Tuesday 24 July 2012

Budak Technician

Budak Technician


Iklan Jawatang Kosong 2012 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) - 265 Kekosongan

Posted: 23 Jul 2012 12:18 AM PDT

5 Job Vacancies at Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) was established on August 31, 1957, which corresponds to the independence of Malaya at that time. In the beginning, during British colonial rule, the Civil Service of the States of the Malay States was then under British administration. Malaya’s independence on August 31, 1957 was in itself constitute a new rule of the Federation of Malaya independent and sovereign state.

Qualified Malaysian citizens aged 18 and above are invited to fill vacancies at Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) as follows:

1. Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41 (60 kekosongan) 2. Pegawai Kebudayaan Gred 41 (6 kekosongan) 3. Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S27 (34 kekosongan) 4. Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 (133 kekosongan) 5. Ahli Muzik Pelbagai Gred (32 kekosongan)

Tarikh tutup : 5 Ogos 2012
 
 
 
 
sumber : kerjakosongterkini2012

Najwa Latif Lancar Single Religi, AdaMu (MV)

Posted: 22 Jul 2012 11:15 PM PDT



Sempena kedatangan Ramadhan yang mulia ini, Najwa Latif telah melancarkan single religi beliau yang berjudul "AdaMU" serentak dengan video muzik yang dilancarkan di saluran YouTube-nya.

Lagu "AdaMU' dinukilkan pada Ramadan lepas manakala liriknya ditulis oleh kakaknya, Ika. Menurut Najwa, lagu ini hadiah khas buat peminat yang merindui kemunculannya di khalayak ramai kerana berehat daripada aktiviti seni serta sedang membuat persiapaan untuk peperiksaan SPM akan dihadapinya nanti.

Satu kelebihan single ini ialah mesej yang ingin di sampaikan dan di harap dapat memberi manafaat kepada pendengar.


AdaMU
Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Lagu: Najwa Latif (NAR Publishing SDN BHD)
Lirik: Ika Latif (NAR Publishing SDN BHD)




sumber : gua.com.my

AIM19: Artis Bukan Warganegara Malaysia Layak Bertanding

Posted: 22 Jul 2012 10:12 PM PDT



Majlis anugerah yang menghargai hasil karya pemuzik tanah air, Anugerah Industri Muzik (AIM) kali ini melonggarkan syarat kelayakan untuk artis yang ingin bertanding.

Tidak seperti tahun lepas dimana penyertaan hanya dibuka kepada 100 peratus penggiat muzik berwarganegara Malaysia, tahun ini syarat kelayakan juga dibuka kepada artis yang berpangkalan di Malaysia sekurang-kurangnya enam bulan dalam setahun untuk dua tahun berturut-turut sebelum tarikh acara anugerah tersebut.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM 19, Rosmin Hashim berkata, walau bagaimanapun, mereka juga harus memeterai perjanjian sebagai artis ahli syarikat rakaman dan syarikat Penerbitan RIM.

"Syarat kelayakan untuk artis pada AIM 19 ini dilonggarkan bagi memberi peluang kepada artis yang berpangkalan di Malaysia mengetengahkan bakat mereka," kata Rosmin di majlis sidang media AIM 19 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Syarat kelayakan ini juga dibuka kepada artis dengan status pemastautin tetap dan menetap di Malaysia sekurang-kurangnya enam bulan dalam setahun untuk dua tahun berturut-turut sebelum tarikh acara anugerah tersebut.

Dalam sesebuah kumpulan atau duo, sekurang-kurangnya separuh dari ahli kumpulan tersebut perlu memenuhi salah satu daripada syarat tersebut.

AIM edisi ke-19 ini akan diadakan pada Sabtu, 17 November 2012 di Stadium Melawati, Shah Alam.

AIM19: Barisan Juri Dirombak Besar-Besaran

Posted: 22 Jul 2012 09:57 PM PDT


Setelah reputasi Anugerah Industri Muzik (AIM) tercalar gara-gara penarikan semula trofi Yuna pada AIM edisi ke-18, kali ini Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) mengubah sistem penghakiman agar kredibiliti anugerah tersebut dapat dipulihkan.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM 19, Rosmin Hashim berkata, sebelum ini pencalonan AIM dihakimi oleh Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) yang terdiri daripada pihak yang tiada kaitan secara langsung dalam industri muzik seperti media, penerbit dan sebagainya.

Namun, selepas perbincangan dengan penggiat muzik tanah air melalui satu forum, panel hakim akan dipilih daripada pengamal terkenal dari industri muzik tempatan.

"Setelah berbincang dengan penggiat muzik, RIM mengambil keputusan untuk mengubah sistem penghakiman AIM kerana yakin itu yang terbaik untuk memulih dan mengekalkan kredibiliti anugerah tersebut," kata Rosmin di sidang media A1M 19 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah Rosmin, pengamal industri muzik merupakan satu kumpulan yang besar yang sebahagiannya terdiri daripada penyanyi, komposer, jurutera muzik dan sebagainya.

"Golongan pengamal muzik ini luas. Tidak terhad kepada penyanyi dan komposer sahaja. Malah mereka juga terdiri dari jurutera muzik, guru vokal dan sebagainya," katanya.

Menurut Rosmin lagi, juri yang akan menghakimi pencalonan AIM juga haruslah memiliki pengalaman dalam bidang ini sekurang-kurangnya lima tahun dan mereka tidak dibenarkan untuk menghakimi karya sendiri.

"Mungkin ada antara juri ini mempunyai hasil karya yang dipertandingkan dalam AIM. Untuk mengelakkan dari berlakunya ketidak-adilan, mereka akan dikecualikan dari menghakimi hasil karya sendiri," tambah Rosmin.

Untuk mengelakkan dari pisang berbuah dua kali berikutan isu penarikan trofi Yuna, juruaudit penghakiman sebelum ini Ernst & Young, telah digantikan dengan juruaudit yang baru, KPMG.

"Kami tidak kisah sekiranya reputasi RIM tercalar berikutan isu itu. Yang penting kredibiliti anugerah tersebut boleh dipulihkan dengan memberikan majlis anugerah yang lebih baik berbanding tahun lepas," kata Rosmin. -gua.com.my-

Hasrat Diana Danielle Berehat Sepanjang Ramadan Tidak Kesampaian

Posted: 22 Jul 2012 09:51 PM PDT

Diana Danielle

Hasrat aktres jelita Diana Danielle untuk berehat daripada aktiviti seni pada bulan Ramadan ini tidak menjadi kenyataan apabila dia bakal terlibat dalam penggambaran filem terbaru berjudul Kami Histeria bermula hari ini.

Diana, 21, berkata, selepas enam bulan tidak terlibat dalam sebarang penggambaran filem, dia akhirnya menerima tawaran daripada produksi Red Films untuk berlakon dalam filem genre komedi seram itu.

"Bulan Ramadan tahun lepas pun saya sibuk, ingatkan pada tahun ini dapat kurangkan jadual berlakon tetapi tidak dapat juga rasanya sebab jadual penggambaran filem terbaru Kami Histeria memang padat," katanya ketika ditemui mStar Online.

Selain Diana, filem arahan Shamyl Othman itu turut dibintangi antaranya Sara Ali, Nad Zainal, Mila Jirin dan Umi Omar.

Katanya, memandangkan penggambaran filem itu akan bermula pada hari ini dan dijangka berakhir tiga hari sebelum Syawal, maka dia enggan memikirkan soal membeli-belah pakaian Hari Raya pada tahun ini.

"Kalau sudah sibuk dengan penggambaran, memang tidak payah fikir soal tempah baju. Kebetulan pula, saya jenis yang senang dan ringkas, baju siap yang berharga RM50 pun boleh dipakai," ujarnya.

Mengenai pengalaman pertama menjayakan watak komedi dalam filem terbaru Hantu Gangster arahan Namewee, Diana berkata dia berasa teruja dengan watak sebagai guru sekolah bernama Jameela.

"Saya tidak pernah cuba watak komedi sebelum ini. Saya percaya ada sisi komedi dalam diri tetapi untuk berlakon di depan kamera dengan watak begitu agak membimbangkan juga pada awalnya.

"Bagaimanapun, Namewee menasihatkan agar saya berlakon secara bersahaja dan tidak memikirkan sangat mengenai watak itu. Saya harap ia diterima dan boleh buat penonton gelak," kongsinya.

Filem yang turut dibintangi antaranya Namewee, Farid Kamil, Taiyuddin Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan dan Datuk David Arumugam itu akan ditayangkan pada 9 Ogos depan. -mstar-

Azad Jazmin Kawal Sikap Baran Sejak Kahwini Eira Syazira

Posted: 22 Jul 2012 09:48 PM PDT

Azad Jazmin

KUALA LUMPUR: Pelakon Azad Jazmin berkata perkahwinan dengan aktres Eira Syazira sejak 10 bulan lalu menjadikan dia semakin matang dan mampu mengawal sikap panas baran yang dimilikinya selama ini.

Azad atau nama sebenarnya Azad Jazmin John Louis Jeffri, 36, berkata dia bersyukur kerana sikap baran dan mudah melenting itu beransur hilang.

"Persepsi yang menganggap saya panas baran dan mudah melenting tidak akan pernah pudar. Ia sentiasa ada kerana segelintir pihak sering tersalah anggap dengan cara pertuturan dan gestur tubuh saya yang kasar dan agresif.

"Namun, saya gembira dengan kematangan dan ketenangan sikap saya miliki kini. Saya lebih relaks dan tidak mudah melenting walaupun ada perkara negatif yang timbul," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Azad dan Eira dinikahkan oleh bapa aktres itu, Shuhaimi Acheh pada 16 September 2011 dengan mas kahwin sebanyak RM 300 di Putrajaya dekat sini.

Ditanya mengenai sikap negatif yang sinonim dengan dirinya sebelum ini, Azad berkata orang ramai semakin dapat menerima bahawa sikap kasar itu hanyalah karakter luaran dirinya.

"Saya berasal dari Pulau Pinang. Secara kebetulan cara yang kasar itu sering disinonimkan dengan orang-orang dari utara. Padahal saya bercakap seperti orang lain juga cuma ton suara saya kedengaran kasar dan lantang, sekaligus mengundang salah faham.

"Kalau orang mengenali saya, mereka akan faham dan terima sikap yang kelihatan kasar diluar sahaja, bukan dalaman saya. Jika tidak, mana mungkin saya dapat hidup bersama Eira dan keluarganya yang dikenali kerana sikap lemah lembut mereka," jelasnya.

Terbaru, Azad kini sibuk di lokasi penggambaran filem arahan Ahmad Idham berjudul Gangster Celop dan sebuah lagi filem, Mamak Cupcake.

Azad juga bakal muncul dengan filem terbaru berjudul SAM arahan Syafiq Yusof bermula 19 Ogos depan bersempena Hari Raya Aidilfitri. -mstar-

Bebas Penjara, Ariel (Peterpan) Rancang Majlis Berbuka Puasa

Posted: 22 Jul 2012 09:46 PM PDT

Ariel (Peterpan)

JAKARTA: Vokalis Peterpan, Ariel yang bakal dibebaskan dari penjara Kebon Waru pada hari ini merancang untuk mengadakan majlis berbuka puasa dengan pihak media dan ahli kelab peminat Sahabat Peterpan di Hotel Grand Serela, Bandung.

Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham berkata, majlis berbuka dan sidang media yang akan diadakan pada petang ini adalah sebagai tanda kesyukuran atas pembebasannya pada bulan Ramadan ini.

"Sehubungan dengan pembebasan saya dari Rutan Waru, maka bersama ini, kami sekeluarga mengundang teman-teman media untuk menghadiri majlis kesyukuran, sidang media dan berbuka puasa bersama pada Isnin pada pukul 4 hingga 6 petang WIB di Ballroom Hotel Grand Serela.

"Besar harapan kami jika teman-teman media dapat hadir pada acara ini. Terima kasih," ujar Ariel dalam satu pesanan yang disampaikan kepada media, di sini.

Perancangan tersebut turut dipersetujui salah seorang anggota kumpulan itu, Lukman. Katanya, Ariel akan disertai anggota kumpulan yang lain untuk berbicara dengan wartawan.

"Benar, perancangan (majlis) adalah seperti itu. Ariel akan bertemu media dan peminat pada majlis itu nanti," kata Lukman.

Difahamkan, seramai 250 ahli Sahabat Peterpan dijangka menyertai majlis berbuka puasa itu.

"Tapi tidak mungkin semuanya dapat datang kerana tidak muat ruang itu," katanya.

Ariel ditahan pada 23 Jun 2010 selepas didapati bersalah kerana terlibat dalam kes penyebaran video porno dengan dua artis wanita, Luna Maya dan Cut Tari.

Penjawat Awam Di Selangor Akan Terima Bonus Sama Seperti Kerajaan Persekutuan

Posted: 22 Jul 2012 09:43 PM PDT



SHAH ALAM: Penjawat awam di Selangor akan menerima jumlah bonus Hari Raya yang sama diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan memastikan penjawat awam di negeri ini akan menikmati kesaksamaan dari segi bayaran bonus, sekiranya Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan bonus sempena Hari Raya Aidilfitri pada bulan depan.

"Jika penjawat awam Persekutuan mendapatkannya, begitu juga dengan penjawat awam yang berkhidmat di negeri ini. Ia bukan hanya satu pihak sahaja.

"Ia akan menjadi sama (jumlahnya) kerana ia berkaitan dengan pencen," katanya kepada pemberita di sini, Isnin. -mstar-

Guna sijil MC tipu pensyarah

Posted: 22 Jul 2012 09:35 PM PDT

SALAH sebuah klinik yang dikenal pasti menjual sijil cuti sakit kepada pelajar di Ipoh, Perak.

IPOH - Sebuah klinik swasta di sini dikenal pasti menjual sijil cuti sakit (MC) kepada pelajar dari beberapa buah institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan yang sengaja tidak mahu menghadiri kuliah atau peperiksaan pada hari yang ditetapkan.

Lebih menyedihkan, pelajar terbabit boleh mendapatkan sijil MC palsu bagi menghalalkan tindakan mereka ponteng kuliah dan peperiksaan dengan bayaran RM5.

Tempoh 'sah laku' sijil itu ialah sehari.

Masalah tersebut dikesan oleh pensyarah di salah sebuah IPT di sini yang mendapati 80 peratus daripada sijil MC itu diperoleh dari klinik sama.

Berikutan itu, kata pensyarah yang enggan namanya disiarkan berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk tidak menerima sijil MC dari klinik terbabit.

"Jika seorang dua pelajar menghantar sijil MC dari klinik yang sama, ia mungkin satu kebetulan. "Tetapi hampir 80 peratus daripada puluhan MC yang diterima adalah dari klinik yang sama, jadi kami syak ada sesuatu yang tidak kena," dedahnya.

sumber : kosmo

Nenek dibuli dapat sumbangan RM2.21 juta

Posted: 22 Jul 2012 09:24 PM PDT

IMEJ yang dirakamkan dari YouTube
menunjukkan Klein tidak mempedulikan
ejekan dan kata-kata kesat yang
dilemparkan budak sekolah di dalam
sebuah bas di New York.
NEW YORK - Laman Indiegogo di internet berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak AS$703,873 (RM2.21 juta) dalam tempoh sebulan untuk diberikan kepada seorang nenek, Karen Klein yang dibuli sekumpulan budak sekolah.

Kempen mengumpulkan derma itu dimulakan oleh seorang lelaki dari Toronto, Kanada, Max Sidorov, 25, di laman tersebut.

Pada satu temu ramah bulan lalu dengan saluran ABC News, Sidorov berkata, dia pernah dibuli.

"Saya tahu perasaan dibuli dan sepatutnya tiada ada sesiapa pun yang perlu melaluinya," katanya.

Pengumpulan derma itu berakhir pada Jumaat lalu.

Pada mulanya, sasaran wang yang mahu dikumpulkan ialah sebanyak AS$5,000 (RM15,747) bagi membiayai percutian Klein yang berusia 68 tahun.

Seorang jurucakap laman itu menyatakan lebih 32,000 orang memberi sumbangan.

Menurutnya, sumbangan tersebut datang dari 84 buah negara.

Derma itu dilakukan selepas sekumpulan budak sekolah berusia 12 dan 13 tahun memuat naik video di laman Facebook dan YouTube pada bulan lalu.

Video yang dirakamkan menerusi telefon bimbit itu menunjukkan Klein cuba untuk tidak mempedulikan ejekan dan kata-kata kesat yang dilemparkan kumpulan budak sekolah tersebut berhubung berat badannya di dalam sebuah bas sekolah.

Budak tersebut merupakan pelajar Sekolah Tinggi Greece Athena di sini.

Klein yang berkhidmat sebagai pemantau keselamatan pelajar dalam bas sekolah menyatakan dia amat menghargai sumbangan tersebut.

Menurutnya, sebahagian wang tersebut akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan. - AFP

Budak hidap tumor dibawa ke Amerika Syarikat (US)

Posted: 22 Jul 2012 09:19 PM PDT


ALBUQUERQUE, New Mexico - Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun yang mempunyai tumor pada badannya telah dibawa keluar dari sebuah kawasan perumahan yang berbahaya di Mexico dengan menggunakan kenderaan berperisai oleh ejen-ejen keselamatan Amerika Syarikat (AS), kata keluarganya.

Budak tersebut yang identitinya hanya dikenali sebagai Jose dibawa ke sempadan untuk mendapatkan rawatan perubatan di New Mexico, AS.

Dia dan keluarganya dibawa keluar dari kawasan perumahan yang terkenal dengan kegiatan jenayah di Ciudad Juarez setelah beberapa kakitangan sebuah gereja melihatnya dan berusaha untuk membantunya.

Keluarga budak tersebut menyatakan tumor di leher dan bahunya itu semakin membesar sehingga menjejaskan penglihatannya.

Tumor itu dihidapi budak tersebut sejak dia dilahirkan.

Namun, keluarganya tidak mempunyai wang untuk membawanya menjalani rawatan.

Penyelaras bantuan untuk Penyiasatan Keselamatan Dalam Negeri AS, Denise Gutierrez berkata, dia seperti mahu menghulurkan bantuan selepas melihat gambar budak tersebut.

Gutierrez menyatakan budak itu dan bapanya diberikan visa kemanusiaan selama 45 hari untuk menjalani rawatan.

Pasukan Pengawal Sempadan AS membantu membawa masuk budak tersebut memasuki New Mexico. - AP

No comments: