Saturday 24 March 2012

Budak Technician

Budak Technician


Ziana Zain Setuju Duet Dengan Alyah

Posted: 23 Mar 2012 02:21 AM PDT



Susulan laporan sebuah akhbar yang mengatakan keinginan Alyah untuk berduet dengan penyanyi tersohor negara, Ziana Zain, MH Online mendapatkan kenyataan balas daripada pelantun 'Madah Berhelah' itu.

"Ya, saya sudah menyatakan persetujuan untuk berduet dengan Alyah dan memintanya mencari lagu yang sesuai. Bila-bila masa sahaja kami akan merakamkan lagu itu," kata Ziana yang ditemui di Karangkraf baru-baru ini.

Bagi Alyah pula, dia rasa terharu dengan persetujuan yang diberikan oleh penyanyi kesukaan ramai itu.

"Tak sangka Kak Ziana sudi berduet dengan saya. Harap lagu yang dirakamkan nanti mendapat sambutan daripada peminat," kongsi Alyah ceria.

Baik Ziana mahupun Alyah, mereka mengharapkan agar lagu itu berkualiti dan tidak kisah siapa komposernya. -MH-

Zed Zaidi Bakal Timang Anak Lelaki

Posted: 23 Mar 2012 02:19 AM PDT



Berita tentang kehamilan isterinya sekali lagi dikongsi pelakon Zed Zaidi yang mana kali ini dia memaklumkan yang isterinya itu, Nelly, disahkan mengandung anak lelaki.

Jantina anak yang bakal dilahirkan isterinya itu diketahui selepas menjalani ujian pengimbas jantina semalam.

Dan mengetahui sahaja keputusan itu, Zed terus sahaja menyatakannya di status 'Facebook' miliknya.

Tahniah daripada MH dan semoga isterinya selamat melahirkan yang dijangka pada Julai nanti.-MH-

Sazzy Falak Lancar Jenama Pakaian Sendiri

Posted: 23 Mar 2012 02:08 AM PDT



Pelakon dan pengacara popular, Sazzy Falak kini mengembangkan sayap dalam bidang perniagaan apabila bakal melancarkan jenama pakaiannya sendiri yang dinamakan 'SF by SF'.

'SF by SF' yang diilhamkan oleh Sazzy sendiri membawa maksud 'Street Fashion by Sazzy Falak' akan menampilkan konsep 'street fashion' yang ringkas dan ranggi.

Jenama pakaian ini dijangka akan dilancarkan pada bulan Jun depan dan pastinya akan menjadi rebutan dikalangan peminat aktres kecil molek ini. Sebagai permulaan, 'SF by SF' akan menjual skaf dan baju wanita sahaja. -MH-

Posted: 23 Mar 2012 02:03 AM PDT



Mungkin ramai yang tidak tahu sebelum bergelar penyanyi, Farah Asyikin pernah berkhidmat sebagai guru. Dan kini, selepas melakukan penghijrahan dengan imej terbarunya, dia kembali ke profeyen asalnya.

Kenyataan itu dimaklumkan sendiri oleh Farah menerusi status di laman Facebook miliknya.

Berdasarkan status itu juga, Farah khabarnya akan mengajar pelajar-pelajar di tahun satu hingga enam. -MH-

"Ambil Anak Angkat Bukan Sebab Taknak Kahwin" - Stacy

Posted: 23 Mar 2012 01:58 AM PDT



Susulan tersebarnya gambar mesra Stacy bersama seorang bayi comel di blog hiburan, MH Online mendapatkan kenyataan rasmi daripada si gadis lincah ini.

"Betul, dia adalah anak angkat yang saya jaga sejak lahir lagi. Saya bersyukur kerana ada pihak yang sudi memberi kepercayaan untuk saya menjaga anaknya. Mungkin kali ini rezeki saya kerana tidak perlu menunggu lama seperti orang lain untuk mendapatkan anak angkat.

"Dengan kehadiran anak angkat ini bukan bermakna saya tidak mahu kahwin. Mana tahu, saya lambat berkahwin, sekurang-kurangnya saya ada teman bila di rumah dan tidaklah saya rasa sunyi," ujar Stacy yang kini dalam proses menyiapkan dokumen anak angkatnya itu.

Ditanya tidakkah dia kekok dalam menjaga dan menguruskan bayi kecil dalam usia muda, jawabnya;

"Sebelum ini pun semasa di kampung saya pernah menjadi 'babysitter'. Jadi tidak ada istilah kekok atau janggal. Saya dah biasa, tambahan pula saya mempunyai anak buah yang ramai."

Bayi yang dilahirkan pada 14 Februari 2012 lalu diberi nama Bella Valentina. -MH-

Senarai Permohonan Biasiswa Yang Ditawarkan Untuk Pelajar Lepasan SPM 2011

Posted: 22 Mar 2012 10:12 PM PDT



Biasiswa Buat Lepasan SPM 2011 - Sekalung tahniah buat para pelajar yang telah berjaya mendapat kejayaan penuh gemilang dan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang baru diumumkan. Kami percaya anda tentu merasa sangat gembira dan bangga serta puas kerana telah berjaya mencapai keputusan baik, hasil usaha dan iltizam untuk berjaya.

Anda bukan sahaja membanggakan diri anda sendiri, tetapi telah membuktikan kepada keluarga bahawa anda merupakan seorang anak yang boleh diharapkan di masa akan datang.

Namun, diingatkan .... ini hanyalah satu permulaan yang baik untuk anda terus berjaya. Masih jauh langkah yang perlu anda lakukan untuk terus berjaya. Untuk itu ramai yang sedang mencari peluang untuk menyambung pendidikan .... dan .... pada masa yang sama, ada kekangan yang menghadkan langkah anda.

Usah bimbang, kami tahu ... ramai yang susah hati untuk sambung pelajaran dek kerana kekangan kewangan - dan kerana itulah, kami senaraikan seberapa yang boleh beberapa tawaran biasiswa yang boleh anda rebut untuk meneruskan impian serta cita-cita anda.

Artikel ini dipetik dari blog harulhassan.com


Senarai Biasiswa Lepasan SPM 2011 | Tawaran Untuk Biasiswa 2012/2013

Biasiswa Yayasan Proton
Terbuka buat mereka yang ingin melanjutkan pelajaran berkaitan automotif. Ada 3 kategori disediakan, biasiswa untuk pelajar cemerlang SPM2011 (cgpa 3.5 ke atas), biasiswa untuk keluarga kurang berkeupayaan (cgpa 3.0 ke atas) dan biasiswa untuk anak-anak kakitangan Proton. Para pelajar yang mendapat tawaran akan diberikan sehingga RM6,600 setahun + sebuah laptop percuma dan tawaran latihan (dengan elaun khas) dengan Proton.

Untuk memohon: KLIK SINI.
Tarikh tutup: 30 April 2012

Biasiswa Petronas 2012/2013
Untuk mereka yang ingin melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi PETRONAS atau universiti luar/antarabangsa cawangan di dalam Malaysia.

Permohonan secara online: KLIK SINI.
Tarikh tutup: 28 Mac 2012

Bank Negara Malaysia Scholarship Award 2012/2013
Tawaran dibuka untuk semua lepasan STPM dan juga SPM yang baru sahaja diumumkan. Untuk lepasan SPM 2011, sekurang-kurang 8As (A dan A+ sahaja) adalah kriteria minimum yang ditetapkan. Info lanjut: KLIK SINI.

Permohonan secara online: BNM Scholarship Awarad 2012/2013
Tarikh tutup: 29 Mac 2012

British Council IELTS Scholarships 2012
Sebanyak RM50,000 keseluruhan disediakan kepada 5 pelajar Malaysia untuk lanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara di bawah program dari universiti yang diiktiraf oleh IELTS Sebanyak 2 tawaran biasiswa diberikan kepada pelajar yang berminat untuk sambung belajar di Australia dan Amerika Syarikat.

Permohonan secara online: KLIK SINI.
Tarikh tutup: 30 Jun 2012

UTM Endowment Scholarship
Sebanyak RM2.5 Billion diperuntukan untuk program biasiswa ini. Kepada yang berminat, anda boleh layari http://www.utm.my atau telefon 07-553 0248/553 0185 (Unit Bantuan Kewangan).
Tarikh tutup: 16 April 2012

Biasiswa Yayasan Khazanah Nasional
Terdapat beberapa kategori biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan Khazanah Nasional buat warga Malaysia serta warga asing yang ingin melanjutkan pelajaran. Anda boleh memilih mana-mana pilihan yang ada - terdapat 6 pilihan biasiswa ditawarkan oleh Yayasan Khazanah Nasional Malaysia.

Untuk melihat senarai serta info lanjut dan juga permohonan: KLIK SINI.
Tarikh tutup: 1 April 2012

MREPC Scholarship Award
Tawaran biasiswa untuk semua yang berminat untuk mendapatkan biasiswa di bawah Kementerian Komoditi dan Asas Tani. Bidang yang berkaitan, adalah seperti kejuruteraan kimia, kejuruteraan mekanikal, elektrik dan elektronik, teknologi polimer, pemasaran dan perniagaan, alam sekitar serta IT.

Untuk info dan maklumat lanjut: KLIK SINI.
Tarikh tutup: 30 March 2012

Biasiswa Yayasan Sime Darby
Terdapat beberapa biasiswa untuk para pelajar lepasan Diploma, STPM, SPM serta juga bantuan khas untuk golongan OKU. Anda boleh dapatkan senarai biasiswa oleh Yayasan Sime Darby.

Permohonan secara online di sini: Biasiswa Yayasan Sime Darby
Tarikh tutup: 20 April 2012

Gambar Majlis Akad Nikah Adik Bongsu Siti Nurhaliza

Posted: 22 Mar 2012 10:16 PM PDT

Baru-baru ni berlangsungnya satu majlis akad nikah adik bongsu kepada penyanyi nombor satu, Dato' Siti Nurhaliza, Mohd Hafiz. Majlis akad nikah ini dilakukan di sebuah masjid yang tak jelas dimana, mungkin di Pahang kot. Siti sempat lagi menjadi mak andam menghias pengantin perempuan. Mesti guna produk Simplysiti tu...hehe














gambar Facebook ROZI ABDUL RAZAK

sumber : izyan.com

Gambar Fazura dan Kekasih di Singapore?

Posted: 22 Mar 2012 08:57 PM PDT


gambar Rotikaya

Kalau nak diikutkan memang kita tak nah tahu siapa kah dia jejaka yang mendapingi Fazura ketika ini. Melihat daripada gambar yang diambil melalui sumber, dikatakan ini adalah kekasih Fazura yang sedang pergi ke Universal Studios di Singapura. Aksi berpegangan tangan begitu erat dan mesra lagi, jadi rasanya sah lah ini jejaka adalah kekasih Fazura. Mungkinkah Fazura bakal menamatkan zaman bujangnya tahun ini? kita nantikan bersama-sama. -izyan.com-

Scha dan Awal akan umum tarikh kahwin 27 Mac ini

Posted: 22 Mar 2012 08:55 PM PDT

Mendapat informasi daripada laman GUA, dah menjadi trend pasngan selebriti popular, dikhabarkan yang pasangan Scha al Yahya dan Awal Ashaari bakal mengadakan satu sesi sidang media bersama wartawan pada 27 Mac ini bersamaan hari Selasa di Flora Cafe Kuala Lumpur untuk memberitahu tarikh keramat bilakah perkahwinan mereka diistiharkan kepada peminat dan rakyat Malaysia. Siapa yang tahu tempat ini, boleh lah serbu terlebih dahulu.-izyan.com-

Anne Ngasri dan Aliff Aziz Sedang Bercinta?

Posted: 22 Mar 2012 08:54 PM PDT

"Buat masa sekarang kami masih lagi dalam proses mengenali hati budi." Mungkin ini adalah antara jawapan yang paling biasa dan standart diberikan oleh selebriti kita apabila mereka dikaitkan dengan seseorang lelaki/perempuan.

Sudah menjangka jawapan tersebut daripada Anne, jujurnya tidak mahu terburu-buru dalam melakukan sebarang keputusan.

Apatah lagi keputusan yang bakal diputuskan itu melibatkan masa depan serta tiga cahaya matanya.

Ketika ini, hubungan Anne bersama Aliff Aziz dikatakan semakin hangat dan diibaratkan seperti pasangan yang sedang bercinta. -Via/izyan.com

Gambar Enot kini bertudung

Posted: 22 Mar 2012 08:52 PM PDT

Syukur Alhamdulillah kini Enot mengambil pendekatan untuk lebih beradab dari segi kata-kata selepas membuat keputusan memakai tudung sejak sebulan lalu. Enot akui yang dia perlu menjaga batasan agar tidak mendatangkan persepsi buruk masyarakat terhadap imej barunya itu.


"Saya masih 'gila-gila' seperti dulu tetapi akan lebih menjaga batasan dalam percakapan atau pun perbuatan supaya ia tidak menimbulkan prasangka buruk mengenai perubahan saya kepada orang lain,

"Saya tidak pernah merancang untuk memakai tudung sebelum ini tetapi ia berlaku secara tiba-tiba ketika bangun pagi, sebulan lalu tanpa berfikir panjang.

"Suami, keluarga dan rakan-rakan juga memberikan sokongan yang baik terhadap perubahan ini,"-Via/izyan.com

Video Bulan Madu Lisa Surihani Dan Yusry

Posted: 22 Mar 2012 08:51 PM PDT


Walaupun sudah lama berlalu episod bulan madu Yusry dan Lisa Surihani, namun pasti ada yang masih tidak mahu ketinggalan mahu melihat gelagat mereka berdua ketika brbulan madu, baru-baru ni sempat Astro rakamkan detik-detik berkenaan melalui rakaman video yang dibuat oleh pasangan ini. Enjoyed it~



sumber : izyan.com

Astro First Rosakkan Industri Filem - Ahmad Idham

Posted: 22 Mar 2012 08:43 PM PDT

 
Ahmad Izham Omar(kedua dari kiri) bertukar dokumen denganAhmad Idham Ahmad Nadzri(kedua dari kanan) pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) antara stesen televisyen TV3 dan syarikatnya, Excellent Pictures. Foto SIA HONG KIAU

PETALING JAYA: Penerbit filem, Ahmad Idham Ahmad Nadzri menganggap penayangan filem tempatan menerusi saluran Astro First akan merosakkan industri perfileman tempatan dengan lebih mudah.

Ahmad Idham berpendapat, berdasarkan dua buah filemnya iaitu Hantu Bonceng dan Senjakala yang telah pun disiarkan di saluran berkenaan, nilai eksklusif sesebuah filem akan terus merudum selain bilangan penonton di panggung wayang akan berkurangan pada masa akan datang.

"Saya percaya setiap stesen televisyen mempunyai matlamat masing-masing dalam memuaskan hati penonton mereka.

"Tetapi berdasarkan pandangan saya, industri filem tempatan akan hancur kerana pada masa akan datang masyarakat tidak akan berminat untuk menonton wayang kerana selepas dua minggu tayangannya di panggung, ia dengan mudah boleh didapati menerusi Astro First.

"Bukan itu sahaja, industri cetak rompak juga semakin ligat merakam filem-filem yang disiarkan itu dengan mudah. Sebab itu kita dapati karya-karya tempatan dengan cepat berada di laman Youtube," tegasnya yang ditemui pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) antara stesen televisyen TV3 dan syarikatnya, Excellent Pictures di Hotel One World, di sini, Khamis.

Justeru itu, Ahmad Idham mengambil langkah untuk kembali ke 'konsep lama' di mana filem-filem terbitannya hanya boleh disiarkan di stesen televisyen selepas beberapa bulan tamat tayangan di panggung.

Dan selepas membuat perbincangan bersama, Excellent Pictures akan bertindak sebagai pembekal eksklusif kesemua filem terbitan produksi tersebut untuk TV3 selama dua tahun.

"Dalam kolaborasi ini kami membuat perjanjian situasi menang-menang di mana pihak TV3 hanya akan menayangkan filem-filem terbitan Excellent Pictures selepas beberapa bulan tayangannya tamat di panggung.

"Dan jangka masanya tidak tentu sama ada siarannya akan dikeluarkan lebih awal atau ketika di musim-musim perayaan tertentu.

"Dengan cara ini, sekurang-kurangnya penonton di panggung tidak akan berasa rugi selain filem-filem tempatan kita akan menjadi lebih eksklusif," ujarnya.

Antara filem-filem yang bakal disiarkan di TV3 ialah Jangan Pandang-Pandang, Gerimis Mengundang, Mail Lambung dan Cinta Atas Tar.

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Operasi, rangkaian televisyen, Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, produksi Excellent Pictures menjadi pilihan pihaknya selepas melihat kejayaan filem dan drama terbitan syarikat tersebut yang berjaya menarik perhatian pelbagai golongan penonton.

"Sebelum ini kami pernah bekerjasama dan sememangnya sudah ada keserasian memahami cara kerja masing-masing.

"Menerusi kolaborasi ini, ia memudahkan kedua-dua belah pihak dalam memasarkan filem dan produk yang dihasilkan dengan lebih efektif.

"Dalam pada itu, pihak kami juga perlu peka dalam memberikan siaran yang terbaik buat penonton," katanya. -mstar-

Yusry Terkejut Lisa Tidak Cerewet Semasa Berbulan Madu

Posted: 22 Mar 2012 08:41 PM PDT

Lisa dan Yusry ketika berbulan madu ke Eropah.

PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani mendedahkan suaminya, Yusry Abdul Halim agak terkejut dengan sikapnya yang tidak cerewet semasa mereka berbulan madu di Eropah selama dua minggu baru-baru ini.

Lisa berkata, pada peringkat awal Yusry mungkin beranggapan dia mahukan layanan mewah semasa berkunjung ke sana tetapi sebaliknya perkara itu tidak berlaku.

"Yusry sebenarnya adalah seorang yang ringkas dan tidak cerewet dalam banyak perkara dan dia pula terkejut apabila saya mempunyai sikap sama apabila saya tidak kisah tinggal di hotel biasa semasa di Eropah.

"Kunjungan ke sana bukan untuk tinggal di hotel mewah sebaliknya menerokai negara orang dan merapatkan hubungan kami suami isteri," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.

Lisa dan Yusry berangkat ke Eropah pada awal Mac selepas selesai majlis resepsi perkahwinan mereka pada 26 Februari dan kembali ke Malaysia pada 17 Mac lalu.

Dalam pada itu, ditanya apakah perkara yang dia belajar mengenai diri suaminya sepanjang berbulan madu, Lisa memberitahu dia menerima Yusry seadanya.

Bagaimanapun, Lisa berkata, sikap tanggungjawab adalah kualiti yang paling menambat hatinya mengenai Yusry sehinggalah dia mengambil keputusan untuk menerima lelaki itu sebagai suaminya.

"Dia masih Yusry yang saya kenal sebelum kahwin dan sehingga kini dia adalah orang sama yang saya cintai. Rasanya, suami yang lebih banyak belajar mengenai diri saya sepanjang percutian itu," ujarnya.



Sementara itu, bercerita mengenai pengalaman bercuti di luar negara, Lisa berkata percutiannya bersama suami tercinta cukup istimewa.

Walaupun Yusry pernah ke negara itu sebelum ini, mereka mengambil keputusan untuk melawat ke tempat-tempat yang tidak pernah dilawati agar aktiviti berbulan madu itu menjadi lebih bermakna.

"Percutian itu amat menyeronokkan kerana ia telah dirancang dengan baik sebelum kami berangkat," ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai aktiviti tersebut, Lisa berkata, mereka mengambil keputusan memandu sendiri kereta yang disewa untuk menjelajah ke Eropah.

Destinasi pertama mereka adalah ke Switzerland dan kemudiannya bergerak ke Perancis dan Itali sambil singgah pelbagai tempat menarik.

"Semua tempat yang dilawati adalah sangat istimewa dan mempunyai memori tersendiri tetapi kunjungan ke Mont Blonc di pergunungan Alps yang terletak di antara negara Perancis dan Itali antara pengalaman menarik.

"Yusry juga sempat ke Bolognia di Itali untuk melawat muzium kereta mewah Lamborghini selain ke Rome dan beberapa lokasi lain," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Lisa berkata, dia akan kembali ke set penggambaran filem "Tingkat Empat" arahan Jason Chong terbitan KRU Studios dan suaminya akan mula sibuk dengan pasca produksi filem "Vingkingdom". -mstar-

Owen Wilson Tidak Endahkan Permintaan Fahrin Ahmad

Posted: 22 Mar 2012 08:40 PM PDT

Owen Wilson (kanan), Adrian Brody and Camilla Belle bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Pengerusi SIC Datuk Mokhzani Mahathir. Foto GLENN GUAN


KUALA LUMPUR: Hasrat pelakon Fahrin Ahmad untuk bergambar dengan aktor Hollywood Owen Wilson ketika di majlis Sapura & Kencana Petroleum Red Ribbon GP Ball 2012 tidak kesampaian apabila permintaan itu ditolak mentah-mentah.

Insiden memalukan itu berlaku sejurus selepas Owen bertemu dengan pihak media di sebuah tempat khas yang disediakan.

Bagaimanapun Fahrin yang merupakan salah seorang selebriti tempatan yang dijemput ke majlis itu menganggap perkara tersebut bukanlah satu hal yang serius.

"Saya memang mahu bertemu dengan aktor tersebut serta selebriti Hollywood yang lain. Harap-harap saya ada peluang lagu untuk bertemu dengannya pada masa akan datang nanti," katanya yang dipetik daripada portal Daily Chilli.

Fahrin Ahmad

Majlis yang penuh mewah itu telah berlangsung di Hotel Mandarin Oriental dengan kehadiran selebriti-selebriti Hollywood dan tempatan untuk meraih dana khas bersempena dengan sambutan edisi ke-14 perlumbaan Petronas Grand Prix Malaysia Formula Satu (F1).

Selain Owen dan Fahrin, antara yang hadir ialah Dayang Nurfaizah, Sazzy Falak, Leona Lewis, Adrien Brodyen, Camilla Belle, Fernando Morientes, Michel Salgado, Fabio Cannavaro dan David Haye. -mstar-

Taiyuddin 'Apa Celop' Mahu Kahwin Tahun Ini

Posted: 22 Mar 2012 08:36 PM PDT

Taiyuddin bakal bergelar suami pada tahun ini. Foto KIMBERLY YEO

PETALING JAYA: Pelakon Taiyuddin, 29, merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini apabila mendapati kedudukan kewangannya semakin stabil selepas popular menerusi filem Hantu Bonceng selain menerima pelbagai tawaran berlakon.

Taiyuddin atau nama sebenarnya, Sallehuddin Abu Bakar berkata, dia tidak menyangka selepas 10 tahun berada di bidang lakonan, barulah kerjayanya itu mula diberi perhatian sehingga membuatkan dia terpaksa menolak beberapa tawaran kerana jadual yang padat.

"Alhamdulillah, jika sebelum ini saya selalu termenung kerana tidak ada tawaran lakonan, sekarang ini saya termenung lagi, bilalah saya dapat berehat.

"Kerana rezeki yang diperoleh juga, saya bercadang untuk berkahwin pada tahun ini. Usia saya semakin meningkat dan saya mahu menimang anak serta melihatnya membesar di depan mata.

"Kalau saya kahwin ketika umur 30-an, mungkin saya tidak sempat melihat anak sendiri membesar. Semoga perancangan ini menjadi Insya-Allah," tuturnya yang juga berlakon dalam Apa Celop, yang kini disiarkan setiap Isnin sejak 20 Februari di TV3.

Tambah Taiyuddin yang terkenal dengan aksi komedi selamba, dia sebenarnya bukanlah seorang pelawak sebaliknya sekadar berlakon mengikut watak yang diberi.

Dalam pada itu dia juga mengakui berasa pelik dan segan apabila ditegur peminat kerana tidak sangka dirinya akan dikenali ramai.

"Walaupun kerja saya sebagai seorang pelakon, saya merasakan tidak mungkin diri ini akan popular kerana ada yang lebih hebat lakonannya daripada saya. Tambah pula ramai yang mempunyai pakej yang lengkap.

"Cuma, apabila sudah menjadi perhatian, saya perlu berhati-hati daripada segi kelakuan yang mungkin tidak akan menyenangkan masyarakat.

"Nak hisap rokok di depan orang pun saya tak buat kerana menghormati peminat-peminat yang menyokong saya," katanya. -mstar-

Tampil Langsing, Kehamilan Beyonce Dipertikaikan Lagi

Posted: 22 Mar 2012 08:34 PM PDT

Beyonce's Pregnancy Fake ?

Bentuk tubuh badan Beyonce langsing seperti biasa ketika muncul dia sebuah majlis amal.


MENJADI satu perkara yang normal bagi seseorang wanita tidak mendapat tubuh badan yang langsing dalam jangka masa dua bulan selepas proses melahirkan anak.

Namun, hal itu tidak pun berlaku kepada penyanyi Beyonce Knowles yang baru saja melahirkan anak perempuan, Blue Ivy Carter, pada 7 Januari lalu.

Ia terbukti apabila dia muncul pada sebuah majlis amal pada Selasa lalu. Dia kelihatan sempurna dengan tubuh badan yang langsing, mengenakan gaun pendek busana jenama Victoria Beckham.

Ketika itu, tubuh badan Beyonce sedikit pun tidak menampakkan perubahan seperti ibu-ibu yang baru lepas bersalin.


Khabar angin mengenai penyanyi seksi itu memalsukan kehamilannya mula bertiup kencang apabila membuat kemunculan di America's NBC News Today baru-baru ini.

Perut Beyonce dikatakan bergerak seperti mempunyai bantal tambahan semasa duduk di sofa untuk diwawancara.

Terdapat juga dakwaan bahawa penyanyi bersuara emas itu melakukan taktik tersebut bagi menyerlahkan perutnya ketika muncul di khalayak.

Penampilan Beyonce yang cukup sempurna pada majlis amal itu dengan mengenakan pelbagai aksesori bersama kasut tumit tingginya menguatkan lagi dakwaan bahawa kehamilannya sebelum ini berkemungkinan besar adalah palsu.

M. Nasir cipta kejutan

Posted: 22 Mar 2012 08:10 PM PDT



SABTU lalu, berlangsung sudah konsert minggu pertama program realiti hiburan Mania.

Empat penyanyi yang bertanding pada malam itu iaitu Stacy, kumpulan Estranged, Atilia dan Akim AF7 sudah mengetahui di bawah empayar komposer manakah mereka masing-masing akan bernaung.

Kini, cuma tinggal lapan penyanyi iaitu Adira, Awi Rafael, Jaclyn Victor, Shila Amzah, Hafiz AF7, Alyah, kumpulan Kristal dan Hazama AF9 yang belum mengetahui mereka di bawah bimbingan komposer yang mana satu.

Ternyata pelbagai kejutan yang dibuat oleh ketiga-tiga pemilik empayar Mania iaitu Datuk M. Nasir, Aubrey Suwito dan Ahmad Dhani dalam membuat pemilihan penyanyi-penyanyi yang akan dibimbing oleh mereka.

Sangat bertentangan dengan genre muzik lazim M. Nasir, 54, ternyata pemilihan Stacy AF6 sebagai salah seorang daripada lima penyanyi di bawah empayarnya mencipta kejutan buat peminat.

Penyanyi dan komposer hebat itu turut mencipta kejutan apabila dilihat memberi reaksi terkejut menerima bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima, Ebi Kornelis yang terpilih daripada tiga senarai Hot Seat program Mania.

Ternyata, penerimaan komposer hebat itu untuk berusaha membentuk Ebi untuk turut merebut peluang menjadi juara Mania dengan gelaran Super Star Malaysia membuatkan penyanyi kelahiran Sabah itu melutut kegembiraan di atas pentas Mania.

Ditemui usai konsert minggu pertama di Studio 1, Astro, Kuala Lumpur baru-baru ini, M. Nasir memberitahu dia memilih Stacy kerana potensi luar biasa yang dimiliki penyanyi itu.

TIGA komposer unggulan (dari kiri) Datuk M. Nasir, Ahmad Dhani dan Aubrey Suwito menggalas 
tanggungjawab berat menentukan empayar siapa yang paling hebat antara ketiga-tiga mereka.


Yakin potensi juara AF6 itu boleh diperhebatkan lagi, M. Nasir turut memuji Stacy memiliki kesungguhan dan komitmen ketika mengadakan persembahan.

"Saya tertarik dengan kegigihan, disiplin dan komitmennya ketika mengadakan sesebuah persembahan. Dia sentiasa bersedia dalam setiap persembahannya," ujarnya.

Ditanya mengenai genre pop dance yang dibawa Stacy bertentangan dengan genre lazim yang sering dihasilkannya, ungkap M. Nasir, Stacy tidak akan selama-lamanya membawakan muzik genre pop dance.

Sebaliknya, kata M. Nasir, dia akan memberikan lagu-lagu genre lain yang bersesuaian dengan kemampuan vokal hebat Stacy untuk dipersembahkan sepanjang Mania berlangsung.

Mengulas mengenai format Hot Seat, ujar M. Nasir, ia merupakan satu cabaran yang harus diterimanya.

Format Hot Seat telah menetapkan bahawa ketiga-tiga M. Nasir, Dhani dan Aubrey tidak diberi hak untuk memilih, sebaliknya masing-masing perlu menerima penyanyi tertentu yang diberikan oleh penerbit untuk dibimbing bagi merebut gelaran Super Star Malaysia.

Tambahnya: "Ia merupakan format yang telah ditetapkan Astro selaku penerbit Mania. Saya sahut cabaran membimbing Ebi. Dari segi vokal, ia masih boleh diperbaiki. Sebaliknya, aspek persembahan dan persembahan Ebi di atas pentas masih banyak memerlukan bimbingan."

Dhani dianggap tamak

Baru sahaja konsert pertama Mania berlangsung, komposer dan vokalis terkenal kumpulan Dewa, Ahmad Dhani, 40, sudah mendahului M. Nasir dan Aubrey dari segi bilangan penyanyi yang bernaung di bawah empayar masing-masing.

Dhani sudah memilih tiga penyanyi berbanding M. Nasir hanya seorang (Stacy, Ebi pula terpilih menerusi Hot Seat), manakala Aubrey masih belum mempunyai sebarang penyanyi di bawah empayarnya.

Ahmad Dhani memilih penyanyi Atilia, Akim dan Estranged di bawah empayarnya atas faktor kepelbagaian genre yang dimiliki ketiga-tiga artis tersebut.

"Saya mencari elemen variasi untuk penyanyi yang akan dibimbing. Mereka telah mencukupi senarai penyanyi solo wanita, lelaki dan berkumpulan di bawah empayar saya," ujarnya yang dianggap tamak oleh Aubrey secara bergurau kerana memilih tiga penyanyi sekali gus di bawah empayarnya.

Mengulas mengenai pemilihan Atilia yang dikenali sebagai penyanyi gemar membawakan lagu-lagu genre jazz, ujar Dhani yang masih mempunyai dua kekosongan penyanyi di bawah empayarnya, dia sudah lama tidak terlibat dalam pembikinan muzik jazz dan R&B.

"Inilah masa buat saya untuk berkecimpung semula dalam genre jazz dan R&B. "Saya dulu pernah hasilkan muzik jazz untuk penyanyi Reza pada tahun 1997.

"Malah, sehingga saat ini saya masih mempunyai banyak lagi lagu genre jazz dan R&B yang masih tersimpan. Disebabkan itu saya memilih Atilia," tuturnya yang terpaksa berulang-alik dari Indonesia ke Malaysia setiap minggu untuk menjayakan Mania.

Berbeza dengan Ahmad Dhani dan M. Nasir yang sudah membuat keputusan memilih penyanyi di bawah empayar masing-masing, Aubrey pula dilihat lebih bersikap selektif dan masih tidak menentukan penyanyi mana yang akan dibimbingnya.

Menjawab mengenai perkara itu, komposer lagu Gemilang nyanyian Jaclyn Victor itu memberitahu tidak bersikap selektif sebaliknya mengakui kurang pantas memilih berbanding Ahmad Dhani dan M. Nasir.

"Saya memang suka dengan semua persembahan pada malam ini. Semua penyanyi menunjukkan kesungguhan dan bakat masing-masing. Bukan saya tidak mahu buat pemilihan tetapi Ahmad Dhani dan M. Nasir memilih dengan lebih pantas.

"Pemilihan penyanyi juga bukan dibuat secara berebut sebaliknya berlangsung dalam satu perbincangan. Jadi, saya cuma bersikap tolak ansur," ujarnya tersenyum.

Carlos Tevez kembali menjadi inspirasi Manchester City

Posted: 22 Mar 2012 08:05 PM PDT


MANCINI (kanan) kembali memberi kepercayaan kepada Tevez untuk berada dalam skuad utama City musim ini.

MANCHESTER - Roberto Mancini yakin Carlos Tevez akan memberikan kekuatan tambahan kepada Manchester City dalam misi memburu gelaran Liga Perdana England musim ini.

Penyerang kontroversi Argentina itu menjadi inspirasi kemenangan 2-1 City ke atas Chelsea selepas masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua di Eastlands awal pagi semalam.

Tevez yang masuk menggantikan pemain tengah, Nigel De Jong pada minit ke-66 memainkan peranan penting untuk membantu Samir Nasri meledakkan gol kemenangan City pada minit ke-84.

Kemenangan itu telah mencerahkan semula peluang City untuk memenangi gelaran liga selepas hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu, Manchester United.

Meskipun Chelsea memperoleh jaringan awal menerusi pemain pertahanan Chelsea, Gary Cahill (59), City berjaya mengikat kedudukan menerusi gol Sergio Aguero pada minit ke-78.

"Pada saya, apa yang paling penting, Tevez berjaya memberikan hantaran kepada Nasri dalam mencipta gol kemena- ngan dan semua penyokong sangat gembira dengan persembahan penyerang itu malam ini (semalam)," kata Mancini.

"Tevez masih memerlukan masa. Ia bukan satu perkara yang mudah tetapi kehadiran Tevez pada perlawanan menentang Chelsea cukup penting buat kami.

"Mungkin Tevez perlu mengambil masa selama 10 hari atau dua minggu untuk mengembalikan prestasi cemerlangnya. Dia akan memainkan peranan yang cukup penting buat pasukan kami.

"Setiap hari saya bercakap dengan Tevez pada bulan ini dan saya yakin dia mampu memberikan yang terbaik sepanjang 20 minit bermain (selepas menggantikan De Jong) untuk membantu pasukan mencipta kemenangan ini."

Kemenangan ke-20 berturut-turut City di gelanggang sendiri itu turut mencatat rekod baharu dalam era Liga Perdana England.

Setakat kini dalam sejarah, hanya empat kali kelab Liga Perdana England berjaya mencapai rekod itu.

Pada perlawanan tersebut, penampilan semula Tevez mendapat sambutan hangat para penyokong City selepas enam bulan dia tidak beraksi bersama skuad The Citizen. - AFP

Rumah sewa Michael Jackson dijual

Posted: 22 Mar 2012 07:55 PM PDT

MICHAEL JACKSON


LOS ANGELES - Sebuah rumah agam yang pernah disewa dan menjadi tempat penyanyi pop, Michael Jackson meninggal dunia di sini bakal dijual pada harga AS$23.9 juta (RM73.64 juta), menurut laman web hiburan TMZ.com.

Menurut laman tersebut, ramai selebriti berminat untuk membeli rumah itu.

Sebuah laman web hartanah menyatakan rumah tujuh bilik tidur dan 13 bilik air itu digambarkan sebagai sebuah rumah agam Perancis yang cantik serta canggih dengan dilengkapi pawagam, gimnasium dan kolam renang.

"Rumah itu menawarkan sebuah teater glamor dengan gaya hebat, sebuah bilik wain bawah tanah, lif, spa yang luas, gimnasium, kolam renang dan kawasan taman," kata laman web tersebut.

Rumah itu dibina pada tahun 2002 di daerah Holmby Hills, barat Los Angeles yang mempunyai keluasan 1,580 meter persegi dan landskap seluas 0.5 hektar.

Jackson, 50, meninggal dunia di rumah agam tersebut pada 25 Jun 2009, kira-kira tiga minggu sebelum dia dijadualkan membuat persembahan di London. - AFP

Fabrice Muamba mati ?

Posted: 22 Mar 2012 07:54 PM PDT



MUAMBA diberi rawatan oleh pasukan perubatan selepas pemain itu rebah dan tidak sedarkan diri ketika perlawanan peringkat suku akhir Piala FA antara Bolton dan Tottenham di London Sabtu lalu.




LONDON – Jantung pemain kelab bola sepak Bolton, Fabrice Muamba berhenti berdegup selama 78 minit dan dia sepatutnya telah meninggal dunia, kata pasukan doktor kelab itu kelmarin.

Bagaimanapun, jantungnya berfungsi semula selepas alat defibrilator digunakan pada dadanya sebanyak 15 kali semasa dia dirawat di Hospital Dada London di sini.

Kejadian itu berlaku selepas dia rebah di atas padang ketika perlawanan suku akhir Piala FA antara Bolton dengan Tottenham pada Sabtu lalu kerana diserang sakit jantung.

Perlawanan di White Hart Lane itu kemudiannya terpaksa dihentikan akibat kejadian tersebut.

Menurut doktor kelab tersebut, Jonathan Tobin, anggota-anggota perubatan cuba untuk memulihkan Muamba selama 48 minit sebelum dia tiba di hospital.

Masa selama 30 minit lagi diperlukan untuk menghidupkan semula jantungnya di hospital berkenaan.

Selepas 15 kali kejutan listrik dengan alat defibrilator dilakukan, jantung pemain tersebut berdenyut semula.

Sebanyak 12 daripada 15 kejutan listrik itu dibuat di dalam ambulans.

"Mereka berusaha tanpa jantungnya berdegup. Selama 78 minit jantungnya tidak berdegup dan dia tidak bernafas.

"Dia telah mati ketika itu," tambah Tobin.

Saintis cipta robot ubur-ubur

Posted: 22 Mar 2012 07:46 PM PDT


GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan robot ubur-ubur.



BLACKSBURG, Amerika Syarikat (AS) - Sekumpulan saintis AS mencipta robot ubur-ubur, Robojelly yang bergerak dengan menggunakan kuasa air laut.

Badan Robojelly boleh mengembang dan menguncup untuk memancut keluar air laut yang akan menghasilkan momentum untuk ia bergerak.

Robot berkenaan dibina oleh penyelidik Universiti Virgina Tech di sini. Penyelidikan itu disokong Tentera Laut AS.

Badan robot itu perbuat daripada logam aloi yang dapat kembali kepada bentuk asal selepas ia direnyuk.

"Sepanjang pengetahuan kami, ia merupakan robot dalam laut yang menggunakan hidrogen sebagai bahan bakar," kata seorang jurutera mekanikal di universiti tersebut, Yonas Tadesse. - AFP

No comments: