Sunday 10 June 2012

Budak Technician

Budak Technician


4 Sebab Mengapa Wanita Sukar Putuskan Hubungan Cinta

Posted: 09 Jun 2012 06:10 AM PDT



Walaupun telah terbukti pasangannya banyak melakukan kesalahan,berbohong,menipu malah melakukan kecurangan,kebanyakan wanita kadangkala begitu sukar dan tidak sanggup memutuskan hubungan.

Sesetengah wanita juga sanggup menderita,memendam perasaan demi mempertahankan hubungan yang terjalin walaupun hati benar-benar sakit dan terluka oleh sifat dan sikap buruk pasangan.

Apa sebenarnya yang membuat kebanyakan wanita sedemikian?Adakah kerana terlalu cinta atau apa?

Jom kita semak jawapannya seperti apa yang dipaparkan dibawah..

4 Sebab Mengapa Wanita Sukar Putuskan Hubungan Cinta

Tetap Mengharap Pasangan Berubah

-Terus menyimpan keinginan dan harapan bahawa pasangannya akan berubah menjadikan wanita tega berendam air mata.Meskipun sekian lama memendam rasa,wanita tetap membayangkan masa depan yang cerah bila pasangannya berubah kelak.Seharusnya wanita juga perlu memikirkan bagaimana keadaan masa depannya nanti jika pasangannya tetap tidak berubah.Ini akan membuatkan fikiran wanita lebih terbuka dan mampu menilai dengan wajar samada hubungan yang ada perlu dipertahankan atau tidak.

Menganggap Pasangan Amat Perlukan Dirinya

-Tidak kurang wanita yang sering berfikir bahawa dirinya amat diperlukan oleh pasangan hingga timbulnya kebimbangan,jika hubungan putus,pasangannya akan melakukan sesuatu yang merosakkan.Misalnya mengambil minuman keras dan menjadi pemabuk,hilang semangat menjalani hidup dan sebagainya.Padahal hidup seseorang ditentukan oleh dirinya sendiri.Begitu juga wanita,seharusnya mereka mampu menentukan kebahagiaan hidup sendiri dulu sebelum memikirkan orang lain.

Berfikir Tak Dapat Mencari Pasangan Yang Lebih Baik

-Selalu berfikir negatif dan takut tiada pengganti yang lebih baik menjadikan wanita terbiasa dengan perlakuan buruk pasangannya.Biarpun hati sukar menerima segala pembohongan dan kecurangan pasangan,tetapi kerana mahukan perhatian dan kasih sayang,kebanyakan wanita sanggup mengetepikan perasaan dirinya.Sepatutnya wanita perlu lebih berani untuk keluar dari kebiasaan yang menyakitkan dan mencari kebahagiaan sendiri.

Takut Bersendiri

-Kebanyakan wanita takut menghadapi kesunyian jika tidak memiliki pasangan malah takut dirinya akan menjadi andartu hingga sanggup meneruskan hubungan yang kurang baik.Sikap kurangnya keyakinan dan percaya diri sendiri membuatkan wanita bergantung harap pada orang lain dan takut untuk menjalani hidupnya sendiri.

Semestinya ada banyak lagi sebab-sebab lain yang bersangkutan.Namun,kesemua sebab yang dipaparkan diatas diyakini merupakan sebab-sebab utama membuatkan kebanyakan wanita tetap bertahan walaupun hubungan yang dijalinkan membawa lebih penderitaan daripada kebahagiaan.

sumber :  http://blogbisu.blogspot.com

10 Kereta Termahal Di Dunia

Posted: 09 Jun 2012 05:58 AM PDT

Kos membeli kereta mewah bukan hanya bergantung kepada harga pasarannya sahaja, kos sebenar bermula dari saat anda membeli kereta tersebut. Maintenance, insurans, kadar bunga, kos minyak dan sebagainya kadang-kadang melebihi harga kereta tersebut sendiri.
Audi R8 misalnya, yang berharga kira-kira setengah juta (mengikut harga US), apabila sampai lima tahun, kos penyelenggaraannya akan mencanak naik hingga RM600,000, lebih mahal daripada harga kereta itu sendiri. Bukan itu sahaja, kereta-kereta mewah ini juga akan cepat jatuh nilainya. Pada lima tahun pertama, majoriti kereta-kereta mewah tertentu akan jatuh nilainya antara 27-47% pada lima tahun pertama, yang menyebabkan kerugian antara RM180,000 - RM500,000 kepada pembeli.
Konsep dia lebih kurang samalah dengan mengahwini isteri yang high maintenance, duit habis dek membeli barang makeup, baju designer brand, beg tangan LV, yang dari Petaling Street punya tak nak. Cuma yang berbezanya isteri yang betul-betul 'mahal' ni tak semestinya high maintenance, hehe.
Ok. Cut the crap. Di sini dipaparkan 10 kereta termahal di dunia yang jika anda ada duit lebih, mungkin boleh beli dan memandu di jalan raya di Malaysia, dan seterusnya tersedar yang betapa berjuta ringgit sekalipun kereta anda, tetap juga akan tersangkut ketika traffic jam. Tips penting; kereta yang betul-betul 'mahal' bukan terletak pada harganya, tapi pada nombor platnya. Buktinya? Jika anda pakai Perdana sekalipun, tapi dengan nombor plat tertentu, anda tak perlu risau dengan traffic jam.

 
10. Pagani Zonda C12 F (RM 2.13 juta)

pagani_zonda_c12_f

9. Ferrari Enzo (RM 2.14 juta)
Ferrari_Enzo
 
8. McLaren F1 (RM 3.1 juta)
McLaren_F1
 
7. Zenvo ST1 (RM RM 3.9 juta)
Zenvo_ST1
 
6. Maybach Landaulet (RM 4.4 juta)
Maybach_Landaulet
 
5. Koenigsegg Agera R (RM 5.1 juta)
Koenigsegg _Agera_R
 
4. Lamborghini Reventon (RM 5.1 juta)
Lamborghini_Reventon
 
3. Pagani Zonda Clinque Roadster (RM 5.87 juta)
Pagani_Zonda_Clinque_Roadster
 
2. Aston Martin One-77 (RM 5.87 juta)
Aston_Martin_One-77
 
1. Bugatti Veyron Super Sports (RM 7.65 juta)
Bugatti_Veyron_Super_Sport
*Nota: Harga kereta ini diconvert terus dari mata wang US Dollar, tidak termasuk cukai di Malaysia

Keburukan Hidupkan Aircond Sebaik Menaiki Kereta

Posted: 09 Jun 2012 05:50 AM PDT

 

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita…

sumber : http://www.budakladang.com

Origami Ekspresi Muka Dengan Wang Kertas

Posted: 09 Jun 2012 05:42 AM PDT

Alahai memang kreatif apabila seorang pakar dalam bidang 'Origami' telah membuat ekspresi muka yang terdapat dalam wang kertas mengikut gaya tersendiri.
Kebiasaan kita buat origami dengan kertas walaupun ada yang membuat origami dengan wang namun ianya dalam bentuk yang sinonim dengan kita seperti bentuk baju, kapal, burung dan sebagainya. Bagi Yosuke Hasegawa pakar dalam origami ini, beliau ingin cuba sesuatu kelainan dengan mengadaptasikan wajah-wajah yang terdapat dalam wang kertas untuk menghasilkan ekspresi muka yang berbeza.






Sumber:MailOnline

Pelan Tentera Amerika Untuk Serang Makkah dan Madinah Terbongkar

Posted: 09 Jun 2012 05:38 AM PDT

Pengerusi Ketua Turus Tentera, Jeneral Martin Dempsey Pegawai Pentagon latih askar benci Muslim, saran bom Tanah Suci 

VIRGINIA: Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (Pentagon) terpaksa mengakui bahawa SEOrang jurulatih di Kolej Pegawai Turus Tentera di Virginia, mengajar satu kursus menyokong 'perang habis-habisan' terhadap Islam selain menyarankan supaya kota Makkah dan Madinah dibom tanpa mengira nasib orang awam, pendedahan yang memberi malu besar kepada Washington.

Sukatan kursus yang boleh dipilih pegawai tentera tetapi tidak diwajibkan itu, jelas bertentangan dengan dakwaan yang berulang kali dibuat pentadbiran Presiden Barack Obama, bahawa usaha Amerika untuk memerangi keganasan tidak menyasarkan agama Islam.


Butir terperinci kursus yang diajar Leftenen Kolonel Matthew Dooley di kolej berkenaan, diperoleh blog Wired.com, Julai lalu.


Dooley dalam kursus itu menyatakan bahawa tindakan memusnahkan kota suci umat Islam, menyusul serangan bom nuklear, sama seperti yang dilakukan tentera Bersekutu di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua dan serangan bom di Dresden, Jerman.

Kursus yang dikendalikan dikenali sebagai 'Perspektif Mengenai Islam dan Radikal Islam'.

Kursus itu digantung pada April lalu selepas Pentagon menerima bantahan daripada SEOrang pelajar dan Leftenen Kolonel Dooley sendiri tidak lama kemudian, apabila beliau yang tidak lagi mengajar kursus itu, walaupun masih bertugas di kolej berkenaan.

Kursus itu diadakan lima kali setahun dan dihadiri 20 pelajar. Sehingga ia digantung April lalu, seramai 800 pegawai tentera peringkat pertengahan dan pegawai kanan menyertainya. Dooley dianggap SEOrang pegawai tentera berpengalaman yang pernah berkhidmat di Iraq, Bosnia dan Kuwait. 

Sementara itu, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengakui pihaknya juga diarah membuat perubahan ke atas beberapa dokumen rujukan yang boleh disalah anggap sebagai menghina Islam.

"Apa yang berlaku adalah bertentangan dengan nilai yang kami cuba terapkan dan jelas sekali ia bukan untuk tujuan akademik. Ia satu perbuatan amat tidak bertanggungjawab," kata Pengerusi Ketua Turus Tentera, Jeneral Martin Dempsey.

Dooley, dalam kursus yang dikendalikannya Julai lalu, menjelaskan mengenai keperluan untuk memerangi habis-habisan 'falsafah dan ideologi Islam.

"Mereka membenci dan tidak akan menerima sebarang pendirian anda selain tidak akan bekerjasama kecuali anda tunduk kepada mereka," katanya.

Beliau menambah, oleh kerana Amerika yang melancarkan peperangan, maka ia tidak perlu terikat dengan Konvensyen Geneva kerana konvensyen itu kini tidak lagi relevan.

"Keadaan ini membuka peluang kepada kita untuk sekali lagi melancarkan perang ke atas penduduk awam jika perlu seperti di Hiroshima, Nagasaki dan Dresden," katanya. – Agensi

No comments: