Thursday 2 August 2012

Budak Technician

Budak Technician


Mesej Terakhir Syaleza Jaffar, Eksekutif Pentadbiran Berita TV9 Sebelum Mati

Posted: 31 Jul 2012 11:40 PM PDT


KUALA LUMPUR: "Sabarlah duhai hati" itulah kenyataan terakhir dikeluarkan Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar, 31, menerusi status BlackBerry Messenger (BBM) miliknya sebelum ditemui mati dengan kesan jerutan di leher di bilik kedua di kediamannya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, Sabtu lalu.

Menurut sumber, berlaku pertengkaran di antara mangsa dan suaminya kira-kira jam 7 malam menyebabkan wanita terbabit merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik.

Katanya, pertengkaran itu dipercayai berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan.

Harian Metro semalam melaporkan seorang eksekutif TV9 ditemui mati di rumahnya di Damansara Damai di Petaling Jaya oleh suaminya dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dia menghubungi hospital bagi mendapatkan bantuan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. -hmetro-

Cara Nak Goreng Ikan Bilis Supaya Rangup

Posted: 31 Jul 2012 09:07 PM PDT



Bulan puasa ini pastinya suka masakkan makanan goreng goreng, terutama makanan yang simple seperti sambal ikan bilis.

Hari ini nak kongsi petua menggoreng ikan bilis supaya rangup. Ermm lapar plak perut nie..

1. Macam biasalah perlu ada Ikan Bilis.

2. Belahkan ikan bilis tu dan buangkan kekotoran dalam perut ikan bilis itu.

Kemudian ini lah saat yang kita nanti nantikan..

3. Basuhkan ikan bilis dan tapiskan dengan cepat. Pastikan ikan bilis tidak kembang.

4. Panaskan minyak dalam kuali sehingga ada asap-asap sikit.

5. Masukkan ikan bilis terus dalam kuali dan sentiasa kacau rata.

6. Lepas seminit dua atau apabila korang nampak ikan bilis ada kuning2 sikit, kecilkan api dan gorang sampai masak

sumber : isuhangat

Reaksi Nora Danish Mengenai Dakwaan Bercinta Dengan Shaheizy Sam

Posted: 31 Jul 2012 07:59 PM PDT


Selepas reda gosip cintanya dengan pelakon Adi Putra, kelmarin timbul pula cerita 'hot mama' ni sekarang dikatakan intim dengan pelakon Shaheizy Sam. Pun begitu Sam telah tampil dengan kenyataan menafikan gosip tersebut malah menyifatkan cerita itu sebagai mengarut.
Sementara itu berpeluang bertemu dengan pelakon cantik ni di majlis berbuka puasa serta pelancaran novel Mencari Cinta dan mendapatkan reaksi mengenai dia kini terjebak dengan 'cinta lokasi'

Nora memberitahu dia terkejut tatkala mendengar dia kononnya menjalin cinta dengan aktor rebutan pengarah juga penerbit masa kini gosip itu. Lebih-lebih lagi mereka dikatakan menjalin hubungan secara diam-diam sejak digandingkan dalam filem terbitan MIG berjudul Dua Kalimah.

Antara babak dalam filem 'Dua Kalimah' (foto dipetik dari MIG online)Antara babak dalam filem 'Dua Kalimah' (foto dipetik dari MIG online)

"Hah! itulah masalahnya. Lepas hari tu saya dikaitkan dengan abang Adi Putra, sekarang Sam pula. Ingin saya nyatakan sekali lagi bahwa gosip di antara saya dengan Adi tidak benar. Itu semua kerana spekulasi orang. Tiada apa yang berlaku antara kami"

"Alih-alih baru-baru ni dengan Sam pula. Saya terkejut sangat sebab kami di set memang tidak ada apa-apa hubungan istimewa. Kami tak bercinta. Sepanjang di set Dua Kalimah, kami asyik buat lawak saja.

"Semalam kami ada photoshoot. Bila kami jumpa, masing-masing boleh berlawak lagi pasal gosip ni", jelas Nora Danish dengan panjang lebar ketika di temui di Flora De Cafe, Ampwalk, semalam.

Tegasnya lagi, sepanjang 10 tahun menceburi dunia lakonan, dia tida pernah terjebak dengan 'cinta lokasi'. Sehinggakan apabila seringkali dikait dengan pasangan heronya baik di dalam filem mahupun drama, dia seperti sudah lali dengan cerita-cerita tersebut.

"Bukan tidak kisah langsung dengan gosip sebegini. Saya ambil serius juga hinggakan kadang-kadang timbul rasa bimbang. Takut kalau peminat bosan dan keliru. Saya tak mahu peminat atau ada yang akan buat andaian, lepas ni dengan siapa pula Nora akan bercinta? Cukup-cukup lah saya dikaitkan dengan cinta lokasi", katanya.

Bagi ibu tunggal ini sendiri, dia mengamalkan sikap profesional dan tidak mencampur-adukkan soal kerja dan peribadi.  

"Kerja adalah kerja. Ini periuk nasi kami dan memang tidak ada timbul soal cinta antara saya dengan pasangan saya dalam lakonan, tambahnya. Nora bagaimanapun berkata dia tidak menolak sekiranya satu hari nanti bertemu jodoh dengan orang seni. Cuma buat masa ini dia mahu menumpukan pada kerjaya juga anak tunggal kesayangannya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang kini berusia 3 tahun.

Sambut Aidilfitri Bersama Keluarga Bekas Mertua
Dalam pada itu, menyentuh mengenai persiapan raya yang bakal menjelma tidak lama lagi, Nora berkata, seperti tahun-tahun sudah, dia dan anaknya akan beraya di Kuala Lumpur bersama keluarga serta bersama keluaraga bekas mertua.

Cerita Nora, setiap kali tiba Syawal mereka sekeluarga menyambut dengan sederhana. Namun seperkara yang istimewa ialah juadah wajib ibunya yang memang di nanti-natikan setiap tahun.

"Tahun ni daripada hari raya pertama hingga ke lima saya beraya di sini. Ada perancangan nak bercuti di Myanmar tapi nampaknya tak jadi sebab memandangkan sekarang situasi di sana tak mengizinkan untuk kami bercuti ke sana. Mungkin ibu saya saja yang pergi seorang sebab wajahnya iras-iras orang sana tambahan dia boleh berbahasa Myanmar. Jadi tak la risau sangat. Saya mungkin akan bercuti ke tempat lain (buat masa ini Nora masih belum memutuskan di mana).

"Saya dan keluarga sambut ala qadar saja. Ibu akan masak menu istimewanya, rendang daging dan kari ayam. Selepas tu raya pertama saya akan beraya di rumah bekas ibu mertua.

"Untuk Reykal, saya siapkan beberapa pasang baju raya, bunga api serta pelita-pelita kecil. Saya ada buatkan satu taman kecil dan hiaskan dengan pelita-pelita  Kami kan tak ada kampung, jadi saya nak bagi dia rasa suasana beraya macam kat kampung. Kadang-kadang iri hati juga bila tengok orang lain balik kampung, tapi mujur lah keluarga kami juga meriah", kata Nora yang kini sedang berdebar menanti tayangan filem Aku Terima Nikahnya, pada 11 Oktober depan.

- malaysiadigest-

Peniaga Buta Akibat Terkena Kelongsong Gas Pemedih Mata Polis Dapat Gantirugi RM150,000

Posted: 31 Jul 2012 07:05 PM PDT


KOTA BHARU - Seorang pemuda yang mata kanannya buta akibat terkena kelongsong gas pemedih mata sewaktu rusuhan di Stadium Sultan Muhammad IV di sini tiga tahun lalu menang kes tuntutan ganti rugi sebanyak RM150,000 berikutan kecederaan yang dialaminya.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim turut membenarkan tuntutan kos oleh Muhammad Huzaifah Mohd. Noor, 21, sebanyak RM20,000.

SUASANA kejadian rusuhan yang menyaksikan trak polis diterbalikkan sebelum dibakar di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 7 April 2009.

Kesemua defendan iaitu Pegawai Medan Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Asisten Superintendan M. Sathasivam (defendan pertama); Polis Diraja Malaysia (defendan kedua) dan kerajaan Malaysia (defendan ketiga) yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Rohaiza Zainal diarah membayar ganti rugi tersebut kepada plaintif.

Huzaifah yang diwakili peguam Mohamad Marwalis Mahmud gembira dengan keputusan tersebut.

"Saya gembira dan berpuas hati dengan keputusan tersebut setelah menunggu kes ini dibicarakan dari tahun 2009," katanya yang ditemani ahli keluarga termasuk isterinya, Ibnati Solihatul Nuri Mat Taib, 22.-kosmo-

Tunggu Seawal 7 Pagi Untuk Samsung Galaxy S III

Posted: 31 Jul 2012 06:56 PM PDT



WALAUPUN kaunter pembelian Samsung Galaxy S III oleh Celcom hanya dibuka pada pukul 10 pagi di ruang legar pusat beli-belah Midvalley, Kuala Lumpur, Wong Kok Keong, 48, sudah beratur seawal 6.45 pagi.

Penantiannya berbaloi apabila berjaya menjadi individu pertama yang memenangi peluang membeli gajet terkini itu pada harga RM888 berbanding harga asal RM2,199.

Lelaki yang bekerja di bahagian sumber manusia sebuah syarikat di Petaling Jaya, Selangor itu amat meminati gajet terkini. Sekiranya dia berjaya mendapatkan alat perhubungan itu, dia pasti berasa puas.

Selain Celcom yang menawarkan harga berpatutan dengan pakej talian, Maxis turut mengadakan promosi pada harga peranti RM999 yang berakhir pada Jun lalu. U Mobile turut memiliki pakej menarik untuk pembelian Galaxy S III serendah RM588 dengan bayaran sebanyak RM168 sebulan.

Samsung Galaxy S III kini menjadi antara gajet yang dinanti-nanti oleh peminat teknologi telekomunikasi. Selalunya, setiap kali sesebuah telefon pintar itu dilancarkan, pasti terdapat ciri-ciri terbaharu tanpa mengira jenama.

ORANG ramai menunggu seawal 7 pagi untuk membeli Samsung Galaxy S III.

Bagaimanapun, perubahan drastik dari segi reka bentuk dan teknologi lebih ketara pada telefon pintar keluaran pemain industri, Samsung dan Apple. Produk daripada dua pengeluar itu juga kerap menjadi kayu ukur kepada yang lain.

Ketika majlis perkenalan Galaxy S III yang diadakan di Hotel One World, Petaling Jaya, banyak penambahan ciri yang ada sekali gus dijangka mampu menarik perhatian peminat tegar telefon pintar.

Seiring tema Direka Untuk Manusia, Inspirasi oleh Alam Semula Jadi, rekaan fizikalnya sangat selesa dan ergonomik mengikut cengkaman tangan manusia.

Unsur-unsur semula jadi seperti angin, air dan cahaya ditafsirkan dengan reka bentuk yang licin dan tiada garisan. Terdapat dua warna iaitu biru kerikil dan putih marmar.

Antara muka telefon Galaxy S generasi ketiga itu juga sinonim dengan rangkai kata 'umpama menyentuh air di dalam kolam'.

Pelbagai fungsi

Ciri menarik mengenai telefon itu ialah Pop Up Play yang membolehkan pengguna memainkan video pada mana-mana skrin Samsung Galaxy S III sambil memeriksa e-mel atau khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa perlu menutup atau memainkan semula video.

Kamera merupakan ciri yang perlu ada untuk setiap telefon pintar. Galaxy S III memiliki kamera 8 megapiksel, manakala 1.9 megapiksel pada kamera depan.

Selain itu, ciri Burst Shot mampu merakam gambar secara berterusan sebanyak 20 keping. Aplikasi Best Photo pula akan memilih lapan keping foto yang terbaik, jadi setiap momen terindah pemilik yang berlaku dalam tempoh beberapa saat tidak terlepas.

Dari segi perkongsian pula, ciri S Beam memudahkan fail dihantar antara dua buah Galaxy S III semudah tiupan angin dengan menyentuh pada bahagian belakang gajet itu. Selain itu, ia turut memiliki teknologi Near Field Communication (NFC).

Interaksi semula jadi antara manusia dengan Galaxy S III merupakan ciri yang sangat menarik. Ciri Smart Stay mampu mengesan pergerakan mata pengguna melalui kamera hadapan, sama ada sedang melayari internet atau membawa buku elektronik.

Telefon pintar itu akan sentiasa pada paparan cerah tanpa mengganggu konsentrasi pembaca kerana tidak perlu menyentuh skrin bagi mengekalkan kecerahan.

Selain itu, S Voice dapat memahami lapan bahasa. Ia berfungsi dengan mendengar perkataan yang keluar dari mulut pengguna dan bertindak balas terhadap apa yang diucapkan.

Antara aplikasi yang boleh dilakukan ialah carian informasi, penggera, memainkan muzik kegemaran, menaik atau menurunkan suara, menghantar SMS, e-mel, mengambil gambar dan memulakan kamera.

Lapan bahasa yang difahami ialah Inggeris United Kingdom, Inggeris Amerika Syarikat, Sepanyol, Sepanyol Amerika Selatan, Jerman, Perancis dan Itali. -kosmo-

Hafiz AF7 disaman RM200,000

Posted: 31 Jul 2012 06:48 PM PDT


Seorang bekas pengurus pentas mengemukakan saman ganti rugi sebanyak RM200,194 terhadap juara Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7), Hafiz AF atas dakwaan mencederakan wanita itu sehingga kehilangan mata pencariannya dalam satu kejadian pada tahun lalu.

Plaintif, Nur Haniza Mohd. Azhar, 25, yang kini bekerja sebagai penasihat jualan memfailkan writ saman itu di Pejabat Pendaftar, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini semalam menerusi Tetuan Boestamam Ahmad & Co.

Dia yang sebelum ini, pekerja separuh masa untuk Syarikat Global Station Sdn. Bhd. menamakan Hafiz atau nama sebenar Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 22, selaku defendan.

Menurut penyata tuntutan itu, plaintif mengenali defendan menerusi kenalan serta ketika menjalankan kerja-kerja di Astro Holding Sdn. Bhd.

Dakwa plaintif, pada pukul 3.15 petang, 17 Mei 2011, ketika bekerja sebagai pengurus pentas untuk rancangan Salih Yaacob Show, bahunya ditepuk oleh defendan yang mahu berjumpa namun ditolak dengan baik oleh plaintif.

Defendan kemudian didakwa memeluk bahu plaintif dan mendesak untuk berbincang tapi sekali lagi plaintif menolak kerana sibuk. -kosmo-

Pengguna Yang Kena Saman Trafik, Perlu Membayar Serta Merta

Posted: 31 Jul 2012 06:44 PM PDT




PUTRAJAYA - Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam mencadangkan agar pengguna jalan raya yang dikenakan saman perlu membayar saman berkenaan pada masa yang sama ia dikeluarkan.

Pengerusinya, Tun Zaki Azmi erkata, jika pesalah berkenaan gagal berbuat demikian, kenderaan mereka dicadangkan agar ditahan pihak berkuasa terbabit.

Bagi kesalahan yang membabitkan kesalahan meletak kenderaan pula, katanya, kenderaan berkenaan akan dikunci dan ditarik.

"Sehingga kini berjuta-juta saman seluruh negara yang tidak dibayar hanya diketepikan oleh pesalah yang tidak menghormati undang-undang negara.

"Jadi kita kena paksa dia hormat undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat suruhanjaya khas berkenaan bersama agensi-agensi penguatkuasaan pengangkutan jalan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.

Zaki berkata, antara jumlah tunggakan saman yang diketahui pada masa ini adalah RM5 juta bagi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), RM2.5 juta bagi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPPJ), RM5 juta untuk Majlis Bandaraya Kuching dan RM600,000 bagi Majlis Perbandaran Kuantan, tidak termasuk bagi PDRM.-kosmo-

Solat Tarawih 100 Rakaat Di Yemen

Posted: 31 Jul 2012 06:28 PM PDT


BERPUASA pada siang hari dan beribadat sebelah malamnya dengan mengerjakan solat tarawih sepanjang bulan Ramadan merupakan dua amalan yang penuh dengan keistimewaan serta keberkatan.

Kedua-duanya begitu sinonim dan sukar dipisahkan kerana ia memberi manfaat tersendiri kepada umat Islam dalam melaksanakan ibadah tersebut.

Jika tertinggal atau tidak mengerjakan salah satunya, maka puasa atau solat tarawih yang dilakukan bukan sahaja terasa kosong, malah sia-sia. Sebaliknya, seseorang itu hanya mendapat kepenatan.

Bagi Haniff Abu Talib, 23, pelajar jurusan Ijazah Takhassus Qiraat Shoubra di Maahad Qiraat Al-Azhar, Mesir, ketibaan Ramadan amat ditunggu-tunggu walaupun beliau berada di perantauan.

Bagi masyarakat Asia Barat, Ramadan begitu istimewa terutama dalam mengerjakan ibadah tarawih.

"Sepanjang menuntut di Mesir sejak dua tahun lalu, saya berpeluang mengunjungi daerah Tarim di Hadramaut, Yemen. Pengalaman pertama kali berada di Masjid Tarim sangat mengujakan kerana kami langsung tidak tidur malam.

"Masyarakat Yemen melaksanakan ibadah sebanyak-banyaknya pada malam-malam bulan Ramadan. Selepas solat Maghrib, mereka terus melakukan solat tasbih beramai-ramai. Kemudian, selepas Isyak, solat tarawih dilakukan sebanyak 100 rakaat.

"Mereka seolah-olah mengqada semua solat-solat sunat yang ditinggalkan dahulu bagi merebut pahala ibadah berlipat kali ganda yang dijanjikan Allah pada bulan ini. Bayangkan hebatnya masyarakat Islam di Hadramaut menunaikan ibadah," jelas Haniff yang berjaya khatam al-Quran Riwayat Imam Qolun dan Imam Abu Ja'far secara talaqqi di hadapan Sheikh Waeel Hajjaj di Mesir.

Pusat ilmu

Haniff juga pernah berkunjung ke Masjid Ba'alawi dan tidak melepaskan peluang mengerjakan solat tarawih bersama ulama terkemuka Yemen, Habib Umar bin Hafidz di Darul Mustofa, Tarim, Hadramaut.

Tarim merupakan sebuah kota kecil yang terletak kira-kira 500 kilometer dari ibu kota Yemen, Sana'a. Menurut Ensiklopedia Islam, ia turut disebut sebagai kota Seribu Wali dan terkenal sebagai pusat ilmu dan penyebaran Islam ke seluruh dunia.
SOLAT tarawih hanya boleh dilakukan pada bulan Ramadan dan ini menjadikan ia satu solat yang eksklusif.

Di Yemen, terdapat 365 buah masjid. Setiap kali Ramadan, solat tarawih akan dikerjakan sepanjang malam hingga solat Subuh. Keadaan itu membolehkan para jemaah memilih masa yang diinginkan untuk menunaikan solat tarawih di mana-mana masjid yang ada.

Menurut anak kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan itu, di Malaysia lain pula ceritanya. Apabila Ramadan menjengah, kehangatan Aidilfitri sudah dirasai. Namun, di Mesir, bulan Ramadan dirasakan seolah-olah hari raya.

"Di Mesir, Ramadan disambut meriah seperti hari raya. Kebanyakan penduduk akan memasang pelita besar yang dikenali sebagai fanus. Ia akan ditulis dengan kalimah Allah atau perkataan Ramadan Kareem. Setiap masjid pula biasanya akan menyediakan makanan untuk berbuka puasa yang dinamakan maidatur rohman," terangnya lanjut.

Penyucian jiwa

Apa yang pasti, kehadiran Ramadan sentiasa dirindui umat Islam yang mengetahui hakikat sebenar kemuliaan bulan tersebut. Ramadan merupakan satu bulan yang mampu mengembalikan kesihatan orang berpuasa dan penyucian jiwa dengan mengekang hawa nafsu daripada bertindak keterlaluan.

Menyedari kepentingan melaksanakan solat tarawih, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Kuliyyah Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Zuraida Ahmad, 44, mendorong beliau membawa anak-anak ke masjid bagi menunaikan ibadah tersebut.

Menurut ibu kepada lima cahaya mata yang terdiri daripada seorang perempuan dan empat lelaki itu, semua itu dilakukan untuk mendidik mereka mengenal agama.
KETIBAAN bulan Ramadan disambut penuh meriah di negara-negara Asia Barat termasuk memasang pelita yang dipanggil fanus.

"Saya mula membawa anak-anak ke masjid ketika mereka berumur lima tahun. Bagi saya, ia waktu yang sesuai untuk mengajar mereka kelebihan melakukan solat tarawih pada bulan Ramadan. Antaranya termasuklah mendidik mereka tentang adab-adab ketika berada di rumah Allah.

"Insya-Allah, apabila berbuat demikian kita boleh membentuk dan melahirkan generasi anak-anak soleh yang mampu menjadi penyejuk mata dan hati para ibu bapa," ungkap Zuraida sambil tersenyum lantas meminta pendapat suaminya, Meor Abdul Razak Meor Musa.

Jurutera itu memberitahu, anak-anak akan melihat ibu bapa sebagai contoh terhadap apa yang ingin dilakukan. Jadi, sudah pasti ibu bapa perlu menunjukkan akhlak dan peribadi yang baik untuk mereka.

"Pada usia lima tahun, bohonglah kalau kita katakan anak-anak ini akan sentiasa mendengar kata dan berkelakuan baik apabila dibawa ke masjid. Sebaliknya harus diakui sifat keanak-anakan masih melingkari dalam diri mereka.

"Justeru, ada langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengawal tingkah laku mereka supaya tidak mengganggu jemaah lain. Antaranya membawa buku mewarna dan kelengkapan alat tulis termasuk pensel warna.

"Apabila mempunyai aktiviti seperti melukis dan mewarna, ia secara tidak langsung akan mententeramkan kanak-kanak dan mereka lebih fokus. Apa yang penting ialah membiasakan mereka dengan suasana di dalam masjid seperti ketika mengerjakan solat tarawih," tutur Meor Abdul Razak.

Memilih Masjid Darul Ehsan di Taman Tun Abdul Razak, Ampang Jaya, Selangor untuk menunaikan solat tarawih pada malam pertama Ramadan, pasangan suami isteri itu turut membawa semua anak mereka iaitu Meor Muhammad Hakim, 16, Siti Hajar Hadhirah, 12, Meor Abdullah Harith, 10, serta pasangan kembar Meor Adam Hazrieq dan Meor Ahmad Hazieq, 8.

Bagi Meor Ahmad Hazieq, dia mengaku hanya melaksanakan solat tarawih lapan rakaat berbanding 20 rakaat yang dilakukan pihak masjid tersebut.
UMAT Islam perlu merebut peluang melakukan ibadah pada bulan Ramadan termasuk tidak meninggalkan solat tarawih

"Saya berhenti selepas lapan rakaat kerana terasa penat. Kemudian selepas itu, saya hanya duduk di belakang sambil melihat orang ramai. Tahun ini, saya harap dapat menunaikan solat tarawih setiap hari sepanjang Ramadan," ujarnya yang bersyukur kerana mempunyai ibu bapa yang prihatin terhadap aspek pendidikan agama kepada anak-anak.

Sementara itu, Imam I Masjid Darul Ehsan, Mohamad Khairi Hussein berkata, pihaknya sepakat mendirikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat bagi Ramadan tahun ini berbanding lapan rakaat tahun lalu.

"Tidak ketinggalan, kami juga turut mengadakan sesi tadarus al-Quran selepas tarawih dalam kalangan ahli kariah lelaki yang berminat. Aktiviti ini berlangsung sehingga pukul 11.30 malam.

"Di samping itu, antara aktiviti lain yang dianjurkan pihak masjid termasuklah berbuka puasa dan moreh setiap hari yang ditaja oleh anak-anak kariah, tadarus al-Quran bagi muslimat di sebelah pagi serta majlis sempena memperingati penurunan al-Quran atau Nuzul Quran pada malam 27 Ramadan," jelas Mohamad Khairi sambil memberitahu masjid tersebut boleh memuatkan kira-kira 2,000 jemaah dalam satu-satu masa. -kosmo-

No comments: