Friday 29 June 2012

Budak Technician

Budak Technician


Perkara Yang Wajib Dijaga Oleh Setiap Wanita Islam

Posted: 27 Jun 2012 09:58 PM PDT



1. Bulu kening

Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng

Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan

Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

sumber: myibrah.com

Petua Merampingkan Badan

Posted: 27 Jun 2012 09:49 PM PDT

  1. Berjalan kaki, sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Jika asyik naik lif di pejabat atau rumah, cubalah naik dan turun dengan tangga.
  2. Minum air kosong lapan gelas sehari. Ia membantu membuang toksin daripada badan. Segelas air kosong juga boleh diambil sebelum makan kerana ia memberikan rasa kenyang sekali gus menghindarkan diri daripada rasa lapar berlebihan.
  3. Sarapan setiap pagi usah diabaikan. Mereka yang tidak bersarapan cepat lapar dan mendorong diri untuk makan lebih banyak pada waktu tengah hari.
  4. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia baik untuk sistem pencernaan serta dapat menurunkan kadar kolesterol badan.
  5. Jangan makan hingga perut sudah kenyang. Jika sayang makanan berlebihan, ia boleh disimpan.
  6. Kawal diri supaya tidak makan makanan berlemak dan bergoreng secara berlebihan. Makanan dikukus atau direbus lebih elok untuk kesihatan.
  7. Tidur dapat mempercepatkan kadar metabolisme badan sebanyak 40 peratus. Oleh itu, pastikan anda mendapat tidur secukupnya setiap hari.
  8. Senaman yang sesuai mengikut bahagian badan elok dilakukan setiap kali bangun di waktu pagi. Apabila bangun pagi, rajinkan tangan membersihkan rumah. Mungkin ia tidak sehebat senaman di luar tetapi aktiviti berkenaan tetap membantu dari segi pembakaran kalori dalam badan.
  9. Jangan berlapar. Makanan memberi anda tenaga dan apabila anda menggunakan tenaga kurang daripada apa yang anda ambil, tubuh akan terkejut. Bila anda tidak tahan berlapar, anda akan makan dengan lebih banyak.
  10. Amalkan yang pahit. Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini tekak akan berasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
  11. Elakkan minuman bergas. Minuman bergas biasanya mengandungi 7 hingga 8 sudu gula dan ia tidak baik untuk kesihatan tubuh.
  12. Kurangkan pengambilan garam. Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat badan disebabkan air.
  13. Ambil sarapan pagi. Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, orang yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding orang yang mengambilnya. Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.
  14. Makan Perlahan-lahan. Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Sebab, apabila anda makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
  15. Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan, kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
  16. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit, daripada makan hanya sekali dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
  17. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa "mint" atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
  18. Kurangkan pengambilan marjerin atau mentega dalam makanan anda.
  19. Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren. Ini kerana, minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
  20. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral, serat dan kandungan lemak yang rendah.
  21. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.
  22. Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili atau biji sawi, boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
  23. Banyakkan bijiran dan kekacang. Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
  24. Tumpukan perhatian anda untuk sihat, bukan kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
  25. Cara memasak paling baik untuk mengurangkan jumlah kalori dalam makanan adalah merebus, memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan..

Bob Lokman Semakin Pulih

Posted: 27 Jun 2012 06:52 PM PDT


Bekas pelawak dan pelakon, Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, dilaporkan kini beransur pulih selepas dimasukkan ke Hospital Taiping pada 24 Jun lalu.

Beliau yang dihubungi Sinar Harian berkata, keadaannya beransur pulih setelah menerima rawatan.

"Alhamdulillah. Keadaan saya bertambah baik. Doktor mengesahkan jantung dan paru-paru saya dimasuki air.

"Saya akan berehat selama dua hari di rumah (semalam dan hari ini) dan akan kembali berceramah selepas itu," katanya yang dibenarkan pulang ke rumahnya di Sungai Buloh, petang kelmarin.

Ahad lalu, Bob dikejarkan ke Hospital Taiping oleh rakan-rakannya apabila mengalami sesak nafas sewaktu tidur. Selepas sehari di hospital tersebut, pelawak ini dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh dan dijaga oleh anaknya. -MH-

Sasha Elite Bercerai Lagi?

Posted: 27 Jun 2012 05:32 PM PDT

Terkejut membaca sisipan online mStar semalam yang menyatakan Sasha Elite atau Sasha Saidin datang ke mahkamah Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk mengambil borang perceraian untuk membicarakan soal pribadi dengan suaminya (yang ke-2 setelah berpisah dengan Jason pada 2007), Salyo Priyanto. Sasha dan Salyo berkahwin pada 2007 dan dikurniakan seorang anak, Adam Aryasenna Notosoemarsono.

"Saya hadir ke sini bagi menyelesaikan hal peribadi. Selebihnya, saya enggan komen lebih lanjut. Diharap anda (pihak media) faham dengan permintaan saya. Ia sangat peribadi untuk dijelaskan," katanya. -mStar

sumber : izyan.com

Inilah Adik Neelofa Yang Cantik Tu, Athisha

Posted: 27 Jun 2012 05:29 PM PDT

Siapa yang dicium oleh Neelofa dalam gambar dibawah ni. Agak keberatan juga bila kita melihatnya, apatah lagi Neelofa mencium seorang gadis. Pastinya ramai peminat Neelofa bertanya-tanya siapa kah gadis bertuah yang dicium oleh Neelofa ni. Sebenarnya gadis ni, nama dia Athisha, adik kandung kepada Neelofa. Neelofa memberikan ciuman pada pipinya sempena harijadi Athisha yang ke berapa ntah admin pon tak berapa nak pasti. Yang pasti korang semua pasti berasa lega kan. Haha.

sumber : izyan.com

Yuna dalam carta 25 selebriti asing terkenal di US

Posted: 27 Jun 2012 05:27 PM PDT


Terbaca dalam laman http://ohnotheydidnt.livejournal.com/ yang menyatakan radio di Amerika menyenaraikan 'the 25 Sexiest International Singers (Complex Thinks) You've Never Heard Of' dengan pelbagai selebriti yang diminati di sana seperti Carly Rae Jepsen, Rihanna dan lain-lain dibawah umur 25 tahun. Yang paling membanggakan adalah Yuna diantara mereka dalam senarai itu. Yuna yang ke-5 mengungguli sebagai anak Melayu yang berbakat diantara wanita-wanita timur dan barat. Syabas!

 
sumber : izyan.com

Memey Teruja Hamil 6 Minggu

Posted: 27 Jun 2012 05:19 PM PDT



Selepas diijabkabulkan pada 24 September lalu, pelakon popular Memey Suhaiza kini disahkan hamil enam minggu oleh doktor. Ketika dihubungi GUA sebentar tadi, Memey melahirkan rasa syukur apabila dikurniakan anugerah terindah itu selepas sembilan bulan mendirikan rumahtangga dengan Norman Hakim.

"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan-Nya. Terus-terang pada awalnya Memey memang tak sangka Memey mengandung. Namun setelah melakukan ujian kehamilan kali kedua dan disahkan positif, Memey gembira sangat-sangat.

"Pada mulanya, Memey buat ujian kehamilan sendiri sebab lambat datang bulan. Memey tergerak hati nak lakukan ujian kehamilan. Masa buat itu, debaran dia lain macam saja. Tidak dinafikan, Memey rasa takut dan berdebar sangat. Bila positif, Memey beritahu abang Norman dan dia teruja sangat.

"Sejujurnya, bila keputusannya positif, Memey tak percaya dan bagi mendapatkan kepastian, kami pergi ke klinik dan doktor memang mengesahkan Memey hamil. Memey menangis kerana gembira sangat-sangat.

"Begitu juga dengan abang Norman, dia gembira sangat dengan berita ini. Anak-anak pun seronok sebab mereka nak dapat adik," ujar Memey yang kini sibuk menjalani penggambaran drama 13 episod, 'Jerangkap Cinta'.

"Sejak kebelakangan ini Memey sangat sibuk dengan penggambaran drama. Memey dah tandatangani kontrak dan mempunyai komitmen sehingga hujung Julai depan. Abang Norman risau juga dengan keadaan Memey dan dia selalu ingatkan Memey supaya makan ubat. Dia juga pesan kepada kru produksi supaya tolong jaga dan tengokkan Memey di set," ujarnya mengakhiri perbualan. -gua.com.my-

Raja Azmi Nafi Roslin Punca Perceraian

Posted: 27 Jun 2012 05:14 PM PDT



"Perceraian ini bukan kerana desakan sesiapa atau disebab kehadiran orang ketiga, tetapi ia adalah kehendak saya sendiri. Saya mula berbincang dengan suami bermula Februari lalu. Saya yang timbulkan perkara ini kerana saya yang mengundang pelbagai kontroversi. Orang kata saya ada skandal dengan Roslin (Roslin Hashim) dan pelbagai cerita lagi.

Selain itu, saya juga mengambil keputusan bercerai kerana sudah tidak sanggup mendengar tohmahan yang menuduh suami saya dayus. Sedangkan suami saya sangat baik. Atas sebab kecuaian saya yang tidak boleh menjadi seorang isteri yang baik, saya rela dan redha diceraikan oleh suami. Ini adalah jalan terbaik untuk membersihkan nama baik suami saya, Saya terima perkara ini sebagai hukuman Allah. Mudah-mudahan di akhirat nanti saya tidak dihukum," ujar Raja Azmi dalam tangisan ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur petang tadi.

Dalam masa yang sama, penerbit filem berusia 53 tahun ini mengakui dia berasa cukup tertekan selepas rumahtangganya bersama Jalani Sidek sering dilanda kontroversi. Jelasnya, walaupun cerita-cerita yang tersebar itu tidak benar, namun lama-kelamaan ia menjejaskan hubungan mereka sebagai suami-isteri.

"Saya paling tertekan ketika dikaitkan dengan Roslin Hashim. Macam-macam cerita yang keluar tentang saya dengan dia, walhal perkara itu tidak benar. Bukan saya tidak cuba menyelamatkan perkahwinan ini, tetapi apabila sudah tidak ada perasaan kasih dan sayang, lebih baik kami berpisah sahaja. Perceraian ini adalah atas persetujuan kami bersama. Bukan kerana desakan pihak lain atau disebabkan kehadiran pihak ketiga," tambah Raja Azmi lagi.

Ditanya tentang penerimaan anak-anak, Raja Azmi menjelaskan ketiga-tiga anak mereka faham dengan situasi yang dihadapi olehnya bersama bekas suami memandangkan masing-masing sudah dewasa. Jelasnya, anak-anaknya redha kerana lebih mementingkan kegembiraannya dan bekas suami.

"Tidak semestinya perceraian itu membawa kesedihan, Mungkin ia boleh menggembalikan kegembiraan dalam keluarga kami. Anak-anak memahami situasi saya dan Jalani dan mereka menerima keputusan kami ini dengan redha. Mereka lebih mementingkan kegembiraan kami daripada perkara lain. Saya dan Jalani juga sudah berjanji untuk menjadi kawan baik. Tidak ada dendam atau permusuhan di antara kami," ujar Raja Azmi sayu.

Mengulas tentang tarikh perceraiannya yang sama dengan tarikh lahirnya, penerbit filem ….Dalam Botol ini memberitahu perkara itu berlaku secara kebetulan, bukan disengajakan.

"Mahkamah yang berikan tarikh ini dan kebetulan ia bersamaan dengan tarikh lahir saya. Saya anggap ini sebagai hukuman Allah kepada saya. Bagaimanapun, anak-anak dan bekas suami sempat meraikan harijadi saya kelmarin."

Raja Azmi dan Jalani bernikah di Taiping, Perak pada 23 Disember 1984. Mereka dikurniakan dengan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23 dan Megat Deli, 18. Mereka juga mempunyai seorang cucu berusia setahun hasil perkahwinan Puteri Suraya. -gua.com.my-

Keputusan Penuh Semi Final / Separuh Akhir EURO 2012 Portugal vs Sepanyol

Posted: 27 Jun 2012 03:01 PM PDT


Perlawanan separuh akhir / semifinal Portugal vs Spain akhirnya berlangsung seperti apa yang telah diduga oleh semua peminat-peminat bolasepak. Perlawanan yang mempamerkan satu persembahan yang kurang menghiburkan kerana setiap pasukan masing-masing terlalu bermain dengan berhati-hati untuk mengelakkan berlakunya sebarang kesilapan yang akan membawa padah. Namun, di dalam persembahan yang kurang menghiburkan itu, terdapat juga percubaan-percubaan cantik dan terbaik dari kedua-dua pasukan. Dari serangan-serangan yang dibuat, juga tidak mendatangkan hasil sehinggakan perlawanan berlarutan ke masa tambahan dan tetap juga berkesudahan seri tanpa jaringan. Akhirnya, perlawanan terpaksa ditentukan ke sepakan penalti. Sejarah tercipta pada kali ini di mana pemain termahal di dunia Cristiano Ronaldo tidak sempat melakukan sepakan penalti setelah pasukannya tumpas kepada Spain dengan jaringan 4-2.

KEPUTUSAN PENUH

Portugal ( 0 ) vs ( 0 ) Spain

Penalti

Portugal ( 2 ) vs ( 4 ) Spain

No comments: