Thursday 10 May 2012

Budak Technician

Budak Technician


Almy Nadia Terkejut Fizz Fairuz Nak Melamar

Posted: 08 May 2012 11:52 PM PDT



KUALA LUMPUR – Kekasih hati kepada pelakon lelaki Fizz Fairuz, Almy Nadia ternyata begitu terkejut apabila membaca kenyataan dari Fizz Fairuz yang melahirkan hasratnya untuk melamar Almy menjadi isterinya pada tahun ini juga.

Malah, Fizz Fairuz yang mengeluarkan kenyataannya menerusi blog Rotikaya.com ingin melamar Almy sejurus selepas ibunya pulang dari menunaikan umrah pada bulan Jun ini.

Bagi Almy, dia terlalu terkejut memandangkan tiada sebarang perbincangan dilakukan antara dia dan Fizz Fairuz mengenai hal perkahwinan.

Justeru itu, dia tidak dapat memberikan sebarang reaksi atau komen ketika diminta mengulas isu tersebut.

"Maafkan saya kerana tidak dapat nak komen kerana langsung tidak mengetahui perkara itu dan rasanya tidak patut saya berkata apa-apa mengenai benda yang saya sendiri tidak pasti.

"Saya terkejut dan sejujurnya tidak tahu reaksi apa yang ingin diberi mengenai laporan berkenaan," kata Almy seperti dalam laporan mStar Online.

Almy juga menafikan dia mencuba untuk mengelak permintaan media yang inginkan maklum balas darinya.

Tetapi takut sekiranya tersalah memberi maklumat memandangkan dia perlu untuk berbincang lanjut dengan kekasihnya dahulu.

"Sebelum ini peminat dan media sering bertanya kepada saya mengenai hubungan kami sehingga pada satu tahap saya rasa malu.

"Jadi sekarang biarlah Fizz yang bercakap kepada mengenai hubungan kami kerana tidak manis saya turut bercakap mengenai hal yang saya sendiri tidak tahu dan tidak dimaklumkan.

"Sama ada Fizz masuk meminang atau tidak saya akan beritahu nanti serta mengenai apa yang terjadi tetapi bukan sekarang, suatu hari nanti. Buat masa ini biarlah Fizz yang memberi komen," katanya.

Semalam, aktor kacak Fizz Fairuz telah pun melahirkan hasrat hatinya kepada media untuk melamar Almy Nadia sebagai isterinya memandangkan mereka berdua sudah lama menjalin hubungan cinta.

Hasrat Fizz Fairuz itu ingin dilanjutkan selepas ibunya pulang dari menunaikan umrah pada bulan Jun ini dan akan berbincang mengenai penetapan tarikh perkahwinan mereka berdua.
Oleh: NAIMAH SHAARI

Geliga Ditemui Di Dalam Buah Rambutan

Posted: 08 May 2012 11:41 PM PDT

Pelik tapi benar. Itu yang berlaku kepada seorang penoreh getah dari Kampung Keda, Sadik di Kupang dekat sini apabila menemui buah rambutan yang berisi batu.


Saayah Ibrahim, 56, berkata, dia tidak menyangka menemui satu objek seperti seketul batu jernih selepas mengupas kulit rambutan ketika mahu menikmati buah itu semasa keluar menoreh di sebuah kebun di Kuala Pegang dekat sini baru-baru ini.

"Saya terkejut apabila mendapati isi rambutan yang hendak dimasukkan ke dalam mulut adalah seketul batu berwarna jernih," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Keda, Sadik, Kupang dekat sini kelmarin.

sumber : melayukini

Kulit Muka Mengendur Sehingga Menutup Mata

Posted: 08 May 2012 11:37 PM PDT

Seorang pak cik yang tidak dikenali namanya mengalami simptom kekenduran kulit di bahagian muka. Kekenduran itu bagaimanapun tidak menjejaskan kehidupan hariannya, cuma penglihatan mata di bahagian kanannya mengalami kesukaran untuk melihat akibat tertutup. Dirinya seperti hidup sebatang kara, kerana sering dilihat berseorang diri berjalan menyusuri kota. Jom tengok pak cik di bawah ini.



sumber : melayukini

Ciptaan Terkini Trak Canggih Berteknologi Tinggi

Posted: 08 May 2012 11:26 PM PDT

Beberapa buah trak telah berjaya dikeluarkan oleh sebuah syarikat pengeluar dalam bidang automotif. Apa yang menariknya, trak ini mempunyai beberapa reka bentuk yang sangat unik dan canggih. 


sumber gambar : melayukini

Gambar Majlis Pertunangan Akma AF3

Posted: 08 May 2012 11:16 PM PDT

Tahniah kepada penyanyi AF, Akma AF kerana selamat bertunang dengan seorang ahli perniagaan, Farih Hamshi bin Dato' Mohamad Fatmi, di rumah keluarganya di Petaling Jaya, Selangor pada petang 6 Mei 2012. Pasangan ini akan melangsungkan pernikahan pada pagi 30 Jun 2012 nanti di Dewan Belia Antarabangsa, Cheras dan majlis persandingan pada tengaharinya.

Manakala majlis menyambut menantu akan berlangsung pada 3 Julai 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). -via



gambar MediaMalaya / izyan.com

No comments: