Wednesday 27 June 2012

Budak Technician

Budak Technician


Ras Adiba Radzi di'ban' stesyen TV?

Posted: 26 Jun 2012 09:52 AM PDT


 
Pembaca berita dan personaliti TV popular, Ras Adiba Radzi mendakwa beliau telah di'ban' oleh sebuah stesyen tv tempatan akibat membotakkan kepalanya untuk tujuan amal baru-baru ini.

Ras Adiba Radzi, bertugas secara di NTV7 secara 'freelance', membotakkan kepadalanya pada Jumaat lalu bagi menyokong kempen MAKNA (Majlis Kanser Nasional) Jom Botak untuk kesedaran penyakit kanser di Malaysia.

Beliau juga mendakwa, penampilan barunya itu sukar diterima dan beliau dilarang muncul dihadapan kamera sehinggalah rambutnya tumbuh semula.

Berikutan dakwaan tersebut, Media Prima selaku pemilik NTV7 berkata mereka tidak 'ban' Ras kerana membotakkan kepalanya.

"Kami masih berbincang dengan Ras bagaimana cara yang terbaik untuk kami membantu beliau dan program kesedaran kanser yang beliau sertai itu," kata mereka.

Sumber dari NTV7 pada awalnya berkata, Ras Adiba telah diberitahu oleh pihak pengurusan, jika beliau membotakkan kepalanya, beliau tidak akan dibenarkan untuk menyampaikan berita hinggalah rambutnya tumbuh semula.


The Star

Tiada Keistimewaan Buat Aaron Aziz

Posted: 26 Jun 2012 09:43 AM PDT


Seperti yang sudah diketahui ramai, pelakon kelahiran singapura, Aaron Aziz dan keluarga telah diberikan Taraf Penduduk Tetap (PR) oleh kerajaan Malaysia sejak Jun lalu.

Kini, timbul pula reaksi negatif kononnya pelakon itu mendapat keistimewaan apabila permohonan diluluskan kerana statusnya sebagai selebriti popular.

Memetik laporan sebuah portal hiburan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menjelaskan semua pihak perlu mematuhi prosedur yang sudah ditetapkan kerajaan;

"Dari segi Aaron Aziz ke siapa ke, dia kena ikut prosedur seperti biasa. Yang penting siapa yang kita berikan kelulusan. Keluarga saya sekalipun ikut prosedur."

MH Online mengharapkan, dengan kenyataan yang dikeluarkan ini akan melenyapkan segala spekulasi dan kontroversi yang boleh menjejaskan industri hiburan tempatan.-MH-

Shahz Jaszle Tunang Hujung Tahun?

Posted: 26 Jun 2012 09:23 AM PDT


Lanjutan kisah percintaan mereka yang kini sedang hangat diperkatakan, Shahz Jaszle, 25, mengesahkan akan merisik buah hatinya, Redzwani Puteri,25, pada 15 Julai ini dalam satu majlis yang diatur oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Bercakap kepada MH Online, Shahz secara terbuka menceritakan detik-detik perhubungannya bersama Redzwani;

"Kami sudah berkawan sejak setahun yang lepas namun perhubungan menjadi lebih serius bermula April lalu iaitu selepas hubungan saya bersama Miera Liyana putus," ujar Shahz yang ditemui di set penggambaran telefilem Mencari Wali, petang tadi.

Shahz juga menjelaskan hatinya tertarik kepada Redzwani kerana berkongsi banyak persamaan;

"Sejak daripada awal perkenalan lagi saya amat menyenangi sikapnya yang menghormati orang lain, sopan santun dan baik budi pekerti. Pendek kata, Redzwani mempunyai ciri-ciri wanita yang saya impikan."

Sementara Redzwani pula mengakui sikap bertanggungjawab, merendah diri dan berterus-terang yang ada pada Shahz telah berjaya menambat hatinya. Malah katanya lagi, jika segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan, mereka merancang untuk mengikat tali pertunangan pada hujung tahun ini.

MH Online difahamkan, buat masa ini, Redzwani turut menjaga jadual lakonan dan menemani Shahz ke lokasi penggambaran, jika tidak sibuk dengan pengajiannya di MSU, Shah Alam yang kini memasuki tahun ketiga pengajian.-MH-

Gambar Heliza Helmi, Diana Amir, Irma Hasmi Umrah

Posted: 26 Jun 2012 09:05 AM PDT

Pastinya yang ini korang tunggu-tunggu dan nanti-nantikan. Penglibatan tiga selebriti menunaikan umrah iaitu Heliza Helmi, Irma Hasmie dan Diana Amir. Ketiga-tiga selebriti ini menunaikan umrah di kota Makkah baru-baru ini temani juga keluarga dan sahabat terdekat. Jom kita lihat umrah mereka, kalau nak tengok gambar lain, boleh lah pergi ke Facebook Heliza Helmi.



credit to izyan.com

No comments: