Monday 16 April 2012

kisah aku dan teksi

kisah aku dan teksi


Tahap keselamatan kita semakin membimbangkan.

Posted: 15 Apr 2012 06:19 AM PDT



Utusan.com.my- Malaysia diiktiraf negara paling selamat di Asia Tenggara dan ke-19 di dunia menerusi laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2011, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Selain itu katanya, pada tahun lepas, jenayah indeks keseluruhan turut mencatat penurunan sebanyak 11 peratus berbanding tahun 2010, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu lima peratus.


Sementara indeks jenayah jalanan pula mencatat penurunan sebanyak 40 peratus berbanding tahun 2009, iaitu selari dengan sasaran yang ditetapkan.-tamat.

Membaca berita dari kenyataan menteri ini mengatakan malaysia ke 19 terbaik tentang keselamatan,membuat aku terbatuk-batuk,walaupun tidak muntah.

Apakah lapuran GPI ini betul,dan adakah ia membuat kajian.? sedangkan akhbar yang sama menyiarkan tentang jenayah yang belaku saban hari.

Lihat sahaja taman-taman perumahan yang terpaksa mengupah pengawal keselamatan untuk menjamin kehidupan yang selesa tampa jenayah.

Lihat sahaja sebahagian gambar-gambar yang ku ambil sekitar taman perumahan .Membuktikan  tahap keselamatan kita semakin membimbangkan.





Banyak jalan dan lorong di tutup dan di pagar,membuktikan bahawa tahap keselamatan orang ramai di tahab yang membimbangkan.Baca kisah kuasa pengawal

Jika 5 ke 10 tahun dahulu pekara sebegini amat jarang kita lihat,tetapi sekarang kita boleh lihat di setiap taman perumahan.Malah yang mengejutkan kita terpaksa bergantung harap kepada warga asing untuk menjaga keselamatan kita.Maka  tahap keselamatan kita semakin membimbangkan.

fikirkanlah.

joyiman:

No comments: