Tuesday 29 May 2012

Budak Technician

Budak Technician


Sejarah Ustaz Azhar Idrus Belajar Ilmu Agama

Posted: 28 May 2012 08:59 AM PDT

Tentu ramai sekali di luar sana yang meminati ceramah yang disampaikan oleh ustaz yang tidak asing lagi di Malaysia ketika ini.



Ustaz Azhar Idrus.Sebut saja nama itu pasti ramai yang mengenali beliau meskipun tidak mengikuti siri ceramahnya. Ternyata gaya penyampaian yang mudah dan bersahaja serta ditambah aura tersendiri yang ada pada ustaz Azhar telah berjaya menarik ribuan jemaah sama ada golongan muda, dewasa atau yang sudah berusia untuk bersama- sama dalam majlis kuliah agama yang disampaikan oleh beliau.

Namun tahukah kita, sejarah bagaimana Ustaz Azhar mula mempelajari dan mendalami ilmu agama??

Beliau bukan lulusan universiti – universiti hebat, berserta segulung ijazah dari universiti-universiti ternama.

Beliau dilahirkan pada 12 Febuari 1968 di Kampung Ladang, Kuala Terengganu.Kehidupan zaman mudanya sama seperti remaja-remaja lain di zamannya. Beliau mendapat pendidikan awal dari sekolah-sekolah Inggeris antaranya Sekolah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu.  Dikatakan juga beliau pernah menjadi guru muzik sekitar tahun 1985.


Namun atas kehendak Allah s.w.t, Ustaz Azhar diberi hidayah dan dibuka pintu hati untuk mendalami ilmu agama. Berbekalkan kecekalan dan keazaman yang tinggi, beliau meninggalkan pekerjaannya untuk mendalami ilmu agama dengan guru-guru agama sekitar Terengganu. Selama 12 tahun masa yang diambil oleh beliau untuk berguru dengan para guru agama yang arif.

Latar Belakang Pendidikan agama beliau::

Guru pertama: Tuan Guru Hj Syed Mokhtar
Tamat lebih kurang 40 buah kitab2 jawi secara talaqi

Guru kedua: Al-Fadhil Tuan Guru Mohd Tahir
Khatam kitab jawi juga lebih kurang 25 buah

Guru ketiga: Tuan Guru Mohd Hakim
Mula mendalami kitab2 bahasa arab seperti Nahwu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh


Guru keempat: Tuan Guru Hj Hasyim
Mendalami kitab-kitab arab dalam bab Nahwu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan Faraidh

Guru kelima: Tuan Guru Hj Ibrahim Mesir
Mendalami kitab Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah

Guru keenam: Tuan Guru Hj Muhammad Zubir
Mendalami ilmu fiqh & nahwu

Guru ketujuh: Tuan Guru Hj Mohd Zain ( Pondok Lubuk Pandan )
Mengaji ilmu Fiqh, Nahwu, Sorof, Tafsir, & Balahgoh

Berikut petikan video perkongsian Ustaz Azhar tentang sejarah pendidikan agama beliau ::



Ternyata kesungguhan, kecekalan dan pengorbanan beliau dalam mendalami ilmu agama ini tidak sia-sia.

"Kita juga meyakini bahwa Allah pasti menolong hamba-hamba-Nya yang menjadi penolong agama-Nya. Allah berfirman, "Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (QS Muhammad: 7).

credit to dhanian.blogspot.com

Siapa Pemilik Nombor Plat WWW 1 Yang Bernilai RM520,000

Posted: 28 May 2012 07:45 AM PDT

Pemilik Nombor Plat WWW 1 yang bernilai RM520,000 telah dimiliki oleh Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar. Selain daripada itu Nombor Plat WWW 5 pula dimiliki oleh Yang Di Pertuan Agong manakala Datuk Seri Liow Tiong Lain menjadi pemilik Nombor Plat WWW 15 nak melihat keputusan dan pemenang bidaan bolehlah pergi terjah Website JPJ DISINI

KREDIT BLOGSERIUS

Fuhh...harga Nombor Plat yang tertinggi buat masa ini dan tak silap aku setakat ini telah memegang rekod Nombor Plat termahal. Sebelum ni Nombor Plat MCA 1 yang memegang Nombor Plat termahal bila dikeluarkan tahun 2010 iaitu RM300,100. Ada rakan yang dapat Nombor Plat WWW ni tak? Menarik gak Nombor Plat WWW ni. Kalau ada duit terlebih tu bolehlah dapat Nombor Plat yang cantik. Aku pulak tunggu Si JEJAI bagi free Nombor Plat JEJ41 kat aku..hehe..
Aku rasa kalau nak minta pendapat pasti ada yang kata membazir jerr..hehe. Bagi aku kalau dah berduit dan minat semuanya bukan penghalang. Orang nak kata apa kerr jawapan yang boleh digunapakai adalah " KO HADO" hahaha. Lepas ni agak-agak Nombor Plat apa yang bakal memecah rekod? Nak Start kumpul duit  RM1 satu hari nak membida ni..hehe..
Maklumat Lanjut DISINI

cradit to http://www.teratakarmo.com/

Zed Zaidi Dipilih Presiden Seniman 2012/2013

Posted: 28 May 2012 06:57 AM PDT

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Zed Zaidi kerana dipilih sebagai presiden baru Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi penggal 2012/2013. Zed memperoleh 152 undian menang berbanding Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, 9 undi dan Zulkifli Ismail, 8 undi.

Zed dipilih sebagai Presiden Seniman yang baru pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-14 yang berlangsung di Kompleks Finas, Hulu Klang. Bekas Presiden Seniman penggal 2010/2011, Harun Salim Bachik tidak mempertahankan jawatannya pada penggal ini. -Via/izyan.com

Dafi tagih kekasih dari Indonesia

Posted: 28 May 2012 06:47 AM PDT

Dafi teringin memiliki seorang kekasih warga Indonesia sejak menetap di Indonesia pada Januari lalu. keinginannya itu mula timbul sejak melihat ramai gadis-gadis di negara tersebut mempunyai raut wajah yang cantik.


"Jujur saya katakan, kecantikan wajah mereka membuatkan saya teringin mempunyai seorang kekasih di sana.

"Bagaimanapun, kenyataan ini bukan mahu mengatakan yang orang Malaysia tidak cantik, harap peminat-peminat tidak salah faham atau berkecil hati ya," katanya.
Dafi juga ingin merasakan pengertian hubungan cinta jarak jauh apabila dia pula ke tanah air nanti.Enggan terlalu memikirkan soal pilihan cinta, Dafi meneruskan target utamanya yang ingin mengembangkan kerjaya di negara seberang itu. -Via/izyan.com

No comments: