Monday 23 July 2012

Budak Technician

Budak Technician


PELIK! Pantung Berusia 200,000 Tahun Ditemuai Di Bulan

Posted: 22 Jul 2012 03:00 AM PDT


Sebuah catatan daripada saitis baru sahaja membuktikan bahawa permukaan  Bulan pada suatu ketika pernah dihuni dengan kehidupan asing. Hal itu telah dibuktikan berdasarkan penemuan sebuah arca bersaiz 10 inci di permukaan Bulan.
Pakar geologi, Dr.Morris Charles menceritakan bahawa batu aneh tersebuh telah dibawa ke makmal penyelidikan NASA sejurus selepas kepulangan ekspedisi Apollo 11 pada tahun 1969. Dr.Charles merupakan salam seorang penyelidik NASA yang telah bekerja selama 23 tahun sebelum akhirnya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. Walaubagaimanapun, dia masih tetap menjaga hubungan dengan pihak tempat dia bekerja dahulu.




"Arca tersebut meningkatkan perasaan ingin tahu kita. Ini bererta pada suatu waktu dahulu, atmosfera di Bulan boleh menyokong kehidupan. Selain daripada itu, arca tersebut juga menunjukkan nilai estetika yang indah dari masyarakat yang membuatnya." kata Dr.Charles kepada pemberita.
Arca yang dikenali sebagai "Angel" atau bidadari itu diperbuat daripada kombinasi besi khusus yang boleh ditemui secara ekslusif  di beberapa tempat mengikut ketinggian tertentu di bulan. "Angel" merupakan arca yang menyerupai perempuan memiliki sayap di bahagian belakang dengan rambut yang panjang.
Terdapat juga kemungkinan yang arca "Angel" didatangkan khusus daripada planet lain. Berdasarkan analisis radiokaron, pakar geologi berpendapat bahawa arca tersebut telah berusia lebih dari 200,000 tahun, yang berkemungkinan ia dibuat 170,000 tahun sebelum spesies manusia muncul di Bumi.
Dr.Miles Fredericks dari Universiti New York ada membuat kajian mengenai teori lagenda orang Sumeria yang menceritakan tentang Annunaki, dewa-dewa bersayap, yang berasal dari abad 18 SM. Mungkin juga orang Sumeria pernah dikunjungi penghuni bulan, yang rupanya hampir sama dengan imej dari arca "Angel".
Walaupun terdapat banyak persoalan yang menyelubungi misteri figura "Angel", tetapi sebahagian masyarakat mempersoalkan mengapa rahsia tersebut disimpan begitu lama. "Artifak ini telah menjadi rahsia umum kepada pihak NASA selama bertahun-tahun. Namun pihak NASA terpaksa menyimpan rahsia ini bagi mencegah masyarakat dunia daripada mendaji panik.



sumber : aminstress

Bintang Hollywood Bercerai, Berpisah Sepanjang 2012

Posted: 21 Jul 2012 10:46 PM PDT



Entah apa sebabnya, namun semakin banyak pula pasangan bintang Hollywood yang bercerai pada tahun 2012 ini. Apa yang memeranjatnya kebanyakan pasangan bintang Hollywood yang bercerai ini sudah pun mendirikan rumahtangga dalam tempoh dan jangka masa yang agak lama.
Jika tidak pun, ada yang menjalinkan hubungan yang agak lama tetapi akhirnya mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
Berikut adalah antara pasangan bintang Hollywood yang memutuskan untuk berpisah sepanjang tahun 2012 ini.

1. Tom Cruise & Katie Holmes
Setelah 5 tahun mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang anak perempuan yang comel bernama Suri, akhirnya pasangan pelakon Tom Cruise dan Katie Holmes mengambil keputusan untuk bercerai pada Jun lalu. Kisah perceraian mereka cukup memeranjatkan dunia kerana mereka sering disifatkan sebagai pasangan yang cukup ideal. Masih tidak dapat dipastikan mengapa pasangan ini bercerai, namun ada sumber mengatakan Katie Holmes tidak mahu anaknya Suri terperangaruh dengan ideologi Scientologi yang dianuti secara serius oleh Tom Cruise.

2. Seal & Heidi Klum
Digelar sebagai pasangan yang cukup serasi serta romantis, ramai yang sukar menerima hakikat apabila mengetahui tentang berita perceraian di antara penyanyi Seal dengan supermodel, Heidi Klum pada awal Januari tahun ini. Biarpun enggan menjelaskan sebab-sebab perpisahan mereka, namun sumber memberitahu bahawa Heidi Klum sudah tidak dapat menerima sikap panas baran Seal. Jarak mereka yang jauh juga antara punca yang menyebabkan hubungan mereka semakin rumit. Biarpun begitu, hakikatnya pasangan ini masih saling cinta-mencintai dan sepanjang 7 tahun mendirikan rumahtangga, mereka telah dikurniakan 3 anak iaitu Henry, 6, Johan, 5, and Lou, 2. Manakala Leni, 7½, adalah anak Heidi Klum bersama kekasih terdahulunya.

3. Johnny Depp & Vanessa Paradis
Selepas 14 tahun bersama, akhirnya aktor Johnny Depp berpisah dengan model dan penyanyi, Vanessa Paradis. Selama tempoh tersebut, Johnny dan Vanessa telah dikurniakan 2 cahayamata, Lily-Rose, 13, and Jack, 10. Perpisahan mereka jugak cukup mengejutkan dunia kerana ramai yang tahu bahawa pasangan ini cukup setia dan sentiasa harmoni bersama. Namun, sumber memberitahu perpisahan mereka itu sebenarnya berpunca daripada sikap Vanessa sendiri. Apa saja yang dilakukan Johnny sentiada tidak kena di matanya. Waktu Johnny tidak bekerja dan kurang mendapat pekerjaan, dia menuduh Johnny macam-macam dan apabila Johnny sudah menjadi antara aktor yang termahal di Hollywood, dia juga masih tidak senang dengan kejayaan yang dikecapi Johnny. Dia menganggap dia terlalu banyak berkorban untuk Johnny hingga mengorbankan kerjayanya sendiri. Akhirnya Vanessa tidak tahan lagi dan mengambil keputusan untuk berpisah dengan Vanessa. Keputusan untuk berpisah sebenarnya telah dibuat pada 2010. Namun demi anak-anak mereka telah merahsiakannya buat sementara waktu dan akhirnya pada 19 Jun lalu, mereka telah berpisah secara rasmi. Sejak itu, Johnny Depp dilaporkan telah menjalinkan hubungan cinta dengan pasangan pelakonnya dalam filem Rum Diary iaitu Amber Heard.

4. Jennie Garth & Peter Facinelli
Biarpun sudah 11 tahun berkahwin, namun aktor Twilight, Peter Facinelli dan isterinya, Jennie Garth (pelakon Beverly Hill 90201) tetap gagal menyelamatkan rumahtangga mereka. Pada Mac 2012, pasangan ini mengambil keputusan untuk bercerai. Namun, perceraian mereka itu bukanlah sesutau yang memeranjatkan di kalangan keluarga dan rakan-rakan kerana rumahtangga mereka dikatakan sudah mula bergolak sejak setahun yang lalu. Khabarnya ia berpunca dengan sikap cemburu Jennie Garth yang tidak dapat menerima kejayaan Peter yang semakin sukses dengan kerjaya lakonannya.Lebih-lebih lagi selepas membintangi siri filem Twilight dengan membawakan watak sebagai Dr Carlis Cullen. Hasil perkahwinan mereka, Jennie Garth dan Peter Facinelli telah dikurniakan 3 cahaya mata, Luca, Loa dan Fiona.

5. Kenny G & Balynda "Lyndie" Benson-Gorelick
Sesudah 2 dekad (20 tahun) melayari bahtera perkahwinan bersama, akhirnya rumahtangga yang dibina pemuzik Jazz, Kenny G dengan Balynda "Lyndie" Benson-Gorelick runtuh dan tidak dapat diselamatkan jua. Perceraian mereka telah difailkan oleh pemain saksafon lagenda ini pada awal Januari lalu dengan alasan mereka sudah tidak punya persefahaman lagi. Pasangan yang berkahwin pada 1992 ini mempunyai 2 anak lelaki bersama iaitu Maz, 18 dan Noah, 14.

6. Dennis Quaid & Kimberly Quaid
Perceraian yang berlaku di antara aktor Dennis Quaid & Kimberly Quaid bukanlah sesuatu yang memeranjatkan di dalam industri perfileman Hollywood. Ini kerana hubungan mereka sentiasa dilaporkan bermasalah. Babak perceraian mereka juga dipenuhi dengan drama, namun akhirnya Kimberly Quaid berjaya memfailkan perceraian mereka pada Mac lalu dengan alasan konflik personaliti. Selama hampir 8 tahun mendirikan rumahtangga, pasangan ini telah dikurniakan anak kembar berusia 4 tahun, Thomas Boone dan Zoe Grace. Sebelum mengahwini Kimberly pada 4 Julai 2004, Dennis Quaid pernah mendirikan rumahtangga dengan aktres P.J. Soles (1978-1983) and Meg Ryan (1991-2001).

7. Avril Lavigne & Brody Jenner
Hampir 2 tahun menjalinkan hubungan cinta, akhirnya rocker chic, Avril Lavigne dengan Brody Jenner mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan mereka berdua pada awal Januari lalu. Perpisahan itu dikatakan berpunca daripada sikap mereka yang tidak dapat mengimbangi hubungan dengan kerjaya seni mereka. Terutamanya Avril Lavigne yang sentiasa mahu Brody Jenner sentiasa mengikuti serta menemaninya ke mana-mana saja. Keadaan tersebut membuatkan Brody Jenner tidak gembira serta menyekat kerjaya seninya.

8. Nick Jonas & Delta Goodrem
Hubungan cinta yang terjalin selama 10 bulan di antara aktor Nick Jonas dengan penyanyi Australia, Delta Goodrem yang 8 tahun lebih tua daripadanya akhirnya terputus di tengah jalan pada Februari lalu. Tidak dapat dipastikan mengapa mereka berpisah, namun kedua-duanya mengambil keputusan untuk memberikan tumpuan terhadap kerjaya seni masing-masing.

sumber : murai.com.my

Isu Status Suami Tidak Jadi Masalah - Irma Hasmie

Posted: 21 Jul 2012 10:32 PM PDT




Isu mengenai status suami kepada pelakon Irma Hasmie, Redza Syah bahawa dia kononnya adalah seorang duda telah menimbulkan kontroversi di kalangan peminat seni hiburan tanah air. Namun, ia sedikit pun tidak mengecewakan hati pasangan yang baru saja bernikah pada 29 Jun lalu ini.

Malah, Irma Hasmie yang kini telah kembali aktif berlakon semula selepas berbulan madu di Australia telah bersedia menjawab persoalan tersebut menerusi kiriman SMS yang dihantar kepada salah seorang krew dari portal terkenal murai.com.my.

"Baiklah, isu status suami saya tidak menjadi masalah apa-apa pada saya dan keluarga saya. Cuma kami tidak mahu melibatkan diri dalam perkara yang boleh membawa kepada keburukan.Biarlah kita mengajak orang untuk berbuat baik, Insya-Allah, kita akan mendapat pahala, begitu juga jika sebaliknya," katanya kepada murai.

Dalam pada itu, Irma Hasmie yang sedang menjalani penggambaran Destinasi Cinta bersama Air Asia di Semarang, Indonesia untuk Astro berpendapat bahawa berdiam diri adalah tindakan wajar yang perlu dilakukannya.

"Kalau kita buat perkara keburukan dan ramai orang terlibat nanti, takut kita kena tanggung dosa semua orang.Maka sebaiknya kita bersabar dan diam saja. Seperkara lagi, sebuah perkahwinan itu sendiri adalah sunnah besar Rasullullah SAW.

"Seeloknya marilah kita sama-sama berdoa untuk semua yang mendirikan rumah tangga, mudah-mudahan Allah akan memberkati dan menghimpunkan semuanya dalam kebaikan," ujarnya. -murai-

Asraruddin Mengaku Berkawan Dengan Rozita Che Wan

Posted: 21 Jul 2012 10:23 PM PDT



Sejak mula dikaitkan dengan pelakon seksi Rozita Che Wan,38, ramai pembaca yang ingin tahu lebih lanjut tentang hubungan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Asraruddin Putra Omar, 24, dengan dramatis yang juga kakak kepada Ayu Raudah itu.

Walaupun kelihatan seperti hubungan tersebut berjaya disembunyikan, namun ia masih dapat dihidu oleh segelintir pihak media hingga akhirnya tercetusnya kisah hangat mengenai kedua-dua personaliti yang sukses daripada dua lapangan yang berbeza itu.

Pun begitu, bagi Asraruddin atau lebih dikenali sebagai Asra, dia menganggap bahawa perkara itu sebenarnya merupakan sebuah cerita yang lama. Namun, dia tidak menolak dakwaan bahawa dia pernah menjalinkan hubungan bersama Rozita Che Wan.

"Ini semua cerita lama, lebih kurang 3 tahun lepas.Tapi, memang saya ada berkawan dan mengenali Rozita Che Wan dan sehingga sekarang pun masih kekal sebagai kawan.

"Sejujurnya hubungan saya dan dia sekadar kawan biasa tetapi ada juga keluar bersama dengannya dahulu. Namun sekarang kerana kedua-dua kami agak sibuk, jadi tidaklah kami berkesempatan untuk berjumpa selalu.

"Lebih kurang 2 tahun lebih kami tidak berjumpa tetapi sekali-sekala ada juga bertanya khabar agar hubungan persahabatan tidak terputus,"ujar Asra menjelaskan situasi yang sebenar.

Ditanyakan lebih lanjut tentang Rozita Che Wan, Asra menjawab aktres seksi tersebut merupakan seorang individu yang baik.

"Sepanjang kami berkawan, bagi saya Rozita merupakan seorang kawan yang baik. Dia seorang bagus untuk dijadikan teman dan seorang yang mesra,"tambahnya lagi.

Menurut Asra, sepanjang ramadan dia dan rakan sepasukan akan tetap sibuk berlatih bagi menghadapi beberapan perlawanan besar seperti menentang Manchester City dan Arsenal tidak lama lagi. -murai-

Ramli MS Enggan Komen Mengenai Hubungannya Dengan Alyah

Posted: 21 Jul 2012 10:15 PM PDT


Datuk Ramli Mohamed Salleh atau lebih dikenali sebagai Ramli MS, 52, enggan mengulas lanjut apabila diajukan soalan mengenai status hubungannya dengan Alyah. Jelas pemuzik handalan ini dia tidak akan memberikan sebarang jawapan terhadap soalan berbentuk peribadi itu.

"Saya tidak akan jawab",itu jawapan ringkas Ramli MS ketika ditemui di sidang media Festival Seni Dewan Filhamornik Petronas pada Jumaat.

Gosip hubungan cinta Ramli MS dan Alyah sudah lama kedengaran dan kerap diperkatakan peminat. Namun, kedua-duanya tidak pernah mengesahkan status hubungan mereka. Namun, baru-baru ini Alyah akhirnya tampil memberi kenyataan kepada sebuah majalah hiburan bahawa dia kini sedang berkawan serta sedang mengenali hati-budi lelaki berstatus duda itu. Bahkan, penyanyi yang popular dengan lagu 'Kisah Hati' ini turut meminta peminat mendoakan yang terbaik untuknya dan Ramli MS.

Dalam laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu hari ini pula, Alyah telah mengulas lanjut tentang desas-desus yang mendakwa dia akan berkahwin pada tahun ini. Selain kesal dengan penyebaran gosip itu, Alyah juga memberitahu gosip perkahwinannya itu tidak benar sama sekali. -gua.com.my-

"Johan Ikhlas Pada Saya" - Nabila Huda

Posted: 21 Jul 2012 10:10 PM PDT


Kecoh di laman sosial Twitter berkenaan pengakuan Johan As'ari yang menyatakan rasa sayangnya terhadap Nabila Huda.

MH Online yang menghubungi Nabila sebentar tadi memberikan reaksi berikut;

"Baru pagi tadi saya membacanya dan saya terkejut sangat. Apa yang ditulisnya bermaksud dia ikhlas pada saya kerana dia tahu saya juga ikhlas dengannya.

"Apa yang ditulisnya juga, itulah yang berlaku antara kami. Dia memang sayangkan saya dan kami saling menyayangi sebagai seorang kawan yang baik. Saya bersyukur kerana dia menghargai saya. Saya banyak mengajar dan berkongsi banyak perkara dengannya."

Dalam pada itu, Nabila juga menyatakan apa yang terjadi hari ini sesuatu yang cukup besar dan bermakna buatnya.

"Susah nak ungkap tentang perhubungan kami. Saya hanya ikut ketentuan atau dalam erti kata lain 'just go with the flow'. Doakan sahaja hubungan kami menjadi," ungkapnya dalam nada ceria. -MH-

Beyonce Mula Tunjuk Wajah Anak

Posted: 21 Jul 2012 10:07 PM PDT


Seperti yang diketahui ramai, penyanyi terkenal, Beyonce Knowles begitu menjaga privasi anaknya, Blue Ivy Carter daripada ditonjolkan di media.

Namun kini dia lebih bersikap terbuka apabila selebriti berusia 30 tahun ini dilihat berjalan-jalan sambil menggendong bayinya di Manhattan, Rabu lalu.

"Buat pertama kalinya Beyonce membawa keluar bayinya bersiar-siar tanpa menutup wajah Blue Ivy.

"Malah, Beyonce juga tidak lagi menyorokkan bayinya yang kini berusia enam bulan itu daripada umum," kata sumber itu lagi.

Pelantun lagu If I Were A Boy dikhabarkan membawa Blue Ivy membeli-belah di Bergdorf Goodman. -MH-

Penjelasan Pembatalan Konsert Salaam Sami Yusuf

Posted: 21 Jul 2012 10:04 PM PDT


Berikutan pembatalan Konsert Salaam Sami Yusuf yang sepatutnya berlangsung pada 14 Julai lalu di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, syarikat pengurusan Sami Yusuf, ETM International (ETM), tampil memberi penjelasan berhubung pembatalan konsert ini.

Berikut adalah penjelasan rasmi daripada pihak ETM berhubung pembatalan konsert ini;

Sebelum meninggalkan Malaysia, pihak ETM terlebih dahulu mengarahkan pihak peguam mereka untuk memberikan notis kepada OEP; pihak penganjur yang bertapak di Singapura, berkaitan beberapa perkara yang telah melanggar kontrak persembahan Sami di Malaysia.
Pihak OEP telah gagal untuk bertindak balas kepada pihak peguam. Apabila Sami tiba di Kuala Lumpur, secara jelas pihak OEP tidak menangani isu tersebut. OEP telah secara jelas tidak menghormati tanggungjawab mereka.

Rasa hormat yang tidak ditunjukkan kepada krew Sami, mungkin boleh ditahan tetapi tidak kepada kegagalan OEP untuk mempromosi konsert secukup-cukupnya, dan menyediakan kempen secara komprehensif di media seperti yang dituntut di dalam kontrak.

Kurangnya kesedaran awam tentang konsert ini telah mendorong kami untuk (1) menawarkan konsert ini dienjak ke suatu tarikh yang lain supaya sebuah pasukan promosi yang baru berpeluang untuk mempromosikan semula konsert di Stadium Malawati, dengan sepenuh sokongan kepada Sami Yusuf, dan (2) menawarkan untuk mengaturkan pakej pampasan kepada peminat yang telah membeli tiket persembahan. OEP telah menolak kesemua pilihan-pilihan tersebut.

Jadi, walaupun Sami Yusuf tidak sabar-sabar meneruskan persembahan dan sangat teruja membuat persembahan untuk peminatnya di Malaysia, percanggahan dan masalah dengan OEP menyebabkan ETM tidak mempunyai sebarang pilihan lain, tetapi membatalkan persembahan.

Liza Palana dari ETM berkata "Sedihnya ia telah membuktikan bahawa adalah mustahil untuk diteruskan disebabkan isu kontrak yang bercanggah."

Sami Yusuf berkata: "Saya sangat sedih kerana tidak dapat membuat persembahan kepada saudara saudari di Malaysia. Saya telah menunggu peluang untuk bersama dengan mereka selama hampir 8 tahun. Walaubagaimanapun, saya tidak mahu kehadiran melalui persembahan saya dengan cara yang tidak professional – saya telahpun berusaha keras untuk menjadualkan semula persembahan di Malaysia pada masa akan datang. Saya mahu peminat saya dapat menikmati dan merasai pengalaman konsert Sami Yusuf dengan cara yang sepatutnya. Saya berusaha untuk menjadikan ia kenyataan dalam masa terdekat.

Sami akan kembali ke Kuala Lumpur tidak lama lagi untuk mempromosikan album terbarunya SALAAM yang bakal dikeluarkan melalui Arteffects International (Arteffects).

Prebiu material terbitan terbaru ini akan berada di www.SamiYusufOfficial.com dalam beberapa hari lagi.

Arteffects sedang merancang untuk menganjurkan showcase eksklusif Sami Yusuf bersempena dengan pelancaran album SALAAM. Kepada yang berminat untuk menghadiri showcase tersebut, sila ikuti twitter @ArteffectsInt dan @SamiYusuf untuk pengumuman selanjutnya. -MH-

Zlatan Ibrahimovic, Pemain Bolasepak Termahal Di Dunia

Posted: 21 Jul 2012 09:22 PM PDT

pemain bola sepak, kaya, popular, terkena;, dunia, mahal

Pemain Bolasepak Termahal Di Dunia Zlatan Ibrahimovic. Zlatan Ibrahimovic, bekas penyerang AC Milan telah menyertai Paris Saint-Germain. Ibrahimovic merupakan pemain kedua AC Milan yang menyertai PSG selepas pemain Brazil, Thiago Silva. Yuran perpindahan Ibrahimovic ke PSG adalah di sekitar €23 juta.

Perpindahan kapten Sweden, Zlatan Ibrahimovic ke PSG menjadikannya pemain yang termahal di dunia dari segi jumlah wang perpindahan sepanjang karier bolasepaknya sehingga kini. Sebelum ini, Ibrahimovic pernah bermain untuk Ajax, Juventus, Inter, Barcelona dan AC Milan sebelum menyertai PSG.

Senarai pemain bolasepak termahal di dunia (Berdasarkan jumlah yuran perpindahan sepanjang karier)

Zlatan Ibrahimovic €171.1 million
Nicolas Anelka €134 million
Hernan Crespo €121million
Juan Veron €117 million
C. Ronaldo €100.9 million
Fernando Torres €96,5million
Christian Vieri €87,5million
Robinho €85million
Zinedine Zidane €84million

Christiano Ronaldo masih lagi kekal sebagai pemain bolasepak termahal di dunia dengan €94 million dari Manchester United ke Real Madrid. Walaubagaimanapun, Christiano Ronaldo berada di kedudukan ke-5 jika dikira total yuran perpindahan sepanjang kariernya. Ini disebabkan dia hanya pernah berpindah sebanyak 2 kali sahaja iaitu ke Manchester United dan Real Madrid.

Matahari Kedua Ada Di Itali

Posted: 21 Jul 2012 09:16 PM PDT


Di Itali, ada sebuah pekan kecil yang pelik kerana keunikannya di kalangan pelancong. Bayangkan, pekan kecil yang ada di dalam lembah ini mempunyai matahari sendiri.

Bukan gurauan,Viganella adalah sebuah pekan kecil yang terdapat di dasar lembah yang ada di Piedmont, Provinsi Verbano-Cusio-Ossola, Itali. Hampir sepanjang tahun, pekan kecil ini tidak pernah disinari oleh matahari seperti wilayah lainnya di dunia. Pada ketika musim sejuk, masyarakat Viganella dapat merasakan kesejukkan yang nsungguh luar biasa.

Pekan Viganella Yang terletak Di bawah Lembah Gunung
Ilustrasi : kedudukan Pekan Viganella dan proses pemantulan sinar matahari

Idea hebat ini  muncul dari kepala Giacomo Bonzani, arkitek yang cuba menciptakan matahari untuk Pekan Viganella. Awalnya, banyak penduduk yang membantah idea arkitek ini, Kerana di anggap mustahil. Namun, Giacomo telah memuktikannya sehingga ideanya menjadi kenyataan.


Tapi saya yakin. Saya percaya pada ilmu fizik,dan akal yang telah di kurniakan kepada saya" kata Bonzani yang dipetik dari Oddity Central, Isnin  (16/7/2012).Bonzani membuat cermin raksasa yang mampu memantulkan cahaya matahari ke arah pekan kecil yang ada di dasar lembah. Cermin raksasa ini kemudian di gelar oleh masyarakat Viganella sebagai matahari kedua.


Sinar dari matahari buatan
Cermin tersebut dikendalikan oleh perisian komputer supaya boleh  mengesan di mana sumber matahari dan mampu memantulkannya secara automatik ke arah pekan kecil ini. Bukan sahaja masyarakat Viganella yang dapat merasakan kesan dari sinar matahari tersebut, tetapi juga para pelancong yang ingin tahu tentang kewujudan matahari kedua ini.
Cermin raksasa pemantul sinar matahari
Selain berfungsi menyinari pekan kecil ini, ternyata matahari buatan juga sudah menjadi destinasi pelancong. Pengunjung yang datang bukan sahaja dari Itali, tetapi juga dari berbagai


negara. Lembah ini memiliki pemandangan yang sangat cantik lengkap dengan cuacanya yang sejuk. Masyarakat Viganella juga sangat ramah dengan para pengunjung yang datang.
LIHAT VIDEO







sumber / pangkalanunik &Youtube

Gambar Perubahan Seorang Lelaki Selepas Makan Pil Hormon Estrogen

Posted: 21 Jul 2012 09:02 PM PDT

Estrogen adalah sebuah kumpulan hormon-hormon yang memainkan peranan penting dalam pembangunan seksual normal dan reproduktif pada wanita. Ia juga dipanggil hormon-hormon seks. Jadi, apa pula kesannya jika lelaki yang mengambil hormon estrogen ini. Kalau macam tu, mari kita sama-sama melihat kesan perubahan kepada seorang lelaki yang mengambil hormon estrogen secara berlebihan.



Start of the therapy




6 months




7 months




8 months




9 months




10 months




11 months




12 months




13 months

 

14 months
 

*Kulit nya semakin cantik, misai sudah tidak tumbuh lagi dan payudara nya semakin membesar

sumber : Izismile.Com

No comments: