Monday 2 July 2012

Budak Technician

Budak Technician


Android Terbaru Akan Dilancarkan - Jelly Bean 4.1

Posted: 01 Jul 2012 08:01 AM PDT

Beberapa hari lalu dalam Google I/O, sepertimana yang diramalkan, versi terkini Android diperkenalkan dengan nama Jelly Bean. Peranti Galaxy Nexus, Motorola Xoom, dan Nexus S akan dikemaskini sebaik sahaja Jelly Bean didapati Julai depan. Versi ini membawa beberapa perubahan dan penambah baikan kepada versi sedia ada. Antaranya;


1. Sambungan internet yang lebih laju dan stabil.

2. Arahan suara (voice recognition) boleh dijalankan secara offline, tanpa sambungan internet

3. NFC boleh dijalankan dengan lebih meluas. Untuk rujukan, penggunaan NFC sekarang masih terbatas. Samsung Galaxy S3 contohnya, boleh memindahkan gambar dan video dengan pantas, tetapi hanya kepada peranti S3 yang lain.

4. Sistem notifikasi yang ledih terperinci dan dikemaskini

5. Pengenalan Google Now, sistem carian masa nyata yang lebih pantas yang menggunakan sejarah carian dan lokasi pengguna untuk keputusan yang lebih tepat.

6. Google Maps boleh dijalankan secara offline (telah diperkenalkan di Google Play untuk versi Android sebelumnya)

7. Mesra pengguna untuk pengguna yang cacat penglihatan. Aplikasi dan arahan boleh dijalankan menggunakan suara sahaja.

8. Antaramuka baru untuk penggunaan kamera.

9. Paparan homescreen yang elastic, membolehkan widget dan ikon digerakkan sesuka hati.

sumber : google/sollehahn

30 Gambar Perkahwinan Irma Hasmie, Redza

Posted: 01 Jul 2012 04:15 AM PDT

Irma Hasmie, 30 dan Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan, 31 telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Ibrahim Othman di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Redza Ahmad dengan sekali lafaz. Pihak perempuan menerima tiga dinar emas sebagai mas kahwin bernilai RM2,220 sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum. Tanpa membuang masa, mari kita lihat sekitar majlis yang penuh bermakna itu semalam. -izyan.com-



credit MediaHiburan | mStar | GUA
 
 

-credit gambar The Kliker l Wedding & Portrait Photography

Gambar anak Erra Fazira dan Engku Emran, Engku Aleesya

Posted: 01 Jul 2012 04:08 AM PDT

Comel dan tidak terkata sungguh melihat gelagat anak Erra Fazira dan Engku Emran ni, Engku Aleesya yang berusia sudah 3 tahun. Admin pun tak tahu nak ulas apa, rasanya nak cubit-cubit (kegeraman) dengan kecomelan Engku Aleesya. Apa-apa pun jom kita lihat dan layan dulu. -izyan.com-



Ella Nikah 7 Julai 2012

Posted: 01 Jul 2012 04:03 AM PDT

Setelah sekian lama hidup bersendirian, ratu rock negara, Ella yang berusia 46 tahun mengambil keputusan untuk menamatkan zaman solo pada 7 Julai ini.

Menurut ahli keluarga Ella, dia bakal menjadi isteri kepada seorang jejaka yang berasal dari Muar, Johor.

Difahamkan jejaka berkenaan bertugas sebagai juruterbang dan mereka bakal dinikahkan di kediaman keluarga Ella di Klang, Selangor. -Via - izyan.com

Gambar Bukti Zizan dan Juliana Evans pakai cincin sama

Posted: 01 Jul 2012 04:00 AM PDT

Gambar dibawah adalah gambar ketika Zizan Raja Lawak dan Juliana Evans menghadiri satu majlis yakni majlis Pra Tonton filem Mael Lambong. Yang menariknya kedua-dua selebriti ini dikatakan memakai cincin yang sama. Ini dipetik dan disahkan melalui laman blog BuahMulut yang mengambil gambar mereka berdua ketika majlis itu. Rasanya tiada apa yang perlu disembunyikan lagi, kedua-dua sah bercinta dalam diam. :)

juliana evans dan zizan
juliana evans dan zizan
juliana evans dan zizan
juliana evans dan zizan
juliana evans dan zizan
juliana evans dan zizan
juliana evans dan zizan
juliana evans dan zizan
gambar http://buahmulut.com / izyan.com

No comments: