Saturday 17 March 2012

Budak Technician

Budak Technician


10 Gambar Lisa Surihani, Yusry Berbulan Madu di Switzerland

Posted: 16 Mar 2012 04:33 AM PDT

Episod ini memang sudah ramai yang menantikan, biasa lah dua merpati ini saling mahu menajadi perhatian, terutama Lisa Surihani, beberapa jam yang sudah mereka telah pergi honeymoon di Zurich di Switzerland. Jauh nye, memang percutian musim sejuk yang mengasyikkan. Apa-apa pun semoga enjoy dengan malam pertama itu.

gambar myartis.com

Mesti ramai yang nak lihat gambar honeymoon dua merpati sejoli, Lisa Surihani dan Yusry kan. Memang sungguh mengasyikkan, dan tak ramai juga berkecainya hati-hati lelaki yang diluar sana yang melihat gambar ini. Hehe. Apa-apa pun jom kita lihat dulu perkongsian gambar Lisa ini kepada peminatnya di Malaysia.

Yusri dan Lisa Surihani di Switzerland
bulan madu lisa surihani dan yusri
yusri dan lisa surihani bulan madu
gambar lisa dan yusri bulan madu
yusri kru dan lisa surihani berbulan madu di Zurich Switzerland
gambar MyGosip
 
sumber artikel : izyan.com

Awal Ashaari sahkan kahwin tahun ini dengan Scha

Posted: 16 Mar 2012 03:53 AM PDT

Awal Ashaari telah memberi tahu kepada pihak umum melalui portal GUA baru-baru ni, yang mana dia dan Scha al Yahya bakal kahwin dalam tahun ini, namun tarikhnya tidak dapat dijelaskan sepenuhnya, kemungkinan besar sebelum Hari Raya AidilFitri. Ya lah, nak juga Awal dan Scha tu merasai pasangan suami isteri di pagi Syawal kan. Harap perkahwinan ini bakal dilaksanakan dengan selamat dan berjalan lancar. :)


"Tarikhnya sudah ada. Tapi saya tidak boleh umumkan lagi kerana menghormati pihak keluarga. Bukan sebelah pihak saya sahaja, tetapi di sebelah pihak Scha juga. Kami akan adakan sidang media untuk buat pengumuman tentang majlis itu dan harap pihak media serta peminat memahami situasi kami. Apa yang boleh saya katakan, majlis perkahwinan kami akan berlangsung dalam tahun ini juga,

"Sekarang ini persiapan sudah siap 60 peratus. Tapi kami belum sempat menempah baju perkahwinan kerana masing-masing sibuk dengan jadual penggambaran. Lagipun, saya dan Scha masih mencari-cari pereka fesyen yang sesuai. Memang ada yang mahu menaja, namun kami masih lagi memikirkannya. -Via/izyan.com

Gambar Izara Aishah Heroin Vanila Coklat Yang Cantik

Posted: 16 Mar 2012 03:52 AM PDT

Siapa Izara Aishah ni? ala dia ni bekas finalis Dewi Remaja tahun yang lalu. Selain tu, mesti korang perasan kelibat dia dalam Vanila Coklat kan. Pelakon baru ni, jadi korang kena kenali dia. Muka dia juga sebijik Sharifah Amani kan. Kini dia dah makin ngetop, jadi penghias muka hadapan majalah. Nak tahu lebih lanjut mengenai Izara dan kehidupannya? selami adakah sudah mempunyai teman lelaki atau belum? belilah majalah ini yang berdekatan dengan rumah anda segera. (izyan.com).

Gambar Mayat Kanak-kanak 2 Tahun Mati Lemas Di Tasik Titiwangsa

Posted: 16 Mar 2012 03:49 AM PDT


"Kali terakhir saya melihatnya, dia leka memerhatikan burung dan saya pula sibuk melayan dua abangnya yang menangis ingin menaiki buaian.

"Bila nak balik, baru kami sedar dia tiada. Puas kami mencarinya, tapi tak jumpa," kata Nurazura Ahmad, 27, ibu kepada Irfan Danish Rosdi berusia dua tahun yang ditemui lemas di Tasik Titiwangsa, di sini pagi semalam.

Menurut Nurazura, semasa berkelah di pinggir tasik itu kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, dia terpaksa menarik anak bongsunya itu dua kali kerana berada terlalu dekat dengan air.

"Dua abangnya sibuk bermain di taman permainan tapi dia lebih tertarik melihat tasik dan saya terpaksa menariknya dua kali kerana dia berdiri terlalu dekat air," katanya.

Mayat Irfan ditemui seorang pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di tasik berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi semalam. Nurazura membuat laporan polis mengenai kehilangan Irfan jam 7 malam kelmarin tanpa mengetahui anaknya jatuh ke dalam tasik. Menurut Nurazura yang menetap di Kluang, Johor, dia dan tiga anak lelaki yang berusia dua dan enam tahun termasuk Irfan berkunjung ke ibu negara dan berkelah di Taman Tasik Titiwangsa sempena cuti persekolahan.

"Kami sekeluarga datang dari Kluang sejak Ahad lalu untuk melawat saudara di sini selain bercuti sempena cuti sekolah dan semalam (kelmarin) kami ke Tasik Titiwangsa bersama keluarga ipar saya untuk berkelah.


 
"Suami saya tak datang kerana bekerja. Selain saya empat beranak, kami ke Tasik Titiwangsa bersama kakak dan abang ipar saya serta tiga anak mereka," katanya. Nurazura mengakui dia terlepas pandang Irfan kerana sibuk melayan kerenah dua lagi anaknya yang menangis ingin menaiki buaian ketika duduk di pondok disediakan berhampiran tasik itu.

"Ketika saya sibuk melayan dua abangnya menangis nak naik buaian, saya perhatikan Irfan leka melihat burung dan itulah kali terakhir saya melihatnya," katanya.

Nurazura diberitahu mengenai penemuan mayat anaknya selepas dihubungi polis pagi semalam dan diminta datang ke tasik untuk membuat pengecaman.

Dia kemudian bergegas ke lokasi penemuan Irfan bersama kakak iparnya dan hanya mampu menangis sebaik melihat sendiri jasad anak bongsunya terapung dalam keadaan tertiarap di gigi air.

Difahamkan, sebelah selipar kanak-kanak itu turut ditemui di tebing tasik berkenaan, manakala sebelah lagi terapung di permukaan air.

'Dirang tulis nama guna dakwat merah' sebelum dibunuh

Posted: 16 Mar 2012 03:47 AM PDT


PASIR GUDANG – Guru Tadika Permata Islamiah selama ini tidak menyedari nama mangsa bunuh dan bakar, Nurul Nadirah Abdullah, 5, bertulis menggunakan dakwat warna merah dalam buku pendaftaran.

Nor Shaima Aldam, 25, berkata, keselu­ruhan 19 kanak-kanak sesi petang ditulis dalam buku pendaftaran menggunakan pen berwarna biru, tetapi agak pelik nama mangsa, yang mesra dengan panggilan Dirang bertulis dengan dakwat merah.


Menurutnya, selepas mendapat perkhabaran kanak-kanak tadikanya hilang dan ditemui dibakar, dia membuat semakan untuk memastikan nama penuhnya dan terkejut kerana dalam banyak-banyak nama, hanya nama Dirang tertulis dengan dakwat merah.


"Selama ini kami tidak menyedari hanya nama Dirang ditulis menggunakan dakwat merah. Patutnya ditulis dengan dakwat biru seperti kanak-kanak lain.

"Ia seolah-olah menjadi petanda murid kesayangan kami itu akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Seorang lagi guru, Mariam Sarian, 47, berkata, Dirang seorang murid yang periang dan pintar walaupun baru berusia lima tahun sehingga keletahnya lebih menyerlah daripada murid yang setahun lebih tua daripadanya.

Menurutnya, walaupun orangnya kecil molek, tetapi suaranya paling kuat setiap kali sesi berselawat kerana hobinya memang cenderong pada perkara begitu.

"Dirang ke sekolah bersama abangnya, Mohamad Hafis, tetapi Dirang lebih dikenali di tadika kerana abangnya pendiam," katanya.

Aaron Aziz Berang Ada Pihak Guna Namanya Jual iPad

Posted: 16 Mar 2012 03:16 AM PDT

Aaron Aziz.

PETALING JAYA: Pelakon popular, Aaron Aziz berang apabila ada pihak yang menyamar sebagai pembantu peribadinya dan menjaul iPad menerusi akaun Facebook yang menggunakan namanya.

Aaron dalam laporan Harian Metro berkata, dia tidak teragak-agak untuk menfailkan saman terhadap lelaki terbabit yang telah memperdayakan peminat serta menggelapkan wang mereka.

"Memang saya marah dengan perbuatan lelaki ini dan tidak akan teragak-agak membuat laporan polis," ujarnya.

Menurut Aaron, dia mengesan perbuatan individu terbabit yang mendakwanya menjual 50 unit iPad pada harga murah khas untuk peminat dan mereka yang berminat dengan tawaran itu perlu meninggalkan nama dan nombor telefon dalam peti masuk pesanan selepas diberitahu isterinya, Diyana Halik, 27, kelmarin.

"Isteri saya memaklumkan ada seorang wanita menghubunginya pagi semalam (kelmarin) dan memberitahu menjadi mangsa penipuan lelaki yang menyamar sebagai pembantu peribadi saya dan menjual iPad di laman facebook," katanya.

Aaron berkata, dia terkejut kerana tidak sangka ada individu menyamar sebagai pembantu peribadinya dan kononnya menjual iPad bagi pihak dirinya. -mstar-

‘Bunohan’ Ketepikan Sosiobudaya & 'Berpecah-Belah'

Posted: 16 Mar 2012 03:14 AM PDT

Pengarah filem Bunohan Dain Said (kanan) dan pelakon utama, Faizal Hussein.
 
PETALING JAYA: Ketika orang ramai rancak memuji filem Bunohan arahan Dain Said, filem itu sebenarnya dilihat telah mengetepikan sosiobudaya negeri Kelantan selain bertujuan "menyeksa" pemikiran penonton.

Pensyarah Pengajian Media, Universiti Malaya, Ana Balqis berkata, pengarah itu terlepas pandang beberapa elemen penting termasuk bahasa dan plot filem yang bercelaru.

Menurut Ana Balqis yang berasal dari Kelantan, dia mengakui secara keseluruhannya, filem itu berjaya menonjolkan imej segar pada perfileman tanah air, tetapi ia masih mempunyai beberapa kekurangan yang mengundang pertikaian.

"Saya akui Bunohan sebuah filem yang baik, memberikan cerminan baru pada industri filem kita kerana ia dihasilkan dengan syot dan sinematografi yang berbeza daripada lambakan filem Melayu yang sedia ada.

"Dalam filem ini, kita tidak disogokkan dengan syot-syot membazir yang ribuan kali kita tonton dalam filem-filem Melayu sebelum ini seperti syot di meja makan, babak solat, berselisih bahu di pintu dan sebagainya.
Ana Balqis


"Sayangnya, jika cerita dan pengisian filem ini digarap dengan menekankan dan penelitian pada aspek sosiobudaya, antropologi dan bahasa, pasti ia jadi lebih baik," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini Khamis.

Bercakap mengenai aspek antropologi dalam filem itu, Ana Balqis berkata penonjolan aspek tersebut telah tersasar dan jauh dari dasar latar belakang filem itu yang menjadikan bumi Kelantan sebagai lokasinya.

"Saya melihat jika dia (Dain) sudah memilih bumi Kelantan sebagai latar belakang filem ini, maka dia harus memaparkan segala aspek berkaitan Kelantan termasuk linguistik, sosiobudaya dan agama dengan tepat dan bersesuaian.

"Ciri-ciri bahasa filem yang terbahagi pada non-verbal dan verbal dilihat tidak seimbang. Aspek non-verbal atau bukan pertuturan seperti paparan awan kelabu dan alam sekitar dilihat berjaya tetapi ia gagal pada aspek pertuturan, di mana dialek yang dituturkan para pelakon adalah tidak tepat.

"Jika penuturan itu tidak tepat, maka pentafsiran penonton juga akan salah tentang cerita filem ini," katanya.

Kekeliruan

Ana Balqis berkata, oleh kerana kekeliruan pada aspek dialek itu, dia mengakui dua elemen yang dipaparkan pada babak awal menimbulkan kekeliruan sama ada filem ini mahu melonjakkan isu harta pusaka atau saka sebagai subjeknya.

Dia juga berkata, dek keterujaan Dain untuk menyelitkan terlalu banyak sub-plot dalam filem berkenaan, beberapa watak penting yang ditonjolkan seperti watak budak kecil dan Mek Yah (Tengku Azura) gagal meninggalkan kesan dan sumbangan terhadap filem itu.

"Saya tertanya-tanya di mana etos atau semangat serta signifikan watak Mek Yah dan budak kecil yang dipercayai sebagai saka itu? Sama ada dua watak ini wujud atau tidak, ia tidak meninggalkan apa-apa gangguan atau cela pada filem ini?" katanya.


Ana Balqis berkata, Dain juga menimbulkan kekeliruan apabila pemilihan senjata lawi ayam dijadikan perlambangan imej 'kejantanan' dalam filem ini.

"Hakikatnya, menurut sejarah dan cerita orang tua-tua, senjata yang digunakan oleh kaum lelaki di Kelantan adalah badik, kapak kecil dan kapak binjai manis. Lawi ayam yang digunakan secara meluas dalam filem ini sebenarnya berasal daripada masyarakat Jawa dan bukannya Kelantan.

"Ia mungkin isu yang penting tetapi jika benar Bunohan berlatarkan bumi Kelantan, maka adalah wajar penceritaan itu juga berpaksikan segala aspek persekitarannya juga," katanya.

Didominasi unsur kejahatan

Hurainya lagi, apa yang meralatkan apabila pengarah itu langsung tidak memartabatkan elemen agama dan Islam dalam filem itu, melainkan unsur negatif dan kejahatan yang mendominasi tema filem ini.

"Kenapa Dain tidak selitkan dalam satu pun elemen agama atau sesuatu yang meraikan agama? Saya melihat Dain memilih untuk gambarkan Pok Eng (Wan Hanafi Su) sebagai golongan yang bercelaru dan alpa pada aspek itu.
Pekin Ibrahim sebagai Bakar.


"Penonton wajar diberikan sedikit harapan di pengakhiran cerita bahawa agama mampu memberikan perubahan pada kecelaruan karakter Pok Eng.

"Malangnya, itu tiada dan Dain memilih untuk meraikan unsur-unsur hitam seperti pembunuhan dan kejahatan semata-mata," katanya.

Ketika ditanya mengenai pandangan umumnya mengenai filem itu, Ana Balqis menganggap Bunohansebagai karya kreatif yang menyeksa penonton.

"Kita boleh berkarya secara kreatif dan tidak salah untuk mengangkat gagasan atau tema yang besar dalam filem tetapi pembikin harus adil pada penonton.

"Filem sewajarnya dihasilkan untuk dinikmati oleh masyarakat umum dengan pentafsiran yang mudah, bukan menyeksa mereka dengan paparan sub-plot yang bercelaru dan mengelirukan," katanya.

Kabur & berpecah belah

Sementara itu Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah pula berkata, Bunohan adalah sebuah karya yang benar-benar berlainan berbanding filem-filem yang ada pada masa ini.

Malangnya ia tidak menghasilkan dramaturgi yang diperlukan dalam sesebuah filem untuk memudahkan ia diterima ramai.

Atas sebab itu, ceritanya menjadi kabur, berpecah-belah dan tidak menghuraikan secara kompleks tentang apakah yang ingin disampaikan dalam sesebuah cerita.

"Apabila kita menonton Bunohan, ia seolah-olah kita menonton sebuah dunia yang penuh kekeliruan.

"Kita tidak dapat memahami watak termasuklah hubungan watak dengan alam, kejadian yang berlaku serta perkara-perkara lazim yang merupakan asas dalam sesebuah karya.
Dr Abu Hassan Hasbullah

"Malah ia juga sebuah karya yang sukar dilihat sebagai karya yang cantik jika dibandingkan dengan filem Semerah Padi dan Sumpah Orang Minyak," jelasnya.

Mengambil contoh Sumpah Orang Minyak Dr Abu Hassan berkata, dua antropologi Melayu telah di angkat oleh P.Ramlee iaitu rajuk dan pujuk apabila Orang Minyak "merajuk" dengan masyarakat kerana dihina akibat kecacatan.

Sehinggalah kata beliau hanya syaitan yang berjaya memujuknya sehingga terjadinya Orang Minyak.

Sumbat

Tambahnya Dalam Bunohan tidak dapat dilihat apakah dramaturgi yang hendak diangkat kerana persembahan cerita yang terlalu keliru dan bercelaru.

"Di situlah ada saka, nak cerita tentang dukun, pergaduhan adik-beradik, permainan wayang kulit dan perlawanan Tomoi. Semua benda hendak disumbatkan dalam satu masa. Ia sebenarnya telah menyimpang daripada asas dramaturgi yang sebenar," jelasnya.

Dr Abu Hassan berkata, pengarah Dain Said cuba untuk membawa idea daripada sinema Barat seperti pemikir falsafah Luis Bunuel ataupun Ingmar Bergman tetapi ia tidak jelas dalam Bunohan.

Disebabkan kegagalan itu audiens hanya berjaya diselamatkan dengan kecemerlangan aspek seni lakon para pelakon dan sinematografi tetapi ia jauh terkebelakang jika dibandingkan dengan Johnny Bikin Filem karya Dr Anuar Nor Arai.

Tambahnya terdapat watak-watak dalam Bunohan yang tidak berhubungan berbanding filem Titanic yang lebih mudah.

Katanya, watak di dalam kapal cukup ramai digunakan dan kesemuanya bergabung apabila Titanic tenggelam di lautan.

Sebagai contoh katanya apa tujuan adegan di mana Ilham membunuh seorang peniaga berbangsa Cina melainkan ia sekadar untuk menunjukkan betapa ganasnya pemuda itu.

Bagaimanapun kata Dr Abu Hassan, Bunohan tetap memberi kesan kepada perubahan corak berkarya filem-filem Melayu apabila ia cuba meneroka naskhah filem yang mempunyai teoretikal dan falsafah.

Bunohan yang telah menemui penonton bermula 8 Mac lalu dibintangi oleh Faizal Hussein (Ilham), Zaharil Adzim (Adil), Pekin (Bakar), Bront Palare Deng), Wan Hanafi Su (Pok Eng), Namron (Pok Wah), Shoffi Jikan (Awang Sonar) dan Tengku Azura (Mek Yah.

Kos produksinya menelan belanja RM1.81 juta.-mstar-

Siti Nurhaliza Mahu Khidmat Bruno Mars & David Foster

Posted: 16 Mar 2012 03:10 AM PDT


Siti Nurhaliza muncul dengan single terbaru berjudul Remember Me yang turut menampilkan Sean Kingston. Foto THE STAR Oleh YAP CHEE HONG.


PETALING JAYA: Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin merancang untuk mendapatkan khidmat komposer terkenal Amerika Syarikat iaitu David Foster dan pasukan penulis lagu penyanyi, Bruno Mars iaitu The Smeezingtons untuk album Inggeris keduanya.

Beliau berhasrat untuk mendapatkan khidmat komposer dan penyanyi terkenal itu kerana menggemari lagu ciptaan mereka selain memberitahu album berkenaan dirancang untuk diterbitkan bagi pasaran antarabangsa.

"Album kedua itu masih lagi dalam peringkat perbincangan malah masih belum ada apa-apa persetujuan daripada pihak mereka lagi.

"Bagaimanapun jika hasrat itu dapat dilaksanakan ia akan menjadi satu batu loncatan untuk saya mengembangkan karier di peringkat antarabangsa," ujarnya kepada mStar Online.

Siti ditemui selepas menjadi tetamu segmen Ceria Pagi di Suria terbutan Suria FM di sini pada Khamis bagi mempromosikan single terbarunya, Remember You yang dimuatkan dalam album Inggeris pertama milik beliau berjudul All Your Love.

Siti bagaimanapun berkata, anak tirinya, Adib Khalid yang juga Pengarah Urusan syarikat What's Up Entertainment telah pun berkunjung ke Los Angeles, Amerika Syarikat semasa Anugerah Grammy baru-baru ini untuk mengadakan perbincangan dengan wakil komposer dan penyanyi itu.

"Harap-harap apa yang dirancang akan menjadi kerana bukan senang untuk mendapatkan khidmat komposer terkenal seperti David Foster," katanya.

Dalam pada itu, Siti turut berkongsi khabar gembira apabila album Inggeris sulungnya telah pun terjual sebanyak 40,000 unit sejak ia dilancarkan pada September tahun lalu dan 30,000 secara digital menerusi single pertama, Falling In Love.


Siti memberitahu, beliau juga memilih Remember Me sebagai single keduanya kerana lagu tersebut turut menampilkan penyanyi antarabangsa iaitu Sean Kingston selain muziknya yang senang ditangkap oleh pendengar.

"Sayang rasanya jika lagu itu tidak dikeluarkan sebagai single kerana ia turut menampilkan Sean Kingston tambahan pula ia mendapat perhatian daripada peminat," ujarnya.

Pihaknya juga kata Siti berharap dapat menghasilkan video muzik bersama penyanyi itu untuk tatapan peminat. Bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada ia dapat direalisasikan atau tidak kerana jarak dan jadual mereka yang berbeza.

"Sudah tentu saya ingin hasilkan video muzik untuk lagu itu tetapi jarak antara saya dan Sean mungkin menyukarkan proses penggambaran itu nanti.

"Bagaimanapun jika tidak dapat Sean kita mungkin akan buat cara lain," katanya.

Dalam perkembangan sama, Siti memberitahu, All Your Love dijangka memasuki pasaran di negara Singapura dan Indonesia selewat-lewatnya pada pertengahan tahun ini.

Ujar Siti, pihaknya sedang berusaha bagi memastikan semua peminat di negara berkenaan dapat memiliki album itu secepat mungkin.

Yazer (AF3) Kecewa Kegagalan Album Pertama

Posted: 16 Mar 2012 03:09 AM PDT

Yazer kecewa apabila album pertamanya gagal mendapat sambutan di pasaran. Foto Ihsan KEE ZAIN.

PETALING JAYA: Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia 3 (AF3), Mohd Yazer Yusof atau Yazer melahirkan rasa kecewa apabila album sulungnya berjudul Yazer, Raja & Rimba gagal mendapat perhatian peminat.

Yazer, 30, berkata, penantiannya selama lima tahun selepas keluar daripada AF3 untuk memiliki album sendiri lebur apabila album itu kurang mendapat sambutan kerana kegagalan promosi daripada syarikat rakamannya, Luncai Emas Sdn Bhd.

"Sejak keluar daripada AF3 impian saya untuk memiliki album sendiri dan apabila hasrat itu tercapai saya menjadi kecewa kerana kesungguhan saya nampak seperti sia-sia apabila ia tidak mendapat sambutan dan promosi yang sepatutnya," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Yazer, dia bertambah kecewa apabila album tersebut yang mendapat sentuhan daripada komposer terkenal Datuk M. Nasir adalah hasil yang cukup baik tetapi tiada langkah sewajarnya untuk memperkukuhkan album berkenaan.

"Hampir kesemua radio di negara ini langsung tidak memainkan lagu daripada album itu walaupun hasilnya cukup baik," ujarnya.

Dalam pada itu, Yazer berkata, dia tidak menyalahkan seratus peratus kepada pihak syarikat rakaman tetapi lebih menganggap rezekinya dalam bidang nyanyian masih belum bersinar.

Bagaimanapun kegagalan itu tidak langsung mematahkan semangatnya dalam mengejar impian sebagai seorang penyanyi yang berjaya pada suatu hari nanti.

"Walaupun kecewa dengan perkara itu ia tidak pernah melemahkan semangat saya kerana selepas keluar dari AF3 dulu pun saya tunggu lima tahun untuk keluar album pertama dan ia gagal.

"Rasanya tidak ada masalah untuk saya mencuba kerana saya bukan seorang yang cepat patah semangat," katanya.

Sementara itu, Yazer yang muncul dengan imej berambut pendek memberitahu, penampilan terbarunya itu adalah kelahiran semula dirinya dalam bidang seni selain sudah bosan dengan imej berambut panjang.

Yazer berkata, dia sedang merancang untuk menghasilkan single terbarunya dengan campuran muzik pop dan rock sebagai percubaan untuk menaikkan kembali namanya dalam bidang seni.

"Saya ingin mencuba genre pop pula untuk lagu itu nanti tetapi masih memasukkan elemen rock yang telah menjadi identiti diri saya dan berharap single itu dapat dilancarkan dalam tahun ini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Yazer memberitahu dia akan mengadakan persembahan di Sabah Nite 2012 pada 17 Mac ini di Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam bergandingan bersama rakan-rakan artis kelahiran Sabah antaranya Candy, Ekin dan Adam.

Pekerja Swasta Menang RM9,700 Kerana 'Hukum Karma'

Posted: 16 Mar 2012 03:08 AM PDT

Pendengar Suria FM dari Pulau Pinang, Hasmah Yusof menerima replika cek bernilai RM9,700 daripada penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin selepas berjaya meneka lagu Hukum Karma yang diberikannya dalam kuiz "Itu Aje" anjuran stesen radio Suria FM. - Foto THE STAR Oleh YAP CHEE HONG.



PETALING JAYA: Pendengar Suria FM dari Pulau Pinang, Hasmah Yusof tidak menyangka jawapan lagu Hukum Karma yang diberikannya dalam kuiz "Itu Aje" membawa tuah apabila dia berjaya membawa pulang wang tunai RM9,700 anjuran stesen radio itu.

Hasmah, 34, pekerja sebuah syarikat swasta memberitahu, petikan lagu yang dimainkan dalam kuiz itu berjaya dijawab dengan tepat apabila anaknya memberitahu ia adalah lagu Hukum Karma nyanyian kumpulan Wings.

"Pada mulanya suami saya, Azman Hassan telah menghubungi Suria FM dan memberi satu jawapan tetapi diberitahu ia adalah salah. Kemudian anak saya memberitahu petikan lagu tersebut adalah Hukum Karma dan dia meminta saya pula menghubungi studio Suria FM bagi menjawab soalan itu.

"Saya tidak menyangka, jawapan berkenaan sebenarnya membawa tuah kepada kami," katanya kepada mStar Online selepas menerima cek kemenangannya yang disampaikan oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Bercerita mengenai kemenangan itu Hasmah berkata dia ingin menyimpan wang berkenaan untuk kegunaan pada masa hadapan selain mahu bercuti bersama suami dan tiga anak mereka di Kuala Lumpur dan pulang ke kampung halaman.

"Mereka yang paling gembira sekali dengan kemenangan ini jadi apa salahnya wang yang diperoleh itu dibelanjakan untuk membawa anak-anak bersiar-siar di Kuala Lumpur. Selain itu kami juga rasa bertuah kerana cek kemenangan disampaikan oleh Siti Nurhaliza," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, kuiz "Itu Aje" sedang mencari pemenang baru dengan wang permulaan adalah RM100 dan akan terkumpul sekiranya pemanggil gagal meneka lagu apakah yang diputarkan oleh penyampai radio.

Selain itu juga, Suria FM akan memperkenalkan pertandingan terbaharu iaitu "Ketawa & Ceria di Suria, menang sehingga RM suku juta" bermula 19 Mac hingga 13 April depan.

Pendengar hanya perlu meneka dengan betul lima orang selebriti yang akan ketawa mengikut turutan dan 30 pendengar yang berjaya akan dipilih untuk mara ke peringkat akhir bagi merebut hadiah wang tunai sebanyak RM250,000.

Lagu Westlife Jadi Perhatian Suri Rumah

Posted: 16 Mar 2012 03:06 AM PDT

Westlife.

KUMPULAN Westlife mendapat penghormatan apabila lagu mereka berjudul You Raise Me Up menjadi pilihan dan kegemaran golongan ibu di Britain.

Tinjauan yang dilakukan oleh MixPixie itu adalah bersempena Hari Ibu yang jatuh pada 18 Mac ini dengan melibatkan 100 ibu dan suri rumah tangga di Britain.

Westlife mengalahkan artis lain seperti Lionel Richie, ABBA, Rod Stewart, Whitney Houston dan Michael Jackson bagi kedudukan itu.

"Kami memutuskan untuk melakukan kajian ini untuk mengenal pasti apakah lagu kegemaran golongan ibu dan nyata You Raise Me Up menjadi pilihan," kata wakil dari MixPixie.

Lagu tersebut dicipta oleh Secret Garden's Rolf Lovland dan Brendan Graham turut dipopularkan oleh penyanyi dari Amerika Syarikat iaitu Josh Groban.

Charlize Theron Ambil Anak Angkat

Posted: 16 Mar 2012 03:05 AM PDT

Charlize Theron.

WALAUPUN masih belum berumah tangga, aktres Charlize Theron dilaporkan telah mengambil seorang bayi lelaki sebagai anak angkatnya.

Portal Daily Mail melaporkan, pelakon berusia 36 tahun itu berkata kehadiran bayi yang bernama Jackson itu telah melengkapkan hidupnya sebagai seorang wanita.

"Charlize telah mengambil seorang anak angkat yang comel bernama Jackson. Dia kini begitu bahagia dan kehadiran anak berkenaan telah mengubah dirinya," kata jurucakap pelakon itu kepada Us Weekly.

Bagi meraikan kehadiran anaknya itu, Charlize telah mengadakan satu majlis kecil dan telah menjemput artis seperti Katie Holmes dan Leslie Fremar sebagai tetamu.

Sebelum ini, Charlize pernah memberitahu majalah Touch edisi Ogos 2011 bahawa dia inginkan anak secepat mungkin.

Aiman 'Vanila Coklat' ke layar perak

Posted: 16 Mar 2012 02:59 AM PDT


AIMAN merupakan selebriti tunggal tempatan yang masuk senarai sepuluh carian tertinggi oleh pelayar Google di negara ini sepanjang bulan Februari lalu.

Aiman Hakim Ridza atau Aiman memang semakin popular dalam kalangan peminat sejak berlakon dalam drama rantaian popular Vanila Coklat di TV3 dengan episod akhirnya pada Selasa lalu ditonton seramai 4.5 juta penonton.

Jangan ada yang terkejut jika fakta sebenarnya, Aiman, 23, yang mula terjun dalam bidang seni menerusi program realiti nyanyian, Mentor, kini menjadi subjek carian kesembilan tertinggi daripada sepuluh carian tertinggi oleh pelayar Google di negara ini sepanjang bulan Februari lalu.

Kenyataan itu dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Google Malaysia baru-baru ini dan dalam kenyataan mereka, Aiman merupakan selebriti tunggal tempatan yang berada dalam senarai sepuluh carian tertinggi tersebut.

Aiman yang ditemui pada majlis tontonan episod akhir drama Vanila Coklat bersama peminat di Rasta, Damansara, Selangor malam Selasa lalu ternyata cukup terkejut dengan penerimaan peminat terhadapnya bagaimana masih belum meninggalkan cita-citanya sebagai penyanyi.

Kosmo!: Apakah perasaan Aiman apabila diumumkan sebagai satu-satunya selebriti tempatan dalam senarai sepuluh carian tertinggi oleh pelayar Google di Malaysia sepanjang bulan Februari lalu?

Aiman: Saya tidak tahu bagaimana nak cakap tetapi mestilah gembira. Saya tahu pun apabila terbaca di akhbar baru-baru ini. Syukur selepas berlakon beberapa buah drama Vanila Coklat drama kelima lakonan saya dan ia benar-benar berjaya melonjakkan nama saya. Terima kasih buat peminat setia Vanila Coklat.

Apabila dikerumuni peminat dan semakin dikenali, Aiman rasa diri makin popular?

Entahlah, saya masih macam dahulu lagi, saya masih orang sama cuba yang bezanya penerimaan orang terhadap saya berubah. Kalau dulu saya pergi ke mana-mana tiada orang yang kisah, sekarang Alhamdulillah ada juga orang kenal (ketawa).

Mungkinkah Aiman menjadi pelakon kerana kerjaya nyanyian yang tidak berapa menjadi?

Apa yang boleh saya katakan adalah peluang yang datang. Saya tidak sangka saya akan dikenali seperti hari ini, tetapi bagi saya lakonan juga satu cabang seni. Walaupun saya lebih dikenali sebagai pelakon hari ini tidak bermakna saya lupakan bidang nyanyian.

Nama Aiman memang semakin popular tetapi ada juga pihak yang mengatakan lakonan Aiman masih kaku. Komen?

Saya akui perkara itu sebab saya pelakon baharu. Masih terlalu banyak perkara tentang ilmu lakonan yang harus saya pelajari. Bagi memantapkan lagi mutu lakonan, saya telah meminta ibu saya mendaftarkan saya di sebuah kelas lakonan.

Nampaknya Aiman kini semakin sibuk di set penggambaran, ada masa untuk rakam lagu?

Ada. Sebuah lagu berjudul Bicara Hati yang dicipta oleh Adi Six Sense, saya akan nyanyikan lagu itu untuk dijadikan lagu tema sebuah drama. Saya tidak pernah lupakan bidang nyanyian, buat masa ini saya tidak boleh janjikan apa-apa lagi tetapi saya mempunyai perancangan untuk muncul dengan single tidak lama lagi.

Tidak ada sebarang kerjasama dengan bekas mentor dalam program Mentor, Rahim Maarof?

Rasanya tidak kerana dia pernah berkata mahu bersara daripada dunia seni untuk memberi tumpuan kepada keluarga, jadi saya tidak mahu menyusahkan Rahim Maarof. Lebih baik saya bergerak sendiri.

Projek terbaharu selepas drama Vanila Coklat berakhir?

Saya ada mendapat beberapa tawaran drama dan filem. Filem itu datangnya daripada produksi yang menerbitkan drama Vanila Coklat sendiri.

Mungkinkah ada sambungan Vanila Coklat versi filem?

Mungkin (ketawa). Saya tidak tahu, harus tunggu dan lihat sahaja. -kosmo-

Saintis klonkan anak kambing Kashmir

Posted: 16 Mar 2012 02:55 AM PDT



SEORANG pekerja memegang seekor anak kambing yang berjaya diklonkan di Universiti Sher-i-Kashmir di Alastang, India kelmarin.



SRINAGAR, India - Sekumpulan saintis di wilayah Kashmir yang dikuasai India telah mengklonkan seekor anak kambing Kashmir dengan tujuan untuk meningkatkan bilangan haiwan yang sukar ditemui itu.

Kambing Kashmir hidup di beberapa bahagian Banjaran Himalaya dan dataran Tibet.

Bulu kambing itu yang dinamakan bulu pashmina digunakan untuk membuat baju panas Kashmir.

Mengulas tentang kejayaan projek tersebut, seorang saintis, Riaz Ahmad Shah berkata, klon seekor anak kambing Kashmir betina yang lahir pada 9 Mac lalu itu akan membolehkan program pembiakan kambing berkenaan dilakukan di beberapa kawasan lain di Banjaran Himalaya bagi tujuan komersial.

Menurutnya, klon anak kambing betina itu dinamakan Noori yang bermaksud cahaya.

Pasukan saintis yang diketuai oleh Riaz di Universiti Sher-i-Kashmir mengambil masa selama dua tahun untuk menghasilkan klon kambing tersebut. - Agensi

Fosil unta purba ditemui di Panama

Posted: 16 Mar 2012 02:50 AM PDT


RAHANG unta purba yang ditemui di Panama olah sekumpulan saintis.

MIAMI - Para penyelidik menyatakan mereka menemui fosil seekor unta purba yang memiliki muncung panjang dan hidup di hutan tropika di Panama kira-kira 20 juta tahun lalu.

Unta tersebut tidak mempunyai bonggol dan salah satu spesies yang ditemui itu memiliki ketinggian 0.6 meter.

Para penyelidik tersebut menyatakan penemuan itu dalam artikel yang disiarkan di dalam Journal of Vertebrate Paleontology.

Menurut seorang penyelidik dari Universiti Florida, Aldo Rincon, gigi unta itu mempunyai gigi seperti buaya.

Fosil itu ditemui semasa kerja-kerja untuk mendalamkan Terusan Panama bagi membolehkan kemasukan kapal-kapal kargo yang baru dilakukan.

Dia dan saintis dari Panama, Amerika Syarikat dan Institut Penyelidikan Tropika Smithsonian turut menemui fosil penyu, kuda dan ikan layar. - Agensi

Ngeri! Mati tersepit celah lori

Posted: 16 Mar 2012 02:42 AM PDT



BEGINILAH keadaan lori Hon Yong yang bergerak sendiri sebelum melanggar lelaki itu (dalam bulatan) hingga menyebabkannya tersepit di Jalan Felda Telang Satu, Kuala Lipis, Pahang kelmarin.



KUALA LIPIS – Seorang lelaki menemui ajal dalam keadaan tidak disangka-sangka apabila dia mati selepas tersepit di antara sebuah lori dan sebatang pokok kelapa sawit dalam kejadian di sebuah bengkel dekat Ladang Sungai Kelembung, Jalan Felda Telang Satu di sini kelmarin.

Kejadian pukul 2.20 petang itu mengakibatkan Lau Hon Yong, 53, mati di tempat kejadian.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa telah meletakkan lorinya di situ untuk membaiki pintu kenderaan sebelum ia bergerak sendiri dan melanggar Hon Yong.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, jarak di antara lori dan pokok kelapa sawit itu kira-kira 1.5 meter.

"Tanpa diduga, lori berkenaan bergerak sebelum merempuh mangsa hingga menyebabkan dia gagal mengelak lalu tersepit.

"Kita masih menyiasat punca kejadian dan tidak menolak kemungkinan brek tangan lori itu tidak ditarik dengan kemas," katanya yang memberitahu mangsa mati akibat kecederaan parah di beberapa organ dalaman.

Spesies katak terbaru ditemui

Posted: 16 Mar 2012 02:02 AM PDT


GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan spesies baharu katak di Pulau Staten, New York.

NEW YORK - Beberapa pakar biologi terkejut apabila mereka menemui spesies baharu katak di kawasan bandar raya ini.

Sejak beberapa tahun lalu, katak berwarna hijau itu disalah anggap sebagai antara spesies katak harimau bintang yang banyak terdapat di sini.

"Sungguh menakjubkan kerana terdapat spesies baharu yang tidak disedari di sebuah kota metropolitan seperti ini," kata seorang pakar biologi Universiti California Los Angeles, Brad Shaffer kelmarin.

"Ia menunjukkan masih terdapat spesies baharu dan penting yang menanti untuk ditemui walaupun di bandar raya terbesar Amerika Syarikat," tambahnya.

Menurut Shaffer, dia membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas katak itu selepas menyedari ia mengeluarkan bunyi yang berbeza daripada katak harimau bintang.

Penemuan terbaharu itu dipaparkan dalam jurnal saintifik AS, Molecular Phylogenetics and Evolution. - AFP

No comments: