Tuesday 6 March 2012

Budak Technician

Budak Technician


Iklan Jawatan Kosong 2012 - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) - 97 Kekosongan

Posted: 04 Mar 2012 11:34 PM PST

http://4.bp.blogspot.com/-cw0nz7XlvVM/T1HQZz-tcbI/AAAAAAAAEUw/FLMUG-HvV4U/s1600/Jawatan%2BKosong%2BMajlis%2BBandaraya%2BPetaling%2BJaya%2B%2528MBPJ%2529.gif

Permohonan adalah daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk membuat permohonan jawatan seperti berikut. Keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.

1. Pustakawan(S41)
2. Penolong Jurutera(Awam)(J29)
3. Penolong Pegawai Penguatkuasa(N27)
4. Pembantu Tadbir(P/O)(N17)
5. Pembantu Akauntan(W17)
6. Pembantu Penilaian(W17)
7. Juruteknik(Awam)/(Senibina)/(Elektrikal)/(Mekanikal)(J17)
8. Pembantu Penguatkuasa(N17)
9. Pembantu Setiausaha Pejabat(N17)
10. Juruteknik Komputer(FT17)
11. Pembantu Kesihatan Awam(U17)
12. Jurubahasa(L17)
13. Pengawal Keselamatan(KP11)
14. Tukang K2(Jurugegas)(R11)
15. Atendan Kesihatan(U3)
16. Pemandu(R3)
17. Pekerja Am(R1)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN CARA MEMOHON
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
1. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan :-

(a) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
(b) Salinan Sijil-sijil Persekolahan.
(c) Salinan Kelulusan Akademik (sila sertakan surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara – (jika yang berkenaan)
(d) Transkrip keputusan peperiksaan semua semester -(jika yang berkenaan)
(e) Sekeping gambar ukuran pasport (Warna).
(f) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas kiri sampul surat permohonan.

2. Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab "A" dan pastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama.

3. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:-

DATUK BANDAR,
MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA,
JALAN YONG SHOOK LIN,
46675 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.

(u.p. : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 14HB.MAC 2012 (RABU)

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

Posted: 04 Mar 2012 11:31 PM PST

http://3.bp.blogspot.com/-gB3KzAVbEj0/T1HQZpN5ijI/AAAAAAAAEUo/r6H4eORc98c/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPerbadanan%2BHarta%2BIntelek%2BMalaysia%2B%2528MyIPO%2529.gif

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), sebuah agensi yang mempunyai autonomi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bertanggungjawab dalam pembangunan dan pengurusan sistem harta intelek seperti perlindungan paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, hakcipta dan susun atur litar bersepadu di Malaysia.

Misi kami ialah menyediakan infrastruktur perundangan yang kukuh dan sistem pentadbiran yang cekap ke arah meningkatkan kreativiti dan ekploitasi harta intelek (HI).

Seiring dengan pembangunan MyIPO yang dinamik, kami mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berorientasikan penghasilan kerja bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di Ibu Pejabat MyIPO, Kuala Lumpur dan Pejabat Cawangan Sabah dan Sarawak.

1. PEGAWAI PENDAFTARAN & PENTADBIRAN
2. PEGAWAI UNDANG-UNDANG
3. PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN & PENTADBIRAN
4. PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN & PENTADBIRAN
5. PEMBANTU PENDAFTARAN DAN PENTADBIRAN (P/O)
6. PEMANDU

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
Kami menawarkan faedah dan ganjaran yang kompetitif. Calon-calon yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi yang boleh dimuat turun melalui laman web kami dan menyerahkan borang-borang tersebut bersama-sama sesalinan sijil-sijil yang telah disahkan dan gambar berukuran pasport terkini selewat-lewatnya 9 Mac 2012 kepada :

PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
UNIT B-18-1, MENARA UOA BANGSAR
NO. 5 JALAN BANGSAR UTAMA 1
59000 KUALA LUMPUR

(u.p. : Seksyen Sumber Manusia)

Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga.

Tarikh Tutup Permohonan Pada 9 Mac 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Posted: 04 Mar 2012 11:26 PM PST

http://1.bp.blogspot.com/-1Tc7V9J9Bx4/T1HQZcp41eI/AAAAAAAAEUY/MBXBvo_Qwpg/s1600/Jawatan%2BKosong%2BLembaga%2BUrus%2BAir%2BSelangor%2B%2528URUS%2529.jpg


Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mempelawa Warganegara Malaysia (keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:-

1. Pegawai Undang-undang L41
2. Akauntan W41
3. Penolong Pegawai Tadbir N27
4. Penolong Pegawai Penguatkuasa N27
5.Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
(a) Permohonan hendaklah menggunakan borang Pindaan. LUAS 2/2007 berharga RM1.00 yang boleh diperolehi di Tingkat 13, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

(b) Pegawai-Pegawai Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan mengemukakan sesalinan rekod Kenyataan Perkhidmatan yang terkini.

(c) Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak, sijil akademik dan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan.

(d) Permohonan hendaklah dihantar kepada:

PENGARAH
LEMBAGA URUS AIR SELANGOR,
TINGKAT 13, BANGUNAN DARUL EHSAN,
NO. 3, JALAN INDAH, SEKSYEN 14, 40000 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.


Tarikh Tutup Permohonan Pada 19 mac 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)

Posted: 04 Mar 2012 11:20 PM PST

http://2.bp.blogspot.com/-KIHwLeYAi9Y/T1AGvXGilyI/AAAAAAAAEUM/5f6l0bOpzxA/s1600/Jawatan%2BKosong%2BMajlis%2BPerbandaran%2BPort%2BDickson%2B%2528MPPD%2529.png

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan adalah kepada anak Negeri Sembilan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan–jawatan berikut :-

1. Akauntan [W1-1]
2. Penolong Pegawai Undang-undang [L2-1]
3. Pembantu Operasi (Penghantar Notis) [ N5-1]

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong yang boleh didapati daripada Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia atau boleh melayari melalui laman web rasmi Majlis Perbandaran Port Dickson di www.mppd.gov.my

b) Semua borang permohonan hendakalah diisi dengan lengkap dan disertakan salinan maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Wakil Rakyat, mana-mana Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Sokongan 1 yang diberi kuasa/ Penghulu / Pengerusi / JKKK yang mempunyai cop rasmi jawatan seperti berikut:-
i) Salinan kad pengenalan;
ii) Salinan surat beranak;
iii) Salinan sijil-sijil kelayakan;
iv) Salinan transkrip bagi sijil yang berkenaan; dan
v) Sekeping gambar berukuran passport.

c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan kerajaan / Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Prestasi.

d) Nama jawatan hendaklah di tulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:-

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Port Dickson
Km 1, Jalan Pantai
71009 Port Dickson

(u.p : Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia)

Tarikh Tutup Permohonan Pada 8 MAC 2012 (KHAMIS)

Temuduga Terbuka Lembaga Tabung Haji (TH)

Posted: 04 Mar 2012 11:17 PM PST

http://4.bp.blogspot.com/-uD7ZLeazbhk/T1AGvOCBmTI/AAAAAAAAET8/QYVGs_T4WNU/s1600/Jawatan%2BKosong%2BLembaga%2BTabung%2BHaji%2B%2528TH%2529.jpg


Seiring dengan visi dan misi TH, permohonan adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam yang berkelayakan bagi mengisi jawatan seperti berikut:-

1. POLIS BANTUAN TH (KONSTABEL)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

1. Temu duga akan diadakan pada 03 dan 04 Mac 2012 (Sabtu dan Ahad) mulai jam 8:00 pagi hingga 3:00 petang. Calon-calon yang berminat, sila hadir ke alamat berikut :-

Dewan Besar, Lantai 2
Bangunan Ibu Pejabat TH
201, Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR


2. Sila bawa bersama salinan asal dan fotokopi maklumat berikut:-

i. Satu (1) salinan Kad Pengenalan Malaysia (MyKad).
ii. Dokumen asal sijil-sijil akademik dan sijil penghargaan beserta salinan setiap satu;
iii. Satu (1) keping gambar terkini berukuran pasport; DAN
iv. Satu (1) salinan Resume yang lengkap.

Posted: 04 Mar 2012 11:12 PM PST

SUKARELAWAN membantu membersihkan sisa runtuhan di Harrison, Tennessee.

CHICAGO: Penduduk di sekitar negeri di barat tengah Amerika Syarikat meratapi kematian ahli keluarga dan sahabat handai, semalam selepas beberapa siri puting beliung melanda kawasan tengah negara itu, membunuh sekurang-kurangnya 38 orang, mencederakan ratusan yang lain dan melenyapkan seluruh komuniti.

Bagaimanapun, ujian lebih berat sedia menanti di kawasan berkenaan. Walaupun pemerhatian terhadap bencana puting beliung sudah dihentikan, badan ramalan kaji cuaca kebangsaan meramalkan keadaan cuaca sejuk dengan kemungkinan salji mungkin melanda kawasan itu.

Suhu dijangka menurun di bawah tahap beku malam ini, badan itu memberi amaran dengan kombinasi hujan dan salji serta salji sepenuhnya, perkembangan yang memberi cabaran kepada mangsa yang kehilangan tempat tinggal.

SEBUAH bas sekolah merempuh tembok sebuah rumah selepas dilanda puting beliung.

Presiden Barack Obama menghubungi pentadbiran tempatan di Indiana, Kentucky dan Ohio untuk mengucapkan takziah atas kematian penduduknya dan berkata, agensi pengurusan kecemasan persekutuan sedia memberikan bantuan, kata Rumah Putih. Kematian dilaporkan di Indiana, Kentucky, Ohio, Alabama dan Georgia apabila ribut bergerak ke arah timur negara itu. "Tahap kemusnahan sesetengah komuniti kita tidak seperti yang saya pernah lihat sebelum ini," kata Gabenor Kentucky, Steve Beshear, yang pejabatnya mengesahkan 19 angka korban daripada lebih puluhan puting beliung yang melanda negeri itu.

Beberapa trak terbalik dan deretan pokok tercabut sebaik puting beliung melanda sebahagian daripada lapan negeri di kawasan barat tengah dan selatan negara itu.

Imej kemusnahan itu termasuk sebuah bas sekolah yang menembusi tembok sebuah kediaman, trak yang tercampak ke dalam tasik, kediaman daripada binaan batu yang kukuh berkecai menjadi sisa runtuhan dan kediaman daripada kayu bersepai, selain kediaman bergerak rosak seperti tin kemek. Kira-kira 300 kecederaan dilaporkan di Kentucky, menurut Beshear yang menyiasat kerosakan di bandar yang musnah teruk di West Liberty. Terdapat kerosakan di 40 daerah dengan bekalan elektrik ke puluhan ribu kediaman terputus. Satu rakaman video amatur yang ditayangkan CNN menunjukkan puting beliung gergasi kekelabuan melanda West Liberty Jumaat lalu, manakala seorang wanita berdoa dengan kuat "Wahai Tuhan, ambil ia daripada kami, ya Tuhan!" - AFP

Apa lagi drama BAM?

Posted: 04 Mar 2012 11:04 PM PST

Mohd Arif Latif

APA lagi helah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menggugurkan Mohd Arif Latif yang berada dalam senarai kelayakan Seluruh England, kejohanan berstatus Siri Super Premier ketika mereka menuntut pemain itu mendapatkan keputusan yang baik di peringkat antarabangsa sebelum badan induk badminton negara itu memutuskan senarai pemain yang akan memperkuat skuad Piala Thomas negara di Wuhan, China Mei depan.
Dikhabarkan pengguguran Arif itu disebabkan persembahan hambar pada pusingan kelayakan Piala Thomas, di Macau bulan lalu namun mengapa cuma Arif yang menjadi mangsa ketegasan BAM? "Saya dapat tahu digugurkan dari Seluruh England Sabtu minggu lalu, saya akui dengan hukuman itu tapi saya berang mengapa saya dihukum dua kejohanan dengan hanya menilai prestasi saya di satu kejohanan," kata Arif ketika dihubungi.

Selain Seluruh England yang akan bermula esok, Arif juga ditarik semula penyertaannya di Terbuka Switzerland yang akan berlangsung minggu depan.
Jika benar BAM mahu menjatuhkan hukuman mengapa mesti Arif seorang menjadi mangsa sedangkan Liew Daren juga gagal menyumbang mata kepada skuad negara dalam kempen kelayakan Piala Thomas lalu.

Malah pencapaian Arif sepanjang 2011 juga lebih baik berbanding Daren apabila melangkah ke separuh akhir GP Emas Terbuka Korea dan beraksi di final Kejohanan Cabaran Antarabangsa Malaysia, kejohanan yang turut disertai Daren dan Chong Wei Feng yang diserapkan ke Seluruh England.

Wei Feng yang berada di ranking dunia lebih rendah berbanding Arif berada dalam senarai simpanan pertama di Seluruh England, dengan tindakan menggugurkan Arif secara automatik Wei Feng layak beraksi di kejohanan berprestij itu meskipun sekadar pusingan kelayakan.

Dengan penggugurannya daripada dua kejohanan Eropah itu, Arif mula mengesan ada tangan yang cuba menafikan peluangnya beraksi di Piala Thomas kerana sebelum ini BAM berkata mahu menilai pemain terbaik untuk diserapkan ke dalam kejohanan berpasukan itu dan akan mengumumkan nama pemain terpilih pada akhir April.

"Saya kesuntukan masa dan kekurangan kejohanan untuk membuktikan kemampuan kerana saya hanya akan beraksi di GP Emas Terbuka Australia April depan." Apa yang berlaku pada Arif ini mungkin membenarkan khabar angin yang bertiup kencang sebelum ini yang mengatakan dua jurulatih Rashid Sidek dan Tey Seu Bock serta pemain nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei tidak "sebulu" dengan Arif.
Dikatakan wujud polemik antara Arif, Rashid, Seu Bock dan Chong Wei mengenai satu tuduhan terhadap pemain itu tanpa usul periksa sehingga menyebabkan Arif enggan berlatih dengan tiga individu penting dalam badan induk badminton negara itu.

Menjelang kelayakan Piala Thomas di Macau, Arif ada memohon kepada BAM meminta jurulatihnya Hendrawan turut di bawa ke Macau untuk melatihnya dan Muhd Hafiz Hashim namun BAM menolak.

Malah tindakan menggugurkan Arif dan memasukkan Wei Feng juga mungkin disebabkan BAM mahu Daren dan Wei Feng "sparring" bersama Chong Wei di sepanjang kejohanan di London, bukannya Arif.

Lebih mudah untuk diperkatakan lagi, Daren dan Wei Feng adalah anak didik Rashid sedangkan Arif dilatih Hendrawan.

Jika benar tindakan menggugurkan Arif sekalipun, apa rasional BAM menghukum pemain daripada menyertai sesuatu kejohanan hanya berdasarkan satu kejohanan, malah pemain seangkatan Arif sebelum ini juga pernah menyuarakan rasa tidak senang dengan peraturan itu.

Malah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong sendiri mempertikai tindakan BAM dengan berasakan badan induk badminton negara itu tidak tahu hala tuju.

"Arif lebih muda berbanding Daren dan Wei Feng malah BAM sudah banyak memberi peluang kepada dua pemain itu tapi tetap gagal membuktikan aksi yang baik di pentas antarabangsa. Mengapa mereka masih melakukan eksperimen ke atas dua pemain ini untuk mencipta masa depan gemilang?" kata Zolkples.

"Antara Arif dan Daren, kedua-duanya tidak boleh mengakui diri mereka lebih baik." Daren dan Wei Feng memasuki usia 25 tahun pada tahun ini sedangkan Arif dua tahun lebih muda berbanding mereka.

Native Deen Bimbing Remaja Bermasalah Seluruh Dunia Dengan Muzik

Posted: 04 Mar 2012 11:00 PM PST

Kumpulan nasyid dari Amerika Syarikat, Native Deen yang terdiri daripada Abdul-Malik Ahmad (kiri), Joshua Salam (kanan) dan Naeem Muhammad (berlutut) pada persembahan makan malam di sini, hujung minggu lalu.

KUALA LUMPUR: Kumpulan hip hop nasyid dari Amerika Syarikat (AS), Native Deen berkata perkara terbaik yang mereka kecapi sejak 12 tahun bergelar artis profesional adalah peluang untuk membimbing golongan remaja bermasalah menerusi muzik yang ditampilkan.

Menurut anggota kumpulannya Naeem Muhammad, peluang bertemu dengan pelbagai belia Muslim di seluruh dunia membolehkan mereka mendekati dan memberikan motivasi kepada golongan berkenaan.

"Kami berpendapat perkara terbaik mengenai perjuangan Nattive Deen sejak 12 tahun yang lalu adalah peluang dan ruang yang diberikan oleh Allah untuk mendekati golongan muda menerusi muzik hip hop kami.

"Muzik kami bukan sahaja menghiburkan, malah ia memberi motivasi dan membimbing belia yang bermasalah kepada jalan penyelesaian dan kebaikan," katanya.

Kumpulan ini ditemui selepas persembahan makan malam anjuran Saba Media Islamic yang bertempat di Dewan Perdana Felda, di sini, baru-baru ini.

Selain Naeem, kumpulan itu turut dianggotai Abdul-Malik Ahmad dan Joshua Salaam.


Tambahnya, sebagai karyawan seni Muslim yang berpangkalan di bumi AS, di mana majoriti masyarakat adalah beragama Kristian, mereka berbangga dengan perkembangan dan penerimaan muzik nasyid di sana.

"Muzik nasyid berkembang dan diterima dengan baik di AS kini. Jika hendak dibandingkan, memanglah nasyid dan masyarakat Muslim di sana tidak sebesar mana tetapi melalui muzik moden dan dekat dengan selera muzik semasa ini, kami dapat mendekati golongan muda.

"Dengan persaingan sengit pelbagai genre muzik hari ini, nasyid juga perlu berkembang dan diperluaskan dengan stail dan idea segar tetapi bersesuaian.

"Alhamdulillah, kami dapat memikat hati peminat bukan Muslim juga. Kami dapat menyatukan Muslim dan bukan Muslim menerusi muzik," katanya.

Pada majlis makan malam itu, kumpulan yang julung kali berkunjung ke Malaysia ini mengadakan selama satu jam setengah dengan menyampaikan rangkaian lagu popular mereka termasuklah Stand Alone, Still Strong, For The Prophets, Small Deeds dan Muslim.

Kedatangan mereka ke sini adalah bersempena sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung pada Februari lalu.

Mereka memiliki tiga buah album iaitu Deen You Know (2005), Not Afraid To Be Alone (2007) dan The Remedy (2011).

Persembahan Native Deen itu dianjurkan oleh Saba Islamic Media Sdn Bhd dan IIS Foundation dengan kerjasama Nizal.com Sdn Bhd. -mstar-

Pintu Rezeki Fizo Terbuka Luas Selepas Insiden Tipu

Posted: 04 Mar 2012 10:58 PM PST

Fizo Omar.


PETALING JAYA: Pelakon Fizo Omar, 27, mengakui rezekinya semakin murah selepas insiden ditipu ketika menjadi penjamin bagi pinjaman bank yang dibuat sebuah syarikat di Damansara, di sini sehingga terpaksa menanggung hutang sebanyak RM2 juta.

Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, berkata, walaupun berhadapan dengan kejadian itu dia bersyukur Allah telah membuka pintu rezekinya dengan lebih luas dalam bidang lakonan dan perniagaan.

"Doa orang yang teranaiya akan dimakbulkan oleh Allah dan perkara itu telah terjadi kepada saya. Alhamdulilah rezeki semakin mencurah-curah selepas kejadian itu," ujarnya kepada mStar Online.

Fizo ditemui ketika menghadiri Festival BN Youth Music yang diadakan di The Curve, Damansara di sini, Ahad.

Dalam pada itu ditanya mengenai kes tersebut, Fizo berkata ia masih dalam proses siasatan dan dia menyerahkan sepenuhnya kepada Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat yang mewakilinya dalam kes itu.

"Saya tidak boleh kata apa-apa mengenai kes itu kerana masih dalam proses siasatan oleh peguam saya dan yakin kebenaran akan menyebelahi saya," ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan terbaru, Fizo berkata dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama rantaian berjudul Cinta Buat Emelda untuk siaran TV3 selain sedang menunggu empat buah filemnya menjengah di pawagam tahun ini.

Fizo memberitahu empat filem berkenaan adalah 7 Petala Cinta, Azazil, Minyak Dagu, Halimunan dan Hello.

"Selepas kes itu saya kelihatan agak suram di media massa tetapi saya sebenarnya sibuk di lokasi penggambaran filem dan drama. Alhamdulilah rezeki tidak putus-putus," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fizo berkata dia semakin selesa dan gembira dengan tanggungjawab barunya sebagai pengacara program bual bicara iaitu Nasi Lemak Kopi O di TV9.

Fizo turut memberitahu dia juga tidak menang tangan mengendalikan perniagaan studio miliknya iaitu 120 Studio yang terletak di Ukay Perdana, Ampang dekat sini.

"Alhamdulilah perniagaan juga dalam keadaan baik dan semakin maju. Kehidupan saya sentiasa sibuk namun berada di tahap baik.

"Setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan saya percaya perkara buruk yang telah menimpa saya telah diganti dengan pelbagai peristiwa baik dalam hidup saya kini," katanya.-mstar-

Sazali P.Ramlee Dapat RM10,000 Untuk Teruskan Hidup

Posted: 04 Mar 2012 10:51 PM PST

Sazali P. Ramlee (tengah) menerima sumbangan sebanyak RM 10,000 daripada Timblaan Menteri Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Denis D'Cruz pada Festival BN Youth Music yang diadakan di The Curve, Damansara di sini, Ahad.


PETALING JAYA: Anak angkat kepada Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Sazali, 53, pada Ahad menerima wang sumbangan daripada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berjumlah RM10,000 sebagai yang prihatin terhadap kesusahan yang dialaminya.

Sumbangan itu disampaikan oleh Timbalan Menteri kementerian itu, Datuk Maglin Denis D'Cruz pada Festival BN Youth Music yang diadakan di The Curve, Damansara di sini, Ahad.

Maglin ketika ditemui berkata, kerajaan sentiasa prihatin dengan keadaan seniman yang kurang bernasib baik dan akan terus membantu mereka dari masa ke semasa.

Katanya, bantuan itu adalah daripada pelbagai tabung termasuk Tabung Kebajikan Penggiat Seni yang digunakan di bawah bantuan am kementerian.

"Kita sentiasa mengambil perhatian mengenai aduan yang dibuat oleh persatuan seperti Seniman mengenai keadaan semasa industri dan jika terdapat sebarang masalah yang boleh dibantu kita sedia berbuat demikian," ujarnya.

Dalam pada itu Sazali berkata, dia berasa amat terharu dengan keperihatinan kerajaan terhadap nasib malang yang menimpanya.

Ujarnya, dia bersyukur dengan bantuan itu dan berharap dapat digunakan untuk menjalani rawatan penyakit yang dihidapi.

"Tiada kata lain selain Syukur Alhamdulilah ke hadrat Allah dengan bantuan yang diberikan oleh pihak kementerian dan saya amat menghargai sumbangan ini," ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Seniman, Zed Zaidi ketika telah menghantar surat sokongan kepada pihak kementerian mengenai masalah menimpa Sazali dan gembira apabila bantuan disalurkan dengan segera.

"Seniman menghantar surat sokongan memohon bantuan kepada Sazali yang kini terpaksa bergantung kepada tongkat dan kerusi roda untuk bergerak selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

"Alhamdulilah permintaan kami telah diluluskan dengan segera oleh menterinya iaitu Datuk Seri Dr Rais Yatim," ujarnya.

Media baru-baru ini melaporkan tentang nasib Sazali yang sebelum ini bekerja sebagai tukang sapu di Semenyih, Selangor, telah hilang sumber pendapatan akibat kemalangan jalan raya. -mstar-

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP)

Posted: 04 Mar 2012 10:48 PM PST

http://4.bp.blogspot.com/-xOo0UKtzINo/T1AGvKWZ3TI/AAAAAAAAET0/CZM7Usy3SiI/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPerbadanan%2BBekalan%2BAir%2BPulau%2BPinang%2BSdn%2BBhd%2B%2528PBAPP%2529.gif

Water is a precious commodity which is essential for life. At Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP), we consider continuous good water supply to be our key corporate social responsibility. We are committed to continuous improvement in support of sustainable development and a green environment.

Our mission is to serve as a leading organisation in water supply. Join us for a rewarding career and take on challenges in the water supply industry positively, proactively and productively.

1. TECHNICIAN (PRODUCTION)
2. TECHNICIAN (OPERATION)

CLICK HERE TO JOBS REQUIREMENTS & APPLY ONLINE

How to Apply:-
Interested applicants are requested to apply online or write in with a detailed resume, starting present and expected salary, and a non-returnable passport-sized photograph to the following address:-

GENERAL MANAGER
PERBADANAN BEKALAN AIR PULAU PINANG SDN BHD
LEVEL 32, KOMTAR
10000 JALAN PENANG, PULAU PINANG

(ATTN : HUMAN RESOURCE MANAGER)

Closing Date: 25 March 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Lembaga Getah Malaysia (LGM)

Posted: 04 Mar 2012 10:46 PM PST

http://4.bp.blogspot.com/-8qViHNhRiow/T04fLb9aOtI/AAAAAAAAEQw/56dF8WjGBeA/s1600/Jawatan%2BKosong%2BLembaga%2BGetah%2BMalaysia%2B%2528LGM%2529.gif

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Lembaga Getah Malaysia dalam jawatan seperti berikut:

1. PEGAWAI PENYELIDIK
2. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA
3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
4. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK
5. PENOLONG AKAUNTAN
6. JURUTEKNIK
7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
8. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
9. PEMBANTU PENYELIDIK
10. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
11. PEMBANTU OPERASI

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
PERMOHONAN ONLINE

Cara Memohon:-
Permohonan secara atas talian. Sila melayari laman web http://www.lgm.gov.my (Online Services/Job Vacancies)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 10 MAC 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)

Posted: 04 Mar 2012 10:45 PM PST

http://1.bp.blogspot.com/-4-AWPFRKxpY/T04fLrMeQqI/AAAAAAAAEQ8/qR0C1l_qEo8/s1600/Jawatan%2BKosong%2BLembaga%2BPerindustrian%2BKayu%2BMalaysia%2B%2528MTIB%2529.jpeg


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) seperti berikut:

1. PEGAWAI EKONOMI
2. PEGAWAI TADBIR EHWAL
3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
4. AKAUNTAN
5. JURUAUDIT
6. PEGAWAI UNDANG-UNDANG
7. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI
8. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
9. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
10. PEMBANTU EHWAL EKONOMI
11. PEMBANTU OPERASI (KEWANGAN)
12. JURUTEKNIK KOMPUTER

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
1. Borang permohonan dimuat turun melalui laman web http://www.mtib.gov.my dan emelkan ke erecruitment@mtib.gov.my atau boleh menggunakan perkhidmatan MySMS dengan menaip MTIB JAWATAN dan hantar ke 15888. Pernyataan Skim Perkhidmatan dan syarat-syarat lain untuk permohonan jawatan berkenaan boleh didapati melalui laman web www.mtib.gov.my. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung di Unit Pengurusan Sumber Manusia (Perjawatan) di alamat berikut:

LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
Tingkat 13-17, Menara PGRM
No. 8, Jalan Pudu Ulu
P.O. Box 10887
50728 Kuala Lumpur

(u.p. Unit Pengurusan Sumber Manusia)
No. Telefon : 03-92822235

2. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemas kini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 12 MAC 2012 (ISNIN)

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

Posted: 04 Mar 2012 10:43 PM PST

http://2.bp.blogspot.com/-Q1pAFS7K8_A/T04fL_JG-0I/AAAAAAAAERQ/b0xRht8qm2o/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPerbadanan%2BProduktiviti%2BMalaysia%2B%2528MPC%2529.gif

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai :

1. Pegawai Perunding - Gred E1-1 (E41)
2. Pembantu Setiausaha Pejabat/ Setiausaha Pejabat - Gred N4-1 (N17)/ N3-1 (N27)
3. Juruteknik - Gred JA3-1 (J17)
4. Pembantu Operasi - Gred N5-1 (N1)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
1. Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimajukan kepada :

Ketua Pengarah,
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC),
Peti Surat 64, Jalan Sultan,
46904 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.


Tarikh Tutup Permohonan Pada 15 Mac 2012.

Justin Bieber Ingin Kahwin Awal

Posted: 04 Mar 2012 10:41 PM PST

Justin Bieber.


BINTANG pop terkenal, Justin Bieber yang baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke 18 memberitahu ingin berumah tangga pada usia muda.

Justin berkata, pada usianya 28 tahun nanti dia sudah pun mempunyai sebuah keluarga sendiri.

"Dalam masa 10 tahun saya sudah pun mempunyai keluarga sendiri dan rasanya usia 20 tahun adalah saat tepat untuk mendirikan rumah tangga kerana ingin menjadi seorang bapa," katanya ketika diwawancara oleh MTV News.

Bagaimanapun katanya, itu hanya perancangannya dan mungkin juga tidak akan terjadi kepada dirinya.

"Jangan fikir bukan-bukan atau membuat spekulasi saya akan berkahwin kerana itu cuma hanya satu impian yang mungkin jadi atau pun tidak," katanya.

Malah katanya, itu bukan satu-satunya impian yang dia tumpukan kerana dia juga memasang cita-cita untuk bergelar sebagai seorang pelakon.

Mencapai usia 18 tahun, Justin berkata dia mahu lebih banyak meluangkan masa dengan peminatnya jika berkelapangan menerusi konsert jelajah. -mstar-

Berkubang buang susuk

Posted: 04 Mar 2012 10:29 PM PST

SERAP...susuk emas meresap ke dalam kulit pemakai.

KUALA TERENGGANU: Melihat rakan karib mati dalam keadaan ngeri apabila wajah berubah hodoh dengan kulit seolah-olah hangus akibat memakai susuk, seorang wanita insaf dan nekad membuang susuk dipakainya lebih 20 tahun.

Wanita berusia 48 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hayati berkata, kematian sahabatnya menginsafkannya menyebabkan dia bertaubat dan kembali ke pangkal jalan kerana tidak sanggup mengalami nasib serupa.


"Bagaimanapun, bukan senang untuk membuang pelbagai susuk yang lebih 20 tahun tertanam di beberapa anggota tubuh kerana prosesnya amat menyeksakan.

"Saya terpaksa berendam seminggu dalam kubang kerbau dengan bantuan bomoh yang membuang debu-debu susuk di dalam tubuh.

"Sepanjang seminggu itu, makanan dihantar bomoh berkenaan kerana kubang kerbau tempat saya berendam jauh daripada orang ramai," katanya yang sedia berkongsi keterlanjuran silamnya sebagai iktibar kepada masyarakat.

Hayati berkata, dia mula memakai susuk ketika berusia 25 tahun berikutan ingin kelihatan cantik supaya kedai makan diusahakannya menarik pelanggan.

Jual ‘dara’ anak

Posted: 04 Mar 2012 10:26 PM PST



JOHOR BAHRU: Seorang ibu yang juga penghidap HIV tergamak memaksa anak dara suntinya melacur, malah bercadang menjual remaja berusia 13 tahun itu kepada mana-mana lelaki yang berminat, semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Bagaimanapun, remaja itu bernasib baik apabila seorang lelaki yang berniat melanggannya, simpati akan nasibnya selepas mangsa menceritakan keadaan sebenar lalu menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberi bantuan.

Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah (gambar) yang mendedahkan kejadian itu berkata, wanita penghidap HIV terbabit tergamak bertindak demikian sebagai jalan mudah untuk melepaskan tanggungjawab sekiranya dia ditimpa perkara tidak diingini selain meringankan bebannya.

"Semuanya terdedah selepas kami menerima maklumat berkaitan cubaan menjual mangsa daripada pelanggan gadis itu yang simpati dengan nasib malangnya.

"Itu kali pertama mangsa dipaksa melacur, jadi dia merayu kepada lelaki terbabit supaya jangan mengapa-apakannya serta menceritakan nasib malangnya. "Lelaki itu yang simpati kepada mangsa tidak jadi melanggannya, sebaliknya menyerahkan mangsa kepada kami," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Khatijah berkata, pihaknya melakukan intipan selama beberapa hari dan mendapati dua beranak berkenaan menyewa bilik sebuah rumah kedai di sekitar bandar raya ini.

"Kami kemudiannya menyerbu bilik berkenaan. Selepas diselamatkan, gadis berkenaan kemudiannya ditempatkan di sebuah pusat perlindungan di sekitar bandar raya ini," katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat remaja perempuan itu didapati keciciran sekolah dan sebelum ini ibunya juga memaksanya mengemis untuk mendapatkan wang. "Mangsa mendakwa ibunya juga pernah cuba memujuknya untuk melacur beberapa kali namun gadis berkenaan berjaya mengelak.

"Ibunya yang turut kami tahan kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan pesakit HIV di Taman Abad. Ketika disoal siasat, pada mulanya dia enggan mengaku cuba menjual anak gadisnya tetapi akhirnya mengubah pengakuan," katanya.

Khatijah bagaimanapun enggan mendedahkan harga yang ditetapkan ibu gadis terbabit ketika dia mahu dijual. Menurutnya, mangsa kini sudah menyambung persekolahan malah sentiasa diberikan kaunseling selain didedahkan dengan aktiviti berfaedah baginya meneruskan kehidupan baru.

Khatijah berkata, mana-mana ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak atau individu yang dijaga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33, Akta Kanak-kanak 2011.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes pengabaian kanak-kanak mahupun remaja berusia kurang 18 tahun diminta untuk menyalurkan aduan kepada JKM di talian 07-2282971.

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM)

Posted: 04 Mar 2012 05:31 PM PST

http://4.bp.blogspot.com/-4icfvoKJ5vY/T04fK-0cmOI/AAAAAAAAEQc/LHd0UdPuP2U/s1600/Jawatan%2BKosong%2BInstitut%2BPiawaian%2Bdan%2BPenyelidikan%2BPerindustrian%2BMalaysia%2B%2528SIRIM%2529.jpg


SIRIM Berhad merupakan sebuah anak syarikat milik penuh kerajaan yang terlibat di dalam pembangunan teknologi dan penyelidikan serta perkhidmatan kualiti. Kami sedang mencari individu yang bermotivasi tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. JURUTEKNIK / PEMBANTU PEREKA GRED 14
2. PEMBANTU TADBIR GRED 14

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN & PERMOHONAN ONLINE

Cara Memohon:-
Calon-calon yang berminat bolehlah membuat permohonan dengan melayari laman web www.sirim.my pada atau sebelum tarih tutup permohonan.

*HANYA BIODATA YANG LENGKAP SAHAJA AKAN DIPROSES.

Tarikh Tutup Permohonan Pada 4 - 7 Mac 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Posted: 04 Mar 2012 05:27 PM PST

http://2.bp.blogspot.com/-KmAg2BpmpBM/T04heMHt8lI/AAAAAAAAESs/rGk-smJGlYs/s1600/Jawatan%2BKosong%2BUniversiti%2BTeknologi%2BMalaysia%2B%2528UTM%2529.jpg

Tawaran adalah dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan yang disyaratkan dan berminat untuk mengisi kekosongan seperti berikut:

1. PEMANDU KENDERAAN di UTMSPACE KUALA LUMPUR.

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
Calon-calon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan ke UPMI, UTMSPACE Kuala Lumpur dengan menyertakan bersama salinan dokumen-dokumen berikut (yang telah disahkan) :

1. Resume
2. Salinan Sijil Kelahiran
3. Salinan Kad Pengenalan
4. Salinan Lesen Memandu Kenderaan
5. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
6. Salinan Sijil PMR atau kelulusan setaraf
7. Sekeping gambar berukuran PASPORT yang terbaru (tidak dikembalikan) serta
8. Salinan sijil-sijil ko-kurikulum

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada :

Unit UPMI, UTMSPACE Kuala Lumpur
195A, Jalan Tun Razak, 50450 Kuala Lumpur.

(u/p – Pn Nik Huzaira bt Husin)

Tarikh Tutup Permohonan Pada 7 Mac 2012

Jumlah cuti umum tidak akan dikurang

Posted: 04 Mar 2012 05:19 PM PST


 MUHYIDDIN menyampaikan replika cek kepada Mohd. Jiron Riduan yang memenangi pertandingan Larian Hari Buah Pinggang Sedunia 2012 di Kuala Lumpur semalam. Turut kelihatan Liow Tiong Lai.



KUALA LUMPUR – Kerajaan tiada cadangan untuk mengurangkan jumlah cuti umum apabila cadangan gaji minimum dilaksanakan kerana pendirian itu diyakini telah mengambil kira aspek produktiviti, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, apa yang penting adalah untuk semua pihak meningkatkan produktiviti supaya ekonomi negara dapat terus berkembang supaya setaraf dengan negara-negara maju.

"Ada beberapa perkara perlu diberi perhatian. Kalau pun gaji minimum ditetapkan semua pihak ada peranan masing-masing.

"Ini bagi memastikan ekonomi sentiasa berkembang, rakyat dapat faedah dan tidak membawa kesan yang dikatakan boleh jejaskan pertubuhan dan sebagainya," katanya selepas pelancaran Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2012 di Dataran Merdeka di sini semalam. -kosmo-

Misteri 22 peluru bertaburan

Posted: 04 Mar 2012 05:17 PM PST


 BEBERAPA butir peluru ditemui atas rumput di tepi lebuh raya.



KULIM - Sekumpulan penarik kereta terkejut apabila menemui 22 butir peluru hidup bersepah di atas rumput dan di dalam longkang di Lebuh Raya Kulim-Baling berhampiran Kampung Bukit Sarang Ayam di sini semalam.

Peluru-peluru yang masih boleh digunakan itu ditemui pada pukul 9.30 pagi oleh salah seorang daripada kumpulan penarik kereta yang sedang berbincang dengan pemilik tiga buah kenderaan yang terlibat dalam satu kemalangan kecil di situ.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintenden Chin Soo Song berkata, pada awalnya kumpulan itu hanya menemui beberapa butir peluru di tepi lebuh raya itu namun jumlah peluru tersebut bertambah apabila ia turut bertaburan dalam longkang di tepi lebuh raya.

"Polis yang memeriksa lokasi kejadian kemudian menemui 22 butir peluru. Peluru-peluru itu bertaburan di atas rumput di tepi lebuh raya dan sebahagian lagi tertimbus di dalam longkang," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, kesemua peluru bersaiz sembilan milimeter itu dipercayai dibuang oleh pihak tertentu di kawasan itu secara tergesa-gesa, berkemungkinan bagi mengelak tindakan mereka membawa bahan terlarang itu disedari oleh pihak berkuasa. -kosmo-

GRO belai pelanggan dicekup

Posted: 04 Mar 2012 05:15 PM PST


 SEBAHAGIAN GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan di Taman AST, Seremban kelmarin.



SEREMBAN – Seramai 103 pelanggan yang masing-masing leka dalam belaian pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing yang gebu dan seksi terkedu apabila empat buah pusat hiburan di Taman AST di sini diserbu polis kelmarin.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, dalam serbuan pada pukul 9 malam yang dilakukan serentak itu polis menahan seramai 103 GRO warga asing dan 103 pelanggan warga tempatan.

Menurut beliau, semua GRO itu terdiri daripada 90 warga China, 11 Vietnam dan seorang warga Filipina yang berusia 21 hingga 45 tahun.

"Ketika serbuan beberapa wanita itu cuba melarikan diri dengan bersembunyi di beberapa tempat tersembunyi di pusat-pusat hiburan itu tetapi berjaya dikesan oleh anggota yang membuat serbuan," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Pelanggan lelaki yang ditahan masing-masing berusia 20 hingga 40-an. Turut ditahan empat penjaga di setiap pusat pusat hiburan tersebut. -kosmo-

Wanita separuh bogel serbu pusat pengundian di Moscow, Rusia

Posted: 04 Mar 2012 05:09 PM PST


 DUA wanita separuh bogel ditangkap polis di sebuah pusat pengundian di Moscow semalam.



MOSCOW, Rusia - Beberapa wanita separuh bogel yang hanya memakai seluar panjang ditangkap polis selepas mereka menyerbu sebuah pusat pengundian di Akademi Sains Rusia di sini semalam.

Wanita-wanita tersebut yang merupakan anggota pertubuhan FEMEN dari Ukraine menyerbu pusat itu selepas Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin tiba untuk mengundi dalam pilihan raya presiden.

Putin turut bertanding sebagai calon presiden.

Anggota-anggota kumpulan itu cuba untuk mencuri peti undi selepas Putin membuang undi.

Tiga wanita menanggalkan baju mereka dan menyatakan Putin ialah seorang pencuri.

Polis Moscow menyatakan wanita-wanita tersebut dibawa ke sebuah balai polis dan keputusan belum dibuat sama ada mereka akan dikenakan dakwaan. - Agensi

No comments: