Wednesday 29 February 2012

Budak Technician

Budak Technician


Erra Fazira Anggap Yusry Cukup Bersedia Untuk Kahwini Lisa

Posted: 28 Feb 2012 07:23 AM PST

Pernah hidup bersama Yusry Abdul Halim atau Yusry KRU pada suatu ketika dahulu, pelakon jelita Erra Fazira ternyata gembira apabila mengetahui bekas suaminya itu memilih untuk memperisterikan Lisa Surihani.

Meskipun haluan hidup mereka kini berbeza, namun Erra Fazira yang sudahpun berumah tangga dan memiliki seorang cahaya mata, masih tetap mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Malah ketika berlangsungnya majlis resepsi Yusry KRU dan Lisa Surihani pada 26 Februari lalu, Erra telah sempat merakam video ucapan penghargaan buat pasangan mempelai berkenaan sebagai melempiaskan tanda syukur dan gembira untuk tatapan tetamu yang hadir.

Dihubungi portal murai.com.my baru-baru ini, secara terbuka Erra telah menyatakan sendiri perasaannya dan menyampaikan pendapat peribadinya tentang perkahwinan berkenaan.

"Tahniah saya ucapkan kepada mereka berdua, semoga kekal berbahagia ke hingga anak cucu. Sehingga ke akhir hayat.

"Harapan saya, semoga pasangan bahagia Yusry dan Lisa selamat melayari bahtera perkahwinan.

"Saya melihat mereka sebagai pasangan yang sangat sepadan.

"Kepada Yusry, bagi saya dengan usianya sekarang boleh dikatakan dia sudah cukup matang untuk berkeluarga.

"Lisa walaupun masih muda, tapi saya dapat rasakan bahawa dia boleh menjadi orang di belakang Yusry yang akan sentiasa menyokongnya," kata Erra panjang lebar.

Sempat bertanyakan perkembangan terkini Erra yang ternyata sibuk dengan aktiviti seninya. Erra bagaimanapun tidak dapat menghadiri ke resepsi kedua mempelai popular berkenaan kerana terikat dengan jadual program Pilih Kasih yang jatuh pada hari yang sama.

"Daripada sekarang hingga April, saya akan sibuk dengan jadual bersama Pilih Kasih. Dalam masa yang sama, saya sedang dalam proses pembikinan muzik video bagi single terbaru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

"Semuanya masih dalam proses rakaman dan tajuk juga belum dipilih lagi. Selain itu saya juga sedang menghabiskan beberapa telemovie bersama Astro," ujar Erra yang masih lagi bergelar Artis Eksklusif Astro. -murai-

Azean Irdawaty terasa azab yang panas membara macam api dalam daging?

Posted: 28 Feb 2012 06:34 AM PST

Hari ini genaplah usia 62 tahun seniwati Azean Irdawaty. Namun, sambutannya tidak semeriah seperti orang lain.

Tidak meminta sebarang hadiah sempena ulang tahun kelahirannya, Azean atau lebih mesra disapa Kak Yan hanya mengharapkan bantuan dan belas ehsan rakan-rakan seperjuangan.

'Permintaan' Kak Yan disampaikan oleh rakan artis Lydiawaty menerusi khidmat pesanan ringkas yang berbunyi;

"AsSalamuaalaikum, Hr ni I 62thn. Syukur Alhamdulillah... Nak mintak "present":)... Boleh x nak mintak tlg.. Boleh x u tlg kumpulkan kwn2,pggil org2 masjid,buat solat hajat mntak I sembuh? Sakit d 2lang blakang semakin btambah.. Kaki2 kebas balik. Panas membara mcm api dlm daging. Azab rasanye .. Tlg lah ye.. Kkyan." -MH-

Mawi Belum Sedia Tayang Wajah Anak

Posted: 28 Feb 2012 06:24 AM PST



Sebagaimana yang MH Online janjikan, kami berjaya mendapat maklumat lanjut berhubung kelahiran bayi perempuan sulung pasangan popular Mawi dan Ekin.

MH Online berjaya menghubungi pengurus peribadi Mawi, Mohd Nasir Ismail, yang mengesahkan bahawa Ekin telah dimasukkan ke Hospital Pakar An-Nur Hasanah di Bangi pada jam 10 malam semalam dan selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 4 pagi tadi selepas diberikan suntikan ubat pelali kerana mempunyai sedikit komplikasi untuk bersalin.

Bayi seberat 2.8 kilogram yang dilahirkan secara normal itu belum diberi nama dan Mawi belum bersedia untuk mendedahkan wajah anak sulungnya buat masa ini. Ekin akan menghabiskan tempoh berpantang di rumahnya di Bangi dibawah jagaan ibunya.

MH Online difahamkan, satu majlis kesyukuran akan diadakan dalam masa terdekat bagi meraikan kehadiran puteri kesayangan mereka.

Pasangan ini telah bernikah pada 21 Disember 2008. -MH-

Ekin Selamat Bersalin Anak Perempuan

Posted: 28 Feb 2012 06:14 AM PST


MH Online mendapat perkhabaran gembira tentang pasangan Mawi dan isterinya, Ekin. Mereka telah menimang cahayamata perempuan pagi tadi.

Perkhabaran tersebut turut dikongsi oleh rakan-rakan artis dan PR di akaun Twitter dan BBM mereka.

MH Online akan cuba untuk mendapatkan kenyataan daripada pasangan ini dalam masa terdekat. Tahniah daripada MH.

http://mediahiburan.karangkraf.com/polopoly_fs/1.27628!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_560/image.jpg 

sumber : MH

Tips Sebelum Bergerak Ke Destinasi Jauh

Posted: 27 Feb 2012 06:59 PM PST


Anda selalu memandu kereta ke tempat yang jauh? Tidak kiralah, jauh ataupun dekat sememangnya tips ini amat diperlukan lebih-lebih lagi ia sebagai persediaan sebelum datangnya cuti sekolah. Maklumlah kita hendak pulang ke kampung atau ingin bercuti ke luar negeri. Sebelum memulakan perjalanan jauh, kita patut melihat senarai semak dibawah demi menjaga keselamatan kita dan orang tersayang. Jom baca apakah Tips Sebelum Bergerak Ke Destinasi Jauh.

Tayar
Tayar sangat penting untuk kenderaan anda. Tayar berfungsi melekap pada permukaan jalan dan memastikan kenderaan anda sentiasa berada di dalam kawalan. Jadi, sebelum  memulakan perjalanan, pastikan tayar kereta anda masih berbunga dan dalam keadaan baik. Dan jangan lupa lihat keadaan dan isi angin. Tayar ganti anda perlu selalu diperiksa dan diselenggara. Pastikan bunga tayar dan tekanan berada pada tahap terbaik.

Air radiator
Demi mengelakkan kenderaan anda overheat dan mengakibatkan anda tersangkut di tepi jalan, anda perlu memastikan air radiator kereta anda berisi sebelum memulakan perjalanan. Pastikan takat air berada di tengah-tengah takat yang ditetapkan.

Minyak enjin
Jika kenderaan anda tidak diservis selama 3 bulan atau sudah sampai takat yang ditetapkan, disarankan anda menukar minyak enjin sebelum memulakan perjalanan.  Minyak enjin penting untuk kenderaan anda.

Minyak
Pastikan minyak kereta anda mencukupi sebelum memulakan perjalanan.

Diri anda
Rehat dengan secukupnya dan pastikan anda bersedia untuk memulakan perjalanan.

sumber : melayukini

PELIK! Katak Berbunyi Seperti Kucing

Posted: 27 Feb 2012 06:52 PM PST


Seekor katak ditemui dalam bentuk fizikal yang normal. Namun apa yang memeranjat mereka, katak ini mampu mengeluarkan suara seperti seekor kucing. 

Mustahil kalau kita sendiri tidak pernah mendengar bunyi katak. Lepas hujan, mesti kendengaran bunyi suara mereka yang selalu dimetaforakankan dengan makna suara yang tidak sedap untuk didengar. Tetapi kali ini, beberapa orang budak telah menemui seekor katak bersaiz besar yang mempunyai satu suara yang pelik. Suara katak pelik tersebut seolah-olah seperti bunyi kucing yang mengiau. Jika anda tidak percaya, kami datangkan sekali dengan video yang menunjukkan bagaimana katak pelik tersebut boleh berbunyi seperti kucing. Agak comel bila kita mendengarnya. Jom!

Kitab Injil Asal 1,500 Tahun Ditemui - Disembunyikan Sejak 12 Tahun Lalu

Posted: 27 Feb 2012 06:25 PM PST

Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Kitab Injil 1,500 tahun ditemui

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.

Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John. 

Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa.sumber

Nada Cinta Mikha Tambayong dan Kamal Adli

Posted: 27 Feb 2012 06:07 PM PST


IMPAK daripada drama sinetron Nada Cinta di Malaysia, nama Mikha Tambayong mula dikenali peminat-peminat di Malaysia.

Malah, gadis berusia 18 tahun yang kini digosip bercinta dengan pasangannya dalam Nada Cinta iaitu Randy Pangalila terkejut apabila dirinya menjadi kegilaan di kalangan peminat Malaysia sehingga saban hari ada sahaja peminat Malaysia yang menghantar tweet kepadanya.

Bagi pelakon Malaysia, Kamal Adli, 26, pula, dia mengakui berasa bertuah kerana dikenali di Indonesia selepas be berapa kali berulang alik dari Jakarta ke Malaysia untuk mempromosikan filem lakonannya bersama pelakon popular Indonesia, Olivia Jensen, 19, iaitu Gerimis Mengundang.

Malah, hasil daripada propaganda yang dicipta media di Indonesia mengatakan kedua-dua mereka bercinta selepas berlakon bersama-sama dalam filem arahan Ahmad Idham itu menyebabkan ada beberapa penerbit Indonesia berminat mengambil Kamal berlakon dalam drama sinetron mereka.

Kedua-dua pelakon itu kini digandingkan bersama dalam teater Gerimis Mengundang. Teater yang merupakan prekuel daripada filem Gerimis Mengundang itu bakal dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 27 Mac ini.

Ada sebab mengapa Mikha dipilih untuk menjayakan pementasan Gerimis Mengundang.

Mikha penat berlakon

Perasaan sedikit teruja mengiringi pertemuan Kosmo! dengan Mikha Tambayong. Pertama, sebab dia begitu cantik dan kedua, sikap dia begitu sopan dan baik.

Ke mana sahaja jurufoto Kosmo!, Djohan Shahrin Shah memintanya bergambar, dia tidak menolak malah terjadi satu insiden kakinya dinaiki beberapa ekor kerengga.

Selesai sahaja sesi fotografi dilakukan, lantas pemilik sebenar nama Moudy Mikha Maria Tambayong itu diajukan soalan tentang populariti yang diraih di Malaysia menerusi sinetron Nada Cinta.

Akui Mikha, dia hanya mengetahui dirinya popular di Malaysia apabila mendapati pengikut di laman sosial Twitter miliknya bertambah dan kebanyakannya daripada negara ini.

"Setiap hari pengikut di Twitter saya akan bertambah dan kebanyakannya dari Malaysia. Mereka tweet mengatakan sangat sukakan lakonan saya dalam Nada Cinta selain sering bertanya bila ingin bertandang ke Malaysia.

"Saya terkejut dan tidak tahu sama sekali Nada Cinta kini ditayangkan di Malaysia memandangkan sinetron itu sudah ditayangkan di negara saya dua tahun lalu. Saya ketahui juga selepas beberapa peminat di Malaysia memberitahu perkara itu kepada saya," ungkapnya mengenai sinetron Nada Cinta sebanyak 244 episod yang mula ditayangkan di Malaysia pada 27 September di Astro Ria.

Mengenali sisi hidup Mikha, gadis kelahiran Jakarta, Indonesia itu memulakan kariernya sebagai model dan kemudiannya terjun ke bidang lakonan. Sinetron pertamanya, Kepompong berjaya melonjakkan nama Mikha di persada seni Indonesia.

Anak saudara kepada penyanyi terkenal Harvey Malaiholo ini juga kemudiannya mengikut jejak bapa saudaranya dan merakamkan single, Cinta Pertama untuk runut bunyi sinetron Kepompong pada tahun 2009.

Mikha kemudiannya merakamkan album penuh pada tahun 2010 lantas sukses di lapangan nyanyian.

Tidak hanya fokus pada bidang nyanyian semata-mata, Mikha juga terus terusan membintangi drama sinetron walaupun mengakui penat menjadi seorang pelakon.

"Memang sangat capek (penat) berlakon untuk sinetron. Sebabnya, untuk satu sinetron sahaja saya perlu mengorbankan waktu selama setahun. Bayangkan sahaja setiap sinetron mempunyai beratus-ratus episod. Saya tidak punya masa untuk diri sendiri malah sambutan hari krismas dan sambutan tahun baru saya juga berlangsung di lokasi. Tetapi ia sudah jadi tabiat saya berlakon. Saya akan rasa janggal berada di rumah dalam tempoh masa yang lama," ujarnya yang menganut agama katolik.

Ditebak dengan soalan cinta dan hubungannya bersama Randy Pangalila, Mikha mengakui Randy hanya merupakan rakan baiknya kerana mereka sudah mengenali antara satu sama lain sejak kecil lagi. Mikha juga tanpa berselindung memberitahu, dirinya sendirian tanpa sebarang teman lelaki.

"Saya dan Randy hanya teman baik walaupun ramai yang mengatakan kami bercinta. Saya tidak akan bercinta dengan pasangan lakonan saya. Dan saya akui saya tidak punya pacar (teman lelaki) buat masa ini," ungkapnya yang tidak sabar untuk menjayakan pementasan teater buat pertama kalinya di Malaysia bergandingan dengan Kamal Adli.

Berjanji memberikan persembahan yang terbaik, Mikha tanpa berselindung juga mengakui gemantar untuk beraksi di pentas teater yang berjudul Gerimis Mengundang.

"Perasaan gementar itu mesti ada tetapi lebih mendebarkan apabila ini adalah kali pertama saya beraksi di pentas teater di negara orang.

"Bagaimanapun saya yakin dapat melakukannya dengan tunjuk ajar daripada pengarah dan pelakon lain yang terlibat," ujarnya yang bakal menjalani latihan untuk teater muzikal itu pada Sabtu depan dan sepanjang tempoh itu dia akan menetap di Malaysia.
Kamal kecil hati

KAMAL dan Mikha dipertemukan khusus untuk pementasan Gerimis Mengundang.


Sudah lama tidak melihat wajah Kamal di bawah filem-filem Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd. (MMP) sedangkan pelakon itu masih lagi mempunyai kontrak selama tiga tahun bersama syarikat David Teo itu.

Adakah Kamal dianak tiri oleh David Teo? Diajukan soalan kepada kekasih Intan Ladyana itu, Kamal tanpa berselindung mengakui berasa kecil hati dengan pihak pengurusan yang seakan-akan mengabaikannya tanpa sebarang projek baru. Bagaimanapun, ujar Kamal, dia tidak menyesal mengikat kontrak dengan syarikat itu kerana ia adalah kehendaknya sendiri dan bukan dipaksa oleh sesiapa.

Atas dasar itu juga dia tidak mahu duduk diam tanpa berbuat apa-apa sebaliknya turut mencari peluang lain tanpa terlalu mengharapkan syarikat pengurusannya.

"Saya tidak pernah menyesal bersama MMP tetapi ada berasa kecil hati dengan pihak pengurusan yang seakan-akan mengabaikan saya tanpa sebarang projek baharu.

"Disebabkan itu, saya banyak ambil projek luar kerana pihak lain melihat bakat saya. Tetapi, saya juga tidak salahkan mereka kerana mereka bukan menguruskan saya seorang tetapi hampir 100 artis lain yang bernaung di bawah MMP," ujarnya yang bagaimanapun tetap memberi keutamaan kepada MMP berbanding projek luar.

Mengulas mengenai namanya yang semakin melonjak naik di Indonesia pula, Kamal mengakui berasa bertuah kerana semakin diterima oleh peminat di sana selepas berulang alik mempromosikan filem Gerimis Mengundang yang mengandingkannya dengan pelakon Olivia Jensen.

"Filem Gerimis Mengundang juga akan ditayangkan di Indonesia jadi saya kerap ke sana untuk mempromosikan filem tersebut. Media di sana pula membuat gosip yang saya dan Olivia sedang bercinta. Saya cuma menganggap ia sebagai satu promosi untuk saya dan filem itu nanti," ujarnya.

Mengaku menerima tawaran melebarkan sayap ke Indonesia, dia bagaimanapun belum bersedia untuk ke sana selain belum puas berlakon dengan produksi tempatan.

"Memang saya ada menerima tawaran berlakon di sana tetapi saya masih tidak memberi jawapan. Bukan kerana sombong tetapi banyak perkara yang perlu saya korbankan. Pertama, saya perlu menguasai bahasa Indonesia dengan baik sedangkan saya tidak ada masa untuk belajar.

"Selain itu, saya masih belum bersedia dalam pelbagai aspek. Daripada menimbulkan masalah kepada mereka lebih saya baik tolak secara baik. Namun, jika ada rezeki lagi dan sudah bersedia saya mungkin akan beralih arah ke Indonesia," tuturnya.

Dari Kelantan ke Old Trafford

Posted: 27 Feb 2012 06:02 PM PST


 PRESIDEN KAFA, Tan Sri Annuar Musa (kiri) mengucapkan tahniah kepada Wan Mohamad Azren di atas kejayaannya dipilih sebagai pelatih terbaik Army.



TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Pepatah ini amat sesuai ditujukan kepada Wan Mohamad Azren Wan Baharudin, 16, selepas terpilih sebagai pelatih terbaik Akademik Al-Hamra Red Warriors (Army), sekali gus berpeluang menyaksikan kelibat barisan bintang Manchester United.

Anak jati kelahiran Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu ini akan diterbangkan ke Old Trafford oleh Mister Potato yang juga rakan penaja juara 19 kali Liga Perdana Barclays itu pada hujung tahun ini.

Wan Mohamad Azren yang kini sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cengal berkata, dia tidak menyangka terpilih sebagai pelatih terbaik Army.

"Saya tak tahu nak kata apa, hanya mampu mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada Mister Potato dengan hadiah yang diberikan.

"Ia merupakan hadiah bermakna buat saya. Saya tidak menyangka terpilih sebagai pelatih terbaik memandangkan saingannya cukup sengit dari rakan-rakan pelatih yang lain," kata Wan Mohamad Azren.

Tambahnya, peluang ke Old Trafford mahu digunakan sebaik mungkin untuk menimba pengalaman baharu dalam usaha meningkatkan lagi corak permainannya.

"Muncul sebagai pelatih terbaik Army merupakan titik tolak untuk saya terus maju dalam sukan bola sepak.

"Kejayaan ini merupakan satu permulaan baik buat diri saya, begitupun perjalanan masih lagi panjang dan saya perlu bekerja lebih keras untuk menyarung jersi The Red Warriors suatu hari nanti," ujarnya.

Anak muda yang beraksi di posisi tengah ini mengakui, dia meminati corak persembahan bintang United, Nani dan Paul Scholes yang disifatkan sebagai antara pemain terbaik.

Sementara itu, Pengurus Penajaan dan Activasi Mamee - Double Decker (M) Berhad, Sharszany Shahry Shahriman berkata, Wan Mohamad Azren akan ditaja sepenuhnya oleh Mister Potato yang merupakan antara penaja kelab gergasi England itu.

"Tajaan itu merupakan satu inisiatif yang dilakukan untuk memberikan pendedahan kepada bakat-bakat baharu dalam sukan bola sepak di negeri ini," katanya. -kosmo-

Pujian tinggi buat Cardiff City

Posted: 27 Feb 2012 05:57 PM PST


 TIEN GHEE (kanan) bergambar bersama pemilik Cardiff, Tan Sri Vincent Tan sebelum aksi final Piala Liga di Stadium Wembley awal pagi semalam.



LONDON – Cardiff City tidak perlu malu apabila gagal menjulang Piala Liga.

Sekalipun tumbang kepada Liverpool pada aksi final di Stadium Wembley awal pagi tadi, persembahan Cardiff sepanjang perlawanan penuh mendebarkan itu wajar diberi pujian.

Selain menampilkan aksi yang cukup menarik, skuad bimbingan Malky Mackay itu turut bermain dengan semangat juang yang tinggi dan perasaan tidak mudah menyerah kalah sehingga wisel penamat dibunyikan.

Semangat para pemain Cardiff ternyata melonjak selepas mendapat sokongan padu 32,000 penyokong The Bluebirds berbanding 57,000 peminat fanatik Liverpool yang memenuhi segenap penjuru tempat duduk di Stadium Wembley.

Sesuatu yang menggembirakan apabila para pemain dan penyokong Cardiff dengan bangganya memakai jersi yang tertera nama Malaysia di dada mereka.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi kelab Liga Kejuaraan dari Wales ini apabila tewas kepada kelab gergasi Liga Perdana England yang dibarisi ramai pemain berstatus bintang itu.

Pada aksi tersebut, kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat 90 minit perlawanan sebelum mereka terikat 2-2 sebaik masa tambahan berakhir.

Kedudukan itu menyaksikan pemenang terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti yang akhirnya menyebelahi Liverpool hasil kemenangan 3-2.

Pengerusi Cardiff, Datuk Chan Tien Ghee berkata, seluruh warga kelab itu akan menjadikan kegagalan tersebut sebagai motivasi untuk mereka terus mengorak langkah seterusnya.

"Sesuatu yang mengecewakan apabila tewas dalam situasi seperti ini, tetapi kami tetap menganggap ia sebagai satu kemenangan moral dan kami berasa sangat gembira.

"Saya sudah dua kali berada di sini (Stadium Wembley), ia adalah sesuatu yang sangat istimewa. Ini menunjukkan bahawa kami sangat kompetitif. Tidak banyak pasukan berpeluang bermain di sini.

"Bagaimanapun, saya tidak mahu menjadikan kejayaan kami mara ke Stadium Wembley ini sebagai satu jaminan," kata Tien Ghee kepada wartawan Malaysia semalam.

Mengimbas kembali pertembungan awal pagi tadi, Cardiff ternyata mampu mencemaskan barisan The Reds.

Cardiff mendahului seawal minit ke-18 menerusi jaringan Joe Mason sebelum Liverpool berjaya mengikat kedudukan hasil jaringan Martin Skrtel (ke-59).

Meskipun ketinggalan hasil jaringan kedua penyerang Liverpool, Dirk Kuyt pada minit ke-108, para pemain Cardiff masih tidak mudah berputus asa.

Hasil kerja keras mereka membuahkan hasil apabila Ben Turner kembali mengikat kedudukan 2-2 pada minit ke-118.

Dalam aksi penentuan sepakan penalti, Cardiff berpeluang untuk melakar kejutan selepas Steven Gerrard dan Charlie Adam gagal menyempurnakan dua sepakan penalti awal Liverpool.

Bagaimanapun, Kenny Miller, Rudy Gestede dan Anthony Gerrard mempersia-siakan peluang tersebut apabila mereka turut gagal melaksanakan tugas masing-masing.

Tien Ghee berkata, perjuangan Cardiff belum berakhir dan mereka perlu kembali fokus pada saingan Liga Kejuaraan musim ini, seterusnya memburu slot Liga Perdana England musim depan.

"Misi kami musim ini masih belum tamat. Kami akan terus menghadapi saingan liga dan diharapkan, kami mampu bersaing dalam Liga Perdana England musim depan," jelasnya.

Ketika ini, Cardiff menghuni tangga keenam liga selepas mengumpul 53 mata - ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu, Southampton.

Dua pasukan teratas layak secara automatik ke Liga Perdana England, manakala dua pasukan di tangga ketiga dan keempat perlu bermain pada aksi playoff.

Musim lalu, Cardiff tewas kepada Blackpool pada aksi playoff yang turut berlangsung di Stadium Wembley.

Rahsia peminat misteri gadis mirip Diana Danielle terbongkar

Posted: 27 Feb 2012 05:49 PM PST

 
LELAKI yang menjadi peminat misteri dengan mengirim barang-barang aneh kepada seorang gadis ditahan di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Teka-teki siapa peminat misteri yang menghantar kiriman aneh berupa seluar dalam lelaki dan tiga ekor ayam kepada seorang gadis di Wangsa Maju di sini baru-baru ini terjawab apabila polis menahan seorang lelaki semalam.

Suspek berusia 33 tahun itu ditahan di rumahnya di Sri Rampai, Wangsa Maju di sini pada pukul 1.30 petang.

Lelaki yang telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak rupa-rupanya jiran mangsa yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat Teknologi Maklumat di ibu negara. Malah mangsa turut mengenali peminat misteri itu.

Suspek yang berasal dari Perak itu dipercayai bertindak demikian kerana menyangkakan mangsa yang berusia 20-an itu ialah pelakon terkenal, Diana Danielle Beeson atau lebih dikenali sebagai Diana Danielle, 20.

Suspek mendakwa dia tidak pernah bersemuka dengan pelakon kacukan terbabit tetapi kerap berhubung dengan pelakon itu di laman sosial Twitter sejak beberapa tahun lalu iaitu sebelum wanita itu menceburi bidang seni.

Suspek juga mendakwa sepanjang berkomunikasi di Twitter, Diana Danielle sering membalas komennya menyebabkan dia teruja untuk mengenali wanita itu dengan lebih rapat.

Jelas suspek itu lagi, dia amat meminati pelakon itu kerana bukan sahaja memiliki wajah yang cantik malah menyifatkan Diana Danielle sebagai seorang wanita bijak.

Suspek itu memberitahu, dia mengirim bungkusan berisi gambar, nota cinta dan tiga ekor ayam yang dipelihara sendiri kepada mangsa sebagai tanda persahabatan kepada wanita itu atau hadiah daripada peminat tanpa muslihat lain.

Selain Diana Danielle, suspek turut menyertakan nota cinta kepada penyampai berita TV3, Pang Chinn Fei yang turut dikirimkan di rumah mangsa. Chinn Fei juga merupakan seorang wanita diminati suspek.-kosmo-

Diana Danielle simpati dengan nasib wanita yang miripnya

Posted: 27 Feb 2012 05:27 PM PST


IPOH: "Saya simpati terhadap nasib seorang gadis mirip wajah saya yang menerima gangguan teruk daripada peminat misterinya," ujar pelakon popular, Diana Danielle, 20, yang pernah berhadapan situasi hampir sama sebelum ini.

Dia mengulas laporan akhbar Harian Metro semalam berhubung tindakan seorang setiausaha membuat laporan polis selepas menerima nota cinta, cincin dan rantai dan seluar dalam yang dihantar peminatnya ke peti surat rumah didiami di Setapak, di sini.


INI DIA...dua foto peminat misteri yang sering mengganggu Wani (klon Diana Danielle).
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Wani, 21, tambah bimbang apabila suspek turut meninggalkan tiga ekor ayam di pagar rumahnya malam Sabtu lalu.

Diana Danielle berkata, biarpun tidak menerima nasib seteruk Wani, dia sentiasa berhati-hati apabila berhadapan dengan kelompok peminat ekstrem seperti itu.

Sebagai selebriti, Diana Danielle mengakui penampilannya kerap menjadi perhatian ramai dan tidak mustahil peminat misteri yang mengganggu Wani adalah golongan yang menghadapi gangguan emosi.

"Mungkin peminat berkenaan terlalu mengikutkan perasaan dan bertindak tanpa berfikir panjang sehingga menimbulkan kebimbangan kepada Wani dan keluarganya," katanya.

Bercerita lanjut mengenai pengalaman berhadapan peminat, Diana Danielle yang juga pelakon filem muzikal Magika berkata, dia berhadapan dengan seorang pemuda dari Borneo yang disifatkan peminat ekstrem sehingga sanggup mengeluarkan ribuan ringgit untuk membelikan hadiah kepadanya.

"Mujur peminat berkenaan tidak berurusan terus dengan ibu (pengurus) dan saya. Ketika itu peminat berkenaan hanya berhubung dengan pengurusan KRU Studios untuk mengirimkan surat atau hadiah. Peminat itu menghantar pelbagai barang bernilai seperti cincin dan rantai emas sebagai menunjukkan dia adalah peminat setia saya.

"Ada juga yang mengirimkan nota cinta kepada pengurusan," katanya.

sumber :  padangtemusu

Abu Bakar Bashir dipenjara 15 tahun

Posted: 27 Feb 2012 05:17 PM PST



JAKARTA - Mahkamah Agung Indonesia semalam mengesahkan hukuman penjara selama 15 tahun dikenakan terhadap seorang guru agama, Abu Bakar Bashir (gambar) kerana melakukan keganasan.

Dia dianggap sebagai pemimpin kerohanian militan Islam di Indonesia dan penyokong jihad kumpulan Al-Qaeda.

Bagaimanapun, Abu Bakar yang berusia 73 tahun menafikan dia merupakan seorang pengganas.

Pada Jun tahun lalu, sebuah mahkamah yang lebih rendah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadapnya.

Namun, disebabkan rayuan, Mahkamah Tinggi mengurangkan hukuman kepada sembilan tahun penjara dengan menyebut kekurangan bukti dan umur sebagai faktor keputusan itu dibuat.

Hukuman itu kemudian kembali kepada asal apabila Mahkamah Agung menyatakan dalam keputusannya semalam bahawa Abu Bakar terbukti bersalah melakukan perbuatan pengganas.

Abu Bakar Bashir yang merupakan pengasas kumpulan Jemaah Islamiah (JI) bertanggungjawab berhubung satu siri serangan termasuk kejadian letupan bom di Bali pada 2001 yang menyebabkan 202 orang terbunuh kebanyakannya warga asing. - AFP

Calon Presiden AS mahu Obama tarik balik permohonan maaf isu al-Quran

Posted: 27 Feb 2012 05:14 PM PST

 
RICK SANTORUM

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang anggota Parti Republikan yang bertanding untuk menjadi calon Presiden AS, Rick Santorum menuduh rakyat Afghanistan kelmarin 'bertindak keterlaluan' ekoran isu kitab al-Quran dibakar di sebuah pangkalan tentera AS di negara itu.

Santorum turut mengkritik Presiden AS, Barack Obama kerana meminta maaf ekoran insiden itu.

Menurut beliau, tiada keperluan untuk Obama meminta maaf.

"Saya menganggap permohonan maaf perlu dibuat oleh Presiden, Hamid Karzai dan rakyat Afghanistan kerana menyerang dan membunuh askar kita serta bertindak keterlaluan terhadap kesilapan yang tidak disengajakan," katanya.

Beliau merujuk perbuatan membakar al-Quran itu sebagai perbuatan yang tidak disengajakan. - AFP

Pelakon siri Xena ditangkap

Posted: 27 Feb 2012 05:12 PM PST


 GAMBAR yang disiarkan pertubuhan Greenpeace menunjukkan Lucy
Lawless (dua dari kanan) dan dua lagi aktivis alam sekitar sebelum mereka ditangkap polis di atas menara penggerudi di atas kapal Noble Discoverer
di Pelabuhan Taranaki, New Zealand semalam.



WELLINGTON, New Zealand - Aktres siri fantasi Xena: Warrior Princess, Lucy Lawless dan lima aktivis alam sekitar Greenpeace ditahan polis selepas mereka menunjuk perasaan selama empat hari di atas sebuah kapal menggerudi minyak di sini.

Pihak polis semalam menangkap kumpulan terbabit di atas sebuah menara penggerudi setinggi 53 meter di atas kapal Noble Discoverer di Pelabuhan Taranaki.

Lawless, 43, dan enam aktivis alam sekitar memanjat menara kapal itu pada Jumaat lalu dalam usaha mereka untuk mengganggu misi mencari minyak di luar Alaska.

Seorang aktivis meninggalkan menara tersebut pada hujung minggu lalu.

Lawless yang merupakan penduduk New Zealand ditahan dan didakwa menyalahi undang-undang kerana berada di atas sebuah kapal tanpa kebenaran.

Kapal Noble Discoverer yang disewa oleh syarikat Shell dijadual belayar ke Artik pada hujung minggu lalu untuk melakukan misi penerokaan minyak. - Agensi

Televisyen Iran isytihar menang ke atas Israel

Posted: 27 Feb 2012 05:10 PM PST

 AP
DUA orang penduduk Yahudi menunggu untuk menonton filem A Separation di sebuah pawagam di Baitulmuqaddis kelmarin.

TEHERAN - Televisyen milik pemerintah Iran mengisytiharkan kemenangan pertama ke atas Israel semalam apabila filem A Separation arahan pengarah negara ini memenangi kategori filem berbahasa asing terbaik pada Anugerah Academy yang turut dikenali sebagai Oscar Kali Ke-84 di Los Angeles, Amerika Syarikat kelmarin.

Filem itu yang dibintangi oleh aktres Iran, Leila Hatami mengalahkan filem Footnote dari Israel yang merupakan musuh ketat Iran.

Ia diarahkan oleh Asghar Farhadi yang mengisahkan satu pasangan yang berkahwin dan berdepan dengan dilema sama ada untuk meninggalkan Iran demi keluarga mereka.

Israel dan AS tidak menolak kemungkinan akan melakukan serangan ketenteraan ke atas kemudahan nuklear Iran.

Kedua-dua negara itu mendakwa kemudahan nuklear itu dibina dengan tujuan untuk membangunkan teknologi senjata.

Kejayaan filem itu turut dikongsi penduduk Iran.

"Saya bangun awal untuk menonton Oscar dan saya berasa gembira bahawa kami menang.

"Saya berharap terdapat lebih banyak kebebasan untuk pengarah Iran menyuarakan idea bijak mereka," kata seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Sara. - Agensi

Melukis di skrin Samsung Galaxi Note

Posted: 27 Feb 2012 05:06 PM PST


 SEORANG pekerja melukis di atas skrin sebuah telefon bimbit Galaxi Note keluaran syarikat Samsung pada Kongres Telefon Bimbit Dunia di Barcelona semalam.



BARCELONA, Sepanyol -Telefon bimbit Galaxi Note yang membolehkan para pengguna melukis pada skrin dipromosikan syarikat Samsung pada Kongres Telefon Bimbit Dunia di sini.

Kongres itu yang merupakan pameran telefon bimbit terbesar di dunia berlangsung pada 27 Februari hingga 1 Mac di Barcelona. - AFP

Polis beri bunga kepada pengguna jalan raya

Posted: 27 Feb 2012 04:49 PM PST

 
SEORANG anggota polis memberikan sekuntum bunga kepada seorang penunggang motosikal di luar penjara Kerobokan, Bali semalam.

DENPASAR - Beberapa anggota polis memberikan sekuntum bunga kepada pengguna jalan raya di luar penjara Kerobokan di Bali semalam.

Pemberian bunga itu dilakukan sebagai tanda bahawa keamanan telah pulih selepas pihak berkuasa Indonesia mengawal semula penjara tersebut pada Sabtu lalu.

Rusuhan berlaku di penjara itu pada 21 Februari lalu selepas seorang banduan cedera ditikam dalam satu pergaduhan.

Para pengawal penjara kemudian melarikan diri menyebabkan sekumpulan banduan mengawal penjara tersebut yang mempunyai 1,000 penghuni.

Namun, pada Sabtu lalu, pihak berkuasa berkata, penjara itu kembali dalam kawalan apabila para banduan mengikut arahan manakala tiada seorang pun penghuni yang melarikan diri. - Agensi

No comments: