Tuesday 21 February 2012

Budak Technician

Budak Technician


Celebrity Sex Tape - 2012 (DVDRip Mediafire)

Posted: 20 Feb 2012 03:26 AM PST

Celebrity Sex Tape (2012) DVDRip 350MB

http://www.imdb.com/title/tt2136808/
[FORMAT]:…………………..[ Matroska
[iMDB RATING ]………………[ 1.4/10
[DIRECTOR ]………………[ Scott Wheeler
[STARS ]………………[ Jack Cullison, Jonathan Brett and Colbert Alembert
[GENRE]:……………………[ Comedy
[FILE SIZE]:………………..[ 350MB
[VIDEO]:……………….[ 720x400
[AUDIO]:……………….[ acc 48khz
[LANGUAGE ]:………………..[ eng
[RUNTIME]:………………..[ 1h31Min

trailer





..::Part 1::..
..::Part 2::..

Password

loadzoom.com


OR



..::Part 1::..
..::Part 2::..

Password

AmoviesZ.com

Perubahan Wajah Victoria Beckham dari Remaja Hingga Kini

Posted: 19 Feb 2012 11:51 PM PST


Victoria Adams adalah nama asalnya, dulu Victoria merupakan ahli kakitangan dari girlband Spice Girl. Isteri dari David Beckham ini selain berjaya di dunia intertainment, Victoria juga berjaya dengan perniagaan fashionnya, khususnya produk Blouse Victoria Secret. Namun, tahukah anda perkembangan dan perubahan wajah Victoria? semak gambar berikut.

Victoria saat belum bergabung di Spice Girl, ia terlihat gemuk di tahun 1990
Senyum lepas Victoria dengan penapilannya di tahun 1997
Victoria masih bergaya dengan rambut panjang di tahun 1998
Victoria berambut pendek saat masih bergabung bersama Spice girl di tahun 1998
Victoria Beckham di tahun 2005
Penampilan Victoria yang maish terlihat tak terlalu kurus di tahun 2007
Victoria dengan rambut pendek pada tahun 2008
Victoria dengan wajah lebih kurus pada tahun 2010

sumber : infospesial

Identiti dan Gambar Kekasih Baru Russell Brand (Suami Katy Perry)

Posted: 19 Feb 2012 11:13 PM PST



Semenjak melayangkan tuntutan cerai kepada Katy Perry, Russell Brand dikhabarkan telah mempunyai kekasih. Dan kini identiti kekasih baru Russel tersebut terkuak, wanita tersebut merupakan seorang pelukis seksi asal Mexico bernama Oriela Medellin Amieiro yang berusia 25 tahun.

Russel dan Oriela bertemu di kelas yoga. Oriela adalah seorang pelukis yang banyak mengambil tema tentang seksualiti, sensualitas dan perspektif perempuan. Kreasinya terjual hingga USD4.500. Namun saat para wartawan mengesahkan hubungannya dengan Russel, Oriela tak mau berkomentar banyak.

"Saya merasa tidak selesa berbicara tentang hal ini."

Anak perempuan dari seorang pereka pakaian itu pernah menjadi model pemotretan fesyen pelbagai brand pakaian bergaya. Kisah asmara keduanya terungkap setelah Brand tertangkap kamera menginap di pangsapuri Oriela.

Sebelumnya, Russell Brand menggugat cerai bekas isterinya, Katy Perry pada bulan Disember lalu dan akan diumumkan pada 30 Jun di bawah mahkamah California. Mereka berkahwin hanya 14 bulan. -infospesial-

Perbezaan Harga Kereta Malaysia Di Luar Negara

Posted: 19 Feb 2012 08:15 PM PST



Kami bercerita soal harga kereta, harga barang. Memang lumrah. Sebab itu semua keperluan. Tetapi di Malaysia kalau dibuat perkiraan nilai inflasi, pembelian kereta oleh rakyat Malaysia tidak dikira sebaliknya rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan awam barulah tergolong dalam kelompok inflasi. Bagaimana tu? Berapa ramai yang guna pengangkutan awam? Cuba lihat berapa banyak kereta di jalan raya sekarang ini?

Kami tidak akan menyentuh pembelian kereta mewah di Malaysia, tetapi cukup sekadar harga kereta Nasional yang dikenakan sesuai dengan golongan pertengahan. Atau kalau tak mampu nak turunkan harga kereta Nasional disebabkan pelbagai alasan yang diberikan, beri peluang untuk rakyat Malaysia "memilih". Sampai bila lagi nak bagi subsidi dan perlindungan kepada harga kereta Nasional?

Sepatutnya lebih indah duduk sendiri bukan? Tetapi apa sudah jadi sekarang ini? Ada yang mengatakan kami ini pro pembangkang atau anti kerajaan atau wakil pembangkang. Itu semua pendapat anda, kami tidak boleh menghalang. Sekali lagi kami tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik. Cuma kami nak tanya, anda sebagai rakyat Malaysia tak mahu lihat negara ini menjadi lebih baik?
"Kerajaan buat benda baik, kami sokong. Kalau ada kesilapan kami jugak mestilah menegur"
Negara kita bukannya negara miskin tetapi NEGARA KAYA. Tuhan dah anugerahkan kepada negara Malaysia cukup hasil bumi yang cukup banyak. Hanya tinggal kita sahaja menguruskan dengan baik. Itu belum masuk lagi "sumbangan rakyat Malaysia" yang tak henti-henti kepada negara.

Topik kali ini, kami nak sentuh perbezaan harga kereta Nasional yang dijual di Malaysia dengan harga kereta Nasional yang dijual di negara sendiri, Malaysia.

harga kereta 21 Harga Kereta Nasional di Luar VS Harga Kereta Nasional di Malaysia Ada Perbezaannya?


Di UK contohnya, siapa kata cukai sana rendah? Tinggi…tetapi "sepadan" dengan pendapatan yang mereka perolehi termasuk juga harga barangan dan harga kereta di sana. Contohnya :
  • Gaji anda GBP1840 sebulan (Graduan universiti)
  • Harga kereta Nasional GBP7000 sahaja (Perodua Myvi)
  • Kalau pergi berbelanja di pasaraya contohnya, senang-senang sahaja boleh penuh satu troli dengan hanya modal belanja GBP50-GBP60 (beras, ikan, udang, sotong, sayur, tepung, cereal)
Indah tak kalau begitu? Kalau di US macam-macam dana untuk orang awam. Memang banyak orang US yang homeless tetapi homeless mereka pun makan pakai cukup 3 kali sehari. Kerajaan mereka siapa bagi kupon makan lagi. Kalau di Malaysia selagi tak masuk rancangan Bersamamu, selagi itulah "pihak-pihak yang berkaitan buat sardin saje".
Kami pun tidak mengharapkan Malaysia berada sampai tahap begitu sekali seperti yang berada di UK dan USA. Tetapi sekurang-kurangnya lebih baik daripada sekarang ini. Sesekali minda kita semua di sini (rakyat Malaysia perlu lebih terbuka) untuk melihat keadaan yang di luar sana. Kalau tidak sehingga 10 generasilah kita akan rasa yang Malaysia sudah berada dalam yang cukup selesa.
Soal harga kereta Nasional ini. Kita balik semua kepada negara UK :
  • Kalau di UK, gaji minimum di sana adalah sekitar 5.8-6 pound satu jam. Kalau harga minyak di sana pula bersamaan 1liter minyak = 1.05 pound
  • Basic gaji bagi fresh graduate (ijazah sarjana muda) yang kerja dengan kerajaan boleh dapat sekitar GBP1840 sebulan

harga kereta 71 Harga Kereta Nasional di Luar VS Harga Kereta Nasional di Malaysia Ada Perbezaannya?

  • Okey…katakanlah ada di antara mereka ada yang minat Perodua Myvi, harga kereta Nasional tersebut hanyalah sekitar GBP6999. Berapa kali agaknya gaji, mereka dah boleh beli Perodua Myvi SECARA TUNAI?
  • Yang menguntungkan mereka lagi, aksesori dan spesifikasi Perodua Myvi contohnya yang dibawa ke sana pastinya agak berlainan dengan pasaran di Malaysia selain daripada harga kereta yang agak kompetitif untuk dijual di UK.
  • Kalau tidak dibuat begitu, memang tenggelam timbul permintaan mdel Perodua & Proton di sana
Sebab di negara luar, padang yang disediakan adalah sama rata kepada semua untuk masuk dalam industri automatif ini dengan cukai yang agak "munasabah". Okey di Malaysia pula :
  • Gaji gresh graduate (degree) yang berkerja dengan kerajaan contohnya boleh menikmati pendapatan sekitar RM2,000 + RM1,000 = RM3,000 lah lebih kurang
  • Harga kereta Nasional di Malaysia (Perodua Myvi) berapa pula? Kalau tak diikat pinjaman dengan bank sehingga 7 atau 9 tahun, belum tentu rakyat Malaysia mampu nak pakai.
  • Kalau ada yang tak mampu juga kenalah naik pengangkutan awam. Contohnya dari Bukit Bintang ke KLCC? Apa yang boleh diharapkan dengan kecekapan pengangkutan awam yang sedia ada?
  • Itu sebablah juga sehingga saat ini, terdapat 20 juta buah kereta yang didaftarkan di Malaysia. Daripada jumlah kereta tersebut, apa pilihan yang mereka ada untuk membeli kereta yang mampu milik?
Jangan bandingkan antara nilai pertukaran matawang tetapi lihat dan perhatikan perbandingan antara gaji kepada gaji. Adakah duit kita semakin mahal atau barang kita yang semakin mahal. Adakah patut harga kereta Nasional contohnya ditekan harga sebegini rupa kepada rakyat. Adakah penjualan pada harga kereta Nasonal sebegini rupa hanya untuk mendapatkan keuntungan atau nak mencekik darah terhadap rakyat sendiri?
Adakah harga kereta Nasional yang dijual di Malaysia, menggunakan konsep pembeli membeli kereta sambil 'menderma'?
Satu lagi masalah utama sekarang ini kerana "nilai" kereta itu sendiri. Inflasi terhadap nilai kereta itu sendiri masuk ke dalam sistem pembankan. Makanya, penyusutan nilai kereta sekarang sudah menjadi satu risiko sistematik kepada sistem pembankan.
 
harga kereta1 Harga Kereta Nasional di Luar VS Harga Kereta Nasional di Malaysia Ada Perbezaannya?

Harga Kereta Nasional yang tinggi ketika ini tak setara dengan kualiti yang sedia ada. Disebabkan tarif perlindungan itulah rakyat akan terus ditekan tinggi. Dalam pada masa yang sama, banyak AP yang "dilepaskan" kepada kroni semakin berleluasa ketika ini yang akhirnya memakan diri sendiri. Kalau dahulu Proton boleh pegang separuh daripada pasaran automotif negara, sekarang ini tinggal berapa sahaja?
Dalam bahasa mudahnya, punca harga kereta di Malaysia terlalu tinggi adalah disebabkan :
  • Cukai yang dikenakan oleh kerajaan, tidak kira Proton, motokar Jepun, kereta continental, semuanya akan jadi  harga kereta melambung tinggi apabila dibawa masuk dan dipasarkan di Malaysia.
  • Dalam pada masa yang sama harga kereta Nasional dikurangkan sedikit supaya dapat "bersaing" dengan kereta import
  • Yang peliknya kalau buat pinjaman kereta Nasional lebih mahal daripada buat pinjaman untuk kereta import?
  • Dalam pada masa yang spare pun boleh tahan juga harganya
harga kereta 611 Harga Kereta Nasional di Luar VS Harga Kereta Nasional di Malaysia Ada Perbezaannya?

 
Harapan kami cuma satu sahaja, kerajaan dapatlah kiranya semak semula dasar percukaian kereta import & tempatan (Semak sini). Terutamanya, kereta kelas ekonomi atau medium yang banyak dibeli oleh rakyat Malaysia daripada golongan pertengahan.
"Cukup-cukuplah dengan tongkat yang diberikan kerajaan selama ini, sehingga rakyat "dipaksa memegang tongkat di bawahnya selama berpuluh tahun lamanya"
Biarkanlah akhirnya rakyat dapat buat pilihan. Bagaimana harga kereta Nasional mahu diselaraskan sehingga mampu menarik pengguna di Malaysia. Ataupun tingkat kualiti yang sedia ada…terpulang

P/S : Apa pandangan anda pula perbezaan harga kereta Nasional yang dijual di Malaysia dengan yang diluar negara?

sumber : beritasemasa

PANAS! Gambar bogel Sami Khedira bersama teman wanitanya

Posted: 19 Feb 2012 08:05 PM PST



Tunisia – Gambar pemain Real Madrid ,Sami Khedira bersama teman wanitanya, Lena Gercke telah mencetuskan kekecohan di Tunisia sehingga menyebabkan seorang ketua pengarang sebuah akhbar tempatan bersama dua lagi editornya ditahan oleh pihak berkuasa.

Semuanya gara-gara akhbar itu menyiarkan gambar pasangan berkenaan yang menunjukkan Gercke bergambar tanpa seurat benang bersama Khedira yang lengkap berpakaian sambil tangannya menutup payu dara wanita berkenaan.

Tindakan akhbar tersebut telah mencetuskan kemarahan orang ramai sehingga mereka mengancam untuk membakar bangunan yang menempatkan ibu pejabatnya.

Biarpun ketua pengarang akhbar itu mengemukakan permohonan supaya dibebaskan menerusi peguamnya, namun ia ditolak oleh pihak berkuasa.

Susulan itu dia bercadang melancarkan mogok lapar. -mynewshub-

ZALIM! Gambar Seorang Lelaki Penggal Kepala Kucing

Posted: 19 Feb 2012 08:00 PM PST



Entah apa punya penyakit otak, lelaki dalam gambar ini dilihat memegang kepala kucing yang sudah dipenggal.

Tidak banyak yang diketahui mengenai perilaku atau lelaki itu, namun apa yang pasti ini satu perbuatan yang amat zalim sekali.

Di mana sekali pun pelakunya berada, sepatutnya tindakan tegas diambil ke atasnya, kerana ini perbuatan yang tidak boleh diterima akal.

sumber : mynewshub/syok.com

Skype Pengubat Rindu Zizan - Juliana Evans

Posted: 19 Feb 2012 07:54 PM PST


Cinta antara penghibur tempatan popular Zizan Razak dan Juliana Evans bukanlah satu rahsia atau gosip semata-mata.

Mereka yang mula menjalinkan hubungan sejak setahun lalu, kini terpaksa berpisah berpuluh ribu batu kerana Juliana Evans kini berada di Michigan, Amerika Syarikat (AS) bagi melanjutkan pelajaran di sana.

Kesempatan bertemu Zizan ketika pelancaran filem Cinta Kura-Kura di mana dia meminjamkan suaranya bagi watak kura-kura jantan yang bernama Nico baru-baru ini, telah memberi peluang kepada portal murai.com.my untuk bertanyakan pelawak berkenaan berkenaan perasaan seorang kekasih yang ditinggalkan pasangannya.

"Eh! Saya ok saja. Tetapi rindu itu memang ada. Mana boleh tak rindu. Bukankah kami sudah lama tidak berjumpa.

"Tapi kerana saya tahu dia ke sana atas urusan belajar dan mengejar cita-cita dia, saya selaku teman sentiasa memberi sokongan kepadanya.

"Kami ada berhubung antara satu sama lain. Adakalanya di Skype atau pun telefon. Kalau ada masa terluang memang saya akan cuba menghubunginya.

"Masalah utama adalah masa kerana kalau kita siang di sini, dia malam di sana.

"Jadi kadang-kadang sempat bertanyakan khabar sekejap sahaja," ujar Zizan tentang hubungan mereka yang terpisah oleh masa namun masih mencuri kesempatan untuk berhubung.

Dua tahun pemergian Juliana ke AS bukanlah satu tempoh masa yang singkat.

Namun bagi Zizan, jika persahabatan mereka itu ikhlas, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Malah terbit pula persoalan, tidakkan mereka mahu mengikatkan tali pertunangan supaya hubungan yang terjalin akan berada dalam keadaan selamat.

"Macam mana nak ikat, orangnya pun tak ada di sini. Cukuplah sekarang ini kami bersahabat saja.

"Saya tahu dia macam mana dan dia tahu saya bagaimana," ujarnya yang enggan mengulas lanjut tentang soalan mengenai hubungan istimewanya dengan Juliana Evans.

Abby Abadi Bawa Hati Ke Mekah

Posted: 19 Feb 2012 07:52 PM PST

Pelakon, Abby Abadi, 34, akui telah menolak beberapa tawaran berlakon dalam masa terdekat, bagi memberi laluan kepada kelas pengajian Umrah sebelum berangkat ke Mekah pada 11 Mac ini.

Bakal mengerjakan ibadah Umrah selama sepuluh hari, Abby Abadi bakal pulang ke tanah air pada 22 Mac ini.

Meskipun teruja dengan kunjungan pertamanya ke sana, namun Abby Abadi berkata dia kini tidak dapat menyelindungkan perasaan gusar jika terdapat halangan yang mendatang kepada dirinya seperti yang pernah terjadi sebelum ini.

"Sebenarya sudah lama saya teringin ke sana. Sebelum ini pun saya sudah beberapa kali berusaha untuk ke tanah suci tetapi terdapat beberapa halangan seperti kelewatan menyiapkan visa dan sebagainya.

"Namun semua itu tidak mematahkan semangat saya, malah terus bersabar. Saya fikir mungkin ketika itu belum rezeki saya.

"Jadi kali ini saya benar-benar berharap agar impian saya untuk berada di hadapan Kaabah tercapai," katanya yang ditemui selepas Pelancaran Suria FM Terbaru, di Pavilion, petang semalam.

Tidak bersama keluarga atau rakan yang dikenalinya, bekas anggota Elite itu berkata dia membawa hatinya yang tulus seorang diri ke tanah suci hanya untuk berdoa yang terbaik kepada kehidupannya yang akan datang daripada maha Esa.

"Niat saya ke sana memang untuk beribadat dan bukan untuk melancong atau bersama-sama orang atau rakan yang saya kenali.

"Jadi saya membuat keputusan untuk ke sana seorang diri bersama ahli rombongan Umrah yang lain.

"Cuma kali ini saya terpaksa meninggalkan anak saya kepada ibu bapa saya untuk menjaganya sementara saya di sana.

"Saya akui, perasaan saya kini memang rasa berbelah-bagi untuk menjejakan kaki ke tanah suci.

"Namun saya percaya Tuhan maha penyayang dan lagi maha pengasih.

"Lagipun, saya ke sana hanya untuk berdoa dan mendapakan kebaikan dalam kehidupan.

"Saya harap dapat membersihkan hati serta jiwa saya supaya dilimpahkan rezeki dan kebahagiaan olehNya dalam saya membesarkan anak-anak," luah bekas kekasih pelakon, Zul Ariffin ini.

Hasil perkahwinannya bersama bekas suaminya, pelakon Norman Hakim, dia telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish, Marissa Dania dan Maria Danisha.

Selain masih aktif berlakon, Abby kini telah keluar dengan single terbaru berjudul Aku Tak Mahu karya sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim. -murai-

Tasha Shilla Tetap Ke Kelab Malam

Posted: 19 Feb 2012 07:47 PM PST



Pelbagai gosip dan kontroversi melanda pelakon Tasha Shilla,25 kini. Jika dahulu namanya kurang dikenali namun segalanya berubah seiring dengan kerjaya seninya yang semakin berkembang.

Bukan satu atau dua, sebaliknya nama Tasha Shilla semakin mekar terpalit dengan cerita kurang elok antaranya menari ghairah di kelab malam sempena sambutan hari lahirnya, mabuk dan di bela oleh orang kenamaan, sedikit sebanyak membuatkan masyarakat mula mengenalinya.

Tasha Shilla berkata, meskipun pelbagai tuduhan dilemparkan kepadanya berikutan kunjungannya ke kelab malam, namun semua itu tidak akan mengubah dirinya daripada terus mengunjungi tempat huburan berkenaan.

"Saya ke sana bersebab dan bukan selalu ke sana. Saya ke sana untuk meraikan hari lahir saya atau kawan-kawan. Meskipun pelbagai cerita buruk dijaja berikutan kunjungan saya ke sana namun semua itu, tidak akan membuatkan saya mengambil keputusan untuk tidak ke sana lagi.

"Saya tidak akan menilai seseorang itu jahat sekiranya mereka pergi ke kelab malam," katanya kepada portal murai.com.my menjawab segala dakwaan yang timbul mengenai dirinya sejak kebelakangan ini.

Enggan lagi berterusan diulit dengan kisah kontroversi seperti itu, dia berharap agar kisah berunsur negatif itu akan segera berakhir. Malah dia bersyukur segala dugaan yang mendatang membuatkannya lebih kuat dalam menghadapi ujian sebagai anak seni.

"Saya tahu bukan semua orang sukai dengan kita dan saya tidak boleh buat semua orang mempercayai kata-kata saya. Apabila kisah kontroversi saya keluar, saya ditemuramah oleh pihak wartawan dengan memberi penjelasan, untuk membersihkan nama saya juga.

"Tetapi boleh pula orang kata saya sengaja menegakan benang yang basah. Jadi saya malas hendak fikir banyak kerana tidak mahu menganggu karier saya,"jelasnya lagi.

Ditanya adakah dia selesa semakin dikenali dek kerana kontroversi yang dicipta berbanding hasil kerjanya, pelakon tersebut tidak mahu senario tersebut berterusan melanda dirinya.

"Sudah semestinya saya tidak mahu perkara itu berlaku kepada diri saya. Saya tidak rasa pula sekarang saya semakin popular cuma saya semakin diterima ramai. Saya berharap cerita yang saya yang tidak elok yang acapkali terkena pada diri saya akan dapat dihentikan dan mahu bakat saya lebih diberi perhatian oleh peminat,"ucapnya.

Winnie Kok Jadi Model Pakaian Dalam

Posted: 19 Feb 2012 07:18 PM PST


Mendapat jolokan Siti Nurhaliza nombor dua di Indonesia merupakan satu pencapaian terbaik bagi penyanyi berbangsa Cina iaitu Winnie Kok.

Lagipun, bukan mudah hendak mendapat gelaran sebegitu.

Paling tidakpun, ramai juga penyanyi tempatan dicop sebagai klon Datuk Siti Nurhaliza Taruddin seperti Elly Mazlein, Intan Sarafina, Syura dan Liza Hanim.



Itupun pada awal kemunculan penyanyi yang disebutkan tadi. Tapi sekarang tidak ada lagi.

Bagaimanapun, baru-baru ini, kita mendapat tahu ada segelintir peminat industri seni tempatan melahirkan rasa kecewa apabila Winnie yang dikenali dengan imej sopan sebelum ini telah berani menjadi duta sebuah pakaian dalam.

Kita sendiri agak terbeliak biji mata, selepas menyaksikan sendiri foto-foto iklan di dalam sebuah laman web yang melibatkan Winnie yang hanya mengenakan seluar dalam dan bercoli saja. Benarkah ini Winnie Kok?

Sungguhpun Winnie bukan berbangsa Melayu, namun keberanian dia menjadi duta produk berkenaan sedikit sebanyak telah menguris hati peminat tegarnya apatah lagi dia amat dikenali dalam masyarakat Melayu.

Ia sedikit sebanyak telah mencalar sedikit imej ketimuran kerana Winnie boleh dianggap penyanyi yang melambangkan Malaysia memandangkan dia sangat aktif dalam pasaran Melayu.

Apa sekalipun, kita merasakan mungkin ada sebab Winnie mengambil peluang menjadi duta produk berkenaan.

Kerana apa yang penting, Winnie tidak sewenang -wenangnya mengambil gambar bogel hanya nak melepaskan nafsu. Seperti mana yang berlaku pada setengah selebriti tempatan.

Yang penting, kita tunggulah nanti jawapan dari Winnie tentang gambarnya itu. Siapa tahu ada rahsia yang kita tak tahu selama ini.-murai-

Video Bogel: Melia Aimiellia Tolak Persamaan Cincin dan Fizikal

Posted: 19 Feb 2012 07:00 PM PST

Melia Aimiellia ketika menghadiri pra tonton filem Karipap-Karipap Cinta pada Ogos tahun lalu.
 
PETALING JAYA: Heroin filem Karipap-Karipap Cinta, Melia Aimiellia (Melia) berkata dakwaan yang mengatakan dia adalah gadis yang berbogel dalam sebuah video yang tersebar pada minggu lalu berdasarkan pada persamaan fizikal dan cincin di jari adalah tuduhan yang mengarut.

Melia atau Noor Melia Aimiellia Zaidi, 19, berkata persamaan itu adalah tidak berasas kerana sesiapa pun boleh memakai cincin tersebut memandangkan ia adalah trend fesyen remaja pada hari ini.

"Cincin yang saya pakai adalah trend fesyen yang dipakai oleh sesiapa pun di luar sana. Mengapa pula hanya kerana cincin itu kelihatan sama, orang menuduh saya adalah gadis dalam video bogel itu?

"Kalau diperhatikan, ciri-ciri fizikalnya juga tidak sama dengan saya. Perkara itu turut diakui oleh ibu yang melahirkan saya kerana dia lebih mengetahui fizikal anaknya sendiri.

"Saya pelik orang luar pula yang lebih arif dalam menentukan gadis itu adalah saya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Cincin dan fizikal gadis dalam video berkenaan didakwa menyamai Melia.

Melia berkata dia agak bimbang dan gelisah ketika mula-mula mengetahui mengenai isu video itu tetapi ia berjaya dihadapi dengan tenang berkat sokongan keluarga dan rakan-rakan.

"Pada awalnya, saya akui agak goyah dan kecewa juga kerana ia membabitkan soal maruah saya dan keluarga. Namun, saya bertuah kerana mendapat kepercayaan ibu, keluarga dan teman-teman.

"Malah, pengarah Karipap-Karipap Cinta, Othman Hafsham sendiri ada menghubungi saya untuk memberikan perangsang kerana tidak mempercayai tuduhan itu.

"Saya mendapat kekuatan untuk menghadapi isu ini dan bukan melarikan diri kerana saya tidak bersalah," katanya.

Ketika ditanya adakah dia menganggap penyebaran video itu sebagai perbuatan khianat pihak tertentu yang mahu mengaibkannya, Melia berkata perkara itu mungkin berpunca daripada kesilapannya yang pernah mengguriskan perasaan orang lain tanpa disedari sebelum ini.

"Saya tidak mahu tuduh sesiapa dan tidak pasti jika ia adalah perbuatan khianat orang lain terhadap saya. Setiap perkara yang berlaku mungkin berpunca daripada kesilapan saya sendiri sebelum ini.

"Mungkin saya pernah mengguris perasaan orang lain tanpa saya sedari," katanya yang menjalani kehidupan seperti biasa sejak dilanda kontroversi itu.

Terbaru, aktres muda ini baru sahaja menamatkan penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Titisan untuk saluran RTM di Kuala Kangsar, Perak.-mstar-

Shidee Bakal Timang Anak Pertama

Posted: 19 Feb 2012 06:56 PM PST

Shidee akui debaran untuk bergelar bapa buat julung kalinya pada usia 53 tahun.

KUALA LUMPUR: Penyanyi era 80-an Shidee yang bakal bergelar bapa buat julung kalinya pada Jun depan menyifatkan berita itu sebagai sejarah termanis dalam hidupnya.

Shidee atau nama sebenarnya Rashid Abdul Wahab, 53, berkata ia adalah perkhabaran gembira yang tidak pernah dia jangkakan selama ini.

"Saya tidak pernah berkahwin, apatah lagi untuk memiliki anak sendiri. Apabila mendapat tahu isteri saya mengandung dan bakal bersalin pada Jun depan, ia adalah satu sejarah dalam hidup saya.

"Berita bahawa saya akan mendapat zuriat sendiri adalah kegembiraan sebenar yang cukup bermakna," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Shidee mendirikan rumah tangga dengan Siti Fairunnisa Aziz, 24, pada 1 Febuari 2010 di pejabat Agama Islam Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu dengan berwalikan bapa saudara Siti Fairunnisa.

Shidee berkata selepas berkahwin pada dua tahun lalu, dia pernah diselubungi perasaan bimbang sama ada akan memperolehi zuriat sendiri kerana faktor usianya.

"Saya pernah terfikir apakah saya akan dikurniakan Tuhan dengan zuriat sendiri memandangkan usia sudah mencecah 50-an ketika berkahwin.

"Kini, saya sangat gembira dan bersyukur apabila mendapat berita akan mendapat anak. Apa sekali pun jantina bayi yang bakal lahir nanti, saya terima dengan sepenuh hati," katanya.

Shidee dan Siti Fairunnisa ketika majlis resepsi perkahwinan mereka pada 1 Februari 2010 di Bandar Bukit Sentosa, Bukit Beruntung.
 Berkongsi debarannya untuk bergelar bapa, Shidee berkata memandangkan masih ada beberapa bulan menjelang kelahiran anaknya, dia hanya melakukan persiapan secara sederhana buat masa ini.

"Memang saya teruja dan tidak sabar tetapi buat masa ini saya hanya buat persiapan ala kadar sahaja seperti membeli barang-barang keperluan dan kos perbelanjaan hospital nanti.

"Apa juga permintaan isteri pada waktu ini, akan saya cuba tunaikan sedaya mungkin," katanya.

Shidee berkata berita gembira itu turut menjernihkan semula hubungannya dengan ibu mertua, Jamaliah Hassan yang keruh sebelum ini kerana perkahwinannya tidak mendapat restu wanita itu.

"Inilah dia kuasa dan ketentuan Tuhan. Hubungan saya dan ibu mertua yang keruh dan tegang sebelum ini bertambah baik selepas mendapat berita gembira ini.

"Malah, dia (ibu mertua) yang bersusah payah dalam menjaga hal ehwal isteri saya sepanjang tempoh hamil ini," katanya.-mstar-

Bekas Suami Katy Perry Jalin Hubungan Dengan Pelukis Mexico

Posted: 19 Feb 2012 06:50 PM PST


Russell Brand

LONDON: Pelawak British, Russell Brand dikatakan sedang menjalin hubungan dengan seorang pelukis warga Mexico.

Laman wen thesun.co.uk melaporkan, pelukis bernama Oriela Medellin Amieiro, 25, itu dilihat menyelinap keluar dari rumah Russell pada minggu lalu selepas bermalam di situ.

Difahamkan, Brand yang memfailkan perceraian dengan penyanyi Katy Perry pada Disember lalu, mula menjalin hubungan dengan pelukis tersebut selepas mereka berkenalan dalam kelas yoga.

Ketika ditanya adakah mereka sedang menjalin hubungan, pelawak berusia 36 tahun itu berkata: "Saya tidak selesa untuk bercakap mengenai perkara ini."

Portfolio kerja Amieiro meliputi elemen lukisan individu yang berbogel dan hasil kerjanya dijual setinggi RM21,700 (4,500 pound) setiap satu.-mstar-

Sazali anak P. Ramlee terlantar sakit

Posted: 19 Feb 2012 06:27 PM PST

 
SAZALI yang kini terpaksa menggunakan kerusi roda untuk
bergerak ketika ditemui di Semenyih semalam.

SEMENYIH – Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib yang menimpa anak seniman agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Sazali, 53, yang kini terlantar sakit selepas kemalangan dua bulan lalu.

Lebih menyedihkan kemalangan yang menimpanya itu berlaku selepas sebulan memulakan pekerjaan baharu sebagai tukang sapu di sini pada November tahun lalu.

Sebelum ini, Sazali hilang pekerjaan setelah berkhidmat selama 13 tahun dengan Alam Flora Sdn. Bhd. kerana syarikat itu tidak lagi menguruskan sampah di negeri Selangor.

"Semasa kejadian itu saya balik dari kerja dalam keadaan hujan lebat. Jalan dipenuhi air menyebabkan basikal saya terlanggar besi penutup air kumbahan dan saya terjatuh di atas besi itu," katanya ketika ditemui semalam. -kosmo-

Muflis angkara bank cuai

Posted: 19 Feb 2012 06:21 PM PST


WAN ISMAIL menunjukkan laporan polis dan penyata bank ketika ditemui Kosmo! di Ampang Jaya baru-baru ini.



AMPANG JAYA – Seorang peniaga restoran bukan sahaja terpaksa menanggung status muflis sehingga ke hari ini malah wang berjumlah RM17,377.41 di dalam akaun sebuah bank di Pandan Indah di sini 'lesap' begitu saja akibat kecuaian bank tersebut.

Mengimbas sebelum kejadian itu, Wan Ismail Wan Muda, 36, mendakwa, dia diisytihar muflis oleh Jabatan Insolvensi Selangor pada tahun 2007 selepas menjamin seorang saudara yang membeli sebuah kereta Perodua Kancil berharga RM33,000.

"Mengikut prosedur, selepas diisytihar muflis semua wang dalam akaun saya akan diserahkan ke Jabatan Insolvensi Selangor.

"Tetapi apa yang berlaku pada September 2008, saya yang memeriksa penyata kewangan akaun di bank itu, terkejut mendapati wang RM17,377.41 dalam akaun telah dipindahkan ke Jabatan Insolvensi Kuala Lumpur.

"Lebih malang, duit yang dipindahkan ke Jabatan Insolvensi Kuala Lumpur itu atas nama individu lain (yang tidak dikenali)," dakwanya ketika ditemui Kosmo!.

Berikutan masalah itu, Wan Ismail berkata, dia berjumpa dengan pegawai bank berkenaan beberapa kali namun dalam tempoh lima tahun masalah tersebut tidak selesai malah telah banyak menyusahkan hidupnya.

Kata Wan Ismail, antara alasan diberikan pihak bank berhubung masalah tersebut seperti pihak bank perlu menyelesaikan perkara itu dengan berjumpa pihak Insolvensi.

"Tetapi apabila saya pergi ke Jabatan Insolvensi Selangor, pihak sana pula memberitahu bahawa saya perlu merujuk permasalahan tersebut kepada bank kerana wang RM17,377.41 tersebut telah dimasukkan ke akaun lain dan bukan ke jabatan itu.

"Sepanjang tempoh tersebut hingga sekarang, saya terpaksa berulang-alik ke bank dan Jabatan Insolvensi Selangor tetapi masalah ini tetap juga tidak selesai," katanya yang juga telah membuat laporan polis berhubung masalah yang dihadapinya.

Sejak berhadapan dengan masalah itu, Wan Ismail berkata, dia merasakan dirinya dianiaya kerana pihak bank mengambil masa terlalu lama menyelesaikan kecuaian yang jelas disebabkan pihak bank.

Mengikut maklumat, kerani bank yang melakukan proses memindahkan wang dari dalam akaun miliknya telah bersara.

Bagaimanapun, pada 13 Februari lalu, Wan Ismail berkata, dia menerima sepucuk surat dari pihak bank terbabit yang mengaku berlaku kecuaian pihaknya ketika proses pemindahan wang.

"Dalam surat tersebut, menyatakan pihak bank telah membuat rayuan kepada Jabatan Insolvensi Kuala Lumpur supaya memindahkan duit dari Jabatan Insolvensi Kuala Lumpur ke Jabatan Insolvensi Selangor yang menguruskan kes saya," kata Wan Ismail bapa kepada dua orang anak.

Katanya, dia merasa amat kecewa dengan sikap pihak bank yang hanya menghantar surat memaklumkan perkara itu dan bukannya mengambil inisiatif untuk berjumpa dengannya bagi menjelaskan masalah itu.

"Saya sebagai pelanggan bank dan disebabkan kecuaian bank saya terpaksa membazir masa selama lima tahun, pihak bank layan saya seperti masalah yang berlaku itu remeh," katanya.

Sementara itu, jurucakap bank terbabit ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menghantar sepucuk surat kepada Wan Ismail baru-baru ini dan proses untuk memindahkan wang ke Jabatan Insolvensi Selangor sedang diuruskan.-kosmo-

Pengalaman menyusu anak beri Dynaz inspirasi

Posted: 19 Feb 2012 06:17 PM PST


Biarpun perniagaan yang pernah dibina bersama rakan seangkatannya, Awal Ashari suatu ketika dahulu terpaksa berhenti separuh jalan, tetapi pelakon jelita tinggi lampai Dynas Mokhtar tidak putus asa untuk terus menceburi bidang yang sama.

Masih lagi tertumpu kepada perniagaan menjual pakaian, namun pada kali ini pemilik nama sebenar Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar memilih untuk fokus kepada rekaan baju menyusu buat ibu.

Mengekalkan nama perniagaan sama sewaktu mengusahakan bisnes lamanya bersama Awal, Dynas memilih untuk menamakan butiknya sebagai Dynas Nursing Attire (DNA) yang juga begitu 'dekat' dengan namanya sendiri.

Beroleh inspirasi untuk membuka DNA daripada pengalamannya menyusukan permata hati, Khyra Khalyssa, wanita berusia 29 tahun ini memahami kesulitan para ibu yang sukar untuk menyusukan anak mereka di tempat awam.

Menurutnya, pengalaman menyusukan Khyra dengan susu badan membuatkan dia terpanggil untuk menghasilkan rekaan baju menyusu untuk kemudahan para ibu menyusukan anak mereka di mana-mana sahaja.

"Selepas melahirkan Khyra, Dynas hanya memberikan dia susu badan kerana percaya ia adalah makanan terbaik untuk bayi pada usianya ketika itu.

"Namun, yang menjadi masalahnya adalah apabila membawa Khyra keluar kerana Dynas jenis yang suka membawa Khyra berjalan- jalan seperti pergi ke pusat membeli-belah. Khyra pula jenis yang kerap menyusu tidak kiralah di mana sahaja.

"Justeru, menyedari sebenarnya ramai para ibu berdepan dengan situasi ini, Dynas mendapat idea untuk menghasilkan baju menyusu yang memudahkan para ibu untuk memberi susu badan kepada anak mereka di mana-mana sahaja," katanya ketika ditemui di butiknya yang terletak di The Curve, Damansara.

Bertitik tolak daripada pengalamannya itu, bekas pengacara rancangan Beat TV ini optimis permintaan terhadap baju menyusu begitu diperlukan oleh para ibu di negara ini.

Tidak hanya menawarkan rekaan baju menyusu sahaja, Dynas giat mengembangkan lagi skop rekaannya dengan menghasilkan baju untuk ibu mengandung juga.

"Apa yang menariknya, di DNA kami memperkenalkan baju yang bukan sahaja boleh digunakan untuk menyusu, malah ibu mengandung juga boleh pakai baju tersebut, seperti rekaan dua dalam satu.

"Secara tidak langsung, para ibu boleh mempersiapkan diri mereka dengan memakai baju yang sama sewaktu mengandung dan juga selepas bersalin, sekali gus menjimatkan wang mereka," katanya yang telah mengusahakan DNA sejak Mei tahun lalu.

Reka baju sendiri

Tidak hanya pandai menguruskan bisnes, dalam diam Dynas juga merupakan pereka fesyen baju-baju yang dijual di butiknya itu.

Mengakui sudah lama meminati bidang rekaan fesyen, selebriti yang berasal dari Petaling Jaya ini ternyata hanya menunggu masa untuk mempamerkan bakatnya sebagai pereka di DNA.

"Sebenarnya, sejak dari kecil lagi Dynas memang suka melakar dan melukis baju. Cuma belum diberi kesempatan sahaja untuk memperlihatkan bakat yang ada.

"Sewaktu membuka butik bersama Awal dulu, kami masih baru lagi dalam bisnes. Dynas juga sibuk dengan tawaran berlakon pada ketika itu, jadi Dynas tiada masa untuk menghasilkan rekaan baju di butik yang kami buka.

"Tambahan pula, Dynas ketika itu masih belum berkahwin jadi idea untuk menghasilkan baju sendiri belum timbul lagi pada waktu itu," katanya.

Bercerita mengenai cetusan ideanya sebelum membuka butik DNA, Dynas berkata, dia hanya cuba menghasilkan baju menyusu untuk dipakai dirinya sendiri sahaja.

"Pada ketika itu, Dynas memakai jubah menyusu rekaan pertama sewaktu menghadiri majlis cukur jambul di rumah rakan.

"Daripada situ, ramai yang bertanya dan berminat dengan baju yang Dynas hasilkan. Malah, mereka juga berkongsi cerita akan kesukaran untuk menyusukan anak di tempat awam kerana faktor baju yang tidak bersesuaian.

"Di situ juga, ramai dalam kalangan rakan-rakan Dynas yang mula menempah untuk membuat baju menyusu dan mereka juga mencadangkan supaya Dynas membuka butik khusus untuk baju tersebut," ujarnya lagi.

Positif terima kritikan

Memegang konsep 'pelanggan sentiasa betul', Dynas menanamkan sifat positif dengan sebarang kritikan yang diterima.

Tiada istilah berputus asa dalam hidupnya, isteri kepada Mohd Hafizy Hafiz ini percaya setiap komen yang diterima penting untuk membantu membangunkan lagi perniagaannya.

"Dynas tidak pernah anggap sebarang kritikan yang diterima adalah untuk menghancurkan bisnes, sebaliknya Dynas anggap ia sesuatu yang positif untuk meningkatkan lagi perniagaan yang ada ini.

"Pada awal berniaga, ada juga kami terima komen mengenai harga baju yang dijual di sini sedikit mahal. Namun, Dynas terima ia sebagai satu motivasi untuk DNA.

"Sebenarnya, material yang Dynas gunakan dalam setiap rekaan adalah berkualiti. Lagi pula, baju yang digunakan boleh dipakai untuk dua tujuan, menyusu dan juga ibu mengandung. Jadi, mungkin ada yang kurang faham akan harga dengan kegunaan yang ditawarkan," katanya.

Bagaimanapun, Dynas memberitahu, DNA kini sedang dalam proses mencari sumber lain yang boleh membekal material yang berkualiti dengan harga yang lebih murah daripada yang diterima kini.

"Setiap teguran daripada pelanggan kami terima dengan baik dan kini kami sedang berusaha mencari pembekal lain yang boleh menawarkan harga yang lebih murah daripada yang ada sekarang. Namun, yang pastinya kami di sini begitu mementingkan kualiti material," katanya lagi.

Menurut Dynas, terdapat banyak pilihan baju menyusu dan mengandung boleh didapati di butiknya termasuk rekaan baju kasual, baju lengan panjang, tanpa lengan, jubah, gaun dan baju kurung moden. Menawarkan pelbagai saiz bermula daripada saiz S sehinggalah ke saiz XL, baju tersebut boleh didapati dengan harga serendah RM50.

Terima komen pelanggan

Perlu mencari rekaan-rekaan terkini bagi memberi lebih variasi kepada produknya, Dynas bertindak bijak dengan mendengar pendapat dan komen pelanggan yang datang ke butiknya.

"Selalunya, Dynas akan tanya pendapat pelanggan yang datang ke butik untuk mengetahui cita rasa mereka. Melalui cara itu, Dynas akan mengemas kini rekaan sedia ada dengan cara seperti menambah ropol-ropol pada baju ataupun melonggarkan sedikit baju yang ada untuk memudahkan mereka bergerak," katanya.

Selain menawarkan baju-baju mengandung dan menyusu, Dynas turut menghasilkan set baju untuk ibu dan anak.

Dalam pada itu, Dynas turut merancang untuk menghasilkan set baju bapa dan anak yang akan dilancarkan menjelang sambutan Hari Bapa nanti.

Menurutnya, idea untuk menghasilkan set baju tersebut tercetus daripada suaminya, Mohd Hafizy yang mengutarakan untuk memakai baju sama dengan Khyra.

"Pada mulanya, suami Dynas beritahu ada kain lebihan baju Melayunya. Jadi, saya mendapat ilham untuk menghasilkan baju yang sama warna untuk suami dan Khyra," katanya.

Selain itu, Dynas turut menawarkan perkhidmatan custom-made untuk pelanggan yang inginkan rekaan lain seperti tempahan untuk baju Melayu bapa dan anak.

"Kami juga membuka peluang untuk mereka yang ingin menempah baju berdasarkan bajet yang mereka sediakan. Tempahan ini boleh dibuat secara terus di butik DNA ataupun melalui laman sosial, Facebook dengan menaip DNA Boutique," katanya.

Bisnes tumpuan utama

Dynas yang kini sedang mengandung lima bulan berhasrat menumpukan kepada perniagaan yang dijalankan kini.

Tidak berniat untuk meninggalkan bidang lakonan dan pengacaraan, Dynas memberitahu akan aktif selepas melahirkan anak keduanya pada Jun nanti. -MH-

Misha Omar Dedahkan Calon Suami

Posted: 19 Feb 2012 06:09 PM PST


Setelah sekian lama merahsiakan kisah percintaan mereka, akhirnya penyanyi popular, Misha Omar tampil  memperkenalkan bakal suaminya, Firos Ezzwan Rossly, 30 tahun, seorang juruterbang MAS.

Menerusi kenytaannya di dalam sebuah akhbar, Misha Omar dan Firos pernah bercinta dan pernah putus beberapa kali sebelum kedua-duanya memutuskan untuk bernikah pada hujung tahun ini.

Tahniah MH ucapkan dengan pengumuman berita gembira ini. Semoga perhubungan yang dibina ini akan kekal hingga ke akhir hayat. -MH-

Dewi Persik Hadapi Hukuman Penjara

Posted: 19 Feb 2012 06:07 PM PST



Selepas pergaduhan dua bintang sensasi Indonesia, Dewi Perssik (Depe) dan Julia Perez (Jupe) dibawa ke muka pengadilan, kini pihak pendakwaraya menuntut agar Depe dipenjarakan selama enam bulan kerana didapati bersalah mendatangkan kecederaan kepada Jupe.

Pergaduhan mereka tercetus ketika menjalani penggambaran filem 'Arwah Goyang Kerawang' di mana Depe dikatakan telah mencakar dan menarik rambut Jupe.

Depe dikatakan berusaha agar sentiasa berada dalam keadaan tenang dan tidak beremosi selepas mendengar tuntutan tersebut di perbicaraan yang diadakan di Pengadilan Negeri, Jakarta Timur baru-baru ini.

"Kalau sekadar tuntutan, tiada masalah kerana yang penting, ia belum ada keputusan atau ketetapan yang sah. Bagi saya wajar apabila pihak penuntut meminta hukuman sebagainya. Namun keputusan tetap akan dibuat oleh mahkamah," ujar Depe yang mengharapkan tuduhan yang sudah berjalan selama dua tahun ini diakhiri secepat mungkin. -MH-

Pelajar Kolej Universiti Insaniah Lancar Tunjuk Perasaan?

Posted: 19 Feb 2012 06:01 PM PST


SEBAHAGIAN daripada pelajar Kuin yang menyertai perhimpunan di hadapan Wisma Darul Aman, Alor Setar semalam.



ALOR SETAR – Sekumpulan penuntut Kolej Universiti Insaniah (Kuin) mendesak supaya rektor institusi pengajian tinggi itu meletakkan jawatan kerana didakwa gagal menangani isu kebajikan penuntut dengan baik.

Selain itu, kalangan penuntut yang mengadakan perhimpunan di hadapan Wisma Darul Aman di sini semalam turut menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Prof. Datuk Dr. Jamil Osman yang didakwa tidak menghormati hak dan kebebasan bersuara penuntut.

Sehubungan itu, pengerusi perhimpunan tersebut, Rendy Ismail, 22, yang mewakili penuntut Kuin meminta Jamil meletakkan jawatan dan ditukarkan dengan rektor baharu.

"Mahasiswa (Kuin) sudah muak kerana banyak isu kebajikan penuntut yang tidak mampu diselesaikannya (Jamil) termasuk melibatkan masalah pengagihan wang zakat kepada pelajar.

"Satu lagi adalah isu keselamatan yang mana lapan blok asrama penuntut di Mergong dan Star Gate yang didakwa tidak mempunyai sijil layak menduduki," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan perhimpunan di hadapan Wisma Darul Aman di sini semalam.

Pada perhimpunan yang disertai kira-kira 100 penuntut kolej itu, Rendy turut menyerahkan satu memorandum tuntutan tersebut kepada Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Besar Kedah, Ismadi Abu Bakar.

Berhubung isu pengagihan zakat, dakwanya, ia lambat diagihkan kepada lebih 2,000 penuntut.

Malah tambahnya, bantuan zakat tersebut juga dipotong sebanyak 50 peratus bagi penuntut yang mempunyai tunggakan yuran pengajian.

Sementara itu, Jamil gagal dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai desakan penuntut tersebut. -kosmo-

Terperangkap dalam kereta selama dua bulan

Posted: 19 Feb 2012 05:47 PM PST


 SEORANG lelaki yang ditemui kelmarin terperangkap di dalam kereta ini yang dipenuhi dengan salji tebal di sebatang jalan di sebuah hutan tidak jauh dari bandar Umea, Sweden.



STOCKHOLM, Sweden – Seorang lelaki Sweden hidup dalam sebuah kereta yang ditimbus salji di sebatang jalan di dalam hutan selama dua bulan tanpa makan, kata polis dan media kelmarin.

Lelaki berusia 45 tahun dari selatan Sweden itu ditemui pada Jumaat lalu dan dia kelihatan sangat kurus dan terlalu lemah untuk bercakap beberapa patah perkataan.

Dia ditemui dalam kereta tidak jauh dari bandar Umea di utara Sweden.

Lelaki itu ditemui oleh beberapa orang yang menaiki skuter salji yang pada mulanya mereka menganggap mereka menemui sebuah bangkai kereta.

Namun, mereka menggali salji ke tingkap kereta tersebut dan melihat terdapat pergerakan di dalam kenderaan itu.

Lelaki itu duduk di tempat duduk belakang di dalam beg tidur dan dia menyatakan telah berada di dalam kereta tersebut sejak 19 Disember tahun lalu.

Seorang pegawai polis, Ebbe Nyberg berkata, pihaknya tidak meragui bahawa lelaki tersebut telah terperangkap di dalam kereta bagi tempoh yang lama.

Hospital Universiti Umea iaitu lokasi lelaki tersebut dirawat selepas diselamatkan oleh polis dan pasukan penyelamat berkata dalam satu kenyataan bahawa dia kini beransur baik.

Doktor-doktor di hospital itu berkata, manusia pada kebiasaannya mampu hidup selama kira-kira empat minggu tanpa makanan.

Menurut Dr. Stefan Branth kepada akhbar Vasterbottens-Kuriren, selain makan salji, lelaki itu mungkin hidup disebabkan dia tidak aktif.

"Seperti seekor beruang yang hibernasi. Manusia bolah melakukannya," katanya.

Hibernasi merujuk kepada haiwan yang menghabiskan musim sejuk dalam keadaan tidur nyenyak.

"Dia (lelaki itu) mungkin mempunyai suhu badan kira-kira 31 darjah Celsius yang disesuaikanmengikut tubuh badannya.

"Disebabkan suhu yang kecil, tiada banyak tenaga yang digunakan," kata Dr. Branth.

Polis berkata, kenapa lelaki tersebut berada di dalam kereta di hutan tersebut masih belum diketahui.

– Reuters

Gambar Jet peribadi Jackie Chan Yang Serba Mewah

Posted: 19 Feb 2012 05:45 PM PST


 JET peribadi Jackie Chan mendarat di lokasi Pertunjukan Udara Singapura di Singapura pada 14 Februari lalu.



SINGAPURA - Sebuah jet peribadi milik pelakon dan pengarah terkenal, Jackie Chan dipamerkan pada Pertunjukan Udara Singapura di sini pada minggu lalu.

Jet Legacy 650 itu yang berwarna putih, merah dan kuning diilhamkan daripada mitos haiwan naga dalam kepercayaan bangsa Cina.

Chan menjadi duta syarikat Embraer yang mengeluarkan jet itu.

Jet itu mempunyai 13 kerusi dan berharga AS$31.5 juta (RM95.87 juta), lapor agensi berita AFP semalam.

RUANG dalam jet peribadi Jackie Chan.
KANAN: MEJA mewah yang terdapat dalam jet peribadi Jackie Chan.


Ia dipamerkan sebagai sebahagian daripada kempen promosi penjualan oleh syarikat Embraer.

"Asia Pasifik, seperti yang anda ketahui, merupakan satu pasaran yang semakin berkembang," kata Presiden Embraer, Ernets Edwards.

Asia kini mempunyai bilangan jutawan kedua paling ramai selepas Amerika Syarikat, menurut kajian Pengurusan Kekayaan Merrill Lynch Global dan Capgemini. - Agensi

Umur Presiden Senegal dikatakan 90 tahun

Posted: 19 Feb 2012 05:37 PM PST

 
AP
GAMBAR fail menunjukkan Abdoulaye Wade berkempen dalam kempen politik di Kampung Dagana, Senegal pada 10 Februari lalu.

KEBEHER, Senegal - Umur Presiden Senegal, Abdoulaye Wade menjadi persoalan kerana ada dakwaan beliau berusia 90 tahun.

Secara rasmi, Wade dilahirkan pada 29 Mei 1926 menjadikan beliau berumur 85 tahun semasa kebanyakan daripada penduduk di negara ini meninggal dunia semasa berusia 59 tahun.

Namun, para pengkritiknya menyatakan beliau mungkin berusia 90 tahun.

Masalah yang dihadapinya ialah dokumen kelahirannya dikunci dalam sebuah bilik.

Persoalan itu timbul kerana beliau kini cuba meyakinkan penduduknya supaya memberikan peluang kali ketiga kepadanya untuk memerintah Senegal.

Isu itu timbul bahawa seorang penduduk yang mengenali Wade menerima ancaman bunuh selepas beliau mendakwa presiden tersebut lahir pada tahun 1919.

"Umurnya menjadi satu masalah. Adakah beliau layak mempinpin negara?, soal Datuk bandar Saint Louis, Cheikh Bamba Dieye.

Dokumen kelahiran Wade disimpan dalam sebuah bilik berkunci di bandar Saint Louis. - AP

Presiden Filipina berharap akan kahwin

Posted: 19 Feb 2012 05:34 PM PST

 
GAMBAR fail menunjukkan Benigno Aquino bersama dengan personaliti media, Grace Lee di Istana Malacanang, Manila pada 23 Disember tahun lalu.

MANILA - Presiden Filipina, Benigno Aquino yang masih bujang menyatakan semalam beliau berharap akan dapat mencari seorang isteri.

Aquino yang berusia 52 tahun dalam bulan ini baru-baru ini mengesahkan beliau keluar temu janji dengan seorang wanita Korea Selatan.

Namun, katanya, beliau telah mencari seorang calon isteri selama beberapa tahun tetapi gagal untuk menemui wanita yang sesuai untuk dijadikan isterinya.

"Saya telah merancang perkara ini bagi tempoh yang lama, sejak zaman kolej. Namun, saya menjadi tidak bertuah," katanya kepada pemberita.

"Ekoran bebanan di pejabat, jika terdapat seseorang yang anda dapat berbual, seseorang yang boleh dipercayai, seseorang yang boleh memberitahu anda bahawa anda masih membuat sesuatu yang baik, kemudian pastinya, ia akan menjadi inspirasi anda," tambahnya kepada pemberita.

Pada awal bulan ini, beliau disahkan menemui seorang personaliti media, Grace Lee, 29.

Lee berpindah ke Filipina dari Korea Selatan semasa masih kanak-kanak dan merupakan hos bersama program radio muzik di Manila dan beberapa program televisyen.

Pada lewat tahun 2010, kakaknya telah mendedahkan beliau berkenalan dengan seorang jurugaya wanita selepas dipilih menjadi Presiden. - AFP

Api mengalir di air terjun

Posted: 19 Feb 2012 05:29 PM PST

 
AP/Yosemite National Park Service
IMEJ dekat air terjun kelihatan seperti api sedang mengalir di Taman Perkhidmatan Negara Yosemite.

YOSEMITE, Amerika Syarikat (AS) - Sekumpulan jurugambar akan berkunjung ke Taman Perkhidmatan Negara Yosemite di sini pada setiap pertengahan Februari.

Mereka akan merakamkan fenomena alam semula jadi yang akan menunjukkan seolah-olah api mengalir dari Glasier Point.

Fenomena itu terjadi apabila Bumi dan matahari berada dalan keadaan sejajar pada waktu matahari terbenam.

Pada waktu tersebut, cahaya matahari akan menyinari salah satu air terjun di taman ini.

Air terjun itu kemudian akan kelihatan seperti lahar yang mengalir. - AP

Wow! Gambar Kereta Ferrari Dijadikan Kereta Polis

Posted: 19 Feb 2012 05:26 PM PST


SEBUAH kereta Ferrari milik polis Colombia dipamerkan di sebuah pusat komersial di Bogota kelmarin.



BOGOTA, Colombia - Sebuah kereta Ferrari yang dijadikan sebuah kereta polis selepas ia dirampas daripada seorang penyeludup dadah, Hernando Gomez dipamerkan kelmarin.

Kereta Ferrari 348 model 1991 itu kini berwarna hijau dan putih berbanding warna asalnya merah.

Kenderaan tersebut yang juga mempunyai logo polis dipamerkan kepada orang ramai di sebuah pusat komersial di sini.

Kereta itu dirampas daripada Gomez pada satu operasi polis yang dilakukan pada 2004.

Ferrari itu mempunyai enjin 300 kuasa kuda V8 dan mempunyai kelajuan 275.2 kilometer sejam.

Dalam operasi itu, barang-barang yang bernilai £60 juta (RM289.12 juta), termasuk ladang, rumah dan hasil seni turut dirampas.

Gomez telah diekstradisi ke Amerika Syarikat atas tuduhan penggubahan wang haram dan dadah. - Agensi

No comments: