Friday 9 March 2012

Budak Technician

Budak Technician


Adele Inginkan Lima Orang Anak

Posted: 07 Mar 2012 10:15 PM PST

Adele.


MESKIPUN baru menjalani hubungan cinta selama beberapa bulan dengan Simon Konecki, penyanyi Adele dikhabarkan telah mempertimbangkan untuk melangkah ke alam baru bersama kekasihnya itu ke tahap lebih serius.

Menurut sumber terdekat penyanyi itu, Adele merancang untuk berkahwin dengan Simon dalam masa terdekat dan ingin segera mendapatkan anak.



"Saya mahu lima orang anak dari Simon," ujarnya kepada seorang rakan.

Sumber tersebut juga mengatakan bahawa pasangan ini juga sudah lama merancang untuk memiliki anak sendiri dan berkahwin di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Adele ingin memiliki sebuah keluarga besar kerana dia sendiri merupakan anak tunggal.

Ella, bakal suami hadiri kursus kahwin

Posted: 07 Mar 2012 08:01 PM PST

 
ELLA dikatakan menghadiri kursus perkahwinan bersama bakal suaminya di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Ratu rock negara, Norzila Aminuddin yang lebih dikenali dengan panggilan Ella dijangka menamatkan zaman daranya tidak lama lagi selepas dia dilihat menghadiri kursus perkahwinan pada 3 Mac lalu bersama bakal suaminya.

Ella, 46, dan lelaki yang dikenali sebagai A itu dikatakan memilih Pusat Kursus Perkahwinan di Pusat Bandar Damansara di sini iaitu tempat yang sama pasangan, Yusry dan Lisa Surihani menghadiri kursus tersebut.

Menurut sumber, jejaka pilihan Ella itu bertugas sebagai seorang juruterbang di sebuah syarikat penerbangan tempatan dan mereka sudah lama berkenalan.

Pada satu ketika, hubungan pasangan tersebut dikatakan pernah terputus tetapi kemudiannya bertaut semula setelah kedua-dua bertemu pada satu konsert Ella pada Disember tahun lalu.

Berhati-hati jika mahu kahwin warga asing

Posted: 07 Mar 2012 07:22 PM PST


 CHIN GUAN menunjukkan gambar perkahwinannya dengan Zhiduo yang kemudian menghilangkan diri di George Town semalam.



GEORGE TOWN - Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Pulau Pinang menasihatkan orang ramai yang ingin berkahwin dengan warganegara asing supaya mengenal pasti latar belakang pasangan terlebih dulu bagi mengelak masalah.

Timbalan ketua biro itu, Lim Thoon Deong berkata, ini kerana kebanyakan warga asing berkahwin dengan penduduk tempatan kerana ingin mendapatkan visa dan permit kerja.

"Ramai warga asing berkahwin dengan penduduk tempatan demi mendapatkan kemudahan seperti hak untuk tinggal atau bekerja di sini dan ini mewujudkan banyak masalah sosial," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Thoon Deong berkata, sehingga kini biro MCA mengendalikan empat kes pasangan menghadapi masalah selepas berkahwin dengan warga asing melibatkan warganegara China, Vietnam dan Indonesia.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya sedang mengesan isteri Lee Chin Guan, 46, yang merupakan seorang warganegara China bagi menyelesaikan masalah antara pasangan tersebut. -kosmo-

Putera Harry tewaskan manusia terpantas dunia

Posted: 07 Mar 2012 07:16 PM PST


 SEJUMLAH jurugambar menyaksikan Putera Harry tiba ke garisan penamat.



KINGSTON, Jamaica - Pewaris ketiga takhta diraja Britain, Putera Harry menang menentang manusia terpantas di dunia, Usain Bolt di sini kelmarin.

Harry mendahului sejauh 50 meter di atas trek kerana Bolt berhenti dan ketawa melihat gelagat anggota keluarga diraja Britain itu.

Bolt yang merupakan pemenang pingat emas Olimpik itu kemudian berlari-lari anak ke arah Harry sambil mengangkat tangan di hadapan sejumlah penonton di padang Universiti West Indies di sini.

Mereka kemudian beramah mesra dan bergambar.

Harry sedang dalam lawatan ke rantau Carribean bagi mewakili neneknya yang juga pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II sempena sambutan 60 tahun baginda menaiki takhta.

Bolt memegang rekod Sukan Olimpik Beijing pada 2008 dengan catatan 9.69 saat. - Agensi

Pemuda obes jadi popular di YouTube

Posted: 07 Mar 2012 06:31 PM PST

 
ROBERT GIBBS berdiri semasa dia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-23 di Livermore pada Jumaat lalu.

LIVERMORE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pemuda obes, Robert Gibbs menyentuh perasaan orang ramai apabila dia menitiskan air mata dalam satu rakaman video.

Dia menitiskan air mata bagi meminta bantuan untuk menguruskan badan.

Rakaman video selama tiga minit itu disiarkan di laman YouTube pada minggu lalu.

Pihak penerbit program bual bicara popular AS, Dr. Phil Show kemudian bersetuju melawat Gibbs di kediamannya di sini selepas rakaman video tersebut disiarkan.

Gibbs, 23, pernah menyebut mengenai program bual bicara itu dalam rakaman videonya yang telah ditonton lebih sejuta kali.

Setakat ini, dia mendapat lebih 48 maklum balas daripada penonton.

Sebahagian daripada penonton itu menawarkan pelbagai panduan diet selain memberi galakan kepadanya.

Pada hari ini, seorang kru program televisyen berkenaan dijadualkan berkunjung ke kediaman Gibbs untuk membuat liputan.

Dalam video YouTube yang dirakamkan sehari sebelum dia menyambut hari lahirnya pada Jumaat lalu, Gibbs tidak mendedahkan secara terperinci bentuk bantuan yang diperlukannya.

Dia berharap dapat menemui seseorang yang berpengetahuan luas tentang kaedah untuk menurunkan berat badannya.

"Saya membuat rakaman ini kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya tidak peduli lagi tentang ejekan orang lain," kata Gibbs dalam rakaman itu.

"Inilah peluang terakhir saya untuk menurunkan berat badan," tambahnya.

Pemuda berkenaan menganggarkan dia memiliki berat badan di antara 272 kilogram (kg) dan 317kg. - AP

No comments: