Sunday 22 July 2012

Budak Technician

Budak Technician


Panduan Puasa Ramadhan dan Solat Sunat Tarawih

Posted: 21 Jul 2012 03:31 AM PDT


Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan panduan bagaimana mengerjakan sembahyang sunat tarawih. Bagi yang ingin tahu, sila klik link di bawah. Kita manusia yang mudah lupa ye dak. Percuma dan sangat berguna. Bukan tu sahaja, panduan puasa turut diterbitkan oleh JAKIM. Kita cuma muat turun dan beramal. InsyaAllah..Ramadhan Kareem.

Link
Sumber: islam.gov.my

Gambar Wardina di Masjidil Aqsa

Posted: 21 Jul 2012 03:26 AM PDT

Gambar ni sebenarnya sudah lama dalam 2 bulan yang lalu, namun melihat daripada gambar ini, pastinya ada yang mahu melihat kesungguhan Wardina, rakyat Malaysia yang rasanya selebriti wanita pertama menjejaki ke tanah Palestin iaitu di Masjidil Aqsa dan Masjid Qubbat as-Sakhra di Baitulmaqdis.

Atas program apa yang itu admin kurang pasti, yang pastinya keberaniannya harus dicontohi oleh orang ramai, bukan mudah nak masuki kawasan ni, lebih-lebih lagi kawalan ketat oleh tentera kapir, Yahudi yang menguasai seluruh kawasan Masjid Aqsa. Semoga Allah melindungi rakyat Palestin. -gambar milik Wardina Safiyyah OfficialPage/izyan.com

Gambar 'PANAS' Diana Danielle Bercuti di Semporna, Sabah

Posted: 21 Jul 2012 03:19 AM PDT

Baru-baru ni pelakon manis, Diana Danielle ada pergi ke Semporna, Sabah ditemani rakan-rakan baiknya untuk bercuti. Melihat gambar dibawah ni, kedatangan Diana menjadi perhatian ramai di sebuah perkampungan atas laut yang sungguh mengasyikkan sekali. Diana bukan seperti pelancong yang hanya mahu ambil gambar sahaja, malah dia juga turut merasai menjadi orang tempatan sebenar disana dengan aktiviti harian yang tidak ada di bandar-bandar besar. Yang pasti Diana adalah orang yang paling mesra sekali, dan dekat dengan budak-budak. :) -thanks to wanzai99 PHOTOGRAPHY

Gambar Anak Mawi dan Ekin, Cahaya Malika yang kini 5 bulan

Posted: 21 Jul 2012 03:15 AM PDT

Usia anak Mawi dan Ekin, Cahaya Malaika kini sudah mencecah hampir 5 bulan, dan ini memberikan gambaran yang keluarga Mawi kini berbahagia dengan kelahiran Cahaya Malaika. Begitu comel sungguh Cahaya Malaika ni. Admin tak nak lebih-lebih buat ayat, korang tengoklah sendiri betapa comelnya Cahaya Malaika. -izyan.com-

PANAS! Alyah dan Ramli MS Sedang Bercinta?

Posted: 21 Jul 2012 03:13 AM PDT

Setelah sekian lama menjadi tanda tanya, Alyah akhirnya mengakui kini 'berkawan' dengan Datuk Ramli MS. Memang satu berita yang mengejutkan memandangkan usia diantara mereka boleh dikatakan agak jauh juga. Tapi itulah jodoh, kalau sudah suka sama suka. Apatah lagi gelaran Datin tu yang belum ada yang punya. Keke.


"Saya akui yang saya sekarang berkawan dengan beliau dan kini masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

"Saya harap dengan penjelasan ini, tiada lagi pihak membuat sebarang spekulasi yang bukan-bukan

"Doakan yang baik-baik untuk kami dan jika ada jodoh (berkahwin) saya akan kongsikan dengan semua peminat,"kata Alyah. -Via/izyan.com

Awie Dedah Lima Kali Dibuli Gengster

Posted: 21 Jul 2012 02:53 AM PDT


KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Wings iaitu Awie meluahkan rasa sedih terhadap segelintir masyarakat yang memandang serong terhadapnya selain mengaitkan dia dengan 'gengsterisme'.

Bagaimanapun, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, sebagai seorang penyanyi yang dikenali, dia terpaksa menerima pandangan negatif tersebut dengan tangan terbuka kerana percaya Allah lebih tahu kebenarannya.

"Sejak masuk dalam industri hiburan lagi, saya sering dipandang serong oleh segelintir pihak lebih-lebih lagi apabila melibatkan hal gengsterisme.

"Memang sudah lekat di fikiran orang, apabila ada berita artis bergaduh ia semestinya melibatkan saya.

"Agak sedih dengan tanggapan begitu, tetapi nak buat macam mana? Walaupun saya cuba mempertahankan diri daripada sekumpulan gengster, saya tetap dilihat sebagai punca sesebuah pergaduhan itu berlaku," katanya.

Tambah Awie, sepanjang hampir 30 tahun bergelar penyanyi, sebanyak lima kali dia dibuli oleh sekumpulan gengster yang tidak berpuas hati dengannya.

"Apabila berada di sebuah tempat yang kita tahu ramai kumpulan gengster, perlukah saya mencari gaduh? Itu namanya cari bahaya.

"Lima kali saya dibuli dan setiap kali diganggu, pasti saya akan pertahankan diri. Namun, masyarakat pula menganggap saya ini kaki pukul," ujarnya.

Ditanya adakah penyakit gangguan makhluk halus yang dialaminya sebelum ini ada kaitan dengan isu pergaduhan yang pernah berlaku padanya, Awie enggan mengambil tahu tentang perkara tersebut.

Beritahu Awie, sepanjang setahun lebih menjalani perubatan secara tradisional, dia tidak pernah meminta bantuan bomoh untuk melihat siapa yang cuba menganiayanya dengan cara syirik itu.

"Rasanya, sepanjang hidup ini saya tidak pernah berlaku nakal atau cuba menganiaya orang. Melainkan saya pertahankan diri daripada dianiaya, itu benar.

"Tak tahulah kalau penyakit misteri saya ini adalah angkara orang yang tak puas hati dengan saya. Cuma andai kata benar ada yang berkecil hati, maafkan saya, kerana saya seorang manusia biasa yang sering melakukan kesalahan," ujarnya.

Bagaimanapun, Awie mengambil perkara yang telah berlaku padanya itu secara positif dengan menganggap ia mungkin satu penebusan dosa-dosa masa lampau yang mungkin tidak disedarinya.

"Apa yang saya lihat, bermula dengan isu gengsterisme, kemudian terpaksa berada di bawah pemantauan polis selama dua tahun akibat bergaduh dengan pegawai polis.

"Seterusnya diikuti pula dengan penyakit misteri yang dialami, saya anggap ia sebahagian daripada perjalanan kehidupan.

"Ia adalah penebusan dosa-dosa saya. Alhamdulillah, kini saya bebas daripada penyakit misteri itu," katanya. -mstar-

Pelakon Ismail Hutson Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

Posted: 21 Jul 2012 02:48 AM PDT



PETALING JAYA: Pelakon veteran Datuk Ismail Hutson, 73, meninggal dunia pada hari pertama umat Islam berpuasa, pukul 1.13 pagi Sabtu akibat komplikasi penyakit jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya dekat sini.

Isteri kedua Allahyarham, Hafidzah Khasbullah berkata, Ismail atau nama sebenarnya Ismail Omar telah mendapat rawatan di Unit Rawatan Kritikal (CCU) pusat perubatan itu pada Selasa lalu selepas 10 hari mengalami demam panas yang teruk.

"Selepas diberi rawatan, Allahyarham telah dipindahkan ke wad biasa. Tak sangka pula dia pergi secepat ini.

"Dia tidak menunjukkan tanda-tanda sakit teruk kerana memiliki semangat yang kuat melawan penyakit jantung yang dialami sejak lima tahun lalu.

"Saya agak sedih kerana tidak dapat berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama keluarga. Bagaimanapun saya reda dengan ketentuan Allah," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini Sabtu.

Jenazah telah dibawa pulang ke rumahnya di Taman Nusa Subang Bistari, Shah Alam dan dikebumikan sebelum Zuhur di Tanah Perkuburan Kota Damansara, Seksyen 9 dekat sini.

Selain Hafidzah, Allahyarhan juga meninggalkan isteri pertamanya, Zaiton Osman dan tujuh orang anak.

Allahyarham yang juga Presiden Persatuan Artis Veteran telah menceburi bidang seni hampir 20 tahun.

Filem terakhir Allahyarham adalah pada tahun 2003 iaitu Mr Cinderella yang turut menampilkan pelakon Yusry Abdul Halim dan Erra Fazira.

Selain itu, Allahyarham juga sering membantu menjaga kebajikan artis tempatan.

Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia yang sering berusaha untuk memulihkan imej Zoo Negara yang terletak di Hulu Kelang, Kuala Lumpur.

Antara filem-filem lain yang dilakonkannya ialah Layar Lara (1997), Cinta Kita (1995), Hantu Siang (1986), Tujuh Biang Keladi (1984) dan Dayang Suhana (1978). -mstar-

Ramadan Bagi Natasha Hudson dan Sharifah Sofia

Posted: 20 Jul 2012 08:56 PM PDT


SESI fotografi bersama dua figura jelita, Natasha Hudson dan Sharifah Sofia pada dini hari Jumaat minggu lalu meluncur laju. Rumah yang dijadikan butik pemilik jenama Azura Azwa di Taman Tun Dr. Ismail, Damansara, menyatukan dua nama hebat itu untuk mengupas perihal puasa dan persiapan menjelang Ramadan.

Jelik dan klise andai isu berhijrah diketengahkan setiap kali seseorang artis atau selebriti menukar imej dan prinsip itu dipegang kedua-dua wanita cekal itu.

Bagi empunya nama Natasha Liana Mohd. Redzuan Hudson, 30, penghijrahannya sebagai langkah mendekatkan diri dengan Maha Pencipta dalam masa yang sama membuka ruang, peluang dan rezeki terutama dalam kariernya.

"Alhamdulillah, sekarang saya kembali aktif dalam dunia peragaan selain bidang lakonan. Tawaran untuk saya menjadi model bertambah dan syukur ini rezeki daripada Allah. Apabila diri saya berubah, maka keseluruhan karier saya juga berubah.

"Berlakon adalah jiwa saya dan buat masa sekarang, bidang lakonan agak mencabar bagi saya kerana saya harus selektif berhubung karakter.

"Saya menilai ibadah itu satu perkara yang serius dan untuk bidang lakonan saya perlu kekalkan kedudukan saya sekarang. Rindu juga untuk melakonkan watak yang pelbagai tapi pasti akan ada solusi yang padan dengan karakter dan situasi saya sekarang," bicaranya memulakan diskusi.

Keluarga besar

Wanita yang mesra disapa Tasha itu kini sedang sibuk merencanakan agenda kerjaya dan keluarga selaku seorang ibu kepada Neesa Helena, 4, dan isteri kepada penyanyi hip hop, Carleed Khaza.

Tasha menegaskan dia ingin lebih fokus dan komited terhadap kariernya, namun pada masa yang sama dia enggan menyisihkan perhatian terhadap suri hatinya, Neesa yang kini sudah memasuki sekolah tadika.

"Saya akan pastikan Neesa mendapat cukup perhatian daripada saya, selepas balik sekolah saya akan mengulangkaji pelajarannya bersama-sama.
NATASHA HUDSON dan Sharifah Sofia teruja menyambut Ramadan pada tahun ini.


"Selain itu, saya akan menghantar dia mengaji al-Quran, muqaddam dan iqra' serta saya sendiri mengikuti kelas agama yang diadakan setiap hari Khamis di rumah mertua," jelasnya yang kini lebih mengawal imejnya.

Riak ceria jelas terpancar pada wajah Natasha ketika ditanya mengenai rutin puasanya yang bakal kembali berubah tahun ini.

Kebiasaan acara berbuka puasa hanya disertai oleh ibu dan adiknya, Tania Hudson kini berkembang mekar bersama keluarga sebelah suaminya yang disifatkannya lebih meriah!

"Ini kembali menjadi tahun pertama saya menjalani ibadah puasa bersama bilangan ahli keluarga yang lengkap. Insya-Allah, tahun ini akan lebih ceria kerana kedua-dua belah bilangan ahli keluarga saya dan suami agak besar.

"Saya tidak sabar untuk berpuasa dan jika sebut saja urusan keluarga atau persiapan berbuka puasa, detik itu yang paling saya nantikan," katanya yang menggemari martabak, air bandung dan air kelapa untuk juadah berbuka.

Pelakon filem Chermin itu bagaimnanapun memilih hidangan ringkas untuk bersahur. Antara yang menjadi kegemarannya termasuklah nasi putih, timun, kicap dan telur.

Lengkap lima tiang

Berbeza sekali pertemuan bersama pemilik nama sebenar Sharifah Sofia Syed Hussein, 27, berbanding pertemuan sebelum ini. Ringkas berselendang sambil menggendong permata hatinya, Sharifah Ariana Syed Ismail yang kini memasuki usia setahun setengah.

Ujarnya: "Maaf, saya seorang yang ringkas dan tidak pandai melaram. Selendang pun tidak cantik."

Menukar citranya ke arah melengkapi tuntutan syarak, Sharifah Sofia atau lebih dikenali dengan panggilan Sofia enggan menggembar-gemburkan penghijrahannya. Lebih selesa menyimpan cerita hijrah itu dan memendam peruk di lubuk hati.
BERPELUANG mencurahkan sepenuh kasih sayang buat permata hatinya, Ariana, figura jelita ini tdak kisah bergelar ibu sepenuh masa.


"Saya memikirkan diri saya dan ini cara saya, biar saya tahu pasal orang lain tapi saya tak nak orang tahu pasal saya. Biar saya sendiri yang simpan untuk diri saya.

"Sekarang saya lebih mendalami ilmu agama, apabila tidak memakai tudung tidak bermakna saya tidak mendalami agama cuma sekarang pengetahuan itu lebih mendalam.

"Sudah sampai masa untuk saya memelihara keseluruhan pakej diri saya. Kalau dahulu saya ada empat tiang kini saya sudah mencukupi lima tiang," ucapnya berkias.

Tegasnya, walau apapun tanggapan orang ramai terhadap dirinya yang sebelum dan sekarang, dia tidak ambil pusing kerana industri seni akan sentiasa berdepan kritikan.

Menjadi ibu sepenuh masa mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada Ariana bukan dianggap percaturan atau mengundur diri daripada dunia seni.

"Prioriti sekarang untuk menjadi ibu sepenuh masa dan menjaga sendiri anak saya. Saya menolak kebanyakan tawaran kerana saya tidak sanggup menyusahkan pihak lain kerana saya perlu membawa Ariana bersama saya sepanjang masa. Tambahan, dia masih menyusu badan.

"Saya sangat rindu untuk kembali bekerja tapi saya sanggup korbankannya demi anak saya. Lagipun, saya mula kurangkan berlakon sejak dua tahun lalu. Buat masa sekarang saya ada plan sokongan," jelas anak kelahiran Liverpool, England itu.

Kembali berpuasa

NATASHA dan Sharifah memiliki banyak persamaan antara satu sama lain.

Jangan salah sangka jika Sofia menyatakan dia akan kembali berpuasa pada tahun ini! Kerana tahun lepas dan dua tahun lalu dia 'terpaksa' meninggalkan ibadah wajib itu atas faktor tertentu.

"Dua tahun lalu saya sedang mengandung, jadi saya tidak sempat berpuasa dan tahun lepas pula saya menyusukan Ariana. Tahun ini jika tiada keuzuran saya akan kembali berpuasa.

"Pasti sekali saya teruja sempena kedatangan bulan yang penuh berkat, cuma kali ini saya melaksanakannya dengan keyakinan sebagai seorang Sharifah Sofia dalam kehidupan baharu.

"Insya-Allah, saya juga mahu melengkapi solat sunat tarawih sepanjang bulan Ramadan tahun ini," ujarnya.

Ditanya tentang juadah kegemaran sepanjang bulan puasa, Sofia menjawab tiada makanan istimewa asalkan mengikut seleranya dan suami.

Begitu juga hidangan bersahur. Adakalanya kata Sofia dia akan memanaskan kembali lauk-pauk yang dibeli atau dimasak untuk berbuka puasa bagi mengelakkan pembaziran. -kosmo-

Rosmah pernah ditabal Ratu Bukit

Posted: 20 Jul 2012 08:14 PM PDT



SUASANA di luar pekarangan Institut Tanah dan Ukur Negara, Tanjung Malim, Perak pada pagi itu tampak sibuk berbanding hari biasa. Deretan kenderaan dilihat memenuhi kiri dan kanan jalan.

Di satu sudut kelihatan ratusan penunggang basikal gunung (mountain bike atau MTB) sedang bersiap sedia. Masing-masing seakan-akan tidak sabar menantikan acara Dusun MTB Ride 2012 itu bermula.

Rosmah Osman, 36, tidak terkecuali. Dia dan suaminya, Mohd. Sofee Ariffin, 41, tiba sejak malam tadi dari Pulau Pinang semata-mata tidak mahu terlepas acara itu.

Sebaik siren dibunyikan, Rosmah mengayuh basikal dengan pantas. Sebolehnya dia mahu berada dalam kelompok peserta di hadapan mengharungi cabaran sejauh kira-kira 35 kilometer itu.

Laluan off road

Trek jalan raya sejauh kira-kira 11 kilometer mengelilingi bandar Proton itu tampak mudah baginya. Kesukaran hanya mula dirasai sebaik sahaja memasuki laluan off road di sekitar Dusun Rasau Perdana.

Di situ, dia perlu mengharungi permukaan muka bumi yang lasak dan mencabar merentasi ladang kelapa sawit, dusun buah-buahan, bukit-bukau, anak sungai dan sebagainya.

Dengan kelajuan sekitar 30 hingga 35 kilometer sejam, dia berjaya mengekalkan rentak kayuhan sehingga ke garisan penamat. Lebih membanggakan, namanya diumumkan sebagai juara bagi kategori Terbuka Wanita.

Bercerita tentang kejayaannya, Rosmah dari Kelab Dreamwerkz Extragear berkata, dia membuat persiapan rapi dengan termasuk berkayuh secara berkala tiga kali seminggu di sekitar Balik Pulau, Bukit Bendera dan Sungai Ara.

"Di samping itu, saya juga sering menyertai jambori dan pertandingan basikal gunung yang diadakan hampir setiap bulan di seluruh negara. Faktor itu, membolehkan saya sentiasa cergas dan berstamina," katanya yang aktif dalam aktiviti basikal gunung sejak lima tahun yang lalu.

 
ROSMAH (dua dari kiri) bergambar kenangan dengan beberapa peserta wanita selepas berjaya
 menjuarai cabaran Dusun MTB Ride 2012 baru-baru ini.
 

Rosmah berkata, secara keseluruhan dia berpuas hati dengan trek di Dusun MTB Ride 2012 yang disifatkan mencabar serta menguji kemampuan mental dan fizikal peserta.

Ujarnya, selain mengharungi banyak laluan berbukit, peserta juga perlu berhati-hati tatkala melalui laluan berbatu beberapa kilometer sebelum ke garisan penamat.

"Di situ pentingnya pengalaman dan kemahiran mengawal basikal dengan betul. Jika tersilap langkah, buruk padahnya," jelasnya yang merupakan antara 30 peserta wanita yang menggalas cabaran pada hari itu.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, minatnya dalam aktiviti basikal gunung banyak didorong oleh suaminya. Bermula dengan suka-suka, dia kini boleh berbangga dengan pelbagai kejayaan yang dicapai dalam pelbagai jambori dan pertandingan sebelum ini.

Antaranya, menjadi juara BM Jamboree (2009), Jom Kayuh@PTSB (2011), Kulim Expert Race (2012) dan gelaran Ratu Bukit di Jeli MTB Jamboree (2012).

"Setakat ini, saya tidak berhadapan masalah untuk membahagikan masa antara pekerjaan, keluarga dan hobi berbasikal gunung.

"Kini, selain saya dan suami, anak-anak juga turut mengikut jejak langkah kami. Anak sulung, Danial Safee, 16, misalnya aktif dalam acara basikal jalan raya," jelasnya.

Kayuh sambil beramal

Berkonsepkan kayuhan dalam dusun buah-buahan, Dusun MTB Ride 2012 dianjurkan oleh Oval Prima Services dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak.

Pengurus Seketariat, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini berkata, acara itu disertai kira-kira 600 peserta yang rata-ratanya berasal dari sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Terengganu dan Perak.

"Pertandingan terbahagi kepada empat kategori utama iaitu Terbuka Lelaki, Junior Masters, Veteran dan Terbuka Wanita," jelasnya.

Tambah Mohd. Sabirin, pihaknya turut mengadakan aktiviti jualan dan cabutan bertuah bagi memeriahkan suasana pertandingan.


SUKAN basikal gunung semakin menarik minat ramai hari ini kerana ia menawarkan aktiviti
 yang mencabar dan pada masa yang sama baik untuk kesihatan.
 
 
"Di samping bertanding, peserta juga berpeluang beramal di mana kita mengumpulkan sebanyak RM600 daripada yuran penyertaan untuk di salurkan kepada Majlis Kanser Nasional," ujarnya.

Sementara itu, minat mengembara dengan berbasikal mendorong Koh Weng Ken, 31, untuk turut aktif dalam aktiviti basikal gunung sejak empat tahun yang lalu.

Menetap di Ampang, Kuala Lumpur, Weng Ken berkata, dia mula tertarik dengan aktiviti tersebut selepas diperkenalkan oleh seorang rakan.

"Mula-mula saya hanya berkayuh secara suka-suka di sekitar Hulu Langat, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Kemensah.

"Selepas itu, barulah saya memberanikan diri berkayuh dalam jambori dan pertandingan basikal gunung yang diadakan di seluruh negara," katanya yang merupakan seorang jurujual.

Disebabkan minat, dia sanggup mengeluarkan belanja lebih RM20,000 untuk mendapatkan basikal jenis Boardman yang digunakannya kini serta pelbagai aksesori berkaitan.

"Pemilihan basikal yang tepat penting bagi melancarkan kayuhan. Basikal jenis ini bukan sahaja ringan dan lasak, malah mempunyai sistem suspensi dan brek yang mampu bertindak balas dalam apa jua permukaan bumi," ujarnya yang berpengalaman mengembara ke beberapa negara seperti Thailand, Indonesia dan Singapura dengan menunggang basikal.

Katanya, cuaca baik sedikit sebanyak membantu kayuhannya pada acara itu yang disifatkan lebih santai dan tidak terlalu ekstrem berbanding aktiviti basikal gunung yang pernah disertai sebelum ini.

"Paling saya tidak dapat lupakan ialah ketika menyertai Taman Negara Green Jamboree 2012 pada Mac lalu membabitkan jarak sejauh kira-kira 60 kilometer.

"Keadaan laluan balak yang berbukit dan berselut akibat hujan lebat menyebabkan ada peserta yang tiba pada pukul 11 malam," ujarnya.

 
LALUAN off road yang merentas dusun buah-buahan yang lasak menyebabkan ada peserta yang
 mengalami kecederaan.
 
Seorang lagi peserta Abdul Latif Sa'ari, 51, memberitahu, penyertaan pada Dusun MTB Ride merupakan kali kedua dia menyertai pertandingan sukan basikal gunung.

Biarpun sudah lebih lima dekad, namun kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia itu tetap bersemangat menyudahkan kayuhan sehingga ke garisan penamat.

"Saya tidak memaksa diri, sebaliknya berkayuh mengikut kemampuan," katanya.

Bercerita tentang hobi baharunya itu, dia mengakui aktiviti berbasikal gunung menuntut kekuatan mental dan fizikal yang tinggi.

"Saya rasa seronok menyertai acara seperti ini kerana sambil berkayuh saya berpeluang berkenalan dengan rakan baharu yang mempunyai minat yang sama dengan saya.

"Apa yang penting, sambil berkayuh saya berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi di sekelilingnya, secara tidak langsung segala tekanan bekerja hilang dalam sekelip mata," katanya yang berasal dari Sungai Besar, Selangor. -kosmo-

Nadal Tarik Diri ke Olimpik London

Posted: 20 Jul 2012 07:36 PM PDT



MADRID - Juara bertahan, Rafael Nadal tidak akan mempertahankan pingat emas dalam acara tenis pada Sukan Olimpik 2012 di London penghujung bulan ini.

Nadal, 26, dari Sepanyol yang memenangi pingat emas pada temasya di Beijing, China empat tahun lalu terpaksa menarik diri selepas gagal untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut, sekali gus terlepas peluang untuk membawa bendera Sepanyol pada majlis pembukaan temasya itu.

Menurut laporan Persekutuan Tenis Sepanyol (RFET), Feliciano Lopez bakal menggantikan tempat pemain No. 3 dunia itu dalam acara perseorangan manakala Marc Lopez akan bergandingan bersama Marcel Granollers dalam acara beregu.

Sementara itu, jawatankuasa Olimpik (COE) negara itu mendedahkan satu mesyuarat akan diadakan bagi memutuskan siapa atlet yang akan membawa bendera pada 27 Julai ini.

"Saya berada dalam situasi yang tidak boleh beraksi," kata Nadal dalam satu kenyataan kelmarin.

"Ia adalah satu detik yang menyedihkan dalam karier saya."

Nadal mencipta rekod dengan memenangi gelaran ketujuh pada Terbuka Perancis, Jun lalu tetapi tersingkir awal pada pusingan kedua di Wimbledon, sekali gus dianggap sebagai kejutan paling besar selepas tewas kepada pemain yang menduduki ranking bawahan, Lukas Rosol dari Republik Czech.

Pada awal bulan ini, Nadal menarik diri daripada menyertai perlawanan amal menentang Novak Djokovic di Stadium Bernabeu milik kelab bola sepak gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Katanya, dia terpaksa menarik diri selepas mengalami tendinitis dan memerlukan rehat.

Nadal berharap dia akan kembali ke Wimbledon penghujung bulan ini bagi mempertahankan gelaran juara Olimpik.

Situasi itu mengulangi episod sedih pada tahun 2009 apabila dia mengalami kecederaan lutut yang memaksa dia menarik diri daripada beraksi pada kejohanan Grand Slam di gelanggang rumput, setahun selepas menang buat kali pertamanya dalam satu final epik menentang Roger Federer.

"Saya perlu memikirkan rakan-rakan yang lain, saya tidak boleh pentingkan diri sendiri dan saya perlu mengutamakan sukan Sepanyol terutamanya tenis. Biar atlet lain yang membuat persiapan untuk bermain dan berada dalam keadaan bersedia untuk beraksi," kata Nadal. - Reuters

UniMAP Pertahan Kejuaraan SUKUM

Posted: 20 Jul 2012 07:21 PM PDT

Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin (tengah) bersama kontijen UniMAP yang muncul juara keseluruhan Sukan Universiti-Universiti Malaysia (Sukum) ke-37 buat kali kelima berturut-turut baru-baru ini.

UNIVERSITI Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya mengekalkan status juara keseluruhan Sukan Universiti-Universiti Malaysia (SUKUM) ke-37 buat kali kelima berturut-turut apabila menjuarai empat daripada 20 acara sukan yang dipertandingkan baru-baru ini.

UniMAP menewaskan tuan rumah kejohanan, Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menduduki tempat kedua walaupun kedua-dua universiti itu meraih juara dalam empat acara namun kelebihan memihak UniMAP apabila meraih tempat kedua dalam lima kategori berbanding UUM hanya satu.

Empat acara yang dikuasai oleh UniMAP ialah olahraga lelaki dan wanita, bola tampar lelaki dan tenpin boling lelaki manakala lima acara yang meraih kedudukan kedua pula ialah bola tampar wanita, hoki lelaki, tenis campuran, boling padang wanita dan tenpin boling wanita.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, sebelum kejohanan tersebut bermula pihaknya telah meletakkan sasaran untuk menjuarai 10 daripada 20 acara yang disertai.

"Namun kemampuan muncul juara dalam empat acara dan naib juara dalam lima acara sekurang-kurangnya hampir menyamai sasaran yang kita tetapkan.

"Apabila kita mampu melangkah ke peringkat akhir dalam sembilan acara, secara keseluruhannya pencapaian UniMAP telah mempamerkan aksi cemerlang apabila meraih 25 pingat emas, lima pingat perak dan lima pingat gangsa," katanya.

Menurut Dr. Kamarudin, penyumbang terbesar pingat emas kontijen UniMAP ialah menerusi acara olahraga dengan 18 pingat emas, 10 perak dan lima gangsa.

"UniMAP nyata bukan tandingan di pentas olahraga terutama bagi acara trek apabila menguasai hampir keseluruhan acara berkenaan sekali gus muncul juara buat kali kelima berturut-turut," ujarnya.

Jelasnya, barisan atlet wanita senior menyumbangkan sembilan pingat emas manakala satu emas daripada atlet wanita veteran.

Atlet lelaki senior pula menyumbangkan lapan pingat emas keseluruhannya.

"Dua pelari pecut kebangsaan, Mohd. Latiff Nyat dan Nor Jannah Hafiszah Jamaludin mudah meraih pingat emas dalamacara 100 meter lelaki dan wanita senior. Nor Jannah turut mengungguli acara 200 meter wanita manakala Mohd. Idris Zakaria pula membantu UniMAP meraih emas bagi acara 200 dan 400 meter lelaki senior," katanya.

Selain itu, katanya, kedua-dua atlet tersebut turut membantu kuartet 4x100 meter dan 4x400 meter UniMAP untuk meraih pingat emas.

Selain Mohd. Latif, kuartet UniMAP turut dibarisi Mohd. Robani Hassan, Nazmizan Muhammad, Mohd. Muslim Sidek dan Mohd. Isa Ahmad Azan.

"Barisan kuartet wanita pula diperkuatkan oleh Fauziah Abdul Razak, Nor Haslinda Md Hussin dan Nor Rinda Ramli. Selain itu, Nor Rinda dan Nazmizan turut membantu kontinjen UniMAP meraih emas bagi acara lompat jauh,' ujarnya.

Tambahnya, perancangan UniMAP menawarkan pekerjaan kepada atlet dan bekas atlet Malaysia semenjak tahun 2008 lalu nyata membuahkan hasil terutama dalam kejohanan seperti ini.

"Pengambilan kakitangan dalam kalangan bekas atlet kebangsaan ini bukan untuk memastikan UniMAP menjuarai kejohanan Sukum sebaliknya menggunakan kepakaran dan kemahiran mereka." -kosmo-

PendudukI Islam Amerika Syarikat ( US ) gembira menang kes masjid baru

Posted: 20 Jul 2012 07:14 PM PDT

GAMBAR fail pada 21 Jun lalu menunjukkan masjid di Murfreesboro, Tennessee.


MURFREESBORO, Tennessee - Penduduk Islam di negeri Tennessee, Amerika Syarikat (AS) yang menenangi kes mahkamah untuk menduduki sebuah masjid baharu kelmarin mendapati mereka tidak dapat beribadat di masjid berkenaan pada permulaan bulan Ramadan.

Ia berikutan masjid tersebut memerlukan masa dua minggu lagi untuk disiapkan.

Namun, penduduk Islam meraikan kemenangan mereka selepas dua tahun berdepan satu saman bagi menghalang pembinaannya.

"Bagi saya, keputusan kelmarin amat baik dan saya bersyukur kepada Tuhan," kata pengerusi jawatankuasa masjid berkenaan, Essam Fathy.

"Kami semua terkejut. Ia satu berita gembira tanpa disangka," tambahnya.

Penduduk yang menentang pembinaan masjid tersebut menyaman daerah Rutherford pada September 2010 untuk menghalang pembinaan tempat ibadat itu.

Kumpulan itu memberi alasan bahawa Islam bukan agama sebenar dan penduduk Islam AS mahu menumbangkan Perlembagaan AS dan menegakkan undang-undang Islam.

Namun, dalam satu perbicaraan baru-baru ini, Hakim Daerah AS, Todd Campbell mendapati tindakan menghalang pembinaan dan penggunaan masjid itu bercanggah dengan hak penduduk untuk mengamalkan ajaran agama mereka.

Beliau kemudian mengarahkan pihak pentadbiran daerah supaya melakukan pemeriksaan dan membenarkan masjid tersebut dibuka kepada orang ramai. - Agensi

Sepotong roti bakar tahun 1981 dibeli RM1,131

Posted: 20 Jul 2012 07:09 PM PDT



LONDON - Sepotong roti bakar yang dipercayai dihidangkan pada 1981 untuk pewaris pertama takhta diraja Britain, Putera Charles dilelong kelmarin pada harga AS$359 (RM1,131), lapor agensi berita Reuters kelmarin.

Roti itu dihidangkan untuk sarapan pagi di Istana Buckingham pada hari perkahwinan Charles dengan Puteri Diana pada 29 Julai 1981.

Pemilik roti itu sebelum ia dilelong ialah Rosemarie Smith yang kini berusia 83 tahun.

Roti itu tidak rosak kerana dia menyimpannya selama bertahun-tahun di dalam bekas kedap udara di sebuah almari rumahnya.

Menurut Smith, seorang anak perempuannya bekerja sebagai pelayan di istana tersebut.

Smith berkata, dia dan anaknya melihat Charles meninggalkan roti tersebut dari koridor istana.

Menurutnya, dia kemudian memikirkan untuk menyimpan roti tersebut.

Smith berkata, pada tahun lalu, dia berpendapat roti tersebut mungkin mempunyai nilai jika dilelong ekoran majlis perkahwinan antara anak Charles, Putera William dengan Kate Middleton pada April tahun lalu.

Lelongan itu dikendalikan oleh Charles Hanson Auctioneers.

Terdapat dua pembida yang mahu membeli roti tersebut menerusi telefon. - Agensi

iPad baru mula dijual di China

Posted: 20 Jul 2012 07:04 PM PDT

SEBAHAGIAN pelanggan mengerumuni di kedai menjual iPad di Shanghai.


BEIJING - Apple mula menjual komputer tablet iPad versi terbaharunya di China semalam selepas kes saman berhubung hak milik nama firma berkenaan selesai.

Syarikat yang beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS) itu meminta pembeli membuat pesanan awal bagi mengelakkan mereka terpaksa berasak-asak untuk membeli komputer tersebut.

Dengan dipantau pengawal keselamatan, puluhan pembeli menunggu di luar beberapa kedai Apple di sini dan di bandar raya Shanghai yang mula dibuka pada pukul 8 pagi.

Suasana itu berbeza berbanding situasi kelam-kabut di luar kedai utama Apple di sini pada Januari lalu apabila sebilangan pelanggan yang mahu membeli iPhone baharu, menjerit dan membaling telur selepas beberapa pengurus menangguhkan untuk membuka kedai berkenaan.

Tindakan itu dibuat kerana kedai berkenaan tidak dapat menampung kehadiran ratusan pengunjung di luar premis berkenaan.

Seorang juruteknik berusia 32 tahun yang menjadi pelanggan pertama kedai Apple di Shanghai, Sun Xufei berkata, dia menangguhkan untuk membeli komputer tablet itu sebelum ini bagi memberikan masa untuk Apple menghasilkan sebuah iPad yang sempurna.

Terdapat seramai 30 pelanggan di luar kedai berkenaan dengan jumlah mereka lebih kecil berbanding kumpulan wartawan yang membuat liputan di lokasi tersebut.

"Saya amat terkejut kerana tiada pelanggan yang menunggu," kata Xufei.

Apple Inc. melepasi halangan perundangan untuk menjual iPad di China apabila pihaknya membayar AS$60 juta (RM191 juta) bagi menyelesaikan pertelingkahan dengan firma tempatan, Shenzhen Proview Technology Ltd. berhubung hak milik nama iPad.

Apple menyatakan, pihaknya telah membeli hak global untuk nama iPad daripada Proview pada 2009 tetapi pemerintah China memberitahu, hak tersebut tidak pernah dipindah milik di China.

China merupakan pasaran kedua terbesar Apple selepas AS. - Agensi

No comments: