Thursday 23 February 2012

Budak Technician

Budak Technician


Nato, AS minta maaf bakar al-Quran

Posted: 22 Feb 2012 08:06 AM PST


KABUL - Pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) dan Nato mengambil tindakan segera untuk memohon maaf atas tindakan mereka membuang dan membakar beberapa naskhah al-Quran sementara beratus-ratus rakyat Afghanistan berhimpun di pekarangan pangkalan tentera udara Bagram dekat sini, hari ini.

Sementara butiran mengenai kejadian itu belum jelas, pegawai tertinggi tentera AS dan Nato di Afghanistan menawarkan permintaan maaf dan menjanjikan satu siasatan dalam usaha mengawal kemarahan.

AS menggerakkan serangan udara ke atas negara itu pada 2001 dan mengekalkan pasukan tenteranya selepas pemerintahan Taliban digulingkan.

"Saya memberi anda jaminan. Saya beri jaminan, ini bukan sesuatu yang disengajakan," kata Jeneral John Allen dalam satu kenyataan, demikian menurut portal Guardian dari UK, hari ini.

Beberapa naskhah al-Quran yang diambil dari penjara di pangkalan udara itu diserahkan untuk tujuan pembakaran lewat semalam.

Tindakan itu disedari oleh pekerja-pekerja Afghanistan, kata pegawai-pegawai negara itu dan Barat.

Membakar dokumen-dokumen buangan adalah satu perkara yang biasa disaksikan di pangkalan-pangkalan udara di Afghanistan.

Ketua polis, Bekzad berkata, beberapa naskhah al-Quran juga dibuang bersama banyak kertas yang sudah tidak digunakan lagi.

Seorang jurucakap bagi pasukan perikatan, Lef Kol Jimmie Cummings berkata, kitab suci itu telah tersilap dihantar, tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Ahmad Zaki Zahed, ketua majlis perbandaran Parwan berkata, sebanyak 17 naskhah al-Quran dapat diselamatkan.

Sesetengah mereka yang berhimpun di pekarangan pangkalan udara membawa senapang memburu yang lama, selain ada yang menggunakan lastik dan membaling batu ke arah pangkalan udara selama beberapa jam. Malah, mereka juga melaungkan slogan "jahanam Amerika".

Kumpulan yang hadir dianggarkan antara 2,000 dan 3,000 orang dan pihak polis diletakkan di sepanjang jalan menuju ke arah pangkalan udara itu, demikian menurut ketua polis wilayah Parwan, Jeneral Mohammad Akram Bekzad.

Tindakan merosakkan atau membakar kitab suci al-Quran satu isu yang sangat sensitif di Afghanistan dan kadangkala mencetuskan keganasan dan adakalanya membawa kepada rusuhan maut pada masa-masa lalu.

Tindakan seorang pastor membawa al-Quran di AS tahun lalu turut mencetuskan kemarahan dan keganasan di Afghanistan.-sinarharian-

Keputusan Penuh Perlawanan Bola Sepak Malaysia Vs Jepun Kelayakan Olimpik 2012

Posted: 22 Feb 2012 08:01 AM PST



PERLAWANAN kelayakan bola sepak ke Sukan Olimpik 2012, Harimau Muda A menentang Jepun menyaksikan pasukan pelawat mengatasi skuad negara 4-0, sekali gus menamatkan pertemuan dengan agregat 6-0.

Dalam pusingan kedua yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula jam 9 malam tadi, Jepun memperoleh empat gol tanpa dibalas.

Jepun mendahului pada minit ke-34 menerusi jaringan Hiroki Sakai. Gol kedua negara itu dijaringkan oleh Yuya Osako pada minit ke-43.

Gol ketiga Jepun disumbat pada minit ke-54 dan yang seterusnya pada minit ke-59.

Jepun membawa bekalan selesa 2-0 selepas menumpaskan pasukan kendalian Ong Kim Swee pada aksi pertama pada September 2011.

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Misha Omar

Posted: 22 Feb 2012 07:54 AM PST

Tahniah kepada Misha Omar yang selamat melangsungkan majlis pertunangannya yang berlangsung dalam suasana sederhana di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan pukul 1 semalam. Majlis pertunangan tersebut diadakan secara tertutup bagi memenuhi permintaan keluarga. Gambar layan dulu. Gambar Via




sumber : izyan.com

PANAS! Fiza mengaku sayang dan cintakan Shahrizal ?

Posted: 22 Feb 2012 07:51 AM PST

Pelakon Fiza Elite dikatakan atau digosipkan mempunyai hubungan dengan Shahrizal. Namun belum ada lagi komen Fiza mengenai ini. Tapi mengikut portal GUA yang dipetik, Fiza memang betul-betul sayang dan cintakan Shahrizal banget. Korang masih tak percyaa ke? nah ni komen sebenar Fiza terhadap Shahrizal....


"Saya memang sayang dan cintakan Shahrizal. Dia memang baik dan ambil berat tentang saya. Dia banyak bersama saya sepanjang berada di Australia. Lama-lama, memang saya ada menyimpan perasaan sayang terhadap dia", ujar Fiza.
Jangan panik dulu wahai kaun Adam semua, admin pasti korang tak nak lihat Fiza berdampingan dengan Shahrizal tu yang mempunyai rekod 'terbaik' dalam percintaan. Hehe. Sebab kata-kata Fiza itu adalah gambaran untuk watak Fiza dalam drama Atas Nama Cinta lakonannya dengan Shahrizal... Jangan marah yer...:) -izyan.com-

Shila Amzah akan kahwin tiga tahun lagi

Posted: 22 Feb 2012 07:48 AM PST


Shila Amzah
Aura penyanyi muda, Shila Amzah kini semakin menyinari industri hiburan dengan keupayaan vokal yang mampu memukau pendengarnya.
Persembahan hebat ketika menyertai pertandingan nyanyian realiti, One In A Million musim kedua, berjaya mengangkat namanya.
 
Terbaru, penyanyi ini bakal mewarnai industri lakonan melalui percubaan pertamanya dalam telefilem, Patah Seribu, yang akan ditayangkan, 23 Februari, 9 malam di saluran Astro Ria.
 
Menurutnya, sejak pembabitannya dalam industri hiburan, dia tidak pernah terfikir untuk melibatkan diri dalam bidang lakonan.
 
"Saya tiada pengalaman memang tidak pernah berlakon. Pada awalnya saya sendiri tidak yakin untuk melakukannya. Bagaimanapun dengan tunjuk ajar pengarah, Micheal Ang, saya dapat lakukannya dengan baik.
 
"Saya turut bersetuju berlakon dalam telefilem ini kerana sudah mengenali Micheal Ang sebelum ini dan tidak mengalami masalah menjalinkan kerjasama dengannya," katanya.
 
Sementara itu, Shila berkata, bergandingan bersama kekasihnya, Sharnaaz Ahmad, dalam telefilem itu tidak memberi masalah kepadanya. Malah setiap babak diberikan dapat dilakukan dengan baik.
 
Semasa penggambaran itu, mereka masih belum mempunyai hubungan, Shila bagaimanapun tidak menafikan ketika itu, mereka dalam proses mengenali hati budi.
 
"Masa itu kami. Soal peribadi tidak perlu dicampuradukkan. Malah jika digandingkan lagi, tiada jadi masalah buat kami," kata Shila yang semakin selesa bersama buah hatinya itu.
 
Shila yang juga merupakan pencipta lagu, Patah Seribu, menyatakan dia amat bangga dan teruja apabila karyanya diangkat menjadi sebuah drama oleh pengarah ternama seperti Micheal Ang.
 
"Saya berasa bertuah kerana tidak ramai penulis lirik dan komposer menerima peluang yang sama dan saya juga tidak sabar menerima respons daripada penonton terhadap lakonan pertama ini.

 
Kisah percintaan
 
Kisah percintaannya dengan Sharnaaz, kini semakin mendapat perhatian.
 
Menurut Shila, hubungan mereka masih dalam proses mengenali hati budi.
 
Apabila ditanya mengenai perkahwinan, penyanyi yang berumur 22 tahun ini menyatakan, mereka tidak mahu terburu-buru memikirkan soal itu kerana alam perkahwinan bukanlah perkara mudah.
 
"Buat masa ini kami beri ruang kepada karier masing-masing memandangkan saya dan Sharnaaz masih lagi baru dalam industri ini.
 
"Jika semuanya sudah stabil dan kukuh, dengan berkat doa peminat dan keluarga, kami akan ke alam itu sebelum Sharnaaz mencecah umur 30 tahun dan saya pada usia 25 tahun," katanya.

 
Sedia terima kritikan 
 
Sudah menjadi lumrah bagi seseorang selebriti dihimpit kontroversi. Tidak terlepas daripada perkara sama, Shila juga sering kali dikritik apabila hubungannya dengan Sharnaaz mendapat reaksi negatif daripada segelintir pihak. Paling ketara apabila kemesraannya bersama Sharnaaz dipertikaikan.
 
Tidak mudah melenting, Shila berkata, dia sedia terima apa saja kritikan selagi tidak menjejaskan karier seninya.
 
"Bagi saya, semua pihak ada hak untuk bersuara bukannya saya tidak kesah dengan kritikan ini, tapi saya tidak boleh puaskan hati semua pihak. Sebagai seorang selebriti saya telah bersedia menerima apa jua dugaan yang mendatang asalkan saya tahu siapa diri saya yang sebenar.
 
"Setakat ini saya perlu menghargai sokongan peminat yang sentiasa memberi sokongan dan galakan terhadap kerjaya dan kehidupan saya dengan membuktikan keupayaan dalam setiap bidang yang saya ceburi," katanya. -sinarharian-

Al-Fatihah! Takziah Kepada Amir Ukays

Posted: 22 Feb 2012 07:47 AM PST



MH Online mendapat perkhabaran, anak kepada penyanyi Amir Ukays telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur selepas maghrib malam tadi. Allahyarham Mohd Imran yang baru berusia 15 tahun mengalami masalah komplikasi jantung sejak daripada lahir dan terpaksa berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

Amir Ukays yang dihubungi MH Online turut mengesahkan perkara tersebut. "Saya tidak berada di sisi allahyarham di saat-saat akhirnya. Saya sendiri menerima berita ini secara mengejut. Apa pun, saya redha di atas pemergiannya itu walaupun hubungan kami cukup rapat. Kami masih menunggu kepulangan ibunya dari London sebelum majlis pengebumian," ujar Amir sebak.

Jenazah masih berada di hospital dan akan dikebumikan selepas Isyak pada malam ini. -MH-

Datuk Yahya Sulong Masuk ICU

Posted: 22 Feb 2012 07:39 AM PST



Pelakon veteran, Datuk Yahya Sulong,84, telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang selepas terjatuh di bilik air, Isnin lalu.

Menurut isterinya Datin Alisah Ali,65, kejadian tersebut berlaku ketika Yahya hendak buang air besar di bilik air rumah mereka di Bandar Baru Sentul dekat sini tetapi atas sebab-sebab keuzuran, Yahya dipercayai telah tergelincir.

"Kira-kira 10 minit saya dapati dia senyap saja dalam bilik air, saya pun buka pintu. Saya lihat dia terjatuh dalam keadaan berlumuran najis. Saya pun minta bantuan anak saya untuk panggil ambulan," katanya kepada sebuah akhbar online.

Sebelum ini, Yahya sudah sering kali keluar masuk hospital untuk mendapatkan rawatan penyakit asma dan paru-paru yang dijangkiti kuman tetapi dalam kejadian yang berlaku dua hari lalu itu, keadaannya agak serius.

MH Online mendoakan agar kesihatan Datuk Yahya Sulong bertambah baik dan terus mewarnai industri seni tanah air. -MH-

20 Tahun 'Pergi', Sudirman Masih Tiada Pengganti

Posted: 22 Feb 2012 01:15 AM PST

Sudirman Hj Arshad


PETALING JAYA: Hari ini (Rabu) bersamaan 22 Februari 2012, genaplah 20 tahun pemergian Sudirman Hj Arshad, penghibur nombor satu Asia. Beliau pergi meninggalkan kita ketika berusia 37 tahun.

Biarpun jasadnya sudah tiada, namanya tetap terpahat di sanubari terutama sekali kepada mereka yang pernah membesar ketika zaman kegemilangan beliau.

Berita kematian Allahyarham diumumkan ke seluruh negara oleh Radio Malaysia Rangkaian Nasional, pada satu pagi, waktu subuh.

Ia amat mengejutkan seluruh peminat tanah air. Ada yang menitiskan air mata kerana tidak percaya akan berita yang didengar itu.

Dan ternyata, pemergian Allahyarham sehingga kini masih tiada penggantinya. Tiada insan yang mampu menandingi kehebatan Allahyarham.

Beliau bukan sahaja penghibur tetapi boleh diumpamakan sepohon rendang yang lebat buahnya.

Pohon itu menjadi tempat bertaut dan tempat untuk menumpang teduh kerana sifat Allahyarham yang gemar menolong. Malah kebaikan beliau sering digunakan oleh sesetengah pihak untuk mengambil kesempatan.

Penulis lirik dan juga penerbit filem Habsah Hassan antara individu yang amat akrab dengan Allahyarham.

Lirik-lirik lagu yang dihasilkan oleh Habsah biasanya mempunyai makna tersirat menggambar hati naluri Allahyarham.

Habsah dalam diri Sudirman bagaikan kakaknya sendiri. Segala masalah di kongsi termasuklah kisah-kisah peribadi.

"Dia antara artis yang benar-benar rapat dengan saya. Dia tidak pernah menyembunyikan kisah peribadinya selain selalu meminta nasihat saya jika berhadapan dengan apa juga masalah.
Sudirman mengadakan sidang media selepas menjadi penghibur nombor satu Asia pada tahun 1989.

"Saya benar-benar sayangkan dia kerana dia adalah anugerah Tuhan yang amat luar biasa sekali," ujar Habsah kepada mStar Online dalam satu temu bual sebelum ini.

Allahyarham adalah manusia yang amat istimewa dan antara artis contoh yang bukan sahaja berjaya dalam kerjayanya tetapi dalam pelajaran.

Beliau dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang dan membesar dalam keluarga yang aktif berpolitik menerusi Umno.

Ibunya Romlah Dahalan merupakan wakil rakyat wanita pertama di kawasan Temerloh. Beliau meninggal dunia ketika Sudirman berusia lima tahun.

Kematian ibunya itu menyebabkan bapanya Arshad Hassan berkahwin lain sebekum meninggal dunia pada tahun 1978.

Anak bongsu daripada enam beradik ini melanjutkan pelajaran dalam bidang Undang-Undang di Universiti Malaya pada tahun 1976 sehinggalah berjaya mendapat ijazah dalam bidang berkenaan pada tahun 1980.

Beliau menjalani latihan amalan guaman pada tahun 1984 dan layak menjadi peguam bertauliah. Namun minatnya dalam bidang seni menyebabkan Allahyarham meninggalkan kerjayanya itu.

Sejarah dalam bidang seni Allahyarham terbuka luas apabila beliau berjaya menyandang Johan Bintang RTM yang diadakan di Melaka pada 11 Ogos 1976.

EP pertamanya dihasilkan pada tahun 1977 berjudul Teriring Dosa dan Suratku Yang Ini terbitan Warnada Records. Ia diterbitkan ketika beliau masih lagi menjadi penuntut di Universiti Malaya.
Kerjayanya seninya terus berkembang apabila EMI menawarkannya kontrak sebagai artis rakaman pada tahun 1978.

Beliau bukan sahaja mempunyai lagu-lagu yang menyentuh jiwa sebaliknya Allahyarham turut berkeupayaan menyanyikan lagu-lagu patriotik seperti 31 Ogos, Tegakkan Bendera Kita dan Warisan.

Paling membanggakan pada tahun 1986 Allahyarham dilantik sebagai Duta Nyanyian Pelancongan apabila berjaya mempopularkan lagu Cintai Malaysia, Kenali Malaysia ciptaan Carol Connors dari Amerika Syarikat yang dijadikan tema Tahun Melawat Malaysia pada 1986.

Gegarkan Chow Kit

Kehebatannya tidak terhenti apabila mampu menjadi artis pertama negara dalam sejarahnya yang berjaya menarik lebih 100 ribu warga kota untuk menyaksikan konsertnya di Chow Kit, Kuala Lumpur secara percuma.

Penghasilan konsert itu adalah sebahagian daripada keluhuran budi Sudirman yang sanggup melayan peminatnya tanpa mengira pangkat atau darjat.

Chow Kit adalah simbol untuk mereka yang kurang berkemampuan dan di lokasi itulah Allahyarham memperdagangkan bakatnya untuk para peminat golongan tersebut supaya dapat mendekatinya dalam satu persembahan percuma.
Chow Kit dipenuhi kira-kira 100 ribu orang yang mahu menyaksikan persembahan Sudirman pada tahun 1986.

Kemuncak keagungan Allahyarham apabila beliau diumumkan sebagai Penghibur Asia Terbaik, Asia Popular Music Awards Festival yang berlangsung di Dewan Royal Albert Hall, London pada 19 Mac 1989, mengalahkan lapan peserta negara Asia termasuk Anita Sarawak yang mewakili Singapura.

One Thousand Million Smiles dan Send In The Clown menjadi tuah kepadanya dalam pertandingan itu.

Sementara menerusi pertandingan Juara Lagu pada tahun 1987, Sudirman memenangi persembahan terbaik dengan lagunya Merisik Khabar apabila tampil menggunakan pemetik api sebagai simbolik dalam persembahan itu.

Runtuhnya Istana Cinta

Seperti insan lain, Sudirman juga mahu memiliki keluarga dan memilih tarikh 14 Februari 1981 untuk mendirikan rumah tangga dengan Kamariah Jamaluddin tetapi sayangnya, mereka bercerai tiga tahun kemudian tanpa memiliki anak.

Penceraian itu disaksikan oleh rakan Sudirman sendiri iaitu penyanyi Norkumalasari yang menyifatkan suasana sayu menyelubungi perpisahan itu apabila pasangan tersebut tidak dapat membendung tangisan air mata tatkala cerai dilafazkan.

Dua perkara yang benar-benar menyentuh hati Sudirman dalam hidupnya iaitu kematian ibu tersayang dan kegagalan perkahwinan yang dibina.

Bukan Kerana HIV

Kematian Sudirman dikaitkan dengan pelbagai spekulasi sehinggalah ada pihak yang membuat tuduhan kononnya beliau dijangkiti HIV.

Allahyarham sebenarnya meninggal dunia akibat penyakit paru-paru yang tidak dapat berfungsi dengan sempurna selain turut dikaitkan dengan penyakit misteri.

Malah Habsah Hassan dan juga wartawan veteran Utusan Malaysia, Bahyah Mahmod antara individu yang diberi peluang menatap jenazah Allahyarham pada hari kematiannya.
Imej Jalur Gemilang begitu sinonim dengan Sudirman ketika membuat persembahan.

Kata Habsah , tubuh Allahyarham begitu kecil seperti seorang kanak-kanak. Mungkin atas sebab itulah dia enggan gambarnya dirakamkan sewaktu sedang sakit kerana tidak mahu peminatnya meratapi ujian yang dihadapi itu.

Sudirman bagaikan sudah mendapat petanda dia sebenarnya tidak boleh hidup lama. Lagu Salam Terakhir yang ditulis oleh Manan Ngah sementara lirik oleh Habsah itu menggambarkan yang dia akan pergi buat selama-lamanya.

Kemuncak kejatuhan Allahyarham dalam kerjaya seninya bermula pada 17 Julai 1991 apabila dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Tawakal, Kuala Lumpur selama empat hari selepas dikatakan pengsan akibat terjatuh.

Selepas peristiwa itu, Sudirman sukar dijejaki apabila keluarganya merahsiakan lokasi tempat beliau mendapatkan rawatan.

Selama tujuh bulan peminat tertanya-tanya ke manakah hilangnya Allahyarham, akhirnya persoalan itu terjawab apabila beliau dilaporkan meninggal dunia pada 22 Februari 1992 di rumah kakaknya, Datin Rudiah Arshad di Lucky Garden, Bangsar Park.

Dalam suasana pilu, jenazah Allahyarham dikebumikan bersebelahan pusara ibunya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Temerloh, Pahang.

Ribuan peminat menziarahi jenazah Allahyarham termasuklah Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Kejayaan Allahyarham dalam dunia seni sehingga berjaya mengharumkan nama negara membuatkan beliau dikurniakan darjah kebesaran daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 18 Jun 2009 yang membawa gelaran Datuk.

Sudirman, engkau pergi meninggalkan nama bersama jasa yang akan dikenang buat selama-lamanya. Al-Fatihah.

Mata, Hidung Berdarah Buat Cat Farish Bimbang

Posted: 22 Feb 2012 01:11 AM PST


Cat Farish.

KUALA LUMPUR: Bekas anggota kumpulan Ruffedge, Cat Farish akan lebih peka dalam menjaga kesihatan dirinya selepas terlantar sakit di Hospital Pakar KPJ Tawakkal di sini selama seminggu akibat penyakit darah tinggi.

Cat berkata, sebelum ini dia tidak pernah mengetahui mempunyai penyakit berkenaan namun menganggap kejadian tersebut sebagai satu peringatan buatnya.

"Sebelum ini saya tidak pernah sakit sebegini dan ia adalah kali pertama dimasukkan ke hospital dalam waktu yang lama malah dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama dua hari.

"Ia benar-benar telah membuka mata saya untuk lebih mementingkan kesihatan dan tidak hanya sibuk dengan kerja," ujarnya kepada mStar Online.

Cat ditemui pada majlis sidang media teater muzikal Gerimis Mengundang di Istana Budaya pada Selasa.

Dalam pada itu, Cat berkata, doktor memberitahu tekanan darah yang tinggi akibat kurang rehat dan bebanan kerja telah menjadi faktor kepada keadaan itu selain otaknya juga turut aktif ketika tidur.

Tambahnya, dia bergegas ke hospital apabila hidungnya mengeluarkan darah tanpa henti selama sembilan jam dan diberitahu bahawa salah satu sel hidungnya telah pecah.

"Tambah rumit apabila darah turut keluar daripada mata saya dan telah memaksa pihak hospital untuk menempatkan saya di ICU selama dua hari.

Dalam perkembangan sama, Cat memberitahu penyakit tersebut mungkin berpunca daripada sikapnya sendiri yang terlalu mementingkan kerja sehingga lupa untuk menjaga kesihatan.

Ujarnya, tanggungjawab di pejabat telah membuatkan dirinya lalai namun berjanji akan lebih serius menjaga kesihatan demi isteri dan anak-anaknya yang sedang membesar.

"Sebelum kejadian saya kerja macam orang gila dan balik rumah pun lambat. Tetapi sekarang saya akan pastikan sebelum pukul enam petang akan tiba ke rumah dan tidak terlalu memikirkan mengenai soal kerja," katanya.

Mandi Bunga, Khatam Al-Quran Petua Lisa Surihani Sebelum Naik Pelamin

Posted: 21 Feb 2012 11:38 PM PST

Lisa dan Yusry akan bernikah pada 23 Februari ini.

PETALING JAYA: Walaupun dibesarkan dalam dunia moden, pelakon jelita, Lisa Surihani, masih lagi melakukan amalan tradisi Melayu sebelum bergelar isteri kepada Yusry Abdul Halim pada 23 Februari ini.

Lisa berkata, dia telah memenuhi kehendak ibunya, Siti Amira Ahmad yang mahu melakukan upacara mandi bunga, majlis berinai dan khatam Al-Quran sempena perkahwinan tersebut.

"Ibu saya berpesan, walaupun mahu mengadakan sebuah perkahwinan yang sederhana, amalan dalam adat Melayu mesti dilakukan.

"Justeru itu pada 17 Februari lalu, saya telah melakukan majlis berinai dan mandi bunga di rumah kawan saya bernama Huda.

"Kemudian, dua hari selepas itu pula majlis khatam Al-Quran diadakan bersama saudara-mara wanita sahaja. Malah seminggu sebelum itu, saya meminta penyanyi Datuk Julie Sudiro mengajar saya mengaji agar dapat melancarkan lagi ketika membaca ayat-ayat suci Al-Quran," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Majlis berinai

Tambah Lisa, dia berasa seronok dengan amalan yang diadakan bersama teman rapat dan keluarga kerana merasakan seperti kembali mempraktikkan budaya nenek moyang yang semakin dilupakan.

"Selepas mengadakan majlis khatam Al-Quran, berinai dan mandi bunga, terasa sejuk sangat hati dan pada masa sama ia dapat menenangkan jiwa tau," katanya yang turut mendapat bantuan dua lagi teman karibnya, Jihan dan Ili, dalam hal persiapan perkahwinannya itu.

Yusry dan Lisa akan diijabkabulkan di Hotel Marriot, Putrajaya pada 23 Februari manakala majlis resepsi pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, tiga hari selepas itu.

Kedua-dua mereka akan memakai busana rekaan Butik Cosry untuk kedua-dua acara iaitu hari pernikahan dan persandingan.

Pada majlis resepsi nanti, ruang dewan akan dihias dengan konsep ala 'French Vintage', yang diinspirasikan daripada Marie Antoinette (Ratu Perancis) oleh KS Entourage.

Majlis khatam Al-Quran diadakan oleh keluarga Lisa sebelum majlis pernikahan yang akan diadakan Khamis.

Bagi makanan untuk kedua-dua majlis nanti pasangan tersebut menggunakan khidmat "Kuzie Catering".

Sementara itu, Lisa memberitahu, ibunya telah memberi pelbagai nasihat sebagai persediaannya melalui fasa hidup berumah tangga.

"Ibu saya berkata, bila dah bergelar isteri, maka perlulah bertolak ansur, tidak melatah dan tidak boleh membantah kata suami.

"Macam-macam lagi dia nasihat, dan yang paling penting, saya perlu tahu bahawa alam rumah tangga tidak selalunya indah dan ada masanya, ia boleh mengganggu diri jika tidak pandai mengawal emosi.

"Insya-Allah, semoga saya mengikuti setiap kata-katanya. Saya juga berharap agar mereka di luar sana mendoakan kebahagiaan kami," tuturnya yang akan berbulan madu di Eropah selepas majlis perkahwinan itu nanti. -mstar-

Ezad Mengaku Sukar Kikis Imej Exist

Posted: 21 Feb 2012 11:36 PM PST

Ezad Lazim.


KUALA LUMPUR: Penyanyi Ezad Lazim atau nama sebenarnya, Mohd. Rohaizad Mohd. Lazim, 33, mengakui sukar untuk mengikis imej Exist sejak keluar daripada kumpulan tersebut lima tahun lalu.

Ezad yang juga merupakan bekas vokalis Exist berkata hal tersebut membuatkan konsep lagu dalam album terbarunya yang berjudul Mengharap Bintang seakan serupa ketika dia bersama kumpulan itu sejak tahun 1994.

"Diakui saya tidak boleh lari daripada bayangan Exist, kerana jiwa saya sudah sebati dengan genre pop rock 1990-an.

"Saya pernah membawakan lagu-lagu berkonsep lain, dengan harapan saya dapat kikis imej Exist dalam diri. Tetapi jujur saya katakan, ia agak sukar," katanya pada pelancaran album sulungnya, Mengharap Bintang di RedBox Sogo, di sini, Selasa.

Tambah Ezad, dia bersyukur kerana peminat-peminatnya tidak keliru dengan penampilan solo yang ditonjolkan dan masih mengharapkan dia kekal dengan konsep lagu lama.

Album yang diedarkan menerusi Universal Music Malaysia sejak 10 Februari lalu itu mempertaruhkan lima lagu baru iaitu Mengharap Bintang, Gambaran Sebuah Rindu, Kau dan Aku Yang Dulu, Tiba-Tiba Teringat serta single lagu popularnya, Percintaan Ini .
Ezad bersama barisan penerbit yang bekerjasama dengannya dalam album Mengharap Bintang.
Ezad turut merakam semula empat buah lagu lama ketika bersama kumpulan Exist seperti Alasanmu, Dirantai Digelangi Rindu, Masih Terserlah Ayumu dan Mengintai Dari Tirai Kamar .

Lagu popular daripada kumpulan Spoon berjudul Rindu Serindu Rindunya turut dirakam semula untuk album ini.

"Sebenarnya, saya hanya ingin memuatkan lima buah lagu sahaja dalam album ini.

"Memandangkan album kompilasi lagu-lagu lama masih laku, jadi saya fikir, apa salah kalau saya merakam semula lagu-lagu popular itu.

"Tambah pula apabila pencipta-pencipta lagu tersebut adalah daripada kalangan rakan-rakan pemuzik, maka ia sedikit mudah daripada segi hak ciptanya," ujarnya.

Mengharap Bintang membariskan komposer-komposer hebat yang pernah bekerjasama dengan Ezad ketika bersama Exist lagi iaitu Saari Amri, Eddie Hamid dan Haron Ahmad selain dua pendatang baru, seperti Manusia Putih dan Ed Lazim.

Album ini turut diterbitkan dalam bentuk VCD Karaoke.-mstar-

Ahmad Idham Mahu Bawa Helikopter Ke Dalam Istana Budaya

Posted: 21 Feb 2012 11:33 PM PST

Teater muzikal Gerimis Mengundang bakal mengandingkan Kamal Adli (tiga dari kiri) dan Mikha Tambayong (tiga dari kanan). Turut kelihatan, Den Wahab (paling kiri), Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani, Penerbit Bersekutu Erama Creative, Datuk Afendi Hamdan dan Ahmad Idham (paling kanan).


KUALA LUMPUR: Pengarah filem, Ahmad Idham berhasrat untuk membawa masuk sebuah helikopter bersempena persembahan teater muzikal arahannya berjudul Gerimis Mengundang yang akan dipentaskan di Istana Budaya (IB) bermula 27 Mac depan.

Idham berkata, hasrat itu telah pun dipanjangkan kepada Ketua Pengarah IB, Datuk Mohamed Juhari Shaarani dan berharap ia dapat direalisasikan menjelang malam pembukaan teater muzikal itu.

"Mungkin pada sesetengah pihak mengatakan ia adalah mustahil untuk dilakukan tetapi saya yakin akan ada caranya untuk membawa masuk sebuah helikopter ke dalam Istana Budaya.

"Malah ketika saya menyatakan ingin membawa masuk kereta semasa pementasan teater Impak Maksima dulu ramai yang tidak yakin tetapi akhirnya berjaya," ujarnya.

Idham ditemui pada majlis sidang media pelancaran teater Gerimis Mengundang di IB pada Selasa.

Dalam pada itu, Idham berkata, watak yang dilakonkan oleh Kamal Adli dalam teater tersebut sebagai juruterbang adalah faktor utama mengapa dia bersungguh-sungguh untuk membawa masuk sebuah helikopter dalam pementasan tersebut.

Ujarnya, dia tiada mempunyai sebarang niat untuk bermegah-megah dengan hasrat itu sebaliknya ingin menjadikan pementasan teater di negara ini ke tahap yang boleh dibanggakan seterusnya dapat memuaskan hati penonton.

"Selepas selesai pementasan teater Impak Maksima di IB dan pihak Espelande Singapura berminat untuk mementaskan teater tersebut di negara mereka telah membuka mata saya mengenai kepentingan "props" dalam sesebuah teater.

Ahmad Idham.

"Saya ingin meneruskannya dalam Gerimis Mengundang dan berharap ia akan menarik minat pihak luar untuk mementaskan teater ini di negara mereka seperti mana Impak Maksima," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai teater muzikal tersebut, Idham berkata ia adalah prekuel kepada filem dari Gerimis Mengundang yang bakal ditayangkan kepada umum pada akhir bulan Mei depan.

Idham berkata, dia sengaja memilih untuk menghasilkan teater berkenaan terlebih dahulu sebelum filem asal ditayangkan demi memberikan kelainan kepada penggemar filem dan teater di negara ini.

"Selalunya orang akan buat teater berdasarkan filem yang telah ditayangkan tetapi saya memilih untuk menghasilkan teater terlebih dahulu.

"Bagaimanapun jalan ceritanya adalah tidak sama tetapi masih mempunyai kaitan antara satu sama lain," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Idham turut mengakui pemilihan pelakon sinetron popular Indonsia, Mikha Tambayong adalah sebagai strategi pemasaran bagi menarik penonton menonton teater muzikal itu.

Katanya, kebolehan Mikha menynayi dan menari dengan baik adalah sebab utama dia dipilih membintangi teater tersebut.

Gerimis Mengundang bakal dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya bermula 27 Mac sehingga 8 April depan.

Tiket berharga dari RM35 hingga RM305 boleh didapati dengan membuat tempahan di www.ticket2u.biz atau di kaunter tiket Box Office Istana Budaya. -mstar-

Mikha Tambayong Terkejut Digilai Ramai Peminat Malaysia

Posted: 21 Feb 2012 11:28 PM PST

Mikha Tambayong.

KUALA LUMPUR: Pelakon remaja Indonesia, Mikha Tambayong terkejut apabila dirinya menjadi kegilaan di kalangan peminat negara ini gara-gara populariti lakonannya dalam sinitron Nada Cinta.

Mikha,18, berkata dia hanya mengetahui dirinya popular apabila mendapati pengikut di laman sosial Twitter miliknya bertambah dan kebanyakannya daripada negara ini.

"Setiap hari akan ada pengikut baru dan mereka akan tweet memberitahu sukakan lakonan saya dalam Nada Cinta selain sering bertanya bila ingin bertandang ke sini," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada sidang media teater muzikal Gerimis Mengundang di Istana Budaya di sini pada Selasa.

Tambahnya, dia juga tidak pernah mengetahui drama bersiri hampir 200 episod lakonannya itu telah ditayangkan di Malaysia kerana ia telah selesai dimainkan di negaranya.

Mikha memberitahu, peminat-peminatnya di sini yang memaklumkan mengenai perkara itu dan dia melahirkan perasaan cukup gembira dengan penerimaan masyarakat di negara ini.

"Saya cukup bertuah dapat dikenali di negara ini kerana masih banyak bintang-bintang di Indonesia yang ingin mencipta nama di sini," ujarnya.

Dalam pada itu, Mikha berkata, dia rasa begitu teruja apabila bakal beraksi dalam pementasan teater Gerimis Mengundang di samping pelakon Kamal Adli dan berjanji akan memberikan persembahan terbaik buat peminatnya.

Mikha bagaimanapun memberitahu berasa gementar kerana ini adalah pertama kali dia beraksi di pentas teater.

Kamal Adil dan Mikha bakal beraksi dalam teater muzikal, Gerimis Mengundang.

"Perasaan gementar itu mesti ada tetapi lebih mendebarkan apabila ini adalah kali pertama beraksi di pentas teater di negara orang.

"Bagaimanapun saya yakin dapat melakukannya dengan tunjuk ajar daripada pengarah dan pelakon lain yang terlibat," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Mikha berkata mereka bakal menjalani latihan untuk teater muzikal itu pada Sabtu depan dan sepanjang tempoh itu dia akan menetap di negara ini.

Katanya, selain bekerja, ini adalah peluang untuk dia mengenali lebih ramai penggiat seni Malaysia selain bertemu dengan peminat yang banyak menyokong kerjaya seninya.

Gerimis Mengundang bakal dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya bermula 27 Mac sehingga 8 April depan arahan Ahmad Idham.

Tiket berharga dari RM35 hingga RM305 boleh didapati dengan membuat tempahan di www.ticket2u.biz atau di kaunter tiket Box Office Istana Budaya. -

Lady Gaga Semakin Bimbang Digangu Mimpi Aneh

Posted: 21 Feb 2012 08:34 PM PST


Lady Gaga

WALAUPUN memiliki karier nyanyian yang kukuh, penyanyi popular Lady Gaga mengakui mempunyai masalah pelik yang perlu dilaluinya setiap kali hendak tidur.

Gaga berkata, tidurnya tidak pernah tenang gara-gara sering diganggu makhluk halus malah di rumahnya juga seperti terdapat sesuatu benda aneh yang sukar untuk diterangkan.

"Baru-baru ini saya bermimpi hantu yang mahu membawa saya ke satu ruang sebuah rumah. Di ruang itu terdapat seorang gadis berambut perang diikat dengan tali," katanya kepada Bang Showbiz.

Risau dengan keadaan itu, dia terus mendapatkan bantuan Deepak Chopra, seorang ahli spiritual yang sebelum ini pernah menjadi doktor kepada mendiang Michael Jackson.

"Saya memberitahu Deepak mengenai masalah saya sehingga membuatkan saya merasakan seperti mahu diculik oleh makhluk halus itu.

"Deepak ketawa mendengarnya dan memberitahu saya sepatutnya boleh menguruskan hal yang dianggap kecil itu.

"Nasib baiklah dia membuatkan saya rasa lega apabila memberitahu saya tidak perlu terlalu takut dan risau," katanya.

Selain itu, Gaga juga pernah bermimpi seolah-olah dirinya sedang koma dan jiwanya tidak tenteram. Namun, dengan bantuan Deepak, masalah yang dihadapinya semakin pulih. -mstar-

Hajat Latiff Ibrahim tunai umrah tak kesampaian

Posted: 21 Feb 2012 07:48 PM PST

 
TIGA beradik. Allahyarham Latiff Ibrahim bergambar dengan kakaknya, Sophia Ibrahim (kiri) dan adiknya, Datuk Khatijah Ibrahim. Gambar sempena sambutan Aidilfitri ini dirakamkan pada tahun 2009.

PERGINYA seorang lagi seniman yang berbakat besar dalam bidang nyanyian dan lakonan, Latiff Ibrahim memang memberi kesan bukan sahaja terhadap keluarganya malah rakan-rakan artis dan peminat.

Tanggal 20 Februari 2012 merupakan tarikh Abdul Latiff Ibrahim menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 6.10 petang di samping isteri tersayang, kedua-dua anaknya serta sanak saudara yang telah berkumpul di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kerana malam sebelumnya Latiff telah disahkan kritikal.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Masriah Mahadan, 57, serta dua orang anak iaitu Mohd. Hazriq, 35, dan Haznally, 34. Jenazah beliau kemudian dibawa pulang ke kediamannya sebelum dikebumikan semalam di Tanah Perkuburan Islam AU4, Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Latiff yang pernah popular menerusi lagu hit Mengenang Dikau Kembali dan Nora itu telah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) sehari sebelum meninggal setelah seminggu berada di wad biasa akibat sakit jantung dan komplikasi penyakit lain seperti kencing manis dan masalah paru-paru berair.

Menurut balu Latiff, Masriah berkata, dia puas menjaga arwah kerana sepanjang suaminya tidak sihat, dia memang sentiasa berada di sisi arwah. Namun, dia sedikit terkilan kerana arwah sememangnya begitu teruja untuk ke tanah suci Mekah menunaikan umrah.

"Kami sepatutnya menunaikan umrah bersama keluarga pada 13 Mac depan namun ia tidak kesampaian. Apabila ditanya, dia memang begitu teruja untuk ke Mekah. Tambahan pula, tiga hari lagi arwah bakal menyambut hari kelahirannya yang ke-60 pada 23 Februari ini.

"Saya tidak sangka kerana semuanya berlalu dengan pantas dan tidak percaya dia sudah tinggalkan saya. Sebelum itu saya masih berharap untuk dia sihat semula kerana dia memang begitu teruja namun, Allah lebih menyayanginya," tutur Masriah yang telah mendirikan rumah tangga bersama Latiff selama 38 tahun.

Antara rakan artis yang dilihat hadir di kediaman penyanyi dan pelakon itu di AU3, Taman Keramat untuk memberikan penghormatan terakhir termasuklah Datuk Sharifah Aini, Hail Amir, Ramli Sarip, Azlina Aziz, Halil Chik dan ramai lagi.

Sementara itu, menurut adik Allahyarham, Datuk Khadijah Ibrahim, Latiff memang dikenali dengan sifat penyayang dan gemar membuat lawak oleh semua kaum keluarga serta sahabat handai yang lain. Tambahnya lagi, dia bukan sahaja kehilangan seorang abang, tetapi juga seorang sahabat karib kerana apabila mengadakan persembahan, mereka pasti akan bersama.

"Selain menyanyi, arwah juga seorang yang kuat makan. Kali terakhir kami makan bersama ialah di Restoran Johnny's, Jusco Keramat, awal bulan ini," imbau dua orang sahabat karibnya pula, Halil Chik dan Azlina Aziz.

Latiff merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang telah membintangi lebih 15 buah filem termasuk Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku, Bintang Pujaan dan Senja Merah. Filem terakhirnya merupakan filem arahan Profesor A. Razak Mohaideen yang berjudul 4 Madu pada tahun 2010.

Berbaris untuk lihat janggut Nabi Muhammad

Posted: 21 Feb 2012 04:25 PM PST


 KANTA pembesar digunakan untuk melihat sehelai janggut Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah bekas di Masjid Nasional, Dhaka semalam.



DHAKA, Bangladesh - Sejumlah penganut Islam berbaris panjang untuk melihat sehelai janggut Nabi Muhammad SAW di Masjid Nasional di sini semalam.

Janggut itu diletakkan di dalam sebuah bekas berkaca semasa ia dipamerkan kepada orang ramai.

Pusat Kebuadayaan Turki meminjamkan bekas yang mengandungi janggut Nabi Muhammad itu untuk dipamerkan kepada orang ramai.

Nabi Muhammad wafat pada tahun 632 Masihi semasa berumur 63 tahun. - Agensi

Hilang pada hari kekasih

Posted: 21 Feb 2012 04:16 PM PST


 NURUL ZAKIAH yang hilang sejak 14 Februari lalu dirayu pulang oleh keluarganya.



KUALA LANGAT – Panahan asmara seorang lelaki Pakistan ke atas kekasihnya yang merupakan seorang pelajar tingkatan lima menyebabkan gadis itu bertindak membelakangkan keluarga apabila dia disyaki melarikan diri selepas cinta mereka mendapat tentangan.

Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, dikatakan hilang pada Hari Kekasih 14 Februari lalu selepas tiga minggu berkenalan dan bercinta dengan lelaki dikenali sebagai Samer Khan, 20-an.

Samer Khan digambarkan sebagai lelaki yang kacak tetapi keluarga Nurul Zakiah hanya mendengar cerita mengenai Samer daripada gadis itu dan tidak pernah menemuinya.

Pertemuan yang tidak dirancang hingga melahirkan bibit-bibit cinta itu berlaku ketika Nurul Zakiah bekerja secara sambilan di sebuah pasar raya manakala Samer pula bekerja di sebuah kedai menjual barang-barang makanan di Pekan Banting di sini. Kedua-dua premis itu terletak berdekatan.

Nurul Zakiah yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini sebelum kejadian tinggal bersama ibu saudaranya, Norlaila Saad, 43, sejak 12 tahun lalu selepas kematian ibunya.

Mengimbau semula kejadian itu, Norlaila memberitahu, dia menyedari kehilangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting dekat sini itu selepas anak saudaranya tidak pulang ke rumahnya di Jalan Masjid, Kanchong Darat setelah tamat waktu belajar. -kosmo-

No comments: