Thursday 8 March 2012

Budak Technician

Budak Technician


PANAS! Foto Bogel Bintang “Purple Love” Kirana Larasati Tersebar?

Posted: 07 Mar 2012 01:26 AM PST


Baru-baru ini gempar dengan satu lagi foto bogel pelakon dari Indonesia yang telah tersebar meluas di laman web, dan foto bogel tersebut didakwa adalah bintang "Purple Love", Kirana Larasati.

Walaubagaimanapun, masih ramai orang yakin bahawa gambar tersebut adalah gambar yang telah di "edit" secara digital.

Dalam foto pertama, memperlihatkan seorang wanita sedang berbaring di atas katil tanpa seurat benang, dan foto kedua pula menampakkan wanita tersebut sedang "pose" dalam keadaan separuh bogel dengan menutup payu-daranya dengan rambut.

Satu forum di laman web membincangkan foto yang didakwa milik Kirana itu adalah palsu, dan ramai yang yakin bahawa foto tersebut telah diubah suai.

Salah seorang daripada penulis di forum tersebut juga menyatakan bahawa foto tersebut nampak seperti diubah suai dengan menggunakan 'Photoshop' kerana perincian foto disembunyikan menyebabkan ia susah untuk diperinci.

Pada masa sama, pengurus kepada Kirana, Yopie, sekeras-kerasnya menafikan bahawa itu adalah foto Kirana.

"Ia tidak mungkin foto Kirana. Saya kenal dengannya dan dia tidak suka bergambar seperti begitu. Itu bukan gambar dia," jelas Yopie. – HM

Datuk Yahya Sulong Masih Lemah, Dijaga Anak Saudara

Posted: 07 Mar 2012 01:20 AM PST

 
Datuk Yahya Sulong.

PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon Datuk Yahya Sulong, 84, iaitu Datin Alisah Ali memberitahu keadaan suaminya masih lemah selepas dibenarkan keluar daripada Hospital Ampang minggu lalu.

Alisah, 65, berkata, suaminya masih sukar berjalan dan kini dijaga oleh anak saudaranya yang kebetulan tidak bekerja di sebuah perumahan di Setapak, dekat sini.

"Makcik bukan tidak mahu menjaga dia tetapi keadaan kesihatan makcik juga kurang baik. Suami pula sukar berjalan dan sering mengalami semput, kalau jatuh takut perkara lain pula timbul.

"Nasib baik ada anak saudara yang prihatin dengan keadaan kami, sudi untuk menjaganya buat sementara sehingga betul-betul sihat," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Sebelum ini, Yahya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang selepas terjatuh daripada bilik air pada 20 Februari lalu.

Kejadian tersebut berlaku ketika beliau hendak buang air besar di bilik air rumahnya di Bandar Baru Sentul dekat sini tetapi atas sebab-sebab keuzuran, Yahya dipercayai telah tergelincir.

Dalam pada itu, Alisah berkata, dia berulang-alik menjenguk suaminya itu selang dua hari namun memberitahu kerap menelefon untuk bertanyakan keadaannya.

Tambahnya, dia mahu suaminya itu mendapat perhatian dan rehat secukupnya di bawah jagaan anak saudaranya itu supaya boleh kembali sihat seperti sedia kala.
 
 
Alisah Ali (tengah) menerima sumbangan daripada persatuan artis dan pertubuhan politik bagi pihak Yahya Sulong sambil disaksikan oleh para artis di Hospital Ampang kira-kira dua minggu lalu.

"Keperluan untuk dirinya di sana telah makcik belikan untuk memudahkan anak saudara makcik ketika menjaganya. Jasanya menjaga suami makcik pun belum tentu dapat dibalas," katanya.

Pun begitu, Alisah berkata dia berharap suaminya itu akan cepat sembuh dan dapat kembali ke rumah mereka di Bandar Baru Sentul secepat mungkin.

Sementara itu tiga persatuan dan pertubuhan pada Rabu berbesar hati menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban Yahya yang hilang sumber pendapatan kerana tidak lagi mampu berlakon.

Sumbangan bagi pihak artis disampaikan oleh Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez dan juga Pemangku Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi.

Turut memberi sumbangan ialah Pengerusi Biro Kebudayaan & Kesenian, Pemuda Umno Malaysia iaitu Jamawi Jaafar.

Johan Kawal Pertuturan Elak 'Mulut Celupar'

Posted: 07 Mar 2012 01:17 AM PST

Johan (Raja Lawak) lebih peka dan berhati-hati dalam berlawak. - Foto oleh SAMUEL ONG

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pengacara Johan (Raja Lawak) berkata beberapa kes kontroversi yang berpunca daripada keceluparannya ketika berjenaka membuatkan dia lebih berhati-hati.

Johan atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz, 27, berkata dia mengambil pendekatan untuk mengawal pertuturan bagi mengelak sebarang kontroversi atau salah faham daripada berulang, khususnya ketika bertugas sebagai penyampai di radio Era FM.

"Sebelum ini, sudah banyak kali jenaka dan gurauan saya disalah ertikan dan diambil serius sehingga mengundang kontroversi dan masalah. Bagi saya itu semua perkara yang lepas.

"Ia mengajar saya untuk lebih peka dan berhati-hati terutamanya dalam berkata-kata dan berlawak ketika bertugas di studio radio Era FM," katanya.

Hos program Raja Lawak 6 itu ditemui selepas bertugas dalam segmen Johara Pagi Era di Pusat Penyiaran Asia, Astro, Bukit Jalil, di sini, Selasa.

Johan berkata, susulan beberapa kontroversi yang timbul, dia kini lebih selesa untuk bercakap mengenai perkara atau isu yang umum dalam jenakanya bagi mengelakkan salah faham mana-mana pihak.
Johan bersama Haniff (depan, duduk) dan Ray mengendalikan segmen Johara Pagi Era sejak Januari lalu.

"Saya memang peka tentang perkara-perkara sensitif dan dilarang. Untuk mengelakkan pentafsiran yang salah di kalangan pendengar, saya bersama dua lagi penyampai segmen Johara Pagi Era iaitu Ray dan Haniff memilih untuk bercakap atau bergurau tentang topik umum.

"Dengan cara itu, jenaka kami tidak akan menyinggung mana-mana individu atau pihak dan ia dapat diterima umum," katanya.

Johan berkata sebagai bukti kepekaannya, dia turut menggunakan teknik yang lebih 'selamat' pada salah slot kendaliannya, GMMJ - Gossip Mosip Mak Jemah yang berkisar tentang perkembangan dunia hiburan dalam dan luar negara.

"Saya tidak ulas secara bulat-bulat setiap gosip yang kami pilih tetapi saya garap ia menerusi kewujudan pelbagai watak termasuk karakter Mak Jemah dalam bentuk jenaka.

"Malah, saya akan cipta situasi baru yang tiada kaitan dengan gosip yang diketengahkan itu agar ia kedengaran lebih santai, ringan dan tidak menyinggung sesiapa," katanya.

Trio ini bersiaran pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 hingga 10 pagi di Era FM. -mstar-

RTM Terbitkan Semula Drama 'Opah'

Posted: 07 Mar 2012 01:14 AM PST

Barisan pelakon drama bersiri 'Opah'.

SHAH ALAM: Drama bersiri Opah yang pernah menjadi fenomena pada tahun 1980-an bakal muncul dengan musim terbaharu yang akan mengangkat pelbagai isu kemasyarakatan dan kekeluargaan.

Pengarah drama itu, Zamani Ibrahim berkata, walaupun masih mengekalkan plot asal daripada musim terdahulu, pihaknya ingin menggunakan siri itu sebagai medium dengan menyuntik pelbagai pengajaran berguna kepada masyarakat," ujarnya kepada mStar Online.

Zamani ditemui ketika majlis pelancaran drama musim terbaru Opah di sini pada Selasa.

Tambahnya, permasalahan yang ditonjolkan dalam sub-plotnya drama itu sebagai satu kaedah untuk menerangkan peranan individu dan masyarakat tentang kesan sejauh mana bahaya sesuatu perkara dan penyelesaiannya.

Opah bakal dibarisi oleh pelakon hebat seperti Fadilah Mansor (Jenab/Opah), Shaharuddin Thamby (Osman), Hairie Othman (Alang Yasin), Aida Khalida (Timah) dan Zizan Nin (Azman).

Dalam pada itu, Zamani berkata siri terbaru ini akan memaparkan kisah hidup keluarga opah sebelum ini lakonan Allahyarham Zaiton Hussien menerusi generasi kedua.
 
Zamani Ibrahim

Ujarnya, watak Fadilah sebagai anak pertama opah iaitu Jenab akan menerajui plot penceritaan ini dengan pelbagai kisah menarik.

"Adalah tidak relevan untuk menggunakan Fadilah sebagai watak asal opah kerana peranan itu telah meninggalkan kesan mendalam di hati penonton sebelum ini.

"Sebab itu kita mengambil keputusan untuk meneruskan kesinambungan cerita ini dengan kehidupan anak-anak dan cucu opah selepas kematiannya," ujarnya.

Sementara itu, Zamani berkata, cabaran utama untuk menghasilkan drama ini datang daripada jenama Opah itu sendiri kerana siri itu cukup dikenali oleh penonton.

Katanya dia perlu bijak menyusun jalan cerita supaya penonton dapat mengikuti apa yang cuba disampaikan.

"Siri ini terlalu dekat dengan penonton sehingga ia menjadi satu cabaran buat kami di pihak produksi dalam memastikan ia benar-benar mempunyai kesinambungan dengan siri terawal supaya penonton tidak keliru.

"Atas dasar itu juga untuk musim terbaru ini kita mewujudkan beberapa jalur cerita secara berterusan dari awal hingga akhir musim bagi membawa perkembangan setiap watak dalam Opah," katanya.

Bakal menjalani penggambaran pada pertengahan Mac di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Perak, Opah musim terbaru akan menemui penonton pada September depan di TV1. -mstar-

Ahli Backstreet Boys Hilang Barang Kemas RM360,000

Posted: 07 Mar 2012 01:12 AM PST



AHLI kumpulan pop Backstreet Boys, Brian Littrell dilaporkan telah membuat laporan polis selepas kehilangan barang kemas bernilai RM360,000 di sebuah hotel penginapannya di Stone Mountain, Amerika Syarikat.

Littrell berkata kepada WSB-TV, dia dan isterinya menyedari kehilangan tersebut selepas meninggalkan hotel itu, di mana barang kemas berkenaan telah ditinggalkan selama satu malam.

Penyanyi utama kumpulan itu berkata sekembalinya ke hotel, barang kemas itu bagaimanapun sudah tiada.

Isterinya Leighanne Littrell memberitahu antara barang kemas yang hilang termasuklah cincin pertunangan mereka yang bernilai RM330,000.

WSB melaporkan, pihak polis yang menjalankan siasatan di hotel berkenaan pada malam Ahad (waktu tempatan) masih belum dapat memastikan waktu sebenar kejadian curi itu. - Agensi

Harry Potter Menderita Penyakit OCD

Posted: 07 Mar 2012 01:10 AM PST

Daniel Radcliffe.

DI sebalik wajah tenangnya, ternyata pelakon filem Harry Potter iaitu Daniel Radcliffe menyimpan satu rahsia yang cukup pahit buat dirinya.

Daniel dilaporkan menghidap penyakit "obsessive-compulsive disorder" yang lebih dikenali dengan nama OCD.

Seperti dilaporkan oleh akhbar The Sun, pelakon ini mengaku menderita dengan penyakit tersebut sejak berusia lima tahun dan kelainan yang ada pada dirinya itu telah membuatkan Daniel selalu tidak percaya kepada diri sendiri.

OCD adalah sejenis penyakit yang membuatkan penghidapnya selalu bersikap obsesif.

Perilaku ini membawa individu terbabit ke arah mementingkan kesempurnaan berlebihan.

Sebagai contoh, Daniel memerlukan waktu sehingga lima minit untuk meyakinkan dirinya bahawa dia telah mematikan suis lampu.

"Saya sentiasa mengulangi apa yang dilakukan atau berkata dalam hati. Penyakit ini kadang-kadang boleh membuatkan saya gila," ujarnya.

Bagaimanapun Daniel berkata keadaannya semakin baik kini dan mula mengurangkan sesi terapi yang dijalankan.

"Walaupun semakin baik tapi saya lalai untuk terus menghadiri sesi terapi yang mungkin akan menimbulkan masalah pada kemudian hari," ujarnya. -mstar-

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Posted: 06 Mar 2012 11:23 PM PST

http://1.bp.blogspot.com/-5lIUtsOGpiQ/T1Yg4hIag5I/AAAAAAAAEZg/ou9jcSc6DiQ/s1600/Jawatan%2BKosong%2BMajlis%2BAgama%2BIslam%2BWilayah%2BPersekutuan%2B%2528MAIWP%2529.png

MAIWP dengan ini mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan di MAIWP.

1. PEGAWAI TADBIR (N41)
2. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (S41)
3. AKAUNTAN (W41)
4. PENOLONG JURUAUDIT (W27)
5. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (S27)
6. PEMBANTU TADBIR (P/O) (N22)
7. PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN (E17)
8. PEMBANTU TADBIR (P/O) N17
9. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (S17)
10. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (S17) - GURU TADIKA
11. PEMANDU KENDERAAN (R3)
12. PEMBANTU AM PEJABAT (N1)
13. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PENGETUA) GRED DG44
14. PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41
15. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (S22) (KETUA GURU)
16. PEMBANTU TADBIR (KEW) W17

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN & BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
(i) Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan MAIWP/BKP/BP/08
yang boleh diperolehi dengan melayari laman web di http://www.maiwp.gov.my .
(ii) Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang telah disahkan
seperti berikut:-
(a) Ijazah/Diploma/Sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan, sijil berhenti sekolah dan sijil kelahiran.

(b) Transkrip keputusan semua semester bagi calon-calon yang mendapat kelayakan ijazah dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan yang mengandungi CGPA. Transkrip yang tidak menyatakan CGPA tidak akan diterima.

(c) Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, Badan berkanun atau kuasa tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan penilaian prestasi tahun terkini perlu disertakan bersama.

(d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul
surat dan disudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG
DIPOHON.

(e) Borang permohonana yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
Aras 10, Bangunan PERKIM
No. 150, Jalan Ipoh
51200 KUALA LUMPUR


Bagi calon daripada Labuan, Sabah dan Sarawak, borang permohonan boleh dihantar kepada :


Ketua Pegawai Eksekutif,
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Cawangan Labuan)
Blok 4, Tingkat 12
Kompleks Ujana Kewangan
Peti Surat 80960
87019 LABUAN


Tarikh Tutup Permohonan Pada 16 MAC 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL)

Posted: 06 Mar 2012 11:22 PM PST

http://3.bp.blogspot.com/-CWS8gvrE7sg/T1Yg43anAhI/AAAAAAAAEZ0/big_0vT4Wyo/s1600/Jawatan%2BKosong%2BInstitut%2BLatihan%2BPerindustrian%2BKuala%2BLumpur%2B%2528ILPKL%2529.png

Institut Latihan Peindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) dengan ini mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan di ILPKL.

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41/DGA 29

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
1. Sila hantar surat permohonan dan resume beserta sijil-sijil kelayakan kepada

Pengarah,
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur
Jalan Kuchai Lama
58200, Kuala Lumpur.
No.Telefon: 0379817495

Tarikh Tutup Permohonan Pada 19 Mac 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Posted: 06 Mar 2012 11:20 PM PST

http://3.bp.blogspot.com/-dJ1wbsuLkTU/T1Yg4GoapFI/AAAAAAAAEZQ/QuaAAsKl9u8/s1600/Jawatan%2BKosong%2BUniversiti%2BSains%2BIslam%2BMalaysia%2B%2528USIM%2529.png

Universiti Sains Islam Malaysia sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan yang berikut:

1. Pegawai Perubatan UD43/ UD44/ UD47/ UD48/ UD51 /UD52/ UD53/ UD54
2. Pegawai Teknologi Maklumat F41
3. Arkitek Landskap J41
4. Pegawai Pergigian U41
5. Pegawai Kewangan W41
6. Jururawat Pergigian U36
7. Jururawat Pergigian U32
8. Juruteknologi Pergigian U32
9. Juruteknologi Makmal Perubatan U29
10. Penolong Pegawai Perubatan U29
11. Penolong Pegawai Senibina J29
12. Penolong Pengurus Asrama N27
13. Penolong Akauntan W27
14. Pembantu Pembedahan Pergigian U22
15. Pembantu Makmal C17
16. Juruteknik Landskap J17
17. Pembantu Setiausaha/Pejabat N17
18. Pembantu Perpustakaan S17
19. Pengawal Keselamatan KP11
20. Tukang K3 (Elektrik) R9
21. Pembantu Am Pejabat N1

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN & PERMOHONAN ONLINE

Cara Memohon:-
i . Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman web http://www.usim.edu.my dan klik ke e-IRIS. Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.

ii. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988125/8114/8113.

Tarikh Tutup Permohonan Pada 18 MAC 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

Posted: 06 Mar 2012 11:18 PM PST

http://1.bp.blogspot.com/-DdWiohFyj8o/T1YeQDmcdLI/AAAAAAAAEZA/keyL5o5nztg/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPercetakan%2BNasional%2BMalaysia%2BBerhad%2B%2528PNMB%2529.jpg

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (PNMB) an established printing company with 12 braches in Malaysia seeks qualified candidates to join us:

HEADQUARTERS - KL

1. MANAGER - LAWNET
2. MANAGER - SALES
3. MANAGER - HUMAN CAPITAL DEVELOPMENT
4. ASSISTANT BRANCH MANAGER
5. EXECUTIVE - HUMAN CAPITAL
6. EXECUTIVE - IT
7. SALES CONSULTANT

JOHOR BAHRU

8. FINANCE SUPERVISOR
9. SALES CONSULTANT
10. TECHNICAL (MACHINE OPERATOR)
11. TECHNICAL (BINDERS)

IPOH

12. SALES CONSULTANT

CLICK HERE TO JOBS REQURIEMENTS

How to Apply:-

FOR VACANCIES AT KL - HQ

1. Candidates are required to submit a comprehensive resume including:
- Details of present job responsibilities
- Current and expected salary
- Passport size photograph
- Certificates & relevant documents including latest pay slip

to the following e-mail address: hr@printnasional.com.my before 15 February 2012 (Any application in form of hard copy shall not be entertained)

The remuneration package will commensurate with the applicants':

- Qualification
- Knowledge
- Hands on experience
- Skills

Only shortlisted candidates will be notified.

FOR VACANCIES AT IPOH:

Candidates are required to submit a comprehensive resume including details of present job responsinilities and passport size photograph (n.r) to the following address before 15 March 2012:

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
JALAN KUALA KANGSAR
30010 IPOH PERAK


FOR VACANCIES AT JOHOR BAHRU:

Candidates are required to submit a comprehensive resume including details of present job responsinilities and passport size photograph (n.r) to the following address before 15 March 2012:

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
JALAN DATIN HALIMAH
80350 JOHOR BAHRU JOHOR


Closing Date: 15 March 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Posted: 06 Mar 2012 11:16 PM PST

http://4.bp.blogspot.com/-57NSx0qGjAw/T1YePxoErPI/AAAAAAAAEY4/8wjaVFGIVi4/s1600/Jawatan%2BKosong%2BUniversiti%2BTeknologi%2BMalaysia%2B%2528UTM%2529.jpg

Di UTM, disebalik falsafah "Menjana Minda Yang Kreatif Dan Inovatif" merupakan tunjang dari segala perkhidmatan yang kami lakukan untuk masyarakat. Inilah yang membuat kita berbeza.

Kami memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM.

1. PEGAWAI PENYELIDIK (QA41)

KLIK SINI UNTUK SYARAT KELAYAKAN
KLIK SINI PERMOHONAN ONLINE

Tarikh Tutup Permohonan Pada 13 Mac 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - National Institute Of Occupational Safety And Health (NIOSH)

Posted: 06 Mar 2012 10:58 PM PST

http://1.bp.blogspot.com/-cFNSxTDKjdY/T1YePkiCrFI/AAAAAAAAEYo/73TqJDtwwIA/s1600/Jawatan%2BKosong%2BNational%2BInstitute%2Bof%2BOccupational%2BSafety%2Band%2BHealth%2BMalaysia%2B%2528NIOSH%2529.jpg

Applications are invited from Malaysian citizens who are qualified and interested and dedicated to the position as follows:

1. IT Executive (NIOSH Bandar Baru Bangi)

DOWNLOAD JOBS REQUIREMENTS

How to Apply:-
Please submit your resume with expected salary to :

Human Resource Division
NIOSH
Lot 1, Jalan 15/1, Section 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Tel : 03-8769 2149 Email: hrd@niosh.com.my
http://www.niosh.com.my

Closing Date: 13 March 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Syarikat Air Johor (SAJ)

Posted: 06 Mar 2012 10:54 PM PST

http://2.bp.blogspot.com/-2m3FytoqJ6g/T1YePgVjunI/AAAAAAAAEYc/go2_R68_bjw/s1600/Jawatan%2BKosong%2BSyarikat%2BAir%2BJohor%2B%2528SAJ%2529.jpg

We are a premier water utility company responsible for the sourcing of raw water, treatment & distribution of potable water supply in the State of Johor. We invite resourceful, dedicated and dynamic individuals to be part of our team for the following positions:

1. HEAD OF CONTRACT SECTION
2. SAFETY, HEALTH AND ENVIRONMENTAL OFFICER
3. LEGAL EXECUTIVE
4. SAFETY, HEALTH AND ENVIRONMENTAL TECHNICIAN
5. LIBRARIAN
6. MULTIMEDIA TECHNICIAN

CLICK HERE TO JOBS REQURIEMENTS

How to Apply:-
Interested candidates are invited to submit a detail resume with copies of relevant certificates including driving license, your expected salary, recent passport-size photograph (n.r) not later than 16 March 2012 to

Head of Human Resources,
SAJ Holdings Sdn. Bhd.,
Jalan Garuda, Larkin,
P.O Box 262,
80350 Johor Bahru.


Only short listed candidates will be notified.

Closing Date: 16 March 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Posted: 06 Mar 2012 10:55 PM PST

 http://2.bp.blogspot.com/-Qge_JIP5if8/T1YePTFg9KI/AAAAAAAAEYU/mbW7VMPk-G4/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPentadbiran%2BKerajaan%2BNegeri%2BPulau%2BPinang.jpg

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

1. Pegawai Teknologi Makanan
2. Penolong Pegawai Teknologi Makanan
3. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
4. Pembantu Hal Ehwal Islam

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN & BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil-sijil yang telah disahkan seperti berikut:

(i) Salinan Kad Pengenalan;
(ii) Salinan Sijil Kelahiran;
(iii) Salinan Sijil Peperiksaan bagi kelayakan yang disyaratkan;
(iv) Salinan Sijil Berhenti Sekolah.

Permohonan hendaklah dihantar dengan menggunakan borang jawatan kosong yang boleh didapati di Kaunter Tingkat 3, KOMTAR atau dilaman web www.penang.gov.my dan kemukakan kepada:

Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Tingkat 45, KOMTAR
10503 PULAU PINANG

(u.p.: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Tarikh Tutup Permohonan Pada 21 Mac 2012

Taubat nabi palsu sudah terlambat

Posted: 06 Mar 2012 04:48 PM PST


 ABDUL KAHAR diiring keluar selepas Mahkamah Rayuan Syariah di Shah Alam menolak rayuannya semalam.



SHAH ALAM – Rayuan terakhir lelaki yang mendakwa 'Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad untuk mengetepikan hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 serta enam kali sebatan ditolak oleh Mahkamah Rayuan Syariah di sini semalam.

Tiga panel Hakim Syarie diketuai Tan Sri Ibrahim Lembut, Datuk Md. Yusop Che Teh dan Datuk Aidi Mokhtar sebulat suara memutuskan bahawa hakim bicara Mahkamah Tinggi Syariah di sini tidak terkhilaf dalam mengenakan hukuman tersebut terhadap perayu.

Sehubungan itu, hukuman yang dikenakan ke atas Abdul Kahar pada 16 September 2009 selepas dia ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika menonton televisyen di rumah sewanya di Sungai Long, Hulu Langat, Kajang pada pukul 9.45 pagi kekal.

Tertuduh kini ditahan di Penjara Kajang.

Abdul Kahar, 62, kelihatan tenang mendengar keputusan tersebut namun ahli keluarga termasuk anak-anak tertuduh yang hadir sepanjang prosiding menangis teresak-esak.

Pada 21 September 2009, Hakim Abu Zaky Mohammad mensabitkan bekas pekerja Zoo Negara itu bersalah selepas menerima pengakuan salah terhadap lima tuduhan menyebarkan ajaran sesat yang diasaskannya tujuh tahun lalu.

Selain hukuman berkenaan, Abdul Kahar turut diperintah dihantar ke Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Hulu Yam bagi tempoh enam bulan terakhir daripada hukuman penjara.

"Secara keseluruhan mahkamah bersetuju dengan responden (Ketua Pendakwa Syarie) bahawa kesalahan ini melibatkan akidah yang serius dan sesuatu hukuman perlu bergantung pada berat kesalahan yang dilakukan," katanya.

Selain itu, merujuk kepada hujah perayu yang mendakwa sudah bertaubat dan insaf, Ibrahim berkata, taubat hanya boleh dibuktikan dengan amal soleh dan hakim bicara memutuskan hukuman berdasarkan apa yang dilihat secara zahir.

"Perlu diingat, hukuman adalah serampang dua mata: Satu untuk menyedarkan pesalah dan satu lagi adalah untuk memberi peringatan kepada yang lain supaya tidak berbuat yang sama," katanya. -kosmo-

Tren komuter SCS beroperasi minggu ini

Posted: 06 Mar 2012 04:46 PM PST

  TREN baharu SCS (kanan) mampu membawa hampir dua kali ganda lebih ramai penumpang berbanding tren lama (kiri) dan sekali gus menyelesaikan masalah pengguna komuter di Lembah Klang.



KUALA LUMPUR – Masalah kesukaran penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menggunakan perkhidmatan tren komuter khususnya pada waktu puncak dijangka diatasi mulai hujung minggu ini menerusi operasi set tren baharu yang berkemampuan membawa 1,118 penumpang pada satu-satu masa berbanding 400 orang pada masa ini.

Perkhidmatan tersebut sebahagian daripada program menambah baik operasi KTMB menerusi pembelian 38 set tren enam gerabak (SCS) setiap satu dari China dengan kos keseluruhan RM1.9 bilion.

Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter KTMB, Mohd. Hider Yusoff berkata, sebanyak 16 set tren SCS telah tiba dengan empat unit dijadual beroperasi mulai hujung minggu ini di laluan Pelabuhan Klang, Seremban dan Rawang.

"Selepas 17 tahun komuter beroperasi dengan tiga gerabak bagi setiap perjalanan, kini kapasiti perkhidmatan ini bertambah dua kali ganda dengan memuatkan 1,118 penumpang dalam satu masa," ujarnya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau sebelum itu membawa wakil media buat pertama kali merasai perjalanan dari KL Sentral ke Kajang menggunakan tren baharu itu yang bakal dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin esok.

Mohd. Hider memberitahu, baki 12 set tren komuter itu akan selesai dipandu uji tidak lama lagi sebelum memulakan operasi. -kosmo-

Pakar sejarah yakin pahlawan Hang Tuah bukan mitos

Posted: 06 Mar 2012 04:41 PM PST


 Naib Pengerusi DBP, Prof. Datuk Dr. Md. Salleh Yaapar (tengah) mempengerusikan forum Hang Tuah Wira Bangsa di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Penyelidik sejarah menyangkal dakwaan mengatakan kewujudan Hang Tuah hanya sebagai mitos kerana pahlawan Melaka itu ada disebut di dalam 52 naskhah buku Melayu lama.

Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka, Prof. Emeritus Datuk Wira Dr. Mohd. Yusoff Hasim berkata, walaupun dokumen itu hanya kajian secara lisan tetapi ia merupakan sumber yang boleh diterima.

"Hang Tuah bukan satu mitos sedangkan kubur serta banyak lagi penulisan sejarah menceritakan tentang ketokohannya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

"Sejarahnya bukan disebut dalam buku sejarah di negara ini sahaja malah Hang Tuah juga wujud di beberapa tempat seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan China," katanya pada forum Hang Tuah Wira Bangsa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini semalam.-kosmo-

Lelaki mengaku pemilik Facebook tambah bilangan peguam

Posted: 06 Mar 2012 04:36 PM PST

BUFFALO, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki, Paul Ceglia yang mendakwa dia turut berhak ke atas syarikat Internet, Facebook telah menambah lima lagi peguam yang akan mempertahankan dakwaannya itu.

Ketua pasukan peguam itu, Dean Boland menyatakan kelmarin bahawa penambahan peguam dari firma New York, Milberg LLP dan beberapa tempat lain menggambarkan bahawa mereka memiliki kes yang kukuh.

Ceglia sebelum ini memberitahu, dia berhak mendapat separuh nilai Facebook selepas menandatangani satu kontrak bersama Mark Zuckerberg pada 2006.

Kontrak itu ditandatangani ketika Zuckerberg belajar di Universiti Harvard.

Mengulas mengenai dakwaan Ceglia, beberapa peguam Facebook bagaimanapun memberitahu, kontrak tersebut palsu dan tiada kena mengena dengan laman jaringan sosial tersebut.

Laman jaringan sosial berkenaan kini memiliki 845 juta pengguna dan mencatat perolehan sebanyak AS$3.7 bilion (RM11.1 bilion) pada tahun lalu. - AP

Lady Gaga ada lebih 20 juta pengikut di Twitter

Posted: 06 Mar 2012 04:27 PM PST



LOS ANGELES – Penyanyi terkenal, Lady Gaga menjadi orang pertama di dunia memiliki lebih 20 juta pengikut di Twitter.

Dia mempunyai 20.12 juta pengikut pada hari Isnin lalu dalam akaun Twitternya, @ladygaga.


Penyanyi remaja, Justin Bieber berada di tempat kedua dengan 18.11 juta pengikut menerusi akaunnya, @justinbieber.

Seorang lagi penyanyi terkenal, Katy Perry berada di belakang Bieber dengan mempunyai 15.75 juta pengikut.

Penyanyi terkenal, Shakira berada di belakang Perry dengan 14.56 juta pengikut dan diikuti penyanyi kelahiran Barbados, Rihanna dengan 14.49 juta pengikut.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berada di tempat kelapan dengan 12.84 juta pengikutnya menerusi akaunnya, @barackobama. – AFP

Que dan Linda bakal sambut anak perempuan

Posted: 06 Mar 2012 04:20 PM PST

USAI pementasan teater muzikal KL Energetik yang dikendalikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Linda Jasmine Performing Arts Studio di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur pada malam minggu lalu, penulis menyapa koreografer tarian popular, Linda Jasmine. Penampilan terbaharu isteri kepada pelakon Que Haidar itu, dia kini sedang sarat mengandung tujuh bulan.

Kata Linda tahap kesihatannya kini kurang menentu. Dia tidak sedap badan ekoran beberapa kali terjatuh di atas pentas sewaktu hadir memantau perkembangan produksinya sepanjang tiga minggu latihan dijalankan sebelum ia dipentaskan selama tiga malam berturut-turut pada minggu lalu.

Bagaimanapun, Linda yang tidak lokek menguntum senyum masih sudi meluangkan sedikit masa untuk ditemu bual.

"Pembawaan bayi kali ini paling memenatkan! Penat yang lain macam berbanding sewaktu mengandungkan Qhalif dan Ratu dulu," ujar Linda membuka cerita.

Berbicara lebih lanjut mengenai usia kandungannya yang kini hampir mencecah usia tujuh bulan, kata Linda dia dijangka melahirkan bayi yang sudah disahkan jantinanya perempuan itu pada 1 Mei ini.

"Saya memang mahukan seorang bayi perempuan, jadi sudah tentu selepas membuat imbasan jantina bayi sewaktu berusia lima bulan, saya cukup gembira apabila mendapat tahu saya bakal melahirkan seorang lagi bayi perempuan," katanya penuh gembira.

Apabila ditanya tentang pemilihan nama bakal bayi perempuannya itu, wanita yang berusia 40 tahun itu mengaku sudah memilih nama untuk anaknya itu, tetapi kata Linda biar ia menjadi rahsia terlebih dahulu. Ulasnya ringkas: "Nama sudah ada tapi biarlah rahsia dulu, nanti tak ada kejutan."

Bersalin bedah


Bercerita lanjut tentang aktivitinya sepanjang hamil, Linda yang ditanya tentang pengalaman rejim senaman atau tarian tertentu sewaktu mengandung, memberitahu dia cuma mengambil makanan yang seimbang dan senaman ringan untuk memastikan dia dan kandungannya sihat.

"Saya lebih mementingkan tentang cukup minum air, makan vitamin dan makan makanan seimbang selain melakukan senaman yang bersesuaian dengan keadaan saya sekarang," dedah Linda.

Kemudian sewaktu ditanya mengenai diet yang diamalkan selaku juru latih tarian profesional, dia menegaskan bukan individu yang sesuai untuk bersoal jawab mengenai penjagaan kesihatan yang sempurna.

"Kadang-kadang, saya mengamalkan diet melampau kalau mahu kurus, tapi itu dulu sekarang tidak lagi. Malah saya akui, ketika awal proses kehamilan, saya ada juga menari. Sekarang apabila tengok budak-budak menari terasa gian juga, cuma untuk keadaan sekarang, saya perlu berehat dan tidak melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan kesihatan kami berdua," jelas Linda lagi.

Saat ditanya tentang kaedah kelahiran bayi yang akan dijalaninya nanti, Linda yang begitu alah terhadap ubat-ubatan terutama pil penahan sakit, memberitahu dia sekali lagi bakal melahirkan anak menerusi teknik pembedahan.

"Secara jujur, saya alah dengan pil penahan sakit. Bayangkan, nanti apabila bersalin saya terpaksa merasa bagaimana perut saya dibedah tanpa sebarang ubat bius. Saya sendiri tak dapat nak bayangkannya," ujar Linda bersungguh-sungguh.

Linda kemudian secara tiba-tiba memberitahu, hanya satu 'ubat' yang paling mujarab untuk membuatkan dia lalai tentang kesakitan yang bakal dihadapi kelak. 'Ubat' tersebut adalah sokongan daripada suaminya, Que Haidar sewaktu dia bakal bertarung nyawa di bilik bersalin.

QUE HAIDAR dan Linda Jasmine bahagia dengan kehidupan mereka yang sederhana. Mereka kini bekerjasama menguruskan Linda Jasmine Performing Arts Studio selain menguruskan bengkel berkaitan tarian dan teater.



"Sepanjang tempoh hamil, dia banyak tolong saya dan memberi sokongan kepada saya, malah nanti pada waktu bersalin, saya masih memerlukan sokongan suami untuk memberi saya kekuatan melalui fasa bersalin itu. Kemudian, selepas bersalin, Que masih perlu membantu saya kerana dia kena ambil alih tugas menguruskan studio kerana saya perlu berpantang," bicara Linda bersulam tawa mengekeh sekali gus berterima kasih terhadap pengorbanan yang dilakukan suaminya sejak mereka berkahwin.

Sementara itu, kata Linda kedua-dua permata hatinya, Ratu dan Qhalif juga tidak banyak ragam dan membuat proses kehamilannya kini agak berjalan lancar.

"Ratu macam penyeri, apabila kami pulang ke rumah dia yang akan menghiburkan kami. Menari, menyanyi dan macam-macam lagi. Dia seperti faham bahawa saya sekarang sedang sarat mengandung. Dia tidak banyak songeh dan sememangnya sangat membantu sebagai seorang anak kecil," cerita Linda bersungguh-sungguh.

Ditanya mengenai persiapan dan persediaan menyambut kelahiran cahaya mata ketiga, menurut Linda, mereka masih belum membeli pakaian untuk bayi perempuannya itu.

"Mungkin kami akan membeli beberapa pasang baju bayi dalam masa terdekat ini. Selebihnya hanya guna balik baju-baju Ratu yang masih elok. Sewaktu majlis melenggang perut tempoh hari pun sudah ada tetamu yang datang dan menghadiahkan kami beberapa set kelengkapan bayi," tuturnya.

Que cerewet

Beralih kisah kepada pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Drama Anugerah Skrin 2009, Que Haidar sebagai seorang suami dan bapa, dia mengaku berdebar menanti kelahiran cahaya mata keduanya itu.

"Secara jujur, saya tidak kisah jantina anak kami. Asalkan bayi kami sihat dan sempurna sifat," ujar pemilik nama sebenar Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 33, itu dengan jujur.

Bercerita mengenai ragam isterinya sepanjang tempoh hamil, ujar Que dia masih cuba menjadi seorang suami dan pencinta terbaik buat Linda.

"Linda tak banyak permintaan, tapi dia suka mengeluh seorang diri terutama sewaktu mengandung. Saya kasihan Linda, tapi saya pun kadang-kadang tak tahu bagaimana mahu menolongnya. Dia susah tidur kerana kadang-kadang bayi dalam kandungan bergerak-gerak dan banyak kerja.

"Pendek kata, saya faham kesusahan yang dia tanggung, jadi saya berusaha dengan sebaiknya untuk menjadi suami yang menyokong dia dari segala aspek," ujar Que yang turut membantu Linda mengendalikan perniagaan studio tarian yang kini sudah beroperasi selama tujuh tahun di Ampang, Selangor.

Dalam pada itu, pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Drama Anugerah Skrin 2009 itu juga kini dikatakan lebih banyak memfokuskan masa bersama keluarga dan begitu cerewet sebelum memberi persetujuan untuk berlakon. Apa alasannya?

"Saya mengaku memang cerewet dan harus lebih selektif terhadap tawaran yang diberikan bukan sebab besar kepala tapi saya perlu betul-betul mempertimbangkan masa yang akan saya salurkan kepada kerjaya yang sepatutnya, tempoh itu saya habiskan bersama keluarga," jelas Que.

Pelakon filem Lagenda Budak Setan itu juga mengakui sudah banyak menolak tawaran selepas kali terakhir muncul bersama filem Rock 2 arahan Mamat Khalid yang menanti masa untuk masuk panggung.

"Kalau hidup seorang dulu, tak banyak yang kita perlu fikirkan dan semua tawaran kita rembat. Sekarang apabila sudah berkeluarga saya perlu perlahankan rentak.

"Kini, setiap kali mendapat tawaran saya perlu tahu semua aspek. Siapa pengarah, apa watak saya, bagaimana skrip dan berapa bayaran saya. Itu yang menjadi faktor mengapa saya jarang muncul sebagai seorang pelakon lagi," kata Que tanpa berselindung. -kosmo-

Koo-Tan sudah tiada tekanan

Posted: 06 Mar 2012 04:15 PM PST


 
KIEN KEAT (depan) dan Boon Heong perlu memperbaiki prestasi semasa mereka jika berhasrat untuk kembali bergelar beregu No. 1 dunia.



SITUASI kini ternyata sudah berbeza buat beregu utama lelaki negara Koo Kien Keat- Tan Boon Heong.

Jika sebelum ini pihak lawan sentiasa mahu memintas mereka selaku beregu No. 1 dunia yang dipegang pada 2010, namun kini sebaliknya yang berlaku.

Ini kerana, kemerosotan prestasi yang dialami Kien Keat-Boon Heong sepanjang tahun lalu telah menyaksikan status itu hilang dalam sekelip mata.

Akibatnya, gandingan negara itu yang pernah menghadirkan gerun dalam kalangan lawan mereka kini menduduki tangga keenam dunia.

Bagaimanapun, bagi ketua jurulatih beregu lelaki negara, Tan Kim Her, situasi itu sebenarnya memberikan kelebihan buat Kien Keat-Boon Heong untuk kembali bangkit.

"Apa yang saya mahu, Kien Keat-Boon Heong memberikan tumpuan sepenuhnya pada setiap perlawanan yang mereka bakal hadapi.

"Sebelum ini, pihak lawan sentiasa mengejar Kien Keat- Boon Heong dan itu meletak- kan mereka dalam situasi tertekan, sekali gus menjejaskan fokus mereka.

"Namun, kini mereka sudah tidak perlu berasa tertekan kerana sekarang giliran mereka memberikan tekanan kepada pihak lawan, terutamanya yang berada di ranking atas.

"Sebab itu tidak ada sebab untuk mereka hilang fokus. Perkara ini yang saya selaku ingatkan mereka," kata Kim Her ketika dihubungi Kosmo! di Birmingham, England semalam.

Peluang buat Kien Keat-Boon Heong kembali membuktikan 'sengat' mereka hadir apabila turun pada aksi pusingan pertama kejohanan badminton Seluruh England di Birmingham hari ini.

Mengulas mengenai aksi anak-anak buahnya itu pada Seluruh England kali ini, Kim Her mahu Kien Keat-Boon Heong tidak terlalu memikirkan mengenai soal kemenangan.

Sebaliknya, Kim Her berharap mereka fokus satu demi satu perlawanan yang bakal dihadapi.

"Mereka tidak perlu tergesa-gesa untuk mengejar kemenangan kerana itu hanya akan memberi kesan buruk kepada diri mereka sendiri.

"Fokus setiap perlawanan. Yang penting, tahap keyakinan mereka meningkat dalam setiap perlawanan," ujar Kim Her.

Kien Keat-Boon Heong hadir di Birmingham dengan tahap keyakinan cukup tinggi selepas berjaya membantu skuad negara mara ke pusi- ngan akhir Piala Thomas di Wuhan, China, Mei depan.

Lebih manis, beregu emas negara itu berjaya menamatkan 'badi' kekalahan kepada pasangan Korea Selatan, Yoo Yeon Seong-Ko Sung Hyun ketika aksi peringkat Kumpulan kempen kelayakan Piala Thomas 2012 di Macau bulan lalu.

Sebagai rekod, Kien Keat- Boon Heong tidak pernah menang ke atas lawan mereka itu dalam kesemua enam pertemuan sebelum itu.

Pada pusingan pertama Seluruh England hari ini, Kien Keat-Boon Heong akan menentang pasangan Jepun, Naoki Kawamae-Shoji Sato. -kosmo-

No comments: