Thursday 5 July 2012

Budak Technician

Budak Technician


Ariel Peterpan akan dibebaskan dari penjara 23 Julai 2012

Posted: 04 Jul 2012 07:36 AM PDT


Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham bakal dibebaskan awal daripada tarikh sebenarnya iaitu pada 23 Julai ini.

Pembebasan ini adalah bertepatan dengan peraturan kerana Ariel sudah menjalani 2/3 masa hukuman yang telah dijatuhkan kepadanya. Selain itu, dia juga telah berkelakuan baik sepanjang menjalani hukuman.

Keputusan ini sememangnya boleh dipertimbangkan terhadap semua pesalah dan bukan kerana Ariel seorang artis yang membolehkan dirinya mendapat keistimewaan begitu. -MH-

Peluang Miliki Kereta Mael Lambong

Posted: 04 Jul 2012 07:20 AM PDT



Excellent Pictures mencipta kejutan tersendiri apabila membuka bidaan untuk kereta yang digunakan oleh Mael Lambong dalam filem itu dengan harga permulaan RM5,000.

Setelah membuat pengumuman itu di slot Ceria Pagi di Suria FM, sebanyak 100 penyertaan telah diterima berkenaan bidaan ini.

Kereta Mael Lambong, lakonan Zizan Razak, yang digunakan dalam filem berkenaan, merupakan sebuah kereta 'Drift' jenama Toyota Soarer E MZ II dengan kapasiti enjin 2500 cc.

Bagi pembida tertinggi, satu majlis penyerahan kereta tersebut akan diadakan dalam satu majlis yang akan diumumkan kelak.

Untuk membida kereta Mael Lambong ini, peminat boleh melihat syarat bidaan di laman web syarikat iaitu www.excellentpictures.com.my juga di laman www.facebook.com/kisahmaellambong. -MH-

1 comment:

wadenhachey said...

Casino Online - Drmcd
Casino Online | Casino in 여수 출장안마 Maine. Casino Online. Get bonus. 거제 출장샵 Get a free 속초 출장마사지 bonus, cash or credits, and play at any 화성 출장마사지 of our casinos today!‎FAQ · ‎About · 광양 출장샵 ‎Play Slots · ‎Table Games