Tuesday 28 February 2012

Budak Technician

Budak Technician


Tonton Al Jazeera Channel Online

Posted: 26 Feb 2012 11:35 PM PST

vecasts| Al Jazeera English Online Free

Al Jazeera English live.Al Jazeera English, the new international news channel from the Qatar-based television network.Watch Live Al Jazeera AlJazeera Tv Online News Television Channel – English Qatar.Live TV stream of Al Jazeera (english) broadcasting from Qatar. Channel description of Al Jazeera (english): English version of Al Jazeera.

 

Tonton Astro Oasis Online

Posted: 26 Feb 2012 11:17 PM PST


Astro OASIS. Channel 106. Muslim Lifestyle Channel - The progressive lifestyle channel for Muslims that contains Islamic based educational and entertainment

(20 Gambar) Majlis Resepsi Yusry dan Lisa Surihani

Posted: 26 Feb 2012 10:59 PM PST

Yusri dan Lisa tampak segak dan anggun ketika meraikan majlis resepsi persandingan mereka di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam Ahad.-

PUTRAJAYA: Selepas selamat dinikahkan pada 23 Februari lalu, aktres jelita Lisa Surihani dan Yusri KRU atau Yusri Abdul Halim mengadakan majlis persandingan mereka di dalam suasana yang cukup meriah di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), di sini, malam Ahad.

Majlis dihadiri kira-kira 2000 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara kedua-dua belah pihak, kenalan artis dan rakan media.

Bertemakan konsep ala 'French Vintage', yang diinspirasikan daripada Marie Antoinette (Ratu Perancis) oleh KS Entourage, Lisa kelihatan anggun dengan busana putih rekaan Putra Aziz dari butik Cosry manakala Yusry pula segak dengan baju Melayu warna sedondon yang juga rekaan Putra.

Suasana dewan yang dihiasi dengan paduan bunga berwarna tampak sederhana tetapi cukup elegan.


Acara bermula pada pukul 9 malam dengan ketibaan pengantin perempuan, diiringi pula dengan pengantin lelaki.

Turut disertakan acara berbalas pantun sebelum pengantin lelaki duduk di atas pelamin.

Antara selebriti yang kelihatan pada majlis tersebut adalah, Jaclyn Victor, Marion Counter dan suami, Sein (Ruffedge) dan isteri, Dephne Iking, Aizat, Stephen Rahman, Atilia, Sazzy Falak dan suami, Rabbani dan ramai lagi.

Ini merupakan perkahwinan kedua Yusry manakala yang pertama untuk Lisa.

Yusry sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan penyanyi dan pelakon Erra Fazira pada Jun 2003, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun.



Lagi 9 gambar sekitar resepsi pengantin baru ini.
credit to beautifulnara.com / murai.com.my

gambar resepsi perkahwinan lisa dan yusry
gambar resepsi perkahwinan lisa dan yusry
gambar resepsi perkahwinan lisa dan yusry
gambar resepsi perkahwinan lisa dan yusry
gambar resepsi perkahwinan lisa dan yusry
gambar resepsi perkahwinan lisa dan yusry

gambar resepsi perkahwinan lisa dan yusry
gambar resepsi perkahwinan lisa dan yusry
 
 
 Baju Lisa Surihani memang cantik..

 
 

Antara tetamu yang hadir, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari & Liyana Jasmay.


sumber : mstar/beautifulnara/murai

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

Posted: 26 Feb 2012 10:38 PM PST


http://4.bp.blogspot.com/-ZY-OjD3OmWw/T0rMTm8dv4I/AAAAAAAAEPE/EACw1Qzfo0I/s1600/Jawatan%2BKosong%2BLembaga%2BKemajuan%2BIkan%2BMalaysia%2B%2528LKIM%2529.png

Permohonan adalah mempelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk memohon jawatan seperti berikut di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM):

1. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI
2. PEMBANTU JURUAUDIT
3. JURUTEKNIK KOMPUTER
4. JURUTEKNIK
5. JURUUKUR BAHAN
6. JURUAUDIT
7. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
8. PEMBANTU AKAUNTAN
9. PEMBANTU EHWAL EKONOMI

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN & PERMOHONAN ONLINE

Tarikh Tutup Permohonan Pada 12 Mac 2012

Jurulatih Kelantan Peter Butler bakal dipecat?

Posted: 26 Feb 2012 10:04 PM PST


KAFA buntu, Butler menghilang

URA-URA bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Akademi Al-Hamra Red Warriors (Army) Bojan Hodak akan menggantikan Peter James Butler sebagai ketua jurulatih Kelantan bukan lagi 'omong kosong' kerana ia sudah menjadi kenyataan.

Menurut sumber, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) buntu untuk menyelesaikan masalah Butler yang menghilangkan diri selepas direhatkan.

Katanya, memang sudah sah Hodak dilantik sebagai pengendali terbaru pasukan Kelantan untuk meneruskan perjuangan Red Warriors.

Menguatkan lagi kenyataan itu, Hodak muncul pada perlawanan persahabatan antara Kelantan dengan Angkatan Tentera Singapura (SAFFC) di Stadium Sultan Muhammad IV, malam kelmarin dan duduk di sebelah Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa.

Hodak dilihat seperti merencanakan sesuatu sebelum bergelar jurulatih kepada pasukan Kelantan.

Sebelum ini, isu mengenai Butler hangat diperkatakan selepas beliau meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap pemilihan pemain import.

Butler mendakwa tidak tahu menahu mengenai pemain import baru Kelantan, Nwoha Onyekachi yang diturunkan dalam perlawanan Liga Super ketika menentang Selangor, selain menyatakan tidak tahu apa fungsinya sebagai jurulatih ketika bersama Kelantan.

Bagaimanapun, isu tidak sehaluan itu dianggap selesai apabila Butler membuat perjumpaan dengan Azman pada 17 Februari lalu dan memilih untuk memberi perhatian membimbing pasukan.

Tidak lama selepas itu, Butler tiba-tiba direhatkan, sedangkan skuad Kijang baru saja menewaskan Sarawak untuk layak ke pusingan kedua dalam saingan Piala FA. Tempat Butler digantikan penolong jurulatih, Sidek Samsuddin.

Butler kemudian didakwa menghilangkan diri membuatkan isu mengenainya bertambah 'kalut'. — HM


KAFA rehatkan Butler 'lantang'
KOTA BHARU – Pengendali The Red Warriors, Peter Butler menjadi jurulatih pertama yang menerima nasib malang dalam kancah Liga Malaysia musim ini apabila direhatkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berkuat kuasa serta-merta.

Tindakan drastik itu diambil setelah Butler sebelum ini dilihat lantang mengeluarkan kenyataan tidak berpuas hati kepada pihak media mengenai campur tangan pihak pengurusan terutamanya dalam menentukan kedudukan pemain import Kelantan sebelum ini.

Setiausaha Agungnya, Azman Ibrahim berkata, keputusan merehatkan Butler diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Kafa yang bermesyuarat pada 18 Februari lalu, namun baru di kuat kuasa semalam memandangkan pihaknya tidak mahu pasukan hilang fokus ketika saingan pusingan pertama Piala FA menentang Sarawak, minggu lalu.

"Kita tidak menggantung Butler tetapi hanya merehatkan sahaja sehingga dia tampil memberikan penjelasan mengenai ketidakpuashatiannya mengenai pelbagai perkara berbangkit terhadap pihak pengurusan sebelum ini," katanya.

Pada masa sama katanya, Kafa beranggapan Butler tidak boleh melatih pasukan selagi jurulatih itu sedang menghadapi masalah ini.

Namun, pihak pengurusan memberi peluang kepada Butler untuk tampil memberi penjelasan dan Kafa katanya sedia berbincang secara terperinci
mengenai masalah dihadapi jurulatih itu.

"Butler masih Ketua Jurulatih Kelantan dan kita tidak menetapkan tempoh masa tertentu mengenai keputusan merehatkannya. Tugas melatih pasukan kini diuruskan kepada dua penolongnya, Zahasmi Ismail dan Sideek Samsuddin," katanya.

Menurut Azman, soal mencari pengganti Butler tidak timbul sama sekali memandangkan pihaknya tidak pernah berbincang mengenai perkara tersebut dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan baru-baru ini.

"Pemain Kelantan kembali menjalani latihan bermula hari ini (semalam) dan ia tetap berjalan seperti biasa meskipun tanpa kelibat Butler di atas padang," katanya. — Sinar Harian

Video Liverpool vs Cardiff City Final Carling Cup 2012 - Liverpool Juara

Posted: 26 Feb 2012 09:53 PM PST


Liverpool mengakhiri kemarau kejuaraan selama enam tahun dengan menjulang Piala Liga selepas menewaskan Cardiff City 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti. Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat 2-2 selepas mengharungi sehingga 120 minit masa perlawanan di Stadium  Wembley awal pagi tadi.





Cardiff berada di depan seawal minit ke-19 menerusi jaringan Joe Mason, sebelum kedudukan disamakan Martin Skrtel pada minit ke-60 untuk mengheret permainan ke masa tambahan. Dirk Kuyt menceriakan penyokong Liverpool apabila menjadikan kedudukan 2-1pada minit ke-108.

Namun kegembiraan itu tidak bertahan sehingga wisel penamat dengan pemain pertahanan, Ben Turner muncul hero Cardiff dua minit sebelum masa tambahan tamat dan memastikan pertarungan dramatik itu ditentukan dengan sepakan penalti.

Kemenangan Liverpool diperolehi apabila pemain gantian Cardiff, Anthony Gerrard, yang juga adik sepupu kepada kapten Liverpool, Steven Gerrard, yang mengambil sepakan kelima (terakhir) pasukan Cardiff City yang tersasar dari gawang gol.

sumber : zulkbo

Star Wars: Episode 1 3D - The Phantom Menace Cecah USD1 Billion

Posted: 26 Feb 2012 09:26 PM PST



Filem trilogi terbitan 20th Century Fox yang kini kembali dalam format 3D, 'Star Wars: Episode 1 The Phantom Menace' telah berjaya mendapat kutipan melebihi USD1 billion (RM3 billion) di seluruh dunia.

Sejak kembali ditayangkan sejak dua minggu lepas, filem ini telah berjaya mendapat kutipan sebanyak USD73.4 juta (RM221.4 juta) dan dengan kutipan pada tahun 1999 yang sudah pun mencecah USD924 juta, filem ini dijangka akan melepasi kutipan USD1 billion dalam masa terdekat.

Dengan kutipan sebanyak ini, 'Phantom Manace' dijangka akan memintas filem 'The Dark Knight' yang mendapat kutipan melepasi USD1 billion untuk berada di tangga ke-10 filem yang mendapat kutipan tertinggi sepanjang zaman.

'Phantom Menace' merupakan filem ke-11 yang berjaya mendapat kutipan melebihi USD1 billion di seluruh dunia.-MH-

Adele Pecahkan Rekod Whitney Houston

Posted: 26 Feb 2012 09:21 PM PST



 
Adele - Rolling In The Deep (Cousin Cole Remix)


Belumpun kontroversinya di Brit Awards reda, penyanyi terkenal, Adele kembali menarik perhatian apabila berjaya memecahkan rekod yang dipegang oleh mendiang Whitney Houston dalam carta Billboard 200 Amerika Syarikat (AS).

Album terbarunya, '21', telah berjaya menggantikan album 'soundtrack' filem 'The Bodyguard', Whitney Houston sebagai artis wanita paling lama berada di kedudukan nombor satu dalam carta Billboard 200.

Adele telah berada di puncak carta selama 21 minggu, menewaskan rekod yang dipegang Houston pada tahun 1992 dengan album 'The Bodyguard' ini.

Album '21' menampilkan lagu hit seperti 'Rolling In The Deep' dan 'Someone Like You' yang telah dijual lebih dari 18 juta unit di seluruh dunia sejak ia dikeluarkan pada Februari 2011. -MH-

‘Hugo’ Dahului Penerima Oscar Dengan Lima Anugerah

Posted: 26 Feb 2012 08:39 PM PST

Robert Richardson menerima anugerah Sinematografi Terbaik menerusi filem Hugo
HOLLYWOOD: Filem pengarah lagenda Martin Scorsese, Hugo yang mendapat 11 pencalonan pada Anugerah Academy ke-84 yang berlangsung pada malam Ahad (waktu tempatan) kini mendahului senarai penerima anugerah itu dengan lima kategori.

Berikut adalah senarai pemenang semasa:

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Christopher Plummer, Beginners

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Octavia Spencer, The Help

Pengarahan Seni Terbaik
Hugo, Dante Ferretti (Rekaan Produksi) dan Francesca Lo Schiavo (Dekorasi Set)

Sinematografi Terbaik
Hugo, Robert Richardson

Rekaan Kostum Terbaik
The Artist, Mark Bridges

Suntingan Terbaik
The Girl with the Dragon Tattoo, Kirk Baxter dan Angus Wall

Filem Bahasa Asing Terbaik
A Separation, pengarah Asghar Farhadi (Iran)

Solekan Terbaik
The Iron Lady, Mark Coulier dan J. Roy Helland

Suntingan Bunyi Terbaik
Hugo, Philip Stockton dan Eugene Gearty

Adunan Bunyi Terbaik
Hugo, Tom Fleischman dan John Midgley

Filem Cereka Animasi Terbaik
Rango, Gore Verbinski

Dokumentari Cereka
Undefeated, TJ Martin, Dan Lindsay dan Rich Middlemas

Kesan Visual Terbaik
Hugo, Rob Legato, Joss Williams, Ben Grossman dan Alex Henning

Jessica Alba Ibu yang Garang

Posted: 26 Feb 2012 08:36 PM PST


Jessica Alba

AKTRES jelita Jessica Alba mengakui dia merupakan seorang ibu yang sangat tegas dan garang berbanding dengan ibu bapanya yang lebih 'tenang' dengan anak-anaknya.

Jessica yang mempunyai dua orang anak iaitu Honoe, 3, dan Haven, enam bulan, berkata, dia merasakan diri sedikit terpengaruh dengan budaya tradisional apabila anaknya sering bertanyakan pelbagai soalan.

"Saya ada karakter yang sedikit berunsur tradisional apabila anak perempuan saya selalu mengharapkan jawapan yang boleh memuaskan hatinya.

"Anak saya kerap bertanya ' Tapi, kenapa mak? kenapa?', dan saya pula akan membalas 'Sebab saya yang berkata begitu', sekadar ingin berhenti daripada soalan yang bertalu-talu.

"Kemuadian saya tersedar, bahawa saya sememangnya seorang ibu yang sangat 'old fashioned'," selorohnya kepada femalefirst.co.uk.

Sementara itu, bercerita mengenai zaman kanak-kanak yang dilalui aktres ini, dia juga mengakui agak nakal dan kerap mendengar kata-kata ibunya.

" Saya seorang yang bagus dalam akademik dan mendalami ilmu kitab Injil. Saya bukannya jahat pun, cuma suka memberontak rasanya.

"Pernah sekali ketika berusia 14 tahun, saya suri-suri membawa kereta ayah pergi ke restoran makanan segera bersama-sama rakan-rakan dan berseronok sakan. Ya, mungkin saya nakal," selorohnya.-mstar-

Perkhidmatan pikul orang turun Gunung Kinabalu

Posted: 26 Feb 2012 08:34 PM PST


HUJAN pada sebelah pagi menyebabkan persekitaran laluan menuruni Gunung Kinabalu itu agak basah dan licin. Bagi Gohimin Gohitung, ia bukan satu masalah besar. Langkahnya tetap tangkas, seakan-akan sudah mahir dengan selok-belok hutan dipterokarp bukit yang hidup subur di sekelilingnya.

Tumpuannya terarah terhadap sekumpulan pendaki di hadapannya yang berhempas pulas menuruni laluan berbatu dan berselirat dengan akar-akar kayu itu. Selaku ketua jurupandu arah sememangnya dia perlu berada pada kedudukan terakhir bagi memastikan kelancaran perjalanan itu dan tiada pendaki yang tercicir.

Awal pagi tadi, dia dan anggota kumpulan seramai 20 orang berjaya menamatkan misi menawan puncak gunung setinggi 4,095 meter. Selepas misi selama dua hari itu berakhir, kini tibalah masa untuk kembali semula ke Pintu Timpohon.

Gohimin tidak keseorangan sebaliknya turut ditemani tiga jurupandu arah lain yang berada di hadapan dan tengah kumpulan itu. Langkahnya tiba-tiba terhenti, seorang jurupandu arah menghampirinya dalam keadaan tergesa-gesa.

"Pak Gohimin, ada seorang pendaki tergelincir di atas batu semasa turun tadi, kakinya terseliuh," beritahunya.

Gohimin mempercepatkan langkah, dalam beberapa ratus meter di hadapan kelihatan seorang wanita mengerang kesakitan.
Bayaran ikut kilometer


PENDAKI yang tidak mampu mengangkat beg yang berat boleh mendapatkan bantuan porter.


Dia cuba membantu dengan menyapu minyak panas dan mengurut bahagian yang tercedera.

"Nampaknya tidak ada cara lain, kaki awak sudah bengkak, sukar untuk berjalan dalam keadaan begini. Kami terpaksa pikul awak turun untuk mendapatkan rawatan," terangnya.

Selepas berbincang selama beberapa minit dengan wanita itu, Gohimin mengarahkan seorang jurupandu arah di bawah seliaannya memikul wanita itu.

"Jangan risau, kami sudah biasa melakukannya. Awak cuma perlu berpaut pada leher dia," pesan Gohimin sebelum kelibat kedua-duanya hilang di sebalik rimbunan pepohon yang menghijau di laluan itu.

Dikenali sebagai 'teksi gunung', Gohimin berkata, ia merupakan perkhidmatan istimewa yang diberikan kepada pendaki di gunung itu.

"Adakalanya pendaki tidak sihat, terseliuh atau kekejangan otot dan tidak berupaya meneruskan pendakian.

"Justeru, ini adalah satu-satunya cara yang ada. Bagaimanapun, bagi kes-kes yang serius seperti patah tulang atau pendarahan, kami akan meminta bantuan renjer untuk tindakan susulan," jelasnya.

Lelaki yang berasal dari Kampung Kundasang kira-kira lima kilometer dari Taman Kinabalu Sabah itu menambah, pendaki yang menggunakan perkhidmatan itu dikenakan bayaran bagi setiap kilometer perjalanan.

Katanya, bayaran teksi gunung tidak tetap bergantung pada budi bicara pendaki dan kumpulan jurupandu arah. Namun ia boleh mencecah sehingga RM300 bagi satu kilometer.

"Biasanya dalam keadaan kecemasan begini, ramai yang tidak kisah, apa yang lebih penting mereka mahu cepat sampai untuk berehat atau mendapatkan rawatan susulan," jelasnya.

Gohimin berkata, biarpun tampak mudah, namun tanggungjawab teksi gunung begitu besar terutamanya dalam memastikan keselesaan dan keselamatan pendaki.

Dia yang berpengalaman luas selama lebih 30 tahun mendaki gunung itu memberitahu cabaran memikul pendaki memerlukan kekuatan mental dan stamina yang tinggi.

Pikul secara bergilir-gilir

"Selain terpaksa berhadapan dengan halangan laluan yang curam dan berliku-liku, kami juga terpaksa memikul pendaki termasuk yang berbadan besar.

"Saya sendiri pernah mengangkat seorang pendaki yang mempunyai berat sekitar 100 kilogram beberapa tahun lalu. Ia tidak boleh dilakukan secara bersendirian, sebaliknya memerlukan khidmat beberapa teksi gunung untuk bergilir-gilir memikulnya.

"Salah satu cara lain adalah dengan menggunakan tandu, namun ia juga tetap mencabar," ceritanya.

Dalam usia yang mencecah 60 tahun, Gohimin merupakan di antara jurupandu arah paling berpengalaman di gunung yang diiktiraf kelima tertinggi di Asia Tenggara itu.

Manakan tidak, sejak berusia 30 tahun dia sudah bekerja sebagai porter atau pengangkut barang. Ketika itu dia sering berulang alik dari Pintu Timpohon ke Laban Rata untuk membawa pelbagai barangan runcit, sayur-sayuran, bahan binaan dan sebagainya.

"Sekitar tahun 70-an dahulu, laluannya lebih mencabar, kami perlu memanjat bukit batu, meredah hutan dan semak-samun atau berteduh di mana-mana sahaja jika hujan.

"Sekarang treknya semakin mudah dan selesa bahkan, ada laluan bertangga, ada pondok kecil yang lengkap dengan kemudahan tandas dan bekalan air malah, pengunjung juga boleh menginap di hostel dengan selesa," katanya.

PERKHIDMATAN teksi gunung merupakan antara keunikan yang terdapat di Gunung Kinabalu.



Mula menjadi jurupandu arah sejak beberapa tahun yang lalu, Gohimin memberitahu, ia seiring dengan peningkatan usianya.

Ujarnya, biarpun masih berkemampuan memikul beban yang berat namun, tugas baharunya itu membolehkan dia menimba pengalaman di samping berkenalan dengan pelancong dari dalam dan luar negara.

"Ramai yang cemburu apabila melihat saya masih gagah dan cergas dalam usia begini, namun yang pasti saya tidak mempunyai sebarang rahsia.

"Saya makan seperti apa yang orang lain makan, begitu juga lain-lain. Mungkin ketenangan menghirup udara segar sambil ditemani kehijauan flora dan fauna menyebabkan saya awet muda," selorohnya.

Porter muda

Sementara itu, bagi Kamaluddin Jaffren, Gunung Kinabalu tidak asing kepada dirinya kerana beberapa ahli keluarganya turut bekerja di situ.

Keinginan membantu keluarga menyebabkan anak kedua daripada sembilan beradik itu menjadi porter secara separuh masa sejak berusia 15 tahun.

Ketika berusia 18 tahun, dia mula diberi kepercayaan menjadi jurupandu arah.

Pada masa yang sama, dia turut mengambil upah memikul beg dan kelengkapan pendaki di samping menjadi teksi gunung.

"Saya sendiri sudah beberapa kali menjadi teksi gunung, namun bukan wang yang menjadi keutamaan tetapi keselamatan pendaki itu sendiri," ujarnya yang berasal dari Kampung Mesilau.

Biarpun begitu, pemuda yang masih bujang itu berkata, ada di antara rakannya terpaksa berputih mata kerana tidak menerima bayaran seperti dijanjikan.

"Sebaik tiba di bawah sana, ada yang terus menghilangkan diri. Itu belum lagi dengan pelbagai alasan dicipta seperti kesempitan wang, meminta tempoh dan sebagainya.

"Mujurlah saya tidak pernah mengalaminya, namun saya sentiasa berwaspada. Apa yang penting, kami tetap memberikan perkhidmatan terbaik kepada yang memerlukan bantuan," katanya yang juga merupakan seorang pelajar lulusan agama di sebuah madarasah di negeri itu.

Sementara itu, Izman Shah Abdullah, 20, memberitahu, minatnya dalam kegiatan lasak dan mencabar mendorong dia menjadi porter di pergunungan itu.

"Daripada tidak berbuat apa-apa, lebih baik saya bekerja di sini, sekurang-kurangnya dapat juga menambah pendapatan.

"Lagipun ibu bapa tidak pernah menghalang saya bekerja di sini. Ia lebih baik daripada menghabiskan masa," katanya yang merupakan sepupu kepada Kamaluddin.

Mengakui masih cetek pengalaman, dia banyak belajar mengenai selok-belok hutan daripada jurupandu arah berpengalaman seperti Gohimin.

"Saya seronok berada di sini, berdamping dengan alam semula jadi yang masih kekal terpelihara," katanya. -kosmo-

Pelajar UiTM menang cabutan bertuah Jom Daftar Undi

Posted: 26 Feb 2012 08:30 PM PST


 NURALI duduk di atas motosikal yang dimenanginya sambil diperhatikan Jamal (lima dari kiri) dan tetamu lain pada program Kenduri Jom Daftar Undi anjuran Restoran Sekinchan Ikan Bakar di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Pepatah tersebut amat sesuai untuk menggambarkan situasi yang dialami oleh Nurali Nadzwan, 22, apabila berjaya memenangi sebuah motosikal pada satu pertandingan cabutan bertuah sempena program Kenduri Jom Daftar Undi anjuran Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) di Kompleks Centrum Setiawangsa di sini semalam.

Nurali, pelajar jurusan Seni Persembahan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, dia tidak menyangka hasratnya untuk mendaftar sebagai pengundi berakhir dengan membawa pulang hadiah yang lumayan.

"Tidak sia-sia saya menunggu sepanjang hari selepas mendaftar sebagai pemilih di kaunter yang disediakan.

"Saya nasihatkan rakan-rakan yang masih belum mendaftar sebagai pengundi untuk segera berbuat demikian kerana ia merupakan satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh semua warga Malaysia," katanya.

Hadiah disampaikan oleh Pengarah Urusan dan pemilik rangkaian RSIB Sdn. Bhd., Datuk Jamal Md. Yunos pada majlis yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Program yang bermula pada pukul 11 pagi itu turut diserikan dengan kehadiran beberapa orang artis terkenal tanah air seperti Zed Zaidi dan Neelofa.

Selain motosikal, program yang mendapat kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Pendaftaran Negara itu turut menawarkan 100 cabutan bertuah berupa basikal dan barangan elektrik.

Sementara itu, menurut Jamal, penganjuran program tersebut merupakan salah satu usaha RSIB menunjukkan sokongan dan menyemarakkan lagi kempen pendaftaran pengundi khususnya dalam menarik penyertaan golongan muda untuk turut sama menyumbang dalam pembentukkan masa depan negara.

"Orang ramai perlu sedar walaupun dengan hanya satu undi, tanggungjawab yang digalas amat besar kerana ia melibatkan banyak pihak," ujarnya. -kosmo-

Gadis diganggu kiriman aneh

Posted: 26 Feb 2012 08:25 PM PST


 INILAH tiga ekor ayam yang dimasukkan dalam beg dan digantung di pintu pagar rumah mangsa di Wangsa Maju, Kuala Lumpur kelmarin.



KUALA LUMPUR - Hidup seorang setiausaha sebuah syarikat Teknologi Maklumat di sini menjadi tidak keruan apabila dalam tempoh dua minggu lalu, gadis itu menerima empat kiriman aneh termasuk sebuah beg berisi tiga ekor ayam hidup yang dihantar ke rumahnya di Jalan Rejang 8, Wangsa Maju dekat sini.

Mangsa berusia 20-an yang enggan dikenali berkata, penerimaan aneh itu bermula dengan kiriman sepucuk surat yang berbentuk hati tertera ayat, 'Diana Danielle - peminat misteri.'

Surat yang diterima pada dua minggu lalu dipercayai dihantar oleh pengirim sendiri kerana tidak ada setem diletakkan pada sampul surat tersebut.

"Saya ketika itu tidak curiga apa-apa kerana memikirkan sama ada surat itu sebagai gurauan pihak tertentu yang mungkin tersalah alamat," kata gadis itu ketika ditemui di Balai Polis Wangsa Maju di sini malam kelmarin.

Namun, cerita mangsa, fikirannya mula terganggu selepas menerima bungkusan kedua yang turut disertakan dengan sehelai seluar dalam dan sepucuk nota bertulis ayat-ayat cinta juga ditujukan kepada Diana pada 21 Februari.

"Saya yang terkejut terus membuang seluar dalam yang dipercayai sudah dipakai tersebut ke dalam longkang tidak jauh dari rumah saya," kata gadis itu yang kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju di sini kelmarin.

Terbaharu pada pukul 11.30 pagi kelmarin, gadis itu yang memeriksa peti surat di rumahnya terus dikejutkan dengan penerimaan satu lagi sampul surat dan sebuah bekas cermin mata dalam peti surat di rumahnya itu. "Surat itu bertulis 'I Love You' dan ditujukan kepada penyampai berita TV3, Pang Chinn Fei manakala dalam bekas cermin mata itu pula mengandungi sebentuk cincin, gelang dan dua keping gambar dipercayai gambar seorang lelaki Melayu," kata gadis itu yang bertambah terganggu dengan kiriman itu -kosmo-

Dakwa difitnah pengendali blog hiburan terkenal Wan Shades nekad saman!

Posted: 26 Feb 2012 08:23 PM PST


 WAN SHADES (duduk tengah) berasa malu dan terhina apabila menjadi bahan fitnah dalam blog hiburan terkenal tanah air.



SETELAH menyepikan diri dalam industri seni sejak lima tahun lalu, nama bekas penyanyi utama kumpulan Shades, Mohamad Faizal Mohd. Ali atau lebih dikenali sebagai Wan Shades, 39,kembali menjadi sebutan ramai. Bukan kerana dia muncul dengan lagu baharu tetapi angkara dituduh merogol anak tirinya selama tujuh tahun.

Berita tersebut mulai tersebar luas apabila sebuah pengendali blog hiburan terkenal menerbitkan artikel berjudul Wan Shades Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol anak Tiri Selama Tujuh Tahun, yang secara jelas merujuk kepada dirinya.

Terkejut dan malu dengan tuduhan tersebut, penyanyi yang popular dengan lagu Jangan Diucap Selamat Tinggal itu ketika bersama Shades itu, nekad mahu mengambil tindakan menyaman pengendali blog hiburan tersebut.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai cerita yang membelenggu Wan Shades, ikuti soal jawab ini.

Boleh ceritakan bilakah anda dapat tahu mengenai cerita ini?

Saya dapat tahu mengenai artikel itu selepas seorang teman memberitahu saya pada 20 Februari lalu. Ketika itu, saya baru selesai penggambaran drama Atas Nama Cinta.

Apa perasaan anda ketika membaca artikel tersebut?

Saya terkejut kerana ia jelas satu fitnah yang tidak berasas yang boleh menjatuhkan maruah saya sebagai artis dan nama baik saya sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia.

Apakah tindakan anda selepas itu?

Beberapa jam selepas membacanya saya terus buat laporan polis di Balai Polis Ukay Perdana, Selangor. Selepas itu, pihak polis menghubungi saya memberitahu perogol sebenar berjaya ditahan. Saya tanya siapa tetapi pihak polis enggan mendedahkan gerangan perogol tersebut. Daripada situ, saya mulai geram sedangkan perogol sebenar sudah diketahui tetapi pihak polis masih menyimpan maklumat. Sebaliknya, blog hiburan tersebut dengan senangnya menuduh saya tanpa usul periksa.

Jadi disebabkan itulah anda nekad untuk menyaman blog hiburan tersebut?

Saya terpaksa ambil tindakan undang-undang untuk memberi pengajaran kepada pengendali blog itu supaya bertanggungjawab terhadap artikel yang dikeluarkannya selain meminta mereka tampil untuk menjawab setiap tuduhan yang dilemparkan.

Apakah sebabnya anda ingin bersemuka dengan penulis blog tersebut walaupun nekad untuk menyaman mereka?

Saya beri tempoh tujuh hari kepada blogger itu untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan kepada saya. Saya sedia bersemuka dengan blogger terbabit untuk mendapatkan penjelasan, namun mereka gagal dihubungi.

Apa perkembangan terkini anda?

Saya kini sedang terbabit dalam sebuah drama lapan episod terbitan TV3. Saya bawa watak sebagai ayah kepada Tasha Shila. Selain itu, saya sedang dalam persiapan menyiapkan single solo terbaharu saya yang berkonsep pop ketuhanan yang sepenuhnya dihasilkan oleh saya sendiri. Saya juga aktif sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia.-kosmo-

Bapa Dakwa Pasaraya Terkemuka Jual Susu Tiruan

Posted: 26 Feb 2012 08:20 PM PST


 MOHD. FAISAL bersama anaknya menunjukkan perbezaan bungkusan susu tepung yang biasa dibelinya (kiri) dan yang didakwa tiruan (kanan) di Bayan Baru, George Town semalam.



GEORGE TOWN - Seorang bapa terkejut apabila mendakwa dua kotak susu tepung yang dibeli untuk anaknya dari sebuah pasar raya besar di Bayan Baru di sini, pada 16 Februari lalu rupa-rupanya bukan susu sebaliknya hanya serbuk putih yang menyerupai susu tepung.

Mohd. Faisal Mohd. Kassim, 30, mendakwa, sebaik sahaja membuka setiap bungkusan susu berjenama terkemuka itu, dia mendapati plastik lutsinar itu mengandungi tepung berwarna putih yang berbeza dengan susu tepung asli yang biasanya dibungkus dengan plastik aluminium dan serbuk susunya berwarna krim.

"Bukan itu sahaja, susu tepung itu tidak mempunyai bau dan rasa seperti yang dibeli pada setiap bulan, sejak anak sulung, Muhammad Afiq Hafizuddin berusia dua bulan.

"Mujur kami berjaya mengesan lebih awal dan tidak sempat memberinya minum lagi," katanya sambil menyatakan susu tepung itu dibeli pada harga diskaun iaitu RM16.99 bagi setiap 700 gram.

Dalam pada itu, Mohd. Faisal turut memaklumkan masalah tersebut kepada pihak pasar raya terbabit pada 18 Februari lalu dan mereka turut mengesan susu tepung lain berjenama sama yang bungkusannya mencurigakan.

"Pihak pasar raya terbabit memberitahu akan mengambil tindakan termasuk menghubungi syarikat pembekal susu itu untuk memaklumkan perkara tersebut.-kosmo-

Dangi diiktiraf lelaki paling rendah di dunia

Posted: 26 Feb 2012 08:14 PM PST


 WAJAH Chandra Bahadur Dangi semasa dia diukur.



KATHMANDU - Seorang lelaki berusia 72 tahun, Chandra Bahadur Dangi dari sebuah kampung terpencil di barat daya Nepal diiktiraf semalam sebagai lelaki paling pendek di dunia selepas ketinggiannya diukur oleh beberapa pegawai Guinness World Records.

Dangi setinggi 54.6 sentimeter (sm), 5.3sm lebih pendek daripada pemegang rekod sebelum ini, Junrey Balawing dari Filipina.

"Saya berasa amat gembira," kata Dangi kepada pemberita.

"Saya akan bekerja untuk mempromosikan negara saya ke seluruh dunia," tambahnya.

Dangi yang seberat 12 kilogram juga diisytiharkan sebagai manusia paling pendek pernah direkodkan sekali gus mengambil alih tempat Gul Mohammed yang setinggi 57sm sebelum dia meninggal dunia pada tahun 1997 semasa berumur 40 tahun.

"Saya terus-menerus berasa takjub bahawa rekod ini terus dipecahkan," kata Ketua Pengarang Guinness World Records, Craig Glenday dalam satu kenyataan selepas ketinggian Dangi diukur di sini.

Menurutnya, jika umur Dangi betul, dia akan menjadi individu paling tua yang memiliki rekod dalam sejarah 57 tahun Guinness World Records.

Dangi tinggal di daerah Dang, 350 kilometer dari sini.

Dia pernah menyatakan sudah terlalu tua untuk berkahwin tetapi masih berminat untuk mengembara ke negara-negara lain.

Beberapa pegawai Guinness World Records menyatakan mereka masih belum mengetahui punca yang menyebabkan Dangi menjadi pendek.

Dangi pernah menyatakan bahawa dia dijadikan bahan sarkas semasa muda oleh beberapa saudaranya. - Agensi

No comments: