Monday 11 June 2012

Budak Technician

Budak Technician


Bapa Lee Chong Wei Cuba Bunuh Diri?

Posted: 10 Jun 2012 12:33 PM PDT


Kecoh khabarnya bapa kepada seorang ahli sukan negara kepada Lee Chong Wei mencuba membunuh diri tetapi pihak polis berjaya mengagalkanya sebanyak 2 kali.

Lee Ah Chai berusia 59 tahun itu yang menetap di Butterworth pada mulanya dikatakan cuba membunuh diri berhampiran pusat beli-belah Queensbay, Bayan Lepas awal pagi ini namun digagalkan pihak polis yang bertindak memujuknya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Abd. Lah berkata pihak polis menerima maklumat lelaki itu sedang menangis di tepi laut berhampiran pusat membeli belah Queensbay kira-kira pukul 4 pagi ini.

Pasukan peronda dihantar ke tempat kejadian dan bertindak memujuk beliau agar pulang ke rumahnya.

Anggota kita mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memujuknya sebelum dia mahu pulang dengan baik,katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, pasukan peronda polis itu juga bertindak mengiringi bapa ahli sukan itu yang memandu kereta bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Sebaik tiba di kilometer dua Jambatan Pulau Pinang kira-kira pukul 7.45 pagi, dia memberhentikan kereta di tepi jambatan dan keluar serta cuba terjun ke laut. Bagaimanapun hasil tindakan pantas polis, kita berjaya menyelamatkannya, katanya.

Azman berkata, lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Berdasarkan keterangan awal, beliau mendakwa menghadapi masalah keluarga kerana anggota keluarganya tidak mempedulikannya, katanya.- BERNAMA

Video Mentor 6 Akhir - Zatul

Posted: 10 Jun 2012 12:15 PM PDT



Saksikan video lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Zatul di Konsert Akhir Mentor 6 tadi. Lagu baru Zatul bertajuk Tinggalkan Yang Lalu ciptaan Adi Sixth Sense ternyata sesuai untuk Zatul.

Mentor 6 (FINAL) Zatul - Pelesit Kota & Pawana

Mentor 6 (FINAL) Zatul feat. Ziana Zain - Nakal & Sedang Ingin Bercinta

Mentor 6 (FINAL) Zatul - Tinggalkan Yang Lalu (Lagu Baru)

Video Mentor 6 Akhir - Caroline

Posted: 10 Jun 2012 12:01 PM PDT

Saksikan video lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Caroline di Konsert Akhir Mentor 6 tadi. Lagu baru Caroline bertajuk Melawan Arus Cintamu ciptaan Ajai ternyata menusuk perasaan sesiapa yang menonton. Caroline dan Ella membawa pulang RM100,000 setiap seorang sebagai juara Mentor 6.

Caroline – I Don't Want Miss A Thing & My Love

Caroline feat. Azlan The Typwriter – Kau Kekasihku

Lagu baru Caroline – Melawan Arus Cintamu

Tahniah! Caroline dan Ella, Juara Mentor 6

Posted: 10 Jun 2012 11:36 AM PDT


Persaingan sengit antara 3 finalist Mentor 6 iaitu Zatul & Ogy, Anas & Faizal Tahir, Caroline & Ella berentap bagi memenangi hadiah utama RM100,000 semalam. Setelah berhempas pulas mempamerkan persembahan yang sangat mantap oleh ke semua peserta, akhirnya Caroline dan Ella menjadi pilihan undian sms juri awam dan juri profesional dengan mengalahkan Zatul dan Ogy serta Anas dan Faizal Tahir. Tahniah diucapkan kepada juara Mentor musim ke-6

Di bawah ini adalah sedikit rangkuman perjalanan persembahan akhir mentor 6.

Pusingan Pertama

Persembahan pertama dari Anas, Cinta Muka Buku.
Zatul rocking the stage dengan rangkaian lagu Pawana dan Palesit Kota!
Lagu Inggeris pula pilihan Caroline - My Love dan I Don't Wanna Miss A Thing.

Pusingan Kedua
(Segmen bersama artis undangan. Anas dan Hazama, Zatul dan Ziana Zain, Caroline dan Azlan Typewriter)

Anas dan Hazama menyanyikan lagu Selamat Malam dari Faizal Tahir.
Zatul memilih Ziana Zain untuk bergandingan menyanyikan lagu Nakal dan Sedang Ingin bercinta.
Lagu dari Datuk Siti Nurhaliza pilihan Caroline dan Azlan Typewriter, Kau Kekasihku.

Pusingan Ketiga
(segmen lagu baru untuk finalist mentor 6)

Hanya Dirimu lagu yang dicipta oleh mentornya (Faizal Tahir) untuk Anas.
Tinggalkan Yang Lalu ciptaan Adi Sixth Sense adalah lagu baru yang diciptakan khas untuk Zatul.
Harus Cintamu ciptaan Ajai untuk Caroline.

Doa Isteri Untuk Suami Tercinta

Posted: 10 Jun 2012 07:30 AM PDT



 Doaku untuk Suami Tercinta

Ya Allah…
Sekiranya Suamiku ini adalah pilihan-Mu di Arasy,
Berilah Aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.
Sekiranya Suamiku ini adalah Suami yang akan membimbing
Tanganku di Titian-Mu.

Kurniakanlah Aku sifat Kasih dan Redha atas segala Perbuatannya
Sekiranya Suamiku ini adalah Bidadara untukku di Jannah-Mu,
Limpahkanlah Aku dengan sifat Tunduk dan Tawadhu akan segala Perintahnya.
Sekiranya Suamiku ini adalah yang Terbaik untukku di Dunia-Mu.
Peliharalah tingkah laku serta Kata-Kataku dari menyakiti Perasaannya.
Sekiranya suamiku ini Jodoh yang di Rahmati oleh-Mu.
Berilah Aku Kesabaran untuk menghadapi segala Kelemahannya.

Ya Allah…. Ya Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi Isteri yang di Rahmati…
Isteri yang di Kasihi….
Isteri yang Shalehah…
Isteri yang sentiasa di Hati Suamiku…
Aamiin, Yaa Rabba 'Aalamiin…!
 
sumber :  www.kasihsalina.com

PERHATIAN! Bahaya Korek Telinga

Posted: 10 Jun 2012 01:31 AM PDT

 
Biasanya kita korek telinga untuk memastikan kebersihan telinga. Tetapi sedarkah anda, mengorek telinga hanya akan menjejaskan kesihatan telinga sekaligus mengundang risiko kehilangan deria pendengaran. Mungkin ada yang menganggap mengeluarkan tahi telinga dengan putik kapas dikira selamat. Itu belum lagi yang ada menggunakan benda keras seperti besi,kunci dan pin. Tak kiralah guna benda lembut atau keras, semua tak perlu sama sekali.
 
Sebab apa tak perlu? Ini kerana tahi telinga sebenarnya bertindak sebagai pelindung daripada debu kotoran atau masukan serangga. Jangan bimbang kalau tak bersihkan telinga kerana tahi telinga akan keluar dengan sendiri secara sedikit demi sedikit. Bersihkan tahi telinga apabila ia keluar dan ia sudah memadai.
 
 
Kita biasa tengok ibu bapa menggunakan putik kapas untuk membersihkan tahi telinga anak-anak. Sedarkah anda tindakan tersebut boleh mengakibatkan tahi telinga terbenam dan melecet. Selain itu, cebisan putik kapas akan tertinggal atau kulit telinga akan terluka.
 
Mungkin sukar untuk kita mengelakkan diri daripada mengorek telinga. Ia sudah menjadi rutin dan mampu membuatkan kita khayal sekejap. Biar apa pun alasan, hentikan tabiat ini jika tak mahu gegendang telinga anda rosak kemudian hari.
 
 
Memang tahi telinga kotor dan menggelikan, tapi kena ingat ia berfungsi sebagai pelindung. Lendir dan cecair yang ada dalamnya menyekat kemasukan serangga dan kotoran debu. Kerana itulah kita dilarang mengorek telinga kerana risau akan menyebabkan luka. Telinga yang sudah luka akan mudah dijangkiti bakteria dan kulat. 


sumber : nicknashram.blogspot.com

Seorang Lagi Artis Kini Bertudung - Nuremy Ramli

Posted: 10 Jun 2012 01:28 AM PDT

Selepas Diana Amir dan terbaru, Abby Abadi baru-baru nie terbuka hati untuk pakai tudung, kini giliran pelakon comel nie, Nuremy Ramly pulak mengikut jejak langkah mereka. Tahniah kami ucapkan, dan semoga bertambah rezeki beliau selepas penghijrahan ini.

Dalam perkembangan lain pula, beliau akan muncul dalam 2 filem terbaru iaitu filem 'X' pada 7 Jun 2012 dan 'Hanya Aku Cinta Kau Seorang' pada 21 Jun 2012. Berikut beberapa lagi gambar beliau bertudung.





sumber : meanshiney.blogspot.com

Video Gol Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Malaysia vs Singapura 8 Jun 2012

Posted: 09 Jun 2012 11:24 PM PDT


Singapura vs Malaysia
Perlawanan Persahabatan Antarabangsa
Stadium Jalan Besar, 8 Jun 2012


Video Gol Azamuddin Akil [Singapore vs Malaysia] Friendly 8 Jun 2012


Video Gol Safiq Rahim [Singapore vs Malaysia] Friendly 8 Jun 2012


Video Insiden Penalti, Apek Save Penalti, Insiden Free Kick Dalam Kotak Penalti



sumber : sokernet.com

No comments: