Sunday, 25 March 2012

Budak Technician

Budak Technician


Irma Hasmie Nikah Anak Datuk 1 Julai Ini

Posted: 24 Mar 2012 06:59 AM PDT

Irma Hasmie. Foto UTUSAN

SUNGAI BULOH: Pelakon Irma Hasmie bakal melangsungkan pernikahannya dengan seorang anak Datuk, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, pada 1 Julai ini di Keramat Hall, Kuala Lumpur.

Tarikh tersebut telah diputuskan selepas dipersetujui dalam majlis pertunangan yang berlangsung di rumah Irma di Desa Coafiled, Sungai Buloh, pada petang Sabtu.

Irma berkata, dia dan Reza yang merupakan seorang ahli perniagaan itu bertemu di kota Mekah ketika menunaikan umrah buat kali ketiga pada Februari lalu dan dirisik oleh pihak keluarga lelaki pada 12 Mac.

"Syukur Alhamdulillah saya menganggap jodoh saya dan Reza adalah satu anugerah Allah S.W.T. Tak sangka pula umrah saya yang ketiga ini menemukan saya dengan Reza yang turut menunaikan umrah bersama keluarganya pada masa itu.
Dari kiri: Ibu Irma, Ropitah Abdul Hassan, Azizah Osman dan Irma. Foto UTUSAN

"Perkenalan kami amat singkat tetapi saya cukup senang bersama dengannya. Lebih menguatkan perhubungan kami ialah apabila kami direstui kedua-dua belah pihak keluarga. Moga jodoh ini berpanjangan sehingga akhir hayat," katanya.

Pada majlis yang serba ringkas itu, bekas kekasih pelawak Nabil (Raja Lawak) mengenakan busana rona biru cair rekaan Hatta Dolmat.

Pelakon itu telah menerima sebentuk cincin berlian yang disarungkan oleh ibu Reza, Azizah Osman, serta tujuh buah dulang hantaran daripada pihak lelaki yang beruba set mandian, sepersalian pakaian, sejadah, manisan kurma, kek dan buah-buahan.

Manakala pihak perempuan pula membalas sebanyak sembilan dulang iaitu sireh junjung, buku-buku ilmiah, pencukur, sejadah, kek, manisan, sepersalinan pakaian dan set mandian.

Dalam pada itu, majlis pertunangan itu turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak, teman rapat dan beberapa rakan artis. -mstar-

Ayam Serama - Mandi bersyampu, sakit berubat panadol

Posted: 24 Mar 2012 06:56 AM PDT



TIGA tahun lalu, Haslizam Abd. Halim, 32, tidak pernah mengambil berat perihal ayam serama. Namun, selepas diminta menjaga seekor ayam serama milik adiknya, kehidupan Haslizam berubah serta-merta. Semenjak itu, beliau mula berjinak-jinak dalam dunia pertandingan ayam serama. Adiknya pula menyerahkan sepenuhnya pemilikan ayam tersebut kepada Haslizam.

Lelaki yang berasal dari Pasir Gudang, Johor itu tidak mengambil masa lama untuk menunjukkan kehebatan seramanya. Menerusi satu pertandingan, beliau berjaya menyandang tempat ketiga sekali gus menarik minat beberapa individu yang ingin membeli seramanya.

"Saya tidak terus menjual ayam tersebut, tetapi meminta mereka memberikan masa buat saya mendapatkan baka serupa. Selepas berjaya mendapat bakanya, barulah saya menjualnya pada harga RM2,500," imbas Haslizam yang kini mempunyai sembilan ekor ayam serama di rumah.

Bagi memastikan serama peliharaannya kekal cantik dan sentiasa bersedia untuk pertandingan, Haslizam sangat menitikberatkan soal penjagaan ayam tersebut. Ia melibatkan hal kesihatan dan kebersihan.

"Tidak dinafikan, mengurus ayam serama amat rumit. Jika kita tidak tahu teknik-teknik penjagaan dengan betul, ekornya boleh rosak. Disebabkan itu, setiap hari saya menjemur ayam serama saya di bawah cahaya matahari selama 30 minit sehingga satu jam.

"Cahaya matahari diperlukan bagi menaikkan ekornya agar tegak ke atas. Selain itu, ia juga efektif bagi mencantikkan bulu mereka supaya kekal berkilat," jelasnya yang telah menyertai sepuluh pertandingan.

Jika memelihara ayam biasa, si pemilik tidak perlu bersusah-payah memandikan ayam-ayam tersebut, tetapi serama mesti dimandikan sekurang-kurangnya satu atau dua kali sebulan.

Proses memandikan serama juga perlu disertakan dengan penggunaan syampu. Pastikan syampu yang dipilih sesuai dengan serama tersebut kerana ia penting dalam mengekalkan kecantikan bulu-bulu mereka.
Vitamin dan panadol

AYAM serama akan dimandikan sekurang-kurangnya dua kali sebulan menggunakan syampu untuk memastikan bulu sihat dan berkilat.


Begitu juga dengan pemakanan serama. Meskipun makanan ayam tersebut sama seperti ayam biasa iaitu dedak dan jagung, tetapi bagi mendapatkan serama yang sihat dan hebat, si pemilik perlu memberinya vitamin kesihatan.

Kongsi Haslizam, vitamin biasa ayam serama ialah minyak ikan dalam bentuk tablet. Ia merupakan tablet untuk manusia cuma bezanya, ia diberi dalam potongan kecil dan dimasukkan sendiri si pemilik serama ke dalam mulut ayam tersebut.

Pemberian vitamin itu bertujuan mendapatkan bulu yang cantik dan berkilat. Sebaik-baiknya, vitamin itu diberikan setiap dua minggu sekali.

Cerita Haslizam, sekiranya ayam seramanya tidak sihat dan mengalami demam atau selesema, ubat yang diberikan hanyalah panadol kanak-kanak yang berwarna merah jambu.

"Panadol tersebut saya potong kecil-kecil dan masukkan ke dalam mulut ayam itu. Pada mulanya memang sukar untuk melakukan semua ini namun, lama-kelamaan serama itu sendiri sudah biasa.

"Serama yang sakit boleh dilihat pada balungnya yang bertukar warna menjadi biru dan hidungnya juga berair.

"Selain memberinya makan ubat, serama yang sakit juga boleh dilapkan dengan tuala basah agar badan mereka menjadi segar," ujar Haslizam yang memberitahu beliau tidak pernah membeli ayam serama daripada orang lain.

Pencinta ayam serama juga akan memastikan ayam mereka selamat pada waktu malam. Musuh utama serama ialah nyamuk. Oleh yang demikian, Haslizam mengurung ayam seramanya di dalam sangkar bertutup bagi mengelakkan serangga itu menggigit ayam peliharaannya.


AYAM serama yang hebat akan dikekalkan bakanya terlebih dulu sebelum dijual kepada pembeli yang berminat.


"Setiap malam saya pastikan kesemua serama saya disimpan dalam bekas bertutup dan diletakkan di dalam rumah. Jika tidak, nyamuk akan menggigit menyebabkan balung mereka rosak," jelas Haslizam bersungguh-sungguh.

Pengekalan baka

Pengerusi Persatuan Ayam Serama Melaka, Abdul Rahman Yaacob, 38, pula memberitahu, penjagaan yang baik mampu memanjangkan jangka hayat seekor ayam serama.

Kebiasaannya, ayam serama dapat hidup selama lima tahun dan paling lama ia boleh mencapai usia lapan tahun. Teknik pembakaan juga memainkan peranan penting bagi mendapatkan ayam serama berkualiti tinggi.

"Ayam serama yang hebat perlu dikacukkan dengan baka yang hebat juga agar dapat mengekalkan kualitinya. Seperti contoh, ayam serama jantan akan dipasangkan dengan ibunya bagi mendapatkan baka yang sama hebat.

"Hanya pengalaman dapat menjadikan seorang pencinta serama mendapatkan baka yang baik. Lebih lama seseorang itu bergelumang dalam dunia serama, lebih banyak pengetahuan yang dimilikinya," ujar Abdul Rahman yang ditemui ketika Pertandingan Seni Warisan Ayam Serama 1Malaysia di Taman Serama Sedunia, Mukim Durian Tunggal, Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini.

Dijual pada harga serendah RM500, seekor ayam serama boleh mencecah harga puluhan ribu ringgit dan ia bergantung kepada kualiti ayam tersebut.

Difahamkan, terdapat dua jenis ayam serama. Jenis yang pertama ialah serama yang dijadikan sebagai peliharaan, sama seperti ayam biasa. Harga serama itu lebih murah dan boleh disembelih untuk dimakan.



SEBANYAK 300 ekor ayam serama dipertandingkan dalam lapan kategori pada pertandingan Seni Warisan Ayam Serama 1Malaysia di Melaka baru-baru ini.



Menurut Abdul Rahman, serama jenis kedua pula digunakan untuk tujuan pertandingan. Serama itu mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan sangat mahal dalam urusan jual beli.

Milik Malaysia

Penaung Ayam Serama Kelantan, Tengku Mohd. Tengku Yahya Petra, 44, mendedahkan bahawa ayam serama berasal dari Malaysia secara mutlak dan mula mendapat perhatian pada sekitar tahun 1996 di Pantai Timur.

"Serama sebenarnya berasal dari Kelantan dan ia merupakan warisan milik Istana Kelantan. Disebabkan ia jinak dan mudah dibela, serama mula dikomersialkan ke seluruh Malaysia pada era 90-an. Kehebatan ayam ini juga telah menarik minat beberapa buah negara luar seperti Indonesia, Belanda dan Amerika Syarikat.

"Serama menjadi antara identiti negara paling bernilai kerana ia hanya terdapat di sini dan mereka yang ingin memilikinya perlu datang ke Malaysia," jelas Tengku Mohd. yang turut menyatakan bahawa pertandingan ayam serama di Kelantan memang telah dimasukkan dalam kalendar aktiviti tahunan negeri tersebut. -kosmo-

Taruhan Terbaru Honda

Posted: 24 Mar 2012 06:49 AM PDT




SENARIO segmen kenderaan hibrid Malaysia menunjukkan pertumbuhan positif sejak dua tahun kebelakangan ini. Pendorong utama di sebalik kemunculan kereta hibrid atas jalan raya tempatan berkait rapat dengan tindakan kerajaan untuk melanjutkan pengecualian cukai import dan eksais sehingga 31 Disember 2013.

Insentif yang diperkenalkan sejak bajet 2009 menjadikan harga kenderaan hibrid diimport sepenuhnya (CBU) menjadi lebih murah. Faedah itu dinikmati oleh dua kelompok utama industri automotif iaitu pengeluar kenderaan dan pengguna Malaysia. Secara tidak langsung, ia menjadikan pasaran kereta hibrid di Malaysia lebih unik jika dibandingkan dengan negara lain.

"Di negara-negara lain, kenderaan hibrid secara umumnya lebih mahal jika dibandingkan dengan model petrol. Hanya di Malaysia, situasinya berbeza. Kenderaan hibrid adalah lebih murah," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia), Yoichiro Ueno pada majlis pelancaran model Jazz Hybrid di Kepong, Selangor baru-baru ini.

Statistik kenderaan hibrid di Malaysia merekodkan jualan kira-kira 300 unit pada 2009. Bilangan jualan itu kemudiannya melonjak kepada 8,400 buah tahun lalu. Selain pengenalan model baharu oleh pengeluar-pengeluar kenderaan jenama Jepun, sentimen pasaran dan kesedaran pengguna terhadap penjagaan alam sekitar turut menyumbang kepada pertumbuhan segmen berkenaan.

Tahun lalu, pasaran kereta hibrid didominasi oleh Honda Malaysia menerusi model Insight dengan pegangan sebanyak 54 peratus. Selain Insight, satu lagi taruhan syarikat iaitu hibrid Honda CR-Z turut mencetuskan fenomena dalam pasaran. Dalam tempoh empat bulan sahaja, Honda Malaysia sudah menerima tempahan lebih kurang 1,000 unit CR-Z.
Hibrid ketiga

WARNA latar belakang panel meter berubah menjadi biru menandakan cara pemanduan tidak ekonomikal.


Baru-baru ini, Honda Malaysia memperkenalkan model Jazz Hybrid. Kereta kompak lima pintu tersebut ditawarkan pada harga atas jalan sebanyak RM94,800 seunit termasuk insurans. Ternyata harga itu lebih murah iaitu sebanyak RM2,200 jika dibandingkan dengan model pesaing terdekatnya, Toyota Prius c.

Meskipun Jazz Hybrid berjaya merangkul semula harga hibrid paling murah di negara ini, ia tidak semestinya menjejaskan pasaran Prius c. Ini kerana masing-masing ada peminat dan setiap model memiliki kelebihan tersendiri.

Jazz Hybrid dilengkapi enjin petrol 1.3L i-VTEC dan diintegrasi dengan sistem IMA (Intergrated Motor Assist) hibrid. Ia sama seperti yang dipasang pada model Insight. Jika dibandingkan dengan varian Jazz petrol 1.5L, versi hibrid menawarkan kadar penggunaan petrol yang lebih rendah.

Kadar peratusannya adalah antara 25 peratus hingga 30 peratus. Ia berupaya mencecah jarak perjalanan sejauh 21.3 kilometer (km) dengan setiap liter petrol. Berhubung kadar emisi karbon pula, ia hanyalah sebanyak 107 gram bagi setiap km.

Pujian harus diberikan kepada jurutera-jurutera Honda kerana berjaya merealisasikan dua perkara penting sewaktu pembangunan model hibrid Jazz. Pertama mengekalkan ruang kargo jentera hibrid yang menyamai varian petrol. Kedua, menyempurnakan faktor aerodinamiknya.

Ruangan kargo kereta mesra alam itu seluas 300 liter. Ia boleh ditingkatkan kepada 846 liter dengan melipat kerusi tempat duduk belakangnya. Harus diketahui bahawa kerusi belakang model ini ialah ultra seat. Ia boleh dilipat dalam keadaan menegak.

Kekemasan rekaan 


JAZZ Hybrid dilengkapi enjin 1.3 liter dan Intergrated Motor Assist.


Berhubung rahsia pemasangan sistem hibrid tanpa mengorbankan ruang kabin Jazz, Pemimpin Projek Jazz Hybrid, Honda Research & Development Co. Ltd., Shingo Nagamine berkata, pek bateri dan unit kawalan kuasa diintegrasi di kawasan bawah lantai but.

Ini bermaksud ruang simpanan tayar ganti terpaksa ditiadakan. Pendek kata, pembeli Jazz Hybrid tidak diberikan tayar ganti. Sebagai pengganti, kit pembaik pulih tayar bocor akan diberikan kepada para pembeli.

Pek bateri yang dipasang di antara kedua-dua tayar belakang mengelakkan ia mengalami kerosakan sekiranya terjadinya pelanggaran dari arah belakang. Kata Nagamine, tayar kenderaan itu berperanan sebagai penyerap impak jika berlaku kemalangan.

Ciri aerodinamik diserahkan kepada tiga komponen utama Jazz Hybrid iaitu bampar hadapan dan belakang serta gril krom baharu. Ketiga-tiga komponen itu direka untuk meningkatkan kecekapan seretan udara sebanyak tiga peratus jika dibandingkan dengan varian Jazz petrol.

Melangkah masuk ruang kabinnya, kelihatan beberapa pembaharuan kecil dilakukan. Papan pemuka model hibrid itu dipasang meter laju dengan tiga mod warna pencahayaan.

Ia berperanan untuk memaklumkan kepada pemandu mengenai cara pemanduan efisien dan ekonomikal. Meter laju akan menunjukkan warna biru jika pemanduan tidak ekonomikal. Warna biru hijau untuk keefisienan bahan bakar tahap sederhana manakala hijau untuk pemanduan efisien.

Penambahan lain meliputi pemasangan skrin paparan pelbagai maklumat (MID), meter Charge Assist Indicator, butang mod pemanduan ECON, fungsi Eco Assist, paddle shifter dan butang kawalan pada stereng.

RUANG kargo 300 liter sedia ada boleh dikembangkan seluas 846 liter dengan hanya menurunkan kerusi barisan belakang.



Model tersebut juga sarat dengan pelbagai ciri keselamatan. Antaranya termasuklah enam buah beg udara, VSA, ABS, EBD, BA, Hill Start Assist, G-Force Control Technology dan banyak lagi.

Setakat ini, hanya Honda dan Toyota benar-benar aktif membawa masuk model-model hibrid ke Malaysia. Satu lagi jenama Jepun iaitu Nissan sudah memaklumkan kesediaan melaksanakan program perintis bagi model kenderaan elektrik, Nissan Leaf sebelum akhir tahun ini.

Semoga pengeluar-pengeluar kenderaan lain di negara ini mengikut rentak gergasi automotif Jepun untuk memperkenalkan lebih banyak model hibrid dan mengoptimumkan peluang yang disediakan kerajaan Malaysia. -kosmo-

Aliff Aziz nafi risik Anne

Posted: 24 Mar 2012 06:43 AM PDT


ANNE dan Aliff tidak menolak jika ditakdirkan mereka berdua bertemu jodoh.

SEBELUM ini pelakon Nasriah Ngasri atau Anne, 28, digosip bercinta dengan penyanyi muda kelahiran Singapura, Aliff Aziz, namun mereka menafikannya.

Terkini, Anne yang juga ibu tunggal kepada tiga anak, Abdul Warits, 6, Abdul Watri, 4, dan Na'szhara Afroza, 2, dihujani spekulasi ekoran kehadiran ibu Aliff, Siti Hafiza yang datang dari Singapura untuk berjumpa keluarga Anne di Kuala Lumpur.

Timbul gosip di Internet dan Twitter mendakwa keluarga Aliff datang merisik Anne. Bagi mendapatkan kepastian tentang gosip tersebut, Kosmo! telah menghubungi sendiri Anne, semalam.

Kosmo!: Mungkin Anne sedar bahawa ada gosip baharu mengatakan ibu Aliff terbang dari Singapura dan datang berjumpa keluarga Anne untuk merisik Anne. Adakah ia benar?

ANNE: Ibu Aliff datang ke Kuala Lumpur bukan untuk berjumpa Anne, tapi sebenarnya untuk berjumpa Aliff untuk melawat anaknya itu. Tapi, memandangkan kami sangat baik, jadi alang-alang ummi (panggilan Anne untuk ibu Aliff) Aliff langsung datang bertemu keluarga Anne untuk mengenali lebih dekat dengan siapa anaknya berkawan.

Kebetulan juga kami rapat kerana Aliff terlibat dalam drama terbitan syarikat produksi saya, Antara Kita. Anne mengaku agak rapat dengan Aliff dan sedang mengenali hati budi masing-masing. Tapi sejujurnya, belum sampai tahap untuk pergi jauh sehingga itu.

Anne tidak rasa Aliff terlalu muda untuk pikul tanggungjawab sebagai bapa kepada tiga orang anak Anne itu?

Anne memang menitikberatkan soal itu kerana apa yang penting ialah anak-anak saya. Tapi, bila cakap tentang perhubungan, saya kini solo dan tiada sesiapa dalam hidup saya, jadi tidak salah jika saya berkenalan dengan sesiapa. Namun buat masa ini, belum lagi hingga ke tahap tersebut. Usia bukan penghalang dan jodoh pertemuan ditentukan Allah. Dia juga sudah kenal dengan anak-anak Anne.

Keluarga pula bagaimana? Tidak kisah dengan perhubungan Anne dan Aliff?

Alhamdulillah, keluarga Anne tidak berkata apa-apa. Apa pun, Anne sentiasa memerlukan restu keluarga untuk berbuat apa jua dalam hidup ini. Anne juga sentiasa berdoa semoga Tuhan berikan yang terbaik buat Anne dan anak-anak.

Anne bukan mahu terlalu ingin hebohkan tentang perhubungan ini, tapi Anne tidak mahu menjadi hipokrit. Ini kerana jika orang nampak kami berdua, orang masih akan bercakap. Jadi lebih baik Anne jujur.

BERIKUT pula sedutan temu bual bersama Aliff, 21, yang bakal muncul dengan single, Jangan Ganggu Pacarku.

Kosmo!: Benarkah ibu Aliff datang ke Kuala Lumpur untuk merisik Anne? Boleh komen?

ALIFF: Sebenarnya, apa yang digembar-gemburkan dalam laman Twitter dan Internet mengatakan keluarga saya datang merisik Anne adalah tidak benar dan hanya propaganda. Memang ummi Aliff pergi berjumpa keluarga Anne, tapi hanya untuk mengeratkan silaturrahim memandangkan ummi ingin tahu dengan siapa anaknya berkawan.

Kedua-dua keluarga Aliff dan Anne tidak kisah dengan hubungan kalian berdua?

Kedua-dua keluarga kami tiada masalah, kami semua okay sahaja. Tidak salah, jika Aliff mahu berkawan dengan sesiapa. Biasalah, jika kita berkawan, mesti lepak dan keluar bersama, jadi saya memang rasa ia bukan masalah besar. Sebab pastinya jika kita berkawan rapat dengan sesiapa, ibu bapa pasti ingin kenal dengan rakan kita itu.

Berapa lama Aliff sudah mengenali Anne dan bagaimanakah sekiranya kalian berdua bertemu jodoh?

Baru empat bulan. Jodoh adalah untuk setiap orang dan kita tidak boleh melawan takdir. Jika dijodohkan oleh Tuhan kami bersama, saya tidak kisah. Tapi buat masa ini, belum lagi kerana memang saya terlalu muda untuk fikirkan perkara ini. Kalau jodoh, tidak kira apa pun, saya harus kotakan tanggungjawab sebagai suami. Kami sebenarnya masing-masing faham dan sentiasa menyokong.

Ada pihak kata Aliff terlalu muda untuk Anne. Boleh komen?

Pada saya, status dan usia bukan menjadi kayu ukur dalam sesebuah perhubungan. Apabila kita berkawan dengan orang, saya akan lihat karakternya. Lagipun, saya tidak boleh menjaga hati semua orang kerana orang sentiasa berkata-kata. So, just do whats best and always think positive. Saya akui kami sangat rapat berkawan dan ia bukan perkara besar. Saya tidak mengerti mengapa mereka harus memperbesarkan hal ini.-kosmo-

Persaingan Mentor 6 bermula

Posted: 24 Mar 2012 06:38 AM PDT



SAINGAN Kumpulan A kini tanpa Wanie (kanan) yang menarik diri pada saat akhir.



PROGRAM realiti Mentor musim keenam (Mentor 6) membuka tirai menerusi persembahan pembukaan pada Ahad lalu, sekali gus memulakan saingan enam orang mentor dan protege yang bakal merebut gelaran juara.

Persembahan yang berlangsung di Dewan MBSA, Shah Alam, Selangor itu menyaksikan persembahan mantap protege iaitu Salwani Sawi (Wanie), Abdul Kadir Unding Lana (KJ), Puteri Caroline Mohd. Kamel (Puteri Caroline), Ana Syuhada Noor Asram (Ana Syuhada), Noor Nazatul Farahin (Zatul) dan Anas Ridzuan (Anas).

Walaupun masih tidak mempunyai sebarang pengalaman beraksi di pentas yang besar, tetapi rata-rata protege yang membuat persembahan mendapat pujian daripada dua orang juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini.

Menurut Ramli MS, kesemua protege yang bertanding pada musim ini dilihat sudah mempunyai kekuatan vokal dan boleh lagi digilap, manakala mentor pula perlu memainkan peranan untuk membentuk protege agar mereka memiliki identiti tersendiri.

"Untuk persembahan permulaan ini saya berpuas hati kerana menampilkan mutu vokal yang mantap. Masing-masing ada potensi untuk pergi lebih jauh, cuma mereka tidak harus dibayangi oleh mentor sendiri.

"Kalau mahu menjadi seorang penyanyi yang bagus, seseorang individu itu tidak terikut-ikut dengan cara dan gaya penyanyi sedia ada.

"Jadi, peranan mentor amat penting supaya protege mereka memiliki identiti yang berbeza dengan orang penyanyi lain," jelasnya.

Menurut Ramli, meskipun persaingan masih lagi di peringkat awal, dia meminta supaya kesemua mentor terus membimbing protege masing-masing supaya mereka mampu bertapak kukuh dalam industri hiburan.

"Saya ingin berpesan kepada semua mentor supaya tidak mengabaikan terus anak didik mereka selepas program ini berakhir. Seharusnya mereka perlu dibimbing lagi sehingga melahirkan album atau single sendiri," tegasnya.



INI pula barisan mentor dan protege Kumpulan B.



Seorang lagi juri tetap iaitu Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah menyatakan, terdapat beberapa kelainan yang ditampilkan protege pada kali ini, berbanding ketika dia menjadi mentor pada program musim sebelumnya.

Jelas Kak Pah, dia sudah mula nampak potensi beberapa orang protege yang bakal memberikan saingan sengit, tetapi enggan mendedahkannya kerana mahu berlaku adil kepada semua protege yang bertanding.

"Apa yang saya mahukan adalah semua protege terus menampilkan persembahan yang lebih baik untuk minggu berikutnya. Mereka juga diingatkan agar tidak tertipu dengan sorakan gemuruh penonton yang boleh membuatkan diri menjadi terlalu yakin," tegasnya.

Aksi pembukaan pada malam tersebut juga menyaksikan kesemua protege dan mentor dipecahkan kepada dua kumpulan dan telah diumumkan oleh pengacara Ally Iskandar selepas persembahan berakhir.

Kumpulan A bakal menyaksikan persaingan sengit tiga orang protege iaitu Wanie (Ferhad), Ana Syuhada (Ramlah Ram) dan Anas (Faizal Tahir), manakala Kumpulan B pula terdiri daripada KJ (Adam), Zatul (Ogy Ahmad Daud) dan Puteri Caroline (Ella).

Mentor 6 akan disiarkan secara langsung setiap hari Ahad pada pukul 9 malam di saluran TV3. Ia masih mengekalkan format asal iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus daripada juri awam. -kosmo-

Gambar Neelofa Tanpa Make Up

Posted: 24 Mar 2012 06:29 AM PDT

Baru-baru ini, Neelofa telah muat naik gambarnya dengan solekan minimum ke laman peminat Facebooknya. Ternyata sangat cun dan tak jemu mata memandang kan, jom layan...



sumber : facebook

Lelaki takut diperkosa wanita

Posted: 24 Mar 2012 06:20 AM PDT

DUA beradik, Sophie Nhokwara, (kiri) dan Netsai (kanan) serta Rosemary (dua dari kanan) yang berdepan dakwaan menyerang 17 pengembara lelaki, berjalan di luar sebuah mahkamah di Harare, Zimbabwe pada 29 November tahun lalu.



MASHAVA, Zimbabwe - Susan Dhliwayo tergamam ketika dia memberhentikan keretanya kerana ikhlas mahu menumpangkan sekumpulan pengembara lelaki baru-baru ini tetapi mereka menolak pelawaannya.

Puncanya adalah kerana lelaki itu bimbang akan dirogol.

Zimbabwe kini digemparkan dengan laporan sensasi bahawa terdapat geng wanita cantik merogol beberapa pengembara lelaki dan meletakkan sperma mereka di dalam kondom bagi tujuan ilmu hitam.

"Sekarang ini, lelaki takut kepada wanita," kata Dhliwayo yang berusia 19 tahun.

Menurutnya, para pengembara tidak akan menaiki kereta yang dipandu wanita kerana mereka tidak mempercayai lagi kaum Hawa itu.

Media Zimbabwe sebelum ini melaporkan beberapa lelaki yang ditemui di lebuh raya telah diberi ubat tidur, diugut dengan menggunakan pistol atau pisau dan diberikan ubat perangsang seks sebelum mereka dirogol berulang kali dan ditinggalkan di tepi jalan.

Berita tentang kumpulan perogol itu yang digelar 'pemburu sperma', pertama kali disiarkan di dada akhbar tempatan pada tahun 2009.

Namun, sehingga kini, polis hanya berjaya menangkap tiga wanita yang ditahan bersama satu beg plastik berisi 31 kondom terpakai. Mereka didakwa kerana memperkosa 17 lelaki.

Tiga orang yang ditangkap itu terdiri daripada Sophie Nhokwara, 26 dan adiknya, Netsai, 24, serta Rosemary Chakwizira, 28.

"Kami tidak tahu jumlah sebenar kes rogol seperti ini," kata jurucakap polis, Wayne Bvudzijena.

"Kebanyakan kes ini berlaku apabila mangsa menumpang kenderaan persendirian. Kami menggalakkan orang ramai agar menggunakan kenderaan awam."

Menurutnya, tujuan sperma itu diambil si mangsa masih tidak jelas tetapi ia dipercayai digunakan dalam amalan sihir yang dikenali sebagai 'juju' atau upacara membawa tuah termasuk bagi tujuaan mendatangkan kekayaan, melariskan perniagaan dan mengelak penjenayah daripada dikesan.

"Isu ini sukar untuk difahami," kata pakar sosiologi Universiti Zimbabwe, Watch Ruparanganda.

"Apa yang jelas sperma ini digunakan dalam upacara ilmu hitam," tambahnya.

Ruparanganda berkata, beliau hairan apabila mendapati sperma menjadi barangan komoditi ketika dia sedang melakukan kajian sosial di Harare tujuh tahun lalu.

Dia diberitahu oleh remaja jalanan bahawa ahli-ahli perniagaan akan membawa mereka ke hotel bagi tujuan seks.

Seorang pemuda berusia 24 tahun, Tende Marahu turut mengesahkan perkara tersebut.

Menurutnya, beberapa lelaki dan wanita datang untuk mengambil lelaki di kawasan kejiranannya bagi mendapatkan sperma yang dikumpulkan dalam kondom selepas mereka melakukan hubungan seks.

"Perkara ini telah lama berlaku," katanya.

Amalan songsang tersebut turut dikecam Persatuan Pengamal Perubatan Tradisonal Zimbabwe.

"Kami percaya amalan ini adalah sihir dan kami mengecamnya," kata jurucakap persatuan berkenaan, George Kandiyero.

Menurutnya, pemburu sperma tidak akan mengambil sperma kekasih atau suami mereka untuk upacara juju kerana ia boleh memudaratkan lelaki itu. - AFP

Fenomena filem The Hunger Games

Posted: 24 Mar 2012 06:16 AM PDT


SEORANG wanita, Sierra Betinis memakai pakaian watak Rue dalam filem The Hunger Games semasa dia memasuki sebuah lif di pawagam Regal di Los Angeles kelmarin.

LOS ANGELES - Sejumlah besar orang membanjiri pawagam-pawagam di Amerika Syarikat untuk menonton tayangan tengah malam filem fenomena remaja, The Hunger Games kelmarin.

Diterajui bintang baharu seperti Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson dan Liam Hemsworth, filem berkenaan dijangka mengungguli carta box-office di rantau Amerika Utara untuk tayangan pada hujung minggu ini.

Agensi tempahan tiket di Internet, Fandango menyatakan, The Hunger Game kini menduduki tempat ketiga senarai tempahan tiket awal yang tertinggi di AS di belakang filem The Twilight Saga: New Moon dan Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2.

Menurut Fandango, sebanyak 10 tiket The Hunger Games dijual pada setiap saat manakala 2,500 tayangan juga telah habis ditempah.

Filem The Hunger Games diadaptasi daripada novel dengan menggunakan tajuk yang sama.

Novel itu dihasilkan penulis Suzanne Collins dari AS.

Sebanyak 30 juta buku tersebut telah dijual di seluruh dunia setakat ini.

Seorang guru di sini, Daniela Perry, 32, berkata: "Saya mungkin menangis semasa menonton filem itu. Terdapat beberapa bahagian yang menyentuh emosi dengan beberapa budak mati.

"Dalam buku, kisahnya digambarkan amat menarik menyebabkan saya mahu menonton filem tersebut".

Menurutnya, dia menangis semasa membaca buku tersebut.

Filem itu mengisahkan seorang gadis yang terpaksa berjuang dalam sukan maut demi meneruskan hidupnya.

Ia bakal menemui peminat di Perancis dan sebahagian besar Eropah pada Rabu ini. - AFP

Kapal terbang kertas gergasi meluncur selama enam saat

Posted: 24 Mar 2012 12:41 AM PDT


BEBERAPA pekerja menolak kapal terbang kertas di sebatang jalan di Eloy kelmarin.

ELcaptionOY, Amerika Syarikat (AS) – Sebuah kapal terbang kertas gergasi meluncur di udara selama enam saat di sebuah gurun di sini kelmarin.

Kapal terbang sepanjang 12.19 meter (m) dan seberat 362.87 kilogram itu direka oleh jurutera terkenal, Art Thompson.

Ia dicipta bagi menggalakkan golongan muda meminati penerbangan.

Sebuah helikopter menarik pesawat kertas itu ke udara pada ketinggian setinggi 1,219m dengan menggunakan kabel.

Helikopter itu kemudian mengendurkan kabel tersebut bagi membolehkan kapal terbang berkenaan meluncur di udara.

Kapal terbang tersebut kemudian jatuh di kawasan gurun itu selepas bergerak pada kelajuan 157.71 kilometer sejam. – Agensi

No comments: