Wednesday, 18 July 2012

Budak Technician

Budak Technician


Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1433H / 2012M

Posted: 17 Jul 2012 12:46 AM PDT


Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi kawasan-kawasan di negeri seluruh Malaysia untuk tahun 1433H/2012. Anda boleh melihat secara terus atau muat turun (download) melalui pautan yang disediakan. Jika ada sebarang masalah untuk melihat atau melakukan muat turun, sila ajukan di ruangan komen.


BIL 
NEGERI 
ZON
1    
MELAKA
MELAKA
2 JOHOR
3 PERAK
4   SARAWAK
5 SABAH
6 TERENGGANU
7 KELANTAN
8 SELANGOR
9 PAHANG
10
WILAYAH PERSEKUTUAN
11
WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN
12
PERLIS
PERLIS
13 NEGERI SEMBILAN 
14 KEDAH
15
PULAU PINANG
PULAU PINANG


** Sumber: Pengurusan Fatwa, Jakim

Pengasas Deep Purple Meninggal Dunia Akibat Kanser

Posted: 16 Jul 2012 11:30 PM PDT


Jon Lord

LONDON: Pemain keybord dan pengasas kumpulan rock legenda Deep Purple iaitu Jon Lord yang popular dengan lagu Smoke On The Water meninggal dunia pada Isnin.

Keluarga bintang itu dalam satu kenyataan memberitahu, Lord, yang berusia 71 tahun meninggal dunia di sebuah klinik di sini di sisi keluarganya.

Lord yang turut menyertai kumpulan Whitesnake menderita penyakit kanser sejak Ogos lalu.

Artis itu bersama ahli kumpulannya dijangka merakamkan album sebelum beliau jatuh sakit. - AFP

Rahsia Fazley Juara MasterChef Selebriti

Posted: 16 Jul 2012 10:00 PM PDT

Fazley merangkul gelaran juara program MasterChef Selebriti Malaysia musim pertama.

Penyanyi dan pakar motivasi, Datuk Fazley Yaacob menjelaskan tidak pernah menyangka akan menyandang gelaran juara MasterChef Selebriti Malaysia kerana berasakan dirinya tidak mahir memasak.

Fazley, 33, berkata, pada awalnya beliau hampir menarik diri selepas dimaklumkan namanya disenaraikan sebagai peserta dan bukannya pakar motivasi dalam program itu.

"Saya pada mulanya memang rasa tiada keyakinan untuk memasak kerana jarang ke dapur tetapi apabila mempertimbangkan objektif program ini yang ingin membantu golongan kurang bernasib baik saya terus bersetuju.

"Sejujurnya saya menyertai program ini tanpa banyak ilmu masakan dan semua hidangan yang saya sediakan adalah pertama kali dan Alhamdulillahlah para juri menyukainya," katanya ketika ditemui pada majlis tayangan episod akhir MasterChef Selebriti Malaysia di sini pada malam Isnin.

Sebelum itu, Fazley muncul sebagai juara program MasterChef Selebriti Malaysia menewaskan Angah (Raja Lawak) menerusi episod terakhir yang disiarkan pada malam Isnin.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu "Asmara Ini" itu menerima wang tunai sebanyak RM57,000 untuk disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia yang diwakilinya setelah memberikan persembahan konsisten sepanjang 13 minggu program itu berlangsung.


Fazley bergambar kenangan bersama Farouk Hussien (paling kiri), Salmiah Hassan, Thanuja dan Soo Wincci.

Selain Fazley, artis lain yang turut menyertai program tersebut ialah Farouk Hussein, Jehan Miskin, Salamiah Hassan, Thanuja, Serina Redzuawan, Siti Sarah, Azwan Ali, Tomok, Raja Azmi, Karl Shafeq, Dr Faiz, dan Louisa Chong.

Dalam pada itu, ditanya mengenai rahsianya dalam menghasilkan masakan yang enak, Fazley memberitahu dia tidak mempunyai sebarang rahsia sebaliknya sering menjadi pemerhati apabila isteri dan ibunya memasak di dapur.

Fazley berkata, walaupun tidak pernah mencuba masakan yang dihasilkan oleh isteri atau ibunya, dia mengingati cara-cara dan bahan yang ingin digunakan untuk memasak sesuatu hidangan itu.

"Saya suka lihat dan mengingati perkara yang saya lihat dan begitu juga masakan. Setiap kali menjadi penyibuk di dapur saya akan memerhatikan bagaimana sesuatu hidangan itu dibuat.

"Alhamdulillahlah saya juga tidak menyangka semua percubaan pertama kali ketika menyediakan hidangan itu memenuhi kehendak juri," katanya.

Bagaimanapun kata Fazley, dia harus berterima kasih kepada barisan juri iaitu Chef Joe, Chef Adu, Chef Zubir serta Chef Mozart daripada Cyberview Lodge sebagai juri jemputan pada episod akhir yang menilai masakannya sehingga diumumkan sebagai juara.


Fazley bersama isterinya, Datin Azrene Soraya.

Sementara itu, Fazley berkata, dia terharu apabila peminat mula memanggilnya sebagai chef Fazley dan menganggap penghormatan itu sangat besar buat dirinya.

Fazley memberitahu, dia tidak kisah jika dikenali sebagai chef kerana ia sekali gus dapat mendekatkan dirinya dengan masyarakat dan peminat.

"Program ini benar-benar telah membuka satu dimensi buat diri saya sebagai seorang penyanyi, pakar motivasi dan tukang masak kerana ruang lingkup peminat juga semakin berkembang.

"Jika keluar ke mana-mana pasti ada peminat berbilang bangsa akan menegur bertanyakan tentang masakan dan motivasi. Ia sesuatu yang baru buat diri saya," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Fazley turut mengakui dia kini terpaksa melakukan dua kerja dalam masa sama iaitu diminta untuk menyelitkan demo masakan ketika memberikan ceramah motivasi. -mstar-

'Saya Belum Jatuh' - Remy Ishak

Posted: 16 Jul 2012 09:57 PM PDT



Pelakon Remy Ishak menolak andaian kononnya dia sedang mengalami fasa kejatuhan sehingga menyebabkan filem lakonannya iaitu Aku, Kau dan Dia yang ditayangkan pada 28 Jun lalu gagal mendapat sambutan penonton.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 30, berkata, gosip negatif yang melandanya sejak kebelakangan ini bukan menjadi punca sesebuah karya itu merudum sebaliknya ia adalah trend yang sedang melanda industri perfileman negara ketika ini.

"Saya belum jatuh. Sambutan yang kurang terhadap filem bukan hanya berlaku kepada filem lakonan saya tetapi filem-filem lain juga pada tahun ini," katanya kepada mStar Online di sini, Isnin.

Remy diminta mengulas khabar angin kononnya peminat sudah tidak teruja dengan kehadirannya berikutan pelbagai gosip buruk melanda dia sejak kebelakangan ini sehingga memberi kesan terhadap kutipan filem Aku, Kau dan Dia.

Mengikut rekod yang dicatatkan Finas sehingga 9 Julai lalu, filem berkenaan mencatat kutipan kasar sebanyak RM150,000.

Remy berkata, sejak awal tahun ini, tidak banyak filem yang ditayangkan mencatatkan kutipan tinggi.

Katanya, faktor kejatuhan seperti yang diperkatakan itu adalah tidak benar sama sekali kerana sehingga kini dia masih mendapat banyak tawaran berlakon.

"Saya tidak merasakan yang saya sedang berada pada zaman kejatuhan tetapi kutipan yang tidak menggalakkan itu adalah berpunca daripada sebab-sebab lain," katanya.

Tambah Remy, kebanyakan syarikat produksi juga sukar untuk membuat ramalan apakah genre yang diminati oleh orang ramai agar filem yang dihasilkan itu mencapai kutipan boxoffice.

Sementara itu ditanya adakah dia bakal kehilangan peminat berikutan percintaannya dengan Tiz Zaqyah, Remy memberitahu dia tidak melihat perkara itu sebagai satu masalah besar.

"Peminat sudah boleh terima kisah cinta seseorang artis itu dan setakat ini ramai yang memberi sokongan. Apa yang penting kami tidak menyembunyikan hubungan kami," katanya. -mstar-

Madhuri Dixit Menyamar Ketika Melawat Taj Mahal

Posted: 16 Jul 2012 09:54 PM PDT

Madhuri Dixit menutup wajahnya ketika keluar bersiar-siar supaya tidak dikenali peminat.

PERILAKU pelakon terkenal Bollywood iaitu Madhuri Dixit yang menutup hampir keseluruhan wajahnya dengan sehelai selendang telah menimbulkan tanda tanya peminat.

One India melaporkan, pelakon filem Dil To Pagal Hai itu dilihat mengunjungi Taj Mahal baru-baru ini bersama keluarganya dan menutup wajahnya agar tidak dilihat orang ramai.

Wanita berusia 45 tahun itu turut memuat naik gambar dirinya dan keluarga yang bergambar di depan Taj Mahal di laman Twitter walaupun wajahnya ditutup.


Madhuri menutup wajahnya ketika melawat Taj Mahal bersama keluarganya.

Menjelaskan kejadian itu, Madhuri dalam satu kenyataannya menerusi Twitter memberitahu dia berbuat demikian kerana ingin menyamar supaya orang ramai tidak menggagu dia dan keluarganya bersiar-siar.

"Saya memang menyamar dan sepatutnya saya suruh suami dan anak-anak buat perkara sama," tulisnya di Twitter. -mstar-

Katie Holmes Daftar Anak Ke Sekolah Katolik

Posted: 16 Jul 2012 09:52 PM PDT


Suri Cruise

BEKAS isteri Tom Cruise, Katie Holmes telah mendaftarkan anak mereka, Suri ke sekolah perempuan agama Katolik di Manhattan's Convent of the Sacred Heart School New York.

Menurut laporan Dailymail, Katie yang diberi hak jagaan sepenuhnya oleh pihak mahkamah selepas bercerai dengan Tom pada Jun lalu ingin memastikan Suri tidak akan terjebak dengan fahaman Saintologi seperti yang dipraktikkan Cruise.

Bagaimanapun, persekolahan yang bakal dimasuki Suri pada September depan mungkin akan menjadi perkara baru untuknya memandangkan sebelum ini dia hanya belajar di rumah menggunakan khidmat guru peribadi.


Katie dan Tom telah bercerai pada Jun lalu selepas enam tahun berkahwin.

"Suri akan mula belajar berkawan dan berkongsi apabila memasuki sekolah baru. Selain itu ia akan menjadi satu suasana yang bagus buat Suri yang sebelum ini kehidupannya langsung tidak seperti kanak-kanak biasa," kata sumber.

Difahamkan, yuran tahunan sekolah tersebut dianggarkan lebih daripada RM76,000.

Selain Suri, selebriti Lady Gaga, Caroline Kennedy, Jordana Brewster, Paris danNick Hilton juga pernah belajar di sekolah tersebut. -mstar-

Bapa Mahu Berbaik Semula Dengan Adele

Posted: 16 Jul 2012 09:50 PM PDT


Adele

LONDON: Bapa kepada Adele iaitu Mark Evans merayu agar penyanyi itu dapat memaafkannya atas kesalahan meninggalkan dia dan ibunya Penny ketika wanita itu berusia tiga tahun.

Difahamkan, Evans bimbang dia tidak akan berpeluang melihat cucunya sendiri apabila Adele melahirkan anaknya kelak.

Penyanyi berusia 24 tahun itu dijangka melahirkan anak hasil hubungan dengan kekasihnya Simon Konecki dalam masa terdekat.

"Reaksi spontan saya adalah perasaan gembira yang sukar digambarkan tetapi apabila memikirkan Adele tidak dapat menerima saya selepas apa yang berlaku dulu ia mula membimbangkan saya," kata Evans seperti dipetik femalefirst.co.uk.

Evans berkata, kegembiraannya itu menjadi sebaliknya apabila menyedari dia bukan lagi sebahagian daripada keluarga itu.

"Kegembiraan saya bertukar duka menyedari hakikat saya bukan sebahagian daripada keluarga itu kerana sudah meninggalkan Adele ketika dia masih kecil.

"Saya teringin untuk mendakapnya dan berkongsi kegembiraan kerana berita kehamilan tersebut.

"Saya perlu berdepan kenyataan mungkin saya tidak akan dapat melihat cucu sendiri dan ia sangat menyedihkan.

"Justeru itu, saya memohon maaf daripada Adele," katanya yang berhasrat untuk memulihkan semula hubungan dengan Adele dan menjadi datuk kepada bayi yang bakal lahir itu. -mstar-

Mariah Carey Jadi Juri American Idol?

Posted: 16 Jul 2012 09:23 PM PDT


Penyanyi terkenal dunia, Mariah Carey dikhabarkan dalam proses perbincangan untuk menggalas tanggungjawab sebagai juri program realiti popular, American Idol bagi menggantikan Steven Tyler yang tidak disambung kontraknya.

Menurut sumber terdekat, perbincangan antara pihak produksi dan Carey masih dalam proses awal dan setakat ini masih lagi belum ada sebarang pengesahan mengenai perkara ini.

"Pihak produksi mahu lakukan pembaharuan terhadap program itu supaya penonton tidak jemu. Buat masa ini, mereka masih lagi berbincang bersama Carey untuk tawaran menjadi juri pada program akan datang," kata sumber.

Selain Tyler, seorang lagi juri iaitu Jennifer Lopez juga meninggalkan program itu setelah menjadi juri selama dua musim. -MH-

Shira Tak Suka Kecoh Pasal Rumah Dirompak

Posted: 16 Jul 2012 09:10 PM PDT

Shira Tak Suka Kecoh Pasal Rumah Dirompak

Umum telah pun mengetahui rumah pasangan pelakon Sharifah Shahira dan Ijoy telah dimasuki perompak pada malam kelmarin. Berita Harian melaporkan rumah pasangan yang terletak di Taman Melawati itu dipecah masuk sekitar jam 10.30 malam dan kejadian itu menyebabkan mereka kerugian RM1500 apabila barang kemas dan sejumlah matawang Indonesia dilarikan perompak.

Ketika kejadian, baik Shira mahupun Ijoy tidak ada di rumah kerana masing-masing ada urusan di luar. Bagaimanapun, tiga orang anaknya ada di rumah bersama orang gajinya. Namun, kesemua mereka selamat kerana tidak diganggu oleh perompak berkenaan.

Ketika dihubungi GUA sebentar tadi, Shira melahirkan rasa syukur kerana anak-anak bersama orang gajinya selamat daripada insiden itu. Jelasnya keselamatan anak-anak lebih utama berbanding perkara lain.

"Saya kerugian kira-kira RM1500 apabila perompak berkenaan melarikan aksesori yang digunakan untuk penggambaran. Mungkin mereka ingat aksesori itu barangan kemas. Saya memang tidak memiliki sebarang barangan kemas kerana tidak pernah membelinya. Walau apa pun saya rasa bersyukur dan lega kerana anak-anak saya tidak diapa-apakan oleh mereka. Mujur anak-anak dan orang gaji saya tidak sedar dengan kejadian yang berlaku sebab mereka sudah tidur," ujar Shira.

Dalam masa yang sama, pelakon dan pengacara ini juga memberitahu dia sebenarnya tidak mahu menghebohkan kejadian ini kepada umum, namun pihak polis telah mengeluarkan kenyataan.

"Saya tak suka hebah-hebahkan perkara ini sebab nanti pasti ada pihak yang buat kenyataan yang tidak sedap didengar. Kalau boleh saya tidak mahu langsung kejadian ini diketahui umum. Namun, pihak polis buat kenyataan terlebih dahulu. Sebagai mangsa, saya hanya boleh katakan, saya dan suami telah ambil langkah-langkah keselamatan yang diperlukan. Kami telah pasang kamera litar tertutup dan rumah kami tetap dicerobohi. Saya terima kejadian ini sebagai qada' dan qadar," ujar Shira mengakhiri perbualan.

sumber : gua.com.my

Gambar Bulan Madu Irma Hasmie dan Redza

Posted: 16 Jul 2012 07:05 PM PDT

29 Jun 2012 yang lalu merupakan hari bersejarah buat Irma Hasmie menjadi isteri yang sah kepada Redza Syah. Dan sudah dua minggu berlalu, pastinya Irma tidak mahu ketinggalan untuk tidak meng'updates' kehidupan baharu itu bersama suami tersayang. Dia sempat kongsikan bersama beberapa keping foto ketika suami isteri ini pergi berbulan madu (honeymoon) di negara Australia baru-baru ini. -izyan.com-

Mia Sara Diiktiraf Dalam Malaysia Book Of Records

Posted: 16 Jul 2012 07:02 PM PDT

Mia Sara Nasuha Mohammad Ridhuan, 7, dianugerahkan sebagai pelakon termuda dalam Festival Filem Malaysia (FFM) yang juga disenaraikan dalam Malaysian Book Of Records pada 13 Julai 2012.

Mia yang hadir bersama bapanya dan juga pengurusnya berasa gembira dengan anugerah yang diberikan yang berlangsung di Intercontinental Hotel.


"Mia nak ucapkan terima kasih pada yg ucapkan tahniah pada Mia. InsyaAllah Mia tak lupa diri. Mia akan usaha lebih gigih lagi masa depan ," tulis Mia dalam Twitternya semalam.
Setakat ini, Mia sudah pun dianugerahkan dengan tiga anugerah iaitu; Pelakon kanak-kanak terbaik dalam Festival Filem Malaysia 24; Best Kid Actress oleh TV# Kids Awards; dan Youngest Actress Winning Festival Film Malaysia oleh Malaysian Book of Records.

Mia juga pernah dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Filem Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular 2011.

sumber : izyan.com

No comments: