Saturday 2 June 2012

Budak Technician

Budak Technician


Cara Mengatasi Masalah Punggung Besar dan Lebar

Posted: 01 Jun 2012 12:03 AM PDT


Permasalahan ini biasanya di alam selepas melahirkan anak. Ada juga yang bertubuh kecil, berat badan yang ideal tetapi mempunyai punggung yang agak lebar dan besar.

Mengatasi punggung besar dan lebar in bukanlah perkara yang mudah atau cepat di lakukan. Ia memerlukan masa, kesungguhan dan usaha yang konsisten. Tiada jalan yang singkat yang diidamkan melainkan memulai usaha seperti ubah gaya hidup dengan bersenam dan mengamalkan pemakanan yang seimbang.

Sekiranya anda bekerja dan banyak duduk semasa bekerja, anda perlu menyeimbanginya dengan gerakan ringkas bagi memastikan aliran darah berjalan lancar dan mengelakkan pengumpulan toksin atau lemak pada paha dan punggung mahupun pinggul.

Amalan menaiki tangga adalah senaman yang berkesan untuk membantu menggerakkan otot-otot pada kawasan punggung.

Pemakaian girdle dan korset juga membantu mempercepatkan proses memulihara bentuk badan anda.

sumber : petuanenek

7 Punca Isteri Bosan Di Ranjang

Posted: 31 May 2012 10:10 PM PDT


Senikmat manapun seks itu, ia akan menjadi sesuatu yang sangat menyebalkan jika dilakukan dengan rutin yang 'itu-itu saja'. Apatah lagi bagi kaum wanita yang perlu melayani suami.

Sekiranya dihidangkan dengan aksi-aksi yang biasa sudah tentu mood untuk melayani suami akan kurang. Walaupun hasrat masih ada tapi perasaan bosan dengan rutin seks yang biasa boleh menyebabkan acara seks tertunda.

Oleh itu suami haruslah pandai-pandai menjaga suasana, jangan sampai si isteri kebosanan untuk melakukan seks. Caranya tak sesukar yang difikirkan sebab kebosanan itu sebenarnya timbul dari hal kecil yang timbul disekitar anda. Semak fakta-fakta yang kerap membuatkan wanita bosan melakukan seks.

7 Punca Isteri Bosan Di Ranjang :

1. Tindakan Mudah Dijangka.

Bertahun-tahun melayari hidup bersama membolehkan isteri mengenali pasangan secara mendalam. Dia juga mungkin boleh menjangka apa tindakan anda dan ini termasuklah dalam aktiviti seks. Kadangkala sebaik saja berbaring di ranjang, isteri sudah dapat mengagak apa yang akan dilakukan oleh suami. Ini juga boleh jadi masalah. Salah satu alasan mengapa malam pertama itu sangat 'hot' adalah anda dan isteri tak pernah tahu apa yang terjadi. Jika anda ingin terus meningkatkan kehangatan hubungan seks dengan pasangan sebaiknya anda menjaga suasana seks tetap segar.


2. Takut Cuba Perkara Baru.

Sebaiknya jangan biarkan pasangan tahu apa yang akan anda lakukan selanjutnya ketika berhubungan intim. Misalkan sekiranya anda hanya melakukan pemanasan yang singkat kali ini lakukan dengan lebih lama. Lakukan perkara yang sama sekali tidak dapat dijangka oleh isteri dan anda juga mungkin takkan pernah tahu apa yang akan terjadi selanjutnya. Terus berikan kejutan yang membuat isteri semakin berghairah dan teruja.


3. Terlalu Kerap.

Kebanyakan wanita setuju bahawa seks tanpa hasrat sangatlah membosankan. Seks yang kerap juga menyebabkan isteri berasa bosan kerana akan timbul perasaan diri diperlakukan seperti boneka. Oleh itu aturlah jadual seks agar tidak terlalu kerap dan tidak perlu terlalu sedikit. Tapi paling kurang seminggu sekali aktiviti seks harus ada.


4. Lokasi Yang Sama.

Suasana seks yang sama mampu membuatkan ghairah yang padam kerana kurangnya sensasi. Ketika ini apa yang disarankan adalah cuba melakukan seks di tempat yang baru. Sebagai contoh, di bilik hotel, ruang tamu, kamar mandi, atau di mana sahaja asalkan privasi anda berdua terjaga dan tidak melampaui batas susila.


5. Sunyi Tanpa Suara.

Seks yang sunyi tanpa suara desahan dari suami mahupun isteri boleh menimbulkan kebosanan. Sebabnya keduanya tidak akan tahu sama ada persembahan seks yang dilakukan itu disukai atau sebaliknya. Oleh itu belajarlah untuk bersuara, sesekali mengerang atau mengucapkan kata-kata. Ia lebih baik dari berdiam saja. Tapi jangan pula sampai suara tersebut kedengaran oleh anak atau jiran tetangga.


6. Tiada Posisi Baru.

Sekali dua kali gerakan yang sama mungkin akan memberi kesan yang sangat membahagiakan. Namun jika terlalu kerap melakukannya, sudah tentu sensasinya kurang. Oleh itu cubalah posisi baru, keluarkan fantasi, ungkapkannya kepada pasangan dan biarkan hubungan berlangsung dengan sendirinya.


7. Kekasaran.

Jika selalunya anda hanya terus 'menerkam' isteri ketika menginginkannya apa kata kali ini ubah tingkahlaku tersebut. Perlakukan isteri dengan lembut. Minta izin dari isteri untuk bercinta. Umumnya wanita mengakui lelaki akan kelihatan lebih seksi jika mereka secara gentleman meminta izin pada isteri untuk bersama.

Punca kebosanan wanita di ranjang sudah diketahui, sekarang tiba masa anda untuk mempraktikkannya. Tapi tak perlulah terburu-buru membuat perubahan, lakukan dengan perlahan. Tapi apa yang penting adalah anda perlu jadi seorang yang spontan dan tak terduga.

sumber : petuaseharian

21 Gambar - Swimming Pool Terbesar Di Dunia

Posted: 31 May 2012 09:34 PM PDT

Sebuah resort bernama San Alfonso del Mar resort di Algarrobo, Chile, mempunyai kolam renang atau swimming pool yang terbesar di dunia. Panjangnya 3,324 kaki (1,015m / 1km lebih!) dan mempunyai keluasan 19.8 acres (8 hectares). Kolam ini boleh menampung 66 juta gallon (250 juta liter) air, sama banyak seperti 6,000 kolam renang biasa. Menakjubkan!

the-largest-swimming-pool-in-the-world
the-largest-swimming-pool-in-the-world
the-largest-swimming-pool-in-the-world
the-largest-swimming-pool-in-the-world
the-largest-swimming-pool-in-the-world
the-largest-swimming-pool-in-the-world
the-largest-swimming-pool-in-the-world
the-largest-swimming-pool-in-the-world
the-largest-swimming-pool-in-the-world
the-largest-swimming-pool-in-the-world
the-largest-swimming-pool-in-the-world
the-largest-swimming-pool-in-the-world
the-largest-swimming-pool-in-the-world
the-largest-swimming-pool-in-the-world
the-largest-swimming-pool-in-the-world
the-largest-swimming-pool-in-the-world
the-largest-swimming-pool-in-the-world
the-largest-swimming-pool-in-the-world
the-largest-swimming-pool-in-the-world
the-largest-swimming-pool-in-the-world
sumber: yurock.net

(18sx) Tips Goda Ghairah Suami Dengan Payudara

Posted: 31 May 2012 08:07 PM PDT


Memang tidak dinafikan lagi,payudara wanita sememangnya mempunyai kuasa 'meletupkan' ghairah berahi lelaki.
Para isteri seharusnya menyedari hal ini dan menggunakan kelebihan yang ada untuk menggoda suami demi kehidupan seks yang menyenangkan dan menikmatkan.

Lebih dari sekadar hanya membiarkan suami
'bermain-main' dengannya,
ternyata masih ada banyak lagi
cara yang boleh anda lakukan
dengan payudara anda untuk
menggoda ghairah suami hingga dia
lebih kobar-kobar untuk berasmara.

Jadi,gunakanlah kuasa payudara anda sebaik-baiknya demi kenikmatan seks suami dan diri anda juga.Ikuti cara-cara berikut ini.


1.Melompat di atas katil
Ketika suami berada dikatil,cubalah buat surprise dengan naik keatas katil dan melompat-lompat kecil ala-ala gila-gila remaja.Tentu suami anda akan kaget dan terpana ketika melihat payudara anda bergoyang-goyang naik turun.

2.Menekan payudara pada belakang suami
Cara yang satu ini juga bagus jika anda inginkan suami berhenti seketika
dari kerja yang dilakukannya.Misalnya waktu suami sedang asyik mengadap komputer,menulis entri blognya,anda boleh menggodanya dengan
mendekatkan tubuh anda dan perlahan-lahan menekankan payudara anda pada belakang badannya.Dijamin,dia akan terus
meninggalkan entri blognya tak tersiap dan
mengendong anda ke atas katil.

3.'Make-up' dan 'mendandan' payudara
Semua bahagian tubuh wanita seolah-olah
memang nampak lebih seksi
jika dibalut bahan satin,
renda,bulu,dan lain-lain atau disapu dengan cream pelembap atau minyak pelembap.Ketika anda mengenakan losyen pada tubuh,kenapa tidak sapukan pada payudara anda didepan mata suami.
Cubalah,pasti matanya tak berkedip menatapinya dan berdebar-debar jantungnya.Silap-silap,football yang ditonton dikaca tv pun dibiarkannya saja.

4.'Menyajikan' payudara di depan wajah suami
Merayaplah ke atas
pangkuan suami anda dan
sandarkan payudara anda tepat di
depan wajahnya.Gerak sensual ini pasti
akan sangat
mengganggunya. Cara ini
boleh membuatkan momen 'buka
baju' lebih terasa lebih
mendebarkan,lebih baik,lebih
perlahan,dan lebih
mengghairahkan tentunya.

5.Senam payudara

Putarkan muzik yang agak rancak dan
goyangkan payudara anda.Sungguh! tidak ada
pemandangan yang lebih
indah untuk lelaki selain dari payudara yang bergoyang ke
sana ke mari.

6.Memo/hadiah kejutan
Sembunyikan sesuatu yang
suami anda suka dalam bra, mungkin
memo seksi dengan keinginan
seksi di dalamnya,atau hadiah kecil yang dia inginkan.Biarkan suami mengambilnya dari dalam bra anda.Dia pasti
suka dan teruja..
Silap-silap yang diambil bukan memo/hadiah,tapi 'buah ranum' kepunyaan anda.

7.Kecil jadi besar
Pakailah baju putih anda yang
kecil/body fit.Tarik sedikit di
bahagian leher membentuk
V-shape di atas dada,
agar payudara anda menyembul keluar dan tampak lebih
besar dari yang biasa dia
lihat.Jangan hairan jika suami anda tiba-tiba haus nak 'minum' dan menelan liur sendiri.

8.'Menyembunyikan' payudara dalam baju basah
Untuk membuat suami
terpana dengan payudara anda,
tidak semestinya selalu dilakukan
dalam keadaan ia 'berbogel'.Anda boleh tetap
mengenakan baju
(disarankan warna putih
atau yang cerah) tanpa memakai bra
tentunya.Basahi baju, dan
Oh yes!!, suami pasti terus
menerkam anda.

Ya Ladies,
payudara anda memang luarbiasa dan mampu membuat suami cepat berghairah.
Gunakanlah kelebihan anda yang ada.
Kurang yakin?
Saya sarankan anda baca artikel ini:
Kuasa Payudara Wanita

Ok Ladies,
Godalah suami anda.
Selamat mencuba. 

sumber : qamaqarma

Jadual Perlawanan EURO 2012

Posted: 31 May 2012 07:49 PM PDT



Waktu ini bagi kaki bola pasti semua tengah 'demam'. Mana tidaknya. Beberapa hari je lagi EURO 2012 akan bermula. Pertandingan 4 tahun sekali ini memang di tunggu-tunggu selain Piala Dunia. Tahun ini Poland dan Ukraine menjadi tuan rumah bersama.

Dalam beberapa minggu yang bakal menjelang ni, nanti kita boleh lihat maple (mamak) dan kedai-kedai makan yang sediakan skrin layar besar, akan penuh dengan peminat bola sepak. Tengok ramai-ramai kat maple baru best. Tak kan tengok sesorang kat rumah mana feel beb!

Bagi mereka yang tercari-cari jadual perlawanan EURO 2012 pula, di bawah ialah jadual penuh kesemua perlawanan. Bermula perlawanan peringkat kumpulan pada 8 Jun sehinggalah final pada 1 Julai di Stadium Kyiv.


 Klik gambar untuk tumbesaran yang hebat

Antara 16 pasukan yang layak untuk EURO kali ini seperti Sepanyol, Itali, Croatia, Ireland, Perancis, England, Sweden, Ukraine, Belanda, Denmark, Jerman, Portugal, Poland, Rusia, Greece dan Republic Czech.

sumber : booblogs

Tips dan Cara Mencegah Gigi Menjadi Kuning

Posted: 31 May 2012 06:27 PM PDT


Ketahui punca gigi jadi kuning dan langkah pencegahan

SECARA amnya gigi adalah komponen penting dalam mempersembahkan senyuman yang sempurna. Senyuman sempurna pula menampilkan paras rupa yang mampu meninggalkan pandangan pertama sukar dilupakan. Pendek kata mempunyai gigi yang putih berseri, tersusun dan cantik adalah aset paling berkesan untuk dikenang orang.
Kesedaran terhadap gigi kuning banyak terletak pada kesedaran individu sama ada peduli atau tidak berkeadaan demikian. Individu yang mengambil berat soal paras rupa dan kebersihan diri akan memandang kebersihan gigi terutama warnanya sebagai gambaran pertama penjagaan kesihatan dan kebersihan diri keseluruhannya.
 
 
Pakar pergigian, Dr Halina Haron dari Klinik Pergigian Halina menjelaskan masalah gigi kuning boleh dibahagi kepada dua; Intrinsik iaitu kuning pada lapisan dalaman yang lebih sukar untuk dirawat dan Ekstrinsik iaitu kuning pada bahagian permukaan enamel yang lebih mudah untuk dibersihkan.Ada banyak faktor menyebabkan gigi kuning, paling lazim disebabkan makanan dan minuman. Makanan yang mempunyai pewarna yang tinggi seperti kunyit serbuk untuk menggoreng ikan mahupun buah dari keluarga beri atau kopi dan teh boleh meninggalkan kesan pada gigi sehingga berubah kuning dan berkarat.

Aktiviti merokok mengakibatkan kesan nikotin yang kuat menyebabkan gigi semakin lama berubah kuning, plak pula selaput terbentuk pada permukaan gigi akibat sisa yang kaku dalam jangka panjang. Ubat-ubatan jenis antibiotik yang diambil ibu mengandung seperti 'tetracycline' bukan saja menjejaskan gigi ibu tetapi gigi bayi yang sedang membesar, malah kanak-kanak di bawah usia lapan tahun.

Selain itu, pencuci mulut mengandungi 'chlorhexidine' boleh menyebabkan gigi kuning dengan cepat, kesan trauma akibat hentakan hingga mengganggu saraf menyebabkan gigi mati dan bertukar warna kerana tiada nutrien. Malah penggunaan florida – kandungan dalam ubat gigi dan ubat kumur – secara berlebihan boleh menyebabkan fluorosis.
Fluorisis berlaku apabila kalsium disedut keluar menyebabkan gigi menjadi bertompok-tompok putih dan tidak sekata. Penuaan juga akan menyebabkan gigi kuning akibat permukaan gigi semakin haus selain rawatan akar yang menyebabkan gigi mati kerana tiada nutrien.

Bagi mereka yang menghadapi masalah ini, rawatan bersesuaian mampu menyelamatkan gigi sebelum keadaan bertambah serius. Pesakit disaran mendapatkan rawatan segera di klinik kerana ia paling berkesan. Doktor gigi akan menggunakan pelbagai kaedah memutihkan gigi termasuk mesin pemutih gigi yang canggih, ceper dan juga berus berbentuk pen.

Ubat gigi, ubat kumur dan gula getah dengan elemen pemutih yang dijual di farmasi juga boleh dijadikan alternatif walaupun kesannya kurang efektif.

"Oleh kerana ubat-ubatan itu menggunakan bahan asas hidrogen peroksida, sebagai pengguna anda perlu bijak membuat kajian dan bertanya mengenai rawatan memutihkan gigi kerana bahan berkenaan sangat berasid. Jika digunakan terlalu lama ia boleh menyebabkan gigi menjadi ngilu.

"Lebih selamat sekiranya memilih bahan paling rendah kepekatan ejen peluntur tetapi yang boleh memberi kesan efektif," kata Dr Halina.

Pemeriksaan dan rawatan pergigian rutin diikuti penjagaan susulan selain mengurangkan tabiat buruk seperti merokok, pengambilan teh dan kopi serta mengamalkan gaya hidup sihat seperti berkumur-kumur selepas makan mampu mencegah gigi menjadi kuning.
Info: Punca gigi kuning

  • Amalan pemakanan
  • Plak
  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Cecair pencuci mulut
  • Trauma
  • Florida
  • Penuaan
  • Rawatan akar
  • Merokok
Sumber : Dr Halina boleh dihubungi di talian di 03-20921762 atau laman web, drhalina@dentalmatters.com

No comments: