Monday 5 March 2012

kisah aku dan teksi

kisah aku dan teksi


Cara Timbang Blog supaya ringan

Posted: 04 Mar 2012 02:52 AM PST


Salam semua.
Hari ini boring-boring aku buka PC,dan taip satu perkataan di google.


timbang blog



Apa yang aku taip hanya Timbang Blog,rata-rata mengatakan timbanglah blog di http://www.iwebtool.com .
Aku pun ingin mengujinya,apakah blog Aku dan Teksi ini berat,dengan melakukan Clear Browsing Data,kalau kita tidak melakukan ini dahulu maka keputusan yang di perolehi tidak berapa nak tepat.

Aku memasukan sekali link mereka ini,dan hasilnya:

berat blog

Aku menjuarai dalam ujian ini,kalau mengikut saiz blog aku memang berat 130.43 KB dan Load Time hanya 0.16 seconds dengan Average Speed per KB, 0 seconds.

Aku banyak membuat artikel tentang cara-meringankan-blog.dan aku tetap mengatakan bukan widget yang banyak disidebar membuat blog menjadi berat,tetapi teknik memasang widget itu perlulah betul..

Cerita:
Semasa aku mula berblog,macam kita mula-mula dahulu berbagai widget yang di letakan menyebabkan blog kita menjadi berat.

Pekenalan aku dengan seorang blogger(jurutera) di Muka Buku(facebook) dengan blognya http://neodmarco.blogspot.com/ yg banyak memberi tip tentang blog.
Aku ada tanyakan tentang bagai mana hendak mengurangkan berat blog dan aku ada memberi link blog yang amat ringan semasa di buka.

Mungkin atas pertanyaan ku ,neodmarco ada berbincang dengan blogger nescafe ais dengan blognya http://maribinablog.blogspot.com ini.

Akhirnya setelah beberapa hari,jawapan dari neodmarco mengatakan,Tiada jalan lain melainkan membuang wideget yang tidak di perlukan dan blogger nescafe ais pun menerbitkan satu artikel dengan tajuk cara ringankan blog dengan  code jQuery Lazy Load,yang sekarang ini banyak di salin oleh blogger-blogger lain.

Korang taip dekat google tentang cara meringankan blog,rata-rata mereka akan tunjukan cara ini.
(baca artikel aku yang lalu memindah-milik-code-code-javascript)

Bagi aku,jawapan harus di cari,dengan berani dalam takut,aku utuskan satu email kepada blogger yang blognya banyak widget tapi ringan,di mana link ini pernah ku berikan kepada neodmarco untuk mencari jawapannya.

Dalam beberapa hari aku menerima jawapan dari blogger yang ku kirimkan email,dengan jawapan hendaklah belajar,itulah jawapan yang membuat aku terkedu dan sehingga kini ia salah satu sifu aku,seorang blogger sepenuh masa dan tersohor dari indonesia dan pereka template yang hebat mendapat jutaan rupiah setiap bulan dengan menjadi blogger sahaja.

Kini aku ada beberapa sifu,yang kesemuanya dari indonesia,salah seorangnya pembuat scripat jQuery.
Mana mungkin kita dapat mengunakan script jQuery kalau tiada yang membuatnya.Dari segi ini kita jauh ketinggalan dengan blogger indonesia.

Kepada  neodmarco,script breadcrumb yang diberikan,adalah yang terbaik dan aku telah menambah baikan script ini,(lihat script yg telah ku perbaiki membuat-navigasi-breadcrumb) Blog tutoril ini asalnya hanya tempat aku menyimpan berbagai script sahaja sebelum aku paparkan untuk semua.

Wasalam: joyiman

No comments: