Saturday 5 May 2012

Budak Technician

Budak Technician


Tips Penjagaan Contact Lens

Posted: 04 May 2012 12:57 AM PDT



1) basuh tangan secuci-cucinya dengan sabun (dettol, lifebuoy, protect etc) dan keringkan tangan dengan tuala bersih sebelum pegang contact lens..make sure, tiap kali nak pegang lens, tangan kena cuci yeee...tak kira la, masa nak pakai ke, nak tanggalkan ke, tetap kena pastikan tangan bersih...sebab kuman kat tangan boleh memberi kesan tak baik kat mata...


2) Seelok-eloknya, guna la air solution yang disuggest oleh orang yang pakar...cam aku, aku guna Solo Care, sebab tu yang dicadangkan oleh pakar mata Paris Miki dibandingkan dengan solution yang lain...kalo pakar mata korang suh guna brand lain, korang ikut la cakap dia ye and pastikan ia sesuai ngan mata kita jugak...dan kalo dah serasi dengan solution ni, jangan gatai tangan nak tukar-tukar unless ade nasihat dari pakar suh tukar...lagi satu nota penting, jangan campur-campurkan solution ye...memang tak digalakkan buat sebab takut isi kandungan tak sama dan boleh merosakkan contact lens...nota lagi lagi penting, jangan sesekali cuci contact lens dengan air paip ke air mineral ke air suling ke kerana takut dikhuatiri ade bahan-bahan or bakteria didalam air yang kita guna tu...





3) Ikut arahan cara nak pakai contact lens, cara nak tanggalkan, cara nak cuci contact lens betul-betul tau...jangan nak main shortcut je yeee...buat betoi-betoi secara berhemah...


4) Selepas pakai contact lens, make sure casing dicuci dan dikeringkan dengan betoi...dan seeloknya tukar la casing tu sebulan sekali...sekurang-kurangnya bila camni, casing kita akan sentiasa bersih...




5) sebelum nak pakai tu, makesure contact lens berada dalam kedudukan mangkuk ye, bukan pinggan...kalo bentuk pinggan, bila pakai, akan rasa tak selesa...so kena la kalih kan ke bentuk mangkuk...




6) Untuk yang suka bermekap, pakai contact lens sebelum mula bermekap...sebabnye kalo dah mekap, baru nak pakai, takut barang mekap tu terlekat kat contact lens dan boleh merosakkan mata dengan bahan tak bagus...time nak remove mekap pun, kena buangkan lens dulu baru buangkan mekap...kalo korang ade mekap khas yang memang elok untuk si pemakai contact lens, lagi bagus...terjaga mata korang tau..


7) nak swimming ke, nak sauna ke, nak spa ke, silalah tanggal contact lens dulu yeee....


8) haaaa...yang ni ramai sangat orang suka buat...tido dengan contact lens...ohoooiiii...sangat bahaya...silap aribulan, contact lens boleh melekat dengan biji mata sebab terlampau kering...haaa...time tu, doc je yang boleh buangkan...jangan jangan jangan sesekali tido dengan contact lens...tak baik untuk kesihatan...


9) contact lens yang expire hanya boleh extend pakai untuk sehari dua sahaja...tak leh lebih...kalo lebih, cer korang tengok, nanti konpem mata korang akan merah-merah dan rasa tak selesa...tapi seeloknya, kalo dah expired, buang kan je la..tak yah la nak extend-extend pakai...takut rosak mata nanti kang...


10) Jangan sesekali memakai contact lens orang lain yeeee...kita tak tau jumlah protein yang dikuarkan oleh mata si pemakai tu berapa banyak, kita tak tau camne dia cuci contact lens dia tu, kita tak tau camne dia jaga contact lens dia tu...so kalo main redah je, tak pasal-pasal, kuman-kuman ke ape ke boleh terus melekat kat mata kita dan boleh mendatangkan penyakit...tak ke susah diri sendiri nanti...


ni lah sediki sebanyak tips yang aku nak kongsi ngan korang-korang...


aku nasihatkan pada pemakai contact lens, buat la checkup mata kat kedai cermin mata yang ade alat khas untuk tengok kesihatan mata...aku penah buat checkup...bile dapat tau agak terkejut jugak la..sebab tak penah amik tau pun pasal kesihatan di sekitar mata...masa checkup tu, pakar mata cakap, protein dah block kat bahagian atas dan bawah mata...kat bulu mata cam ade kelemumur skit...biji mata cam membengkak skit...dan ade la lagi dua tiga benda yang boleh buat aku terkejut kaw-kaw nye bile dapat tau...lepas tu, seminggu aku tak leh pakai contact lens, buat checkup kali kedua, pakar mata kata dah kurang skit dari mula-mula checkup tu dan dia tak suggest pakai contact lens buat masa terdekat...sebulan gak la aku pakai spek gi keje ape semua...sejak haritu, memang aku jaga kaw-kaw nye bile pakai contact lens...sebab takut benda yg same happen again...walaupun benda itu boleh diubati oleh mata kita sendiri, but still kita kena berjaga-jaga...

so korang, jaga la mata elok-elok ye...kita nak pakai lame lagi kan mata kita...so jaga lah Anugerah dari Allah ni sebaik-baiknya...

sumber : alyzafisol.com

Video dan Gambar Misteri Batu Berjalan Di California

Posted: 04 May 2012 12:52 AM PDT


Sebuah kisah misteri di mana terdapat beberapa biji batu dikenal pasti bergerak berjalan berhampiran dengan tasik kering Racetrack Playa.

Pernahkah kita mendengar batu berjalan secara sendirinya? Bukanlah berjalan menggunakan kaki, tetapi ia bergerak dari satu empat ke satu tempat. Batu berjalan menjadi salah satu misteri yang paling menarik di Death Valley National Park, lokasinya di tasik kering Racetrack Playa, California-AS. Batu berjalan itu dapat dijumpai dengan mudah di permukaan Playa dengan jejak panjang di belakangnya. Untuk melihat bukti, boleh tonton video di atas.

Bagaimana mereka boleh bergerak atau berpindah masih menjadi misteri besar di fikiran para penyelidik. Ini kerana, batu yang berjalan tidak hanya batu kecil yang mudah tertiup oleh angin. Ada beberapa batu besar dengan berat ratusan kilogram yang juga turut "jalan-jalan cari makan".

Persoalannya,bagaimana cara mereka bergerak? Ini menjadi cabaran besar bagi para penyelidik. Mengapa fenomena ini menjadi misteri? Kerana, tidak ada satu orang pun yang pernah melihat batu itu berjalan.

Sampai hari ini, faktanya adalah tidak ada seorang atau satu organisasi pun yang mengetahui bagaimana batu-batu itu boleh berpindah tempat.

Tapi,tahukah anda di mana letaknya Racetrack Playa?Racetrack Playa adalah tasik kering yang mendatar dengan panjang empat kilometer dan lebar kira-kira dua kilometer. Terletak di California-AS, permukaannya terdiri daripada batuan sedimen yang diperbuat dari lumpur dan tanah liat.


Iklim di kawasan ini juga kering. Hujan hanya terjadi beberapa inci pada setahun. Namun, saat hujan, pergunungan yang mengelilingi Racetrack Playa akan membekal air ke permukaan tasik dan menjadi tasik cetek yang sangat luas. Sayangnya, ini hanya bertahan beberapa hari saja. Setelah itu, dalam keadaan basah, permukaannya berubah menjadi lumpur yang lembut dan licin.

Ada beberapa andaian atau penjelasan tentang mengapa batu-batu di Racetrack Playa dapat berjalan. Semua penjelasan tersebut masuk akal.Mugkin anda akan bersetuju dengan salah satunya. Namun, sampai saat ini belum ada yang dapat membuktikannya bersama-sama secara ilmiah.

Apakah mereka digerakkan oleh manusia atau haiwan?

Jejak yang terbentuk di belakang batu menunjukkan bahawa batu-batu berjalan itu berpindah di atas permukaan Racetrack Playa masih ditutupi dengan lumpur yang sangat lembut. Dan, di sekitar jejak batu, tidak ada lumpur yang rosak akibat jejak makhluk hidup yang lain. Ertinya, sangat kecil kemungkinan batu tersebut dipindahkan oleh manusia dan haiwan.

Apakah mereka digerakkan oleh angin?

Ini penjelasan paling logik dan dipilih banyak orang kerana undian.Bukan sekadar meneka-neka. Tapi, jika dipelajari dari jejak batu yang berjalan, arahnya sejajar dengan arah angin yang bertiup di Racetrack Playa, yakni dari barat daya ke arah timur laut.Hembusan angin kencang dijangka mampu menolak batu sampai berpindah tempat.

Apakah mereka digerakkan oleh ais?

Beberapa orang mengaku sempat menyaksikan Racetrack Playa yang diliputi oleh lapisan ais tipis. Oleh sebab itu,air membeku di sekitar batu. Lalu, angin bertiup di atas permukaan ais dan mengheret lapisan ais berikut batu yang berada di permukaan ais.

Beberapa kajian telah menemukan jejak sangat jelas pada beberapa batu. Namun,seharusnya pengangkutan lapisan batu besar diharapkan meninggalkan tanda pada permukaan Playa.Namun,sampai sekarang, tanda tersebut belum boleh dibuktikan.

Jom tonton video misteri mengenai batu ini.




sumber: melayukini.net

10 Tips Ringkas Bagi Calon Yang Akan Menghadapi Peperiksaan SPA8

Posted: 04 May 2012 12:21 AM PDT

10tipsringkas 10 Tips Ringkas Persediaan Akhir Menghadapi   Peperiksaan SPA8

Berdasarkan takwim yang dikeluarkan oleh pihak SPA, terdapat beberapa peperiksaan perjawatan sektor awam SPA8 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Mei 2012.

Tahniah buat calon yang layak menduduki peperiksaan. Seperti biasa buatlah persediaan yang secukupnya agar menghasilkan sesuatu yang bermakna dalam karier masing-masing. Untuk itu disediakan 10 tips ringkas persediaan akhir menghadapi seisi peperiksaan perjawatan sektor awam.

1. Pastikan calon telah mengenal pasti tempat, tarikh dan waktu peperiksaan. Dapatkan laluan jalan yang cepat dan mudah sampai ke sana. Uruskan pengangkutan yang sesuai. Sediakan pelan kecemasan juga. Ini kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari kejadian. Contohnya: tayar pancit, minyak habis, kesesakan jalan raya, kenderaan rosak dan sebagainya. Bak kata pepatah 'sediakan payung sebelum hujan'.

2. Bawa alat tulis yang secukupnya. Antara yang perlu dibawa ialah :
Pen
Pensel
Pemadam
Pengasah pensel (jika perlu).

Bawa sekurang-kurangnya dua setiap satu. Tidak perlu bawa kalkulator. Dapatkan kesemua keperluan ini sekurang-kurangnya sehari sebelum peperiksaan. Mungkin perkara ini dianggap remeh, tetapi ia wajar diambil berat.

3. Siapkan pakaian yang hendak dipakai pada hari berkenaan. Jangan pula pagi hari kejadian baru tercari-cari pakaian. Basuh dan gosok siap-siap terlebih dahulu. Kasut juga begitu. Janganlah pula memakai 'selipar jepun' ke dewan peperiksaan.

4. Jika ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan semasa di dewan peperiksaan, silalah bertanya kepada pengawas atau ketua pengawas. Mereka telah diberi tugas untuk membantu kelancaran peperiksaan termasuklah mengendalikan para calon. Selain itu mereka juga telah diberi penerangan dan taklimat bagaimana menguruskan peperiksaan.

5. Bagi soalan-soalan yang sukar dijawab, tinggal dan selesaikan yang mudah terlebih dahulu. Selepas selesai yang mudah, cuba jawab soalan yang sukar tadi. Ingat, masa yang diberikan adalah singkat.Masa amat 'mencemburui' anda semasa seisi peperiksaan ini.

6. Bagi soalan esei atau bersifat karangan, cuba gunakan kaedah yang mudah ini. Setiap esei perlu ada pendahuluan, isi dan penutup. Isinya pula sekurang-kurangnya 3 yang mempunyai intipati isi, huraian dan contoh.

7. 'Expect the unexpected' yakni jangkakan perkara yang tidak dijangka. Tiada siapa tahu apa akan berlaku pada masa hari kejadian.

8. Kemahiran membaca, menulis, mengira, menaakul dan mengarang adalah aspek-aspek yang akan diuji dalam peperiksaan ini. Gunakan bahasa yang elok dan berhemah.

9. Tulis jawapan dengan tulisan yang cantik. Sedap mata penilai membacanya. Jika ada kesilapan, padamkan dengan garisan. Elakkan menggunakan 'liquid paper'. Ia boleh merosakkan kertas jawapan calon.

10. Usah dihiraukan konotasi sebelum ini. Anda telah layak menduduki peperiksaan kali ini. Cuba dengan sedaya upaya. Siapa tahu barangkali rezeki anda kali ini.


Semoga tips ringkas ini membantu rakan-rakan yang bakal menghadapi peperiksaan.

Selamat maju jaya dari kami Team SPA8 Online buat anda. Jumpa lagi di entri berikutnya.

10 Lokasi Terbaik Untuk Lekat Sticker Bomb Pada Kereta

Posted: 04 May 2012 12:12 AM PDT

Sticker bomb ni sekali tengok macam tampalan bertindih-tindih pelbagai sticker kecil pada badan kereta. Macamana pun, ianya semakin popular di kalangan pemilik kereta di Malaysia sekarang ni. Sekadar nak berkongsi 10 tempat pada kereta yang boleh ditampal dengan sticker bomb. Jom tengok!

#1: Front


#2: Lower Body



#3: Dashboard & Steering



#4: Rim



#5: Bonnet



#6: Fuel cover



#7: Seat



#8: Enjin



#9: Mirror Caps



#10: Whole body



Nak lekatkan di mana? Sukahati lah, kereta kau! haha. Tapi kat mana pun anda lekatkan, jangan lupa kalau nanti sticker bomb ni dah tak in style, nak tanggalkan agak leceh juga.

sumber : yankhalid.com

Ketahui Bahaya Duduk Atas Dompet

Posted: 04 May 2012 12:03 AM PDT

Jangan duduk atas dompet anda. Memang sudah menjadi kebiasaan kita, terutamanya lelaki yang letak dompet dekat poket belakang dan duduk di atas dompet. Salah ke letak dompet dekat poket belakang dan duduk di atas dompet?
Lelaki yang suka meletakkan dompet di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah. Jadi, untuk memastikan tulang belakang anda terus sihat, maka gunakanlah poket di bahagian depan.Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet anda. Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit belakang.
Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki. Duduk di atas dompet untuk satu jangka masa yang lama, biasanya berlaku pada mereka yang bekerja di pejabat. Jadi, cuba bangun dan berjalan-jalan selama satu minit bagi merenggangkan tulang belakang.

sumber : gilaserius

Suhaimi Super Spontan Lebih Popular Dari Aaron Aziz dan Siti Nurhaliza

Posted: 03 May 2012 11:40 PM PDT

Memetik daripada portal Murai, Suhaimi yang juga ahli kumpulan SuperSpontan, Angsa Ganas dikhabarkan merupakan seorang selebriti yang cukup terkenal di Singapura. Malah dikatakan lebih popular berbanding Aaron Aziz di sana.

Selain itu juga tahap populariti Suhaimi lebih top daripada Siti Nurhaliza di sana. Selain itu, Suhaimi dikenali oleh orang India, Cina dan orang putih yang menetap di sana disebabkan dia telah sapu semua prorgam TV di Singapura.

Suhaimi kini sudah menetap di Malaysia berikutan dia asyik mendapat tawaran berlakon di Malaysia. Khabarnya, tawaran itu bukan saja untuk program TV, malah ada juga untuk drama dan filem tempatan.

Soal bayaran pula, Suhaimi tidak cerewet dan cukuplah apa yang diterima itu setimpal dengan inisiatif dirinya yang sanggup meninggalkan periuk nasi di Singapura.-izyan.com-

PANAS! Gambar Maya Karin Dan Farid Kamil Skuba Bersama

Posted: 03 May 2012 11:37 PM PDT

Dalam ABPBH 2011 yang lalu, kita sudah ternampak gelagat pelakon, Farid Kamil dengan diapit oleh Maya Karin ketika menghadiri majlis berkenaan. Tapi kali ini, mereka berdua dikatakan bersama lagi dalam akitiviti skuba di sebuah lokasi menyelam yang tidak diketahui ramai. Mungkin ini satu bukti lagi yang mereka berdua sudah mula memutik episod cinta baru. hehe.



sumber : izyan.com

ERA FM Kini Mencatat Rekod Radio No. 1 Malaysia

Posted: 03 May 2012 11:30 PM PDT

Kini Era FM telah kembali merampas gelaran sebagai radio nombor satu Malaysia. Keputusan yang baru sahaja dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio Nielsen untuk fasa pertama tahun 2012 menunjukkan yang 5 daripada 8 stesen radio kelolaan AMP menduduki carta 10 radio paling popular di'Malaysia.

Era FM dengan mencatatkan jumlah pendengar seramai 4.8 juta dan diikuti rapat oleh Sinar FM yang mencatat 4.7 juta pendengar serta THR (Raaga & Gegar) dengan 1.73 juta pendengar yang majoriti berada di Pantai Timur.

Kemungkinan besar faktor kejayaan Era FM ni adalah kemunculan Johan bersama-sama Era FM. -izyan.com-

No comments: