Friday 4 May 2012

Budak Technician

Budak Technician


Bob Kuman Meninggal Dunia, Al-Fatihah

Posted: 03 May 2012 06:49 AM PDT

Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, 40 tahun disahkan meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, jam 4.38 petang ini. Kematian artis komedi terbabit disahkan jururawat yang menjaganya sejak 15 April lalu, Mohd Farid Hamzah.

bob kuman meninggal dunia

Semoga roh Bob Kuman ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya. Al-Fatihah. -beautifulnara.com-

Kuasa luar biasa bantal busuk

Posted: 02 May 2012 10:05 PM PDT



KEPADA sesetengah individu terutama si kecil, fasa untuk melelapkan mata mungkin terganggu atau mengambil masa yang agak panjang sekiranya bantal busuk tiada di sisi.

Bahkan kepada si kecil, ada yang merengek-rengek, gelisah, menangis atau menyusu dengan selesa sekiranya kehilangan bantal busuk.

Fenomena bantal busuk hakikatnya bukan isu yang berlegar dalam kalangan si kecil. Sebaliknya, bantal busuk iaitu objek yang menjadi peneman kepada seseorang ketika mahu tidur ini juga berlaku dalam kalangan orang dewasa.

Bantal busuk hanya istilah yang dilabelkan kepada objek yang menjadi peneman kepada seseorang ketika tidur. Bantal busuk juga boleh bermaksud selimut, sapu tangan, kain pelikat, kepala anak patung, patung beruang dan sebagainya.

Hari ini, masih ada dalam kalangan orang dewasa yang terbawa-bawa dengan tabiat bantal busuk yang menjadi kelaziman sejak kecil. Bahkan, tidak mustahil tabiat yang sama terbawa-bawa ke alam perkahwinan.

Walaupun objek yang menjadi bantal busuk sudah bertukar warna, kepam dan berbau, namun ia tetap menjadi pujaan kepada pemiliknya. Bantal busuk seolah-olah mempunyai kuasa yang luar biasa.

Wajib bersama

Pemilik dan bantal busuknya umpama isi dengan kuku. Barangkali kepada mereka yang memiliki bantal busuk, hidup mereka bukan sahaja tidak sempurna tanpanya, malah boleh menyebabkan si pemilik menjadi tidak keruan. Justeru, tidak hairanlah jika si pemilik dan bantal busuknya wajib bersama walau ke mana-mana saja.

Bagaimanapun, ada sesetengah pihak menyifatkan tabiat itu hanyalah bersifat sementara iaitu pada zaman kanak-kanak sahaja. Namun, tabiat itu sebenarnya boleh berlarutan sehingga ke peringkat dewasa dan sukar dikikis jika tidak dikawal sejak awal lagi.

Ammirul Ashraf, 18, mengakui masih menyimpan bantal dan selimut yang menjadi peneman tidurnya sejak dia berumur setahun.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu mengakui dia tidak berasa malu asalkan kedua-dua barangan itu berada bersamanya lebih-lebih lagi ketika waktu tidur atau apabila keluar dari rumah untuk tempoh yang lama.

BIARPUN sudah menjangkau usia remaja, namun Ammirul belum berhasrat untuk membuang bantal dan selimut busuknya.



Bercerita mengenai tabiatnya, segala-galanya bermula ketika Ammirul Ashraf berusia setahun apabila ibunya memberi sebiji bantal untuk dipeluk. Niat ibunya adalah supaya Ammirul dapat tidur nyenyak. Namun, lain pula jadinya.

Sejak itu, Ammirul Ashraf tidak pernah meninggalkan bantal busuknya itu. Bahkan, dia akan membawanya ke mana-mana sahaja apabila dia keluar rumah.

Bagaimanapun, tabiat gemar melekat dengan bantal busuk itu hanyalah bersifat sementara. Ammirul Ashraf mengakui apabila melangkah ke alam remaja, sifat malu datang dengan sendiri.

Menyorokkan bantal

Justeru, bantal busuk itu terbatas penggunaannya iaitu hanya apabila dia berada di rumah sahaja.

"Saya rasa tabiat ini tidak memudaratkan kesihatan kerana saya hanya memerlukan bantal berkenaan sebagai peneman tidur sahaja dan bukanlah dikendong ke mana-mana saja seperti anak kecil," ujarnya ketika ditemui di kediamannya di Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lelaki yang tidak lekang dengan senyuman itu memberitahu, dengan adanya bantal tersebut, dia dapat tidur lena dengan memeluknya.

Ketika ditanya sama ada tabiatnya itu mendapat tentangan keluarga, Ammirul hanya melemparkan senyuman.

Ujar Ammirul Ashraf, ibu termasuk adik-beradiknya pernah membuat cubaan beberapa kali menyorokkan bantal kesayangannya itu.

Mengimbau pengalaman terpaksa berenggang dengan bantal itu beberapa kali, Ammirul Ashraf mengakui dia tidak dapat tidur lena.

Semuanya gara-gara salah seorang kakaknya menyorokkan bantal busuknya itu supaya Ammirul Ashraf meninggalkan tabiatnya itu.

"Seingat saya, ia berlaku ketika saya masih kecil lagi. Masa itu memang susah untuk tidur. Saya cuba sedaya upaya mencarinya tetapi gagal dan akhirnya terlelap gara-gara penat," ungkapnya sambil memberitahu, dia jarang membasuh bantal busuknya.

Tidak berenggang

Selain bantal, Ammirul juga memiliki selimut busuk yang dimiliki sejak tiga tahun lalu.

Akuinya, tabiat baharu itu wujud tanpa disedari sehingga dia ditegur ibunya.

"Saya memang tidak sedar, tahu-tahu sahaja saya tidak boleh berenggang dengan selimut ini ketika mahu tidur," ujarnya.

Ketika ditanya sama ada dia malu atau tidak dengan tabiatnya itu memandangkan dia seorang lelaki, Ammirul Ashraf mengakui dia tidak berasa malu kerana kedua-dua barangan itu akan dibawa bersama sewaktu tidur sahaja.

Sehubungan itu, dia belum memasang niat untuk membuang bantal dan selimut busuknya itu kerana ia mempunyai nilai sentimental.

Sementara itu, bagi Munirah Salim, 27, mempunyai anak yang menggemari bantal busuk bukan satu masalah kepadanya.

MUNIRAH (kiri) akan membawa selimut miliknya anaknya itu ke mana-mana sahaja walaupun untuk seketika.


Ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Qaid Ariff Mohd. Hafiz itu memberitahu, anaknya yang baru berusia setahun sudah mempunyai selimut busuk sejak berumur empat bulan lagi.

Tuturnya, selimut tersebut digunakan untuk menyelimutkan tubuh badan anaknya itu. Namun, selepas beberapa bulan dia mengambil selimut itu untuk dibasuh dan menukarkannya kepada yang lain, anaknya itu kelihatan tidak keruan.

"Ketika itu, Qaid asyik merengek sehinggalah saya berikan semula selimut terbabit barulah dia berasa tenang itupun selepas merenyukkannya dengan kain lain," ujar Munirah ketika ditemui baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai tabiat anaknya itu, Munirah memberitahu, selimut tersebut akan dibawa ke mana-mana sahaja walaupun untuk seketika.

"Bayangkan, kalau hendak ke stesen minyak mahupun kedai runcit, selimut itu pasti akan dibawa. Jika tiada selimutnya, dia memang tidak akan duduk diam, ada sahaja yang tidak kena.

"Saya dan suami tidak akan lupa membawa selimutnya setiap kali keluar dari rumah," jelas Munirah mengakui dia juga mempunyai tabiat yang sama seperti anaknya ketika zaman kecilnya.

Semasa zaman kecilnya, anak jati Perlis itu turut memiliki kain pelikat milik ayahnya. Tabiat itu mula timbul apabila ayahnya berkursus beberapa hari.

Pada masa itu, Munirah terlalu rapat dengan bapanya. Ketiadaan bapanya menyebabkan Munirah sentiasa menangis. Justeru, untuk memujuk Munirah, ibunya memberikan kain pelekat bapanya.

Namun lama-kelamaan, Munirah, tidak dapat berenggang dengan kain pelikat tersebut sehinggalah umurnya berusia 12 tahun.

"Namun, apabila semakin meningkat dewasa, timbul rasa malu dalam diri dan secara tidak langsung saya berjaya membuang tabiat itu tanpa sebarang paksaan," jelas Munirah sambil berharap anaknya itu juga mengikut jejaknya. -kosmo-

Rekod terbaru, tandas paling laju

Posted: 02 May 2012 09:58 PM PDT



VAN VUGT 'menunggang' sebuah tandas di Sydney semalam.



SYDNEY - Rekod baharu tandas bermotor paling laju di dunia berjaya dicipta di sini semalam.

Ia dicipta selepas seorang pelagak ngeri dari Kanada, Jolene Van Vugt 'menunggang' sebuah tandas yang dilengkapi empat roda pada kelajuan 75 kilometer sejam (km/j).

"Ia amat menyeronokkan dan saya teruja dapat mencatat rekod baharu ini," tambahnya.

Van Vugt turut memegang beberapa rekod dunia lain termasuk menjadi wanita pertama yang melakukan aksi balik kuang sambil menunggang motosikal.

Dia mengatasi rekod tandas paling laju yang dibuat oleh Edd China di London pada tahun lalu. China menunggang sebuah motosikal yang membawa tandas pada kelajuan 68km/j. - REUTER

PELIK! Batang Pokok Yang Tumbang Lalu Membengkok Untuk Selamatkan Kereta Seorang Ustaz

Posted: 02 May 2012 09:37 PM PDT



Kisah ini mengenai seorang wali keturunan Bani Mu'awiyah yang kini hidup sebagai orang biasa, mengajar di sekolah Islam biasa di London, mengalami kejadian yang menakjubkan.

Ustaz itu mempunyai sebuah rumah biasa, dan berkereta ke sekolah. Kereta itu pula dah tua, dan dia tak dapat beli kereta baru walaupun gajinya lebih dari cukup untuk duit muka kereta. Kereta sana murah, kan. Tapi dia kata, kekayaan yang dia ada bukan milik dia seorang. Selain keenakan kereta baru, dia letak prioriti duit itu pada tempat lain. So, dia lebihkan derma daripada tukar kereta. Tak macam orang kita, kan.

Satu hari berlaku ribut taufan di perkampungan beliau, dan sebatang pokok telah tumbang di laman depan rumahnya. Dia sangka anjung rumah dia akan rosak, apatah lagi keretanya. Namun, dalam curiosity tu, dia tetap reda kalau jadi apa-apa. Apabila dia keluar dan melihat apa yang terjadi, dia tak percaya. Anjung rumahnya tak rosak, dan keretanya seolah-olah 'diselamatkan' oleh malaikat.

Batang pokok itu membengkok agar tidak mengenai bahagian belakang kereta beliau. Kelihatan dalam gambar beliau cerita sepatutnya trajektori pokok itu akan hempap keretanya, dan batang pokok itu seingat dia lurus. Kalau tak silap lah, katanya. Tapi dah tumbang jadi bengkok.





credit to helmifaiz.com

Video Majlis Pernikahan Fasha Sandha dan Jejai

Posted: 02 May 2012 06:20 PM PDT

Siapa yang masih tidak dan belum lagi melihat gambar perkahwinan Fasha Sandha, anda boleh pergi sahaja ke post ini, http://budaktechnician.blogspot.com/2012/04/gambar-penuh-majlis-akad-nikah-fasha.html pada 27 April yang lalu. Dan yang ini adalah video yang sempat dirakam oleh portal HarianMetro untuk melihat ulasan dan juga gelagat kedua-dua pengantin yang bahagia ini, serta beberapa orang selebriti yang turut hadir bersama.


Gambar Perkahwinan Watie Elite dan Joey

Posted: 02 May 2012 06:16 PM PDT

Watie Elite (janda anak satu) dan Joey akhirnya mendedahkan tarikh pernikahan sebenar mereka selepas hampir lima bulan berteka-teki. Watie dan Joey telah selamat bernikah pada 22 Disember tahun lalu di kediamannya di Bukit Antarabangsa dengan berwalikan adik Watie.

Baru-baru ini mereka telah mengadakan majlis resepsi yang diadakan di kediaman Setiausaha Akhbar Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abd Kadir. Watie dan Azza dengan Azlan Zulaily teruja dapat bersanding bersama-sama.

Pada majlis tersebut, turut hadir bagi memeriahkan majlis adalah kerabat diraja Pahang iaitu Datuk Tengku Kamaruzaman. Manakala artis yang turut hadir adalah Mawi dan isteri, Ekin, Haiza, Maya, Zain Saidin, Sasha (Elite) dan Zila Bakarin. -Via/izyan.com

Gambar Pra Perkahwinan Awal Ashaari dan Scha

Posted: 02 May 2012 06:15 PM PDT

Pasangan merpati dua sejoli ini pasti sedang tidak sabar menghitung hari untuk diijabkabulkan. Kini, gambar pra-perkahwinan mereka telah diriliskan untuk tatapan semua.

Bertemakan "Best Man Win" kerana mahu memberikan gambaran mengenai kesungguhan Awal Ashaari dalam menambat hati Scha Al-Yahya.

Pasangan yang bakal menamatkan zaman bujang pada 4 Mei ini kelihatan anggun dan segak di dalam gambar mereka apabila Awal memakai sut tentera, manakala Scha pula tampil seperti perempuan Melayu terakhir dengan berkebaya putih.

Lokasi yang dipilih pula adalah di stesen keretapi.


Awal dan Scha juga sempat menguhiasi cover Majalah Remaja untuk kali terakhir

Zizan Raja Lawak Masuk Hospital

Posted: 02 May 2012 06:05 PM PDT

Lihat rancangan SuperSpontan pada hari Jumaat lalu, ternyata, Zizanyang menganggotai kumpulan Angsa Ganas sedikit menampakkan kurang bermaya aka bertenaga dan kelihatan letih sangat. Mungkin disebabkan itulah Zizan terpaksa terlantang di hospital berhampiran. Khabarnya dia terkena penyakit yang tak dikenal pasti secara rasmi. Apa-apa pun kita doakan agar Zizan sembuh seperti sediakala. :)

gambar OhMedia/izyan.com

No comments: