Monday 23 April 2012

Budak Technician

Budak Technician


Ally Iskandar tertidur depan laptop kerana rindukan isteri

Posted: 22 Apr 2012 06:47 AM PDT

Ally Iskandar yang diijabkabulkan pada 20 Januari lalu mengaku terlalu rindu pada isterinya, Farah Lee, yang kini sedang berada di Korea Selatan untuk belajar. Ally menjelaskan bahawa dia kerap menghubungi Farah Lee melalui talian Skype selama berjam-jam lamanya melepaskan rindu dan ada ketikanya sehingga tertidur di depan komputer.


"Walaupun saya agak sedih kerana terpaksa berpisah sementara dengan isteri, tetapi saya sangat bahagia dengan kehidupan sekarang ini. Namun saya tidak nafikan perkahwinan jarak jauh sangat mencabar.

"Tapi ini hakikat yang kami sedia terima. Selepas hantar Farah kembali ke Korea tempoh hari saya rasa masa berjalan begitu perlahan.

"Sebab saling merindu kami selalu habiskan masa berbual-bual di Skype berjam-jam lamanya. Sampai tertidur pun ada,"-Via/izyan.com-

Marsha belajar solat?

Posted: 22 Apr 2012 06:45 AM PDT

Filem Qada lakonan Marsha memang sesuatu yang mencabar buat dirinya, memandangkan dirinya bukan dari golongan muslimah, maka dia juga belajar untuk memahami solat 5 waktu yang ditekankan dalam watak filem berkenaan. Mungkin sedikit sebanyak Marsha juga telah belajar mengenai Islam, bukan untuk memaksa Marsha memeluk Islam, biarlah masa sahaja yang menentukan. Yang penting, saksikan lakonan Marsha sebagai seorang muslimah dalam filem Qada ni nanti.

"Sebelum ini saya pernah juga membawa watak sebagai gadis beragama Islam, cuma dalam filem ini saya perlu tampil dengan gaya muslimah dan perlu memahami tentang solat lima waktu yang menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam.

Namun, saya berasa lega kerana kebanyakan rakan-rakan saya memang beragama Islam, termasuk Sharifah Sakinah yang turut berlakon dalam filem itu dan dia memang banyak membantu saya untuk menghayati watak yang diberikan." -Via/izyan.com-

Gambar Neelofa yang cun macam pelakon Korea

Posted: 22 Apr 2012 06:42 AM PDT

Gambar dibawah adalah gambar yang diambil oleh jurugambar, AnnasEaskey yang telah menangkap beberapa keping gambar Neelofa yang sedang dok posing cun tahap Korean drama la katakan. Jangan silap, Neelofa shot gambar ni ketika dia berada di Paris ketika rancangan Nona disuting di sana. Cantik kan. -izyan.com-

Gambar Zizan Raja Lawak Sambut Birthday Ke-28 Bersama Anak-anak Yatim

Posted: 22 Apr 2012 06:37 AM PDT

Gambar dibawah adalah gambar pelawak terkenal, Zizan yang menyambut ulang-tahun harijadinya ke-28 baru-baru ini. Acara ini diadakan di restoran Bora Ombak, Ampang bersama anak yatim dari Rumah Anak Yatim Syifa, Gombak. Memang satu niat yang murni, bahkan jarang ada artis seperti Zizan meraikan bersama-sama anak-anak yatim. -izyan.com-

Maya Karin dengan Farid Kamil? Diana Danielle putus?

Posted: 22 Apr 2012 06:33 AM PDT

Kalau nak diikutkan, suasana ABPBH 2011 dah lama berlalu, namun tempiasnya kadang-kadang masih lagi menyengat. Korang perasan tak dengan siapa Maya Karin bersama-sama ketika itu pergi ke ABPBH 2011? dengan Farid Kamil tu. Pelakon kacak idaman Malaya. Yang menjadi persaoalan disini, dimana Diana Danielle? adakah Farid saje-saje temankan Maya Karin yang sememangnya single untuk bersama-sama datang ke ABPBH atau adakah hubungan diantara Farid dan Diana sudah putus? dan Diana kembali ke pangkuan Syamsul Yusuf. Memang menjadi satu misteri yang harus di bongkar. Hehe. -izyan.com-

Amy Search terima Johan sebagai menantu?

Posted: 22 Apr 2012 06:29 AM PDT

Amy Search dengan senang hati akan menerima pelakon, Johan Arrif As'ari sekiranya dia ditakdirkan menjadi menantunya (kahwin dengan Nabila Huda sebagai seorang suami isteri yang sah).

"Saya bukannya seorang ayah yang konservatif dan saya tidak akan menghalang anak saya untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Begitu juga dengan Johan, sekiranya Nabila ingin menjadikannya sebagai bakal suami pada masa akan datang, saya terima. Yang penting Nabila bahagia dengan kehidupannya itu.

"Saya tahu bagaimana cara Nabila melayani seorang kekasih. Tetapi berdasarkan apa yang saya lihat mereka tidak lebih daripada kawan biasa.

"Pendapat saya tentang Johan, dia seorang yang baik dan senang diajak berborak," ujarnya. -Via/izyan.com

Isteri Nabil RL, Zira disahkan hamil 5 minggu

Posted: 22 Apr 2012 06:25 AM PDT

Dikhabarkan yang isteri kepada Nabil Raja Lawak, Zira disahkan hamil 5 minggu. Ini memetik daripada sumber portal MediaHiburan Online. Nabil dan Zira bernikah pada Oktober 2011 tahun lalu. Soal jantina tu, mungkin tidak dapat dipastikan lagi, sebab usia kandungan yang begitu muda, apa-apa pun tahniahlah kepada Nabil dan juga isterinya, Zira.

"Pagi tadi saya rasa tak sedap badan jadi saya menyuruh Nabil membeli kit kehamilan untuk mengetahui sama ada saya berbadan dua atau sebaliknya. Alhamdulillah, keputusannya positif dan kami sepakat untuk mendapatkan pengesahan di sebuah klinik.

"Syukur usaha kami untuk mendapatkan anak akhirnya dimakbulkan. Doktor mengesahkan saya mengandung lebih lima minggu. Soal jantina anak masih awal untuk saya perkatakan. Apa yang penting biarlah zuriat kami sihat dan sempurna," kata Zira. -izyan.com-

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) 2012 - 135 Kekosongan

Posted: 22 Apr 2012 04:10 AM PDT



Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) mempelawa Warganegara Malaysia berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di pelbagai Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

1. PENOLONG AKAUNTAN
2. PEMBANTU TADBIR(KEWANGAN)
3. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN
4. JURUTEKNIK UKUR
5. PELUKIS PELAN
6. PEKERJA AWAM
7. PEMANDU KENDERAAN
8. TUKANG K3
9. TUKANG K2
10. PEKERJA AWAM KHAS

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN DAN PERMOHONAN SECARA ONLINE 

Cara Memohon:-
(i) Permohonan menggunakan borang tidak lagi diterima dan haruslah dibuat secara ON LINE SAHAJA dengan melayari laman web SPANS di alamat http://www.sabah.gov.my/psc. Kemudahan untuk memohon secara on line ini ada disediakan secara percuma di pejabat :  

Urusetia 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, 
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS, 
Peti Surat 10998, 88811 
KOTA KINABALU.

(ii) Salinan sijil-sijil (sijil lahir/kad pengenalan pemohon/kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

Tarikh Tutup Permohonan Pada 7 Mei 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Posted: 22 Apr 2012 04:03 AM PDT



Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), satu- satunya Universiti Pendidikan di Malaysia dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan menyertai kami meneruskan kebitaraan dengan mengisi jawatan - jawatan seperti tersenarai. . Lantikan akan dibuat bertaraf tetap atau kontrak mengikut kesesuaian.Pemohon boleh mengisi secara online bermula 18 April 2012 (Rabu) 

1. TUKANG K2
2. JURUAUDIT
3. PEREKA
4. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM
5. PENOLONG PEGAWAI PENYEDIAAN MAKANAN
6. PEREKA
7. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM
8. JURUSOLEK

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN 
PERMOHONAN ATAS TALIAN (ONLINE)

Cara Memohon:-
i) Pemohon hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam Sistem Online.

ii) Pastikan semua butiran maklumat telah lengkap diisi sebelum menekan butang 'apply'.

iii) Pemohon hendaklah mencetak maklumat ID tersebut dan Curriculum Vitae /Resume (CV) pada kertas A4 dan seterusnya mengambil tindakan berikut:
(a) Melekatkan sekeping gambar berukuran paspot pada cetakan ID.
(b) Melampirkan salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan dengan kemas dan tersusun
(c) Pemohon yang merupakan kakitangan UPSI, diminta menghantar dokumen permohonan beserta sekeping surat iringan yang dialamatkan kepada Pendaftar UPSI
 (d) Pemohon yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam,Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan perlu melampirkan perakuan permohonan daripada Ketua Jabatan beserta salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini dan salinan Laporan Perkhidmatan.

 iv) Cetakan ID, CV / Resume dan lampiran-lampiran yang telah disusun dan dikepilkan hendaklah dihantar ke alamat  

UNIT PERJAWATAN 
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA 
JABATAN PENDAFTAR 
Tingkat 1, Bangunan Canselori 
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 
35900 Tanjong Malim, Perak

- Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.
- Sila hubungi Bahagian Sumber Manusia di talian 05-4506328 (Cik Norlina, En. Mustafa, Pn. Nur Ashikin) / 6338 (Pn. Murni) / 6340 (Pn. Nurul Ashikin) atau e-mel myjob@upsi.edu.my untuk pertanyaan.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 04 Mei 2012 (Jumaat)

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang

Posted: 22 Apr 2012 04:00 AM PDT




Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan kepada anak Negeri Pulau Pinang yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang.

1. PENOLONG JURUTERA (AWAM) – GRED J29
2. JURUTEKNIK (MEKANIKAL & ELEKTRIK ) – GRED J17
3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN DAN OPERASI) – GRED N17

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN 
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN 
Tarikh Tutup Permohonan Pada 27 April 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Posted: 22 Apr 2012 03:57 AM PDT



Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memerlukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi jawatan-jawatan seperti berikut

1. PEGAWAI SAINS C41
2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
3. PEGAWAI KESELAMATAN KP41
4. PEGAWAI PENYELIDIK Q41
5. PEGAWAI PERGIGIAN U41
6. PENOLONG JURUTERA J29
7. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29
8. PENOLONG PEGAWAI SAINS C27
9. PENOLONG AKAUNTAN W27
10. PEREKA B17
11. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
12. JURUTEKNIK J17
13. PELUKIS PELAN J17
14. PEMBANTU KESELAMATAN KP17
15. PEMBANTU TADBIR (P/O) N17
16. PENYELIA ASRAMA N17
17. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N17
18. PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17
19. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT S17
20. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U17
21. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
22. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
23. TUKANG K3 R9
24. PEMBANTU AM PEJABAT N1

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
PERMOHONAN SECARA ONLINE

Tarikh Tutup Permohonan Pada 30 April 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Lembaga Getah Malaysia (LGM) - April 2012

Posted: 22 Apr 2012 03:57 AM PDT



Permohonan dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Lembaga Getah Malaysia dalam jawatan seperti berikut:

1. PEGAWAI TADBIR
2. PENOLONG JURUTERA
3. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
PERMOHONAN ATAS TALIAN (ONLINE)

Cara Memohon:-
Permohonan secara atas talian. Sila melayari laman web http://lgmjob.lgm.gov.my/vacancy/Login.aspx (Online Services/Job Vacancies)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 APRIL 2012

No comments: