak Peduli Apa Orang Nak Kata

Posted: 04 Aug 2012 06:20 AM PDT

Gambar Norish Karman bersalin tersebar

Biarpun dituduh melahirkan anak luar nikah yang diberi nama Alexander bin Abdullah pada tahun lalu, namun kontroversi berkenaan sedikit pun tidak memberikan kesan buat Norish Karman.

Malah, acapkali dia dilihat muncul di hadapan media dan khalayak ramai. Namun, apabila ditanya mengenai isu berkenaan, Norish Karman lebih senang untuk membiarkan persoalan itu berlalu pergi begitu saja.

Sewaku ditemui di majlis tayangan program Aidilfitri anjuran Astro di Royale Bintang Damansara, semalam, aktres berusia 38 tahun ini masih tetap berpegang pada prinsipnya untuk tidak menjawab apa-apa yang berkaitan dengan persoalan tersebut.

"Terpulanglah kepada masyarakat dan umum untuk menilai serta melihat diri saya bagaimana kerana pada saya jika mereka orang yang baik-baik, pasti mereka tiada prasangka atau niat yang buruk untuk menuduh saya sedemikian.

"Biarlah apa pun mereka nak kata saya rileks sahaja, ini semua saya anggap dugaan daripada Allah Maha Esa. Alhamdulillah, rezeki saya masih lagi ada dalam industri ini dan perkara ini tidak pun menjejaskan karier saya.

"Benda dah buruk pun, jadi tidak perlu nak dibesarkan. Saya ada keluarga yang maruah mereka harus saya jaga. Buat masa ini mereka minta untuk saya tidak mengulas apa-apa mengenai hal ini, itu permintaan mereka.

"Kalaulah saya nak lari daripada isu ini buat apa saya datang ke sini bertemu media dan orang industri, cuma buat masa ini tiada apa yang perlu dijelaskan, baik saya teruskan kerja cari rezeki," komen aktres ini panjang lebar.

Dilanda kisah kurang elok seperti ini seakan tidak menjejaskan periuk nasi aktres ini kerana menurutnya, dia sentiasa sibuk dengan syuting dan dalam masa yang sama memberi motivasi kepada pelajar universiti dan kolej serta badan korporat.

"Kebelakangan ini saya banyak berlakon, penat jangan cakaplah kalau shooting. Tetapi, saya bersyukur rezeki tidak putus dan dalam masa yang sama saya kini melebarkan karier menjadi ahli motivasi.

"Saya ada menerima undangan memberi talk berunsur motivasi mengenai pelbagai aspek antaranya imej dan persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan dan juga parenting.

"Yang menariknya dalam masa saya menyampaikan talk tersebut saya akan mencari ruang untuk menghiburkan para hadirin dengan lagu nyanyian saya sendiri dan ianya nyata mendapat sambutan,"ujar Norish yang gemar menyanyi dan pernah melahirkan album.

Terdahulu Norish dikatakan melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras pada September tahun lalu pada jam 6.13 petang dan telah diberi nama Alexander bin Abdullah. Namun status kesahihan berita itu belum disahkan Norish, walaupun pelbagai bukti telah tersebar di media massa. -murai-

5000 Cetakan Pertama Album Mawi Habis Dijual

Posted: 04 Aug 2012 06:02 AM PDT


Namanya pernah mencipta fenomena dalam industri hiburan tanah air. Namun akhir-akhir ini, nama Mawi seakan suram dan dia seolah-olah dilupakan.

Mungkin ramai tidak tahu, ibarat diam-diam ubi berisi, Mawi baru sahaja mengeluarkan album yang berunsur kerohanian. Album yang diterbitkan oleh syarikat produksinya sendiri, MW Entertainment, berjudul Asmaulhusna Asmawi.

"Album ini sudah berada di pasaran dan akan dilancarkan tak lama lagi," kata Mawi ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Astro di Hotel Royale Bintang Damansara, baru-baru ini.

Tambah Mawi, album ini hanya mengandungi 99 nama Allah yang diulang-ulang.

"Terdapat 11 track dalam album ini dan setiap track telah dipecahkan kepada beberapa nama-nama Allah," katanya yang turut menerima khabar gembira apabila 5000 cetakan pertama album tersebut telah pun habis dijual.

Pada masa yang sama, Mawi juga sibuk di belakang tabir apabila dia baru selesai mengarahkan telemovie raya 'Siapa Dapat Lisa' terbitan MW Entertainment.

Telemovie yang akan ditayangkan pada raya kedua ini dilakonkan oleh kumpulan Sepahtu dan Yasmin Hani.

Mawi menyatakan dia berhasrat untuk mengarah sebuah filem yang berunsur komedi.
"Saya teringin untuk mengarah filem berunsur komedi seperti aksi komedi, komedi seram dan sebagainya," kata Mawi.

Menyentuh soal persiapan Aidilfitri, kata Mawi, dia dan isteri, Ekin lebih menumpukan kepada persiapan untuk cahaya mata pertama mereka, Cahaya Malaika yang kini sudah berusia 5 bulan. -gua.com.my-

Aznil Hj. Nawawi Kena Rompak, Kerugian RM30,000

Posted: 04 Aug 2012 05:52 AM PDT


Kediaman yang didiami Aznil Hj Nawawi di Taman Yarl telah dimasuki perompak sekitar 10.00 malam Rabu lalu.

Ketika kejadian berlaku, ibu Aznil Hj Nawawi dan dua orang amah mereka berada di rumah tersebut namun pengacara popular tersebut tidak berada di tempat kejadian.

Menurut laporan, penjenayah melarikan sejumlah barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting anting & rantai kaki selain komputer riba dan beberapa helai pakaian.

Kejadian rompakan tersebut tidak disedari sesiapa dan dilaporkan Aznil Hj Nawawi sekeluarga menanggung kerugian sebanyak RM30,000.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan kejadian tersebut. -gua.com.my-

Memey Jawab Isu Sudah Berbaik Dengan Abby

Posted: 04 Aug 2012 05:44 AM PDT


"Alhamdulillah, kami bersyukur sangat-sangat kerana ini yang kami impikan selama ini. Berkat bulan yang mulia ini, akhirnya mimpi kami menjadi kenyataan," ujar pelakon Memey mengulas mengenai status terkini hubungannya dengan Abby Abadi yang dikatakan sudah kembali jernih.

Tiga hari lepas, Abby menerusi Twitter miliknya berkongsi dua keping gambar di mana menunjukkan mereka seolah-olah sudah berbaik. Bagi mendapatkan pengesahan berita baik ini, GUA telah menghubungi Memey dan isteri kepada Norman Hakim ini mengesahkan sendiri mengenai perkara tersebut.

"Kami tak pernah putus-putus mendoakan agar Tuhan menyatukan kami dan Alhamdulillah, ini semua berkat doa dari semua. Yang paling gembira mengenai perkara ini tentulah anak-anak dan bagi saya, inilah yang terbaik demi masa depan mereka. Kegembiraan juga jelas terpancar di wajah mereka apabila melihat mama dan mummy mereka berbaik."


Menceritakan lebih lanjut mengenai bagaimana hubungan baik mereka terjalin, Memey memberitahu, "Semuanya berlaku ketika bulan Ramadhan. Kami betul-betul dapat petunjuk baik ini ketika minggu lepas masa Memey nak ambil anak-anak di rumah kak Abby di Shah Alam. Masa itu kak Abby terus peluk Memey selepas kami bersalam.

"Selepas itu, masing-masing faham itu satu petunjuk yang positif. Mengenai dua gambar itu, semua ini tak dirancang. Abang Norman jemput Kak Abby untuk berbuka puasa bersama kami kelmarin. Ini kali pertama kami buka puasa bersama dan waktu itu, ibu Kak Abby pun ada bersama. Selepas berbuka, kami mengerjakan solat Maghrib bersama di mana abang Norman yang mengimamkan solat tersebut."


Menyentuh mengenai persiapan bulan Ramadhan serta Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, Memey yang kini hamil 3 bulan memberitahu, "Sekarang ini saya telah alami alahan yang teruk, jadi Ramadhan kali ini saya tidak dapat berpuasa sepenuhnya dalam keadaan macam ini.

Sebelum ini saya gila makan ayam, tapi kali ini, hanya ayam Nando's saja yang boleh saya makan kerana yang lain saya dah tak boleh masuk. Saya juga suka makan makanan Barat sekarang.

"Mengenai Aidilfitri pula, kami akan pulang beraya ke rumah keluarga mertua di Kuantan terlebih dahulu. Selepas itu kami akan pulang semula ke Kuala Lumpur untuk sambut raya bersama-sama dengan kak Abby sebelum kami berangkat ke Johor untuk beraya selama dua hari di sana." -gua.com.my-

Thursday 2 August 2012

Budak Technician

Budak Technician


Mesej Terakhir Syaleza Jaffar, Eksekutif Pentadbiran Berita TV9 Sebelum Mati

Posted: 31 Jul 2012 11:40 PM PDT


KUALA LUMPUR: "Sabarlah duhai hati" itulah kenyataan terakhir dikeluarkan Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar, 31, menerusi status BlackBerry Messenger (BBM) miliknya sebelum ditemui mati dengan kesan jerutan di leher di bilik kedua di kediamannya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, Sabtu lalu.

Menurut sumber, berlaku pertengkaran di antara mangsa dan suaminya kira-kira jam 7 malam menyebabkan wanita terbabit merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik.

Katanya, pertengkaran itu dipercayai berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan.

Harian Metro semalam melaporkan seorang eksekutif TV9 ditemui mati di rumahnya di Damansara Damai di Petaling Jaya oleh suaminya dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dia menghubungi hospital bagi mendapatkan bantuan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. -hmetro-

Cara Nak Goreng Ikan Bilis Supaya Rangup

Posted: 31 Jul 2012 09:07 PM PDT



Bulan puasa ini pastinya suka masakkan makanan goreng goreng, terutama makanan yang simple seperti sambal ikan bilis.

Hari ini nak kongsi petua menggoreng ikan bilis supaya rangup. Ermm lapar plak perut nie..

1. Macam biasalah perlu ada Ikan Bilis.

2. Belahkan ikan bilis tu dan buangkan kekotoran dalam perut ikan bilis itu.

Kemudian ini lah saat yang kita nanti nantikan..

3. Basuhkan ikan bilis dan tapiskan dengan cepat. Pastikan ikan bilis tidak kembang.

4. Panaskan minyak dalam kuali sehingga ada asap-asap sikit.

5. Masukkan ikan bilis terus dalam kuali dan sentiasa kacau rata.

6. Lepas seminit dua atau apabila korang nampak ikan bilis ada kuning2 sikit, kecilkan api dan gorang sampai masak

sumber : isuhangat

Reaksi Nora Danish Mengenai Dakwaan Bercinta Dengan Shaheizy Sam

Posted: 31 Jul 2012 07:59 PM PDT


Selepas reda gosip cintanya dengan pelakon Adi Putra, kelmarin timbul pula cerita 'hot mama' ni sekarang dikatakan intim dengan pelakon Shaheizy Sam. Pun begitu Sam telah tampil dengan kenyataan menafikan gosip tersebut malah menyifatkan cerita itu sebagai mengarut.
Sementara itu berpeluang bertemu dengan pelakon cantik ni di majlis berbuka puasa serta pelancaran novel Mencari Cinta dan mendapatkan reaksi mengenai dia kini terjebak dengan 'cinta lokasi'

Nora memberitahu dia terkejut tatkala mendengar dia kononnya menjalin cinta dengan aktor rebutan pengarah juga penerbit masa kini gosip itu. Lebih-lebih lagi mereka dikatakan menjalin hubungan secara diam-diam sejak digandingkan dalam filem terbitan MIG berjudul Dua Kalimah.

Antara babak dalam filem 'Dua Kalimah' (foto dipetik dari MIG online)Antara babak dalam filem 'Dua Kalimah' (foto dipetik dari MIG online)

"Hah! itulah masalahnya. Lepas hari tu saya dikaitkan dengan abang Adi Putra, sekarang Sam pula. Ingin saya nyatakan sekali lagi bahwa gosip di antara saya dengan Adi tidak benar. Itu semua kerana spekulasi orang. Tiada apa yang berlaku antara kami"

"Alih-alih baru-baru ni dengan Sam pula. Saya terkejut sangat sebab kami di set memang tidak ada apa-apa hubungan istimewa. Kami tak bercinta. Sepanjang di set Dua Kalimah, kami asyik buat lawak saja.

"Semalam kami ada photoshoot. Bila kami jumpa, masing-masing boleh berlawak lagi pasal gosip ni", jelas Nora Danish dengan panjang lebar ketika di temui di Flora De Cafe, Ampwalk, semalam.

Tegasnya lagi, sepanjang 10 tahun menceburi dunia lakonan, dia tida pernah terjebak dengan 'cinta lokasi'. Sehinggakan apabila seringkali dikait dengan pasangan heronya baik di dalam filem mahupun drama, dia seperti sudah lali dengan cerita-cerita tersebut.

"Bukan tidak kisah langsung dengan gosip sebegini. Saya ambil serius juga hinggakan kadang-kadang timbul rasa bimbang. Takut kalau peminat bosan dan keliru. Saya tak mahu peminat atau ada yang akan buat andaian, lepas ni dengan siapa pula Nora akan bercinta? Cukup-cukup lah saya dikaitkan dengan cinta lokasi", katanya.

Bagi ibu tunggal ini sendiri, dia mengamalkan sikap profesional dan tidak mencampur-adukkan soal kerja dan peribadi.  

"Kerja adalah kerja. Ini periuk nasi kami dan memang tidak ada timbul soal cinta antara saya dengan pasangan saya dalam lakonan, tambahnya. Nora bagaimanapun berkata dia tidak menolak sekiranya satu hari nanti bertemu jodoh dengan orang seni. Cuma buat masa ini dia mahu menumpukan pada kerjaya juga anak tunggal kesayangannya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang kini berusia 3 tahun.

Sambut Aidilfitri Bersama Keluarga Bekas Mertua
Dalam pada itu, menyentuh mengenai persiapan raya yang bakal menjelma tidak lama lagi, Nora berkata, seperti tahun-tahun sudah, dia dan anaknya akan beraya di Kuala Lumpur bersama keluarga serta bersama keluaraga bekas mertua.

Cerita Nora, setiap kali tiba Syawal mereka sekeluarga menyambut dengan sederhana. Namun seperkara yang istimewa ialah juadah wajib ibunya yang memang di nanti-natikan setiap tahun.

"Tahun ni daripada hari raya pertama hingga ke lima saya beraya di sini. Ada perancangan nak bercuti di Myanmar tapi nampaknya tak jadi sebab memandangkan sekarang situasi di sana tak mengizinkan untuk kami bercuti ke sana. Mungkin ibu saya saja yang pergi seorang sebab wajahnya iras-iras orang sana tambahan dia boleh berbahasa Myanmar. Jadi tak la risau sangat. Saya mungkin akan bercuti ke tempat lain (buat masa ini Nora masih belum memutuskan di mana).

"Saya dan keluarga sambut ala qadar saja. Ibu akan masak menu istimewanya, rendang daging dan kari ayam. Selepas tu raya pertama saya akan beraya di rumah bekas ibu mertua.

"Untuk Reykal, saya siapkan beberapa pasang baju raya, bunga api serta pelita-pelita kecil. Saya ada buatkan satu taman kecil dan hiaskan dengan pelita-pelita  Kami kan tak ada kampung, jadi saya nak bagi dia rasa suasana beraya macam kat kampung. Kadang-kadang iri hati juga bila tengok orang lain balik kampung, tapi mujur lah keluarga kami juga meriah", kata Nora yang kini sedang berdebar menanti tayangan filem Aku Terima Nikahnya, pada 11 Oktober depan.

- malaysiadigest-

Peniaga Buta Akibat Terkena Kelongsong Gas Pemedih Mata Polis Dapat Gantirugi RM150,000

Posted: 31 Jul 2012 07:05 PM PDT


KOTA BHARU - Seorang pemuda yang mata kanannya buta akibat terkena kelongsong gas pemedih mata sewaktu rusuhan di Stadium Sultan Muhammad IV di sini tiga tahun lalu menang kes tuntutan ganti rugi sebanyak RM150,000 berikutan kecederaan yang dialaminya.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim turut membenarkan tuntutan kos oleh Muhammad Huzaifah Mohd. Noor, 21, sebanyak RM20,000.

SUASANA kejadian rusuhan yang menyaksikan trak polis diterbalikkan sebelum dibakar di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 7 April 2009.

Kesemua defendan iaitu Pegawai Medan Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Asisten Superintendan M. Sathasivam (defendan pertama); Polis Diraja Malaysia (defendan kedua) dan kerajaan Malaysia (defendan ketiga) yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Rohaiza Zainal diarah membayar ganti rugi tersebut kepada plaintif.

Huzaifah yang diwakili peguam Mohamad Marwalis Mahmud gembira dengan keputusan tersebut.

"Saya gembira dan berpuas hati dengan keputusan tersebut setelah menunggu kes ini dibicarakan dari tahun 2009," katanya yang ditemani ahli keluarga termasuk isterinya, Ibnati Solihatul Nuri Mat Taib, 22.-kosmo-

Tunggu Seawal 7 Pagi Untuk Samsung Galaxy S III

Posted: 31 Jul 2012 06:56 PM PDT



WALAUPUN kaunter pembelian Samsung Galaxy S III oleh Celcom hanya dibuka pada pukul 10 pagi di ruang legar pusat beli-belah Midvalley, Kuala Lumpur, Wong Kok Keong, 48, sudah beratur seawal 6.45 pagi.

Penantiannya berbaloi apabila berjaya menjadi individu pertama yang memenangi peluang membeli gajet terkini itu pada harga RM888 berbanding harga asal RM2,199.

Lelaki yang bekerja di bahagian sumber manusia sebuah syarikat di Petaling Jaya, Selangor itu amat meminati gajet terkini. Sekiranya dia berjaya mendapatkan alat perhubungan itu, dia pasti berasa puas.

Selain Celcom yang menawarkan harga berpatutan dengan pakej talian, Maxis turut mengadakan promosi pada harga peranti RM999 yang berakhir pada Jun lalu. U Mobile turut memiliki pakej menarik untuk pembelian Galaxy S III serendah RM588 dengan bayaran sebanyak RM168 sebulan.

Samsung Galaxy S III kini menjadi antara gajet yang dinanti-nanti oleh peminat teknologi telekomunikasi. Selalunya, setiap kali sesebuah telefon pintar itu dilancarkan, pasti terdapat ciri-ciri terbaharu tanpa mengira jenama.

ORANG ramai menunggu seawal 7 pagi untuk membeli Samsung Galaxy S III.

Bagaimanapun, perubahan drastik dari segi reka bentuk dan teknologi lebih ketara pada telefon pintar keluaran pemain industri, Samsung dan Apple. Produk daripada dua pengeluar itu juga kerap menjadi kayu ukur kepada yang lain.

Ketika majlis perkenalan Galaxy S III yang diadakan di Hotel One World, Petaling Jaya, banyak penambahan ciri yang ada sekali gus dijangka mampu menarik perhatian peminat tegar telefon pintar.

Seiring tema Direka Untuk Manusia, Inspirasi oleh Alam Semula Jadi, rekaan fizikalnya sangat selesa dan ergonomik mengikut cengkaman tangan manusia.

Unsur-unsur semula jadi seperti angin, air dan cahaya ditafsirkan dengan reka bentuk yang licin dan tiada garisan. Terdapat dua warna iaitu biru kerikil dan putih marmar.

Antara muka telefon Galaxy S generasi ketiga itu juga sinonim dengan rangkai kata 'umpama menyentuh air di dalam kolam'.

Pelbagai fungsi

Ciri menarik mengenai telefon itu ialah Pop Up Play yang membolehkan pengguna memainkan video pada mana-mana skrin Samsung Galaxy S III sambil memeriksa e-mel atau khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa perlu menutup atau memainkan semula video.

Kamera merupakan ciri yang perlu ada untuk setiap telefon pintar. Galaxy S III memiliki kamera 8 megapiksel, manakala 1.9 megapiksel pada kamera depan.

Selain itu, ciri Burst Shot mampu merakam gambar secara berterusan sebanyak 20 keping. Aplikasi Best Photo pula akan memilih lapan keping foto yang terbaik, jadi setiap momen terindah pemilik yang berlaku dalam tempoh beberapa saat tidak terlepas.

Dari segi perkongsian pula, ciri S Beam memudahkan fail dihantar antara dua buah Galaxy S III semudah tiupan angin dengan menyentuh pada bahagian belakang gajet itu. Selain itu, ia turut memiliki teknologi Near Field Communication (NFC).

Interaksi semula jadi antara manusia dengan Galaxy S III merupakan ciri yang sangat menarik. Ciri Smart Stay mampu mengesan pergerakan mata pengguna melalui kamera hadapan, sama ada sedang melayari internet atau membawa buku elektronik.

Telefon pintar itu akan sentiasa pada paparan cerah tanpa mengganggu konsentrasi pembaca kerana tidak perlu menyentuh skrin bagi mengekalkan kecerahan.

Selain itu, S Voice dapat memahami lapan bahasa. Ia berfungsi dengan mendengar perkataan yang keluar dari mulut pengguna dan bertindak balas terhadap apa yang diucapkan.

Antara aplikasi yang boleh dilakukan ialah carian informasi, penggera, memainkan muzik kegemaran, menaik atau menurunkan suara, menghantar SMS, e-mel, mengambil gambar dan memulakan kamera.

Lapan bahasa yang difahami ialah Inggeris United Kingdom, Inggeris Amerika Syarikat, Sepanyol, Sepanyol Amerika Selatan, Jerman, Perancis dan Itali. -kosmo-

Hafiz AF7 disaman RM200,000

Posted: 31 Jul 2012 06:48 PM PDT


Seorang bekas pengurus pentas mengemukakan saman ganti rugi sebanyak RM200,194 terhadap juara Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7), Hafiz AF atas dakwaan mencederakan wanita itu sehingga kehilangan mata pencariannya dalam satu kejadian pada tahun lalu.

Plaintif, Nur Haniza Mohd. Azhar, 25, yang kini bekerja sebagai penasihat jualan memfailkan writ saman itu di Pejabat Pendaftar, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini semalam menerusi Tetuan Boestamam Ahmad & Co.

Dia yang sebelum ini, pekerja separuh masa untuk Syarikat Global Station Sdn. Bhd. menamakan Hafiz atau nama sebenar Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 22, selaku defendan.

Menurut penyata tuntutan itu, plaintif mengenali defendan menerusi kenalan serta ketika menjalankan kerja-kerja di Astro Holding Sdn. Bhd.

Dakwa plaintif, pada pukul 3.15 petang, 17 Mei 2011, ketika bekerja sebagai pengurus pentas untuk rancangan Salih Yaacob Show, bahunya ditepuk oleh defendan yang mahu berjumpa namun ditolak dengan baik oleh plaintif.

Defendan kemudian didakwa memeluk bahu plaintif dan mendesak untuk berbincang tapi sekali lagi plaintif menolak kerana sibuk. -kosmo-

Pengguna Yang Kena Saman Trafik, Perlu Membayar Serta Merta

Posted: 31 Jul 2012 06:44 PM PDT




PUTRAJAYA - Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam mencadangkan agar pengguna jalan raya yang dikenakan saman perlu membayar saman berkenaan pada masa yang sama ia dikeluarkan.

Pengerusinya, Tun Zaki Azmi erkata, jika pesalah berkenaan gagal berbuat demikian, kenderaan mereka dicadangkan agar ditahan pihak berkuasa terbabit.

Bagi kesalahan yang membabitkan kesalahan meletak kenderaan pula, katanya, kenderaan berkenaan akan dikunci dan ditarik.

"Sehingga kini berjuta-juta saman seluruh negara yang tidak dibayar hanya diketepikan oleh pesalah yang tidak menghormati undang-undang negara.

"Jadi kita kena paksa dia hormat undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat suruhanjaya khas berkenaan bersama agensi-agensi penguatkuasaan pengangkutan jalan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.

Zaki berkata, antara jumlah tunggakan saman yang diketahui pada masa ini adalah RM5 juta bagi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), RM2.5 juta bagi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPPJ), RM5 juta untuk Majlis Bandaraya Kuching dan RM600,000 bagi Majlis Perbandaran Kuantan, tidak termasuk bagi PDRM.-kosmo-

Solat Tarawih 100 Rakaat Di Yemen

Posted: 31 Jul 2012 06:28 PM PDT


BERPUASA pada siang hari dan beribadat sebelah malamnya dengan mengerjakan solat tarawih sepanjang bulan Ramadan merupakan dua amalan yang penuh dengan keistimewaan serta keberkatan.

Kedua-duanya begitu sinonim dan sukar dipisahkan kerana ia memberi manfaat tersendiri kepada umat Islam dalam melaksanakan ibadah tersebut.

Jika tertinggal atau tidak mengerjakan salah satunya, maka puasa atau solat tarawih yang dilakukan bukan sahaja terasa kosong, malah sia-sia. Sebaliknya, seseorang itu hanya mendapat kepenatan.

Bagi Haniff Abu Talib, 23, pelajar jurusan Ijazah Takhassus Qiraat Shoubra di Maahad Qiraat Al-Azhar, Mesir, ketibaan Ramadan amat ditunggu-tunggu walaupun beliau berada di perantauan.

Bagi masyarakat Asia Barat, Ramadan begitu istimewa terutama dalam mengerjakan ibadah tarawih.

"Sepanjang menuntut di Mesir sejak dua tahun lalu, saya berpeluang mengunjungi daerah Tarim di Hadramaut, Yemen. Pengalaman pertama kali berada di Masjid Tarim sangat mengujakan kerana kami langsung tidak tidur malam.

"Masyarakat Yemen melaksanakan ibadah sebanyak-banyaknya pada malam-malam bulan Ramadan. Selepas solat Maghrib, mereka terus melakukan solat tasbih beramai-ramai. Kemudian, selepas Isyak, solat tarawih dilakukan sebanyak 100 rakaat.

"Mereka seolah-olah mengqada semua solat-solat sunat yang ditinggalkan dahulu bagi merebut pahala ibadah berlipat kali ganda yang dijanjikan Allah pada bulan ini. Bayangkan hebatnya masyarakat Islam di Hadramaut menunaikan ibadah," jelas Haniff yang berjaya khatam al-Quran Riwayat Imam Qolun dan Imam Abu Ja'far secara talaqqi di hadapan Sheikh Waeel Hajjaj di Mesir.

Pusat ilmu

Haniff juga pernah berkunjung ke Masjid Ba'alawi dan tidak melepaskan peluang mengerjakan solat tarawih bersama ulama terkemuka Yemen, Habib Umar bin Hafidz di Darul Mustofa, Tarim, Hadramaut.

Tarim merupakan sebuah kota kecil yang terletak kira-kira 500 kilometer dari ibu kota Yemen, Sana'a. Menurut Ensiklopedia Islam, ia turut disebut sebagai kota Seribu Wali dan terkenal sebagai pusat ilmu dan penyebaran Islam ke seluruh dunia.
SOLAT tarawih hanya boleh dilakukan pada bulan Ramadan dan ini menjadikan ia satu solat yang eksklusif.

Di Yemen, terdapat 365 buah masjid. Setiap kali Ramadan, solat tarawih akan dikerjakan sepanjang malam hingga solat Subuh. Keadaan itu membolehkan para jemaah memilih masa yang diinginkan untuk menunaikan solat tarawih di mana-mana masjid yang ada.

Menurut anak kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan itu, di Malaysia lain pula ceritanya. Apabila Ramadan menjengah, kehangatan Aidilfitri sudah dirasai. Namun, di Mesir, bulan Ramadan dirasakan seolah-olah hari raya.

"Di Mesir, Ramadan disambut meriah seperti hari raya. Kebanyakan penduduk akan memasang pelita besar yang dikenali sebagai fanus. Ia akan ditulis dengan kalimah Allah atau perkataan Ramadan Kareem. Setiap masjid pula biasanya akan menyediakan makanan untuk berbuka puasa yang dinamakan maidatur rohman," terangnya lanjut.

Penyucian jiwa

Apa yang pasti, kehadiran Ramadan sentiasa dirindui umat Islam yang mengetahui hakikat sebenar kemuliaan bulan tersebut. Ramadan merupakan satu bulan yang mampu mengembalikan kesihatan orang berpuasa dan penyucian jiwa dengan mengekang hawa nafsu daripada bertindak keterlaluan.

Menyedari kepentingan melaksanakan solat tarawih, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Kuliyyah Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Zuraida Ahmad, 44, mendorong beliau membawa anak-anak ke masjid bagi menunaikan ibadah tersebut.

Menurut ibu kepada lima cahaya mata yang terdiri daripada seorang perempuan dan empat lelaki itu, semua itu dilakukan untuk mendidik mereka mengenal agama.
KETIBAAN bulan Ramadan disambut penuh meriah di negara-negara Asia Barat termasuk memasang pelita yang dipanggil fanus.

"Saya mula membawa anak-anak ke masjid ketika mereka berumur lima tahun. Bagi saya, ia waktu yang sesuai untuk mengajar mereka kelebihan melakukan solat tarawih pada bulan Ramadan. Antaranya termasuklah mendidik mereka tentang adab-adab ketika berada di rumah Allah.

"Insya-Allah, apabila berbuat demikian kita boleh membentuk dan melahirkan generasi anak-anak soleh yang mampu menjadi penyejuk mata dan hati para ibu bapa," ungkap Zuraida sambil tersenyum lantas meminta pendapat suaminya, Meor Abdul Razak Meor Musa.

Jurutera itu memberitahu, anak-anak akan melihat ibu bapa sebagai contoh terhadap apa yang ingin dilakukan. Jadi, sudah pasti ibu bapa perlu menunjukkan akhlak dan peribadi yang baik untuk mereka.

"Pada usia lima tahun, bohonglah kalau kita katakan anak-anak ini akan sentiasa mendengar kata dan berkelakuan baik apabila dibawa ke masjid. Sebaliknya harus diakui sifat keanak-anakan masih melingkari dalam diri mereka.

"Justeru, ada langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengawal tingkah laku mereka supaya tidak mengganggu jemaah lain. Antaranya membawa buku mewarna dan kelengkapan alat tulis termasuk pensel warna.

"Apabila mempunyai aktiviti seperti melukis dan mewarna, ia secara tidak langsung akan mententeramkan kanak-kanak dan mereka lebih fokus. Apa yang penting ialah membiasakan mereka dengan suasana di dalam masjid seperti ketika mengerjakan solat tarawih," tutur Meor Abdul Razak.

Memilih Masjid Darul Ehsan di Taman Tun Abdul Razak, Ampang Jaya, Selangor untuk menunaikan solat tarawih pada malam pertama Ramadan, pasangan suami isteri itu turut membawa semua anak mereka iaitu Meor Muhammad Hakim, 16, Siti Hajar Hadhirah, 12, Meor Abdullah Harith, 10, serta pasangan kembar Meor Adam Hazrieq dan Meor Ahmad Hazieq, 8.

Bagi Meor Ahmad Hazieq, dia mengaku hanya melaksanakan solat tarawih lapan rakaat berbanding 20 rakaat yang dilakukan pihak masjid tersebut.
UMAT Islam perlu merebut peluang melakukan ibadah pada bulan Ramadan termasuk tidak meninggalkan solat tarawih

"Saya berhenti selepas lapan rakaat kerana terasa penat. Kemudian selepas itu, saya hanya duduk di belakang sambil melihat orang ramai. Tahun ini, saya harap dapat menunaikan solat tarawih setiap hari sepanjang Ramadan," ujarnya yang bersyukur kerana mempunyai ibu bapa yang prihatin terhadap aspek pendidikan agama kepada anak-anak.

Sementara itu, Imam I Masjid Darul Ehsan, Mohamad Khairi Hussein berkata, pihaknya sepakat mendirikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat bagi Ramadan tahun ini berbanding lapan rakaat tahun lalu.

"Tidak ketinggalan, kami juga turut mengadakan sesi tadarus al-Quran selepas tarawih dalam kalangan ahli kariah lelaki yang berminat. Aktiviti ini berlangsung sehingga pukul 11.30 malam.

"Di samping itu, antara aktiviti lain yang dianjurkan pihak masjid termasuklah berbuka puasa dan moreh setiap hari yang ditaja oleh anak-anak kariah, tadarus al-Quran bagi muslimat di sebelah pagi serta majlis sempena memperingati penurunan al-Quran atau Nuzul Quran pada malam 27 Ramadan," jelas Mohamad Khairi sambil memberitahu masjid tersebut boleh memuatkan kira-kira 2,000 jemaah dalam satu-satu masa. -kosmo-

Wednesday 1 August 2012

Budak Technician

Budak Technician


Gambar Nora Danish, Rayqal Berpelukan

Posted: 30 Jul 2012 09:41 PM PDT


Blog Terkemuka Media Hiburan Online telah kongsikan beberapa gambar kandid pelakon comel, Nora Danish dan buah hati tersayangnya, Rayqal ketika ditemui di majlis berbuka puasa yang berlangsung, semalam.

nora
 http://mediahiburan.karangkraf.com/polopoly_fs/1.71732!/image/image.JPG_gen/derivatives/landscape_560/image.JPG
 http://mediahiburan.karangkraf.com/polopoly_fs/1.71733!/image/image.JPG_gen/derivatives/landscape_560/image.JPG
 http://mediahiburan.karangkraf.com/polopoly_fs/1.71730!/image/image.JPG_gen/derivatives/landscape_560/image.JPG

 sumber : MH

Syed Adney Enggan Ulas Hubungan Cintanya Dengan Siti Saleha

Posted: 30 Jul 2012 09:17 PM PDT


Kalau buah hatinya, pelakon Siti Saleha lebih terbuka untuk mengulas tentang gosip perhubungan cinta mereka meskipun sekadar secara ringkas. Berbeza dengan si jejaka yang juga merupakan penjaga gol pasukan Sabah ni, Syed Adney, bertegas tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai gosip berkenaan.

Memetik kenyataan di murai.com, pemain berusia 26 tahun ini menafikan menjalin hubungan cinta dengan aktres drama bersiri popular, Nora Elena itu. Bagaimanapun, Syed Adney memberitahu isu berkenaan adalah kisah lamanya bersama Siti Saleha.

"Saya minta maaf. Saya tidak mahu komen tentang gosip itu. Kisah ini sudah lama habis. Saya tidak mahu ia diperbesarkan lagi. Apapun, saya menafikan dakwaan tersebut.

"Sebelum ini pun, saya hanya berkawan saja dengan dia dan langsung tidak mempunyai hubungan cinta seperti yang telah digembar-gemburkan.

"Saya tidak mahu cerita lebih-lebih kerana ianya adalah cerita privasi saya. Saya ni pun bukannya siapa-siapa. Saya hanya orang biasa," katanya.

Dalam pada itu, pemain yang pernah tersenarai sebagai pemain bola paling kacak di Malaysia ni turut berterima kasih dan terima akan pandangan ramai terhadap tittle yang dimilikinya itu, ujarnya.

Menyentuh mengenai perkahwinan, adik kepada pelakon Sharifah Sofea berkata buat masa ini dia masih belum terfikir lagi untuk menamatkan zaman bujang.

"Saya tidak tahu lagi bila mahu kahwin. Biar Tuhan saja yang menentukannya. Apa yang saya tahu, saya kini kena lebih fokus memandangkan pasukan saya berada dalam keadaan tidak berapa baik," katanya

Dalam pada itu, pemain yang disenarai sebagai pemain bola paling kacak di Malaysia ni turut berterima kasih dan menerima akan pandangan ramai terhadap 'gelaran' yang tersebut.



- mD

Shaheizy Sam Menyangkal Gosip Bercinta Dengan Nora Danish

Posted: 30 Jul 2012 09:15 PM PDT



Baru-baru ini, menerusi sebuah akhbar mingguan timbulnya cerita mengenai pelakon Shaheizy Sam dikatakan kini sedang menjalin hubungan cinta dengan aktres Nora Danish secara sembunyi.

Pun begitu, di lama portal mStar menyebut, pelakon yang mesra disapa Sam ini menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan aktres Nora Danish secara sembunyi.

"Benda (gosip) ini mengarut. Saya pun tidak pasti bagaimana cerita begini boleh timbul kerana ia langsung tidak berasas dan tidak logik.

"Saya terkejut sebenarnya kerana baru dimaklumkan oleh mummy (ibu) mengenai gosip itu ketika kami bersahur pada pagi ini," katanya.


Laporan akhbar tersebut mendakwa cinta di antara Sam dan Nora, 30, mula berputik ketika mereka bergandingan dalam penggambaran filem terbaru berjudul 2 Kalimah arahan Eyra Rahman, baru-baru ini.

Sam berkata, gosip terbaru itu mengingatkannya kepada dakwaan yang pernah mengaitkannya dengan aktres Wawa Zainal sebelum ini."Apabila timbul pula gosip mengaitkan saya bercinta dengan Nora, ia terus mengingatkan saya kepada gosip lama yang mengaitkan saya Wawa Zainal.

"Kedua-dua cerita ini sangat mengarut kerana saya sebenarnya tidak rapat dengan mereka sehingga boleh dituduh mempunyai hubungan," jelasnya.

Ditanya adakah gosip itu timbul bagi tujuan gimik promosi filem berkenaan, Sam berkata, dia tidak pasti mengenai perkara tersebut.

"Entahlah, saya pun tidak tahu cerita ini timbul atas tujuan gimik atau ada pihak yang menyampaikan benda tidak betul.

"Kami hanya bertemu di set penggambaran dan tidak berhubungan selepas tamat penggambaran, sebab itu saya pelik apabila gosip ini timbul," jelasnya yang kini sedang berdebar menantikan tayangan filem lakonannya SAM, pada 19 Ogos depan.



- mD

Syanie Bakal Buka Perniagaan di Australia

Posted: 30 Jul 2012 09:07 PM PDT


Lambat lagi atau dalam masa terdekat ini, belum tahu. Tapi yang pasti hasrat pelakon Syanie Hisham tetap nekad mahu membuka perniagaan restoran masakan Melayu di Melbourne, Australia.

Syanie nekad akan meneruskan usaha untuk mencapai impian itu sebelum usianya mencecah 40 tahun. Namun, buat masa ini impian tersebut terpaksa ditangguhkan ekoran perginya nenek kesayangannya ke rahmatullah, baru-baru ini.

"Nenek baru saja meninggal. Saya tak sampai hati tinggalkan mami keseorangan," kata Syanie ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama anak yatim dari Baitul Fitrah di Hotel Royale Bintang Damansara, baru-baru ini.

Menurut Syanie, pelan dan kertas kerja perniagaan yang akan dijalankan bersama adiknya, Syarina telah dibuat.

"Segala perancangan telah dibuat. Yang tinggal hanya untuk ke sana dan mengusahakan perniagaan itu. Ini impian saya. Saya mengharap ia akan menjadi kenyataan," kata Syanie.

Pelakon komedi yang berusia 38 tahun ini turut menyatakan perniagaan tersebut mensasarkan pelanggan dikalangan mereka yang berbangsa Melayu dari Malaysia, Indonesia dan Brunei yang belajar, berkerja dan melancong di Australia.

"Susah nak cari makanan halal dan tiada restoran masakan Melayu di sana. Jadi saya rasa ini peluang yang terbaik untuk saya jalankan perniagaan di Melbourne," tambahnya lagi.



- mD

Kontrak Abby Sebagai Duta Tudung Ditamatkan Kerana Masuk PAS

Posted: 30 Jul 2012 08:58 PM PDT


Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi menulis dalam laman sosial Twitter yang kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung, baru sahaja ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.

..

Berikut tulisan Abby di laman Twitternya pagi tadi memberitahu kontraknya dengan koleksi tudung jenama Al-Humaira Contempory akan ditamatkan.

Sementara itu, memetik kenyataan di MalaysiaKini, pelakon dan penyanyi terkenal itu yang kini aktif berceramah menyifatkan penyertaannya ke dalam parti itu merupakan sebahagian daripada langkahnya mendekati agama.

Menurut Abby, ia bukanlah satu penghijrahan politik seperti yang dianggap ramai pihak.

"Saya tak pernah terfikir nak guna istilah penghijrahan itu sebab saya terlibat secara tak sengaja," katanya.

Menurut Abby, perubahan dirinya yang kini bertudung dan mula mendekati agama dilakukan sebelum beliau mula mendekati PAS lagi.

"Hidayah atau penghijrahan ini kita dah dapat semua sebelum masuk PAS," kata Abby.

Abby yang dahulu merupakan sebahagian daripada kumpulan Elite dan popular dengan siri drama Gerak Khas menjadi ahli PAS seumur hidup pada 19 Julai lalu.

Beliau menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, beliau mula mendekati PAS selepas dijemput parti itu untuk berceramah tentang perubahan dirinya daripada seorang yang tidak bertudung kepada seorang yang bertudung.

"Saya pada mulanya dijemput untuk berkongsi tentang saya punya hijrah itu," ujar Abby lagi.

Beliau kemudiannya membuat keputusan menyertai PAS kerana tertarik dengan perjuangannya yang berteraskan agama Islam.

"Kita nampak PAS itu perjuangan dia memang perjuangkan agama. Saya sertailah sebab saya nampak benda itu memang baik untuk agama." kata Abby ringkas.



-mD

Daphne Iking Mengaku Boleh Nampak Hantu

Posted: 30 Jul 2012 08:54 PM PDT


Di dalam laporan akhbar Harian Metro baru-baru ini, pengacara juga pelakon Daphne Iking mendedahkan dia mempunyai kelebihan boleh melihat mahkluk halus. Mengimbas semua kisah dua tahun lalu, cerita Daphne, ketika itu kru dan pelakon pelakon filem Belukar termasuklah dirinya sedang menjalani penggambaran di kawasan hutan di Labuan, Sabah.

"Keadaan ketika itu kira-kira jam 2 pagi dan kawasan sekeliling sangat sunyi. Kru dan pelakon terkejut melihat saya muncul pada pagi itu seperti tiada apa yang berlaku. Apabila mereka bertanya kepada saya apa yang sebenarnya terjadi semalam, lagilah saya tak faham dan memang saya tak ingat apa-apa langsung. Apa yang saya tahu, semalam saya melakukan watak saya sebagai Eva iaitu seorang penipu insurans profesional.

"Rupa-rupanya cerita mereka, malam itu saya seperti dirasuk meracau tak tentu pasal dan turut memarahi pengarah filem ini, Jason. Macam-macam perkataan keluar daripada mulut saya dan ketika itu mereka semua tergamam. Saya seperti dah hilang ingatan. Terkejut saya mendengar cerita mereka kerana saya betul-betul tak sedar apa yang terjadi.

"Kata jurukamera filem itu dalam lensanya, tempat yang saya berdiri itu terdapat enam biji batu nisan yang seolah-olah mengelilingi saya. Bagaimanapun, batu nisan itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, ia hanya kelihatan samar-samar dalam rakaman kamera.

"Tempat yang saya perlu menjatuhkan diri itu pula terdapat satu batu nisan yang besar dan ia terkena leher saya sehingga menyebabkan saya terasa sakit, cuma saya tak tahu saya jatuh atas objek apa kerana kawasan itu di alas tilam tebal yang kemudian ditabur dengan daun kering.

"Selepas mereka menceritakan kejadian itu, saya terus minta maaf kepada semua orang terutama Jason kerana saya memang tak sedar. Mujur mereka memahami keadaan saya dan kawasan itu pun sangat 'keras' dan mereka tahu apa yang saya jeritkan pada mereka malam itu bukanlah datang daripada diri saya yang sebenar," katanya.

Oleh kerana 'kelebihan' yang dianugerahkan Allah itu kepadanya dan pengalaman seram yang dilaluinya sendiri, pihak produksi My Ghost Story Asia berasakan Daphne paling layak mengendalikan program itu.

Program itu mengundang mereka yang pernah melalui situasi menyeramkan menceritakan semula pengalaman yang mencemaskan itu kepada Daphne untuk tatapan penonton.

My Ghost Story Asia akan mula disiarkan pada 16 Ogos ini, setiap Khamis, jam 10 malam di saluran Astro 731. Semua cerita itu dirakamkan daripada orang yang pernah melalui kejadian itu sendiri. Mereka berasal dari negara ini dan juga Singapura.



-malaysiaDigest

Diana Amir Rancang Kahwin Tahun Depan

Posted: 30 Jul 2012 08:48 PM PDT



Sejak berhijrah, semakin hari gadis ini tampak semakin manis dalam imej Islamik yang di'pilih. Menerusi kenyataan di akhabar Kosmo! baru-baru ini, pemilik sebenar nama Nurdiyana Amir Hashim ini mengakui ada beberapa orang lelaki bergelar ustaz mengajak untuk berkenalan.

Namun, Diana Amir terus tidak membalas SMS ustaz berkenaan yang mengambil inisiatif untuk memulakan langkah perkenalan atau taaruf, istilah mereka.

"Saya masih tidak berani, misi saya sekarang untuk mendalami Islam. Ilmu saya masih tidak cukup & tidak mahu campur aduk perkara lain dalam usaha saya kenal dengan agama sendiri"

Diana Amir bagaimana pun berkata beliau tidak menolak jika djodohkan dengan lelaki bergelar ustaz asalkan mempunyai peribadi yang baik & boleh membimbing.

Meletakkan lelaki yang beriman dan bijak dalam membimbing keluarga sebagai kriteris, Diana Amir mensasarkan untuk berkahwin pada tahun hadapan kerana ingin zuriat.

"Saya mahu cepat-cepat dapat zuriat. Kalau dulu saya mahu kahwin sebab mahu mempunyai suami, tetapi sekarang saya begitu mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata sendiri kerana saya terlalu sukakan kanak-kanak," jelas Diana Amir.



- malaysiaDigest

Sofia Jane Punca Sheila Rusly Kembali Berlakon

Posted: 30 Jul 2012 07:51 PM PDT

 
Sheila Rusly
 
Pelakon dan penerbit drama Sheila Rusly berkata keputusan untuk kembali berlakon selepas hampir setahun berehat semata-mata kerana projek istimewanya bersama rakan aktres Datin Sofia Jane.

Sheila, 41, berkata, dia terpanggil untuk berlakon semula dalam telefilem berjudul Jane Jamilah itu demi memenuhi keinginan Sofia yang bersetuju untuk membintangi karya genre komedi buat julung kalinya.

"Saya bersetuju untuk berlakon semula kerana rakan lama, Sofia Jane yang buat pertama kalinya bersetuju membintangi telefilem komedi berjudul Jane Jamilah.

"Telefilem ini adalah projek istimewa kami untuk tayangan selepas Hari Raya nanti dan kini berada dalam proses suntingan," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Ditanya mengenai tindakannya berehat daripada lakonan sebelum ini, Sheila berkata, dia selesa memberikan tumpuan kepada kerja-kerja belakang tabir syarikat produksinya dan suami Azman Yahya (Jinggo) iaitu JS Pictures.
 
 
Sofia Jane

"Kalau diikutkan sudah hampir setahun saya tidak berlakon langsung kerana sibuk membantu Jinggo dalam kerja-kerja belakang tabir drama-drama terbitan syarikat kami.

"Sebenarnya, saya kasihan pada suami yang sering tidak cukup tangan dengan pelbagai komitmen. Kebetulan pula, saya juga mempunyai ilmu dan kemahiran dalam bidang itu, apa salahnya saya bantu apa yang patut," katanya.

Mengenai sambutan Ramadan pada kali ini, Sheila berkata, syarikat produksinya tidak melakukan sebarang penggambaran sepanjang bulan puasa dan lebih menumpukan pada proses pra-produksi drama bersirinya akan datang.

"Macam biasa, syarikat produksi saya akan berhenti berehat daripada penggambaran sepanjang bulan Ramadan.

"Selain untuk fokus pada ibadah, saya sibuk dengan kerja-kerja pra-produksi drama bersiri Cinta Adam & Hawa yang akan memulakan penggambaran selepas Hari Raya," katanya. -mstar-

Rossa Bawa Kekasih Temui Anak, Keluarga

Posted: 30 Jul 2012 07:47 PM PDT

Rossa.

PENYANYI terkenal Indonesia iaitu Rossa mengakui telah membawa kekasihnya berjumpa dengan keluarga dan anaknya bagi merapatkan hubungan.

Rossa berkata dia bersyukur apabila keluarga dan anak lelakinya, Rizky Langit Ramadan menerima kehadiran lelaki tersebut dalam hidup mereka.

"Semuanya berjalan dengan baik dan hubungan itu lebih penting mendapat restu daripada keluarga. Alhamdulillahlah mereka menerimanya dengan hati terbuka," ujarnya seperti dipetik portal kapanlagi.com.

Bagaimanapun Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani enggan mendedahkan identiti lelaki yang berjaya memikat hatinya itu kepada umum.

"Belum masanya untuk dia dikenali oleh masyarakat tambahan pula hubungan kami masih baru pada peringat mengenal hati budi masing-masing," ulasnya.

Dalam pada itu, Rossa berkata, dia tidak menolak kemungkinan akan berkahwin dengan kekasihnya itu jika jodohnya telah ditetapkan dengannya.

Rossa memberitahu, dia bagaimanapun belum terfikir ke arah itu dan mahu memperkukuhkan ikatan kasih antara mereka terlebih dahulu.

"Saya tidak menolak akan berkahwin lagi suatu hari nanti tetapi biarlah kami berkenalan dengan lebih rapat sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin," ujarnya.

Rossa sebelum ini pernah berkahwin dengan anggota kumpulan Padi iaitu Yoyo pada 2004 sebelum bercerai pada 2009. -mstar-

Video Gol Azamuddin Akil - Malaysia vs Manchester City (Friendly Asia Tour 2012)

Posted: 30 Jul 2012 07:41 PM PDT


Video Gol Azamuddin Akil
Malaysia vs Manchester City [1-3]
Friendly Asia Tour 2012
30 Julai 2012
Stadium Nasional Bukit Jalil


Video Malaysia vs Manchester City | Gol Azamuddin Akil

Video Gol Azamuddin Akil | Malaysia vs Manchester City [1-3] Asia Tour 2012

sumber : sokernet

Video Brazil vs Belarus - Olimpik London 2012

Posted: 30 Jul 2012 07:38 PM PDT

Brazil 3-1 Belarus Olympic 2012
Brazil 3-1 Belarus | Sukan Olimpik 2012

Video Brazil vs Belarus [3-1]
Sukan Olimpik 2012
Video Brazil 3-1 Belarus | Olimpik 2012


Video Malaysia vs Manchester City, Friendly Asia Tour 2012

Posted: 30 Jul 2012 06:32 PM PDT


Video Malaysia vs Manchester City [1-3]
Friendly Asia Tour 2012
30 Julai 2012
Stadium Nasional Bukit Jalil

Video Malaysia 1-3 Manchester City | Gol Azamuddin Akil

Video Malaysia 1-3 Manchester City | Gol Sergio Aguero

Video Malaysia 1-3 Manchester City | Gol Carlos Tevez

sumber : sokernet

Misi wajib menang, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong

Posted: 30 Jul 2012 06:14 PM PDT


 
KIEN KEAT (depan) dan Boon Heong akan bertemu gandingan Korea Selatan, Chung Jae Sung-Lee Yong Dae pada aksi terakhir Kumpulan D awal pagi esok.


HANYA kemenangan ke atas gandingan Korea Selatan, Chung Jae Sung- Lee Yong Dae mampu mencerahkan laluan beregu lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong ke peringkat separuh akhir.

Kedua-dua pasangan tersebut bakal membuat perhitungan di Wembley Arena, London awal pagi esok bagi menentukan siapa lebih berhak dinobatkan selaku juara Kumpulan D selepas masing-masing mengesahkan slot ke kelompok lapan terbaik.

Ketua jurulatih beregu lelaki, Tan Kim Her berkata, ia merupakan sasaran utama Kien Keat-Boon Heong untuk saingan bagi peringkat kumpulan.

"Itu yang kita mahukan iaitu Kien Keat-Boon Heong bergelar juara Kumpulan D. Mereka akan berjumpa naib juara Kumpulan B pada aksi suku akhir dan jika menang, beregu ini akan bertemu pemenang antara juara Kumpulan C atau naib juara Kumpulan A.

"Ia bukan sahaja mencerahkan laluan ke peringkat separuh akhir tetapi Kien Keat-Boon Heong tidak akan berdepan lawan yang terlalu sukar pada aksi tersebut," kata Kim Her ketika dihubungi Kosmo! di London semalam.

Terdahulu, kedua-dua pasangan tersebut mengesahkan slot ke peringkat suku akhir selepas masing-masing berjaya mencatatkan kemenangan dalam dua perlawanan awal sebelum ini dalam saingan Kumpulan D.

Bagaimanapun Kim Her menjelaskan, nasib Kien Keat-Boon Heong juga bergantung terhadap perlawanan antara satu lagi pasangan Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Sung dengan Mohamad Ahsan-Bona Septano dari Indonesia pada aksi Kumpulan B yang dijadual berlangsung awal pagi tadi.

"Perlawanan antara Sung Hyun- Yeon Sung dengan Ahsan-Bona adalah misi hidup dengan mati gandingan dari Korea Selatan itu.

"Jika menang, mereka akan layak ke peringkat suku akhir selaku naib juara Kumpulan B.

"Situasi itu kemungkinan besar akan menyaksikan Jae Sung-Yong Dae melepaskan kemenangan kepada Kien Keat-Boon Heong. Ini kerana, mereka sudah pasti tidak mahu berdepan antara satu sama lain.

"Namun, saya sudah mengingatkan Kien Keat-Boon Heong agar tidak terlalu memikirkan mengenai perkara tersebut sebaliknya fokus terhadap satu demi satu perlawanan yang perlu di- harungi.

Mengikut format pertandingan, juara Kumpulan D akan berdepan naib juara Kumpulan B, manakala juara Kumpulan B akan menentang naib juara Kumpulan D pada aksi peringkat suku akhir.

Justeru, jika Kien Keat-Boon Heong menang dan bergelar juara kumpulan, mereka akan membuat perhitungan dengan Sung Hyun-Yeon Sung dalam saingan kelompok lapan terbaik andai beregu Korea Selatan itu turut layak.

Beregu Thailand, Bodin Issara-Maneepong Jongjit yang dijangka akan mudah bergelar juara Kumpulan B akan menentang Jae Sung-Yong Dae. -kosmo-

Kes Bunuh, Eksekutif Berita TV9 - Suami Suspek Utama Kes

Posted: 30 Jul 2012 06:07 PM PDT


Ketua Polis Selangor mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.

Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar (gambar), 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.

"Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.



Bilik dimana Syaleza ditemui

Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya pada kira-kira 7 malam.

Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.

Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.

Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. - Bernama