Friday 1 June 2012

Budak Technician

Budak Technician


Petua Makanan Yang Boleh Mengatasi Masalah Sembelit dan Buasir

Posted: 31 May 2012 08:24 AM PDT

1. Ciku – Penawar Buasir

Secara tradisional, buah ciku telah dikenal pasti amat mujarab untuk merawat masalah bawasir (buasir).  Caranya adalah dengan mengambil buah ciku yang belum cukup tua, ditumbuk dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Minumlah bahan-bahan ini setiap hari sebelum sarapan.Selain untuk merawat bawasir, buah ciku juga mengandungi kandungan fiber yang tinggi yang amat mujarab untuk mengatasi masalah sembelit.  Sering memakan buah ciku juga dipercayai  dapat mengurangkan risiko untuk menghadapi kencing manis, darah tinggi dan kanser.  Disamping itu, ciku juga kaya dengan gula bebas, vitamin C dan bahan mineral terutamanya kalsium.

Tambahan lagi, petua ciku ini juga boleh dibuat seperti begini.7 biji ciku muda sebesar ibu jari direbus dan diminum air rebusannya setiap pagi. Jadikan ia sebagai amalan setiap hari sehingga masalah buasir anda berkurangan dan lega.

2. Sayuran dan Buahan yang kaya serat, disamping banyak minum air masak.

Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).

3.Tapai ubi

Ada di antara kita yang menderita penyakit buasir. Cuba amalkan memakan tapai ubi atau tapai pulut, pastikan anda makan bersama airnya sekali. Paling baik ialah tapai yang dicampurkan gula pasir kerana ragi yang digunakan akan menghasilkan rasa manis pada tapai. Ragi inilah sebenarnya sangat baik untuk pencernaan. Jika buasir telah mencapai tahap serius yang mana darah akan keluar dari dubur, apabila anda mengamalkan petua ini, insyaallah darah akan terhenti dengan cepat. Anda boleh melihat kesannya dalam seminggu.

4. Kulit Manggis

Kulit manggis jangan dibuang slps makan isinya. Basuh kulit manggis tersebut dan jemur hingga kering. Kemudia rebus kulit yang telah kering tadi dengan 5 gelas air sehingga menjadi secawan sahaja. Minum ketika air suam. Amalkan selalu insya-Allah

5. Tomato hampir masak

Ambil sebiji tomato yang hampir masak dan goreng dengan minyak yang sedikit. Kemudian biar ia sejuk. Setelah itu sapukan pada bahagian buasir. Jadikan ini sebagai amalan sehingga buasir anda pulih.

6. Timun/Mentimun

Ambil beberapa biji buah timun. Di belah dua kemudian kaut bijinya dengan menggunakan sudu. Bijinya sahaja yang perlu di makan.Amalkan setiap hari iaitu pada sebelah pagi dan malam. Anda akan dapat lihat hasilnya selepas satu minggu.

 
7. Delima

Ada orang kata buah delima ni kalau untuk orang yang buasir adalah sesuai dan juga bagi perempuan yg mengalami masalah keputihan. Untuk yang mengalami masalah cacing juga.
Pokok buah delima ni boleh hidup sampai 200 tahun lamanya.

8. Terung susu kambing

Dalam perubatan Traditional Melayu, Terung ini digunakan bagi merawat penyakit darah tinggi, kencing manis, buasir dan barah payu dara.

9. Minyak belut

Minyak Belut dalam rawatan urut tradisional juga berkhasiat untuk merawat sakit buasir (haemorrhoids),iaitu dengan menyapukan pada sehelai daun sirih yang telah disalai dan tempelkan pada bahagian buasir.Amalkan sekali sehari untuk selama 3 hari berturut-turut,samada diwaktu pagi atau petang.

10. Jus prune

Jus prune rasanya memang sedap. Ia boleh mengatasi sembelit. Masa berpentang dulu pun nenek makan prune. Takde masalah kalau makan banyak-banyak. Rasa sedap.

11. Buah Sunkist yg super manis.

Boleh dibuat jus. Minum setiap pagi, lagi fresh. Minum suam bukan sejuk.

12. Yakult

Ada orang bagitahu yang ni bagus untuk pecernaan specially kanak-kanak. Diorang kata ia bagus dari vitagen. Bagi nenek, anak2 minum vitagen aje, memang senang membuang. Kekadang tengok anak 2hari tak membuang, memang nenek pergi beli vitagen. Satu diorg suka minum, tak payah nak paksa2. Lama sikit pastu mesti membuang. :) 

13. Bersauna

Sauna bertindak mengalirkan darah ke seluruhan badan secara optimun. Proses percernaan pun lebih mudah. Memang lepas bersauna ni, membuang pun senang. Tak payah nak meneran2.

14. Buah epal fuji

Buah yang juga kaya serat. Boleh amalkan.

15. Paling penting banyak minum AIR MASAK. Jalan terbaik! mudah dan cepat

16. Lidah Buaya

Merebus lendir lidah buaya dengan kunyit muda minum setiap pagi dan petang.

sumber : petuanenek

Petua Berkesan Cara Pilih Sayur Sayuran Segar Di Pasar

Posted: 31 May 2012 08:02 AM PDT



  1. Pilih sayur-sayuran hijau yang segar dan cerah warnanya.
  2. Sayur-sayuran jenis bunga mestilah kelihatan cantik bentuknya dan keras.
  3. Bentuk sayur-sayuran jenis buah-buahan perlu dipilih yang berkeadaan elok dan tidak kelihatan berkedut pada kulitnya.
  4. Pastikan yang ia tidak lembik.
  5. Sayuran jenis kekacang perlu dipilih yang cerah warnanya dan rangup apabila dipatahkan.
  6. Sayur-sayuran jenis akar dan bebawang perlu keras apabila dirasa dan kelihatan banyak mengandungi air.
  7. Sayur-sayuran jenis pucuk hendaklah mempunyai warna cerah, segar dan kelihatan banyak mengandungi air.


Kubis - Pilih jenis yang ringan dan rongganya besar-besar.

Sawi
- Pilih sawi yang berdaun lebar tetapi batangnya kecil.

Timun
- Pilih timun yang lurus dan pangkalnya kurang warna hijau tua.

Tomato
- pilih yang warnanya kehijau-hijauan sedikit.

Ubi keledek
- Pilih buah yang lurus dan kulitnya putih bersih.

Bendi
- Pastikan hujungnya lembut.

sumber : petuaseharian

Gambar Mawi dan Ekin Buat Kenduri Akikah dan Tahlil

Posted: 31 May 2012 06:57 AM PDT

Baru-baru ini Asmawi Ani, telah mengadakan satu majlis kenduri doa selamat dan tahlil ringkas di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi, Selango, buat puteri tercinta, Cahaya Malaika berlangsung lancar. Puteri sulung milik pasangan Mawi dan isterinya, Ekin itu kini sudah memasuki usia tiga bulan selepas selamat dilahirkan pada tanggal 28 Februari lalu. -sumber : izyan.com/Kosmo

Tomok Kini Sudah Bergelar Bapa

Posted: 31 May 2012 06:51 AM PDT

Tahniah kepada Tomok kerana sah bergelar bapa apabila isterinya, Ayu selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Berita gembira ini telah diumumkan menerusi laman sosial twitter miliknya. Ayu atau nama sebenarnya, Siti Rahayu Abbas telah selamat melahirkan bayi lelaki itu sekitar jam 6.30 petang baru-baru ini dengan berat 3.33 kg.

No comments: