Wednesday 7 March 2012

Budak Technician

Budak Technician


Fasha Sahkan Bakal Berkahwin Tahun Ini

Posted: 06 Mar 2012 01:16 AM PST

Fasha Sandha.

PETLAING JAYA: Pelakon Fasha Sandha mengesahkan bakal menamatkan zaman daranya tahun ini sekaligus mengesahkan perhubungan kontroversinya dengan kekasihnya, Jejai atau Toh Muda Rizal Ashram Ramli.

Fasha dalam laporan Harian Metro pada Selasa dipetik sebagai berkata, dia sudah pun menerima lamaran Jejai dan memberitahu kekasihnya itu sudah pun bertemu dengan keluarganya untuk merisik.

"Alhamdulillah saya terima lamarannya dan dia sudah bertemu keluarga saya untuk merisik", katanya.

Pelakon berusia 28 tahun kelahiran Johor Bahru itu mengulas pelbagai desas-desus terbaru mengenai persiapan perkahwinannya termasuk gambar mereka menghadiri kursus kahwin di Setiawangsa minggu lalu yang mula tersebar di Internet.

"Memang saya dan Jejai menghadiri kursus kahwin minggu lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ia satu pengalaman yang baru buat saya.

"Saya akur dengan gambar yang tersebar kerana status sebagai selebriti membuatkan saya tidak boleh lari. Namun, perkara baik seperti ini tiada apa yang perlu disembunyikan lagi."

"Insya-Allah jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, kami berkahwin dalam tahun ini," ujarnya.

Selain gambar pasangan itu mengikuti kursus persediaan perkahwinan, turut tersebar di Internet dan disiarkan di portal hiburan ialah gambar mereka mencuba busana pengantin di sebuah butik.

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut mengenai tarikh dan lokasi perkahwinan, Fasha enggan memberitahu kerana belum bersedia dan menanti waktu sesuai untuk diumumkan. -mstar-

Osbon Dituduh Besar Kepala Kerana Tuntut Bayaran Tinggi ?

Posted: 06 Mar 2012 12:58 AM PST

Abon berasa 'simpati' pada pihak yang menabur fitnah dan cuba menjejaskan periuk nasinya dan kumpulan Osbon.

PETALING JAYA: Pelawak Abon kecewa apabila kumpulan yang dianggotainya bersama Os iaitu Osbon dituduh mula besar kepala kerana meletakkan bayaran tinggi untuk sesebuah acara hiburan.

Abon atau nama sebenarnya Shahrizan Ahmad, 52, berkata dia enggan melayan dakwaan mengarut sebegitu, malah turut berasa 'simpati' dengan tuduhan kosong beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan kumpulan yang dianggotainya itu.

"Saya sangat 'kasihan' dengan pihak yang menuduh Osbon semakin sombong dan menetapkan harga bayaran yang tinggi bagi persembahan kami. Tiada istilah atau komen lanjut yang sesuai untuk perkara seperti ini.

"Saya tahu perkara ini tersebar kerana perasaan tidak puas hati segelintir pihak apabila permintaan mereka tidak dapat kami penuhi atas sebab-sebab tertentu," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Pelawak itu diminta mengulas khabar angin mengatakan mereka mula "demand" apabila meletakkan harga tinggi untuk sesebuah majlis selepas menjadi juara rancangan Maharaja Lawak Mega (MLM) terbitan Astro sebelum ini.

mStar Online dimaklumkan sebuah agensi kerajaan terkejut apabila salah seorang di antara mereka dikatakan meletakkan kadar sehingga RM14,000 untuk terlibat selama sejam sebuah acara di Pagoh, Johor minggu lalu.

Kumpulan itu juga dikatakan bertanya mengenai bayaran apabila sebuah syarikat akhbar ingin menjemput mereka melayan peminat menerusi segmen "cit cat" portal berita syarikat berkenaan.

Abon berkata, sebagai pelawak yang berpengalaman 30 tahun dalam bidang seni, dia atau gandingannya Os tidak pernah menetapkan harga yang tidak masuk akal seperti digembar-gemburkan itu.

Osbon yang dianggotai Abon dan Mr Os ketika menjuarai program Maharaja Lawak Mega, pada Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, harga tersebut haruslah wajar dan berpatutan dengan bakat, pengalaman dan portfolio mereka selepas memenangi program MLM pada tahun lalu.

"Kami tidak pernah letak harga yang bukan-bukan. Kalau diikutkan harga kami tetapkan tidak seberapa berbanding pengalaman, bakat dan profil. Malah, pelawak-pelawak yang lebih muda dan baru setahun jagung mendapat bayaran jauh lebih tinggi daripada kami.

"Apakah itu dinamakan kami meletakkan harga tinggi? Kami tidak pernah memilih tawaran, jika kena pada cara dan tolak-ansur, kami ambil sahaja walaupun harganya tidak setimpal dengan apa yang kami tawarkan," katanya.

Abon berkata apa yang dikesalkan, sebelum ini kewujudannya dalam industri sering dianggap remeh dan tidak mendapat sokongan media tetapi sejak menjuarai MLM pelbagai cerita dan tumpuan mula terarah kepada mereka yang berbaur negatif pula.

"Selama ini pun saya berdikari dalam industri dan tidak pernah kecoh untuk publisiti atau letak harga apa pun. Saya bekerja dalam bidang ini untuk wang dan tidak kisah tentang soal publisiti.

"Orang ramai akan faham kalau juara MLM ini hendak letak harga atau apa sekali pun kerana kami sudah buktikan kemampuan kami.

"Yang lucunya, orang luar tidak kecoh tetapi orang dalam industri sendiri pula yang berkata macam-macam," katanya yang menerima pelbagai undangan persembahan pentas tanpa henti sejak menjuarai MLM. 

Ahmad Idham Anggap Khairy Jamaluddin Tidak Wajar Komen 'Hantu Bonceng'

Posted: 06 Mar 2012 12:51 AM PST

Ahmad Idham


PETALING JAYA: Pengarah filem Ahmad Idham enggan melayan komen dan persepsi negatif segelintir pihak yang mengecamnya kerana dianggap tidak boleh menerima pandangan ahli politik Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) mengenai filem arahannya, Hantu Bonceng.

Ahmad Idham berkata, dia enggan mengulas mengenai isu terbaru ini kerana bimbang sesuatu yang berkaitan politik akan terus diputar belit dan disalah ertikan oleh khalayak.

"Saya sudah jangka, apabila ia melibatkan politik, pasti akan jadi lain dan mengundang pelbagai persepsi. Setiap perkataan yang dikeluarkan ahli politik sememangnya meninggalkan impak dan persepsi kepada khalayak.

"Saya tidak mahu melayan persepsi khalayak yang tidak memahami keadaan sebenar dan sebab di sebalik tindakan saya mempersoalkan teguran KJ dalam Twitter," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau itu mengemas kini status akaun Twitternya selepas malam gala filem Bunohan pada minggu lalu dengan memuji filem itu yang cemerlang dari segi sinematografi, metafora dan dialog tidak seperti filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham.

Hantu Bonceng telah menemui penonton di pawagam pada 31 November 2011.
Komen Khairy yang mengundang jawapan balas Ahmad Idham


Ahmad Idham menegaskan dia bukan tidak boleh menerima teguran dan kritikan orang lain terhadap karyanya, cuma berasa terkilan dan pelik kerana komen tersebut dikeluarkan oleh KJ tanpa ahli politik itu mengetahui senario sebenar industri perfileman tanah air.

"Saya bukan tidak boleh ditegur atau dikritik tetapi saya jadi tergamam dengan komen beliau (KJ) dalam akaun Twitter itu seolah-olah membandingkan filem saya, Hantu Bonceng dengan Bunohan.

"Apakah rasional komen sebegitu dikeluarkan tanpa beliau mengetahui punca dan sebab filem-filem ringan seperti Hantu Bonceng terus dihasilkan dalam industri filem tempatan?

"Adakah beliau tahu realiti sebenar dan kesukaran penggiat seni sehingga memaksa kami mengeluarkan filem-filem ringan yang mudah dijual dan diterima, sekali gus menjana pendapatan industri?" katanya.

Justeru itu, Ahmad Idham berkata adalah tidak wajar komen sedemikian dikeluarkan oleh KJ kerana ia seolah-olah memperkecilkan usahanya untuk mengembangkan industri filem tempatan biarpun berhadapan dengan pelbagai kekangan.

"Saya tidak marah atau melenting tetapi terkejut kerana komen begitu keluar daripada pemimpin yang saya kagumi dan hormati.

"Saya tidak akan suka-suka buat filem ringan seperti Hantu Bonceng jika tiada sambutan. Sebagai penerbit, sudah tentu saya mahu terus berkarya dan menjana pendapatan daripadanya.

"Malah, kewujudan filem-filem ringan sebeginilah yang menggalakkan perkembangan industri filem yang kecil dan penuh kekangan selama ini," katanya.

Terbaru, pemilik syarikat produksi Excellent Pictures Sdn Bhd itu kini sibuk menjalani latihan teater muzikal arahannya, Gerimis Mengundang.

Ia bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 27 Mac sehingga 8 April depan. -mstar-

Jimmy Ingin Berbaik Dengan Isteri

Posted: 05 Mar 2012 08:24 PM PST

Jimmy (kanan) bersama peguamnya hadir meneruskan prosiding tuntutan nusyuz dan kembali taat terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Isnin.

SHAH ALAM: Pengacara dan pelakon, Jimmy Shanley akan terus berusaha untuk berbaik semula dengan isterinya demi anak sulung mereka, Zahrah Shanley yang berusia sembilan bulan.

Jimmy berkata, semua perkara yang dilakukannya termasuk "naik turun" mahkamah adalah demi anaknya itu dan masih berharap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy akan kembali taat kepadanya.

"Sudah tentu saya masih sayangkan isteri saya dan apa yang saya lakukan ini adalah semata-mata untuk kebahagiaan kami.

"Paling penting adalah untuk Zahrah, anak kami," ujarnya kepada mStar Online.

Jimmy ditemui selepas selesai prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Isnin.

Dalam pada itu, Jimmy berkata dia telah cuba untuk menyelesaikan kes mereka di luar mahkamah tetapi gagal kerana keengganan isterinya berbuat demikian.

Katanya, dia tidak mempunyai pilihan selain meneruskan prosiding di mahkamah.
 
Nursuhaila

"Ikutkan hati biarlah kemelut rumah tangga kami menjadi rahsia di antara kami tetapi cara untuk diselesaikan secara baik nampaknya tidak menunjukkan hasil," katanya.

Bercakap mengenai kesnya yang mendapat perhatian dengan pelbagai pendedahan, kata Jimmy, ia adalah harga yang perlu dibayar olehnya kerana bergelar seorang selebriti.

Sementara itu, Jimmy enggan mengulas mengenai anaknya dan memberitahu telah menyerahkan kepada mahkamah selepas isterinya itu membuat tuntutan hadanah (tuntutan hak penjagaan anak).

Ujarnya, dia tidak mahu memburukkan lagi keadaan dengan pelbagai kenyataan mengenai soal anak.

Pada prosiding yang diakan Isnin, Jimmy mengaku pernah menampar isterinya semasa bercuti untuk berbulan madu di Koh Samui, Thailand selepas beberapa hari mendirikan rumah tangga.

Nursuhaila yang turut hadir pada sesi berkenaan turut memberitahu mahkamah sudah tawar hati terhadap suaminya itu.

Pasangan tersebut bernikah pada 1 Oktober 2010 dengan wang hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.

Perkahwinan mereka mendatangkan masalah sehingga Jimmy memfailkan perintah kembali taat terhadap isterinya pada 3 Januari 2011 diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari tahun yang sama. -mstar-

Video Tiz Zakiah Nyanyikan Lagu Kisah Hati Buat Remy Ishak

Posted: 05 Mar 2012 07:55 PM PST

Tiz dan Remy Ishak


Tiq Zaqyah nyanyi lagu Kisah Hati untuk Remy Ishak di konti Hot Fm baru baru ini dengan penuh perasaan,sebagai kekasih tentulah Remy Ishak merasa teruja dengan dendangan suara yang lunak dan ditambah dengan vibrato icon smile tiq zaqyah nyanyi lagu kisah hati untuk remy ishak buah hatinya itu.

Rupanya Tiq mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyanyian,Turut berada dalam konti Hot Fm adalah Norman KRU,Selepas ini ada harapan la Tiq Zaqyah nak buat album single nanti..hehe.

Layankan nyanyian Kisah Hati Tiq Zaqyah buat Remy Ishak pada video dibawah







sumber : enciknakal

Rabecca Berhasrat Buka Rumah Kebajikan

Posted: 05 Mar 2012 07:45 PM PST

Rabecca Nur Al-Islam.

PETALING JAYA: Pelakon Rabecca Nur Al-Islam berhasrat untuk membuka sebuah rumah kebajikan bagi anak-anak yatim suatu hari nanti.

Rabecca berkata, dia memasang impian itu kerana sukakan kepada aktiviti kebajikan dan ingin terlibat secara serius bagi membantu mereka yang bermasalah.

"Saya banyak terlibat dengan pelbagai aktiviti kebajikan dan sentiasa berasa gembira kerana dapat melakukannya tambahan pula jika ia melibatkan golongan anak yatim dan orang tua.

"Sebab itu saya memasang cita-cita untuk membuka rumah kebajikan atau pun sebuah yayasan supaya dapat terlibat secara serius dalam kerja-kerja seperti ini," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Rabecca berkata dia kini lebih selektif dengan watak yang ditawarkan oleh pihak penerbit kerana ingin menjaga status dirinya sebagai seorang isteri kepada Nor Azam Sulaiman.

Ujarnya, walaupun suaminya mengizinkan dirinya untuk berlakon tetapi sebagai isterinya dia perlu tahu menjaga batasan diri.

"Rasanya tidak sesuai kalau nak bawa watak perempuan gedik dalam filem atau pun drama kerana saya perlu menjaga hati suami dan keluarga. Sebab itu saya lebih selektif dengan watak yang diberikan kepada saya," ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai anak, Rabecca berkata dia sedang berusaha untuk mendapatkan anak namun rezeki masih belum menyebelahinya.

Dia juga tidak kisah dengan bilangan anak yang dikurniakan kerana sukakan kepada keluarga yang besar.

"Sekarang pun saya seronok dapat menjaga anak angkat saya iaitu Adam Daniel dan dua anak tiri yang lain," ujarnya. -mstar-

Video Rancangan Eksklusif Walimatulurus Yusry dan Lisa Surihani (Bahagian 2)

Posted: 05 Mar 2012 07:43 PM PST



Video walimatul urus Lisa Surihani dan Yusry bahagian kedua,Di samping kisah romantik mereka, dokumentari ini juga memaparkan setiap detik persiapan perkahwinan, upacara akad nikah dan majlis persandingan.

bahagian 1 disiarkan pada 25 Februari, pukul 10 malam telah meneliti profil pengantin lelaki dan perempuan, kisah cinta mereka daripada kaca mata mereka sendiri serta kenalan dan ahli keluarga, serta persiapan perkahwinan.

Di bahagian kedua pula yang disiarkan pada 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam, dokumentari ini bersambung di upacara akad nikah, persiapan terakhir majlis persandingan, liputan majlis persandingan dan pengakhiran sesi temubual bersama pengantin lelaki dan perempuan tentang perancangan dan harapan masa depan mereka.

Antara paparan menarik yang akan dikongsikan bersama penonton ialah tentang konsep perkahwinan Yusry dan Lisa khususnya tema, makna di sebalik warna serta pakaian yang dipilih mereka. Di satu babak juga, Ibu Lisa akan bercerita tentang kerisauannya kerana Lisa dan Yusry sentiasa sibuk dan banyak perkara yang belum siap.

Saksikan video eksklusif walimatul urus Yusry dan Lisa Surihani bahagian kedua(episod 2) dibawah






sumber : astro/enciknakal

Bakal Muncul Solo, Tam Tidak Tinggalkan Spider

Posted: 05 Mar 2012 07:35 PM PST

Tam Spider.

Penyanyi kumpulan Spider, Tam atau nama sebenarnya Rustam Mustafah menafikan dakwaan kononnya dia akan meninggalkan kumpulan tersebut dalam masa terdekat kerana ingin bergerak secara solo.

Tam berkata, dia tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan rakan-rakanya dalam kumpulan itu dan tiada sebarang sebab untuk meninggalkan Spider.

Namun dia tidak menafikan akan muncul dengan album solo pada tahun ini.

"Dakwaan saya tinggalkan Spider adalah tidak berasas selama sekali kerana tidak pernah ada niat untuk berbuat demikian.

"Projek solo yang bakal saya lakukan adalah kerana untuk mencuba sesuatu dalam kerjaya saya," ujarnya kepada mStar Online.

Tam ditemui ketika menghadiri Festival Muzik Belia 2011 bersama Barisan Nasional (BN) di sini, Ahad.

Dalam pada itu, Tam memberitahu, rakan-rakannya dalam Spider iaitu Hanafi, Ayie dan Tony yang memaksa dia untuk menghasilkan album solo kerana merasakan sudah tiba masanya untuk dia melangkah jauh dalam bidang muzik.

Tam berkata, ia bukanlah keputusannya sendiri tetapi mendapat sokongan daripada teman-temannya.

"Saya dah berfikir untuk buat solo hampir tiga ke empat tahun lalu, tetapi hasrat tergendala kerana mahu memberi tumpuan kepada Spider yang mempunyai pelbagai projek ketika itu.

"Bagaimanapun sekarang adalah masalah sesuai untuk saya mengorak langkah setapak lagi dalam kerjaya saya," ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai konsep album yang akan dibawa nanti, Tam berkata ia akan berbeza daripada konsep yang dibawa bersama kumpulan Spider.

Tam berkata, dia masih belum mempunyai sebarang genre khusus untuk album solonya nanti tetapi tidak menolak kemungkinan akan beralih kepada muzik pop.

"Yang pasti ia akan berbeza daripada muzik Spider kerana kalau bawa konsep sama maka tidak memberi perbezaan. Ia boleh jadi pop, pop rock atau pun pop tradisional, saya sendiri belum tahu," ujarnya.

Tambah Tam, album berkenaan akan mempunyai lima buah lagu dan akan diterbitkan bersama syarikat rakamannya Luncai Emas dan Universal Music. -mstar-

Lady Gaga Mahu Anak Sendiri Tahun Depan

Posted: 05 Mar 2012 07:31 PM PST

Lady Gaga

LONDON: Penyanyi Lady Gaga yang belum berkahwin dilaporkan berhasrat untuk hidup berkeluarga bersama kekasihnya aktor Taylor Kinney apabila dia memiliki anak sendiri pada tahun depan.

"Dia (Gaga) mula menyenaraikan beberapa nama bayi di atas kertas. Dia mula berimaginasi tentang wajah anak mereka nanti memandangkan Taylor seorang yang sungguh kacak.

"Dia mahu berkongsi segala-galanya dengan Taylor iaitu cinta, perkahwinan dan sebuah keluarga.

"Dia telah bersedia untuk menjadi ibu dan kerap menyuarakan hasratnya untuk melahirkan anak dalam masa setahun ini," kata satu sumber yang dipetik laman web contactmusic.com.

Pasangan kekasih itu dikatakan baru sahaja pulang dari kediaman keluarga Kinney di Lancaster, Pennsylvania bagi berkongsi berita tersebut.

Dalam pada itu, makcik kepada Kinney berkata: "Memang tidak syak lagi, mereka saling mencintai antara satu sama lain. Kini, kami sudah menemui dia (Gaga) dan kami juga menyayangi dia! Mereka adalah pasangan yang sempurna.

"Saya berbangga kerana dapat bersua dengan dirinya yang sebenar di sebalik solekan dan pakaian. Dia seorang yang rendah diri dan bijak berkomunikasi. Dia ringkas, manis, normal dan sihat." - IANS

Dua Set Karakter Hidup Upin dan Ipin

Posted: 05 Mar 2012 07:00 PM PST



DUA karakter animasi cilik yang merupakan adik-beradik kembar, Upin dan Ipin, bukan sahaja dikenali di seluruh Malaysia, malah di arena hiburan antarabangsa.

Karakter untuk filem animasi dalam bentuk tiga dimensi (3D) pertama di Malaysia, Geng: Pengembaraan Bermula ini juga berjaya memenangi pelbagai anugerah dan baru-baru ini, ia dinobatkan sebagai Animasi Paling Berjaya dan tersenarai dalam Malaysia Book of Records 2011.

Apa yang membanggakan, filem animasi pertamanya terbitan Les' Copaque Production Sdn. Bhd. ini telah berjaya mengumpul kutipan pecah panggung mencecah RM6.3 juta.

Melihat kepada kejayaan filem dan siri animasi di TV itu, Les' Copaque dan CTRA Production menggembleng tenaga untuk menghasilkan sebuah lagi produk yang bakal memeriahkan lagi industri hiburan tanah air iaitu pementasan teater yang diberi judul Upin & Ipin The Musical.

Jika menerusi TV atau layar perak, ia sekadar muncul dalam bentuk animasi, namun, kesemua karakter dalam siri dan filem animasi tersebut pada kali ini 'dihidupkan' untuk dipentaskan secara langsung di pentas teater pula.

Setelah mengadakan uji bakat yang dihadiri oleh beratus-ratus orang, empat kanak-kanak telah dipilih untuk melakonkan watak Upin dan Ipin dalam teater muzikal ini.

Empat orang? Sebenarnya karakter Upin dan Upin disediakan dalam dua set iaitu empat orang yang dipilih dan mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Upin & Ipin A dan Upin & Ipin B.

Kumpulan Upin & Ipin A masing-masing menampilkan Joshry Adamme Rizq Arish Khairul Fazril, 11 tahun dan Muhammad Faritz Danial Roshaimi, 13 tahun manakala Faris Azim Abd Karim, 14 tahun dan Amir Johar Nadim, 11 tahun masing-masing sebagai Upin & Ipin B.

Dua set Upin & Ipin ini akan dibahagikan kepada bahagian pertama dan kedua teater ini kelak.

Keempat-keempat kanak-kanak tersebut mempunyai cerita masing-masing dan pengalaman yang berbeza. Kosmo! sempat menemu ramah dan mengadakan sesi bergambar bersama mereka yang bertempat di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Adamme uji bakat dua kali

Bagi Joshry Adamme Rizq Arish Khairul Fazril yang merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik ini, bidang lakonan bukan perkara baharu bagi dirinya. Ia disebabkan pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Sri Petaling, Kuala Lumpur ini pernah tampil dalam filem Krayon arahan Dean A. Burhanuddin pada tahun 2010.

"Saya pernah terlibat dalam filem Krayon untuk watak Afiq. Selain itu, saya juga pernah hadiri uji bakat untuk drama Geng Bas Sekolah, namun gagal.

"Saya juga ada terlibat dalam iklan komersial TV seperti Courts Mammoth, Astro B.yond, Giant, dan Astro Ceria. Ini kerana ibu saya memang sering bawa saya ke sesi uji bakat-uji bakat terbuka yang diadakan," tuturnya yang lebih mesra disapa sebagai Adamme.

Cerita Adamme, semasa pertama kali ke sesi uji bakat Upin & Ipin The Musical, wujud perasaan malu dalam diri kerana baginya ketika itu dia belum bersedia sepenuhnya.

"Ibu ada terbaca dalam surat khabar dan tiba-tiba, dia ajak saya ke Istana Budaya. Mula-mula saya rasa pelik, kenapa mak bawa saya ke sana. Sampai di sana, barulah saya sedar rupanya mak bawa saya ke uji bakat Upin & Ipin The Musical.

"Saya hadir ke uji bakat sebanyak dua kali kerana pada uji bakat yang pertama saya seperti tidak bersedia. Saya risau tidak akan terpilih, namun pada uji bakat kali kedua, saya memang sudah betul-betul bersedia. Ibu pun berikan kata-kata semangat kepada saya," katanya yang meminati pelakon Aaron Aziz dan Lisa Surihani.

Danial menggigil

UPIN & IPIN THE MUSICAL mempertaruhkan bakat empat pelakon cilik ini sebagai daya tarikan utama.



"Saya pernah berlakon di sekolah, jadi saya tidak terlalu takut untuk berlakon di pentas Upin & Ipin The Musical.

"Tapi mungkin kali ini dalam teater yang ditonton ramai orang, ahli keluarga dan saudara-mara mungkin saya akan menggigil," begitulah luahan Muhammad Faritz Danial Roshaimi, 13, yang memang meminati animasi Upin & Ipin.

Disebabkan minatnya itu, pelajar St. John Institution ini memberanikan diri untuk menghadiri uji bakat yang dijalankan apabila terlihat iklan uji bakat tersebut dalam akhbar yang dibacanya.

Menurutnya, dia tidak mempunyai masalah besar dalam menghafal skrip, namun cabaran itu hadir semasa ingin mengingati langkah tarian terutama bagi lagu berjudul Rama-Rama dan Buku yang telah dicipta khas untuk teater ini.

Selain itu, Danial juga ada membuat rujukan untuk menjayakan wataknya dalam teater ini sebagai Ipin iaitu dengan melihat dan mengkaji semula watak animasi tersebut.

Ceritanya lagi, ibu dan bapa sentiasa menyokong apa yang diminatinya ini dan dia berjanji tidak akan pernah mengabaikan pelajaran.

Azim miliki studio tarian

Jika melihat kepada tubuh kecilnya, pasti ramai yang tidak menyangka Faris Azim Abd. Karim sebenarnya sudah berusia 14 tahun dan semasa temu ramah, dia juga kelihatan paling sopan dan tertib.

Mempunyai minat terhadap tarian breakdance, Faris juga mempunyai sebuah kumpulan tarian b-boy yang dikenali sebagai Zeppo Youngsterz selain memiliki sebuah studio tarian sendiri di rumahnya.

Apa yang menariknya tentang Faris, kesemua koreografi tarian yang direkanya adalah hasil pembelajarannya dalam laman sosial YouTube.

"Saya menari breakdance sejak berumur umur 11 tahun. Sebenarnya, saya datang ke uji bakat Upin & Ipin The Musical kerana ingin tunjukkan bakat tarian b-boy saya, bukan untuk berlakon.

"Tapi selepas itu, saya disuruh berlakon dan tidak sangka pula saya berjaya mendapat watak Upin. Saya pun tidak tahu apa itu teater sebelum ini, hanya ingin mencuba nasib," jelas Faris tersenyum sipu.

Namun, Faris mengakui kelemahannya yang sukar untuk mengekspresikan mimik muka ketika lakonan untuk menunjukkan perasaan takut dan terkejut.

Bagaimanapun, untuk menunjukkan kesungguhannya, Faris akan tekun berlatih selama dua atau tiga jam untuk menghafal skrip dan apa yang dimahukan pengarah.

Amir malu dengan keluarga

Sepanjang sesi temu ramah, Amir Johar Nadim paling petah berbicara. Ada sahaja yang ingin disoal dan dijawabnya. Bagi Amir yang berusia 11 tahun ini, berlakon di pentas teater yang ditonton oleh ramai orang tidak menjadi masalah buat dirinya.

"Saya sudah biasa berlakon dan saya pernah pegang watak sebagai Hafiz dalam drama siri Geng Bas Sekolah semasa tahun dua dan tiga. Selepas itu, saya pernah juga tampil dalam sebuah telemovie, Tak Khatam Dah Khatan yang disiarkan di Astro Prima.

"Saya tidak berapa risau untuk berlakon teater sebab saya pernah berlakon dalam teater Lat The Kampung Boy menjadi budak kampung," cerita anak keempat dari lima orang adik-beradik ini.

Tambahnya, dia memang minat bidang lakonan. Ibu bapanya juga sentiasa menyokong kerjaya yang diminati pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur ini.

"Saya memang minat berlakon. Ibu saya yang memberi galakan kepada saya untuk mencuba dalam bidang lakonan.

"Saya tidak malu dengan orang ramai, tapi malu dengan keluarga saya sendiri, tambahan pula apabila saya terlihat mereka berada di hadapan kelak," akhirinya.-kosmo

Bipasha takut bercium

Posted: 05 Mar 2012 06:58 PM PST

AKTRES sensasi Bipasha Basu yang meraih banyak pujian impak lakonan hebatnya dalam filem terbaharunya, Jodi Breakers mempunyai banyak benda untuk berbicara tentang isu cinta, seks dan perhubungan.

Dalam satu temu bual dengan media India baru-baru ini, Bipasha, 33, berbicara tentang kriteria pemilihan yang dilakukannya sebelum bersetuju untuk membintangi sesebuah filem.

Akui Bipasha: "Saya lebih gemar melakonkan babak intim di layar perak berbanding dengan berlakon babak cium. Lagipun, saya takut untuk bercium."

Apabila ditanya gosip tentang dirinya yang dikatakan sedang serius bercinta dengan seorang aktor yang lebih muda berbanding usianya, jawab Bipasha: "Ya, saya sedang bercinta dengan seorang aktor yang usianya tujuh tahun lebih muda daripada usia saya." -kosmo-

Jimmy mengaku tampar isteri

Posted: 05 Mar 2012 06:49 PM PST


 JIMMY SHANLEY bersama Nursuhaila Eliani pada hari perkahwinan mereka pada
1 Oktober 2010.



SHAH ALAM - Pengacara televisyen Astro, Jimmy Shanley mengaku telah menampar isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy sebanyak dua kali sepanjang 19 hari berkahwin.

Menurut Jimmy, kali pertama dia menampar Nursuhaila adalah pada hari ketiga berkahwin di rumah mertuanya di Sungai Buloh dekat sini.

Kali kedua dia berbuat demikian ketika berbulan madu di Koh Samui, Thailand pada 19 Oktober 2010.

Katanya, tindakan tersebut dilakukan sebagai pengajaran untuk mengelak wanita itu menjadi derhaka selepas mengabaikan dirinya sebagai suami.

"Dia ada menangis, namun tiada kecederaan," katanya yang mengakui perkahwinan mereka bermasalah sejurus selepas bernikah pada 1 Oktober 2010.

"Selepas kejadian (ditampar), isteri saya terus daftar keluar (dari hotel) dan pergi ke Bangkok seorang diri manakala saya pulang ke Kuala Lumpur pada 20 Oktober," katanya semasa disoal peguam syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus.-kosmo-

Anak lebam teruk akibat dibuli

Posted: 05 Mar 2012 06:20 PM PST

 
SUZIANAWATI menunjukkan kesan-kesan lebam pada belakang tubuh Faqrul yang didakwa dipukul murid senior.

SEREMBAN – Seorang ibu mendakwa anak sulungnya yang merupakan murid tahun satu sebuah sekolah kebangsaan di sini mengalami lebam teruk di seluruh tubuh dipercayai menjadi mangsa buli tiga pelajar senior yang meminta wang daripada mangsa.

Suzianawati Mohamad, 33, berkata, Faqrul Hakimi Mohd. Kamarulzaman, 7, mengalami lebam-lebam di muka, badan, paha dan betis dipercayai dipukul dengan objek keras dalam kejadian Jumaat lalu.

Akibatnya, kata beliau, anaknya itu kini trauma sehingga sukar untuk menerangkan kepadanya mengenai kejadian sebenar yang berlaku.

"Saya menyedari anak saya dibelasah dan dibuli ketika menjemputnya dari sebuah rumah anak yatim di Taman England dekat sini pada kira-kira pukul 7.30 petang, Jumaat lalu.

"Saya terkejut apabila melihat kecederaan yang dialami Faqrul Hakimi dan dia memberitahu, dia telah dipukul ketika berada di sekolah.

"Bagaimanapun, dia gagal memberitahu dengan jelas bagaimana peristiwa itu boleh berlaku mungkin kerana trauma akibat dipukul dengan teruk,'' katanya di sini semalam.

Budak diculik angkara dendam

Posted: 05 Mar 2012 06:18 PM PST


ROSELYN (kanan) dan Lima menunjukkan gambar Nurul Nadirah dan patung kegemaran kanak-kanak itu semalam.



JOHOR BAHRU - Angkara dendam, seorang kanak-kanak disyaki menjadi mangsa penculikan ketika dia keluar rumah untuk membeli mi segera dan telur di sebuah kedai runcit berhampiran kediamannya di Flat Seri Delima Jalan Suri, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini Khamis lalu.

Nurul Nadirah Abdullah, 5, sehingga kini masih belum ditemui meskipun polis telah menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia di antara 36 dan 40 tahun bagi membantu siasatan sebaik mendapat laporan yang dibuat ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, pada hari kejadian.

Nurul Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang dilaporkan hilang pada pukul 11 pagi ketika anak kedua daripada tiga beradik itu telah diberi wang RM4 dan sekeping nota untuk membeli dua bungkus mi segera dan telur.

Bagaimanapun, mangsa masih tidak pulang selepas hampir sejam menyebabkan Roselyn dan suami, Lima Medang, 25, pergi mencari Nurul Nadirah di kedai runcit tersebut tetapi dimaklumkan bahawa kanak-kanak itu telah beredar pulang sejurus membeli barang-barang yang dimahukannya.

Menurut Roselyn, dia kini bimbang mengenai keselamatan anaknya itu walaupun polis telah membuat tangkapan dan memaklumkan mengenai penemuan sepasang selipar milik anaknya berserta mi segera dan telur di dalam kawasan kelapa sawit berhampiran flat empat tingkat terbabit.

"Ada jiran ternampak anak saya telah dilarikan oleh sepasang suami isteri dan seorang lelaki yang tinggal di rumah kosong yang telah dilelong di depan kediaman kami. -kosmo-

Nahas Genting Highlands 2012

Posted: 05 Mar 2012 06:08 PM PST


 ANGGOTA bomba melihat keadaan sebuah bas persiaran yang hancur selepas terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkan dua penumpangnya maut di Genting Highlands semalam.



GENTING HIGHLANDS - Kegembiraan sekumpulan 22 pelancong dari wilayah Punjab dan Jaipur, India bercuti di negara ini tidak berpanjangan apabila dua daripada ahli rombongan itu maut selepas bas persiaran yang mereka naiki terbalik ketika menuruni bukit di sini semalam.

Kejadian pukul 8 pagi di satu selekoh di Kilometer 4.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur itu mengakibatkan Anita-Aggarwal, 59, mati di tempat kejadian manakala Rajendra Kumar Agurwal, 67, disahkan mati sebaik tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Bas yang dipandu lelaki tempatan berusia 25 tahun itu membawa 22 penumpang dan seorang pembantu pemandu. Turut berada dalam bas itu ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.

Mereka menghala ke ibu negara sebelum hendak berlepas ke Singapura. Sebelum kejadian, mereka baru sahaja berlepas kira-kira empat kilometer dari pusat peranginan itu setelah menginap di situ sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Suprintendan Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, bas itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di laluan bertentangan.

"Kebanyakan penumpang cedera akibat tersepit selain terjatuh di atas lantai bas ketika kenderaan itu hilang kawalan sebelum terbalik. Tiada mangsa tercampak keluar dan ketika kejadian cuaca cerah," katanya. -kosmo-

Pelabur skim cepat kaya rumpai laut terus ditipu!

Posted: 05 Mar 2012 06:01 PM PST


 FERDINAND (kanan) menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan tuntutan pelabur yang ditipu di Ipoh semalam.



IPOH - Nasib kira-kira 2,000 mangsa skim cepat kaya pelaburan rumpai laut seperti jatuh ditimpa tangga apabila mereka bukan sahaja gagal mengesan dalang penipuan tetapi juga tidak dibenar memindah milik harta syarikat dan individu yang bertanggungjawab.

Berikutan itu, 50 orang daripada kumpulan mangsa terbabit mendesak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri Perak meluluskan permohonan mereka untuk mengkaveat harta milik ejen syarikat skim tersebut di Pusat Perniagaan Greentown di sini semalam.

Jurucakap kumpulan itu, Richard Ferdinand berkata, hanya melalui cara tersebut, mangsa akan mendapat sebahagian wang mereka meskipun jumlahnya amat sedikit berbanding nilai pelaburan keseluruhan yang mencecah RM26 juta.

Menurutnya, permohonan untuk mengkaveat harta berkenaan ditolak pengarah PTG negeri pada 16 Februari lalu dengan alasan pelabur tiada kepentingan dalam hak milik harta berkenaan.

"Hampir empat tahun kami berjuang mendapatkan semula wang pelaburan setelah pengusaha terbabit menghilangkan diri. Sepanjang tempoh itu, hampir 2,000 laporan polis dibuat namun sehingga kini tiada tindakan diambil terhadap mereka.

"Sudahlah kami kena tipu, janganlah pula hasrat kami untuk melelong harta milik mereka yang hanya dianggarkan bernilai RM500,000 itu ditolak," katanya pada sidang akhbar sebelum menghantar permohonan semula untuk mengkaveat harta tersebut di bangunan PTG negeri di sini semalam. -kosmo-

Harta karun bernilai RM241.8 juta dijual

Posted: 05 Mar 2012 05:31 PM PST


 SEBAHAGIAN daripada harta karun yang ditemui di perairan Indonesia
merupakan barangan kemas.



JAKARTA – Harta karun bernilai AS$80 juta (RM241.8 juta) yang ditemui di dalam sebuah kapal yang karam di perairan Indonesia 1,000 tahun dahulu sekali lagi akan dijual.

Dikenali sebagai Harta Karun Cirebon, ia ditemui di dalam bangkai sebuah kapal dekat Pelabuhan Cirebon di Pulau Jawa dan mengandungi sekitar 250,000 objek berharga termasuk kristal, mutiara dan emas.

"Harta karun ini adalah yang terbesar pernah ditemui di Asia Tenggara berdasarkan kualiti atau kuantiti," kata Pengarah Cosmix Underwater Research Ltd., Luc Heymans dalam satu e-mel kepada agensi berita Assoicated French Press.

Syarikat berkenaan yang beribu pejabat di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu bertanggungjawab mengangkut harta karun itu dari dasar laut.

Harta karun itu ditemui dari bangkai sebuah kapal sedalam 57 meter oleh beberapa nelayan Indonesia.

Kira-kira 22,000 selaman dilakukan di antara April 2004 dan Oktober 2005 yang dibiayai syarikat berkenaan selepas pihak berkuasa Indonesia memberikan kebenaran untuk mengangkut harta karun berkenaan.

Firma berkenaan gagal mencari pembeli apabila harta karun tersebut dijual pada satu lelongan di Indonesia pada tahun 2010.

Ia kemudian dieksport ke Singapura.

"Harta karun itu akan dijual di Singapura," kata Heymans. – AFP

'Teksi' di landasan kereta api

Posted: 05 Mar 2012 05:27 PM PST

 
SEBUAH troli yang membawa beberapa penumpang bergerak di atas sebuah landasan kereta api di Manila semalam.

MANILA - Sebuah troli yang diubah suai untuk membawa lapan penumpang bergerak di atas landasan kereta api di sini.

'Teksi' itu tidak menggunakan bahan api dan ia merupakan antara pengangkutan awam yang menawarkan tambang murah.

Troli itu bergerak sejauh dua kilometer dan setiap penumpang dikenakan bayaran sebanyak 10 peso (RM0.70). - REUTERS

Bateri nipis seperti kepingan filem

Posted: 05 Mar 2012 05:26 PM PST

 BENTUK bateri yang nipis seperti kepingan filem keluaran syarikat NEC.

TOKYO - Firma elektronik Jepun, NEC mengeluarkan bateri yang nipis seperti filem dikenali sebagai Bateri Radikal Organik (ORB).

Setebal cuma 0.3 milimeter (mm), kepingan bateri itu boleh digunakan dalam kad pintar dan kertas elektronik serta beberapa gajet bergerak yang lain.

Menurut NEC, bateri ORB itu memiliki 40 peratus lebih kuasa berbanding bateri ORB generasi lama.

Ia dibuat dengan menggunakan bahan mentah yang murah tetapi berkualiti. - AGENSI

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS)

Posted: 05 Mar 2012 05:23 PM PST

http://3.bp.blogspot.com/-OXNhRNUkGdI/T1QyP-kxtkI/AAAAAAAAEV4/tDvvMFLCpxY/s1600/Jawatan%2BKosong%2BLembaga%2BSungai-Sungai%2BSarawak%2B%2528LSS%2529.gif

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat perlantikan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:-

1. PENOLONG PEGAWAI LAUT, GRED A29
2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI), N17
3. PEKERJA AWAM, R1

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
i. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Untuk Jawatan Kosong LSS (Borang – Pindaan 1/06) yang boleh didapati di Pejabat Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

ii. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil-sijil Persekolahan dan Akademik serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang disahkan.

iii. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama salinan-salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan Laporan Prestasi yang disahkan.

iv. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon.

Permohonan yang lengkap hendaklah dialamatkan kepada:-

CONTROLLER,
LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK
TINGKAT 2, ELECTRA HOUSE,
POWER STREET, 93000 KUCHING


Tarikh Tutup Permohonan Pada 14 Mac 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Planetarium Negara

Posted: 05 Mar 2012 05:19 PM PST

http://2.bp.blogspot.com/-jRA3opQr4Ss/T1QyQGbnovI/AAAAAAAAEWE/k7wzFyA1ETg/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPlanetarium%2BNegara.png

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan di Planetarium Negara bagi jawatan seperti berikut :-

1. Pembantu Galeri (S27) - PSH

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
a) Semua maklumat yang diisi dalam borang hendaklah ditulis dengan jelas dan terang dengan HURUF BESAR.

b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan surat beranak, salinan sijil-sijil keputusan peperiksaan dan salinan sijil tamat persekolahan yang DISAHKAN.

c) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat di bawah:

Pengarah
Planetarium Negara
53 Jalan Perdana
50480 Kuala Lumpur

(u/p: Puan Nur Fazilah bt Mohamad Hanafiah)

Tarikh Tutup Permohonan Pada 09hb Mac 2012 (Jumaat)

No comments: