Thursday 26 July 2012

Budak Technician

Budak Technician


Bonus raya 2012 setengah bulan

Posted: 25 Jul 2012 06:01 AM PDT


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara. - Bernama

Nora Danish Tak Terdesak Cari Suami

Posted: 25 Jul 2012 04:19 AM PDT


Rentetan daripada kenyataan Nora Danish yang kini sedang mengenali seseorang, MH Online menghubungi si empunya diri untuk meminta penjelasannya.

"Memang saya akui yang kini saya sedang mengenali seseorang tetapi tempoh perkenalan ini sudah pun berlanjutan selama beberapa tahun dan bukannya baru seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

"Bohonglah kalau saya tidak mengenali sesiapa sekarang, cuma saya tidak boleh jamin hubungan ini akan ke jenjang pelamin ataupun sebaliknya memandangkan kami tidak pernah membicarakan mengenai soal tersebut. Kalau ada jodoh adalah, kalau tidak ada, tidak mengapa.

"Saya tidak beria-ia mencari seorang lelaki untuk dijadikan suami," jelas Nora yang bakal muncul dalam drama 'Di Bawah LangitMu' sempena raya nanti. -MH-

Izreen Azminda Tidak Sabar Bergelar Isteri

Posted: 25 Jul 2012 04:04 AM PDT


Pelakon yang sedang meningkat naik, Izreen Azminda ketika dihubungi MH Online melahirkan rasa gembira dan terujanya untuk menyambut kedatangan 1 Syawal ini.

Apatah lagi bulan kemenangan umat islam ini bakal menjadi saksi perkahwinannya bersama Mohammad Riza Baharuddin pada 30 Ogos ini di rumah pihak perempuan di Jitra, Kedah.

"Alhamdulillah, selain tidak sabar menyambut raya, saya juga berdebar menantikan detik bergelar isteri kepada Riza pada hujung Ogos ini," katanya dengan nada riang.

Sementara itu, MH difahamkan hantaran perkahwinan Izreen dan Riza adalah sebanyak RM19,001 dan mas kahwinnya sebanyak RM999.

Tahniah buat Izreen dan Riza semoga jodoh berkekalan selama-lamanya. -MH-

No comments: