Friday 8 June 2012

Budak Technician

Budak Technician


9 Gambar - Fenomena Transit Planet Zuhrah (Venus) Merentasi Matahari

Posted: 07 Jun 2012 07:29 AM PDT

Untuk pengetahuan anda, Zuhrah (Venus) adalah plenet kedua yang paling dekat dengan Matahari selepas planet Utarid. Transit Zuhrah adalah fenomena apabila planet ini bergerak diantara Matahari dan Bumi. Transit terahkir pada abad ini berlaku pada 6 dan 7 Jun (hari ini). Manakala transit pada masa akan datang pula dijangka bakal berlaku pada Disember 2117 dan Disember 2125.

Aku juga tertanya-tanya, fenomena transit Zuhrah ini mempunyai persamaan dengan gerhana bulan. Pada suatu titik, akan berlaku penjajaran antara Matahari, Zuhrah dan Bumi. Kenapakah ianya tidak dipanggil gerhana Zuhrah? Mungkin kerana tiada bayang yang jatuh ke bumi. Mungkin.

Tanpa buang masa lagi, mari layan beberapa gambar dengan resolusi tinggi yang dikumpul melalui Solar Dynamics Observatory oleh pihak NASA pada 5 dan 6 Jun lalu. Sangat menakjubkan!










All photos credit: NASA Goddard Photo and Video

Gambit Bermain Pokker Di Australia

Posted: 07 Jun 2012 07:12 AM PDT

Tak tahu samada aksi Gambit Saifullah yang berada di Sydney, Australia dengan bermain pokker adalah semata-mata lakonan yang dirancangan untuk sebuah filem/drama atau sebaliknya. Tapi memang perbuatan memain pokker adalah salah disisi agama kita. Dan itu sudah pasti diketahui umum. Wallahualam




sumber : izyan.com

Gambar Juliana Evans Menggayakan Baju Pengantin

Posted: 07 Jun 2012 07:08 AM PDT

Juliana Evans merupakan pelakon cantik yang memang menjadi perhatian orang ramai, apatah lagi dia sering dikaitkan dengan Zizan Raja Lawak. Kini Juliana sedang menyambung pelajarannya di US. Namun sempat meluangkan masa mengambil sesi fotoshot edisi baju pengantin untuk perkahwinan dalam majalah Raja Sehari. Memang lawa siut.. -PuncaQaseh Wed's.


sumber : izyan.com

Nurul, Bekas Isteri Ajai Kahwin Jejaka Perancis

Posted: 07 Jun 2012 07:02 AM PDT

Dengan hanya sekali lafaz, Nurul Wahab (ex-Ajai) sah bergelar isteri kepada jejaka Perancis, Eric Depp sekitar jam 12.20 tengahari semalam. Majlis perkahwinan yang sedang berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang ini hanya dihadiri oleh kira-kira 200 orang tetamu yang merupakan sanak-saudara, kenalan rapat dan beberapa wakil media sahaja.

Pengantin lelaki membawa lima dulang hantaran. Manakala pengantin perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran. Majlis bertema perkahwinan ala Inggeris ini dikendalikan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis. -via/izyan.com

20 rumah rosak dalam kejadian ribut di Langkawi

Posted: 07 Jun 2012 05:53 AM PDT

20 rumah rosak dalam kejadian ribut di Langkawi
Keadaan ombak yang setinggi 5 meter yang melanda di persisiran pantai
Padang Kota Lama. Keadaan ini berlaku berikutan angin kencang dan laut
bergelora.

LANGKAWI - Sebanyak 20 rumah dari tiga kampung di Langkawi mengalami kerosakan dalam kejadian ribut di sini malam tadi.

Kampung terbabit ialah Kampung Berjaya, Kampung Keda Wang Tok Rendong dan Kampung Penarak. Kebanyakan rumah terlibat mengalami kerosakan di bahagian bumbung.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Langkawi Che Ahmad Che Noor berkata pihaknya telah menyalurkan bantuan awal seperti kain selimut dan keperluan makanan kepada mangsa-mangsa yang memerlukan.

Katanya pihaknya sedang menjalankan bancian ke atas mangsa-mangsa terbabit sebelum bantuan seterusnya disalurkan.

Pihaknya berharap mereka yang terbabit membuat laporan polis untuk dihantar kepada jabatannya. -- Bernama

No comments: