Monday 27 February 2012

Budak Technician

Budak Technician


Tonton Astro Ceria Online

Posted: 26 Feb 2012 07:42 AM PST



Astro Ceria. Channel 611. Malaysia's No.1 Kids Channel - A 24 hours channel of quality animation, humour, game shows and live action programming





Tonton ESPN Channel Online

Posted: 26 Feb 2012 06:36 AM PST

 
 ESPN. Channel 812. ESPN is the worldwide leader in sports, providing non-stop and action-packed sport programming

Tonton Astro Prima Online

Posted: 26 Feb 2012 06:25 AM PST

Astro Prima. Channel 105. Wholesome Family Channel





BR1M : Penjawat Awam Dikecualikan Cukai

Posted: 26 Feb 2012 05:47 AM PST



Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima penjawat awam bergaji hampir RM3,000 tidak akan dimasukkan dalam perkiraan cukai pendapatan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata perkara itu adalah selaras dengan tujuan BR1M iaitu bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah menghadapi kos sara hidup yang tinggi.

Awang Adek yang ditemui pemberita selepas Majlis Mesra Polis Bersama Masyarakat di sini hari ini, diminta mengulas dakwaan pembangkang bahawa bantuan RM500 yang diterima penjawat awam bergaji hampir RM3,000 akan dikenakan cukai.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kelantan berkata dakwaan pembangkang itu adalah antara bukti yang mereka kini berasa tergugat dengan usaha kerajaan membantu rakyat.

"Mereka juga bimbang sokongan terhadap kerajaan kini semakin meningkat." katanya.

Malah Awang Adek berkata, ada pihak yang meminta agar bantuan itu diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

Beliau yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan memberi pertimbangan yang wajar mengenai perkara itu jika Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat memerintah selepas pilihan raya umum ke-13 kelak.

Pada majlis hari ini, lebih 200 masyarakat keturunan Cina dan Siam menyertai program anjuran Polis Diraja Malaysia yang antara lain bertujuan mendekatkan hubungan polis dan komuniti terutama dalam usaha mencegah jenayah. – BERNAMA

Datuk Siti Beli Rumah RM1 Juta Di Australia

Posted: 26 Feb 2012 05:30 AM PST



KUALA LUMPUR – Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menandatangani perjanjian membeli sebuah pangsapuri satu bilik di The Istana dalam majlis pelancaran projek kediaman itu semalam.

Pemaju hartanah tempatan, Magna Prima Bhd. yang menjadi peneraju utama dalam pembinaan kediaman itu di Melbourne, Autralia menampilkan Siti Nurhaliza sebagai pembeli dan pelabur pertama unit kediaman mewah itu.

Dalam majlis pelancaran itu, Pengarah Eksekutif Magna Prima Bhd., Datuk Rahadian Mahmud berkata, sebanyak RM714 juta telah dilaburkan sebagai nilai pembangunan kasar projek tersebut.

Tidak menafikan pelaburan ke atas The Istana merupakan projek sulung syarikat itu, Rahadian melihat perkembangan projek itu sebagai langkah awal untuk memperluaskan perniagaan hartanah ke luar negara.

"Pelaburan ke atas The Istana merupakan projek sulung kami di luar negara dan sedikit sebanyak mempercepatkan langkah kami untuk meluaskan perniagaan ke peringkat serantau," kata Rahadian.

Malah, perkembangan dan kemajuan pembinaan kediaman itu juga telah memberikan keuntungan di mana 62 peratus kediaman itu telah pun dijual kepada pembeli-pembeli warga Australia dan antarabangsa.

Kediaman The Istana yang dijangka siap dibina pada tahun 2014 juga memberikan peluang kepada warga Malaysia untuk membeli hartanah itu bagi yang menetap di negara tersebut.



"Kami melihat ramai orang memilih untuk membeli hartanah di luar negara terutamanya di Australia dan United Kingdom kerana kedua-duanya merupakan lokasi pusat pengajian tinggi malah golongan profesional muda Malaysia juga mula berminta untuk melabur ke Australia ketika ini," katanya.

The Istana merupakan pangsapuri kediaman menara tunggal setinggi 25 tingkat terletak di A'Beckett Street iaitu di tengah-tengah kawasan pusat perniagaan Melbourne.

Sebelum ini, projek itu dikenali sebagai Dynasty Living yang dibangunkan di atas tanah sebesar 10,800 meter persegi yang mempunyai 320 unit kediaman.

Pertukaran nama kepada The Istana merupakan satu langkah strategik untuk mencerminkan ciri hartanah dan sentuhan arkitek Malaysia.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Kisah Benar! Pelajar Dapat Bantuan Allah Semasa Peperiksaan

Posted: 25 Feb 2012 07:56 PM PST


Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.
Ceritanya begini :

Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.

Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru
tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.

Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?

Pelajar tersebut menceritakan : "semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.

Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua. 


sumber : biskutmarry.blogspot.com

Berita mengarut malukan Balkisyh

Posted: 25 Feb 2012 07:32 PM PST


 BALKISYH menunjukkan keratan akhbar yang didakwanya menyiarkan berita palsu yang menjatuhkan maruah suaminya.



SATU panggilan telefon daripada suaminya, Mohamad Aizad Rosly hampir-hampir memusnahkan kehidupan bahagia yang dibina sejak lima tahun lalu.

"Berita itu yang membuatkan saya dan suami bergaduh besar. Saya terpinga-pinga dan terus berlari ke rumah jiran minta akhbar yang dimaksudkan. Kami bertegang urat dan dalam masa yang sama mendapat malu disebabkan artikel yang langsung tidak berasas," luah dramatis, Balkisyh Semundur Khan, 25, mengenai penyiaran berita palsu membabitkan dia dan suaminya, Mohamad Aizad Rosly, 28.

Minggu lepas, sebuah akhbar tabloid menyiarkan artikel bertajuk 'Pelakon Dicekik Suami Cemburu Buta'. Artikel itu mengandungi pengakuan Balkisyh berhubung kekasaran yang dilakukan oleh suaminya angkara cemburu.

"Apa yang mengelirukan saya ialah dalam artikel terbabit, penulis berkenaan ada memasukkan pengesahan yang kononnya diperoleh hasil daripada perbualan telefon bersama saya. Padahal saya tidak pernah dihubungi mana-mana wartawan sebelum berita itu disiarkan.

"Pada waktu dan hari kejadian, suami saya yang merupakan pereka seni drama Hikayat Nek Tom dan saya masih di lokasi Landasan Cinta, iaitu sebuah telemovie bukannya drama bersiri seperti yang ditulis dalam artikel terbabit.

"Apabila kami mengamati hal itu betul-betul, barulah kemarahan suami saya reda dan merasakan perkara itu perlu diselesaikan," jelas Balkish yang hadir ke pejabat Kosmo! Ahad untuk membersihkan fitnah ke atasnya baru-baru ini.

Ujar Balkisyh, awalnya dia tidak mahu memanjangkan isu berkenaan sebaliknya bertemu pihak akbar terbabit untuk mendapatkan penjelasan dan membuat penafian. Malangnya, usaha yang dilakukan sia-sia kerana akhbar itu enggan membetulkan keadaan.

"Saya ke syarikat akhbar itu pada hari Ahad lalu beberapa hari selepas saya kononnya dicekik dan ditampar. Kalau betul seperti yang didakwa sudah tentu ada kesan lebam pada wajah saya.

"Kata pihak akhbar terbabit juga, mereka ada bukti, kononnya ada laporan polis oleh saya berhubung perkara itu. Saya beranikan diri ke balai polis untuk mencari bukti tapi laporan yang dikatakan itu tidak wujud," ujar Balkisyh yang hadir sendirian. Penulis hanya sempat berbual di telefon bersama Aizad memandangkan suami Balkisyh perlu berada di lokasi penggambaran.

Berikut adalah ringkasan temu bual bersama Balqish dan perbualan telefon bersama suaminya yang dirakam Sensasi Bintang.

SENSASI BINTANG: Kenapa tidak buat laporan polis atau saman akhbar itu?




BALKISYH: Saya masih mahu menjaga hubungan dengan pihak media. Saya cari makan dengan lakonan. Sebelum ini orang sudah lupa siapa saya, tertanya-tanya adakah saya masih berlakon atau tidak. Tapi, bila cara saya itu tidak membantu, saya kena selesaikan perkara ini (dengan tindakan undang-undang) sebab ia melibatkan maruah saya dan maruah suami saya.

AIZAD: Ikutkan hati, saya mahu buat laporan polis dan saman sahaja pihak akhbar terbabit. Berita itu mengarut dan rekaan semata-mata.

Jadi benarlah kalian tidak bergaduh, tiada masalah cemburu seperti yang didakwa?

BALKISYH: Bila sudah lima tahun berkahwin, bohonglah kalau tak pernah bergaduh tapi tidak pernah kami sebegini rupa. Pada pertengahan bulan baru-baru ini, saya dan suami bekerja untuk produksi yang sama, tiada apa-apa masalah pun. Semua kru penggambaran pun tahu.

AIZAD: Sudah 10 tahun saya kerja di belakang tabir. Kalau hendak cemburukan Balkisyh kerana kerjanya sebagai pelakon, baik saya tak benarkan dia berlakon. Saya mampu untuk sara anak dan isteri. Kalau bergaduh pun saya masih boleh kawal diri. Selepas dimalukan oleh artikel berkenaan, memang saya marah tapi tidaklah sampai pukul-memukul.

Impak paling teruk?

BALKISYH: Ramai yang nak ambil tahu hal sebenar, kawan-kawan serta orang dalam industri yang kenal saya juga ada hubungi untuk tanyakan keadaan sebenar. Sedihnya, bila saya nafikan, ada yang tidak percaya dan perlekehkan kami.

AIZAD: Saya malu besar, orang fikir saya suami yang tak bertanggungjawab, dayus dan macam-macam. -kosmo-

Yana panas makan jamu

Posted: 25 Feb 2012 07:28 PM PST

 
YANA SAMSUDDIN yang mengamalkan pengambilan jamu perapat selama lima tahun terpaksa menghentikan amalan tradisional tersebut setelah diserang ulser.

YANA SAMSUDDIN kembali sebagai Wawa menerusi filem Adnan Sempit 2, bezanya Wawa kini tampil lebih matang dan berwawasan.

Berubah daripada seorang gadis rempit biasa dalam Adnan Sempit yang mengutip RM7.66 juta pada 2010, Wawa meneroka tahap karakter yang lebih beremosi.

"Wawa kini sudah berubah. Dia tidak lagi menjadi minah rempit seperti dahulu. Kali ini dia berusaha mahu berubah menjadi gadis yang bertanggungjawab.

"Biarpun Wawa sudah berubah menjadi lebih baik, tetapi saya tetap berdebar-debar menanti respons penonton.

"Saya risau jika ada yang membandingkan antara Adnan Sempit dan Adnan Sempit 2," kata Yana kepada Sensasi Bintang.

Ditayangkan di pawagam bermula Khamis lalu, filem terbaharu MIG itu turut menampilkan karakter asal dalam versi terdahulu termasuklah Shaheizy Sam sebagai Adnan, Intan Ladyana (Nadia) dan Along Cham (Bobby).

Secara peribadinya, Adnan Sempit 2 menjadi permulaan panggung buat Yana pada tahun ini.

"Saya tidak boleh berlakon dan mengarah serentak kerana tidak boleh fokus. Rezeki saya lebih menyerlah dalam lakonan, jadi saya terpaksa memilih salah satu," ujar Yana yang pernah tersenarai dalam skim pengarah muda kelolaan David Teo.

WAWA

Watak Wawa ialah karakter yang paling dekat dengan saya, daripada situ, saya mula dikenali dan mendapat perhatian pengarah. Selain panggilan Kak Yong yang popular menerusi filem Bini-biniku Gangster, ramai peminat lebih mengenali saya sebagai Wawa berbanding Yana Samsudin. Saya kini menjalani penggambaran filem Wawa Semput sebagai pengembangan daripada watak Wawa dalam filem Adnan Sempit. Wawa juga meletakkan saya sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-23.

MENGUNDI


Saya sudah tidak sabar untuk mengundi kerana ia adalah pilihan raya pertama saya. Insya-Allah mengikut daftar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) saya akan mengundi di kampung halaman di Yong Peng, Batu Pahat, Johor.

JAMU

Saya menjual jamu menerusi skim jualan langsung (MLM) tapi itu hanya dalam filem Adnan Sempit 2. Menariknya, jamu yang dijual ialah jamu perapat khas untuk wanita sahaja. Saya sendiri pernah mengamalkan jamu untuk menjaga kesihatan ketika berusia 19 tahun selama lima tahun. Tetapi setelah sampai usia 24 tahun saya mula berasa panas-panas dan timbul ulser kerana mengamalkannya. Sejak itu saya mula berhenti memakan jamu. Saya lebih selesa mengambil suplemen dan multi vitamin untuk menjaga kesihatan.

SUPERHERO

Saya gemarkan filem aksi dan lasak seperti dalam filem Bini-biniku Gangster yang memerlukan saya bertarung dan menguji ketangkasan fizikal. Jika ditanya mengenai watak impian, sudah tentulah saya ingin menjadi seorang superhero yang mempunyai kostum sendiri seperti Catwoman dan Superwoman.

JADI POPULAR

Tahun ini tahun pertama saya diberi kepercayaan untuk mengisi tempat sebagai calon top 5 Anugerah Bintang Popular. Saya tidak meletakkan keyakinan untuk berjaya, tersenarai pun sudah cukup bagus sebagai pembakar semangat saya.

Uwais bukti cinta Sarah, Shuib

Posted: 25 Feb 2012 07:24 PM PST


 BARU berumur 85 hari, Uwais sudah pandai 'bersembang.'



CERITA-CERITA yang keluar daripada mulut pasangan suami isteri, Shuib (Sepahtu) dan Siti Sarah Raisuddin sekarang bertemakan Uwais Alqarni. Putera yang baru berusia 85 hari tapi sudah pandai 'bersembang'. Si comel itu juga membuatkan jadual tidur dan rehat pasangan yang bernikah pada 26 Februari 2011 itu kelam-kabut.

Namun dialah jiwa raga buat Shuib dan Sarah. Rancak bercerita tentang Uwais yang duduk elok di sebelah Shuib, Sarah membuka cerita bahawa Uwais pernah terdiam daripada menangis ketika mendengarkan lagu Bruno Mars ketika mereka menaiki kereta. Menurut Sarah, Uwais yang lahir pada 4 Disember lalu pasti menendang ketika mendengar petikan gitar.

Baru pulang daripada penggambaran filem Amir dan Lukman Pergi ke Laut arahan Mamat Khalid, rindu seakan-akan berombak-ombak di dada Shuib. Dikelek anak ke sana sini, anak yang sudah pandai mengengsot itu juga sebenarnya tidak tahan panas.

"Dia anak yang baik. Jujurnya, saya tidak pandai dengan bayi sebab saya anak tunggal. Tapi selepas mendapat Uwais, secara automatik semuanya berjalan secara semula jadi. Saya mandikan dia dan berani mendukung Uwais. Saya berbeza dengan Sarah yang sebelum ini memang serasi dengan bayi," ujar Shuib yang mengaku sudah pandai berdisiplin di tempat tidur kerana takut tertindih anaknya.

"Sewaktu berjauhan, saya selalu suruh isteri saya kirim mesej bergambar melalui telefon Blackberry. Sengaja kadangkala saya suruh Sarah nangiskan dia agar saya dapat dengar suara Uwais," akui Shuib yang sangat berbangga dapat bekerjasama dengan Mamat Khalid, sutradara yang memang sudah lama menjadi idamannya.

Uwais yang duduk di sebelah mengangguk-angguk seakan-akan faham. Sambung Sarah, hidupnya kini berbeza selepas mendapat cahayamata. Kini kalau perlu bekerja di luar, dibawanya Uwais sekali kerana dia tidak mahu berjauhan dengan anaknya.

PERTAMA kali berhadapan media, Uwais sudah pandai beraksi di depan kamera.


Bercerita tentang topik kerja, pasangan ini sudah keluar dengan sebuah single duet yang bertajuk Cinta Itu Nyawa nukilan Aidit Alfian yang dilancarkan pada bulan Februari.

"Lagu ini sebenarnya dicipta sebelum kahwin. Waktu itu Sarah memang sedang mencari single untuk dirinya. Saya terdengar lagu ini dan saya sukakan liriknya yang seperti cerita tentang kami berdua. Waktu mahu nikah, saya cakap dengan Aidit yang saya nak pinjam lagu itu untuk pasang masa majlis pernikahan kami. Kami rakamkan lagu itu, Aidit main gitar dan saya nyanyi tetapi tidak jadi dipasang. Bila Mujahid Universal dengar, dia rasa lagu itu sesuai jadi lagu duet saya dan Sarah," terang Shuib yang mengambil masa lama untuk merakamkan lagu tersebut kerana terkena 'sawan studio'.

"Lagu Cinta Itu Nyawa dirakamkan waktu saya hamil tujuh bulan. Besar pengertian lagu ini buat saya kerana sebelum ini saya tidak pernah menyanyikan lagu yang ada kena mengena dengan diri sendiri. Lagu ini benar dan memang kisah hidup Sara," ujar Sarah tentang lagu itu yang kini sudah diputarkan di radio Hot FM dan Suria FM.

Kata Sarah, selepas dua bulan lebih melahirkan Uwais, dia masih belum memiliki keberanian untuk muncul di atas pentas. Dakwa Sarah, fizikalnya kini merimaskan.

"Juan (PR Universal) yang pujuk dan bagi semangat agar saya berani berhadapan dengan media," ujar Sara sambil disambut tawa Shuib yang berasakan fizikal isterinya okey dan tidak gemuk.

Mengaku sangat senang dan suka bekerjasama dengan suaminya, akui Sarah, mereka berdua perlu mencabangkan kerjaya seni seperti sediakala.

"Sekarang kami memang sibuk mempromosikan single duet ini. Selain itu kami juga turut berlakon dalam filem Man Sewel Datang KL. Sarah akan keluar dengan single solo selepas ini. Shuib juga akan keluar dengan dua buah lagu bersama Sepahtu bertajuk Siapa Dapat Lisa dan Tak Tipu," ujar Shuib. -kosmo-

Minka Kelly simbol seks terbaru

Posted: 25 Feb 2012 07:19 PM PST



SEJAK kecil, Minka Kelly mahukan kerjaya melepas emosi. Seiring kematangan dan pengalaman yang dilalui, wanita muda ini akhirnya memilih untuk menjadikan aktres sebagai profesionnya.


Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Anak kepada pemain gitar grup Aerosmith, Rick Dufay dan isterinya Maureen Dumonet Kelly ini merupakan penari eksotik yang mula dikenali melalui drama bersiri Friday Night Lights.


Bekas kekasih John Mayer ini disunting pereka drama bersiri Friday Night Lights, Peter Berg yang merupakan pengarah filem The Kingdom. Walaupun hanya muncul sebagai aktres undangan namun penampilan tersebut adalah permulaan untuk Minka. Pada 2010, Minka, 31, dipilih sebagai Wanita Paling Seksi oleh majalah Esquire.


Usai pemilihan tersebut, aktres ini dilamar untuk membawakan salah satu watak dalam siri Charlie's Angels yang kini disiarkan saluran Fox (Astro 710) pada setiap Ahad pukul 9 malam.


Membawakan watak Eve French, turut terlibat sama dalam drama ini ialah Annie Ilonzeh, Rachael Taylor, Ramon Rodriguez dan Victor Garber.


"Watak Eve tidak jauh beza dengan saya. Dia anak yatim dan berdikari. Eve juga perlu berjuang untuk kelangsungan hidup, sama seperti saya yang merupakan anak tunggal dan dibesarkan oleh ibu tunggal. Saya tertarik dengan siri ini kerana ciri kekeluargaannya. Mungkin ramai orang di luar hidup seperti saya atau Eve. Siri ini juga mempunyai pemanis mata dan cantik ditonton, tambahan juga banyak emosi di dalamnya," ujar Minka tentang wataknya dalam drama tersebut.


Menariknya, Minka berasa seronok kerana dapat belajar skuba memandangkan aktiviti tersebut sudah lama menjadi impiannya. Tidak hanya itu, untuk membawakan watak bidadari Charlie, Minka belajar menunggang kuda stail Inggeris yang dianggapnya mencabar.

"Saya pernah menunggang kuda tapi cara tunggangan Barat adalah seperti menaiki sebuah kerusi bergerak. Saya perlu imbangkan badan dan berpaut dengan kaki. Saya juga berkesempatan belajar menari salsa. Setiap hari pasti ada penjelajahan baru," kata Minka.

Aktres filem 500 Days of Summer ini tergelak besar apabila memberikan komentar tentang gelaran simbol seks yang diberikan kepadanya. Buatnya, gelaran itu melucukan.

"Saya rasa terharu. Tetapi jika khalayak mengenali saya dan kehidupan seharian saya, umum akan ketawa. Ya, kita kadangkala perlu mentertawakan diri sendiri. Kita tidak perlu mengambil semua perkara dalam hidup secara serius kerana kita akan terhambat mengambil perkara negatif secara serius juga. Jadi, jalani ia dengan asam garam kehidupan," ujar Minka memberi respons kepada gelarannya itu. -kosmo-

Kartun dijangka peroleh lelongan RM120 juta

Posted: 25 Feb 2012 06:53 PM PST

 LUKISAN bertajuk Sleeping Girl yang dihasilkan oleh Roy Lichtenstein dan bakal dilelong pada 9 Mei depan, dijangka mampu mencecah harga AS$40 juta.


NEW YORK - Lukisan artis Roy Lichtenstein bertajuk Sleeping Girl yang diinspirasikan daripada buku komik dijangka dapat dilelong pada harga AS$40 juta (RM120.4 juta) oleh rumah lelongan Sotheby's di New York pada 9 Mei depan.

Lukisan tahun 1964 yang memaparkan seorang wanita berambut perang dan seksi itu merupakan sebahagian daripada siri lukisan Lichtenstein. Ia disifatkan sebagai hasil karya terhebat dunia seni pasca perang Amerika Syarikat.

"Sleeping Girl ialah salah satu karya terbaik kurun ke-20. Ia sebaris dengan lukisan ikonik wanita oleh pelukis seperti Pablo Picasso, Constantin Brancusi dan Amedeo Modigliani.

"'Gadis-gadis' Lichtenstein sememangnya antara hasil karya Lichtenstein yang paling dikehendaki pada hari ini. Sleeping Girl didambakan oleh para peminatnya sejak ia dihasilkan pada tahun 1964. Lukisan ini amat segar dan bertenaga, seolah-olah ia baru dilukis semalam," kata Ketua Seni Kontemporari Seluruh Dunia Sotheby's, Tobias Meyer.

Lukisan yang menjadi sebahagian daripada Jualan Seni Kontemporari Sotheby's akan dipamerkan di Los Angeles, Hong Kong, London dan New York sebelum dilelong. - REUTERS

Budak 12 tahun mati akibat H5N1 di Pulau Bali

Posted: 25 Feb 2012 06:51 PM PST


SEORANG pegawai veterinar menyembur bahan kima antivirus selesema burung ke arah beberapa sangkar ayam di sebuah pasar di Medan, Indonesia semalam.



BALI - Seorang budak lelaki berusia 12 tahun dari pulau percutian Bali menjadi mangsa terbaharu wabak selesema burung yang sudah meragut empat nyawa di Indonesia pada tahun ini.

Kanak-kanak itu mula demam pada 11 Februari lalu sebelum dimasukkan ke hospital lima hari kemudian, kata Ketua Kawalan Penyakit Berjangkit daripada Haiwan, Kementerian Kesihatan Indonesia, Rita Kusriastuti.

"Dia mengalami masalah semput dan akhirnya meninggal dunia Selasa lalu. Ujian makmal mengesahkan dia mati akibat virus H5N1," tambah Rita.

Kebimbangan terhadap virus selesema burung kembali meningkat di Asia selepas China melaporkan kematian pertama akibat virus H5N1 dalam tempoh 18 bulan pada Disember lalu.

Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Indonesia merupakan negara yang paling teruk terjejas dengan wabak H5N1 dengan 150 kematian direkodkan antara 2003 hingga 2011.

Kementerian Kesihatan Indonesia dalam laman webnya menyatakan seramai 154 orang meninggal dunia setakat ini sejak 2005.

- AFP

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (IHSR)

Posted: 25 Feb 2012 06:33 PM PST

http://2.bp.blogspot.com/-TawiWpXJzCo/T0l6QvWsGhI/AAAAAAAAEOY/M5FfT6GTd48/s1600/Jawatan%2BKosong%2BInstitut%2BPenyelidikan%2BSistem%2BKesihatan%2B%2528IHSR%2529.png

Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (IPSK) adalah salah sebuah institut penyelidikan di bawah National Institutes of Health (NIH), Kementerian Kesihatan Malaysia. IPSK menawarkan jawatan kosong seperti berikut:. kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kami, Kami memerlukan Pekerja Sambilan Harian (PSH Gred 17-41)* untuk bekerja di IPSK (8.00 pagi – 5 ptg, Isnin-Jumaat).

1. Pekerja Sambilan Harian (PSH Gred 17-41)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
Calon yang berminat, sila e-mail resume anda kepada jaswant.sg@ihsr.gov.my/ baizura.b@ihsr.gov.my atau hantar terus kepada Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan, Jalan Rumah Sakit Bangsar, 59000 Kuala Lumpur (u.p: En Jaswant Singh Gill). Sebarang pertanyaan, sila hubungi En Jaswant Singh / Pn Baizura di talian 03-22971589/1512

Tarikh Tutup Permohonan Pada 1 March 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA)

Posted: 25 Feb 2012 06:31 PM PST

http://2.bp.blogspot.com/-cp9UPgDPWEI/T0l6Qh2wXlI/AAAAAAAAEOk/I7ygg-a4jp4/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPerusahaan%2BOtomobil%2BKedua%2BSendirian%2BBerhad%2B%2528PERODUA%2529.jpg

We believe that efficient human resources is vital in achieving our aspirations. We also believe in teamwork and encourage our members to put forth and develop ideas for greater efficiency and productivity.

In our quest for success through quality, we focus on the development of our human resources by ensuring that specialized and regular training is provided to acquire competence. We reciprocate the staff contributions by constantly reviewing and upgrading our benefits. We provide a conducive working environment, we ensure staff who has displayed potential for upgrading be given opportunities for career advancement.

We offer diversified career paths for those with the ability, desire and perseverence to excel. If you are young, ambitious and smart with the skills to match, you'll definitely feel at home with us. This opportunity may be the start of your road to success.

1. Parts Supervisor
2. Executive, Group Secretarial Section, Corporate Finance Department
3. Account Executive, Corporate Finance Department
4. Admin Assistant (permanent & temporary positions), Customer Relations
5. Pembantu Akaun (2 kekosongan), Jabatan Kewangan dan Akaun

CLICK HERE TO JOBS REQUIREMENTS

How to Apply:-
Interested candidates are invited to send-in with a comprehensive resume, certificates, stating your current and expected salary and contact telephone number with a recent passport-sized photograph to :

Human Capital Division
Perodua Sales Sdn. Bhd. (66332-U)
Locked Bag No. 226,
48009 Rawang, Selangor.

E-mail: hrpssb@perodua.com.my

Closing Date: 15 March 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd (SAJ)

Posted: 25 Feb 2012 06:29 PM PST

http://1.bp.blogspot.com/-Jdam-ttURYw/T0l6RPRhgqI/AAAAAAAAEOs/7uTSJba7fl4/s1600/Jawatan%2BKosong%2BSyarikat%2BAir%2BJohor%2B%2528SAJ%2529.jpg

We are a premier water utility company responsible for the sourcing of raw water, treatment & distribution of potable water supply in the State of Johor. We invite resourceful, dedicated and dynamic individuals to be part of our team for the following positions:

1. PRODUCTION EXECUTIVE
2. PROJECT PLANNING EXECUTIVE
3. NETWORK EXECUTIVE
4. CHARGEMAN
5. PRODUCTION/NETWORK TECHNICIAN
6. PEMBANTU MAKMAL
7. PEMBANTU JURUTEKNIK
8. OPERATOR LOJI
9. KREW

CLICK HERE TO JOBS REQUIREMENTS

Cara Memohon:-
Interested candidates are invited to submit a detail resume with copies of relevant certificates including driving license, your expected salary, recent passport-size photograph (n.r) not later than 29 February 2012 to:

Head of Human Resources,
SAJ Holdings Sdn. Bhd.,
Jalan Garuda, Larkin,
P.O Box 262,
80350 Johor Bahru.


Only short listed candidates will be notified.

CLosing Date: 29 February 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)

Posted: 25 Feb 2012 06:25 PM PST

http://2.bp.blogspot.com/-ZjaOXE24riA/T0cLoMXgobI/AAAAAAAAENc/U1xn58zTzNY/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPusat%2BPemeriksaan%2BKenderaan%2BBerkomputer%2B%2528PUSPAKOM%2529.gif

We expect you to deliver an exceptional level of service and quality to our customers. We will provide training and opportunities to develop your expertise. As part of our expansion plan, we invite suitable candidates to apply for the following positions :

1. Safety, Health & Environment (SHE) Executive
2. Legal Executive
3. Assistant Manager/Senior Executive Communications
4. Unit Head/Senior Executive SOP
5. Senior Training Executive
6. Contracts & Procurement Executive
7. Analyst Programmer
8. Maintenance Technician
9. Customer Relations Executive
10. Investigation & Surveillance Executive

CLICK HERE TO JOBS REQUIREMENTS

How to Apply:-
Please submit your application to us, clearly indicating the position that you are applying for at the top left corner of the envelope.

By mail to :

Human Resource Division,
PUSPAKOM Sdn. Bhd.,
Level 3, Wisma DRB-HICOM,
No. 2, Jalan Usahawan U1/8, Seksyen U1,
40150 Shah Alam, Selangor.


Tel : 603 - 2052 7474
Faks : 603 - 2052 7427

Or by email to : recruitment@puspakom.com.my or puspakoms@gmail.com

Closing Date: 29 February 2012

Kereta Bugatti Veyron Milik Mokhzani Mahathir - Cukai Jalan RMRM24,598.50 Setahun

Posted: 25 Feb 2012 06:23 PM PST



Berikut ialah Gambar Bugatti Veyron Mokhzani Mahathir… Di Malaysia cuma ada 3 sahaja Bugatti Veyron.Menurut kisahnya Bugatti Veyron pertama milik Sultan Johor. Bugatti kedua milik Mokhzani Mahathir. Bugatti ketiga adalah milik seorang wanita di Kelantan umur 20-an. (Agak-agaknya sapa punya tu…Jutawan wanita? Pergh~)

Setahu saya Mokhzani Mahathir juga adalah pengurusi Sepang International Circuit. Sebab itu dia kaya.Memang boleh beli kereta mewah-mewah buat koleksi.

Nikmati gambar-gambar Bugatti Veyron mewah beliau !










RM24,598.50

sumber :  globalmilmind.com

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Yayasan SOFA

Posted: 25 Feb 2012 05:29 PM PST

http://2.bp.blogspot.com/--byHBc3SZgY/T0cLn3Ix31I/AAAAAAAAENQ/edeRUO77rsM/s1600/Jawatan%2BKosong%2BYayasan%2BSOFA.jpg


SRIAS membuka beberapa jawatan kosong seperti di bawah :
Jawatan
Kelayakan
1. Guru Hafazan
Lelaki dan Perempuan
Bujang
Hafiz dan Hafizah
2. Pengawal Keselamatan
Lelaki
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
Individu yang berminat bolehlah menghantar resume ke alamat emel srias.ysofa@gmail.com dengan tajuk PERMOHONAN KERJA DI SRIAS, atau menghubungi pihak SRIAS di talian 03-8925 2266 / 017-930 4315/ 017-363 0704.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Mac 2012.

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)

Posted: 25 Feb 2012 05:24 PM PST

http://1.bp.blogspot.com/-fjQ1kblvOWY/T0cLoSFmatI/AAAAAAAAENo/JkLB-mxqOa0/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPerbadanan%2BAdat%2BMelayu%2BDan%2BWarisan%2BNegeri%2BSelangor%2B%2528PADAT%2529.png

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon ANAK NEGERI SELANGOR yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1. ARTIS BUDAYA B4-1 (B17)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang PADAT (1) yang boleh didapati di Kaunter Pertanyaan, Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor dengan bayaran RM 2.00 sekeping.

b. Setiap permohonan hendaklah menyatakan keterangan lengkap mengenai peribadi, kelayakan pengalaman, sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran dan sijil-sijil akademik berkaitan yang telah disahkan kepada :

Ketua Pegawai Eksekutif,
Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan
Negeri Selangor,
D/A Muzium Sultan Alam Shah,
Persiaran Bandaraya,
40000 Shah Alam.

( U/P : Unit Pengurusan Sumber Manusia )

c. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab 'A' Para 17.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 29 FEBRUARI 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP)

Posted: 25 Feb 2012 05:22 PM PST

http://4.bp.blogspot.com/-0J6Vd0HjQOk/T0cLncmhABI/AAAAAAAAENE/kFXST3mh9TI/s1600/Jawatan%2BKosong%2BMajlis%2BAgama%2BIslam%2B%2526%2BAdat%2BMelayu%2BPerak%2B%2528MAIPk%2529.jpg

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada RAKYAT DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan beragama Islam yang berkelayakan, untuk memohon kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPK) bagi jawatan berikut:

1. Pegawai Tadbir N1-1
2. Penolong Pegawai Undang-undang L2-1
3. Penolong Pegawai Tadbir N3-1
4. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S3-1
5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N4-1
6. Pembantu Tadbir (Kew) W4-1
7. Pembantu Operasi N5-1

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
1. Pemohon hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan (MAIPk Pind 1/2007) yang boleh didapati melalui laman web http://www.maiamp.gov.my atau dengan mengambil sendiri di kaunter Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan atau mengirim sampul surat berukuran 23 sm x 10 sm beralamat sendiri bersetem 0.60 sen.

2. Pemohon dalam perkhidmatan kerajaan / Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah memajukan borang permohonan melalui ketua jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Sulit dan Penyata Perkhidmatan yang terkini mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

3. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan / surat beranak, sijil berhenti sekolah, sijil persekolahan dan dokumen-dokumen lain berkaitan yang telah disahkan.

4. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 7 Mac 2012 (Rabu) ke alamat berikut:-

Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan


Tarikh Tutup Permohonan Pada 7 Mac 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Majlis Daerah Padang Terap (MDPT)

Posted: 25 Feb 2012 05:19 PM PST

http://4.bp.blogspot.com/-JDCAyuA8cxI/T0WzkdwDnXI/AAAAAAAAELE/SRxex_q2v40/s1600/Jawatan%2BKosong%2BMajlis%2BDaerah%2BPadang%2BTerap%2B%2528MDPT%2529.jpg

Permohonan-permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk memenuhi jawatan seperti berikut:-

1. Penolong Pegawai Undang – Undang
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
4. Pembantu Awam
5. Pembantu Operasi
6. Juruteknik
7. Juruteknik Perancangan Bandar dan Wilayah
8. Pembantu Kesihatan Awam
9. Pembantu Penguatkuasa

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
1) Semua borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman Portal MDPTK http://www.mdptk.gov.my

2) Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab 'A' 21 dan pastikan Laporan Prestasi tahunan terkini disertakan.

a) 2 keping gambar berukuran passport
b) Salinan Sijil Kelahiran
c) Salinan Kad Pengenalan
d) Salinan Sijil Peperiksaan
e) Lain-lain Sijil yang berkaitan

4) Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah.

5) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 25 sm x 32 sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon dan disertakan bayaran wang pos RM 2.00.

6) Permohonan hendaklah sampai di alamat seperti berikut:-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH PADANG TERAP,
06300 KUALA NERANG,
KEDAH DARUL AMAN.


Tarikh Tutup Permohonan Pada 15 MAC 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Perbadanan Labuan (PL)

Posted: 25 Feb 2012 05:16 PM PST

http://2.bp.blogspot.com/-Ij1ZBHcNhS8/T0WzkWgFnoI/AAAAAAAAELQ/RsIbUHeuARw/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPerbadanan%2BLabuan%2B%2528PL%2529.jpg

Labuan Halal Hub is a company establish in promoting and spearheading Halal Hub and Traceability in the country. The main scope of this company is to focus on establishing Halal trace both in country and beyond setting up of Halal Industrial in Malaysia, sales service and investment. Furthermore, it is also expected to develop and implement strategic initiative to ensure sustainable growth in terms of profitability and customer satisfaction.

Labuan Halal Hub is looking for a well-rounded, hand on entrepreneur to become the Chief Executive officer, Sales Manager and ICT Manager who will lead the establish in developing and implementing its strategic initiatives and achieve its many business objectives.

1. CHIEF EXECUTIVE OFFICER
2. SALES MANAGER / EXECUTIVE – 1 POSITION
3. ICT MANAGER – 1 POSITION

CLICK HERE TO JOBS REQUIREMENTS

How to Apply:-
Interested individuals are required to give their complete resume with expected remuneration at email manisah.mahmud@pl.gov.my not later than 5 March 2012. Or write to Pengarah, Jabatan Pelaburan & Sosio Ekonomi, Peti Surat 81245, 87022 W. P. Labuan, 087-408764 & 087-408646.

Closing Date: 5 March 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)

Posted: 25 Feb 2012 05:15 PM PST

http://1.bp.blogspot.com/-rirtVsHhcYs/T0Wzj5ISXII/AAAAAAAAEKw/wJTMrEbyRQs/s1600/Jawatan%2BKosong%2BMajlis%2BAgama%2BIslam%2BNegeri%2BPulau%2BPinang%2B%2528MAINPP%2529.gif

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DC41

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan di dalam Perkhidmatan di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang boleh diperolehi secara PERCUMA melalui laman web.: www.mainpp.gov.my.

(b) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm.

PERMOHONAN HENDAKLAH DISAMPAIKAN KEPADA;

Setiausaha,
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang,
Tingkat 8 & 9, Menara UMNO,
No.128, Jalan Macalister,
10400 PULAU PINANG.


Tarikh Tutup Permohonan Pada 9 Mac 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Posted: 25 Feb 2012 05:12 PM PST

http://1.bp.blogspot.com/-0poLv_EDK2w/T0WzkPQVMAI/AAAAAAAAEK8/IFfLtXYZPHQ/s1600/Jawatan%2BKosong%2BJabatan%2BAgama%2BIslam%2BSelangor%2B%2528JAIS%2529.jpg

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-1

MUAT TURUNN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Untuk Jawatan Kontrak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS-BPN.1) yang boleh diperolehi di alamat Bahagian Khidmat Pengurusan/Unit Sumber Manusia JAIS Tingkat 1, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, No. 2, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5, 40676 Shah Alam Selangor.

(b) Semua Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa dan salinan Sijil Kelahiran serta Sijil-Sijil Persekolahan yang berkaitan.

(c) Permohonan hanya dibuka untuk anak Selangor atau bermastautin melebihi 15 tahun disertakan surat pemastautin.

(d) Semua salinan sijil hendaklah diakui sah.

(e) Permohonan hendaklah sampai kepada:

PENGARAH
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR,
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH,
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK,
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM.


Tarikh Tutup Permohonan Pada 1 Mac 2012 (Khamis).

No comments: