Thursday 29 March 2012

Budak Technician

Budak Technician


Abby Abadi Bertudung Selepas Balik Umrah

Posted: 28 Mar 2012 12:05 AM PDT

 
Abby Abadi ketika mengerjakan umrah pada 15 hingga 26 Mac lalu.

PETALING JAYA: Kunjungan pelakon Abby Abadi ke Mekah untuk menunaikan umrah pada 15 hingga 26 Mac lalu telah melancarkan niat sucinya untuk bertudung.

Menurut laporan akhbar Berita Harian pada Rabu, pelakon berusia 34 tahun itu hasrat memakai tudung telah lama dipendam kerana enggan penghijrahannya itu dianggap sebagai mempersendakan agama.

"Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini.

"Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki," katanya sambil menjelaskan karier seni tetap berjalan seperti biasa.

Bercakap mengenai pengalamannya menunaikan ibadat umrah buat kali pertama, Abby berkata dia bersyukur kerana segala urusan sepanjang berada di sana berjalan dengan lancar. Bahkan, Abby memberitahu dia ke sana kerana membawa hatinya yang lara.

"Namun, syukurlah, kali pertama menjadi tetamu Allah kesihatan saya sentiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi.

"Saya juga tidak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak. Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa ditolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu tetapi saya tidak ralat kerana percaya rezeki tetapi ada," katanya.

Abby juga berkata perpisahannya dengan pelakon Zul Ariffin juga barangkali menjadi faktor yang mempercepatkan agendanya ke sana.

"Saya ke sana pula bukan atas alasan membawa hati yang kecewa. Sebaliknya, sebagai umat Islam mengerjakan umrah menjadi tuntutan buat kita," katanya. -mstar-

Awal Tidak Benarkan Scha Peluk Lelaki Lepas Kahwin

Posted: 28 Mar 2012 12:04 AM PDT

 
Awal Ashaari dan Scha Alyahya. Foto ONG SOON HIN

KUALA LUMPUR: Pelakon Scha Al Yahya, 29, tidak dibenarkan memeluk lelaki dalam apa jua adegan selepas bergelar isteri kepada Awal Ashaari, 31.

Ia adalah syarat yang dikenakan oleh Awal untuk memastikan rumah tangga yang bakal mereka bina pada 4 Mei depan berjalan dalam keadaan harmoni.

"Apabila bergelar isteri, semestinya dia (Scha) perlu menjaga nama baik suami dan keluarga kedua-dua belah pihak.

"Jadi, terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti iaitu biarlah tawaran watak yang diterima sesuai dengan status isteri yang dibawanya.

"Kalau boleh saya tak mahu dia berpelukan dengan lelaki lain, nampak kurang manis," katanya selepas sidang media pengumuman tarikh perkahwinan mereka di Ampwalk, Jalan Ampang di sini, Selasa.

 
Awal dan Scha gembira hubungan mereka direstua keluarga kedua-dua belah pihak.

Selain itu tambah Awal, dia mengikut nasihat ibunya bahawa suami isteri perlu tidur bersama dalam apa sahaja keadaan.

Kerana itu Scha juga perlu pulang ke rumah sebelum pukul 12 tengah malam.

"Berdasarkan pesanan-pesanan daripada rakan-rakan yang sudah berumah tangga dan orang tua-tua, mereka memberitahu, jika suami isteri tidur bersama akan menguatkan lagi mahligai perkahwinan.

"Sibuk dan gaduh besar macam mana sekalipun, ibu berpesan, tidur mestilah sekali. Ia merupakan salah satu tip kebahagiaan dalam rumah tangga," ujar Awal.

Scha yang baru sahaja mengetahui syarat itu agak terkejut selepas ditanya oleh pihak media.

Bagaimanapun, pelakon Aku Bukan Tomboy ini tidak kisah dengan syarat itu memandangkan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mematuhi kata suami.

"Hahaha! Saya pun tak tahu yang dia mahu saya lebih memilih watak selepas berkahwin nanti. Bagaimanapun itu bukannya satu masalah pun.

"Sebagai isteri, saya perlu mengikut kata-katanya nanti. Cuma saya harap, Awal dapat menjaga saya seperti mana dia menjaga keluarganya," tutur Scha sambil memberikan senyuman kepada bakal suaminya itu.

Pasangan tersebut akan melangsungkan pernikahan mereka pada 4 Mei depan di Hotel Pullman, Putrajaya.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 6 Mei 2012.

Daus (AF8) Dituduh Nikah Pegawai Bank Dalam Diam

Posted: 28 Mar 2012 12:02 AM PDT

 
Daus

PETALING JAYA: Penyanyi yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Daus, menganggap tuduhan kononnya dia telah bernikah secara sembunyi di selatan Thailand dengan seorang pegawai bank pada bulan lalu adalah satu fitnah.

Daus atau nama sebenarnya Muhd Shahril Firdaus Eli, 24, berkata perkara itu benar-benar mengejutkannya.

"Ia adalah tuduhan yang tidak betul. Saya sendiri terkejut kerana pertama kali mendengar cerita ini.

"Tak mungkin saya akan bernikah senyap-senyap kerana sumber kewangan dan kerjaya saya sendiri pun masih belum kukuh.

"Lagipun urusan nikah kahwin adalah perkara besar dan baik. Saya ini artis takkan hendak rahsiakan atau membelakangkan keluarga dan masyarakat dalam hal ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Penyanyi lagu Kenapa itu berkata dakwaan seumpama itu sangat mengecewakan bagi artis baru sepertinya yang selama ini bersih daripada kontroversi.

"Saya berasa sedih dan kecewa dengan tuduhan ini. Bukan sahaja ia memalukan malah akan mengecilkan hati banyak pihak juga.

"Selama dua tahun jadi artis, ini kali pertama saya dikaitkan dengan kontroversi yang besar. Saya tak tahu nak cakap apa lagi," katanya.

Daus menambah, dia tidak menolak kemungkinan tuduhan itu disebarkan oleh individu yang iri hati atau marah kepadanya.

"Saya bukan hendak tuduh sesiapa tapi apabila perkara ini tersebar, ia mungkin dilakukan oleh orang yang pernah rapat dengan saya.

"Mungkin juga bekas kekasih yang marah kepada saya sehingga menyebarkan cerita ini. Ia tidak mustahil," katanya.

Dalam perkembangan lain, Daus kini sedang giat menyiapkan rakaman album mini pertamanya di bawah KRU Studios.

Album berkonsepkan muzik gipsi itu dijangka memuatkan enam buah lagu dan bakal keluar dalam masa terdekat.

Zarina Anjoulie Sedia Dikurung Di 'Bilik 7'

Posted: 28 Mar 2012 12:01 AM PDT

Zarina Anjoulie. Foto BRIAN MOH


PETALING JAYA: Pelakon kontroversi Zarina Anjoulie percaya pendedahan dan pengakuan selebriti mengenai cerita-cerita sensasi mereka dalam program terbaru Bilik 7 di ntv7 adalah hidangan yang dinantikan oleh peminat hiburan tanah air.

Zarina berkata ia disebabkan mentaliti dan sikap semula jadi masyarakat khususnya penonton Melayu sememangnya menggemari dan teruja untuk mengetahui kisah-kisah panas artis.

"Sebab itu saya yakin Bilik 7 akan menawarkan satu bentuk hiburan yang digemari oleh masyarakat kita.

"Sama ada kita mahu terima atau tidak, cerita panas artis adalah bahan yang mendapat respons yang baik daripada khalayak.

"Apatah lagi pendekatan program ini mendedahkan pengakuan jujur artis dalam menjawab sesuatu isu yang berkaitan," katanya.
'
Bilik 7' mendedahkan pengakuan jujur artis dalam menjawab sesuatu isu yang berkaitan.

Zarina merupakan salah seorang daripada 13 selebriti yang bakal dipaparkan dalam program tersebut.

Bilik 7 yang bersiaran sebanyak 13 episod itu akan mula ditayangkan pada 5 April depan pada setiap Khamis bermula pukul 9 malam di ntv7.

Mengulas lanjut, Zarina berkata dia tidak melihat konsep program itu sebagai sesuatu yang mengaibkan golongan artis, sebaliknya ia adalah ruang terbaik untuk membuat pendedahan daripada mulut artis itu sendiri.

"Ia bukan membuka pekung atau memburukkan nama artis. Bagi saya, Bilik 7 memberikan pengalaman dan peluang yang baik kepada artis untuk meluahkan sesuatu kebenaran terhadap kontroversi yang tercetus.

"Saya melihat program ini sebagai platform yang telus dan berani buat artis mendedahkan kebenaran bagi sesuatu kontroversi itu daripada mulut kami secara rela dan ikhlas," katanya.

Dalam pada itu, penerbitnya Engku Azmin Engku Zaini berkata program tersebut mampu menarik minat dan tumpuan penonton kerana kelainan pada konsep dan paparannya.

"Kami bukan mahu mengambil kesempatan daripada golongan artis dengan menjadikan kontroversi mereka untuk tarik penonton.

"Sebaliknya, Bilik 7 wajar dilihat sebagai pengajaran dan mesej kepada penonton daripada kisah atau kesilapan yang didedahkan oleh artis itu sendiri," katanya.

Selain Zarina, 12 lagi selebriti yang bakal berkongsi pendedahan mereka bersama hos Richie Rachman adalah Azwan Ali, Radhi OAG, Lisdawati, Raja Azmi, Pian (Cecupak), Johan Asa'ri, Melia Aimiellia, Mawi, Natasha Hudson, Ayu Damit dan Gambit Saifullah.

Episod mingguan Bilik 7 juga boleh ditonton di laman www.tonton.com.my, bagi yang terlepas tayangan di televisyen.

Air Kencing Saiful Apek Dan Rakan Positif Kanabis

Posted: 27 Mar 2012 11:59 PM PDT

Saiful Apek

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini diberitahu air kencing pelakon komedi popular Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek, dan tiga rakannya, disahkan positif kanabis.

Juruteknologi makmal perubatan Israfel Ismon berkata beliau memperoleh keputusan itu selepas melakukan ujian pengesanan dadah terhadap air kencing Saiful Apek, 42, serta Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28.

Beliau berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad pada perbicaraan kes keempat-empat tertuduh yang didakwa memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010 mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Israfel, 54, yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, turut memaklumkan bahawa proses ujian itu mengambil masa tiga hari.

Bagaimanapun, saksi kelima pendakwaan itu berkata beliau tidak ingat tarikh sebenar ujian tersebut, namun ia dilakukan antara 26 Jun hingga 17 Ogos 2010.

Kepada soalan lain, Israfel berkata ketika melakukan ujian itu, beliau tidak pernah mengalami kejadian tertukar sampel air kencing.

Saiful Apek serta tiga rakannya diwakili peguam Zambri Idrus dan Mohd Fadli Hashim.Perbicaraan di depan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid disambung 10 Mei depan.-BERNAMA

Kristen Stewart Berlakon Filem Arahan Ibu Sendiri

Posted: 27 Mar 2012 11:53 PM PDT

 
Kristen Stewart

LONDON: Bintang Twilight, Kristen Stewart bakal membuat penampilan khas dalam filem pertama arahan ibu kandungnya, Jules Mann-Stewart berjudul K-11.

Pelakon berusia 21 tahun itu akan meminjamkan suaranya untuk watak seorang setiausaha bernama Karen.

"Kristen sangat menyokong pelaksanaan projek K-11 tetapi bukan mudah untuk mendapatkan khidmatnya. Dalam filem ini, dia hanya muncul untuk watak yang sangat kecil.

"Walaupun penggambarannya sudah berakhir, Kristen tetap mahu terlibat dalam promosi filem ini," kata Jules yang dipetik sebagai berkata kepada E! News.

Bagaimanapun, laman web femalefirst.co.uk. melaporkan, bukan sahaja Stewart terlibat dalam filem arahan ibunya itu, malah abangnya Cameron juga membintangi filem berkenaan.

Cameron yang pertama kali berlakon menjayakan watak seorang banduan bernama Sledgehammer. - IANS

Ifa Raziah letak harga tinggi?

Posted: 27 Mar 2012 11:49 PM PDT


KALI terakhir kelibat Ifa Raziah muncul di layar kaca televisyen pada awal tahun ini menerusi telefilem berjudul, Mr. Labuci di TV9. Sebelum itu dia giat mempersiapkan diri sepanjang menyertai program Maharaja Lawak yang disiarkan menerusi Astro.

Timbul beberapa dakwaan bahawa penyanyi, pengacara, pelakon dan kini merangkap pelawak itu kini sudah berani meletakkan harga yang tinggi untuk bayaran khidmat seninya!

Spekulasi segera timbul bahawa faktor tersebut adalah penyebab kenapa pemilik nama sebenar Saripah Raziah Mustapha itu semakin kurang muncul di kaca televisyen.

Ifa, 37, yang ditemui pada sidang akhbar majlis makan malam Hari Ibu bersama Jamal Abdillah di Restoran Khan Baba, Gombak, Selangor baru-baru ini menjawab spekulasi yang timbul.

Kosmo!: Ifa didakwa semakin cerewet dan menolak beberapa tawaran selepas Maharaja Lawak tamat.Benarkah begitu?

IFA: Selepas Maharaja Lawak tamat saya sebenarnya bercuti rehat selama dua bulan. Bukan saya sahaja suka-suka tetapi saya jatuh sakit sehari selepas program itu tamat sehinggakan tidak boleh keluar suara. Terpaksa saya tolak tawaran. Bulan Mac sudah beransur pulih. Tak berbaloi untuk saya cerewet. Penerbit bimbang bagi tawaran selepas saya keluar Maharaja Lawak sebab ingatkan saya sudah demand (letak harga). Sebab itu saya kurang berlakon sekarang ini.

Selama 10 minggu kekal dalam rancangan Maharaja Lawak pastinya meninggalkan impak buat karier dan kehidupan Ifa. Komen Ifa?

Saya dimaki hamun peminat Maharaja Lawak seluruh Malaysia! Ramai yang tak suka saya jadi pelawak. Alasannya adalah untuk menjadi pelawak perlu berwajah buruk tidak terkecuali pelawak wanita, juga tidak perlu cantik. Ia terbukti apabila saya mula bawa watak seperti nenek tua, baru penonton boleh terima.

Gelaran 3P iaitu penyanyi, pelakon dan pengacara sudah Ifa sandang dan kini pelawak pula. Adakah Ifa akan meneruskan bidang yang telah Ifa ceburi ini?

Jadi pelawak lebih susah daripada penyanyi. Oleh kerana saya menanggung tekanan selama 10 minggu itulah yang menyebabkan saya sakit. Kita boleh tertekan walaupun tidak terkurung. Bakat melawak sudah ada dalam diri cuma perlu lebih buat kajian, perlu skrip, jalan cerita dan punch line (penekanan) yang betul walaupun lawak spontan.

Pengalaman Ifa menjadi pelawak wanita?

Selama 17 tahun jadi artis, tempoh paling tertekan apabila menjadi pelawak tapi dalam masa yang sama saya gembira sebab dapat belajar. Bukan senang nak buat orang ketawa.

Kali pertama Ifa muncul sebagai penyanyi menerusi album pop pada tahun 1996, sebelum setahun kemudian muncul pula sebuah album dangdut. Tahun 2004 merupakan kali terakhir Ifa mengeluarkan album sekali gus hanya tampil bersama single. Bagaimana Ifa melihat senario itu?

Tidak mengeluarkan album tidak bermakna saya berdiam diri. Single terbaharu berjudul Luar Biasa sudah dilancarkan pada bulan April tahun lepas namun promosi hanya di YouTube dan menerusi beberapa buah stesen radio. Berlaku kekeliruan pada masa itu sebab single Luar Biasa nyanyian Shahir AF pun dilancarkan pada waktu yang sama. Pendengar keliru dan menyebabkan saya tenggelam akibat judul lagu saya yang sama dengan lagu Shahir. Apa yang pasti, saya bakal muncul dengan single baharu genre balada berjudul Tanpa Ku Sedar pada bulan Mei ini ciptaan sepenuhnya Aesah Mustafa.

Bagaimana pula Ifa melihat perkembangan muzik dangdut negara kita sekarang ini?

Saya kecil hati sebenarnya. Peminat masih ramai tapi stesen radio tidak menyokong artis dangdut. Konon dangdut adalah lagu kampung. Saya merayu kerjasama daripada stesen-stesen radio untuk mennaikkan semula pengaruh lagu-lagu dangdut.

Dangdut dan balada merupakan dua genre dan teknik nyanyian berbeza. Apakah langkah Ifa untuk menjamin kualiti single pada masa akan datang?

Suara perlu diasah dan saya akui dangdut dan balada berlainan lenggok. Peti suara kita juga perlu sentiasa dijaga untuk memastikan vokal kita kemas. Kekurangan saya adalah pada nada rendah, jadi saya akan mula belajar teknik nyanyian dengan Cikgu Siti Hajar pada setiap hari Isnin bermula bulan April nanti.

Perkembangan terkini Ifa?

Saya akan bersama Roslan Shah bakal menjadi hos acara Projek Keamanan 1Malaysia di Taiping, Perak selama empat hari mulai 5 hingga 8 April ini. Bersempena acara itu akan berlangsung juga konsert rock dan dangdut. Antara artis lain yang turut hadir, Haiza, Syida, May, Bandi Amuk dan XPDC.

Selain itu saya juga akan menjadi pengacara majlis Makan Malam Hari Ibu bersama Jamal Abdillah pada hari Ahad, 6 Mei ini, di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam. Untuk mendapatkan keterangan lanjut hubungi Pengarah MSiS Event, Suriyani Kassim (019-3834300).-kosmo-

Awal dan Scha kahwin 4 Mei ini

Posted: 27 Mar 2012 11:19 PM PDT


AWAL dan Scha pada majlis pengumuman tarikh
pernikahan mereka di Flora Cafe, Amwalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Pasangan pelakon dan pengacara popular, Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 29, atau Scha akhirnya sepakat untuk mendirikan rumah tangga pada 4 Mei ini.

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Ampwalk, Jalan Ampang semalam, Awal menjelaskan, dia memilih bulan Mei untuk majlis pernikahannya kerana dia dan Scha mempunyai kelapangan pada waktu tersebut.

"Sebelum ini saya dan keluarga telah merisik Scha pada 30 Mei tahun lalu. Mengikut perancangan, kami sepatutnya bernikah pada bulan lepas, tetapi jadual kerja kami yang padat serta masalah tempahan dewan membuatkan kami terpaksa menangguhkannya.

"Bagaimanapun, saya tetap gembira kerana hasrat untuk memperisterikan Scha bakal menjadi kenyataan setelah kami menjalinkan hubungan cinta selama lebih dua tahun," ujarnya.

Mahkamah tutup kes Safee Sali

Posted: 27 Mar 2012 11:16 PM PDT



SAFEE bergambar bersama isteri, Sabrina (kiri) dan dua anaknya, Nur Syaza Syaqina (dua dari kiri) serta Nursyasya Safirna.



SHAH ALAM - Jutawan bola sepak negara, Safee Sali yang kini bermain untuk Pelita Jaya FC di Indonesia semalam menarik balik permohonan kembali taat yang difailkan terhadap isterinya, Sabrina Yusof di Mahkamah Rendah Syariah di sini November tahun lalu.

Permohonan itu dikendalikan oleh peguam syarie, Norrasyada Osman yang mewakili Safee atau nama sebenarnya, Mohd. Safee Mohd. Sali di hadapan Hakim Syarie Atras Mohamad Zain.

Dalam permohonannya, Norrasyada memberitahu, anak guamnya itu tidak dapat hadir ke mahkamah dan bersetuju untuk menarik balik permohonan tersebut selepas bersetuju menyelesaikan masalah rumah tangga mereka di luar mahkamah.

Atras kemudian membenarkan permohonan itu dan memutuskan agar kes itu ditutup.

Sabrina yang diwakili peguam syarie, Junaidah Bakar juga tidak hadir pada prosiding semalam dan dia dikatakan berada di Kuching, Sarawak. -kosmo-

Anak anjing bernama Beyonce mungkin terkecil di dunia

Posted: 27 Mar 2012 11:13 PM PDT


BEYONCE duduk di tepi sebatang pembaris.

SACRAMENTO, Amerika Syarikat (AS) - Seekor anak anjing betina yang diberi nama penyanyi terkenal, Beyonce mungkin yang terkecil di dunia.

Beberapa penyelidik haiwan di California Utara menyatakan anjing tersebut terlalu kecil sehingga ia boleh diletakkan di atas sebatang sudu.

Semasa berumur dua minggu, haiwan itu mempunyai saiz sebesar sekeping kad perniagaan.

Yayasan Grace menyatakan pihak agensi kawalan haiwan menjaga ibu Beyonce.

Ibu haiwan itu melahirkan lima anak anjing termasuk Beyonce pada 8 Mac lalu.

Semasa dilahirkan, degupan jantung anak anjing itu tidak kedengaran.

Pakar-pakar haiwan terpaksa menekan dada dan melakukan pernafasan dari mulut ke mulut untuk menghidupkan anak anjing tersebut.

Pihak yayasan itu telah membuat permohonan kepada Guinness World Records untuk disenaraikan sebagai anjing terkecil di dunia. - AGENSI

Cebisan otak Albert Einstein dipamerkan

Posted: 27 Mar 2012 11:12 PM PDT



GAMBAR otak Einstein (kiri) dan replika otaknya.



LONDON - Dua cebisan otak saintis legenda, Albert Einstein dipamerkan kepada orang ramai pada satu pameran di Britain.

Cebisan otak saintis yang memperkenalkan teori relatif itu diletakkan dalam bekas kaca pada pameran Brains-The Mind as Matter di sini semalam.

Spesimen itu disediakan oleh Doktor Thomas Harvey yang bertugas di hospital tempat Einstein meninggal dunia pada 1955

Einstein merupakan ahli fizik dan ahli sains yang bepengaruh.

Beliau dianggap sebagai bapa fizik moden dan menerima Hadiah Nobel pada tahun 1921.

Selain cebisan otak Einstein, beberapa sampel otak individu terkenal lain termasuk ahli matematik Britain, Charles Babbage dan pembunuh kejam, William Burke turut dipamerkan.

Para saintis menyatakan otak manusia mengandungi 100 bilion sel saraf dan sekitar 100 trilion sinap atau sambungan saraf. - Agensi

Enjin Airbus A380 terpaksa dimatikan semasa penerbangan

Posted: 27 Mar 2012 11:11 PM PDT

GAMBAR fail menunjukkan pesawat Airbus A380 milik Singapore Airlines berlepas dari sebuah lapangan terbang di Zurich, Switzerland pada 21 Mac lalu.


SINGAPURA - Syarikat penerbangan Singapore Airlines menyatakan, pihaknya terpaksa mematikan sebuah enjin pesawat Airbus A380 yang sedang dalam penerbangan ke Eropah.

Menurut satu kenyataan Singapore Airlines semalam, pesawat itu terpaksa berpatah balik ke sini.

Kenyataan sama memberitahu, enjin berkenaan dimatikan selepas ia dilaporkan mengalami masalah.

Penerbangan pada awal pagi yang membawa 430 penumpang itu berpatah balik selepas tiga jam ia berlepas.

Pesawat itu mendarat dengan selamat di sini dengan menggunakan kuasa tiga buah enjin lagi.

Para penumpang kemudian dipindahkan ke sebuah pesawat yang menuju ke Frankfurt, Jerman.

Singapore Airlines menyatakan, ia akan menyiasat punca kerosakan tersebut dengan pengeluar enjin Airbus A380, firma Rolls-Royce. - AGENSI

Wang kertas baru Kanada sukar dikoyak

Posted: 27 Mar 2012 11:03 PM PDT


GAMBAR menunjukkan bahagian depan dan belakang wang kertas 50 dolar Kanada.

QUEBEC, Kanada - Wang kertas 50 dolar Kanada (RM154.18) baharu yang tahan lasak diperkenalkan di negara berkenaan kelmarin.

Ia diperbuat daripada plastik polimer buatan Australia yang sukar untuk dikoyakkan dengan menggunakan tangan dan dipalsukan.

Gabenor Bank Negara Kanada, Mark Carney dalam satu sidang media kelmarin menyatakan selain tahan lasak, wang tersebut memiliki banyak ciri keselamatan termasuk nombor tersembunyi dan hologram.

Wang kertas itu tertera gambar kapal Pengawal Pantai Amundsen dan William Lyon Mackenzie King yang merupakan perdana menteri paling lama menerajui Kanada. - Bernama

No comments: