Budak Technician |
- Gambar Neelofa Comel Di Zaman Kanak-kanak dan Adik Beradiknya
- Saya Yakin Adnan Sempit 2 Akan Capai Box Office - Ismail Bob
- Along Raja Lawak Cuak Botakkan Kepala
- Lisa Surihani dan Yusry Sudah 2 Minggu Berenggang?
- Gempar! Madonna Meninggal Dunia?
- Selamat Bertunang Misha Omar
- Sabhi Saddi Rancang Nikah Hujung Tahun
- "Saya Tiada Niat Mahu Tumbuk Blogger..." - Adam
- Azza Elite Nikah 1 April 2012
- Ani Mayuni Kini Dalam Proses Berbaik Dengan Suami
- Gambar Justin Bieber dan Selena Gomez Bercuti Sambil Mengasuh Adik
- Almy Nadia Terkena 'Air Kencing Puntianak'
- Victoria Beckham Enggan Anak Lagi
- Monica Belluci Wajah Baru Kosmetik Dolce dan Gabbana
- Allahyarham Latif Ibrahim Beritahu Isteri 'Teringin Hendak Balik'
- Al-Fatihah Buat Allahyarham Latif Ibrahim
- Abby teruja nak tunai umrah
- Iklan Jawatan Kosong 2012 - Institut Profesional Baitulmal (IPB)
- Iklan Jawatan Kosong 2012 - Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT)
- Iklan Jawatan Kosong 2012 - Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Iklan Jawatan Kosong 2012 - Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad
- Iklan Jawatan Kosong 2012 - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
- Astro Bella ganti Astro B4U
- CUEPACS Minta Kerajaan Bayar Tunggakan Gaji Kepada Penjawat Awam Yang Kenaikan Gaji Pada Januari Lalu
- Stesen radio ditegur guna bahasa rojak
Gambar Neelofa Comel Di Zaman Kanak-kanak dan Adik Beradiknya Posted: 21 Feb 2012 07:50 AM PST | ||
Saya Yakin Adnan Sempit 2 Akan Capai Box Office - Ismail Bob Posted: 21 Feb 2012 05:33 AM PST Kutipan pecah panggung yang berjaya dicatat oleh filem Adnan Sempit telah membuatkan pengarah, Ismail Bob Hashim yakin sekuel Adnan Sempit 2 boleh mengikut jejak yang sama. Bukan mahu terlalu yakin, tetapi ianya dilahirkan selepas dia melakukan sehabis baik untuk filem asal arahan Ahmad Idham itu. Malah, bagi mendapatkan kualiti yang tinggi supaya boleh mendapat tempat di hati penonton seperti filem asalnya, Bob Ismail Hashim berkata dalam filem Adnan Sempit 2 kali ini telah menambahkan lebih banyak elemen aksi dan komedi. "Filem ini merupakan sambungan daripada Adnan Sempit. Konsep ceritanya masih tak jauh beza daripada filem asal. Malah pelakon utamanya juga masih sama. "Cuma saya ada menambahkan lagi elemen komedi daripada setiap watak serta aksi bermotor. "Saya juga telah mengembangkan watak Intan Ladyana kepada seorang yang lebih menggedik dan kelakar. "Bukan mudah untuk mendapatkan momentum yang sama atau lebih daripada filem asal, namun saya sudah cuba melakukan yang terbaik dan saya yakin penonton akan terhibur. "Jika Adnan Sempit boleh mencapai box office, mengapa tidak filem sekuelnya," katanya ketika tayangan preview Adnan Sempit 2 bersama pengguna Shurah, baru-baru ini. Masih mengekalkan pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin, Along Cham dan Angah Raja Lawak, filem Adnan Sempit 2 juga bakal menampilkan muka baru iaitu bintang Raja Lawak 5 iaitu Syuk Balas. Filem ke-56 terbitan MIG itu bakal berada di panggung seluruh Malaysia mulai 23 Februari ini. Menyahut cabaran untuk mengarahkan filem yang telah mendapat sentuhan asal oleh pengarah yang berpengalaman, Bob Hashim akui sudah bersedia untuk dirinya dibandingkan oleh penonton dan penggiat industri filem tempatan. "Mahu atau tidak, saya pasti orang akan membandingkan hasil kerja saya dan Ahmad Idham. "Mana tidaknya, dahulu saya hanya bertindak sebagai penolong pengarah kepada Adnan Sempit kini saya menjadi pengarah sepenunya pula kepada Adnan Sempit 2. "Perkara ini turut menjadi ketakutan saya. Namun saya akan terima segala perbandingan serta komen sama ada baik atau buruk demi menjadi pengarah yang lebih baik pada masa akan datang," luahnya lagi. Biarpun Adnan Sempit 2 belum sempat menjengah pawagam, pengarah filem Ngangkung itu sudah pun memulakan penggambaran untuk sekuel kedua filem tersebut yang berjudul Wawa Semput. "Kami baru sahaja memulakan penggambaran filem sekuel ini. Kali ini watak Wawa yang digalas oleh Yana Samsudin bakal dikembangkan menjadi watak utama," tambahnya lagi. Adnan Sempit 2 menceritakan bagaimana Adnan (Shaheizy Sam) menawan hati bapa Nadia (Intan Ladyana) iaitu Datuk Ithnin(Datuk Ahmad Tamimi Siregar) selepas hubungan mereka masih tidak direstui. Adakah Adnan akan bersatu dan menadapt restu Datuk Ithnin? Semuanya bakal terjawab dalam filem Adnan Sempit 2 yang bakal ditayangkan pada 23 Februari ini.-murai- | ||
Along Raja Lawak Cuak Botakkan Kepala Posted: 21 Feb 2012 05:29 AM PST Meskipun sayangkan rambutnya yang sudah dibiarkan panjang selama hampir dua tahun, namun pelawak, Along Raja Lawak atau Muhammad Nizamudin Ahmad,28, akui terpaksa bersedia untuk membotakan kepalanya demi menunaikan janji yang telah termeterai. Mahu atau tidak, Along Raja Lawak berkata sebelum ini dia pernah berjanji kepada Penasihat Kesihatan Metrowealth (MIG) yang mahu dikenali dengan Master Eng untuk membotakkan kepala jika kutipan filem Adnan Sempit 2 yang dibintanginya itu mencecah RM13 Juta. Bagaimanapun, Along Raja Lawak akui berasa sedikit gementar dan cuak jika benar kepalanya akan dibotakkan. "Pada mulanya, perbualan kami bukanlah serius sangat kerana kami hanya berbual kosong sahaja. Master Eng ada meramalkan bahawa dia yakin bahawa Adnan Sempit 2 boleh mencecah kutipan RM13 Juta. "Kemudian dalam nada gurauan saya pula dengan celuparnya dan tanpa berfikir panjang terus berkata akan membotakkan kepala jika ramalannya itu tepat. "Tiba-tiba Master Eng telah mengambil perkara itu serius dan memegang janji saya "Namun selepas difikir balik, saya akui mulai cuak kerana biarpun dia hanya seorang penasihat kesihatan, tetapi apa jua ramalannnya terhadap kutipan filem MIG sebelum ini boleh dikatakan hampir tepat. "Mahu atau tidak saya kena lah terima padahnya nanti," katanya yang ditemui dalam tayangan preview filem Adnan Sempit 2 bersama pengguna Shurah baru-baru ini. Selain Along Raja Lawak, Adnan Sempit 2 yang bakal ditayangkan pada 23 Februari ini juga turut dibintangi oleh Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin dan Angah Raja Lawak. Apa yang pasti, jika ramalan Master Eng itu tepat, upacara membotakkan kepala tersebut akan disaksikan oleh seluruh warga kerja Adnan Sempit 2 dan MIG. Pertama kali menyaksikan sambutan penonton terhadap filem itu ketika majlis prebiu bersama pengguna Shurah, Along akui dia kini sudah mula rasakan ramalan berkenaan dijangka tepat. "Terus-terang, saya sudah mula mengambil serius tentang ramalan dan perjanjian saya itu. "Mana taknya, selepas kali pertama melihat reaksi penonton dalam tayangan preview ini saya terkejut dengan sambutan baik mereka yang boleh dikatakan tidak berhenti ketawa dari mula hingga akhir filem. "Tambahan pula, selepas habis tayangan, Master yang turut hadir menonton telah berjumpa dengan saya dan memberi peringatan tentang kata yang saya janjikan. "Saya akui, kini sudah mula yakin dengan ramalannya," katanya lagi yang sudah mula menjalani penggambaran Wawa Semput.-murai- | ||
Lisa Surihani dan Yusry Sudah 2 Minggu Berenggang? Posted: 21 Feb 2012 05:21 AM PST Demi mengikut adat tradisi Melayu, pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 23 Februari ini, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim atau Yusry KRU telah berpantang untuk tidak berjumpa sejak lebih kurang dua minggu yang lalu. Meskipun terpaksa menanggung rindu, Lisa Surihani berkata dia kini semakin tenang dan dapat membiasakan diri sebelum menjelang hari bahagianya yang akan tiba tinggal lebih kurang dua hari sahaja lagi. "Sebenarnya saya suka ikut adat tradisi seperti ini, asalkan ianya tidak melanggar suruhan agama. Ibu saya menggalakan agar saya dan Yusry untuk berpantang supaya tidak berjumpa jika tiada sebab penting. "Jadi kami pun hanya mengikutnya saja. Memandangkan perkara itu baik untuk kami juga. Jadi sejak 10 Februari lalu kami sudah tidak lagi berjumpa atau keluar berdua. "Cuma, Yusry agak kekok dan susah juga untuk menyesuaikan diri dengan adat ini. "Namun lama kelamaman, dia kini semakin faham dan sudah boleh menyesuaikan diri," katanya ketika dihubungi oleh portal murai.com.my. Dijadualkan bernikah di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya selepas Asar pada 23 Februari ini, Yusry dan Lisa Surihani bagaimanapun memilih untuk disatukan selepas Maghrib di Hotel Marriot, Putrajaya. Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk perkahwinannya, Lisa Surihani berkata tiada apa yang boleh diungkapkan dengan perasaannya kini selain bersyukur kehadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan Yusry. "Biasanya orang akan cakap pasal debaran saya menjelang hari menjadi seorang isteri, namun terus-terang perasaan berdebar itu belum dapat saya rasakan lagi. "Sebaliknya, saya rasa berysukur kerana tidak lama lagi Tuhan akan satukan saya dengan lelaki yang saya sayangi iaitu Yusry. "Malah bagai dirancang, perkenalan kami telah bawa kami ke gerbang perkahwinan," luahnya lagi. Bertemakan majlis serba putih dan ringkas, bakal mempelai bakal mengenakan busana dari rekaan butik Cosry. Selepas diijabkabulkan, pasangan ini bakal diraikan dalam majlis resepsi yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya, pada 26 Februari ini.-murai- | ||
Gempar! Madonna Meninggal Dunia? Posted: 21 Feb 2012 05:08 AM PST Baru sahaja mengumumkan akan melakukan konsert tour tahun ini, industri hiburan dikejutkan dengan kematian Madonna menerusi laman sosial Twitter. Dalam waktu singkat, RIP Madonna menjadi topik hangat di seluruh dunia. "RIP Madonna. She released the cover for her last single before passing away (Berehat dengan aman Madonna. Dia melancarkan single terakhir sebelum mati)," demikian kenyataan @LGMonsterFacts di akaun Twitternya. Bagaimanapun, kenyataan itu hanya sindiran terhadap Madonna oleh kelab peminat Lady Gaga (Little Monster) setelah Madonna mengumumkan bakal mengeluarkan sebuah album baru bersama LMFAO. Namun, kenyataan palsu itu nyata menimbulkan reaksi kurang senang pelbagai pihak yang beranggapan kenyataan itu sangat biadab. Apatah lagi, dunia baru sahaja kehilangan penyanyi berbakat besar, Whitney Houston. Malah ada beberapa peminat yang membalas kenyataan tersebut dan beranggapan ia bukan perkara lucu untuk di buat mainan. "Aku sama sekali tidak menganggap TT RIP Madonna ini lucu, kita baru saja kehilangan Whitney Houston. Ini bukan saatnya untuk bergurau. RT jika kalian setuju," komen @dekendrickS. | ||
Posted: 21 Feb 2012 05:05 AM PST Rentetan pengakuan Misha Omar tentang perancangannya untuk bertunang dalam waktu terdekat, MH Online mendapat perkhabaran bahawa pelantun lagu 'Bunga Bunga Cinta' ini telah melangsungkan majlis pertunangannya bersama Firos Ezzwan Rossly sebentar tadi. Majlis pertunangan ini telah berlangsung di kediaman keluarga Misha di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Khabar tersebut turut disahkan oleh salah seorang wakil syarikat rakamannya.Selain itu, teman-teman media juga memaklumkan perkara yang sama. Di majlis pertunangan tersebut, Misha menggunakan khidmat Syaiful Baharim untuk persalinan dan hantaran. MH Online cuba menghubungi kakak Misha, Mimi Omar namun gagal. Apapun tahniah diucapkan.-MH- | ||
Sabhi Saddi Rancang Nikah Hujung Tahun Posted: 21 Feb 2012 05:03 AM PST Penyanyi yang popular menerusi lagu 'Nadiku', Sabhi Saddi, 27, mengakui bakal mengakhiri zaman bujangnya pada hujung tahun ini. Khabarnya, gadis yang bakal menjadi suri hatinya itu merupakan kekasihnya yang berasal dari Indonesia, Vienna Fridiana, 27. "Perancangan untuk mendirikan rumah tangga sudah dirancang sejak empat bulan yang lalu. Kalau segalanya berjalan lancar, majlis akan berlangsung pada hujung tahun ini. "Cuma, buat masa sekarang tarikh masih belum ditetapkan. Bukan apa, perancangan ini masih antara kami berdua dan belum melibatkan ahli keluarga lagi," kongsi Sabhi ceria. Dalam pada itu, pasangan yang akan menyambut usia setahun percintaan mereka pada 29 Mac ini turut memberitahu yang dia akan berhijrah ke Indonesia selepas berkahwin nanti. "Memandangkan dia ada perniagaan yang diusahakan di sana, saya mengambil keputusan untuk berhijrah ke sana. Salah seorang antara kami perlu berhijrah. "Insyaallah, bila di sana nanti saya akan cuba mencari tapak sebagai penyanyi," kongsinya yang sudah mendapat pelawaan untuk merakamkan single di Jakarta. Selain penghijrahannya ke Indonesia, Sabhi juga memberitahu yang tahun ini merupakan tahun terakhir dia memberikan fokus kepada album dan lagu sebelum memulakan bisnes barunya di Sabah. -MH- | ||
"Saya Tiada Niat Mahu Tumbuk Blogger..." - Adam Posted: 21 Feb 2012 05:01 AM PST Ekoran artikel yang disiarkan oleh sebuah blog hiburan yang seolah-olah menidakkan kredibilitinya menjadi mentor musim keenam, Adam dikatakan marah dengan apa yang dinyatakan blogger berkenaan. Lebih serius lagi apabila Adam didakwa mahu menumbuk blogger tersebut seperti yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan terbitan Ahad. Ketika dihubungi MH Online, ini penjelasan Adam; "Memang saya marah, terguris hati dan geram dengan artikel yang disiarkan dalam blog berkenaan. Jika apa yang ditulis itu kritikan yang membina tidak mengapa, tetapi ia hanya kritikan semata-mata. "Tulisannya hanya mengutuk sahaja. Sehinggakan ramai pula pengikutnya dan bercakap perkara yang sama. Katanya lagi, tahap marahnya itu tidaklah sampai mahu menumbuk seseorang. "Soal yang mengatakan saya mahu tumbuk blogger tersebut hanyalah gurauan. Mungkin yang melihat saya ketika itu beranggapan saya serius, tapi tidak. Itu hanya main-main. "Tidak berniat atau terlintas langsung pun untuk berkelakuan sedemikian. Cuma, jika saya bertemunya saya hanya mahu bertanya kenapa dia menulis seperti itu," kata Adam lagi. Adam juga memberitahu yang dia tidak akan meminta maaf ekoran dakwaan tersebut kerana menyifatkan punca masalah bukan daripadanya. Sebaliknya mahu blogger berkenaan yang tampil memohon maaf. -MH- | ||
Posted: 21 Feb 2012 04:04 AM PST Desas-desus perkahwinan Azza Elite dan pasangannya, Azlan hangat diperkatakan selepas kedua-duanya membuka cerita tentang majlis perkahwinan mereka yang akan berlangsung pada tahun ini. Bertemu dengan Azza dan pasangannya Azlan baru-baru ini. Ketika ditanya mengenai tarikh majlis perkahwinan, mereka berdua mengakui, jika mengikut pada perancangan akan bernikah pada tarikh 1 April 2012. "Nikah pada 1 April sementara tarikh untuk majlis bersanding masih belum dapat dipastikan lagi sebab masing-masing agak sibuk. Kami dahulukan yang wajib," jelas Azlan yang merupakan seorang pramugara. Azza dan Azlan juga mengakui, ada beberapa pihak yang mahu menaja majlis persandingan mereka nanti. Meskipun dirahsiakan namun daripada sumber-sumber mengatakan bahawa salah satunya adalah Pasaraya Besar Mydin.-MH- | ||
Ani Mayuni Kini Dalam Proses Berbaik Dengan Suami Posted: 21 Feb 2012 03:46 AM PST Insiden penyanyi dan pelakon Ani Mayuni,33, yang didakwa dipukul oleh suaminya, Zairi Azmi atau Ayie, 37, pada 2 Februari lalu mengejutkan ramai pihak. Bimbang perkara yang sama berulang, ibu kepada tiga cahaya mata ini mengambil keputusan untuk tinggal di rumah adiknya buat sementara waktu. "Selepas kejadian itu, saya menumpang di rumah adik. Bukan saya tidak mahu pulang ke rumah, tetapi saya masih takut dan fobia atas apa yang berlaku. Dalam fikiran saya, tidak mustahil insiden yang sama akan berulang kembali. "Saya ada pulang ke rumah ambil baju sahaja. Dan buat masa sekarang anak-anak dalam jagaan saya. Saya cuba untuk lupakan apa yang berlaku, tetapi tidak boleh. "Cuma, apa yang boleh saya katakan kami masih dalam proses berbaik dan cuba perbetulkan semua apa yang berlaku. Kiriman SMS menjadi penghubung kami buat masa sekarang," luah Ani jujur. Ditanya adakah dengan kejadian tersebut merubah perasaan kasih sayangnya sebagai isteri, jawab Ani; "Pastinya ia sudah tidak seperti dahulu lagi. Kalau mahu kembali seperti dulu mungkin ia akan mengambil masa. Banyak yang perlu dibawa berbincang dan diperbetulkan kembali. "Saya faham apa yang berlaku mungkin disebabkan keadaan dan tekanan kerjanya. Tapi, kenapa perlu dipendam dan akhirnya dilepaskan kepada saya. Dan apa pun keputusannya selepas ini, saya redha." Seperti yang dinyatakan sebelum ini seperti yang disiarkan oleh sebuah akhbar online, laporan polis dibuat bukan dengan mahu bercerai. "Jujurnya, saya tidak terfikir pun soal cerai. Kalau boleh biarlah hubungan kami sebagai suami isteri kekal dan perkahwinan kami bertahan. Dan saya juga masih mampu untuk mempertahankannya. "Mungkin ini adalah dugaan buat kami berdua, dan seperti yang saya katakan biarlah proses itu berjalan dengan baik dan kami cuba untuk jernihkan kembali hubungan," tambahnya lagi. -MH- | ||
Gambar Justin Bieber dan Selena Gomez Bercuti Sambil Mengasuh Adik Posted: 20 Feb 2012 10:58 PM PST Bercuti tetap jadi pilihan utama Selena Gomez dan Justin Bieber untuk berdating meski ditemani "pihak ketiga". Mereka pun tetap asyik bermain ombak dan pasir meski harus mengasuh adik Justin, Jaxson (2) dan Jazmine (4). Esoknya mereka masih kembali bersama Jaxson. Justin dan Selena yang tampak lelah menemani sang adik makan di restoran Jepun Benihana, Los Angeles. Mereka juga membawa peralatan keperluan Jaxson di dalam kereta. -infospesial- | ||
Almy Nadia Terkena 'Air Kencing Puntianak' Posted: 20 Feb 2012 07:14 PM PST ![]() Almy Nadia PETALING JAYA: Ketika kebimbangan mengenai virus kencing tikus, pelakon Almy Nadia pula mendakwa dirinya terkena air kencing puntianak sewaktu penggambaran drama Cinta Buat Emelda sehingga membuatkan wajahnya bengkak dan menggerutu. Almy berkata, insiden itu berlaku apabila dia melakonkan babak dikafankan dan selepas mencuci solekan pada wajahnya, pelakon itu terkejut wajahnya terus berubah. "Ketika itu saya pun takut nak tengok muka sendiri. Sehinggakan, pengarahnya, Bob Ismail meminta saya berehat selama seminggu dan buat rawatan secara tradisional. "Selepas itu, saya terus ke Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan dan agak terkejut apabila ustazah yang merawat saya itu memberitahu muka saya terkena "air kencing puntianak". "Mungkin ada benda yang saya tersilap kot ketika melakonkan babak tersebut," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Isnin. Bagaimanapun, tambah Almy, ustazah berkenaan memintanya untuk berfikiran positif dengan menganggap insiden tersebut berlaku mungkin kerana kain kafan yang digunakan untuk adegan dalam drama itu kotor dan mempunyai hama. Tidak cukup dengan itu, selepas seminggu wajahnya kembali normal, Almy sekali lagi ditimpa malang apabila kakinya pula membengkak ketika menjalani penggambaran drama yang sama pada minggu lalu. "Saya tak tahulah, lepas satu, satu kejadian yang menimpa diri. Tetapi selepas mendapat rawatan di klinik, doktor berkata yang saya terlalu banyak bekerja dan terlalu lama berdiri dengan kasut tinggi. Alhamdulillah, sekarang ini saya rasa sihat sedikit. Nasib baiklah pihak kru produksi memahami dengan situasi saya yang macam-macam ini," selorohnya. Ditanya, adakah dirinya masih lagi diganggu makhluk halus seperti yang pernah dilaluinya tiga tahun lalu, Almy bersyukur, dia tidak lagi mempunyai masalah itu. "Alhamdulillah, saya dah tak diganggu seperti dulu dan saya harap benda itu tidak lagi mengacau hidup saya lagi," ujar kekasih kepada aktor Fizz Fairuz itu. -mstar- | ||
Victoria Beckham Enggan Anak Lagi Posted: 20 Feb 2012 07:13 PM PST ![]() Victoria Beckham WASHINGTON: Bekas ahli kumpulan Spice Girls, Victoria Beckham mengakui dia seronok melalui tempoh sembilan bulan mengandung, tetapi tidak bersedia untuk memiliki anak lagi selepas melahirkan anak perempuannya, Harper Seven, tujuh bulan lalu. Victoria yang kini aktif dalam rekaan fesyen berkata dia ingin memberi fokus dalam hal pembesaran empat orang anaknya termasuklah Brooklyn, Romeo dan Cruz. "Saya seronok menjadi seorang ibu dan anak-anak adalah menjadi keutamaan dalam hidup saya. "Cuma, saya tidak mahu mendapatkan anak lagi dalam masa terdekat ini. Biarlah keempat-empat anak saya membesar dengan didikan dan kasih sayang yang secukupnya," kata Victoria kepada Contactmusic. Tambah isteri kepada pemain bola sepak David Beckham, dia dan suaminya ingin berseronok bersama dan tidak mahu tertinggal satu pun momen indah yang berlaku kepada anak-anak mereka. -mstar- | ||
Monica Belluci Wajah Baru Kosmetik Dolce dan Gabbana Posted: 20 Feb 2012 07:12 PM PST ![]() Monica Belluci LONDON: Selepas Scarlett Johansson dan Felicity Jones, kini aktres dan model seksi, Monica Belluci pula yang akan menjadi wajah baru kosmetik jenama Dolce and Gabbana (D&G). Aktres Itali berusia 47 tahun itu turut mereka khas gincu bibir dengan nama 'The Monica Lipstick Collection' sebagai koleksi baru jenama tersebut. Wajah Belluci dipilih kerana kesetiaannya menggunakan produk D&G selain tanda persahabatan bersama dua pereka hebat jenama tersebut iaitu Domenico Dolce dan Stefano Gabbana . "Kami sangat gembira apabila Belluci bersetuju untuk bekerjasama dengan kami dalam mempromosikan kosmetik baru D&G selain mereka gincu bibir pilihannya. "Memandangkan dia telah bekerjasama dengan kami selama 20 tahun, rasanya kehadirannya sebagai wajah baru produk ini amatlah sesuai selain memiliki keanggunan wajah yang tidak dimamah usia," kata Dolce. Dalam pada itu, walaupun usia Belluci hampir mencecah 50 tahun, dia menjadi kegilaan para lelaki di mana sering menjadi model menghiasi pelbagai majalah lelaki. -mstar- | ||
Allahyarham Latif Ibrahim Beritahu Isteri 'Teringin Hendak Balik' Posted: 20 Feb 2012 07:10 PM PST ![]() PETALING JAYA: Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,60, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, memberitahu isterinya, Masriah Mahadan yang dia "teringan hendak balik". Masriah,57, memberitahu, kata-kata itu disuarakan Latif ketika dia dimasukkan ke Unit Rawatan Korinari (CCU) IJN pada Sabtu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk jantung. "Di beritahu saya dia teringin nak balik. Pada masa itu saya tak tahu dia nak balik mana? Tak sangka pula dia rupa-rupanya hendak meninggalkan kita buat selama-lamanya," kata Masriah kepada mStar Online ketika di temui di rumahnya di AU3, Keramat dekat sini, malam Isnin. Menurut Masriah, selama 38 tahun menjadi isteri kepada Latif, Allahyarham merupakan seorang suami yang amat penyayang dan sentiasa memenuhi kehendaknya. Malah Allahyarham juga sentiasa mahu berada di sisinya dan bagaikan tidak boleh berenggang. "Dia selalu ingin berada di samping saya. Selama perkahwinan kami, saya menganggap arwah sebagai suami yang amat baik dan bertanggungjawab. Saya bersyukur, ketika arwah sakit, saya dapat menjaganya dengan baik sehinggalah dia menghembuskan nafas terkahir," katanya. Sementara itu adik Allahyarham iaitu Datuk Khatijah Ibrahim berkata, Allahyarham sepatutnya bersama keluarga menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah pada 13 Mac depan tetapi hajatnya tidak kesampaian. "Kami turut sedih kerana arwah bukan sahaja tidak dapat menunaikan impian untuk mengerjakan umrah tetapi dia meninggal dunia tiga hari sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-60 tahun pada Khamis ini," katanya. Selain penyakit jantung, Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru berair pernah menjalani pembedahan pintasan jantung kira-kira 12 tahun lalu. Bagaimanpun sejak tahun lepas, Allahyarham sudah tiga kali dikejarkan ke IJN akibat serangan yang sama. Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan telah membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu. Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010. Beliau turut popular dengan lagu Nora, Pilihklah Aku, Mengenang Dikau Kembali dan lagu joget Manis Kata Di Bibir Saja. Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, selepas kira-kira pukul 10 pagi Selasa. Selain Masriah, Allahyarham turut meninggalkan dua orang anak iaitu Mohd. Hazriq,35, dan Haznally,34. -mstar- | ||
Al-Fatihah Buat Allahyarham Latif Ibrahim Posted: 20 Feb 2012 07:06 PM PST ![]() KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon veteran Latif Ibrahim yang pulang ke rahmatullah pada petang Isnin akan terus dikenang rakan artis kerana kesungguhannya ketika bekerja dan sikap yang menggemari pelbagai jenis makanan. Latif atau nama sebenarnya Abdul Latif Ibrahim, 60, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung. Menurut penyanyi era 80-an, Azlina Aziz, 50, persahabatannya dengan Allahyarham sudah terjalin sejak tahun 1970-an lagi. ![]() "Saya sudah lama mengenali arwah. Ketika itu, sebuah program televisyen kelolaan arwah ibu Normadiah telah memperkenalkan arwah sebagai penyanyi. "Hubungan kami rapat dan saya menganggapnya sebagai seorang abang yang baik dan ikhlas," katanya ketika ditemui mStar Online di kediaman Allahyarham di AU3, Keramat, di sini, malam Isnin. Azlina berkata kesungguhan dan keikhlasan Allahyarham dalam bidang nyanyian tidak dapat disangkal kerana dia akan melakukan kerjanya dengan komited walaupun ketika sedang sakit. "Saya kagum pada komitmen dan kesungguhannya dalam nyanyian. Keikhlasan Allahyarham ketika kami mengadakan persembahan bersama melancarkan kerjasama kami. "Tidak kira sihat atau sakit dia akan lakukan kerjanya dengan bersungguh-sungguh. Banyak ilmu yang saya peroleh daripadanya selama ini," katanya dalam linangan air mata. Seorang lagi rakan Allahyarham iaitu penyanyi Halil Chik, 61, pula berkata terlalu banyak kenangan pahit dan manis sepanjang tempoh persahabatan mereka yang mencecah puluhan tahun itu. ![]() "Bagi arwah, muzik bagaikan terapi dan memberikan tenaga. Sebab itu dia akan bersungguh-sungguh dalam nyanyian. "Sama ada sihat atau kurang sihat, dia tidak pernah mengeluh dalam kerjanya dan bijak menguruskan masa," katanya. Halil menambah, seperkara yang tidak boleh dilupakan apabila mereka keluar makan pada saat-saat akhir sebelum Allahyarham dimasukkan ke hospital. "Arwah seorang yang suka makan dan gemar mencuba pelbagai jenis makanan."Saya dan rakan-rakan lain sempat keluar makan "Stimboat" dengannya sebelum dia dimasukkan ke hospital pada minggu lalu," katanya. Antara rakan artis yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Datuk Sfarifah Aini, Hail Amir, Abu Bakar Omar, Datuk Ahmad Tamimi dan Rozie Rashid. Sementara itu, seniwati Azean Irdawaty yang dihubungi mStar Online meluahkan rasa sedihnya kerana tidak dapat melawat Allahyarham ketika dimasukkan ke IJN, mahupun ketika pemergian seniman itu. "Saya tidak terkejut dengan berita ini kerana sudah tahu dia tenat beberapa hari lalu. "Cuma yang sedihnya, sebagai seorang rakan yang pernah sama-sama menjayakan pelbagai persembahan nyanyian, saya terkilan kerana tidak dapat melawat Allahyarham sejak dia dimasukkan di wad lagi, kerana saya pun tak berapa sihat. "Apa yang mampu dikata adalah ucapan takziah buat keluarga Latif dari saya," katanya sebak. Selain penyakit jantung, Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru berair pernah menjalani pembedahan pintasan jantung kira-kira 12 tahun lalu. Bagaimanapun sejak tahun lepas, Allahyarham sudah tiga kali dikejarkan ke IJN akibat serangan yang sama. Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan telah membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu. Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010. Beliau turut popular dengan lagu Nora, Pilihlah Aku, Mengenang Dikau Kembali dan lagu joget Manis Kata Di Bibir Saja. Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat di sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, kira-kira pukul 10 pagi, Selasa. Selain Masriah, Allahyarham turut meninggalkan dua orang anak iaitu Mohd. Hezriq,35, dan Heznally,34. -mstar- | ||
Posted: 20 Feb 2012 07:02 PM PST
Kemudian, hasratnya untuk hidup bersama dengan lelaki yang dicintai pula berkecai setelah hubungannya dengan pelakon sedang meningkat naik, Zul Ariffin pula menemui titik noktah. Biarpun melalui fasa kehidupan yang begitu sukar dan agak pahit untuk ditelan, tetapi ia ternyata bukanlah penamat segala-galanya sehingga melunturkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan yang mendatang. Menurut pelakon yang mula popular menerusi drama bersiri Gerak Khas itu ketika ditemui baru-baru ini, Abby menyatakan segala yang berlaku langsung tidak menjejaskan kehidupan sehariannya. Malah, pelakon berkenaan juga memberitahu dia bakal mengerjakan umrah pada bulan hadapan. Kosmo!: Semenjak kebelakangan ini kisah mengenai Abby lebih banyak berkisarkan tentang hubungan dengan Zul Ariffin. Bagaimana pula dengan perkembangan kerjaya Abby ketika ini? ABBY: Kalau bercerita tentang kerjaya, baru-baru ini saya baru sahaja selesai menghasilkan sebuah single berjudul Aku Tak Mahu. Selain itu, ada tawaran berlakon yang saya terima dalam tempoh terdekat, tetapi saya terpaksa tolak memandangkan saya akan mengerjakan umrah. Bila Abby akan mengerjakan umrah? Insya-Allah, kalau tiada halangan saya akan berangkat ke tanah suci Mekah pada 11 Mac nanti. Segala persiapan telah pun dibuat dan saya akui memang cukup berdebar menantikan tarikh keberangkatan memandangkan saya pergi tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Adakah pemergian Abby ke Mekah untuk mengerjakan umrah disebabkan mahu mengubat hati yang terluka? Sebenarnya niat saya untuk mengerjakan umrah sudah lama, tetapi banyak halangan yang terpaksa saya lalui dan saya anggap masih belum rezeki saya pada waktu itu. Saya bersyukur apabila akhirnya hasrat saya telah termakbul pada tahun ini. Jadi, ia bukanlah disebabkan saya mahu mengubati hati yang kecewa sehingga mengambil keputusan untuk mengerjakan umrah. Saya tidak nafikan hati ini memang berbelah bahagi, namun Allah itu maha pengasih dan penyayang dan selalu berdoa agar kehidupan saya selamat di dunia dan akhirat. Ada rakan-rakan artis lain yang akan turut menyertai Abby ke Mekah nanti? Tentang itu saya kurang pasti dan pemergian saya ke sana akan ditemani oleh Mama Juwie. Pada mulanya saya memang tidak mahu memberitahu kepada sesiapa pun tentang mengerjakan umrah kerana tidak mahu dipandang sinis oleh segelintir pihak. Kemudian apabila saya berfikir semula, rasanya tidak salah kalau saya memberitahu kepada orang ramai tentang niat saya ini kerana pasti ia boleh menjadi ikutan pula kepada para peminat. Kalau melancong ke luar negara boleh dihebahkan kepada peminat, kenapa hendak berahsia pula jika mahu mengerjakan umrah. Setelah hubungan Abby dan Zul berakhir, pernah terfikir untuk mencari pengganti? Semenjak bergelar solo memang ada beberapa lelaki yang cuba mendekati saya dan mahu menjadikan saya kekasih, tetapi sudah tentu saya tidak sewenang-wenangnya untuk menerima walaupun pelbagai janji yang ditaburkan. Pada usia yang sudah mencecah 34 tahun, memang saya berharap dapat memiliki seorang suami yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal rumah tangga. Cuma buat masa ini saya bahagia dengan kehidupan sekarang dan lebih selesa untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Boleh ceritakan lebih lanjut mengenai single Aku Tak Mahu? Ini adalah sebagai langkah permulaan buat saya untuk membuat kemunculan semula dalam bidang nyanyian. Mengenai lagu tersebut ia telah dihasilkan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim. Saya percaya kalau peminat mendengar lagu ini pasti akan mengaitkannya dengan kisah percintaan saya dengan Zul Ariffin, tetapi ia sebenarnya langsung tidak ada kena-mengena. Ketika saya meminta lagu daripada pihak KRU, mereka memberi lima buah lagu yang kesemuanya hampir sama liriknya dan akhirnya saya memilih lagu ini. -kosmo- | ||
Iklan Jawatan Kosong 2012 - Institut Profesional Baitulmal (IPB) Posted: 20 Feb 2012 07:00 PM PST ![]() IPB merupakan sebuah institusi pendidikan swasta yang dimiliki oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) yang menawarkan kursus-kursus profesional LCCIIq, CAT (ACCA) dan Program Usahasama dengan UiTM. Kami sedang mencari calon-calon yang berkelayakan untuk menjawat jawatan seperti berikut: 1. Pensyarah Bahasa Inggeris 2. Pensyarah Undang-Undang 3. Pensyarah Pengurusan 4. Pensyarah Matematik 5. Pensyarah Perakaunan 6. Eksekutif HEP 7. Eksekutif Pentadbiran 8. Pembantu Akaun MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN Cara Memohon:- Kami menawarkan insentif perkhidmatan yang menarik termasuk peruntukan perubatan, perlindungan insuran, elaun perkhidmatan, bonus, kenaikan gaji tahunan dan sebagainya. Sekiranya anda adalah seorang yang berdaya saing, mampu menyumbangkan idea-idea yang bernas, berfikiran positif serta suka pada cabaran, sila hantarkan permohonan anda dengan mengemukakan resume yang lengkap beserta salinan sijil transkrip akademik yang telah disahkan dan gambar berukuran passport (t.d) kepada:- UNIT SUMBER MANUSIA INSTITUT PROFESIONAL BAITULMAL Lot 1363 Jalan Perkasa, Off Jalan Kg Pandan, 55100 Kuala Lumpur No.Tel: 03-92814054 ext: 1000 @ 1001 Tarikh Tutup Permohonan Pada 30 Mac 2012 Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di sudut kiri sampul surat. | ||
Iklan Jawatan Kosong 2012 - Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) Posted: 20 Feb 2012 06:58 PM PST ![]() 1. Pengajar Jurubina Bangunan – Gred 19P 2. Pengajar Perabot – Gred 19P 3. Pengajar Kimpalan – Gred 19P 4. Pengajar Elektrik & Elektronik Industri – Gred 19P 5. Tukang Kadar (Seksyen Jahitan) – Gred 12 6. Pegawai Kerani – Gred 12 7. Tukang Masak – Gred 12 8. Pekerja Rendah Awam – Gred 4 9. Pembantu Am Rendah – Gred 4 MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN Cara Memohon:- Permohonan boleh dibuat melalui surat dengan menyertakan butir-butir peribadi, pengalaman, salinan sijil-sijil akademik yang disahkan serta gambar berukuran pasport kepada :- Ketua Pengarah Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh Peti Surat 65, 47000 Sungai Buloh Selangor Darul Ehsan (U.P : Pengarah Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran) Tarikh Tutup Permohonan Pada 15 Mac 2012 Sila tulis nama jawatan di sudut kiri atas sampul surat | ||
Iklan Jawatan Kosong 2012 - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Posted: 20 Feb 2012 06:53 PM PST ![]() Di UTM, disebalik falsafah "Menjana Minda Yang Kreatif Dan Inovatif" merupakan tunjang dari segala perkhidmatan yang kami lakukan untuk masyarakat. Inilah yang membuat kita berbeza. Kami memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM. 1. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT 2 PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SECARA ONLINE Tarikh Tutup Permohonan Pada 1 Mac 2012 | ||
Iklan Jawatan Kosong 2012 - Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad Posted: 20 Feb 2012 06:50 PM PST ![]() Pusat Pendidikan Al Amin mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memenuhi jawatan kosong seperti di bawah: 1. Juruselenggara Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak 2. Eksekutif Latihan dan Pembangunan Modal Insan 3. Kerani Akaun MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SECARA ONLINE Cara Memohon:- 1. Setiap pemohon hanya boleh memohon satu (1) jawatan sahaja. 2. Sila catatkan nama pemohon, jawatan dipohon pada sampul surat permohonan. sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada : Unit Sumber Manusia Kompleks Al-Amin Gombak Lot 1078 Batu 8 3/4 Jalan Sungai Pusu 53100, Gombak Selangor. (U/p: Cik Nor Jannah binti Mat Azah) Tarikh Tutup Permohonan Pada 15 Mac 2012 | ||
Iklan Jawatan Kosong 2012 - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Posted: 20 Feb 2012 06:49 PM PST ![]() AMANAH IKHTIAR MALAYSIA sebuah badan Amanah Persendirian di bawah The Trustee (Incorporation) Act 1952 (Revised 1981) bertujuan mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui Skim Pembiayaan Ikhtiar mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut: 1. Penyelia Bangunan / Pembantu Teknik (awam) 2. Juruelektrik 3. Pembantu Penyelenggaran 4. Pelatih Pembantu Amanah 5. Pembantu / Pembantu Pejabat MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN Cara Memohon: Calon yang berminat hendaklah menghantar surat permohonan ke alamat di bawah bersama-sama dengan salinan sijil SPM, sijil, kad pengenalan, lesen dan gambar berukuran passport (t.d.), sampul surat ekspres berukuran 4' x 9' beralamat sendidir. Permohonan hendaklah sampai sebelum atau pada 9hb Mac 2012. PENOLONG PENGARAH PERJAWATAN Ibu Pejabat, Amanah Ikhtiar Malaysia Menara Amanah Ikhtiar No.3, Jalan Cempaka SD12/1A Bandar Sri Damansara, PJU9 52200 Kuala Lumpur Tel: 03-6274 8879 Faks: 03-6274 8863 Tarikh Tutup Permohonan Pada 9hb Mac 2012 | ||
Posted: 20 Feb 2012 06:42 PM PST NAIB Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh (tengah) bergambar dengan kakitangan Astro yang terlibat dengan penubuhan saluran baharu, Bella pada majlis pelancaran saluran tersebut di Kuala Lumpur minggu lalu. BERMULA 5 Mac ini, para penggemar rancangan telenovela di Malaysia pastinya akan lebih teruja dengan pelancaran Astro Bella. Menghimpunkan telenovela-telenovela terbaik dari seluruh dunia seperti Latin, sekitar Asia dan juga tempatan, Astro Bella bagaimanapun tidak akan menayangkan cerita-cerita sinetron dari Indonesia. Malah, saluran Astro Bella itu juga bakal menggantikan saluran B4U yang akan ditamatkan siarannya pada 5 Mac ini. Menurut Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, pihak Astro memutuskan untuk melakukan sedikit rombakan pada pakej Mustika yang merangkumi saluran Warna, Citra dan B4U setelah mengambil kira maklum balas daripada penontonnya. "Pakej Mustika yang diperkenalkan pada tahun 2009, pada mulanya merangkumi saluran Warna, Citra dan B4U. Setelah hampir dua tahun pakej ini dilancarkan dan setelah mengambil kira maklum balas daripada pelanggan kami, Astro memutuskan untuk menamatkan siaran B4U dan menggantikannya dengan saluran Bella," ujarnya. Menyasarkan golongan wanita berusia 18 tahun ke atas, Astro Bella akan bersiaran selama 24 jam dengan pengisian telenovela-telenovela yang menarik antaranya Fish Port Princess (Filipina), Rivals (Filipina), Diabla Daniela (Latin), Pasion Morena (Latin), Eternamente Tuya (Latin) dan siri mini Girlfriends (Itali). Telenovela yang sememangnya terkenal dengan pengisian melodramatik yang rata-ratanya berunsurkan cinta, dendam, perebutan kuasa, persahabatan serta keperibadian setiap watak yang dilakonkan, dijangka menyentuh hati penonton. Jelas Khairul, dengan pelancaran saluran Astro Bella itu ia akan menyempurnakan lagi pakej Mustika serta menyokong dua saluran yang sudah menempah tempat di hati para penonton iaitu Astro Warna (saluran 132) dan Astro Citra (saluran 131). "Astro akan terus mengekalkan penyiaran saluran Warna yang telah berjaya menghasilkan komedi terbaik daripada pelawak-pelawak tempatan. Rancangan seperti Raja Lawak, Maharaja Lawak Mega telah meraih antara penilaian yang tertinggi dan semestinya menjadi peneraju utama pakej Mustika. "Begitu juga dengan saluran Astro Citra yang juga begitu sinonim dengan filem-filem blockbuster serta siri drama epik antarabangsa dan tempatan," katanya. Tambahnya, bagi peminat-peminat filem Bollywood yang pernah melanggan pakej Mustika untuk menikmati filem-filem Hindi di bawah saluran B4U, mereka masih boleh menikmati filem-filem tersebut menerusi saluran 108, Zee. Astro Bella yang akan disiarkan di saluran 133 akan mula bersiaran bermula 5 Mac ini melalui pakej Mustika pada harga RM12.95 sebulan. Untuk melanggan, sila layari laman web www.astro.com.my/mustika atau hubungi 1-300-82-777. -kosmo- | ||
Posted: 20 Feb 2012 06:40 PM PST Presidennya, Datuk Omar Osman (gambar) berkata, permintaan itu adalah wajar memandangkan kerajaan sebelum ini menetapkan tarikh kuat kuasa SBPA bermula 1 Januari tetapi pelaksanaan sahaja ditangguhkan berikutan semakan semula beberapa perkara dalam skim baru itu. "Jadi permintaan CUEPACS adalah supaya tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari itu dikekalkan. Itu yang kita mahu. "Ia berdasar perbincangan sewaktu saya bertemu dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tempoh hari. Jadi kekalkan tarikh kuat kuasa itu, tangguh pelaksanaan, semak semula dan sehingga dapat penyelesaian dalam tempoh tiga bulan," katanya kepada pemberita di sini semalam.-kosmo- | ||
Stesen radio ditegur guna bahasa rojak Posted: 20 Feb 2012 06:30 PM PST RAIS ketika ditemu ramah oleh deejay, Wan Syahrina Wan Ab. Rahman pada pelancaran peluasan siaran Bernama Radio24 di Johor Bahru semalam. JOHOR BAHRU – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim meminta 56 buah stesen radio di negara ini termasuk 22 buah stesen radio swasta mengambil peranan dalam menyemarakkan penggunaan bahasa kebangsaan. Beliau kesal kerana masih banyak stesen radio tidak mengambil berat tentang aspek penggunaan bahasa Melayu dengan betul menyebabkan pendengar terdedah dengan bahasa rojak dan slanga. "Kita pohon (stesen radio) supaya jangan hanya guna bahasa kebangsaan lantaran didesak atau diarah berbuat demikian. "Sepatutnya stesen televisyen dan radio termasuk swasta memainkan peranan ulung dalam memajukan bahasa kebangsaan dengan penggunaan yang betul dan menarik kepada pendengar," katanya. -kosmo- |
You are subscribed to email updates from Budak Technician | Berita Semasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment