Wednesday 9 May 2012

Budak Technician

Budak Technician


Jadual Puasa Sunat Dan Wajib Untuk Sepanjang Tahun

Posted: 08 May 2012 12:31 AM PDT






Biasanya langkah mudah yang saya ambil ialah puasa saja pada hari isnin dan khamis. ini adalah salah satu langkah untuk mengelakkan terpuasa pada hari syak dan yang berkaitan dengannya.

Tapi dengan bantuan jadual puasa ini, anda tidak perlu risau lagi. anda sendiri sudah boleh tentukan bila-bila saja anda mahu berpuasa. ternyata, jadual puasa ini amat bagus sekali. untuk juga blogwalking ni, jumpa ilmu yang boleh dikongsikan untuk semua.

sumber : jebengotai.com

PELIK! Anjing Lutsinar Ditemui di Brooklyn

Posted: 08 May 2012 12:00 AM PDT


Lebih 2,000 orang membawa "anjing-anjing lutsinar" menyusuri jalan-jalan di Brooklyn. Peserta dari semua peringkat usia yang berpecah keluar dari Red Hook ke Brooklyn Heights. Keadaan ini memberi banyak persoalan kepada penduduk di sekitar kawasan itu.

Namun begitu tiada seorang pun yang tahu apa sebenarnya yang telah berlaku.

 
















sumber : lensakatop

16 Petua Untuk Awet Muda Dalam Islam

Posted: 07 May 2012 10:53 PM PDT






1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

13. Amalkan solat tahajud.

14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.

15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

16. Maafkan semua orang sebelum tidur.



sumber : yang-arif

No comments: