Budak Technician |
- Datuk Seri Najib dan Isteri kemalangan di Ayer Keroh?
- Michelle Yeoh terima anugerah Legion of Honour
- Dewi Persik Terkejut Dipenjara 2 Bulan
- Mamat (Sepah) Hapus Dendam Dengan Dua Sahabat
- Gosip Pernikahan J-Lo & Casper Smart Palsu
- Beyonce Bakal Muncul Dengan Dua Album
- Ferrari Terbakar, Pemandu Sempat Selamatkan Diri
- Download dan Tonton Video Gelanggang Akhir Raja Lawak Musim Ke-6
- Video Final Raja Lawak 6
Datuk Seri Najib dan Isteri kemalangan di Ayer Keroh? Posted: 17 Mar 2012 06:38 AM PDT Kereta yang dinaiki oleh Dato Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur, terlibat di dalam satu kemalangan di Lebuhraya Senawang, Ayer Keroh. Kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di tepi lebuhraya tersebut. Tapi pembaca semua jangan salah paham pula ye, ini kisah yang berlaku pada tahun 1988, semasa Dato Sri Najib menjawat Jawatan Menteri Belia dan Sukan. Sekadar mengimbau sejarah yang tidak ramai mengetahuinya. Mungkin ramai di kalangan pembaca blog ini belum lahir pun pada masa itu. credit to teropong semalaya |
Michelle Yeoh terima anugerah Legion of Honour Posted: 17 Mar 2012 06:26 AM PDT Anugerah itu disampaikan Presiden Perancis Nicholas Sarkozy di Elysee Palace iaitu kediaman rasmi presiden, menurut kenyataan Kedutaan Malaysia di Paris hari ini. Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Presiden, Carla Bruni, Bernadette Chirac iaitu isteri kepada bekas Presiden Jacques Chirac, serta Duta Malaysia ke Perancis Tan Sri Abdul Aziz Zainal. Pada upacara itu itu, Zarkozy menyampaikan anugerah 'Legion of Honour' dan 'The Order of Merit' kepada 11 personaliti dari dunia seni dan hiburan. Selain Michelle, turut menerima anugerah 'Legion of Honour' ialah komposer Jean-Michel Barre dan pereka fesyen Jean-Claude Jitrois. Menurut kenyatan itu, 'Legion of Honour' yang merupakan darjah tertinggi Perancis mengandungi lima darjah dan dianugerahkan kepada lelaki dan wanita, baik rakyat Perancis atau warga asing, sebagai menghargai sumbangan mereka kepada Perancis atau isu yang disokong negara itu. - Bernama |
Dewi Persik Terkejut Dipenjara 2 Bulan Posted: 17 Mar 2012 06:19 AM PDT Selepas berlarutan hampir dua tahun, kes pergaduhan antara dua aktres seksi Dewi Persik (Depe) dan Julia Perez (Jupe) akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila Mahkamah Negeri, Jakarta Timur menjatuhkan hukuman penjara dua bulan dengan masa percubaan selama empat bulan terhadap Dewi Persik. Depe atau nama sebenarnya Dewi Murya Agung dilaporkan menangis dan terkejut kerana tidak menyangka dijatuhkan hukuman seperti itu sebaik saja keputusan dibacakan. Depe disabitkan kesalahan telah melanggar Fasal 352, Ayat 1 di bawah segmen penganiayaan. Kes percakaran kedua-dua aktres ini berlaku ketika sedang melakukan penggambaran filem 'Arwah Goyang Kerawang' pada November 2010 lalu. Namun, hukuman yang dikenakan terhadap Depe ini jauh lebih ringan daripada apa yang dituntut oleh pihak pendakwaraya. -MH- |
Mamat (Sepah) Hapus Dendam Dengan Dua Sahabat Posted: 17 Mar 2012 06:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Mohd Noor Murad atau lebih dikenali sebagai Mamat (Sepah) tidak menyimpan dendam terhadap dua rakannya dalam kumpulan Sepah iaitu Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep), dan Shahmira Muhamad (Shuib). Mamat berkata, dia tidak mempunyai sebarang sebab mengapa perlu menyimpan dendam terhadap mereka berdua selepas dituduh tidak berdisiplin kerana mereka adalah kawan baiknya. "Kalau asyik nak ikutkan perasaan marah dan dendam sampai bila pun masalah tidak akan selesai. Saya sikit pun tidak pernah berdendam dengan mereka kerana kami pernah berkawan baik dan mengharungi pelbagai susah dan senang bersama," ujarnya kepada mStar Online. Tambahnya, kerana ikatan itu juga dia tidak pernah membuat serangan balas terhadap kedua-dua mereka setiap kali Jep dan Shuib menceritakan hal negatif tentang dirinya kepada media. Mamat memberitahu, walaupun masih banyak perkara terbuku di hati tetapi dia mengambil jalan untuk berdiam diri kerana mengenangkan persahabatan mereka dahulu. "Kadang-kadang bila fikir memang sedih tetapi perkara itu dah berlalu dan saya sudah menerima bahagian saya. Apa juga yang dikatakan saya mengambil pengajaran dan cuba memperbaiki diri," ujarnya. Sebelum ini, kumpulan Sepah telah dibubarkan pada Ogos tahun lalu kerana Jep dan Shuaib memberitahu tidak dapat bekerjasama dengan Mamat dalam satu kumpulan. Jep dan Shuaib bagaimanapun telah menubuhkan sebuah kumpulan baru iaitu Sepahtu. Dalam pada itu, Mamat berkata, hubungan mereka kini masih lagi baik tanpa sebarang masalah dan masing-masing sering bertanya khabar jika berkesempatan. "Itu semua kisah lalu dan kita perlu meneruskan kehidupan tanpa menoleh ke belakang begitu juga hubungan saya dengan mereka. "Kami masih baik dan semua yang berlaku sebelum ini ada hikmah di sebaliknya," katanya. Sementara itu, ditanya mengenai projek terbaru, Mamat berkata dia agak sibuk melunaskan semua tanggungjawab yang diberikan oleh penerbit dan pengarah yang masih mempercayai bakatnya. Mamat memebritahu dia paling teruja dengan filem animasi berjudul "Bola Kampung The Movie" kerana telah lama mengimpikan untuk meminjamkan suara dalam karakter kartun. "Saya adalah peminat kartun dan sejak dulu lagi sering berangan-angan dengan meniru gaya suara seperti "Nobita" atau "Doraemon" dan peluang berlakon dalam "Bola Kampung" adalah sesuatu yang tidak akan saya lepaskan," ujarnya. Selain Mamat, "Bola Kampung The Movie" turut menampilkan 13 lagi artis terkenal tanah air seperti Deanna Yusof, Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Aizat Amdan dan Noh (Hujan). Ia bakal ditayangkan pada akhir tahun ini. |
Gosip Pernikahan J-Lo & Casper Smart Palsu Posted: 17 Mar 2012 06:10 AM PDT KHABAR angin mengatakan penyanyi dan pelakon, Jennifer Lopez akan berkahwin dengan kekasihnya yang berusia 24 tahun iaitu Casper Smart adalah ternyata palsu. Berita itu tersebar apabila pereka fesyen terkenal iaitu Roberto Cavalli dikatakan telah meninggalkan status menerusi Twitter miliknya mengenai perkahwinan tersebut. Dalam status tersebut, Cavalli dikatakan telah menulis "Jennifer Lopez menelefon saya dan meminta untuk melakar baju istimewa untuk perkahwinannya! Warna apa? Ada cadangan?" Bagaimanapun, Cavalli berkata dia tidak pernah meninggalkan pesanan itu di Twitter dan mendakwa ada pihak telah menceroboh akaunnya. "Saya tidak pernah menulis status itu di Twitter dan apa yang saya katakan ini adalah benar," ujarnya. Bagaimanapun jika berita itu benar, Casper akan menjadi suami ke empat J-Lo. |
Beyonce Bakal Muncul Dengan Dua Album Posted: 17 Mar 2012 06:09 AM PDT PENYANYI terkenal, Beyonce dilaporkan bakal muncul dengan dua album terbaru pada tahun ini. Khabarnya ia akan diterbitkan oleh Ryan Tedder yang bekerjasama dengan Adele. Ryan yang baru sahaja memenangi trofi Album Terbaik di Anugerah Grammy menjelaskan perbincangan mengenai projek tersebut telah dimulakan dan menjangkakan ia akan menjadi fenomena. "Dua projek akan dijalankan sekali gus dan perbincangan telah pun dimulakan," ujarnya. Penerbit album itu sebelum ini pernah membantu penyanyi Lana Del Rey menaikkan namanya menerusi lagu Video Games dan pernah bekerjasama dengan kumpulan One Republic. Beyonce yang baru sahaja melahirkan anak pertamanya, Blue Ivy dijangka akan kembali memeriahkan dunia hiburan selewat-lewatnya awal tahun depan. |
Ferrari Terbakar, Pemandu Sempat Selamatkan Diri Posted: 17 Mar 2012 06:01 AM PDT SEREMBAN: Sebuah kereta Ferrari musnah terbakar dalam satu kejadian di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berdekatan Mantin, dekat sini, pagi Sabtu. Bagaimanapun, pemandunya, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 50-an terselamat selepas dia sempat keluar sebelum api menjilat keseluruhan kereta berkenaan. Difahamkan lelaki itu, yang dipercayai berkonvoi bersama beberapa kenderaan mewah lain, sedang dalam perjalanan menghala ke Seremban bertindak memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan apabila mendapati keretanya terbakar. Sepasukan lima anggota bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran itu sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.21 pagi. Ketua Operasinya, Pegawai Bomba Jayagaren Jaganatha Thevar berkata, sejurus tiba lapan minit kemudian, pihaknya mendapati api sudah marak dan memusnahkan keseluruhan kereta Ferrari berkenaan. Beliau berkata, bomba berjaya mengawal kebakaran kereta mewah itu dalam tempoh beberapa minit. "Pemeriksaan lanjut mendapati kira-kira 90 peratus struktur kereta itu musnah dan pemandunya terselamat. Siasatan lanjut masih dijalankan terutama untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya. - BERNAMA |
Download dan Tonton Video Gelanggang Akhir Raja Lawak Musim Ke-6 Posted: 16 Mar 2012 05:42 PM PDT Gelanggang Raja Lawak 6 telah berakhir semalam (16/3/2012). Pada musim ke-6 ini, gelaran raja lawak adalah jatuh pada kumpulan Shiro. Kumpulan Shiro dianggotai oleh Sharol dan Ajak yang berasal daripada Johor. Juara Raja Lawak Musim ke-6 ini telah membawa pulang hadiah sebanyak RM100,000. |
Posted: 16 Mar 2012 05:01 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Budak Technician | Berita Semasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment