Sunday 19 February 2012

Budak Technician

Budak Technician


Ziana Zain Mengaku Suntik Kolagen Pada Wajah

Posted: 17 Feb 2012 11:49 PM PST



Penyanyi Ziana Zain nampaknya buat pendedahan 'berani mati' dalam portal hiburan Murai.com apabila mengaku meneriman suntikan kolagen pada Ogos lalu pada beberapa tempat tertentu di wajahnya.

"Memang saya mendapatkan suntikan wajah. Tapi bukan botox sebaliknya kolagen. Mungkin sudah tiba masanya saya mendapatkan rawatan wajah seperti ini memandangkan usia saya yang semakin meningkat.

"Tambahan pula, dengan kerjaya saya di dalam bidang hiburan, memang memerlukan saya kelihatan cantik serta segar sentiasa dan rasanya dalam usia saya yang mencecah 45 tahun, inilah masa yang paling sesuai," katanya tanpa berselindung.

Sedar kecantikannya semakin dimamah usia, Ziana Zain bagaimanapun memilih sikap berhati-hati sebelum mendapatkan suntikan tersebut kerana gusar sekiranya memberi kesan sampingan bukan saja kepada raut wajahnya, malah juga kesihatan.

Jelas Ziana, dia mengambil masa yang agak lama untuk yakin dengan suntikan kolagen, meskipun beberapa individu yang rapat dengannya termasuk doktor kosmetiknya dan adiknya Anuar Zain, telah lama menasihatinya untuk mendapatkan suntikan berkenaan.

"Saya sedar, pada zaman sekarang ramai wanita yang berusia 20-an pun sudah berani membuat suntikan, tetapi tidak buat saya.

"Sebelum membuat suntikan, saya terlebih dahulu banyak membaca berkenaan kelebihan serta keburukan suntikan kolagen termasuk juga jenis-jenisnya. Ada yang datang dari kategori A, B, C dan saya bukannya suka-suka mengambilnya.

"Saya perlu tahu kandungan di dalam kolagen. Bagaimana ada sesetengah individu yang telah mendapat kesan yang berbeza. Ada juga yang tidak menjadi apabila suntikan itu dikenakan pada wajah mereka. Semua itu saya perlu ambil tahu puncanya.

"Malah selepas menerima suntikan ini tahun lalu, saya menunggu beberapa bulan untuk melihat kesannya dan selepas saya tahu kesannya sangat baik buat saya, barulah saya berani bercerita mengenainya kepada orang luar seperti sekarang," katanya bersungguh-sungguh.

Tidak perlu terbang jauh ke luar negara semata-mata untuk mendapatkan suntikan berkenaan, sebaliknya percaya dengan kebolehan doktor pakar kecantikan tempatan yang ditemui di ibu negara.

Tidak perlu juga berbelanja ratusan ribuan ringgit, terang Ziana Zaian, suntikan yang diambilnya itu dibayar pada harga sangat berpatutan, apatah lagi kesannya akan kekal untuk jangkamasa dua tahun lamanya.

"Saya tidak mensyorkan kepada sesiapa, tetapi cukuplah saya katakan tepuk dada tanyalah selera. Saya tahu apa yang saya lakukan dan saya rasa suntikan kolagen ini sudah biasa diamalkan dalam kehidupan masa kini.

"Jadi saya tak rasa ianya akan menjadi perkara besar bila saya menggunakannya. Alhamdulillah selepas menggunakannya wajah saya tampak segar, kulit muka saya kembali tegang dan ianya nyata telah mengembalikan keremajaan saya.

"Tidak bermakna pula saya melupakan rawatan tradisioanl lain kerana bagi saya ianya tetap penting bagi penjagaan dalaman. Jika anda berusia 40-an barulah anda faham kepentingannya. Apa yang penting saya lebih berkeyakinan," katanya.

Baik, penulis bukan nak jatuh hukum pada Ziana cuma tertanya-tanya juga, selain daripada mendapat rujukan daripada pakar kecantikan, adakah dia juga membuat rujukan dengan pakar agama?

Maklumlah, dalam apa juga yang kita buat, perkara-perkara sebegini kita tidak boleh ambil mudah.

Islam tidak melarang manusia itu atau umatnya untuk kelihatan cantik, namun perlu mengikut garis panduan yang dibenarkan di dalam Islam.

Ini dibuktikan dalam satu hadis Nabi Muhammad SAW ada bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah ini Maha Indah dan Maha Cantik dan Allah suka yang indah-indah dan yang cantik-cantik."

Malah, tidak salah di dalam Islam kita berikhtiar untuk menjaga wajah, kesihatan, penampilan diri tetapi biarlah dengan kaedah dibenarkan di dalam Islam.

Ada pendapat mengatakan yang hukum menyuntik bagi membolehkan wajah kelihatan cantik bergantung kepada isi kandungan cecair berkenaan. Kalau bahannya halal, dibolehkan, kalau bahannya haram maka tak bolehlah.

Apapun penulis tertarik dengan ketetapan ini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Soalan

apakah hukum menggunakan suntikan vitamin C dan collagen untuk kecantikan?

Jawapan

Apa-apa suntikan yang bertujuan untuk kecantikan adalah dilarang oleh
syara'.

(boleh rujuk http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/1560)

Nampaknya jelas, sesuatu yang mengubah kejadian Allah, jelas diharamkan di dalam Islam.

Bagaimanapun jika ia tidak mengubah bentuk muka seseorang itu tetapi lebih kepada merawat wajah seperti dari kusam kepada lebih sekata rona muka si pemakai tersebut, maka ia dibenarkan.

Untuk menjadi cantik tidak salah di sisi Islam cuma apa pun yang dilakukan adalah berdasarkan kepada niat seseorang.

Contohnya seorang isteri sudah pastinya apabila dia memakai produk kecantikan, niatnya adalah untuk menambat hati suami, supaya suami tambah sayang dan juga mungkin niat untuk keyakinan diri, itu sudah jelas dibenarkan di dalam Islam.

Namun jika ia diniatkan yang sebaliknya seperti untuk menarik perhatian orang lain, berbangga diri itu telah bercanggah dengan Islam.

Apatah lagi, timbul riak dalam diri apabila terlalu dilambung-lambung dengan pujian.

Ini bertepatan dengan hadis Nabi SAW, bahawa orang yang riak dan sombong, mereka tidak akan masuk syurga.

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. seharusnya diambil perhatian oleh semua umat Islam tidak kira wanita mahupun lelaki dalam menilai soal kecantikan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak melihat seseorang itu kepada wajah, paras rupanya dan juga harta benda tetapi yang Allah lihat ialah hati dan amalannya.

Apa gunanya wajah yang cantik tetapi hatinya penuh dengan sifat hasad dengki dan sebagainya.

Jadi sama-samalah kita fikir-fikirkan.

Wallahualam. - Oleh SYAHRIL A. KADIR

Gambar Kilang Pembuat Anak Patung Seks Di China

Posted: 17 Feb 2012 11:45 PM PST



Tahukah anda antara syarikat yang paling cepat mencatatkan keuntungan dan berkembang di China adalah syarikat pembuat anak patung seks?

Mungkin ia kedengaran seperti satu fakta yang karut, tetapi itulah hakikatnya.

Permintaan 'melampau-lampau' daripada penggemar alat permainan ini dari seluruh dunia telah membuatkan syarikat Ningbo Yamei yang terletak di wilayah Zhejiang mencatat keuntungan dan prestasi luar biasa di negara komunis tersebut.



Syarikat itu baru memulakan perniagaaan kira-kira tiga tahun lalu dengan menghasilkan sejenis anak patung seks.

Disebabkan permintaan yang terlalu tinggi, syarikat itu telah mereka bentuk 13 jenis anak patung lagi untuk memenuhi 'citarasa penggunanya'.

Dari hanya sebuah syarikat kecil, kini Ningbo Yamei berjaya menjual lebih 50,000 anak patung seks tahun lepas.

Purata harga anak patung ini ialah kira-kira RM57 sebuah.

Kira-kira 15 peratus daripada produk mereka dieksport ke luar negara seperti Jepun, Korea dan Turki.



Ternyata manusia semakin gila dan obses dengan seks sehinggakan anak patung pun boleh jadi alat pemuas hawa nafsu.

Yang pasti, selagi manusia semakin 'gila' dengan perbuatan tersebut, syarikat seperti Ningbo Yamei akan terus 'gila' mencatatkan keuntungan! Apa nak jadilah….. – Oleh SYAHRIL A. KADIR

Pengebom Warga Iran Sempat Langgan Pelacur Sebelum Mengebom Di Bangkok

Posted: 17 Feb 2012 11:37 PM PST



Polis Thailand mendedahkan tiga lelaki warga Iran yang ditangkap kerana disyaki merancang aktiviti pengganas di Bangkok sempat 'bersuka-ria' dengan wanita pelacur dan menghabiskan masa mereka dengan meminum minuman keras di Pattaya sebelum ini.

Sumber risikan polis negara itu memberitahu, selepas terbang ke Phuket pada 8 Februari, mereka kemudiannya ke Pattaya dan bermalam di sana sekurang-kurangnya dua hari sebelum ke Bangkok

Ketika di Pattaya, mereka melanggan pelacur. Salah seorang pelacur tersebut kini dipanggil ke Bangkok untuk mengenal pasti suspek.

Dalam telefon bimbit pelacur tersebutlah, akhirnya 'aktiviti sosial' ketiga-tiga suspek berkenaan terbongkar kerana terdapat gambar mereka sedang 'berseronok' bersama wanita berkenaan di salah sebuah restoran Arab di bandar itu.

Untuk rekod, salah seorang suspek, Masoud Sedaghat Zadeh, 31, telah ditangkap sewaktu tiba di LCCT, Sepang Rabu lalu.

Seorang lagi cedera parah akibat letupan bom tangan yang dibalingnya sendiri dalam insiden di Bangkok itu



Orang ketiga, juga warga Iran, yang disyaki terlibat dalam siri letupan itu, dilaporkan ditangkap ketika cuba meninggalkan Thailand dengan menaiki pesawat.



Dalam perkembangan berkaitan, kawalan keselamatan ditingkatkan pada tahap tertinggi di enam lapangan terbang antarabangsa Thailand yang berkemungkinan menjadi sasaran baru serangan pengganas.

Ketua Polis Thailand, Jeneral Priewpan Damapong, meminta Kementerian Pengangkutan meletakkan lapangan terbang antarabangsa negara tersebut di bawah tahap amaran tertinggi ketika wujud amaran pengganas mungkin menjadikan ia sebagai sasaran.

Lapangan terbang yang terbabit termasuk Suvarnabhumi, Don Mueang, Chiang Mai, Chiang Rai, Hat Yai dan Phuket.

Kerajaan turut meningkatkan kawalan keselamatan pengangkutan awam lain.

Pemangku Gabenor Pihak Berkuasa Pengangkutan Thailand, Ronnachit Yaemsa-ard, berkata dia sudah mengarahkan pengendali kereta api bawah tanah, Bangkok Metro Co, supaya mengetatkan kawalan keselamatan di semua stesen pengangkutan tersebut

Apapun, 'takziahlah' kepada semua pengebom warga Iran ni kerana gagal dalam percubaan mereka nak bunuh pemimpin Israel berkenaan.

Cuma yang penulis terkilan, niat mereka mungkin suci tetapi yang bantai pergi ambil pelacur tu siapa suruh???

Niat dah cantik tapi cara tak kena langsung…tak pasal-pasal belum sempat apa-apa, diri sendiri yang jadi mangsa.

Akhirnya bom meletup sendiri sebelum sempat nak bunuh pemimpin Israel itu, malang sungguhhhhh – Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)

No comments: