Wednesday 28 March 2012

Budak Technician

Budak Technician


Hon khas untuk kereta Audi di India

Posted: 27 Mar 2012 01:26 AM PDT

GAMBAR fail menunjukkan ruang dalam sebuah kereta Audi yang dipamerkan di Hyderabad, India pada 9 Ogos tahun lalu.




NEW DELHI, India - Pembuat kereta Jerman, Audi membuat hon khas untuk kenderaan jenama berkenaan yang dijual di India.

Ia dicipta kerana pemandu tempatan kerap membunyikan hon itu semasa mereka menempuh kesesakan lalu lintas pada setiap hari.

"Jelas di India, hon kereta perlu berada dalam kategori tersendiri," kata Pengarah Audi India, Michael Perschke kepada akhbar Mint semalam.

"Jika anda menggunakan hon kereta Eropah ia akan rosak dalam tempoh seminggu atau dua minggu. Di India, pemandu membunyikan hon pada setiap hari sama seperti kegunaan hon selama setahun di Jerman," tambahnya.

Menurutnya, hon berkenaan dibuat khusus untuk pemanduan di India yang merupakan pasaran memberangsangkan buat Audi dan jenama kereta Barat lain.

"Hon ini diuji dengan ia dibunyikan berterusan selama dua minggu," ujarnya.

Pemandu di negara berkenaan kerap menempuh kesesakan lalu lintas ekoran jalan raya yang kerap rosak selain gangguan daripada kereta lembu, lembu dan beca. - AFP

Penunjuk perasaan Tibet bakar diri

Posted: 27 Mar 2012 12:38 AM PDT


Dia menjerit semasa api membakar baju dan seluarnya.

NEW DELHI - Seorang penduduk Tibet, Janphel Yeshi yang membakar dirinya berlari ke sebatang jalan di New Delhi semalam.

Dia melakukan perbuatan itu bagi menyatakan bantahan terhadap Presiden China, Hu Jintao yang akan melawat India.

Penduduk Tibet tersebut, Janphel Yeshi, 27, melakukan perbuatan itu di Jantar Mantar yang merupakan tempat perhimpunan awam dan demonstrasi.

Beberapa saksi berkata, dia yang memakai baju dan seluar panjang menjerit semasa api membakar tubuhnya.

Menurut seorang ahli perniagaan Tibet, Nyima Tashi, Yeshi kemudian terjatuh selepas dia berlari.

"Kami semua terkejut," katanya yang berusia 39 tahun.

"Salah seorang penyokong kami membaling sehelai kot ke arahnya sebagai usaha untuk memadamkan kebakaran.

"Polis kemudian menghantarnya ke hospital," tambahnya.

Tashi berkata, dia pernah melihat Yeshi menghadiri perhimpunan bagi menuntut kebebasan Tibet.

"Kami menentang penguasaan China ke atas Tibet, kekurangan kebebasan agama dan hak asasi," jelasnya.

Seorang pegawai polis berkata, 85 peratus tubuhnya melecur.

Menurut Dr, R.K. Doshi di Unit Kecemasan Hospital Ram Manohar Lohia, beberapa kakitangan perubatan berusaha untuk menyelamatkan nyawa Yeshi.

"Keadaan dirinya amat kritikal. Peluang untuknya hidup amat tipis," katanya.

Sebilangan aktivis Tibet berkata, Yeshi merupakan penganggur yang telah merancang untuk melakukan perbuatan tersebut sejak beberapa hari lalu.

Menurut mereka, lelaki itu tiba di lokasi penunjuk perasaan dengan membawa botol mengandungi minyak tanah yang digunakan untuk membakar dirinya.

Dia melarikan diri dari Tibet pada tahun 2006 dan tinggal di sini sejak dua tahun lalu. - Agensi

Karya fotografi dalam air

Posted: 27 Mar 2012 12:29 AM PDT





BIDIKAN demi bidikan dibuat tanpa henti dengan lensa kameranya. Namun, belum tentu semua rakaman yang dilakukan di dalam kolam renang itu menghasilkan imej yang dapat memenuhi cita rasa jurufoto itu. Keadaan air kolam yang agak dingin menyukarkan lagi penghasilan karya studio di dalam air dilakukan dengan sempurna.

Dalam 150 syot yang berjaya dilakukan, kemungkinan besar hanya lima keping rakaman imej boleh digunakan oleh jurugambar. Namun, segala susah payah untuk membuat fotografi di dalam air itu tidak pernah membuatkan Khanafi Mohd. Moksin mengibarkan bendera putih untuk menghasilkan karya terbaik.

Itu merupakan antara bait-bait pengalaman yang perlu dilalui lelaki berusia 33 tahun dari Bangi, Selangor itu demi mengejar impiannya dalam bidang fotografi di dalam air sejak tahun 2010.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Napie berkata, konsep studionya itu melibatkan subjek manusia ataupun produk yang menjalani rakaman di dalam air.

"Semasa awal pembabitan dalam bidang ini, saya ingin mencari kelainan," katanya ketika ditemui Kosmo!.

Napie memberitahu, terdapat beberapa lokasi sesuai untuk dijadikan tempat sesi fotografi dengan konsep sebegitu.

Ia termasuk kolam renang, tangki air, akuarium, tasik dan lautan.


MODEL perlu melakukan variasi lagak gaya semasa di dalam air.



"Bagaimanapun, saya lebih gemar menjadikan kolam renang tertutup sebagai studio kerana memudahkan kawalan sesi fotografi.

"Kolam renang yang mempunyai kedalaman 1.8 meter sudah memadai untuk melakukan rakaman. Jika terlalu dalam, ia akan menyukarkan sesi fotografi," katanya yang tidak pernah mengikuti sebarang pendidikan formal dalam kemahiran tersebut.

Menurutnya, dia mula berjinak-jinak dalam bidang fotografi pada tahun 2007 kerana minat mendalam terhadap seni dan fotografi. 'Guru' Napie hanyalah melalui buku, Internet dan rakan-rakan selain membuat latihan sendiri berulang kali.

Berbekalkan pengalaman yang ditimba secara sambilan, Napie mengambil langkah berani menjadikan bidang fotografi sebagai kerjaya sepenuh masa pada tahun 2010.

"Jarang-jarang sekali orang akan menceburi bidang studio fotografi di dalam air kerana ia melibatkan kos tinggi.

"Boleh dikatakan studio di dalam air agak baharu di negara ini. Sungguhpun mempunyai modal, lebih ramai penggemar fotografi melibatkan diri dalam fotografi di lautan," ujarnya.

Tambahnya, antara peralatan yang perlu dimiliki untuk kerjaya itu adalah seperti kamera refleks lensa tunggal (DSLR), kelongsong kamera kalis air, lampu strob, peralatan skuba, pencahayaan sokongan dan beberapa lagi aksesori penggambaran tambahan.

Selain daripada peralatan tersebut, Napie memberitahu dia juga perlu menyewa kolam renang dan mempunyai tirai latar.

Katanya, dia menggunakan lensa sudut luas dan makro kerana perlu merakam imej pada jarak dekat dengan subjek.

Cabaran

Napie menjelaskan, sebagai jurugambar, dia perlu mengimbangi badan semasa berada di dalam air.


SESI fotografi di bawah air memerlukan Khanafi merakam imej berada pada jarak dekat dengan subjek.



"Ia amat penting bagi memastikan bidikan yang dilakukan menghasilkan karya mengikut kemahuan jurugambar atau pelanggan-pelanggan.

"Badan yang tidak diimbangi dengan baik kemungkinan besar akan menghasilkan imej kabur dan kurang jelas," katanya.

Dia memberitahu, terdapat habuk-habuk kecil yang kelihatan terapung-terapung terutama ketika terdapat pergerakan di dalam kolam renang.

Katanya, jurugambar dan model perlu menunggu seketika di dalam air tanpa melakukan sebarang pergerakan untuk ia turun semula ke dasar kolam sebelum memulakan sesi fotografi.

Pencahayaan turut memainkan peranan penting dalam memastikan rakaman yang baik dan sempurna.

"Aspek pencahayaan persekitaran perlu diambil kira terutamanya semasa melakukan sesi fotografi di kolam renang terbuka.

"Langit tidak selalu cerah. Kadangkala cuaca dalam keadaan redup dan ada masa pula matahari memancar dengan terik sekali," ujarnya tersenyum.

Napie menambah, apabila berada di dalam air, kadar penglihatan model-model yang beraksi untuknya juga agak terbatas mememandangkan mereka tidak memakai gogal.

Katanya, penerangan dan taklimat akan diberikan terlebih dahulu sebelum memulakan sesi fotografi.


KHANAFI sentiasa memastikan peralatan rakaman diselenggara dengan baik.



"Ia bertujuan untuk memastikan model mengetahui mengenai lagak gaya ataupun bidikan yang ingin dirakam sebelum masuk ke dalam kolam renang," ujarnya.

Aspek keselamatan

Selain daripada model, tugas penyelia bakat juga amat penting demi memastikan keselamatan model.

"Apabila melakukan sesi fotografi pada kedalaman 1.8 meter ke atas, penyelia bakat akan memastikan keselamatan model yang berada di dalam air selain membantu jurugambar memperoleh hasil karya terbaik," katanya.

Penyelia bakat, Kamal Thrisno, 40, memberitahu, model-model akan diberi pendedahan mengenai aspek keselamatan, asas selaman dan bahasa isyarat.

"Kita akan mengadakan kelas selaman seminggu sebelum sesi fotografi dilakukan untuk membiasakan mereka di dalam air.

"Ia perlu dilakukan kerana tidak semua model mempunyai pengalaman melakukan sesi fotografi di dalam air. Dalam ruang tersebut, ketenangan adalah penting," jelasnya.

Kamal yang mempunyai pengalaman selama tujuh tahun dalam bidang selaman menjelaskan, setiap model mempunyai daya ketahanan berbeza untuk berada di dalam air.

Justeru itu, menurutnya, kelas selaman dilakukan bagi mendapat gambaran sebenar berapa lama para model mampu menahan nafas dan membiasakan diri dengan suhu dalam air.

"Semasa sesi fotografi berlangsung, saya mengetahui masa yang sesuai untuk memberikan oksigen kepada model-model ini. Pada kebiasaannya, saya akan berada berhampiran dengan model, ia adalah langkah keselamatan yang perlu diambil," katanya.


ZAHNITA (kiri) berehat sebentar di pinggir kolam renang selepas sesi penggambaran bersama Khanafi.



Kamal memberitahu, sekiranya model-model perlu turun naik ke permukaan air, mereka akan cepat letih sekali gus menyukarkan sesi fotografi.

Jika cara itu dipraktikkan, ia bukan sahaja akan melambatkan sesi fotografi malah boleh menyebabkan mereka mengalami masalah kekejangan otot dan keletihan.

Pengalaman

Sementara itu, model terkenal tanah air, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 27, berkata, dia merasa agak gementar semasa pertama kali mencuba sesi penggambaran di dalam air.

"Bagaimanapun, ia sesuatu yang menarik dan saya ingin merasai pengalaman dan cabaran baharu dalam bidang peragaan.

"Perbezaan ketara apabila melakukan sesi fotografi di dalam air adalah seseorang model perlu mengawal pernafasan," katanya yang sempat menambah bahawa model tersebut juga perlu bertenang dan menunjukkan ekspresi dan mood seperti yang dikehendaki jurugambar.

Zahnita yang boleh menahan nafas selama 30 saat menambah, pergerakan agak terbatas apabila berada di dalam air dan memerlukan tumpuan tinggi semasa melakukan lagak gaya.

Wanita jelita itu memberitahu, dia perlu memastikan diri sentiasa berada dalam keadaan tenang agar jurugambar dapat merakam karya terbaik.

Model sambilan, Noor Amylia Mustafa, 26, pula memberitahu, dia perlu memikirkan beberapa lagak gaya menarik apabila berada di dalam air.

"Saya hanya boleh menahan nafas selama 20 saat. Dalam tempoh yang singkat itu, saya perlu melakukan variasi lagak gaya menarik untuk rakaman jurugambar.

"Semasa sesi fotografi, saya akan menganggap bahawa jurugambar tiada di dalam air maka saya bebas melakukan seberapa banyak lagak gaya yang mampu," katanya.

Dia menambah, sukar juga untuk mengekalkan sesuatu lagak gaya di dalam air berbanding berada di darat.


KELONGSONG kamera kalis air perlu digunakan dalam sesi fotografi bawah air.


Katanya, dia perlu memastikan rambut, mimik muka dan pakaian sentiasa dalam keadaan tertib apabila berada di dalam air.

Dalam pada itu, Napie berharap lebih ramai orang akan mencuba sesuatu baharu dengan merasai pengalaman studio di dalam air.

"Saya mendapati terdapat pelanggan-pelanggan yang ingin mencuba tetapi perasaan takut dan tidak tahu berenang membantutkan niat mereka.

"Mereka tidak perlu bimbang kerana sesi fotografi akan dilakukan berdekatan dengan dinding kolam renang bagi memudahkan menggapai ke permukaan," katanya.

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP)

Posted: 27 Mar 2012 12:13 AM PDT



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang bermaustatin di Negeri Pulau Pinang bagi lantikan ke jawatan kosong di Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

1. PENYELIA KAFA/PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S17 (KONTRAK)

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN DAN BORANG PERMOHONAN (40 MB)

Tarikh Tutup Permohonan Pada 4 April 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Posted: 27 Mar 2012 12:10 AM PDT



PERKESO ditubuhkan pada 1971 bagi menguatkuasa, mentadbir dan melaksana Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan–Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Perlindungan yang disediakan oleh PERKESO termasuklah rawatan perubatan pembayaran faedah hilang upaya sementara dan kekal serta pemulihan. Melalui 46 buah cawangan di seluruh Negara. PERKESO memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan dengan memberikan maklumat yang tepat dan cepat serta sentiasa memelihara hubungan yang baik dengan pekerja dan majikan. Sejajar dengan rancangan pengembangan PERKESO kami menjemput mereka yang berminat untuk menyertai kami sebagai:

1. PEGAWAI PERUBATAN GRED 25

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN & BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
1. Pemohon dikehendaki mengisi Borang PKS (T) 70 yang boleh didapati dari mana-mana cawangan PERKESO di seluruh negara ataupun melayari laman Web PERKESO di www.perkeso.gov.my untuk memuat turun borang permohonan.

2. Permohonan daripada penjawat awam/Badan Berkanun hendaklah mengemukakan salinan rekod perkhidmatan dan laporan prestasi tahunan yang dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan pengesahan majikan (testimonial) bagi permohonan dari sektor swasta.

3. Permohonan hendaklah dihantar melalui pos dengan menyertakan butir-butir peribadi (resume), salinan kelayakan akademik dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan yang telah disahkan, gaji terkini berserta salinan slip gaji yang disahkan dan gambar berukuran pasport ke alamat di bawah sebelum atau pada 30 Mac 2012.

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)
MENARA PERKESO
TINGKAT 10, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
281, JALAN AMPANG, 50538 KUALA LUMPUR


Tarikh Tutup Permohonan Pada 30 Mac 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Agensi Angkasa Negara Malaysia (ANGKASA)

Posted: 27 Mar 2012 12:04 AM PDT



Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan di Pejabat Pusat Angkasa Negara bagi jawatan seperti berikut :-

1. Juruteknik (J17)
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (N17)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
a) Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan jawatan yang boleh didapati di laman sesawang ANGKASA http://www.angkasa.gov.my atau boleh didapati di pondok pengawal Pusat Angkasa Negara.

b) Semua maklumat yang diisi dalam borang hendaklah ditulis dengan jelas dan terang dengan HURUF BESAR.

c) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan surat beranak, salinan sijil-sijil keputusan peperiksaan dan salinan sijil tamat persekolahan yang DISAHKAN.

d) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat di bawah:

Pengarah
Pusat Angkasa Negara
Lot 2233, Jalan Turi, Sungai Lang
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan.

(u/p: Pn. Jessica Wong Soo Mee)

Tarikh Tutup Permohonan Pada 30hb Mac 2012 (Jumaat)

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)

Posted: 27 Mar 2012 12:01 AM PDT



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Sambilan Harian bagi jawatan berikut. Keutamaan akan diberikan kepada rakyat negeri Pahang Darul Makmur.

1. Penolong Arkitek Landskap J29
2. Juruteknik (Awam) J17

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang MPK/PERJ.1 pindaan 02 yang boleh didapati di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatamn Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kuantan, Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan.

2. Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN
JALAN TANAH PUTIH
25100 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR


Tarikh Tutup Permohonan Pada 2 April 2012

No comments: