Thursday 19 April 2012

Budak Technician

Budak Technician


VIDEO: Seorang Syuhada' Masih Sempat Bersolat Walaupun Sudah Hampir Meninggal Dunia

Posted: 18 Apr 2012 04:14 AM PDT

GUGURNYA SEORANG SYUHADA'

Apabila menonton video ini, rasa malu dan sedih pun ada pada diri sendiri kerana kita selalu melalaikan solat, melewatkan solat dan meninggalkan solat. Sekurang-kurangnya mendapat keinsafan apabila menyaksi seorang syuhada yang kritikal masih lagi mahu bersolat walaupun keadaannya yang cedera parah serta hilang sebelah tangan sebelum ajal menjemputnya. Moga-moga dan sama-samalah kita perbetulkan solat kita yang sudah lama longgar. Semuga roh syuhada' ini dirahmati Allah SWT. Amin.



KETERANGAN VIDEO INI.

Walaupun dalam saat yang kritikal tetapi Solat sebagai Jambatan Ke Syurga tetap ditunaikan, tanpa tangan sebelah, paha berlumuran darah, berwuduk dengan bantuan sahabat seperti sahabat Rasulullah SAW, Tanah Kuburan telah digali, namun tetap gagah dan bertenaga melakukan solat, semoga menambahi rahmat dan Ihsan padanya, sesungguhnya telah berjayalah ibu bapa, guru dan ustaz, sahabat dan taulan yang mendidiknya. Semua mereka yang terlibat dalam membina jiwa sebegini pasti mendapat habuan Syurga daripada Allah SWT, bergembiralah mereka yang Ihklas dalam perjuangan dan kehidupan bersama Allah SWT... Lihatlah Ikhwah semua, mati yang diredhai Allah SWT
Wasallam.

Tips untuk beli tiket Air Asia online dengan murah

Posted: 18 Apr 2012 03:49 AM PDT

Jom pergi melancong! hehe. Kali ni nak share cara beli tiket flight dengan cara yang murah. Panduan ini sangat berguna untuk mereka yang terbang dengan kos yang rendah.Amir dapat nie dari satu laman web tu..

Korang tahu perbezaan Malaysia Airlines (MAS) dengan AirAsia? Dari segi harga tiketnya, MAS lebih mahal dari AA kan? Sebab apa mahal? Sebab AA syarikat penerbangan tambang murah la kehkehkeh. 


Dengan AA kita boleh pilih servis yang kita nak. Macam yang akan aku tunjukkan ni, aku nak book tiket ke Penang. Untuk dapatkan harga serendah yang mungkin, aku tak check in bagasi sebab korang boleh bawa beg naik tapi tidak lebih dari 15kg, kalau lebih, terpaksa lah korang check in luggage.  


1. Selepas pilih penerbangan, korang kena isi butiran peribadi dan korang boleh pilih nak daftar masuk bagasi atau tak. Aku tak bawa banyak barang, so jimat sikit duit. hehe Malah tu!



2. Kemudian, korang akan diberi pilihan untuk pilih tempat duduk. Tapi kena bayar RM30 WOW! mahal gak tu. Macam aku, tak nak bayar lebih so aku klik pada ikon seat tu. Ingat ye! kalau korang terus proceed tanpa remove selected seat tu, korang akan kena bayar RM30. Ramai yang tak perasan benda ni. 


3. Insuran ni penting, tapi korang diberi pilihan nak ambil or tak. Aku rasa insyaAllah tak ada apa-apa berlaku  lagi pun ke Penang je hehe. Kalau ke oversea kena lah kan. So kalau korang tak nak, klik je pada batal/cancel macam yang dibulatkan tu. Kemudian akan keluar satu pop-up, klik CANCEL jugak.


4. Kemudian korang boleh pilih perkhidmatan tambahan untuk SkyBus untuk ke LCCT. Boleh naik di KL Sentral atau One Utama. Diskaun sebanyak 35% kalau korang beli online. 

Perjalanan ke LCCT dari KL Sentral (dan pulang) hanya dengan RM7.20 sehala dan RM14.40 bagi perjalanan pergi balik. Perjalanan ke LCCT dari 1Utama (dan pulang) hanya dengan RM11.99 sehala dan RM23.98 bagi perjalanan pergi balik. Bagi menaiki bas, anda hanya perlu mencetak dan menunjukkan jadual perjalanan di gerai Skybus atau di platform bas. 

Klik di sini untuk jadual Skybus LCCT - KL Sentral.
Klik di sini untuk jadual Skybus LCCT - 1Utama.

Tapi aku tak amik la servis SkyBus ni, sebab dah ade driver hantar hehe. Lagi jimat :)



5. Ini lah jumlah penerbangan aku ke Penang. Murah kan? Naik bas ekspres 2x ganda kot kan? masa pun banyak terbuang. Dengan AA, walaupun tambang murah, namun tetap selesa. RM 29.00 ni merangkumi cukai airport RM6 dan caj bahan api RM10 je.


6. Then, proceed dengan pembayaran secara online. Jangan guna kad kredit, sebab ada caj. Tak pasti berapa caj dia. Macam aku, guna CIMB clicks je :) - t5crew.blogspot.com-

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Istana Negara Malaysia

Posted: 18 Apr 2012 03:18 AM PDT



Pemohon-pemohon adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia sahaja yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

1. PEMBANTU AM PEJABAT N1
2. PEMANDU KENDERAAN R3
3. PEKERJA AWAM R1

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
1. Pemohon-pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan IN 1/2012 yang boleh didapati melalui laman web jabatan ini di alamat www.istananegara.gov.my atau di alamat berikut:-

DATUK PENGELOLA BIJAYA DIRAJA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
ISTANA NEGARA
JALAN DUTA
50480 KUALA LUMPUR

2. Perhatian kepada pemohon:-

- Semua maklumat yang diisi dalam borang hendaklah ditulis dengan jelas dan terang menggunakan HURUF BESAR
- Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport yang terkini serta salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan sijil-sijil keputusan peperiksaan dan tamat persekolahan yang telah disahkan.
- Sila catatkan jawatan yang dipohon di sudut kiri sebelah atas sampul surat dengan jelas dan terang.

3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti (1) di atas.

Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 8 MEI 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - April 2012

Posted: 18 Apr 2012 03:16 AM PDT


Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan dan berumur kurang daripada 45 tahun pada 31 Disember 2012 untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan bertaraf tetap/kontrak seperti berikut:

1. Pegawai Teknologi Maklumat F41
2. Pegawai Tadbir N41
3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
4. Penolong Pegawai Tadbir N27
5. Pembantu Akauntan W17
6. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
7. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N17
8. Pembantu Am Pejabat N1

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
i. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman web PTPTN www.ptptn.gov.my sebeluym atau pada 26 April 2012

ii. Calon yang telah mengemukakan permohonan melalui permohonan atas talian (online) perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

a) Borang Perakuan dan Pengesahan Permohonan Jawatan (yang telah dilengkapkan);
b) Salinan Kad Pengenalan (disahkan)
c) Salinan surat beranak (disahkan);
d) Salinan sijil-sijil akademik (sijil-siil persekolahan) (termasuk sijil berhenti sekolah) (disahkan),
e) Transkrip & salinan Ijazah/Diploma/Sijil (sekiranya berkaitan) (disahkan);
f) Bagi calon lepasan Institut Pengajian Swasata atau Luar Negara perlu menyertakan salinan pengiktirafan kelayakan Ijazah / Diploma yang boleh diperolehi dari Unit Pengiktirafan Kelayakan, Jabatan Perkhidmatan Awam; serta
g) lain-lain dokumen yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Susunan dokumen-dokumen sokongan adalah seperti yang dinyatakan di atas.

iii. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan kelulusan KPSL (sekiranya berkaitan) dan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini.

iv. Penghantaran salinan dokumen sokongan perlu dikemukakan sebeluma atau pada 26 April 2012 di alamat:

Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 11
Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan
50490 KUALA LUMPUR


Sila catatkan jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat.

Tarikh Tutup Permohonan Pada 26 April 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah

Posted: 18 Apr 2012 03:14 AM PDT


Permohonan adalah dipelawa dari Warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Sabah dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN), GRED W17

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan

Jawatan Kosong (TS.TPD:32/05) yang boleh didapati di Ibu Pejabat, Taman-Taman Sabah, Kota Kinabalu dan cawangannya.

2. Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan-salinan Sijil Lahir, Kad Pengenalan, sijil-sijil kelayakan akademik termasuk transkrip keputusan-keputusan peperiksaan, Lesen Memandu dan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan.

3. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:-

PENGARAH
TAMAN-TAMAN SABAH
LOT 45, TINGKAT 2, BLOCK H SIGNATURE OFFICE
KK TIMES SQUARE, COASTAL HIGHWAY
KOTA KINABALU, SABAH
PETI SURAT 10626
88806 KOTA KINABALU.

(U.P. Pegawai Pentadbir)

Tarikh tutup permohonan ialah pada 07 Mei 2012.

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP)

Posted: 18 Apr 2012 03:01 AM PDT




Permohonan adalah dipelawa dari kalangan Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:

1. Penolong Arkitek Landskap
2. Penolong Pegawai Penguatkuasa

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Khas yang boleh didapati daripada urus setia Majlis Daerah Kuala Pilah pada waktu pejabat dibuka dengan bayaran tunai RM1.00.

2. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang-borang yang boleh dimuat turun (DOWNLOAD) dan isi dengan lengkap dengan disertakan sekali wang pos RM1.00 sekiranya permohonan dihantar melalui pos atau menyertakan wang semasa mengembalikan borang ke Pejabat MDKP, salinan kad pengenalan, sijil-sijil serta surat-surat akuan yang telah disahkan.

3. Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi yang terkini disertakan bersama PU (A)176/ 2005.

4. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah oleh mereka yang berkelayakan seperti pegawai kumpulan A(Pengurusan dan Profesional), Pegawai Kumpulan Sokongan 1, Penghulu,JP, Pesuruhjaya Sumpah, Pengerusi JKKK dan setaraf beserta gambar berukuran passport yang dialamatkan kepada :

Yang DiPertua,
Majlis Daerah Kuala Pilah,
72009 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus.


Tarikh Tutup Permohonan PADA 20 APRIL 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Majlis Perbandaran Taiping

Posted: 18 Apr 2012 02:59 AM PDT


Warganegara Malaysia yang berkelayakan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk membuat permohonan jawatan seperti berikut. Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.

1. PEGAWAI VETERINAR

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
1. Semua permohonan hendaklah mengemukakan Borang Permohonan yang boleh didapati di Kaunter Bayaran, Aras Bawah, Majlis Perbandaran Taiping, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping (waktu pejabat) dengan bayaran sebanyak RM2.00 atau dengan muat turun (download) melalui laman web Majlis Perbandaran Taiping (www.mptaiping.gov.my) dengan menyertakan bersama kiriman wang pos sebanyak RM2.00 atas nama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Taiping sebagai wang proses. Borang permohonan adalah terhad.

2. Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil / Ijazah dan keputusan peperiksaan yang telah diperolehi yang diakui sah dan sekeping gambar berukuran passport dengan sampul surat beralamat sendiri dan setem 30 sen

3. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan hendaklah dibuat melalui Ketua jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan

Permohonan hendaklah sampai kepada :-

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Taiping,
Jalan Taming Sari,
34000 Taiping,
Perak.


Tarikh Tutup Permohonan Pada 30 APRIL 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Johor

Posted: 18 Apr 2012 02:58 AM PDT



Universiti Teknologi MARA Johor ingin mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA JOHOR, KAMPUS SEGAMAT & KAMPUS JOHOR BAHRU bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara :

1. PENSYARAH UiTM GRED DM45

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
(a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA Johor, yang boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Johor, Kampus Segamat & Kampus Johor Bahru. Borang permohonan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM di http://www.johor.uitm.edu.my

(b) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemas kini.

(c) Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah disahkan:
(i) Kad Pengenalan.
(ii) Sijil MCE/SPM,STPM atau setaraf.
(iii) Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik terperinci)
(iv) Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).
(v) Surat Pengesahan Perkhidmatan dari Majikan sedia ada/ terdahulu.

(d) Sila kemukakan permohonan kepada :

TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UiTM JOHOR
KM 12, JALAN MUAR
85009 SEGAMAT
JOHOR DARUL TAKZIM

NO TEL: 07-9352338, 07-9352020,
07-9352273, 07-9352030

Tarikh tutup permohonan ialah pada 29 April 2012.

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Perbadanan Perusahaan Kecil Dan Sederhana Malaysia (SME Corp Malaysia)

Posted: 18 Apr 2012 02:57 AM PDT



Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) yang bertindak sebagai Agensi Penyelaras Pusat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memerlukan anda yang berkelayakan, komited dan berwawasan untuk berkhidmat di SME Corp. Malaysia bagi membangun dan melaksanakan polisi, strategi dan program pembangunan PKS di Malaysia meliputi semua sektor ekonomi.

Jawatan-jawatan kosong adalah seperti berikut:

1. Pengarah, Gred 4 (Gred setara E54)
2. Pengurus, Gred 7 (Gred setara E44)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
i. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Perjawatan SME Corp. Malaysia yang boleh didapati daripada Ibu Pejabat, Pejabat Negeri ATAU boleh dimuat turun dari laman web SME Corp. Malaysia di http://www.smecorp.gov.my

ii. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kelayakan akademik, kad pengenalan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan yang telah disahkan.

iii. Permohonan daripada pegawai – pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing – masing dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama. Permohonan yang dikemukakan tidak melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.

iv. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan di sudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON dan hendaklah dihantar kepada :-

KETUA EKSEKUTIF
PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA
(SME CORP. MALAYSIA)
Level 6, SME 1, Blok B, Lot E
Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
(u/p : Unit Perancangan Organisasi dan Modal Insan)

v. Penghantaran borang permohonan dalam bentuk salinan soft copy juga boleh dihantar melalui emel ke alamat : hr@smecorp.gov.my tanpa perlu disertakan salinan dokumen-dokumen yang berkaitan (seperti sijil kelayakan akademik, kad pengenalan dan sijil-sijil lain yang berkaitan). Walau bagaimanapun, dokumen-dokumen ini perlu dibawa bersama semasa sesi temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 26 April 2012 (Khamis)

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Majlis Daerah Pengkalan Hulu (MDPH)

Posted: 18 Apr 2012 02:55 AM PDT


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia keutamaan kepada Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di dalam iklan.

1. Pembantu Undang-Undang Gred L29
2. Pembantu Penguatkuasa Gred N17
3. Pekerja Awam Gred R1

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
(a) Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Diploma, Resume, Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan serta sekeping gambar terbaru berukuran pasport.

(b) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23sm x 11sm. Disudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.

(c) Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Kerajaan, Badan Berkanun atau Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah menghantar permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi tahun 2011 dan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini mengikut Perintah Am Bab 'A' Perenggan 17.

(d) Permohonan hendaklah sampai kepada:-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU
33100 PENGKALAN HULU
PERAK DARUL RIDZUAN.


Tarikh Tutup Permohonan Pada 27 April 2012.

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP)

Posted: 18 Apr 2012 02:53 AM PDT


Water is a precious commodity which is essential for life. At Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP), we consider continuous good water supply to be our key corporate social responsibility. We are committed to continuous improvement in support of sustainable development and a green environment.

Our mission is to serve as a leading organisation in water supply. Join us for a rewarding career and take on challenges in the water supply industry positively, proactively and productively.

1. SECURITY ADMINISTRATOR

CLICK HERE TO JOBS REQUIREMENT & APPLY ONLINE

How to Apply:-
Interested applicants are requested to apply online or write in with a detailed resume, starting present and expected salary, and a non-returnable passport-sized photograph to the following address:-

GENERAL MANAGER
PERBADANAN BEKALAN AIR PULAU PINANG SDN BHD
LEVEL 32, KOMTAR
10000 JALAN PENANG, PULAU PINANG

(ATTN : HUMAN RESOURCE MANAGER)

Closing Date: 30 April 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Perbadanan Taman Negara Johor

Posted: 18 Apr 2012 02:52 AM PDT



Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi keosongan jawatan seperti berikut di Perbadanan Taman Negara Johor:-

1. PEMELIHARA HUTAN
2. PENOLONG PEMELIHARA HUTAN
3. PEMBANTU AM PEJABAT
4. PEKERJA RENDAH AWAM

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUNBORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam borang yang boleh didapati di alamat berikut:-

Pengarah,
Perbadanan Taman Negara Johor,
Aras 1, Bangunan Dato' Mohamad Salleh Perang,
Kota Iskandar,
79575 Nusajaya,
Johor Darul Ta'zim.


(b) Pemohon-pemohon juga boleh mendapatkan borang permohonan di Ibu Pejabat Perbadanan Taman Negara Johor atau dimuat turun melalui Laman Sesawang http://www.johorparks.johordt.gov.my dan melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 32sm x 22sm beralamat sendiri dan dilekatkan dengan setem RM0.80.

(c) Semua maklumat yang diisi dalam borang hendaklah ditulis dengan jelas dan terang dengan HURUF BESAR.

(d) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran paspot, salinan kad pengenalan, salinan surat beranak, sijil-sijil keputusan peperiksaan dan tamat persekolahan.

(e) Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peraturan 17 – Peraturan Pegawai Awam ( Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan ) 2005 dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilai Prestasi Tahunan terakhir dikepilkan.

(f) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di (a) di atas.

(g) Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sudut kiri sebelah atas sampul surat dengan jelas dan terang.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 20HB. APRIL 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK)

Posted: 18 Apr 2012 02:50 AM PDT



PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARI RAKYAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN DI MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN SEPERTI BERIKUT :-

1. JURUKUR BAHAN
2. PEGAWAI UNDANG-UNDANG
3. JURUTEKNIK
4. JURUTEKNIK ELEKTRIK
5. JURUTEKNIK KOMPUTER
6. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA
7. PEMBANTU TADBIR ( Perkeranian / Operasi)
8. PEMBANTU TADBIR ( Kewangan )
9. PEMBANTU PENILAIAN
10. PENJAGA JENTERA LETRIK
11. TUKANG K2

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang MPSPK(S)01 - yang boleh dimuat turun melalui Laman Web Majlis - mpspk.gov.my

2. Setiap permohonan hendaklah disertakan Gambar dan dokumen sokongan seperti salinan Sijil Lahir, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Persekolahan, Sijil yang berkaitan
dengan permohonan jawatan dan lain-lain dokumen yang berkenaan.

3. Permohonan dari Pegawai - pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat perlu mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan. ( Perintah Am Bab A - 21 ) bersekali dengan LNPT tahun terakhir.

4. Borang permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan kepada :-

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Sungai Petani
KEDAH DARUL AMAN

( u/p : JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN )

Tarikh Tutup Permohonan Pada 26 APRIL 2012.

Sila Catat Nama Jawatan yang dipohon sebelah kiri sampul surat.

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Majlis Perbandaran Kulai

Posted: 18 Apr 2012 02:48 AM PDT


Pemohon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan Jawatan yang ditawarkan :-

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
2. PEKERJA AWAM
3. AHLI FOTOGRAFI
4. JURUTEKNIK LANDSKAP

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
(a)Permohonan-permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Majlis Perbandaran Kulai yang boleh diperolehi daripada Pejabat Majlis secara percuma. Borang Permohonan juga boleh diperolehi dengan muat turun dari Laman Web rasmi www.mpkulai.gov.my

b) Permohonan hendaklah disertakan bersama sekeping gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan,Sijil Persekolahan dan sijil Berhenti Sekolah (setiap salinan sijil hendaklah diperakui sah oleh Pegawai yang bertauliah)

c) Permohonan dari anggota Kerajaan dan Badan Berkanun / Kuasa Tempatan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am. Bab A Perenggan 17

d) Permohonan hendaklah dihantar terus kepada :

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KULAI
JALAN PEJABAT KERAJAAN
81000 KULAI, JOHOR


dengan mencatat Nama dan Jawatan yang dipohon disebelah kiri sampul surat.

Tarikh Tutup Permohonan Pada sebelum jam 5.00 petang pada 20 April 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

Posted: 18 Apr 2012 02:47 AM PDT


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.

1. PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
Borang (LPHS 01/PSM) boleh didapati secara percuma di kaunter LPHS atau laman web http://lphs.selangor.gov.my. Permohonan hendaklah dihantar kepada :-

KETUA PENGARAH EKSEKUTIF
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR
TINGKAT 5, PODIUM UTARA,BANGUNAN SSAAS
40503 SHAH ALAM.


Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 23 April 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Universiti Utara Malaysia (5 Kekosongan)

Posted: 18 Apr 2012 02:45 AM PDT


PERMOHONAN MENGISI JAWATAN KOSONG


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Universiti Utara Malaysia.


1.         Jawatan       :           PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
(5 KEKOSONGAN - KONTRAK)
           
            Gred Gaji     :           P1 RM836.90    –  P1 RM2,017.11
                                                P2 RM884.89    –  P2 RM2,116.71
                                                P3 RM934.72    –  P3 RM2,218.15

Syarat Kelayakan :

(i)        Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU

(ii)        Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik;

(iii)       Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut :

(a) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(b) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(c) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(d)      lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; DAN
(e)       pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. DAN

(iv)      Calon yang memiliki kelayakan di perenggan (i) di atas hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
           

CARA MEMOHON


(i)        Borang permohonan boleh didapati daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Utara Malaysia dengan mengemukakan sampul surat berukuran 26cm x 34cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 atau datang mengambilnya sendiri di Kaunter Jabatan Pendaftar, UUM dengan bayaran sebanyak RM 5.00 yang boleh dibayar di Kaunter Bendahari, UUM atau dalam bentuk Wang Pos, dibayar atas nama 'BENDAHARI UUM'.

(ii)        Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah memajukan borang permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.

(iii)       Sila catatkan nama jawatan yang hendak dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat semasa memohon dan menghantar borang.

(iv)      Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :

Pendaftar

Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
(u.p. : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

 

Tel        :          04-928 3864/4131

 

(v)       Tarikh tutup iklan :  02 Mei 2012 (Rabu)
JABATAN PENDAFTAR
Universiti Utara Malaysia
Tel : 04-9283021/3043
Fax : 04-9283046

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Posted: 18 Apr 2012 02:42 AM PDT


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan seperti berikut di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

1. Pembantu Pengawas

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Sila hantar borang permohonan yang lengkap diisi ke alamat sebelum atau pada 25 MEI 2012:

Bahagian Pengajian Prasiswazah
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai
Negeri Sembilan


Tarikh Tutup Permohonan Pada 25 Mei 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Posted: 18 Apr 2012 02:40 AM PDT


Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang, Pulau Pinang & Perlis bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1. PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN - Pahang
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN - Pulau Pinang
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN - Perlis
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN - Pahang
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN - Pulau Pinang
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN - Perlis

Tarikh Tutup Permohonan Pada:
16 April 2012 - Perlis
22 April 2012 - Pahang
23 April 2012 - Pulau Pinang

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Universiti Selangor (UNISEL)

Posted: 18 Apr 2012 01:17 AM PDT



Universiti Selangor yang juga dikenali sebagai UNISEL merupakan sebuah Universiti swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ditubuhkan pada tahun 1999, dan sehingga kini ia menawarkan pelbagai kursus di bawah graduan dan pasca siswazah yang terletak di kampus Shah Alam dan Bestari Jaya. Lokasinya yang strategik, secara tidak langsung UNISEL memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial negara.

Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (CiCT) Unisel kini didalam proses penambahbaikan Sistem Bestari (Akademik) dan memerlukan Pegawai Teknologi Maklumat (Gred F41) yang berkemahiran didalam bidang pengaturcaraan Oracle.

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
1. Pemohon yang berminat hendaklah menyertakan resume terkini dan sijil-sijil berkaitan. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web rasmi Unisel http://www.unisel.edu.my

2. Emailkan permohonan ke alamat email Unit Perjawatan, Pejabat Pentadbiran & Sumber Manusia iaitu perjawatan@unisel.edu.my

3. Pemohon juga boleh menghantar borang permohonan ke alamat berikut :-

Pengurus Besar,
Pejabat Pentadbiran & Sumber Manusia,
Universiti Selangor,
Kampus Bestari Jaya,
Jalan Timur Tambahan,
45600 Bestari Jaya,
Selangor.

Tel : 03-3280 5058/5077 Fax : 03- 3280 7335

*Sila tulis nama jawatan dipohon dibahagian atas sebelah kanan sampul surat.

Tarikh tutup permohonan pada 30 April 2012.

No comments: