Sunday 26 February 2012

Budak Technician

Budak Technician


Video Rancangan Eksklusif Walimatulurus Yusry dan Lisa Surihani

Posted: 25 Feb 2012 09:19 AM PST


Setelah hampir lebih setahun menyulam cinta dan mengenali hati budi masing-masing, pasangan selebriti Yusry Abd Halim dan Lisa Surihani akhirnya mengambil keputusan memeterai hubungan kasih mereka dengan ikatan yang lebih sempurna.

Pasangan sama cantik dan sama padan ini, telah memilih tarikh 23 Februari 2012, sebagai hari bersejarah untuk mereka melangsungkan majlis pernikahan di Hotel Marriot Putrajaya selepas waktu Maghrib.

Majlis resepsi kedua-dua belah pihak pula akan menyusuli secara serentak pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dalam majlis yang bakal dihadiri ahli keluarga, para tetamu kenamaan, rakan-rakan media dan selebriti tempatan.

Sempena majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal ini, Astro RIA bakal membawakan sebuah dokumentari eksklusif dalam 2 episod yang akan menjejaki kisah cinta mereka sehingga ke gerbang perkahwinan.

Istimewanya dokumentari yang disiapkan khusus bagi meraikan pasangan pengantin ini bakal merungkai rahsia sepanjang percintaan mereka yang belum pernah dikongsi dengan mana-mana pihak sebelum ini.

Di samping kisah romantik mereka, dokumentari ini juga akan memaparkan setiap detik persiapan perkahwinan, upacara akad nikah dan majlis persandingan.















sumber : guatv.com

20 Perkara yang dilarang ketika berjima' suami isteri di dalam Islam

Posted: 25 Feb 2012 07:51 AM PST

Berhubungan berjimak suami istri harus dilakukan penuh adab dan ada waktu-waktu yang dibolehkan dan ada waktu – waktu yang dilarang untuk melakukan hubungan jimak suami istri. Hal ini disebabkan karena dalam Islam hubungan suami istri adalah ibadah dan bernilai pahala.

Adapun Hadis Rasululah saw mengenai waktu waktu yang dilarang untuk berjimak iaitu:

1. "Wahai Ali..! janganlah engkau berjima' dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya."


2. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima' pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling."

3. "Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima', sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima' yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu."

4. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina."

5. "Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua."

6. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala."

7. "Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak."

8. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua."

9. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima' pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat."

10. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati."

11. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,"

12. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima' pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah."

13. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu', jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan."

14. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya'ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya."

15. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta. "

16. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya ! (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia."

17. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas."

18. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq," dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : "Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin."

19. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim."

20. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat."

Sumber:
"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."..1* (1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174.

Polis syor pengarah NFCorp didakwa atas tuduhan pecah amanah

Posted: 25 Feb 2012 07:23 AM PST



SHAH ALAM – Polis akan mengesyorkan kepada Peguam Negara agar mendakwa pengarah-pengarah NFCorporation atas tuduhan pecah amanah (CBT) - hasil siasatan yang dijalankan sejak lebih dua bulan lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Syed Ismail Syed Azizan hari ini.

Skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) terdedah susulan Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lalu.

Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail merupakan Pengerusi Eksekutifnya.

Syed Ismail berkata, cadangan itu terkandung dalam kertas siasatan yang sedang disiapkan polis, setelah dikembalikan oleh Jabatan Peguam Negara Selasa lepas bagi
menyiasat beberapa perkara lain.

"Kita ada menyelitkan cadangan ini agar pihak Peguam Negara mengambil tindakan itu. Kertas siasatan ini akan dikembalikan dalam masa terdekat," katanya dipetik Bernama.

Dua anak Salleh juga merupakan pengarah syarikat itu termasuk seorang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

Kelmarin, Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan agar siasatan terhadap kes NFC diselesaikan segera bagi berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat dalam skandal itu.

Pengerusinya, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata, siasatan itu perlu diselesaikan segera untuk mengelak pelbagai spekulasi berhubung kes itu.

"SPRM telah melengkapkan kertas siasatan itu tetapi ia telah dikembalikan oleh Jabatan Peguam Negara kerana ada beberapa perkara yang perlu disiasat lagi," katanya.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga baru-baru ini dipanggil untuk diambil keterangan oleh SPRM di Putrajaya. Keterangan diambil setelah beliau pulang bercuti daripada tugas sebagai anggota Kabinet.

Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui telah berlaku kes pecah amanah apabila duit yang seharusnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk tujuan lain oleh NFCorp.

Katanya, NFCorp melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan Kerajaan Persekutuan.-sinarharian-

Video Barack Obama Tunjuk Bakat Nyanyian

Posted: 25 Feb 2012 06:52 AM PST



Selain berjaya membuktikan keupayaan mentadbir Amerika Syarikat dengan jayanya, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah menunjukkan bakat terpendamnya dalam bidang nyanyian.

Beliau mengejutkan banyak pihak apabila dengan penuh bergaya menyanyikan sebuah lagu blues di White House.

Dalam sebuah majlis bagi memperingati Black History Month itu, pemimpin nombor satu negara Uncle Sam itu membawakan lagu 'Sweet Home Chicago' setelah Mick Jagger memberinya mikrofon.





sumber : MH

Adele Tunjuk Isyarat Lucah di Majlis Anugerah Brit Awards

Posted: 25 Feb 2012 06:47 AM PST


Penyanyi popular, Adele, sekali lagi menjadi perhatian media selepas dia menunjukkan isyarat lucah di depan orang ramai ketika menghadiri majlis anugerah Brit Awards.

Adele mengangkat jari hantunya sejurus selepas pengacara majlis, James Corden, memotong ucapannya di atas kejayaannya memenangi kategori Album Britain Terbaik.

Disebabkan majlis itu semakin lewat dan ia disiarkan secara langsung di televisyen, Corden terpaksa meminta Adele berhenti berucap bagi memberi ruang kepada artis lain membuat persembahan.

Bercakap kepada media di belakang pentas selepas insiden itu, Adele berkata, dia berang kerana diganggu ketika berucap di pentas dan isyarat itu bukan ditujukan kepada peminatnya. Difahamkan, Adele telah meminta maaf di atas tindakannya itu.

Gambar Siti Saleha Yang Cute Sangat Di Pelancaran Aiskrim Magnum

Posted: 25 Feb 2012 06:40 AM PST

Dipetik daripada blog Budiey. Gambar Siti Saleha yang semeamngnya cun dan seksi sikit ni, telah diamik ketika dia berada di sekitar Majlis Pelancaran Aiskrim Magnum Perisa Terbaru di Shook!, baru-baru ini. Korang layan lah dulu gambar Saleha ni, rasanya mesti ramai nak sangat tengok Siti Saleha ni kan.


Siti Saleha Aiskrim Magnum
Siti Saleha Aiskrim Magnum
Siti Saleha Aiskrim Magnum
Siti Saleha Aiskrim Magnum
Siti Saleha Aiskrim Magnum



sumber : izyan.com

Sangat Sepadan Irma Hasmie dan Fahrin Ahmad

Posted: 25 Feb 2012 06:36 AM PST

Boleh dikatakan mereka berdua ni sesuai sangat lah jadi pasangan yang begitu ideal dan disuka peminat. Irma Hasmie dan Fahrin Ahmadi ditemui baru-baru ini di sebuah rancangan Tv. Korang rasa macam mana? Memang cocok sangatlah kan, baju warna sama lagi. Kita doakan lah yang terbaik buat mereka berdua, manalah tahu termakbul di Jumaat yang mulia ni. :)




sumber : izyan.com

Video Lengkap Majlis Pernikahan Yusry dan Lisa Surihani

Posted: 25 Feb 2012 06:33 AM PST

Dengan sekali lafaz, Yusry Abdul Halim sah bergelar suami kepada Lisa Surihani Mohamed. Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya, selepas solat Isyak kira-kira pukul 9 malam, Khamis.

Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang. Selain seutas rantai, antara barang hantaran lain yang diberikan Yusry kepada Lisa termasuklah sirih junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan solat dan kek.

Manakala Lisa membalas sirih junjung, bunga rampai, sebentuk cincin, koleksi cakera padat kumpulan The Beatles, sebuah peralatan muzik keyboard, kelengkapan solat, kelengkapan pakaian lelaki, manisan dan kek.



Jom Tengok Video Majlis Akad Nikah






sumber :izyan.com

17 Gambar Majlis Pernikahan Ana Raffali dan Naim

Posted: 25 Feb 2012 06:27 AM PST

Pasangan mempelai, Ana dan Naim mengenakan busana rona kelabu rekaan pereka fesyen, Ezuwan Ismail.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Ana Raffali, 26, akhirnya sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah, 30, selepas sekali lafaz dalam majlis pernikahan mereka yang diadakan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati di sini, Sabtu.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Ana, Mohd Raffali Mohd Nor kira-kira pukul 12 tengah hari dengan disaksikan oleh Jurunikah Masjid Al-Hidayah, Abdullah Mat.

Acara sebelum itu dimulakan dengan majlis pertunangan antara Ana dan Naim pada pukul 11 pagi.
Majlis dihadiri kira-kira 500 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM11,412 daripada pihak lelaki.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Antara barang hantaran yang diberikan oleh pihak perempuan seperti bunga rampai, buah, kek, dompet, kamera, iPad, jam tangan, minyak wangi, sebentuk cincin dan sirih junjung.

Manakala pihak lelaki membalas dengan sirih junjung, coklat, telekung, minyak wangi, manisan dan gelang tangan perak. Kesemua hantaran itu direka dan digubah sendiri oleh Ana.

Ana tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung moden rekaan pereka fesyen, Ezuwan Ismail dari rona kelabu manakala Naim segak dengan baju Melayu lengkap bersamping dengan warna sedondon dari pereka sama.

Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan mereka turut diadakan di tempat sama sejurus selepas majlis pernikahan.

Jom tengok lagi gambar sekitar majlis perkahwinan Ana Raffali dan Naim

gambar kahwin Ana Raffali
 Gambar Majlis Perkahwinan Ana Rafali dan Naim
 Gambar Majlis Perkahwinan Ana Rafali dan Naim 
baju kahwin ana raffali,, baju kahwin ana raffali , kad kahwin ana raffali, ana raffali kahwin dengan, gambar kahwin ana raffali , kad kahwin ana raffali , kad kahwin ana raffali , ana raffali kursus kahwin, kad kahwin ana raffali , ana raffali kahwin, kad kahwin ana raffali , ana raffali nak kahwin, pengumuman kahwin ana raffali , persiapan kahwin ana raffali , pengumuman kahwin ana raffali , ana raffali kahwin, ana raffali kahwin, ana raffali nak kahwin, tarikh kahwin ana raffali , kad kahwin ana raffali , gambar kahwin ana raffali , ana raffali kahwin dengan, tarikh kahwin ana raffali , ana raffali umum kahwin, ana raffali umum kahwin, kad kahwin ana raffali , gambar baju kahwin ana raffali,, gambar baju kahwin ana raffali , gambar kad kahwin ana raffali, gambar ana raffali kahwin dengan, gambar kahwin ana raffali , gambar kad kahwin ana raffali , gambar kad kahwin ana raffali , gambar ana raffali kursus kahwin, gambar kad kahwin ana raffali , gambar ana raffali kahwin, gambar kad kahwin ana raffali , gambar ana raffali nak kahwin, pengumuman kahwin ana raffali , gambar persiapan kahwin ana raffali , pengumuman kahwin ana raffali , gambar ana raffali kahwin, ana raffali gambar kahwin, gambar ana raffali nak kahwin, tarikh kahwin ana raffali , gambar kad kahwin ana raffali , gambar kahwin ana raffali , gambar ana raffali kahwin dengan, tarikh kahwin ana raffali , ana raffali umum kahwin, ana raffali umum kahwin, kad kahwin ana raffali , gambar ana raffali bertudung, gambar ana raffali dan bakal suami, gambar ana raffali pakai tudung, gambar seksi ana raffali,  ana raffali, ana raffali nikah, ana raffali bernikah, ana raffali kahwin, ana raffali berkahwin, suami ana raffali, perkahwinan ana raffali, pernikahan ana raffali, gambar ana raffali, gambar ana raffali nikah, gambar ana raffali bernikah, gambar ana raffali kahwin, gambar ana raffali berkahwin, gambar suami ana raffali, gambar perkahwinan ana raffali, gambar pernikahan ana raffali, 
http://2.bp.blogspot.com/-FicLzC6U82M/T0hvYY5WghI/AAAAAAAABpM/0DBoYcWiO28/s1600/Hantaran%2BKahwin%2BAna%2BRaffali.jpg
http://terbakor.com/wp-content/uploads/2012/02/ana-raffali-kahwin111.jpg



http://terbakor.com/wp-content/uploads/2012/02/ana-raffali-kahwin11.jpg

  Gambar Majlis Perkahwinan Ana Rafali dan Naim
Suami Ana Raffali, Ahmad Aznizam Abdullah
 http://terbakor.com/wp-content/uploads/2012/02/ana-raffali-kahwin8.jpg
http://terbakor.com/wp-content/uploads/2012/02/ana-raffali-kahwin7.jpg
http://terbakor.com/wp-content/uploads/2012/02/ana-raffali-kahwin6.jpg
kad+kahwin+ana+raffali1kad+kahwin+ana+raffali

sumber : rotikaya/terbakor/beautifulnara/mstar

Brenda Terima Hakikat Dikecam Kerana 'Mulut Longkang'

Posted: 25 Feb 2012 05:55 AM PST


Brenda.

KUALA LUMPUR: Penyanyi baru iaitu Brenda menjelaskan dia tidak berasa kecewa apabila ada pihak mengutuk lagunya yang berjudul Mulut Longkang hanya kerana tajuknya yang kedengaran agak kelakar.

Brenda, 18, berkata, dia optimis dengan kata-kata negatif masyarakat terhadapnya dan tidak akan berputus asa dalam mengejar impian menjadi seorang penyanyi terkenal.

"Pada mulanya saya sedikit kecewa apabila ada pihak yang mengecam tajuk lagu itu tanpa mendengar dahulu apa sebenarnya di sebalik tajuk Mulut Longkang. Ia sebenarnya mempunyai elemen nasihat kepada individu yang suka menyebarkan fitnah kepada orang lain.

"Saya tetap optimis dengan pandangan negatif masyarakat dan tidak akan berputus asa," ujarnya kepada mStar Online.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana lagu tersebut telah membuatkan masyarakat ingin mengetahui mengenai dirinya dan seterusnya mendengar lagu tersebut.



Dalam pada itu, Brenda memberitahu gembira apabila dipilih untuk merakamkan semula lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Slam iaitu Gerimis Mengundang untuk filem dan teater muzikal dari tajuk sama.

Brenda berkata, dia berharap lagu itu dapat melonjakkan lagi namanya di kalangan peminat muzik tempatan namun enggan dibandingkan cara nyanyiannya dengan penyanyi asal.

"Hampir setahun saya dalam industri dan masih ramai yang belum mengenali saya. Jadi saya berharap dengan kemunculan lagu baru ini dapat melonjakkan nama saya di kalangan penggemar muzik tempatan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Brenda memberitahu selain Gerimis Mengundang, dia turut muncul dengan single terbaru berjudul Manusia Biasa dan akan turun padang bagi mempromosikan lagu itu. -mstar-

Rehat Tidak Cukup Punca Kesihatan Diana Danielle Terganggu

Posted: 25 Feb 2012 05:54 AM PST


Diana Danielle

PETALING JAYA: Pelakon jelita Diana Danielle (Diana) berkata keadaan kesihatannya yang tidak begitu stabil kebelakangan ini bukan disebabkan oleh dakwaan kononnya dia sedang sakit.

Sebaliknya Diana berkata ia berpunca daripada waktu rehat tidak menentu yang dilaluinya sejak kebelakangan ini.

"Saya akui tahap kesihatan saya tidak menentu kebelakangan ini. Ia berpunca daripada waktu tidur yang tidak tentu masa.

"Saya sangat sibuk dengan pelbagai komitmen kerja menyebabkan rehat dan tidur juga tidak cukup," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Jumaat.

Kekasih kepada aktor Farid Kamil ini berkata, apa yang lebih memburukkan keadaan ialah sikapnya yang tidak suka mendapatkan rawatan doktor atau mengambil ubat.

"Masalahnya ialah sikap saya yang tidak mengambil berat kesihatan sendiri. Saya tidak suka berjumpa doktor atau ambil ubat melainkan apabila keadaan bertambah teruk.

"Sekarang pun saya sedang demam selesema sejak dua hari lalu dan masih keberatan untuk jumpa doktor, walaupun sudah didesak beberapa kali oleh Farid," katanya.

Dalam perkembangan lain, Diana berkata dia bakal terlibat dalam filem animasi tempatan terbaru berjudul Supertots The Movie bermula minggu hadapan.

"Saya akan memainkan salah satu watak utama bernama Elly dalam animasi itu. Proses memasukkan suara akan bermula pada minggu depan bersama pelakon-pelakon lain seperti Aaron Aziz, Dafi dan Radhi Khalid," katanya.

Filem animasi futuristik arahan Naa Murad itu berkisar tentang lima kanak-kanak yang cuba menyelamatkan bumi daripada serangan makhluk asing. Ia dijangka ditayangkan di pawagam pada 2013.-mstar-

Keunikan Lisa di mata Yusry

Posted: 25 Feb 2012 05:52 AM PST


SEBELUM ini pernah timbul spekulasi bahawa pasangan popular Lisa Surihani dan Yusry bakal mendirikan rumah tangga pada tahun 2012, sehinggakan pihak KRU Studio terpaksa membuat kenyataan akhbar untuk menafikan perkara tersebut.

Kini spekulasi berkenaan akhirnya menjadi kenyataan setelah Lisa sah menjadi isteri kepada Yusry selepas diinikah dan diwalikan abang sulung Lisa, Mohamed Azan Mohamed dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya kelmarin.

Pada upacara akad nikah, Lisa yang kelihatan anggun dengan busana baju kurung moden rekaan Cosry berwarna putih menerima tujuh dulang hantaran iaitu tepak sirih, cincin, wang hantaran, kelengkapan sembahyang, manisan, kek dan seutas rantai platinum sebagai mas kahwin.

Pengantin lelaki pula menerima sembilan dulang hantaran seperti tepak sirih, cincin, kelengkapan sembahyang, kelengkapan lelaki, keyboard, koleksi lagu kumpulan The Beatles, bunga rampai, kek dan coklat.

Pada satu sidang akhbar sebaik sahaja selesai upacara pernikahan, Yusry meluahkan rasa leganya apabila majlis tersebut berjalan dengan lancar dan dia selamat bergelar suami kepada Lisa.

"Pasti ramai tetamu yang melihat saya cukup tenang semasa upacara akad nikah berlangsung. Hakikatnya, saya tetap rasa cukup gementar dan perasaan tersebut harus saya ketepikan supaya menjadi lebih tenang.

"Apa pun saya sangat gembira dan bersyukur apabila impian untuk mendirikan rumah tangga telah termakbul dan sekarang Lisa sudah menjadi isteri saya yang sah dan saya berharap hubungan ini akan berkekalan sampai bila-bila," ujar Yusry yang segak mengenakan baju Melayu moden berwarna putih pada majlis tersebut.

Ketika ditanya tentang keistimewaan yang dimiliki oleh Lisa, pengarah filem Hikayat Merong Mahawangsa itu menjelaskan isterinya itu telah membuka semula pintu hatinya untuk menerima kehadiran seseorang sebagai teman hidup.

Menurut Yusry lagi, sudah agak lama dia tidak percaya kepada cinta setelah gagal dalam perkahwinan terdahulu, namun kehadiran Lisa telah mengubah persepsi cinta dalam dirinya.

"Apabila menjalinkan hubungan cinta bersamanya, saya seolah-olah seperti kembali ke usia remaja. Malah, semenjak mula berkenalan dahulu saya dapat merasakan keserasian di antara kami berdua.

"Sewaktu berkenalan dan bercinta dengannya saya melihat dia adalah seorang wanita yang sangat baik dan menghormati kedua-dua ibu bapa serta ahli keluarga saya serta sangat penyayang kepada kanak-kanak," ujarnya.

LISA dan Yusry akan kembali sibuk dengan kerjaya masing-masing sekembali mereka daripada berbulan madu nanti.


Sementara itu, Lisa yang turut hadir pada sidang akhbar tersebut menyatakan keputusannya untuk menerima Yusry sebagai suaminya yang sah adalah satu pilihan yang tepat dan terbaik.

Menurut pelakon itu lagi, pada usia yang sudah mencecah 26 tahun dia merasakan sudah tiba masanya untuk menuju ke gerbang perkahwinan dan bersedia untuk bergelar sebagai seorang isteri.

"Tentang keistimewaan Yusry di mata saya pula, sebenarnya ia agak sukar untuk dijelaskan. Namun, kehadiran Yusry dalam hidup saya sekarang sudah dianggap sebagai sesuatu yang cukup istimewa.

"Sepanjang mengenali diri dan hati budi Yusry dengan lebih mendalam semasa berkawan dan bercinta, saya rasakan dia ialah lelaki yang paling sesuai untuk menjadi teman hidup saya," ujarnya.

Bagaimanapun, pelakon yang popular menerusi watak Mila dalam filem Ombak Rindu itu turut meluahkan rasa sedihnya apabila arwah ayahnya tiada di sisi meraikan hari yang bersejarah buat dirinya.

Bilangan anak


Sudah menjadi lumrah kepada mana-mana pasangan selebriti yang mendirikan rumah tangga pastinya tidak terlepas daripada diajukan pertanyaan mengenai perancangan untuk memiliki cahaya mata.

Mengenai zuriat mereka, kata Lisa, dia dan suami tercinta tidak pernah membuat sebarang perancangan. Lisa menjelaskan, dia sendiri sudah bersedia untuk bergelar sebagai seorang ibu pada bila-bila masa sahaja.

"Memang tiada sebarang perancangan untuk kami memiliki anak sama ada pada tahun ini atau tahun berikutnya. Kepada saya, perkara mengenai cahaya mata ini kami hanya serahkan pada rezeki yang akan dikurniakan.

"Berkenaan jumlah anak yang ingin diperoleh pula, sebenarnya saya tidak kisah sangat mengenainya. Kalau dikurniakan seramai empat orang anak ia sudah pun memadai buat diri saya," ujarnya.

Mengenai karier lakonan pula, Lisa menyatakan dia masih akan tetap berlakon seperti biasa dan akan mempertimbangkan apa sahaja tawaran yang diterima dan status sebagai isteri bukanlah satu penghalang untuk meneruskan kerjayanya.

"Suami pun masih tetap menyokong saya sepenuhnya untuk terus berlakon, malah saya rasa sangat beruntung kerana mendapat seorang suami yang sememangnya terbabit dalam industri hiburan dan faham dengan kerjaya masing-masing," tuturnya.

YUSRY melahirkan rasa syukur kerana berjaya menyunting Lisa menjadi isterinya.


Berbulan madu

Beberapa hari selepas berlangsungnya majlis resepsi yang diadakan secara serentak oleh kedua-dua belah keluarga pengantin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari ini, Lisa dan Yusry akan berbulan madu di Eropah.

Jelas Yusry, mereka memutuskan untuk berbulan madu di beberapa lokasi di negara Eropah. Yang menjadi pilihan dan destinasi pertama mereka berdua untuk berbulan madu nanti ialah Switzerland.

"Kami akan memulakan destinasi bulan madu di Switzerland dan berada selama beberapa hari di sana. Tentang tempoh berada di sana pula kami tidak pasti kerana ia bergantung kepada kesesuaian tempat tersebut.

"Selepas berada di Switzerland, kami akan pergi pula ke Cannes, Perancis dan Milan, Itali. Paling lama kami akan bercuti untuk berbulan madu adalah kira-kira dua minggu," ujarnya.

Mengenai pemilihan negara-negara tersebut sebagai lokasi bulan madu, tiada sebarang keistimewaan di ketiga-tiga lokasi berkenaan. Sebaliknya, ia dipilih berdasarkan cadangan beberapa orang rakannya.

"Kami hanya sempat untuk berbulan madu selama dua minggu sahaja. Selepas itu saya akan sibuk untuk menyiapkan kerja-kerja posproduksi filem Vikingdom, manakala isteri saya pula akan terbabit dengan filem Tingkat 4," jelasnya.-kosmo-

Status terkini Kak Engku Raja Azura

Posted: 25 Feb 2012 05:50 AM PST

 
CERIA. Penampilan dan wajah terbaharu Kak Engku yang kini mahu melangkah menghadapi masa depan dengan penuh positif.

APAKAH status terkini pengacara dan penyampai radio popular, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin atau sinonim dengan panggilan Kak Engku? Itu persoalan yang timbul gara-gara Kak Engku, 40, dikatakan masih mesra dengan bekas suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 39. Malah, kemesraan itu dikatakan sehingga ke tahap intim apabila mereka berdua berjalan sambil berpimpin tangan di khalayak umum sebelum ini.

Sejak berpisah dengan Adzmin dan kemudian memikul tanggungjawab untuk membesarkan tiga orang anaknya iaitu Megat Muhammad Raziq, 10, Megat Luqman Hakim, 9, serta Puteri Mia Maizurah, 6, kerjaya Kak Engku sebagai anak seni semakin melonjak, malah dia kini merupakan antara penyampai radio yang cukup popular bersama stesen radio Sinar FM.

Ditemui pada majlis pengumuman pengacara Anugerah Bintang Popular ke-25 (ABP 25) baru-baru ini, Kak Engku tenang menjawab persoalan status terkini dirinya dengan bekas suaminya itu di samping info terbaharu mengenai dirinya.

Kosmo!: Apakah status Kak Engku dengan bekas suami sekarang ini? Betulkah Kak Engku dan bekas suami masih mesra sampai ke tahap intim apabila dilihat berjalan sambil berpimpin tangan dengan lelaki yang pernah menjadi sang arjuna di hati Kak Engku itu?

RAJA AZURA: Walaupun hubungan kami sebagai pasangan suami isteri sudah berakhir, tetapi itu tidak bermakna kami tidak boleh lagi berhubungan sesama sendiri. Ketika ini kami hanyalah sekadar teman baik dan tidak lebih daripada itu. Lagipun kami pernah hidup bersama selama sembilan tahun serta mempunyai tiga orang anak yang semakin meningkat remaja. Maka, ia sudah menjadi tanggungjawab kami untuk membesarkan anak bersama-sama.

Pernahkah Kak Engku terfikir atau berhasrat untuk kembali hidup bersama dengan bekas suami?

Sebenarnya dahulu saya pernah beri peluang kepada suami agar kami dapat bersatu semula sebagai pasangan suami isteri. Saya akui memang bersedia untuk menerimanya semula dalam kehidupan saya. Namun, kini saya serahkan segala-galanya kepada Allah. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu terlalu mengharap sangat dan buat masa ini biarlah kami terus kekal dalam keadaan sebegini.

Pernahkah terlintas untuk mencari pengganti bekas suami?

Dalam usia saya sekarang yang sudah mencecah 40 tahun, rasanya lebih baik kalau saya menumpukan sepenuh perhatian untuk membesarkan anak-anak sahaja tanpa memikirkan untuk mencari pengganti atau sebaliknya.

Kak Engku kini jarang muncul dalam drama di TV. Kak Engku sudah mahu bersarakah?

Buat masa ini dunia saya adalah kepada bidang penyampai radio dan pengacaraan. Rasanya itulah kerjaya yang paling sesuai buat diri saya dan sangat gembira dengan apa yang saya lakukan sekarang ini.

Jadi, benarlah Kak Engku sudah bersara sebagai seorang pelakon?

Tidaklah sampai saya mahu bersara daripada bidang lakonan, tetapi saya mahu lebih fokus kepada apa yang saya lakukan ini. Tidak dinafikan tawaran berlakon masih lagi saya terima, tetapi saya terpaksa menolaknya kerana faktor masa. Lagipun kalau berlakon ia memerlukan tempoh masa yang cukup lama buat saya untuk berada di lokasi penggambaran, sedangkan pada masa yang sama saya perlu memberi tumpuan untuk membesarkan anak-anak.

Sudah lapan tahun berturut-turut Kak Engku terpilih sebagai hos majlis Anugerah Bintang Popular termasuk ABP 25 ini. Kenapa Kak Engku tetap terima tawaran ini?

Pastinya ia merupakan satu penghormatan yang besar buat diri saya kerana terus dipilih oleh pihak penganjur, apatah lagi dapat bergandingan dengan rakan-rakan lain cukup hebat seperti Sharifah Shahira, Zizan Razak dan Didie Alias. Apabila terus diberi kepercayaan saya rasa adalah tidak wajar kalau menolaknya. Selagi ada pihak yang mahu menggunakan khidmat saya sebagai pengacara dalam sesebuah majlis atau acara, saya akan laksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.-kosmo-

Pesta maksiat di tengah rimba

Posted: 25 Feb 2012 05:40 AM PST


ANGGOTA Jabatan Perhutanan menemui tilam dan kondom-kondom dalam pondok-pondok yang dibina.



JELEBU - Kegiatan seks tidak mengira tempat. Itulah penemuan terbaharu pihak berkuasa yang tidak menyangka ada kumpulan gemar melakukan hubungan seks di tengah rimba.

Rahsia di kawasan hutan simpan itu terbongkar apabila pihak berkuasa pada pukul 11 pagi kelmarin menyerbu Hutan Simpan Kenaboi di sini dan menemui satu lokasi di tengah-tengah hutan yang menempatkan 16 buah pondok yang dibina dengan kayu dan beratap nipah.

Setiap pondok itu pula dilengkapi dengan tilam, bantal dan selimut untuk keselesaan mereka menginap di situ secara berpasangan.

Malah lebih istimewa terdapat sebuah pondok lain yang dilengkapi dengan kemudahan dapur seperti kuali, periuk dan tong gas.

Sebuah tandas yang selesa juga dibina di kawasan hutan itu bagi memudahkan pengunjung yang menghabiskan masa beberapa hari di dalam hutan terbabit.

Markas tersebut dipercayai dibina sekumpulan pemilik kenderaan pacuan empat roda yang mempunyai hobi beriadah dan berseronok secara liar pada hujung minggu.

Turut ditemui tin-tin minuman keras dan sejumlah kondom yang sudah dipakai.

11 April cuti umum sempena pertabalan Agong

Posted: 25 Feb 2012 03:00 AM PST

KUALA LUMPUR - Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (gambar) pada 11 April depan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan berkata, pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

"Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Harta karun RM1.5b dihantar ke Sepanyol

Posted: 25 Feb 2012 02:45 AM PST


 
BEBERAPA keping duit lama syiling emas dipegang oleh seorang pakar harta karun di sebuah lokasi rahsia di Sarasota, Florida kelmarin.



TAMPA - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menyatakan sejumlah duit syiling perak dan emas yang ditemui dari sebuah kapal perang Sepanyol yang karam pada tahun 1804 telah dihantar ke Sepanyol dengan dua buah pesawat semalam.

Kapal itu karam selepas dibedil sebuah kapal perang British.

Duta Sepanyol ke AS, Jorge Dezcallar de Mazarmen menyaksikan dua buah pesawat kargo Sepanyol membawa 594,000 keping duit syiling perak dan artifak lain di Pangkalan Tentera Udara MacDill di sini.

Sebelum ini hakim sebuah mahkamah mengarahkan firma Odyssey Marine Exploration yang berpangkalan di sini menyerahkan duit syiling dan artifak tersebut kepada kerajaan Sepanyol dalam satu perbicaraan berhubung pemilikan harta karun itu.

Firma itu menemui bangkai kapal Sepanyol, Nuestra Senora de las Mercedes di luar pantai Portugal dekat Selat Gibraltar pada tahun 2007.

Ketika itu, harta karun tersebut dianggarkan bernilai AS$500 juta (RM1.5 bilion).

Kapal tersebut dipercayai membawa 200 orang semasa ia karam. - Agensi

Jalan Bolivia paling bahaya di dunia

Posted: 25 Feb 2012 02:42 AM PST


SEBUAH bas bergerak di satu laluan sempit di sebatang jalan raya yang menghubungkan La Paz dengan Los Yungas di Bolivia pada 9 Februari lalu.



CHALLA, Bolivia - Sebatang jalan raya sepanjang 400 kilometer yang menghubungkan La Paz dengan Los Yungas dekat sini dianggap antara yang paling berbahaya di dunia.

Jalan raya tersebut amat sempit untuk laluan kenderaan seperti bas kerana ia berliku-liku di lereng bukit.

Paras jalan raya yang paling tinggi di kawasan tersebut ialah 4,000 meter. - AFP

Cara Untuk Download Movie Apabila Adf.ly Go To Mediafire Homepage

Posted: 25 Feb 2012 02:38 AM PST



Nie masalah baru start hari nie..mcm2 skrg nak download dari mediafire skrg nie..aku pun baru perasaan hari nie..so,mcm mn nie cara nak download bg yg tak tahu nie..
Klik kat mana2 link,pastu tunggu sampai kuar SKIP ADS..

Pastu letak mouse kat SKIP ADS,KLIK KANAN kat SKIP ADS,cari COPY LINK LOCATIONS..mcm pic kat bawah..

Pastu,dh klik kat COPY LINK LOCATION,buka NEW TAB,mcm mn nak buka new tab,aku tampo kang baru tahu..hehehehehe..pastu PASTE la..klik ENTER..settle..download la movie tue..

Lg sekali aku nak explain..selagi link tak tulis LINK INVALID n DELETED,selagi tue link ok..tak mati lg..boleh jer download..korang jer tak tahu nak settle mcm mn..ok.. (kakidownload)

No comments: