Wednesday 4 July 2012

Budak Technician

Budak Technician


Penyanyi K-Pop, Lee Hyori Berbogel Lagi

Posted: 02 Jul 2012 04:23 PM PDT



Penyanyi dari Korea Selatan yang sebelum ini pernah menyertai kumpulan Fin KL, Lee Hyori sekali lagi membuat kejutan dengan beraninya bergambar separuh bogel untuk satu sesi fotografi.

Sungguhpun penyanyi itu sudah mempunyai teman lelaki, ia sama sekali tidak menghalang untuk dirinya membuktikan bahawa dia masih lagi seksi dan menawan.

Malah, keberanian melakukan aksi berkenaan hanyalah untuk memberitahu bahawa dia masih belum hilang sentuhan untuk menawan hati lelaki dengan badan seksi dan menghairahkan.

Apa yang pasti, aksi panas ini dirakamkan dalam sesi fotografi sebuah majalah popular iaitu Hommes Official.


Sesi fotografi berkenaan dilaksanakan untuk Calvin Klein Jeans & Underwear.

Dalam gambar berkenaan, penyanyi yang lahir pada 10 Mei 1979 itu beraksi bersama model lelaki bernama Matthew Terry.

Walaupun ada sumber mengatakan itu adalah pertama kali Lee Hyori bergandingan bersama Matthew, namun model lelaki yang sudah masak dengan dunia fesyen ini mengakui Lee Hyori sangat profesional.


Malah, Matthew merasakan sepanjang sesi fotografi berkenaan, banyak chemistry sehingga sesi fotografi berkenaan mudah dijalankan.

Walau apapun, Lee Hyori berjaya membuktikan sekali lagi bahawa dia adalah ratu seksi! -murai-

The Amazing Spider-Man Mendapat Kutipan Tertinggi

Posted: 02 Jul 2012 04:12 PM PDT


Trilogi filem Spider-Man lakonan Tobey Maguire, arahan Sam Raimi, mencatat beberapa rekod kutipan box-office, termasuk jumlah kutipan kasar sebanyak US$2.5 billion (RM7.95 billion).

Sekarang muncul pula The Amazing Spider-Man yang nampaknya bakal menyumbang ke arah kutipan yang lebih tinggi.

Kali ini, watak adiwira komik Spider-Man/Peter Parker (lakonan Andrew Garfield) memulakan kembali ceritanya di zaman remaja. Tiada Green Goblin/Norman Osborn, dan tiada Harry Osborn yang dulu dilakonkan James Franco. Juga tiada dalam filem ini, Mary-Jane Watson, digantikan dengan teman wanita Peter yang pertama - Gwen Stacy(Emma Stone).

Spider-Man kali ini menghadapi ancaman The Lizard/Dr Curt Connors (Rhys Ifans) yang mahu menjalankan rancangan jahat untuk seluruh umat manusia.

Namun, lakonan dan watak yang menyerlah Martin Sheen sebagai Uncle Ben yang ternyata berkesan dan menyentuh perasaan. Kali ini, ibu bapa Peter juga mendapat sedikit perhatian, dan keluarga Spider-Man tidak hanya tertumpu ke pada Aunt May (Sally Field).

Malah, tumpuan kepada bapa Peter - Richard Parker - menjadi kunci kepada plot dalam filem ini.

Watak adiwira Spider-Man memang kelihatan dan beraksi seperti Spider-Man, dengan adiwira itu sentiasa berseloroh, seperti dalam komik. Pengarah Marc Webb berjaya menonjolkan Spider-Man bukan seorang yang terlampau berkuasa dan sentiasa menang. Aksi Spider-Man melompat-lompat dan berlawan tidaklah nampak senang baginya. Malah, ada banyak kali Spider-Man terpaksa bertungkus-lumus untuk melarikan diri, walaupun pihak lawan tidaklah sekuat mana.

Keadaan ini menyebabkan Spider-Man senang sekali mendapat simpati. Dia bukanlah seorang dewa tidak terkalah mahupun jaguh terulung, tetapi hanya orang biasa yang ada sedikit kebolehan dan kelebihan, cuba menolong orang dalam kesulitan.

Secara keseluruhan, Garfield mendokong watak Spider-Man dengan lebih telus daripada Tobey Maguire sebelum ini. Ternyata, Tobey pelakon yang hebat dan layak menang semua anugerah yang pernah dan bakal dimenanginya, tetapi persembahan Garfield menunjukkan pemahaman Peter sebagai seorang anak muda, dan juga seorang yang pintar dengan berkesan.

Kalau Tobey sebelum ini memberi tumpuan kepada transisi Peter Parker antara remaja dan dewasa, julat yang diberi tumpuan oleh Garfield pula lebih kecil dan menjadi. Peter Parker kali ini nampak lebih realistik, dan bukan hanya disebabkan Spider-Man menggunakan pelancar jaringan elektronik dan tidak lagi daripada liang organik.

The Amazing Spider-Man nampaknya akan memuaskan hati ramai peminat komik, pengunjung pawagam dan sesiapa sahaja yang tertarik dengan filem yang bagus kualitinya.

The Amazing Spider-Man bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara 5 Julai ini. -gua.com.my-

Neelofa Bersyukur Kemelut Dengan Anzalna Selesai

Posted: 02 Jul 2012 04:03 PM PDT


Pelakon serta pengacara, Neelofa mengakui berasa lega kerana kemelut yang berlaku di antaranya dengan pelakon, Anzalna Nasir sejak sebulan lalu akhirnya dapat diselesaikan dengan cara baik, petang tadi. Neelofa yang hadir bersama dua peguamnya, Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mohd Mubarak ini ditemui ketika sidang media di Hotel Royale Bintang Damansara, di mana ia turut dihadiri oleh Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi.

"Saya bersyukur semuanya telah berakhir. Saya berharap jika perkara sebegini terjadi lagi, sudah tiba masanya artis Malaysia melakukan sesuatu untuk menegakkan keadilan mereka. Bagi mereka yang masih lagi tertanya mengapa saya memilih jalan penyelesaian melalui perundangan sebelum ini adalah kerana saya tahu saya di pihak yang benar dan ini terbukti pada hari ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua peguam saya dan juga pihak Seniman kerana tanpa mereka perkara ini mungkin akan lebih berpanjangan.



"Alhamdulillah, dari awal lagi keluarga saya sentiasa di sisi untuk bagi nasihat serta sokongan dan kenapa saya lembut hati untuk menerima maaf ini adalah kerana dari awal lagi, saya dah ada perancangan di mana jika tuntutan sebelum ini tidak berjaya djawab, saya akan bagi peluang dan pilihan untuk meminta maaf secara terbuka. Saya sanggup terima permohonan maaf ini kerana saya tak nak isu ini berpanjangan," ujar Neelofa ketika ditemubual media sejurus selesai sidang akhbar.



Sebelum ini, pengacara Nona TV3 ini telah menetapkan beberapa syarat kepada Anzalna sebagai jaminan agar pelakon drama Indera Joned itu memohon maaf secara ikhlas dan bukannya kerana terpaksa. Ditanya apakah syarat-syarat yang ditetapkan oleh beliau, Neelofa memberitahu, "Antara syarat-syarat yang dikemukakan ialah Anzalna tidak boleh sebut nama saya lagi di mana-mana temuramah, di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter, di blog-blog serta tidak boleh memanjangkan lagi hal ini."

Ketika ditemui, juara Dewi Remaja 2010/2011 ini juga turut memberitahu tidak mempunyai masalah andai mereka ditawarkan berlakon bersama selepas ini. "Kalau saya berpeluang bekerjasama dengan Anzalana selepas ini, saya rasa kisah peribadi kami akan letak ke tepi dan kita akan fikir tentang kualiti kerja itu dulu. Jika pengarah dan jalan cerita bagus, kemudian saya akan terima kerana saya tidak ada masalah bekerjasama dengan dia.



Sebelum mengakhiri pertemuan kami di mana Neelofa terburu-buru untuk ke lokasi penggambaran drama 26 episod, pihak media sempat bertaya kenapa Neelofa dan Anzalna tidak mahu bersalaman dan bergambar bersama sebentar tadi dan Neelofa memberitahu, "Apa saja prosedur yang berlaku hari ini adalah kuasa Seniman, maksudnya mereka tidak mahu adakan sebarang sesi soal jawab dan bergambar kerana mereka tidak mahu perkara ini lebih berpanjangan." -gua.com.my-

Adele Hamil Anak Kekasih

Posted: 02 Jul 2012 03:57 PM PDT


Penyanyi yang hangat dengan lagu-lagu seperti 'Someone Like You', 'Set Fire To The Rain' dan 'Rolling In The Deep', Adele mengumumkan sedang mengandung anak kekasihnya, Simon Konecki.

"Dengan rasa gembira saya mengumumkan bahawa saya dan Simon sedang menunggu kelahiran anak pertama kami," ujarnya menerusi mesej di laman web rasminya.

Walaupun gembira dengan berita tersebut, Adele berharap diberikan privasi sepanjang kehamilannya itu.

Penyanyi ini mula menjalinkan hubungan dengan Simon sejak pertengahan tahun lalu dan Adele pernah mengutarakan hasrat untuk memiliki anak bersama Simon. -MH-

PANAS! Sidang Media Anzalna Memohon Maaf Secara Terbuka Kepada Neelofa

Posted: 02 Jul 2012 03:53 PM PDT



Pelakon Anzalna Nasir akhirnya memohon maaf secara terbuka kepada Neelofa atas kenyataannya yang berbaur fitnah terhadap pelakon itu menerusi sisipan sebuah akhbar pada 10 Jun lalu.

Anzalna, 24, mengakui tidak mempunyai bukti terhadap segala tuduhan yang dilemparkan sambil menegaskan niatnya untuk tidak mengaibkan sesiapa.

Kenyataan maaf secara terbuka itu dibacakan dalam sidang media yang diadakan di Hotel Royale Bintang Damansara dengan disaksikan oleh Neelofa, Presiden Seniman Zed Zaidi, Biro Aduan dan Perundangan Seniman Zahrin Ishak dan peguam kedua-dua aktres terbabit.

Butiran lanjut mengenai syarat-syarat dalam surat perjanjian antara dua aktres berkenaan enggan didedahkan atas alasan sulit dan peribadi. -MH-

Gambar Penampilan Terbaru Sharifah Sofia Kini Bertudung

Posted: 02 Jul 2012 03:47 PM PDT


Selepas melihat beberapa selebriti wanita melakukan penghijrahan dengan imej bertudung, kini seorang lagi selebriti telah mengikut jejak langkah sama.

Menerusi akaun twitter miliknya, Sharifah Sofia berkongsi gambar terbarunya yang manis mengenakan hijab beserta ungkapan 'Here's to a new chapter… Bismillah!'.

Penghijrahan ini dikuatkan lagi dengan langkah yang telah diambil oleh pelakon ini dengan memadamkan gambar-gambar lama beliau tanpa tudung. -MH-

No comments: