Wednesday 25 July 2012

Budak Technician

Budak Technician


Video Gol Azmi Muslim, Malaysia vs Arsenal 24 Julai 2012

Posted: 24 Jul 2012 10:47 AM PDT

 Video Gol Azmi Muslim
Malaysia vs Arsenal
24 Julai 2012
Stadium Nasional Bukit Jalil

Video Gol Azmi Muslim | Arsenal vs Malaysia

Video Malaysia Vs Arsenal - 24 Julai 2012 (Friendly Asia Tour 2012)

Posted: 24 Jul 2012 10:52 AM PDT



Video Malaysia vs Arsenal [1-2]
Friendly Asia Tour 2012
24 Julai 2012
Stadium Nasional Bukit Jalil


Video Malaysia 1-2 Arsenal | Gol Azmi Muslim


 
Video Malaysia 1-2 Arsenal | All Goals

Gambar Aksi Siti Saleha Bila Berkebaya

Posted: 23 Jul 2012 10:11 PM PDT

Baru sahaja puasa bermula belum ada seminggu, sudah ada pasaraya, kedai dan butik yang telah mengeluarkan pakaian edisi Raya mereka begitu awal sebelum pertengahan bulan Ramadan. Ini bagus, bagi membolehkan rakyat membeli belah awal bagi membeli barangan yang mungkin nanti akan habis di saat-saat akhir.

Pasaraya KL SOGO telah memilih pelakon manis, Siti Saleha untuk memperagakan pakaian Raya Adiilfitri mereka. Kebaya yang dipakai Saleha amat cantik dan anggun sekali, rasanya korang nak beli satu juga ni sama seperti Saleha pakai, tapi siap-siap lah dengan dompet yang tebal. hehe. -gambar trendsetter



sumber : izyan

Inilah Anak Tomok, Arrianshah Akid Yang Dah Berusia 2 Bulan

Posted: 23 Jul 2012 10:06 PM PDT

Ini adalah gambar anak penyanyi Tomok, Arrianshah Akid yang kini sudah mencecah usia nak masuk 2 bulan. Memang comel anak Tomok ni. Mata dia besar bulat. Isteri Tomokkan cantik orangnya. Memang bahagia la Arrianshah Akid apatah lagi bersama-sama ayah dan mamanya bersama-sama di dalam tahun pertama bulan Ramadan. Bangun ke tak kalau sahur ni. hehe.. -izyan.com-

Wow! Banyaknya Kucing Peliharaan Fasha Sandha dan Jejai

Posted: 23 Jul 2012 10:01 PM PDT

Bulan pertama sebagai suami isteri yang sah, Fasha Sandha dan Jejai tinggal sebumbung menikmati juadah berbuka dan juga bersahur bersama. Pastinya itu sudah menjadi kepastian dalam berumahtangga apatah lagi untuk pertama kali bergelar suami isteri. Disamping hal lain, kedua-dua pasangan ini, cukup berbahagia dengan memelihara kucing peliharaan di rumah, seperti juga menyayangi binatang kesayangan Nabi. Kucing tu masih lagi kecil dan comel, mungkin baru beranak kot kucing induknya. -Facebook We Love Fasha Sandha

sumber : izyan.com

Gambar Diana Danielle Bercuti di Eropah

Posted: 23 Jul 2012 10:02 PM PDT

Baru je beberapa hari yang lalu saya postkan Gambar Panas Diana Danielle Bercuti di Semporna Sabah, tup2 dia dah sampai ke percutian di benua Eropah aka Euro merangkumi London, Barcelona dan Amsterdam. Itu yang dipetik melalui laman Facebook miliknya yang kini hampir nak cecah 1 juta fan tidak lama lagi. Memang satu peningkatan luar biasa bagi selebriti muda lebih-lebih lagi Diana anggun dan manis dipandang.

Dalam bab percutian ni, biasala selebriti banyak duit kan, apatah lagi orang bujang, ntah dimana dia mahu habiskan duit. Kalau korang banyak duit, pastinya dalam fikiran korang nak satu kebebasan hidup dan salah satunya adalah dengan pergi melancong. Episod percutian Diana ni agak menarik sebab nasib tak dengan buah hati bersama-sama, kalau dengan buah hati rasanya percutian Diana Danielle ni paling mendapat perhatian, tapi Diana orangnya bukan begitu, dia lebih suka mementingkan saat suka dan duka dengan rakan-rakannya. Like! -gambar Facebook Diana Danielle


sumber : izyan.com

Watie (Elite) Mual Makan Nasi

Posted: 23 Jul 2012 09:49 PM PDT

 
Watie mengakui sudah hampir setahun dia tidak makan nasi.


Pelakon dan penyanyi Watie Sadali (Elite) mengakui mual untuk makan nasi selepas hampir setahun tidak menjamah makanan asas itu kerana ingin mengekalkan bentuk tubuhnya.

Watie berkata, walaupun pada mulanya agak sukar untuk menyesuaikan diri tetapi lama-kelamaan dia telah menjadi biasa tidak mengambil nasi sebagai makanan utama.

"Hampir setahun dah saya tidak makan nasi kerana ingin mengamalkan diet selepas kagum melihat kelangsingan tubuh kakak saya walaupun sudah berusia lingkungan 40-an.

"Kini saya langsung tak boleh makan nasi dan kalau nak rasa pun cuma sedikit sahaja," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Watie berkata, dia kini banyak bergantung kepada minuman kesihatan bagi membantunya mendapatkan tenaga kerana tidak mengambil nasi sebagai makanan rutin.

Watie memberitahu, jika berasa lapar dia akan mengambil minuman tambahan itu jika tidak berkesempatan untuk makan akibat sibuk di lokasi penggambaran.

"Alhamdulilah minuman kesihatan itu serasi dengan saya dan ia membantu saya dalam mengurangkan berat badan," katanya.

Bagaimanapun kata Watie, senaman secara kerap juga amat penting bagi memastikan penurunan berat badan konsisten dan mencapai angka yang dikehendaki.

Sementara itu, Watie berkata, dia kini sedang sibuk dengan beberapa penggambaran telefilem untuk siaran Hari Raya Aidilfitri sebelum bercuti panjang untuk bersama keluarga. -mstar-

Soo Wincci (MasterChef Selebriti) Azam Puasa Penuh

Posted: 23 Jul 2012 09:50 PM PDT

 
Soo Wincci berazam ingin cuba berpuasa penuh pada tahun ini.


Penyanyi dan bekas peserta MasterChef Selebriti Malaysia, Soo Wincci berazam untuk berpuasa penuh tahun ini bagi mendekatkan diri dengan peminat daripada komuniti Melayu beragama Islam sepanjang bulan Ramadan ini.

Soo Wincci berkata, ini adalah kali pertama dia ingin berpuasa dan memberitahu teruja dengan kedatangan Ramadan kerana ingin menyemarakkan lagi semangat bulan mulia itu bersama-sama para peminatnya.

"Menerusi program MasterChef peminat saya semakin ramai daripada kalangan kaum Melayu dan saya rasa dengan belajar berpuasa saya dapat mendekatkan diri dengan mereka.

"Selain itu, ia juga dapat mencabar diri saya membuat sesuatu perkara baru yang pertama kali ingin berpuasa," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Soo Wincci, walaupun sedar dengan cabaran yang bakal ditempuh sepanjang berpuasa, dia yakin dapat mengharunginya dengan dorongan dan kata-kata semangat daripada rakan-rakan dan peminat.

"Berpuasa itu pasti menjadi suatu perkara yang amat mencabar buat diri saya tetapi kerana ingin menghidupkan semangat perpaduan dikalangan peminat saya teruskan niat ini.

Populariti penyanyi itu meningkat secara mendadak selepas menyertai program masakan berkenaan dan Soo Wincci turut tampil dengan single pertamanya berjudul Terus Teranglah bersama Jow Flizzow.

Dalam pada itu, Soo Wincci berkata, dia turut mendapatkan beberapa tips daripada rakan berbangsa Melayu dan yakin dapat melakukannya.

Katanya, rakan-rakan turut menasihatinya supaya jangan memaksa diri dan berpuasa mengikut kemampuan sebagai permulaan.

"Rakan-rakan banyak jadi pendorong dan semangat inilah yang ingin saya tonjolkan kepada semua peminat dan berharap dapat berpuasa selama 30 hari," katanya.

Sementara itu, Soo Wincci berkata, akaun Twitter miliknya telah meningkat sebanyak 2,000 pengikut dalam masa seminggu dan rata-rata daripada mereka adalah kaum Melayu.

Katanya, dia sangat gembira dengan perkembangan terbaru itu kerana ia adalah bukti dirinya semakin diterima dikalangan peminat bukan Cina.

"Saya harap dengan populariti yang dikecapi kini dapat memberikan manfaat kepada saya untuk melakukan sesuatu yang akan disukai oleh semua kaum di Malaysia," katanya.-mstar-

Tips Nak Elak Dari Motor Anda Dicuri

Posted: 23 Jul 2012 09:42 PM PDT

Ada macam-macam nak elak kena curi… tapi kalau dah penyamun tu, penyamun jugak... mereka memang pandai nak buat keje-keje haram ni... apa yang kita mampu ialah melambatkan keje-keje mereka ni...

1) kunci paling selamat adalah kunci tayar kita pada palang kunci kat parking motor…
kalau kat kl, kita boleh lihat kat area zon kecurian.. seperti depan KWSG dan depan Hentian Putra… Ada jugak penyamun motor ni pakai lori atau van.. kalau kita kunci kat situ, mereka susah nak angkut motor kita..


2) Elakkan parking tempat org tak ramai… kalau area sunyi, ibarat campak ikan goreng kat kucing..




3) Guna 2 kunci break disk.. Kunci setiap kali kita nak tinggalkan motor kita walaupun sekejap… kunci cara ni…


4) Rasanya LC dan lagenda dah ada kunci pada tongkat… siap ada remote..


5) Jangan lupa kunci tengkuk motor walaupun kita singgah sekejap… walaupun senang dipatahkan tapi bukan semua penyamun tau teknik patah.. Rekod kecurian paling pantas adalah tak sampai 5minit.. cuba bayangkan betapa cekap nye perbuatan keji mereka..


6) Elakkan beli kunci mangga atau solex kat kedai biasa atau hardware… kunci xde kualiti… cuba cari kedai pembuat kunci… beli yang mahal sikit… mmg berbaloi..


7) Jangan fikir kunci guna jenis chain tu boleh selamat… camne besar sekali pun, ia ttp boleh potong guna cutter..


8) Jangan hias motor terlalu cantik.. ia menambahkan minat pada penyamun..


9) Cipta suis tambahan pada bawah seat motor… kalau kita masuk forum motor, mereka ada ajar cara nak buat…

sumber : jiwang

Lagi kes lelaki bakar diri di Israel

Posted: 23 Jul 2012 08:10 PM PDT

Lagi kes lelaki bakar diri di Israel
 
Silman membakar diri semasa ulang tahun pertama protes besarbesaran di Israel pada minggu lalu.
TEL AVIV - Seorang lagi lelaki di Israel dilaporkan nekad membakar diri hanya beberapa jam sebelum pengebumian Moshe Silman yang melakukan tindakan sama pada 14 Julai lalu.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, lelaki berumur 40-an dan berkerusi roda itu melecur teruk selepas membakar dirinya di perhentian bas Yehud, berhampiran Tel Aviv, kelmarin.

"Beberapa saksi yang berada di tempat kejadian cuba untuk memadamkan api sebelum membawa mangsa ke hospital. Siasatan sedang dilakukan bagi mengetahui punca kejadian," katanya.

Minggu lalu, Silman membakar dirinya sebagai tanda protes bagi menuntut keadilan sosial di Tel Aviv dan dia disahkan meninggal dunia enam hari selepas kejadian itu.-sinarharian-

Lelaki tembak mati 12 penonton Batman 'bingung'

Posted: 23 Jul 2012 07:27 PM PDT

James Holmes
James Holmes

AURORA - Lelaki yang didakwa melepaskan tembakan sehingga menyebabkan 12 terbunuh ketika tayangan filem Batman di Aurora, Colorado minggu lalu, muncul di mahkamah buat kali pertama semalam dengan kelihatan 'bingung'.

Pihak pendakwa raya dijangka mengenakan tuduhan secara formal pada 30 Julai ini.

James Holmes, 24, hadir dengan pakaian penjara berwarna merah dan kelihatan bingung ketika prosiding awal semalam, yang diadakan dengan kawalan ketat.

Holmes akan terus ditahan di sebuah penjara di Centennial, Colorado tanpa diberi kebenaran ikat jamin, kata hakim.

Dia juga tidak menjawab sebarang soalan, yang dikemukakan oleh hakim semasa prosiding.

Suspek dituduh itu membaling dua kanister gas di pawagam yang ketika itu menayangkan filem The Dark Knight Rises sebelum melepaskan tembakan secara rambang.

Sembilan daripada 58 yang cedera dilaporkan kritikal.

Mangsa yang maut termasuklah seorang kanak-kanak berusia enam tahun dan dua anggota tentera Amerika Syarikat (AS).

Holmes yang muncul di mahkamah pada jam 9.30 pagi waktu tempatan, dijangka berhadapan dengan 12 tuduhan membunuh.

Dia juga kemungkinan akan berhadapan dengan tuduhan tambahan melakukan serangan melampau dan melanggar undang-undang pemilikan senjata.

Seorang lagi pendakwa raya berkata kes itu dijangka akan memakan masa setahun lagi untuk didengar. Pegawai pendakwa dari Carol Chambers sedang mempertimbangkan kemungkinan memohon hukuman mati ke atas Holmes. Bagaimanapun keputusan itu akan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan keluarga-keluarga mangsa. -sinarharian-

Cuepacs Semak Pekeliling Perkhidmatan Lapuk

Posted: 23 Jul 2012 07:22 PM PDT


Cuepacs: Semak pekeliling perkhidmatan lapuk
Lim Guan Eng (kanan) bersalaman dengan Omar Osman semasa menerima kunjungan kesatuan itu di pejabatnya di Georgetown, hari ini. - Foto Bernama

GEORGETOWN - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di DalamPerkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kerajaan supaya menyemak semula pekeliling perkhidmatan awam yang dilihat tidak relevan dengan keadaan semasa.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, terdapat beberapa pekeliling perkhidmatan awam yang diamalkan sehingga kini tidak melambangkan perkhidmatan awam yang baik dan mendatangkan kesukaran kepada penjawat awam.

"Banyak dasar yang lama dulu dah tak relevan lagi, pekeliling-pekeliling lama dah tak sesuai lagi...perlu dibuat penambahbaikan seperti yang disebut Ketua Setiausaha Negara (Datuk Seri Dr Ali Hamsa) iaitu merakyatkan perkhidmatan awam.

"Contohnya, kalau penjawat awam ditawar satu jawatan awam dan dia tidak terima dia kena senarai hitam selama setahun. Ini semua tidak menggambarkan perkhidmatan awam. Ini semua perkara yang sedang kita lihat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng di sini hari ini.

Omar berkata, pekeliling yang ada sekarang seharusnya selaras dengan dasar semasa kerajaan supaya perkhidmatan awam dapat bergerak seiring dengan perkembangan semasa dan tidak ketinggalan.Beliau berkata, kerajaan perlu mewujudkan hubungan dengan penjawat awam dalam pelaksanaan sesuatu dasar baharu supaya apa yang diputuskan mendapat persetujuan bersama.

"Tetapi jangan buat sesuatu dasar baharu itu, kita tidak ada perbincangan terus nak laksana, kita pun rasa kurang fahamlah. Kita tak setuju cara begitu.
"Sekarang ini konsep kita nak ada perbincangan, hubungan yang baik supaya sesuatu perkara itu tidak dipertikaikan kemudian. Barulah dasar baharu itu berjalan dengan baik," katanya.

Beliau berkata, Cuepacs akan berbincang dengan pihak-pihak tertentu berhubung perkara tersebut supaya sesuatu dasar baharu itu dapat difahami lebih jelas dan dapat disampaikan kepada penjawat awam. - Bernama

Sofia Vergara selebriti siri TV termahal

Posted: 23 Jul 2012 07:10 PM PDT

Sofia Vergara
Sofia Vergara

Bakat lakonan ditambah dengan kejelitaan yang ada pada aktres Hollywood, Sofia Vergara telah meletakkannya sebagai aktres siri televisyen yang mendapat pendapatan paling lumayan dalam senarai Forbes.

Vergara telah memperolehi jumlah pendapatan sebanyak RM59.9 juta dalam tempoh 12 bulan. Kemunculan Vergara sebagai bintang utama sitkom popular "Modern Family" telah berjaya menambat hati penonton bangsa Hispanic dan juga Amerika.

Selain membintangi sitkom tersebut, aktres kelahiran Columbia ini turut memiliki butik pakaiannya sendiri, iaitu Sofia yang boleh didapati di kedai Kmart, di samping menjadi model bagi jenama terkenal seperti Cover Girl, Pepsi dan Burger King.

Vergara turut pernah membintangi beberapa filem antaranya, "The Smurfs", "New Year's Eve", "The Three Stooges" dan "Chasing Papi".

Dengan berada di tangga pertama dalam senarai Forbes telah membolehkannya mengatasi Kim Kardashian yang memperoleh pendapatan sebanyak RM56.8 juta, hampir keseluruhan pendapatannya diperoleh menerusi siri rancangan realiti "Keeping Up With The Kardashians". -sinarharian-

Surat wasiat Micheal Jackson, palsu?

Posted: 23 Jul 2012 07:08 PM PDT

Micheal Jackson
Micheal Jackson
 
Perseteruan dalam keluarga Jackson bagai tiada penghujungnya walaupun Raja Pop dunia itu telah meninggal tiga tahun lalu.

Ia bertambah parah apabila adik beradik Michael - Janet Jackson, Jermaine Jackson, Tito Jackson, Randy Jackson dan Rebbie Jackson mendakwa surat wasiat Michael adalah palsu.

Menerusi wasiat itu, disebutkan bahawa harta kekayaan Michael akan diwariskan pada ibunya, Katherine dan tiga anak Michael, iaitu Paris, Prince dan Blanket.

Kecurigaan mereka semakin kuat apabila lokasi surat itu di tandatangan adalah pada 7 Julai 2002, di Los Angeles, padahal ketika itu Michael berada di New York.

"Tidak mungkin dan tidak masuk akal apabila dia berada di dua tempat berbeza dalam waktu yang sama," ujar Jackson bersaudara itu dalam surat bantahan mereka.

Selain itu, kehadiran John Branca dan John McClain sebagai saksi wasiat itu juga menimbulkan keganjilan kerana Michael tidak pernah menyukai dua pengacara tersebut. -sinarharian-

Ariel Peterpan bebas, peminat serbu penjara

Posted: 23 Jul 2012 07:05 PM PDT


Ariel Peterpan
Ariel Peterpan senyum ketika bebas dari penjara di Bandung, Jawa Barat, Indonesia hari ini. – Foto EPA
 
BANDUNG - Selepas menjalani dua pertiga daripada hukuman penjara tiga setengah tahun kerana kesalahan mengedar video pronografi, Ariel Peterpan dibebaskan dari penjara 9 pagi ini.

Pembebasan bersyarat kepada vokalis kumpulan muzik pop Peterpan yang berusia 31 tahun itu, diberikan pihak berkuasa setelah dia menjalani hukuman dengan berkelakuan baik.

Antara syarat yang ditetapkan ialah Ariel tidak boleh lagi mengulangi perbuatannya dan diwajibkan melapor diri ke penjara secara rutin sehingga dibebaskan secara mutlak pada 21 September 2013.

Anggota polis menghadapi cabaran mengeluarkan Ariel dari pintu utama Penjara Kebon Waru di sini kerana terpaksa menempuh laluan yang sesak dengan peminat fanatik penyanyi itu serta wartawan, jurufoto dan jurukamera TV yang membuat liputan pembebasannya.

Jeritan para peminat kedengaran setiap kali pintu kecil penjara itu dibuka sejak 8.30 pagi ini dan selepas Ariel dibawa keluar di dalam sebuah kereta, ada di antara peminat itu yang kelihatan menangis.

Ada di antara para peminat sanggup bermalam di luar penjara itu malam tadi semata-mata untuk menatap wajah artis kesayangan mereka pagi ini tetapi mereka hampa apabila pihak penjara membawa keluar Ariel dengan sebuah kereta putih menggunakan kaca gelap untuk membawanya ke Pejabat Pendakwa Raya Bandung yang terletak berdekatan.

Tidak berpuas hati kerana terlepas peluang menatap wajah Ariel di depan penjara, para peminat menyerbu pula di Pejabat Pendakwa Raya Bandung di mana Ariel perlu menyelesaikan urusan penandatanganan beberapa dokumen pembebasan.

Kehadiran para peminat yang memenuhi hingga ke jalan raya telah menyebabkan Jalan Jakarta di mana penjara dan pejabat pendakwa raya itu ditempatkan, menjadi sesak.

Dari Pejabat Pendakwa Raya itu, penyanyi itu kemudian dibawa keluar dengan kereta dan didahului kereta peronda polis ke lokasi yang tidak diketahui. Petang ini Ariel dijadual mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel di sini.

Kawalan ketat diberikan pihak polis semasa pembebasan Ariel yang mengenakan kemeja putih serta jaket hitam bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga setengah tahun dan denda Rp250 juta oleh Mahkamah Daerah Bandùng pada 31 Jan tahun lalu selepas didapati bersalah mengedar video pornografi di mana beliau sendiri dipercayai sebagai pelakunya bersama dua orang artis wanita iaitu Cut Tari dan seorang lagi yang dipercayai sebagai Luna Maya.

Selepas penyiaran video itu di internet menjadi isu hangat, Cut Tari telah membuat pengakuan terbuka bahawa beliau adalah orang yang beraksi dengan Ariel dalam satu daripada video pornografi itu dan telah memohon maaf secara terbuka kepada suami dan keluarga dan seluruh rakyat Indonesia atas perlakuannya itu.

Bagaimanapun Ariel sehingga hari ini tidak pernah mengakui perbuatannya, begitu juga dengan kekasihnya Luna Maya.

Pasangan kekasih itu telah memutuskan hubungan mereka semasa Ariel sedang menjalani hukuman penjara.

Ariel telah ditahan sejak 23 Jun 2010 dan menjalani sidang perbicaraan di mahkamah sebanyak 14 kali.

Perbicaraan itu yang bermula pada 22 November 2010, juga mencatat sejarah kerana ia merupakan kes pornografi yang pertama yang diadili di mahkamah Indonesia. - Bernama

Soo Wincci Cuba Tawan Pendengar Melayu

Posted: 23 Jul 2012 07:01 PM PDT



Selepas bakatnya diuji sehingga berjaya tergolong dalam lima kelompok terbaik menerusi program realiti, Masterchef Selebriti Malaysia, penyandang gelaran Miss Malaysia/ World 2008/2009, Soo Wincci melangkah setapak lagi dengan mengetengahkan bakatnya dalam bidang nyanyian pula.

Terbaru, Soo Wincci muncul dengan album sulung berbahasa Melayu khusus buat peminat-peminatnya yang berjudul 'Terus-Teranglah'.

"Sebenarnya, saya memang minat menyanyikan lagu berbahasa Melayu dan perancangan untuk menghasilkan album ini juga telah dirancang sejak setahun yang lalu.

"Tetapi atas sebab jadual dan komitmen lain, album ini terpaksa ditunda sehinggalah selepas saya selesai dengan program MasterChef. Saya gembira program tersebut berjaya membawa nama saya ke peringkat sekarang dan diterima di kalangan peminat Melayu," katanya semasa majlis pra dengar albumnya yang berjudul Terus-Teranglah di Bangsar, baru-baru ini.

Sebelum ini Wincci pernah menghasilkan tiga album berbahasa Mandarin.

Menerima sentuhan komposer terkenal, Ajai selaku penerbit album, Wincci meletakkan lagu 'Terus-Teranglah' sebagi single pertamanya, yang juga merupakan kolaborasi dengan penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow.

Selain 'Terus-Teranglah', album ini turut memuatkan tiga lagu lain berjudul 'Musim Asmara', 'Jangan Risau' dan 'Nombor 1'.

Presiden Obama Penggemar Seluar Dalam David Beckham

Posted: 23 Jul 2012 06:59 PM PDT



Pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham diketahui umum turut berpengaruh dalam bidang fesyen apabila melancarkan koleksi pakaian dalam di bawah namanya.

Terbaru, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dikatakan menggemari seluar dalam rekaan Beckham.

Beckham dikatakan menghantar satu kotak seluar dalam rekaannya selepas mengetahui Obama dan isteri, Michelle, amat meminati seluar dalam rekaannya.

Satu sumber yang rapat dengan Rumah Putih berkata: "David berjanji menghantar seluar dalam itu kepada Presiden dan Michelle bertegas mahu suaminya memakainya." Selain itu, Beckham, 37, juga amat diminati oleh kedua-dua anak Obama, Malia dan Sasha. -MH-

No comments: