Saturday, 18 February 2012

Budak Technician

Budak Technician


Jay-Z & Beyonce Dedahkan Gambar Terbaru Anak Mereka

Posted: 16 Feb 2012 08:46 PM PST


Selepas lebih sebulan dilahirkan, akhirnya pasangan terkenal Beyonce dan Jay-Z berkongsi wajah puteri sulung mereka, Blue Ivy Carter kepada dunia menerusi laman blog Jay-Z, Life + Times.

Blue Ivy yang dilahirkan pada 7 Januari mendapat liputan meluas media kerana sebelum ini ada dakwaan Beyonce telah memalsukan kehamilannya.

Sempena kelahiran bayi sulung mereka, Jay-Z juga telah melancarkan sebuah lagu berjudul 'Glory' yang ditujukan khas untuk anak mereka. -MH-

Positif Dadah: Saiful Apek Hadapi Hukuman Penjara

Posted: 16 Feb 2012 08:41 PM PST


Pelakon komedi terkenal tanah air, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohamad Saifulazam Mohamed Yusuf mungkin berhadapan hukuman penjara jika didapati bersalah atas penyalahgunaan dadah selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah jenis ganja.

Pada 10 Jun 2010, Apek bersama tiga rakannya termasuk seorang wanita telah ditahan polis selepas serbuan dibuat di sebuah kondominium di Bandar Sunway.

Ketika perbicaraan, Sarjan M. Sanggar, 48, memberitahu telah membuat ujian air kencing terhadap empat tertuduh – Apek, 42, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28. Hasil ujian air kencing menunjukkan keempat-empat tertuduh didapati positif dadah.

Pada 1 November tahun lalu, pelakon 'Bujang Telajak' ini dan rakan-rakannya mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan ganja.

Kesemua tertuduh yang diwakili peguam Zambri Idurs dan Mohd Fadli Hashim telah ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan boleh dipenjara selama dua tahun atau denda maksimum RM5,000 jika didapati bersalah.

Perbicaraan dijadualkan bersambung semula pada 27 Mac akan datang. -MH-

Natasha Hudson Sedang Bercinta?

Posted: 16 Feb 2012 08:34 PM PST


Pelakon yang sedang sibuk menyiapkan rakaman album, Natasha Hudson khabarnya sedang bahagia menyulam cinta dengan seorang penerbit, pencipta lagu dan penyanyi muda yang dikenali sebagai Carleed Khaza.

Carleed yang juga rakan duet Natasha dalam lagu berjudul 'Jika Ku Boleh Ubah Dunia' kelihatan mesra dengan pelakon wanita ini. Ditanya lebih lanjut tentang perkara tersebut, kedua-keduanya masih belum bersedia untuk mendedahkan hubungan mereka dengan lebih jelas lagi. Walau bagaimanapun, mereka sudah lama kenal dan keduanya mengaku serasi berkawan.

"Kami tidak mahu bercerita sangat tentang hubungan kami. Kalau boleh cinta kami biarlah di meja kerja sahaja. Dia adalah orang yang banyak membantu Tasha dalam merealisasikan impian Tasya untuk bergelar penyanyi. Sebelum ini, Tasya selalu jadi mangsa keadaan tetapi dia adalah orang yang paling sabar membentuk Tasha untuk bergelar penyanyi. Walau bagaimanapun, kami belum terfikir untuk membuat sebarang perancangan berumah tangga lagi," ujar Tasha yang mengakui Carleed juga rapat dengan anak kesayangannya, Neesa Helena. -MH-

The 54th Annual Grammy Awards (2012) - Download Now

Posted: 16 Feb 2012 08:26 PM PST

The 54th Annual Grammy Awards (2012) HDTV 635MB

[TITLE]:…………………..[ The 54th Annual Grammy Awards
[YEAR]:…………………..[ 2012
[FORMAT]:…………………..[ Matroska
[FILE SIZE]:………………..[ 636.83MB
[NO OF CDs]:………………..[ 1
[RESOLUTION]:……………….[ 624X352
[FRAME RATE]:……………….[ 29.97 Fps
[LANGUAGE]:………………..[ English
[SUBTITLES]:………………..[ None
[ORIGINAL RUNTIME]:………….[ 02:32:04
[RELEASE RUNTIME]:…………..[ 02:32:04
[SOURCE]:…………………..[ HDTV XviD-2HD
[ENCODER]:…………………..[ I'm LoSeR !

Cerita Lucu Dunia Pelacuran

Posted: 16 Feb 2012 08:24 PM PST

Mungkin benar kenyataan bahawa industri pelacuran merupakan satu industri tertua di dunia dan dikatakan mendapat sambutan tanpa mengira di mana saja ia dijalankan.

Sama ada ia dijalankan di hotel-hotel besar bertaraf lima bintang atau hanya beroperasi di lorong-lorong gelap dan hanyir, industri tidak bermoral ini tetap mendapat sambutan.

Bak kata pepatah ekonomi, 'di mana ada permintaan, di situ ada penawaran'.

Peliknya nafsu manusia ini, mereka sanggup melanggan pelacur di mana saja ia ditawarkan, walau berapa bayaran yang dikenakan atau bahaya penyakit yang menanti mereka.

Lorong Hj. Taib yang terletak di antara Jalan Chow Kit dan Jalan Raja Laut dahulu dikatakan pernah menjadi sarang pelacuran yang terkenal di sini.

Namun setelah lorong yang hanyir itu kerap diserbu pihak berkuasa, diubah suai suasananya untuk menjadi lebih terang dan selamat, kawasan panas itu boleh dikatakan agak 'bersih' dari sindiket menjijikkan itu.

Meskipun begitu, dipercayai masih tertinggal saki baki golongan pondan dan penagih dadah yang berkeliaran di situ kerana masih ada lelaki 'hidung belang' yang melakukan 'permintaan'.

Lain pula halnya di China apabila dikatakan bahawa sindiket pelacuran dijalankan secara berleluasa dan mendatangkan keuntungan lumayan kepada mereka yang menceburkan diri dalam industri tersebut.

Misalnya, seorang lelaki yang pernah ditangkap pihak berkuasa di negara itu sanggup menyamar diri memakai buah dada palsu, rambut palsu dan berpakaian seperti wanita semata-mata untuk mencari sesuap nasi.

Lelaki ini didakwa sanggup menyamar sebagai pelacur wanita di China dan memakai buah dada palsu untuk kelihatan lebih mengiurkan…

 
Lelaki rupanya..!!!


Paling mengejutkan ialah aktiviti pelacuran di negara-negara Eropah di mana industri itu dijalankan dengan cara lebih menjijikkan.

Contoh terbaik ialah di Itali di mana pelacur-pelacur yang dipercayai berasal dari Nigeria dan penduduk tempatan menjalankan operasi pelacuran mereka di tepi jalan, di belukar kecil, di bawah pokok dan rumpunan rumput secara terang-terangan.

Pelanggannya hanya perlu memberhentikan kenderaan, melakukan proses tawar menawar, bayar, 'ehem-ehem', selesai dan terus 'cabut' dari lokasi tersebut.

Penulis tertanya-tanya, apakah ia melambangkan sebuah ketamadunan atau ia lebih kepada satu budaya yang sangat meloyakan?

Penulis rasa amat bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang Muslim yang diberi garis panduan melalui Al-Quran, Sunnah, Qias dan Ijma' Ulama untuk menjalani hidup di sebuah negara Islam fundemental yang bernama Malaysia.

Meskipun masih sedikit dicacatkan dengan kewujudan aktiviti tidak bermoral itu, pihak berkuasa negara ini kerap melakukan operasi membanteras perniagaan haram itu dan ia dapat dibendung untuk tidak menjadi seburuk yang belaku di China, Itali dan negara-negara lain.

Diharapkan juga golongan lelaki di negara ini untuk tidak berminat dengan aktiviti melanggan dan melakukan 'permintaan' terhadap industri itu memandangkan ia adalah salah sama sekali dari segi agama, moral dan perundangan negara ini.

Firman Allah SWT secara jahrah (jelas dan terang) di dalam Al-Quran yang bermaksud;

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)," surah Al-Isra', ayat 32.

Dan penulis tidak mahu sama sekali industri tertua di dunia itu menimbulkan kerosakan di negara yang kita cintai ini. Wallahua'alam. – Mynewshub.my
 
'Ehem-ehem' di dalam belukar, ada yang berselera?

 
Bagaimana pula yang ini?

 
Di mana ada permintaan, di situ ada penawaran…

Pelacur Nigeria sedang menunggu pelanggan di tepi jalan di Itali…

Ada sedikit bumbung, mungkin khuatir basah ditimpa hujan…

Bawah pokok di tengah kawasan lapang, terbuka…

Selesa dengan tilam dan cadar dengan suasana alam sekitar begini?

Entah apa yang difikirkan pelacur ini…

 
Mungkin letih melayan pelanggan? Atau tertidur bosan kerana tiada pelanggan?


sumber : mynewshub.my

Terlalu Bebas Sampai Sanggup Berasmara Di Tepi Jalan

Posted: 16 Feb 2012 08:20 PM PST



Sepasang kekasih ini dikatakan terlalu obses dengan hak kebebasan manusia untuk meluahkan perasaan sehingga tergamak mencetus kontroversi apabila berasmara di dalam keadaan separa bogel di tepi kakil lima yang penuh sesak dengan orang ramai.

Itu di barat dan bagaimana pula dengan negara kita?

Di Malaysia, kita mempunyai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak kebebasan manusia seperti Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Suruhjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Human Rights Watch dan banyak lagi.

Sebahagian dari mereka memang ikhlas memperjuangkan hak kebebasan manusia dan ada pula sebahagian dari pertubuhan itu yang dikatakan memperjuangkan sesuatu demi kepentingan politik pihak tertentu.

Penulis enggan mengulas tentang politik dan lebih tertarik dengan erti hak dan kebebasan manusia yang diperjuangkan NGO-NGO yang gemar mencetus kontroversi di negara ini.

Misalnya, kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dikritik teruk oleh beberapa NGO hak asasi manusia kerana mengharamkan program Seksualiti Merdeka yang memperjuangkan hak serta kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di negara ini.

Dalam konteks pemahaman NGO-NGO yang terbabit, golongan LGBT perlu diberikan hak sebagai manusia untuk menyuarakan dan bebas mengamalkan naluri kemanusiaan yang ada di dalam diri mereka tanpa sebarang diskriminasi dari sudut perundangan mahupun masyarakat.

Pada penulis, kebebasan seperti ini seolah-olah meletakkan perilaku kebebasan itu melebihi dari kebebasan yang dibenarkan menurut Islam.

Memang benar Islam adalah agama yang tidak memaksa dan memberikan kebebasan penuh kepada umat manusia.

Namun, perlu diingat bahawa Allah SWT telah memberi panduan melalui RasulNya, Muhammad SAW untuk menyebarkan garisan dan batasan yang perlu dipatuhi agar umat Islam tidak melampaui hukum hakam yang telah ditetapkan melalui Al-Quran, Sunnah, Qias dan Ijma' Ulama.

Persoalannya, apakah hak dan kebebasan yang dituntut NGO-NGO itu bertepatan dengan kehendak Islam, budaya dan moral masyarakat di negara ini.

Misalnya di kepulauan Canary, Spanyol, yang menyaksikan para pelancong dibenarkan secara sah dari segi perundangan untuk berbogel di tepi pantai kepulauan tersebut seperti di Fuerteventura, Corralejo, Semenanjung Jandia, Lanzarote, Gran Canaria, Tenerife dan sebagainya.



Sanggupkah kita menyaksikan Kak Limah, Nyonya Siew Lan, Makcik Munah, Aci Letchumi, Pakcik Akob, dan Pak Nuar berbogel dan berenang-renang di tepi pantai Chenang di Langkawi sambil menikmati 'mandi matahari'?

Mahukah kita melihat budaya sebegitu menembusi sempadan negara kita yang terkenal dengan amalan Islam, adat sopan, kesusilaan, rasa malu yang tinggi dan budaya ketimuran yang menekankan soal moral yang tinggi?

Penulis yakin bahawa sekiranya budaya LGBT atau mana-mana budaya seumpamanya itu dibenarkan masuk ke negara ini, maka tidak mustahil ia akan menyebabkan budaya berbogel di tempat awam seperti di Eropah juga akan terlepas masuk dan dianggap 'hak dan kebebasan' di Malaysia.

Itukah bentuk kebebasan hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh sesetengah NGO-NGO di negara ini?

Jika tidak, mengapa pula perlu menyokong Seksualiti Merdeka dan terkini mereka mengecam pula tindakan kerajaan yang menghantar pulang wartawan, Muhammad Najeed A. Kashgari atau Hamza Kashgari ke negara asalnya?

Hamza didapati bersalah kerana menghina Rasulullah SAW oleh ulama Saudi dan apakah kebebasan hak bersuara itu membolehkan dia menghina kekasih Allah?

Kenapa pula Malaysia harus melindungi Hamza yang menghina Rasulullah SAW dan salahkah kerajaan menghantarnya pulang sebagaimana yang diminta oleh negara asal Hamza itu?

Pada penulis, apalah ertinya kebebasan dan hak asasi manusia sekiranya ia bertentangan dengan Islam, moral atau ketetapan fitrah kejadian manusia.

Apa pula pendapat anda?

Patutkah tindakan segelintir NGO itu memperjuangkan sesuatu yang bertentangan dengan Islam dan akhlak serta berselindung sebalik alasan 'kebebasan dan hak asasi manusia'?

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Sleeping Beauty - 2011 LIMITED (BRRip Mediafire)

Posted: 16 Feb 2012 08:17 PM PST

Sleeping Beauty (2011) LIMITED BRRip 600MB

A haunting portrait of Lucy, a young university student drawn into a mysterious hidden world of unspoken desires.

Hanya Kerana Topup RM10.00 Sampai Sanggup Melacurkan Diri

Posted: 16 Feb 2012 08:15 PM PST


Hanya topup RM10. Itu bayaran dikenakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang masih bersekolah kepada rakan sekelas yang mahu mengadakan hubungan seks dengannya.

Remaja berkenaan juga tidak kisah melakukan perbuatan terkutuk itu pada siang hari di hotel murah pilihannya dan lebih memeranjatkan sudah melakukannya sejak berusia 15 tahun lagi. pelajar itu yang hanya mahu dikenali sebagai aliya berkata, dia mula membabitkan diri dengan kegiatan tidak bermoral itu selepas dipengaruhi beberapa rakan wanita lebih tua yang dikenalinya ketika melepak di kompleks beli-belah di bandar raya ini.

"Ketika itu, saya memerlukan wang untuk membeli pakaian berjenama selain mendapatkan peralatan sekolah lebih lengkap, sedangkan keluarga tidak mampu menyediakannya termasuk buku latihan disebabkan faktor kemiskinan," katanya.
Aliya berkata, selepas menceritakan masalah kewangan dihadapinya, seorang rakan mempengaruhi supaya melakukan pekerjaan itu kerana boleh memperoleh wang dengan mudah.

"Pada mulanya, saya pelik dengan pekerjaan ditawarkan kerana dibawa ke sebuah bilik hotel dengan alasan untuk 'ditemu duga' sebelum didatangi seorang lelaki berusia sekitar 30-an. "Sebelum berbual, saya melihat lelaki berkenaan menyediakan segelas air sebelum memasukkan sejenis pil lalu mengarahkan saya meminumnya dengan alasan untuk menghilangkan perasaan takut dan gemuruh," katanya.

Katanya, selepas beberapa minit meneguk air berkenaan, dia berasa ghairah sebelum lelaki berkenaan mengarahkannya berbaring. "Saya hanya tersedar beberapa jam selepas itu dalam keadaan tidak berpakaian. Pada masa itu, saya hanya mampu menangis, namun ditenangkan rakan itu sambil menunjukkan sejumlah wang untuk saya," katanya.

Aliya berkata, selepas kejadian itu, dia semakin ketagih untuk melakukan hubungan seks dan mula menawarkan diri kepada rakan lelaki yang dikenali saja semata mata untuk memperoleh topup free. "Selepas kejadian itu, saya sering mengulangi perbuatan sama terutama selepas waktu sekolah hingga mampu hidup senang.

"Bagaimanapun, disebabkan terlalu kerap melakukan hubungan seks dengan pelbagai lelaki, saya mengalami jangkitan kuman pada kemaluan," katanya. Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia berhenti daripada kegiatan itu dan akhirnya menyesal dengan apa dilakukannya. "Mungkin itu balasan atas perbuatan saya kerana mahu mencari wang dengan mudah. Mujur saya tidak mengandung, jika tidak pasti nasib lebih buruk," katanya.

(Petikan bahan dan gambar: Perdana Hitam)

PANAS! Wanita Bogel Ini Adalah Pelakon Filem Tempatan?

Posted: 16 Feb 2012 08:12 PM PST


KUALA LUMPUR – Blog hiburan sensasi, Rotikaya.com, hari ini tampil lebih berani apabila mendedahkan gambar gadis kebasahan yang mempamerkan aksi ghairah di bilik mandi tanpa seurat benang dan mendakwa ia mirip kepada seorang aktres baru tempatan.

Menurut blog tersebut, gadis yang terpamer di dalam gambar tersebut adalah mirip heroin filem yang kurang mendapat sambutan, Karipap Karipap Cinta, dan membiarkan para peminat sendiri yang menilainya.

Blog itu juga memaklumkan bahawa mereka telah menerima rakaman video berdurasi 30 saat yang memaparkan aksi solo 'pelakon wanita' itu.

"Lewat hari ini, kami berjaya terima video penuh berdurasi hampir 30 saat itu yang memaparkan aksi solo individu yang di'dakwa M*** Ai***** — heroin filem Karipap Karipap Cinta. Hmm.

"Tidak akan kami siarkan video penuh individu tersebut tetapi di'bawah kami sertakan dua screenshot 'manja' dari video tersebut sebagai perbandingan buat M*** Ai***** yang di'dakwa terlibat secara langsung.

"Anda nilaikan sendiri jika benar individu dalam screenshot di'atas adalah M*** Ai***** atau hanya sekadar pelanduk dua serupa yang sememangnya sering terjadi kepada selebriti Malaysia," jelas pemilik laman blog tersebut.

Sebelum ini, laman blog itu memberitahu bahawa mereka menerima emel dari seorang peminat yang mendakwa seorang artis wanita yang merakamkan aksi berbogel di depan kamera untuk tatapan peribadi teman lelakinya.

Bagaimanapun rakaman video tersebut terlepas ke tangan pihak ketiga yang kemudiaannya menyebarkan rahsia artis tersebut kepada khalayak umum. Kami menjangkakan artis yang dimaksudkan Rotikaya.com dan peminat yang mengirimkan emel tersebut akan dijawab dalam masa terdekat agar kekeliruan tersebut dapat diuraikan secepat mungkin sebelum ia lebih parah. –Mynewshub

Awas! Video Hantu Di Bilik Karaoke

Posted: 16 Feb 2012 08:10 PM PST



Amacam kalau tengah baik punya tarik tetiba muncul pocong dalam bilik karaoke anda?

Mahu lari tak ingat dunia.

Klip video di bawah kalau tak silap berasal dari sebuah program realiti ala-ala Wakenabeb dan Bang Bang Boom. Dinamakan Super Trap.

Memang kreatif tapi zalim pun ada gak, tengok ada perempuan tu macam hilang semangat dikerjakan.

Namun yang lagi best, lelaki yang menjerit lagi kuat pada pasangan diaorang. Siap tinggalkan awek sendiri pun ada. Tak guna punya jantan.




sumber : mynewshub

Siti Nurhaliza Hasilkan Produk Terbaru Boleh Kurangkan Stress

Posted: 16 Feb 2012 08:04 PM PST


Datuk Siti Nurhaliza

Sebagai pengasas kosmetik yang peka dengan keperluan wanita, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin cuba mengurangkan tekanan golongan itu menerusi produk terbaru daripada SimplySiti iaitu Dermagic Beauty Moisturiser: Youthful, Fairness & Stress-Free Skin.

Siti yang merupakan Presiden bagi produk tersebut berkata, keluaran terbaharu berkenaan terdiri daripada set penjagaan kulit yang pertama di Malaysia menggunakan campuran Advanced Hydro-Cologen, Korean Plan Stem Sel dan Endorfin.

Bahan-bahan itu boleh meningkatkan perasaan gembira kepada si pemakai.

"Ini merupakan produk pertama di Malaysia yang menggunakan Plant Endorphin. Ia mampu membangkitkan rasa gembira kepada badan. Produk ini juga lain daripada yang sudah berada di pasaran.


Siti Nurhaliza bersama model demagic, Shazwin.

"Sebelum mengeluarkan produk ini, kami telah membuat kajian kepada 50 orang wanita daripada pelbagai bangsa dan umur selama dua minggu. Dan Alhamdulillah, respons yang diberikan sangat positif.

"Mereka gembira dan sangat berpuas hati selepas menggunakannya. Itu adalah kelebihan Der'Magic kerana ia mampu membangkitkan perasaan gembira kepada si pemakai," katanya pada majlis pelancaran Dermagic di Sunway Hotel Resort & Spa, di sini, malam Khamis.

Tambah Siti, selain menaikkan perasaan itu, ia juga membantu untuk melambatkan penuaan kulit serta menyerlahkan wajah dan pada masa sama produk tersebut dapat mengecilkan saiz pori.

Rangkaian produk kecantikan SimplySiti Dermagic merangkumi lima produk iaitu Dermagic Beauty Moisturiser, Intensive Serum, Complete Eye Cream, Purifying Scrub dan Relaxing Mask.

Ia boleh didapati dengan harga bermula daripada RM25 hingga RM70 di semua rangkaian SimplySiti di seluruh Malaysia serta Brunei.

Majlis pelancaran yang bertemakan 'Glam Ungu' sempena kemunculan Dermagic ini turut dihadiri oleh beberapa rakan artis seperti Farhan, Sharifah Shahira, Fazli Zainal, Osbon.

Istimewanya pelancaran kali ini, SimplySiti telah memperkenalkan wajah baru, Shazwin, yang berkongsi keistimewaan Dermagic dan turut muncul dalam iklan terbaru produk tersebut.

Menariknya, SimplySiti turut bekerjasama dan bergabung tenaga dengan AirAsia X selaku syarikat penerbangan rasmi bagi kempen Dermagic di mana setiap pembeli produk boleh memenangi percutian Stress free Getaway bersama Siti ke Sydney, Australia.

Dalam perkembangan sama, Siti berkata, jenama SimplySiti juga akan mengeluarkan tiga jenis wangian pada bulan April depan sebagai salah satu langkah memperkukuhkan lagi kepelbagaian produk syarikatnya.

Namun Siti enggan mendedahkan butiran mengenai projek terbaharunya itu dan berjanji akan mengadakan sidang media untuk memaklumkan mengenai berita tersebut.

Malek Noor Nikah Doktor Pakar 12 Mac 2012

Posted: 16 Feb 2012 08:01 PM PST


Datuk Abdul Malek Noor

PETALING JAYA: Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang doktor pakar.

Malek berkata, majlis pernikahannya dengan ibu kepada lima orang anak itu akan diadakan secara sederhana di rumah keluarga perempuan di Kota Baharu, Kelantan pada 12 Mac depan.

Majlis resepsi perkahwinan pula akan diadakan sehari selepas itu di Hotel Renaissance, Kota Baharu.

Menurut Malek, dia amat bersyukur ketika berusia 56 tahun, Allah menemukan jodohnya dengan seorang wanita yang benar-benar mengambil berat terhadapnya selain bersifat penyayang.

"Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana membuka pintu hati saya untuk berkahwin dan menemukan saya dengan wanita yang benar-benar baik untuk dijadikan seorang isteri," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Malek yang masih mahu merahsiakan identiti wanita tersebut berkata, dia mengenali doktor berkenaan yang bekerja di sebuah hospital swasta dekat sini sejak empat bulan lalu ketika membincangkan urusan perniagaan.

Katanya, selepas pertemuan itu mereka sering berhubung sehinggalah wanita tersebut bertanyakan sama ada selesa atau tidak untuk berkawan.

Kata Malek, secara jujurnya dia membalas pertanyaan wanita itu dengan baik sehinggalah timbullah perasaan sayang dalam diri masing-masing.

"Sejak hari itu kami sering memanggil diri kami dengan perkataan "sayang" sehinggalah saya membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai isteri," katanya.

Menurut Malek lagi, dia bertambah gembira kerana kelima-lima bakal anak tirinya yang ada di antaranya sudah bekerja dan berumah tangga boleh menerimanya dalam keluarga mereka.

Sementara itu menurut Malek, dia memilih tarikh 12 Mac 2012 sebagai detik terindah untuk bergelar suami kerana mahu mengimbas perjalanannya ke Tanah Suci, Mekah pada tarikh sama tahun lalu untuk mengerjakan umrah.

Katanya, semasa di Mekah, dia memohon doa kepada Allah agar memberi hidayah kepadanya serta petunjuk termasuklah mengenai calon isteri.

Selepas pulang daripada mengerjakan ibadah tersebut kata Malek, perjalanan hidupnya menjadi semakin mudah sehinggalah dia bertemu dengan wanita berkenaan.

"Wanita itu berjaya mengubah hati saya untuk bergelar suami. Segala-galanya selepas Allah mempermudah doa-doa saya. Syukur sekali," katanya.

Selain aktif dalam sukan bina badan, Malek pernah berlakon beberapa buah filem termasuklah Ujang (1989), Juara (1991), Rimba Malam (1992) dan Sahabat (1992).

Beliau sebelum ini mengaku tidak pernah melakukan ibadat selama 34 tahun tetapi akhirnya mendapat hidayah selepas mendengar azan Maghrib dari masjid KLCC yang terletak berdekatan rumahnya di sebuah kondominium mewah di kawasan terbabit. -mstar-

Salma Perjelas Isu Sombong Dan Komen Erra Fazira

Posted: 16 Feb 2012 08:00 PM PST




SUBANG JAYA: Juara program Mentor musim kelima, Salma atau nama sebenarnya, Salmah A. Asis dia tidak pernah menerima sebarang tawaran daripada mentornya, penyanyi dan pelakon Erra Fazira untuk membimbingnya dalam kerjaya seni selepas tamat pertandingan itu.

Salma berkata, Erra tidak pernah meluahkan apa-apa hasrat kepadanya mengenai perkara itu walaupun dia mahu terus berada di bawah jagaan artis tersebut.

"Sejujurnya saya tidak pernah menerima sebarang tawaran daripada Kak Erra untuk membimbing kerjaya seni saya dan sebagai orang baru sudah tentu saya berasa segan untuk meminta seorang artis terkenal sepertinya berbuat demikian.

"Saya mengetahui Kak Erra mahu membimbing kerjaya saya hanya melalui media dan ada berhubung dengannya untuk bertemu tetapi dia sedang sibuk sekarang," ujarnya kepada mStar Online.

Salma ditemui ketika menghadiri majlis Pra-Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) di sini pada Rabu.

Sebelum ini, Erra Fazira dilaporkan agak terkilan apabila melihat perjalanan kerjaya Salma agak perlahan selepas menjuarai program tersebut.

Erra dikatakan ada menawarkan diri untuk membantu penyanyi itu menguruskan kerjayanya tetapi ditolak Salma kerana dia mahu membawa haluan sendiri.



Dalam pada itu, Salma turut menolak dakwaan sudah sombong hanya kerana memenangi Mentor musim kelima sehingga menolak pelawaan Erra itu.

Ujarnya, tiada sebab untuk dia berbuat demikian malah berterima kasih jika ada individu yang sudi menolong bagi menguruskan kariernya sebagai penyanyi.

"Saya akan menerima dengan hati terbuka jika Kak Erra benar-benar ingin menguruskan kerjaya seni saya dan jika tahu dari dulu lagi saya akan terima pelawaan tersebut," ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai kehilangannya secara tiba-tiba sehingga gagal dihubungi pihak media, Salma memberitahu dia bercuti di kampung halamannya di Tawau, Sabah selepas tidak sihat.

Salma memberitahu, sepanjang sebulan itu dia menghabiskan masa untuk berehat selain berubat secara tradisional mengenai penyakit yang dialaminya. Bagaimanapun Salma enggan mendedahkan penyakitnya itu.-mstar-

Tomok Mengakui Sudah Berani 'Pertahankan Diri'

Posted: 16 Feb 2012 07:58 PM PST


Tomok

PETALING JAYA: Penyanyi, Tomok, mengakui sudah berani menyuarakan pendapat atau mempertahankan diri sekiranya terdapat anasir-anasir negatif berkenaan dengan dirinya.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 28, berkata, dia bukan mahu menunjukkan dirinya hebat, tetapi sekadar ingin menegakkan kebenaran lebih-lebih lagi jika ia ditulis di media massa.

"Diakui dulu saya banyak senyap daripada bersuara. Tetapi selepas hampir 12 tahun dalam industri seni tempatan, takkan saya nak berdiam jika merasakan diri tidak bersalah dalam sesuatu hal?

"Bagaimanapun, saya tidak akan membidas balik dengan kata-kata yang kurang ajar sebaliknya cara saya cakap itu berbentuk profesional. Dalam pada itu saya akan menjelaskan hal yang sebenar dalam setiap perkara yang dianggap negatif," katanya kepada mStar Online.

Penyanyi yang popular dengan lagu Bidadari itu diminta mengulas tentang dirinya yang dilihat semakin lantang bersuara menerusi akaun Twitter miliknya apabila tidak berpuas hati dengan mana-mana penulisan media.

Tomok dan Ayu tidak sabar menantikan anak sulung mereka. Foto ihsan Tomok
 
Tambah Tomok, ini tidak bermakna hanya selebriti yang sudah lama berkecimpung dalam industri hiburan sahaja yang boleh pertahankan diri tetapi juga bagi selebriti yang baru dalam industri.

Mereka perlu menyuarakan pendapat jika merasakan diri berada di pihak yang benar.

Bagaimanapun ujar penyanyi itu, dia bukan sahaja menegakkan keadilan dalam entri twitter yang dipaparkan, malah akan menyuarakannya sekadar mahu berkongsi pendapat dengan para peminatnya.

Sementara itu, Tomok turut memberitahu tidak sabar menantikan kelahiran anak sulungnya bersama isteri, Rahayu Abbas (Ayu), 32.

"Insya-Allah, anak kami akan lahir pada bulan Mei ini dan saya tidak sabar melihat kehadirannya yang pasti akan menyempurnakan lagi hidup saya dan Ayu," tuturnya ringkas.

Dalam pada itu, Tomok bakal muncul dengan filem Mantera dan Istanbul Aku Datang pada tahun ini.-mstar-

'Itu Bukan Cincin Tunang' - Aril

Posted: 16 Feb 2012 07:56 PM PST


Aril Pilus

PETALING JAYA: Penyanyi Aril Pilus (AF7) berkata kesilapannya untuk bergurau dengan merakamkan gambar dia memegang sebentuk cincin berlian mengundang spekulasi kononnya dia membeli cincin tunang seperti gambar yang tersebar di Internet pada Khamis.

Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 27, berkata dia tidak membeli cincin tersebut seperti yang didakwa, sebaliknya sekadar melihat untuk dibelikan buat ibunya.

"Memang saya ada menyimpan niat dan hasrat untuk bertunang tetapi bukan sekarang. Ia adalah dakwaan mengarut dan tidak berlaku pun.

"Saya hanya melihat cincin tersebut di kedai dan mempertimbangkan untuk membelinya sebagai simpanan bagi kegunaan pada masa akan datang.

"Itu tidak bermakna saya hendak bertunang. Bagaimana pula saya hendak bertunang sebab tiada calon kekasih buat masa ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

Ketika ditanya mengenai hasratnya untuk bertunang, Aril berkata sebagai anak lelaki tunggal dalam keluarga, selepas kematian abangnya, penyanyi Izwan Pilus pada 20 Januari lalu, sudah tentu ibu bapanya teringin untuk melihat dia melangkah ke alam perkahwinan.

"Sebelum ini saya memang ada kekasih tetapi kami sudah berpisah kerana tiada persefahaman. Walaupun saya berniat untuk bertunang dan seterusnya berkahwin, saya lebih selesa serahkan urusan itu pada ibu.

"Biarlah ibu buat pilihan yang terbaik sebab pada waktu ini saya memang tiada teman istimewa," katanya.

Susulan gosip itu, Aril mengakui niatnya yang mahu bergurau dengan merakamkan gambar dia memegang cincin tersebut telah membawa padah sehingga memaksa dia menjelaskan segala kekeliruan yang timbul.

"Saya akui ini kesilapan paling dangkal yang saya pernah buat. Walhal, tujuan saya dan seorang kawan merakamkan gambar itu adalah untuk suka-suka sebagai simpanan saja.

"Tak sangka pula ia tersebar dan mencetuskan spekulasi begini. Jenuh juga saya hendak menjelaskan perkara sebenar. Saya harap semua pihak faham dengan penjelasan ini," katanya.

Adele Bakal Rakam Lagu Baru

Posted: 16 Feb 2012 07:48 PM PST

 

LOS ANGELES: Penyanyi British Adele yang pernah mengeluarkan kenyataan untuk berehat panjang bagi tempoh empat hingga lima tahun sebelum ini dikhabarkan kembali menyanyi. Dia dijangka akan masuk ke studio untuk merakamkan lagu-lagu baru.

Pemegang enam anugerah Grammy 2012 yang berusia 23 tahun ini dikatakan menjalinkan hubungan dengan Simon Konecki.

Laman web contactmusic.com melaporkan, Adele membuat pendedahan dalam satu temu ramah bersama sebuah majalah bahawa dia ingin berehat panjang daripada nyanyian sekiranya kerjaya itu merosakkan hubungan cintanya.

"Saya dapat berehat beberapa hari memandangkan anugerah Brit Awards hanya berlangsung di England sahaja.

"Selepas itu, saya akan terus masuk ke studio rakaman. Berehat lima tahun? Ia lima hari sebenarnya!" katanya dalam kemas kini laman blog miliknya pada Selasa (waktu tempatan).

Pegawai seranta penyanyi Rolling In the Deep itu menegaskan bahawa Adele tidak mempunyai sebarang perancangan untuk berehat panjang, sekali gus menyangkal segala komen yang pernah dikeluarkan penyanyi itu sebelum ini. -mstar-

Derita Pesakit COPD

Posted: 16 Feb 2012 07:14 PM PST



MELIHAT raut wajah Lau Swe Teng, 66, jelas terpancar seribu penyesalan. Namun, semua itu tidak berguna lagi apabila dia disahkan menghidap penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) pada tahun 2001.

Biarpun telah disahkan menghidap COPD, lelaki yang mempunyai dua anak itu tidak pernah berhasrat untuk berhenti merokok walaupun berdepan dengan batuk yang teruk.

Berikutan dengan tabiat merokoknya itu, Swe Teng sentiasa berulang-alik ke klinik dan hospital untuk mendapatkan rawatan.

Biarpun sering kali mendapatkan rawatan, Swe Teng hanya mengambil ubat-ubatan sekiranya perlu dan merokok seperti sediakala walaupun mengetahui tabiat itu akan memakan dirinya suatu hari nanti.

Namun pada tahun lalu, Swe Teng mengalami sesak nafas yang teruk dan mujur sempat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Disebabkan keadaannya terlalu serius, dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 10 hari di hospital berkenaan.

Mujur usia Swe Teng masih panjang apabila dia berjaya diselamatkan. Peristiwa itu nyata membuatkan warga emas itu insaf sehingga nekad meninggalkan 'kekasih' hati yang dicintainya sejak hampir lima dekad itu.

Swe Teng yang ditemui pada majlis pelancaran produk indacaterol inhalation powder, Onbrez Breezhaler di ibu negara baru-baru ini menceritakan segala-galanya bermula kerana terpengaruh dengan kawan-kawan yang terjebak dengan aktiviti merokok sejak berusia 12 tahun lagi.

Pada usia remaja, Swe Teng menghisap lima batang rokok. Bagaimanapun, apabila usianya menginjak ke-20 tahun dan sudah mempunyai pekerjaan tabiat itu menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Sejak itu, dia menjadi perokok tegar. Dua atau tiga kotak besar sehari merupakan perkara biasa dan ia berlanjutan sehingga berusia 65 tahun.

Swe Teng yang kini membuka perniagaan sendiri mengakui kesemua wang simpanan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah habis digunakan untuk mendapatkan rawatan.

Ketika ditanya mengenai jumlah wang yang telah 'dilabur' untuk rawatan, Swe Teng tersenyum lantas menjawab: "Saya sendiri tidak ingat tetapi, sudah berpuluh-puluh ribu ringgit habis. Disebabkan degil, saya merosakkan paru-paru sendiri. Apa yang terjadi sebenarnya saya yang mencari penyakit ini," keluhnya.

Swe Teng yang tidak putus-putus menyuarakan kekesalannya menghisap rokok memberitahu, disebabkan penyakit itu, dia sudah tidak boleh melakukan kerja-kerja berat kerana khuatir akan mengalami sesak nafas.

"Saya menyesal dengan tabiat lama saya. Saya sudah banyak menghabiskan duit dan telah banyak menyusahkan isteri dan anak-anak. Kini saya mahu menjalani hidup baharu dengan mengamalkan corak kehidupan yang sihat," luahnya.

Kini Swe Teng mengambil ubat-ubatan selain menggunakan gas (inhaler) untuk mengurangkan masalah COPD walaupun baru setahun berhenti tabiat merokok.

Malah, dia turut melakukan senaman pada setiap hari selain menitikberat soal pemakanan.

SWE TENG kini bergantung kepada ubat-ubatan dan alat sedutan untuk menghilangkan sesak nafas.

Sistem pernafasan merosot

Penyakit COPD merupakan gangguan pernafasan kronik yang menjadikan fungsi jantung semakin hari semakin merosot sekali gus mengehadkan pengaliran udara.

Jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan penyakit itu boleh menyekat kebebasan rutin pesakit secara beransur-ansur. Ia adalah antara punca kematian dan kehilangan upaya utama di dunia.

Menurut rekod Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula, penyakit COPD dijangka menjadi punca ketiga kepada kematian menjelang tahun 2020.

Malah, WHO turut menjangkakan jumlah kematian disebabkan COPD akan meningkat lebih daripada 30 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang kecuali tindakan segera diambil untuk mengurangkan faktor penyakit itu.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Torasik Malaysia, Prof. Dr. Roslina Manap berkata, kebiasaannya penyakit tersebut akan menyerang perokok tegar yang berumur melebihi 40 tahun.

"Simptom awal penyakit ini biasanya tidak menunjukkan seseorang itu menghidap penyakit yang berbahaya seperti batuk, kesukaran bernafas, keletihan dan peningkatan pengeluaran mukus," katanya sambil memberitahu ujian spirometri akan dapat mengesan tanda-tanda awal penyakit itu.

Mengulas lanjut mengenai penyakit itu, beliau berkata, biarpun tiada penawar namun, COPD boleh dicegah dan boleh dirawat iaitu dengan berhenti merokok.

Walau bagaimanapun, mereka yang terdedah dengan kawasan berhabuk atau berasap juga tidak terkecuali berisiko menghidap penyakit itu.

Namun demikian apa yang pasti, tahap kesedaran rakyat di negara ini mengenai bahaya penyakit itu masih rendah sedangkan, ia sebenarnya membunuh lebih ramai pesakit di seluruh dunia berbanding HIV dan AIDS. -kosmo-

Pelari Maraton Tertua - Fauja Singh

Posted: 16 Feb 2012 07:08 PM PST



FAUJA SINGH hanyalah seorang petani yang menetap di sebuah perkampungan kecil di Bias Pind, Jalandhar, Punjab.

Sepanjang hayatnya, dia hanya tahu mengusahakan tanaman tebu dan gandum untuk menyara keluarganya.

Ditemani isteri dan enam cahaya mata, tiga lelaki dan tiga perempuan, lelaki itu bahagia dengan kehidupan yang dilaluinya.

Bagaimanapun, pada usia mencecah 81 tahun, anak keduanya, Kuldip meninggal dunia akibat ditimpa palang besi ketika berada di rumah.

Sejak itu, Fauja mula berubah sikap. Dia lebih suka menyendiri dan mengalami kemurungan.

"Jiwa saya tertekan selepas kematiannya. Kebanyakan masa dihabiskan ke tempat upacara tempat pembakaran dan sering bercakap seorang diri," katanya dalam satu temu ramah bersama The Telegraph.

Bimbang dengan keadaan bapa mereka, anak lelakinya, Sukhjinder, yang menjalankan perniagaan di United Kingdom mempelawanya tinggal bersama sekitar tahun 1995.

Pada mulanya, Fauja sukar untuk membiasakan diri dengan kehidupan baharunya. Tidak hairanlah, masanya lebih banyak dihabiskan dengan menonton televisyen di rumah.

"Duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa sememangnya membosankan. Kebanyakan lelaki berusia di negara ini tidak mengawal pemakanan, kurang beriadah dan berkenderaan untuk ke mana-mana. Itu menyebabkan ramai antara mereka jatuh sakit," katanya.

Enggan perkara yang sama berlaku ke atasnya, lelaki itu mula berjoging di sekitar kawasan perumahan itu.

Dia mengenali sukan maraton selepas menyaksikan sekumpulan atlet lelaki dan wanita berlari dalam satu pertandingan yang disiarkan di televisyen.

Melihat kesungguhan atlet berkenaan berlari tanpa henti selama berjam-jam membuatkan dia berasa kagum, sekali gus membakar semangatnya untuk mencuba sukan yang agak asing bagi dirinya itu.

Lupakan kesedihan

Peluang itu hadir selepas dia menyertai satu larian maraton amal sejauh 32 kilometer (km) yang diadakan di tengah London. Tanpa diduga, dia berjaya menyudahkan larian sejauh 20 km.

"Saya mahu melarikan diri daripada kesedihan dan kesepian yang menghantui selama ini. Berlari merupakan satu-satunya pilihan yang ada," ujarnya.

KEJAYAAN Fauja di dalam sukan maraton turut dikagumi pemimpin-pemimpin terkenal dunia.


Pada usia 89 tahun, Fauja memberanikan diri menyertai London Marathon pada tahun 2000. Pada penyertaan pertama itu, dia berjaya menyudahkan larian sejauh 42 km dalam tempoh masa enam jam, 54 minit.

Jurulatih kecergasan dan bekas pelari maraton, Harmander Singh, yang kagum melihat kesungguhan Fauja, mengambil inisiatif untuk melatih dirinya.

"Saya melatih dia secara percuma," kata Harmander. Ia merupakan satu penghormatan kepada saya."

Harmander secara peribadi mengakui Fauja mempunyai tahap kesihatan yang mengagumkan pada usia sedemikian.

"Keputusan pemeriksaan kesihatan ke atasnya menunjukkan dia mempunyai tulang seperti mereka yang berusia 35 tahun."

Dengan bantuan Harmander, lelaki yang selesa dengan imej turban dan berjanggut putih sehingga ke paras dada itu berpeluang menyertai lebih 14 pertandingan maraton dan separa maraton yang diadakan di seluruh dunia.

Pada tahun 2003, ketika berusia 92 tahun, dia mencipta rekod maraton bagi kategori 90 tahun ke atas dengan catatan masa lima jam 40 minit.

Kagum dengan semangat yang ditunjukkan, jenama sukan terkenal, Adidas telah melantiknya sebagai duta bersama bintang bola sepak, David Beckham di dalam kempen, Impossible is nothing.

Wajahnya terpampang di papan-papan iklan utama di seluruh United Kingdom. Malah, syarikat itu juga telah mengeluarkan kasut khas, Fauja Singh Shoes sebagai penghormatan kepadanya.

Sejak itu, lelaki yang hanya fasih berbahasa Punjab itu mula menjadi tumpuan orang ramai di London. "Saya amat dihormati di sana, mereka menyayangi saya.

"Mereka bertanya apakah keistimewaan kaki saya yang kurus ini. Sukar untuk sesiapa percaya lelaki berusia 100 tahun mampu menyertai pertandingan maraton," katanya.

Bagaimanapun, tidak semua masyarakat di Barat mengalu-alukan kehadiran Fauja.

Dia menjadi subjek perkauman ketika menyertai pertandingan di New York selepas peristiwa 11 September 2004. Penonton-penonton yang hadir mengejeknya dan memanggilnya, Heym Osama Bin Laden dan Lihat, itu Saddam gara-gara imejnya itu.

"Biarpun marah, namun pelari-pelari lain berjaya menenangkan dan menyuruh saya supaya tidak mengendahkannya," ceritanya.

Pada bulan Oktober tahun lalu, Fauja diiktiraf sebagai pelari maraton tertua di dunia selepas berjaya menamatkan larian dalam tempoh lapan jam 11 minit ketika menyertai Toronto Waterfront Marathon di Kanada.

Kejayaan itu membolehkan dia memecahkan rekod berusia 35 tahun yang dipegang oleh seorang pelari dari Greece, Dimitrion Yordanidis, 98.

Popularitinya semakin meningkat, malah dia dianggap sebagai seorang wira di India.

Ketika pulang ke kampung halamannya sebelum ini, dia disambut puluhan peminat setianya.



KE MANA sahaja Fauja berada dia pasti menjadi tumpuan lensa kamera dan peminat-peminatnya.



Tumpuan peminat

Malah dia sentiasa menjadi tumpuan peminat yang mahu bergambar, termasuk ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan di sana.

"Saya boleh menjadi jutawan sekiranya saya mengenakan bayaran kepada mereka yang mahu bergambar," guraunya.

Ketika kanak-kanak, anak bongsu daripada empat beradik itu pernah melalui pelbagai pahit getir kehidupan.

Dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin, Fauja dianggap berbeza berbanding adik-beradiknya yang lain kerana hanya mula berjalan ketika berusia lima tahun. Pada usia 15 tahun pula, dia hanya mampu berjalan sejauh 1.6 km.

"Kaki saya sangat lemah ketika kecil. Mungkin ia satu cara tuhan memeliharanya agar ia boleh digunakan sepenuhnya beberapa tahun kemudian," dedahnya di dalam buku biografi miliknya bertajuk, Turbaned Tornado: The Oldest Marathon Runner Fauja Singh.

Biografi setebal 144 muka surat itu diterbitkan pada 6 Jun tahun lalu. Penulisnya, Kushwant Singh sebelum itu pernah menulis buku mengenai Fauja, bertajuk, Sikhs Unlimited dan Mending Souls.

"Dia seorang lelaki unik. Dia berlari pada usia di mana orang lain sudahpun bersara, tenaganya amat luar biasa.

"Menulis biografi itu merupakan satu penghormatan besar kepada saya. Fauja telah memberi dimensi baharu terhadap makna ketahanan, aspirasi dan kekuatan," ujar Kushwant.

Di dalam biografi itu, lelaki yang mempunyai ketinggian 172 sentimeter itu turut berkongsi tip pemakanannya.

"Saya amat berhati-hati ketika memilih makanan dan hanya makan bila berasa lapar. Diet saya terdiri daripada sayuran hijau, yogurt, kacang daal, roti.

"Saya tidak menyentuh nasi, parata, pakoras dan makanan yang bergoreng. Saya minum banyak air dan teh halia."

Fauja turut mengakui umur panjang yang dimilikinya berkait rapat dengan gaya hidup positif yang diamalkan.

"Setiap hari saya bangun pukul 6 pagi dan berdoa kepada tuhan agar semua perkara-perkara negatif tidak wujud di dalam diri saya.

"Selepas itu saya akan berlari sekurang-kurangnya 10 km sehari," jelasnya.

Malah dia turut menjadi contoh kepada lima warga emas Britain berketurunan Sikh untuk terlibat di dalam maraton. Kesemua mereka berusia sekitar 80-an.
Sumbangan amal

RAHSIA kehidupan Fauja didedahkan di dalam buku biografi miliknya yang diterbitkan tahun lalu.


Biarpun kejayaan menjadi pelari maraton tertua di dunia tidak tercatat di dalam Guinness World Record disebabkan ketiadaan sijil kelahiran yang sah, namun Fauja tidak kecewa.

Sebelum ini, dia sudah menerima beberapa anugerah seperti Pride of India dan Ellis Island Medal of Honor di atas sumbangan amal yang dilakukan.

Lebih membanggakan, dia juga pernah menerima jemputan peribadi daripada bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf menyertai pertandingan maraton di Lahore pada tahun 2005.

"Kami bergambar bersama, ternyata beliau seorang yang peramah.

"Ratu Elizabeth II juga pernah menghantar telegram ucapan tahniah sempena ulang tahun kelahiran saya ke-100, malah saya juga pernah dua kali dijemput ke Istana Buckhingham," jelasnya.

Ditanya sampai bila dia akan terus berlari, ini jawapan Fauja : "Saya tidak akan berhenti sehinggalah saya mati. Sasaran saya sekiranya diizinkan tuhan ialah untuk menjadi pelari maraton yang tertua di dunia."

Walaupun Sudah Bernilai RM2 Juta, Tugas Negara Tetap Keutamaan Safee

Posted: 16 Feb 2012 07:02 PM PST

 
SAFEE tidak pernah mengabaikan tugasan bersama skuad kebangsaan.

PELEDAK berbisa Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali bukannya pemain 'diva'.Ternyata, kontrak baharu bernilai RM2 juta yang ditawarkan majikannya, Pelita Jaya baru-baru ini tidak menjadikan Safee 'besar kepala' apabila masih teruja dipanggil menjalani latihan bersama 27 pelatih skuad kebangsaan menjelang aksi persahabatan menentang Sabah dan Filipina pada 19 Februari ini hingga 1 Mac depan.

Pengurus peribadinya, Zakaria Ab Rahim juga berharap kepulangan Safee kali ini dapat melenyapkan segala spekulasi negatif yang membabitkan pemain kelahiran Kajang, Selangor itu sebelum ini.

"Safee sentiasa teruja mewakili pasukan kebangsaan, namun pada masa sama terpaksa menghormati apa jua keputusan Pelita Jaya sebagai majikannya.

"Walaupun jurulatih Pelita Jaya, Rahmad Darmawan begitu berat melepaskan Safee gara-gara perubahan jadual perlawanan Liga Super Indonesia (ISL) yang membabitkan pasukan itu dengan Persipura Jayapura dan Persiwa Wamena, beliau memahami tanggungjawab Safee bersama skuad kebangsaan walaupun ia sekadar satu aksi persahabatan.

"Jadi, diharapkan kepulangan Safee ke ibu negara pada 21 atau 22 Februari ini dapat menamatkan spekulasi negatif yang kononnya dia tidak lagi berminat mewakili pasukan kebangsaan (selepas menerima kontrak lumayan bersama Pelita Jaya)," katanya menerusi e-mel kepada Kosmo!

Safee sebelum ini membuat keputusan kekal bersama kelab Pelita Jaya untuk tempoh dua musim lagi selepas dikhabarkan bakal berhijrah gara-gara status ISL yang masih samar-samar dan dilaporkan diharamkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Antara kelab Eropah yang dikaitkan dengan Safee termasuklah Galatasaray, Paris Saint Germain, Panathinaikos, Eintract Frankfurt dan SG Dynamo Dresden.

Dua kelab Thailand, Muangthong FC dan Buriram FC juga berminat mendapatkan khidmat Safee.

Selain itu, lima buah pasukan yang turut berminat membawa semula Safee ke saingan Liga Malaysia adalah juara Liga Super, Kelantan; juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan; Johor FC, Johor dan juga bekas majikannya, Selangor.

Mengulas lanjut kata Zakaria, disebabkan perubahan jadual ISL itu, Safee bakal terlepas satu perlawanan menentang Persiwa pada 27 Februari, manakala aksi dengan Persipura (23 Februari) sememangnya tidak dapat disertai pemain tersebut gara- gara digantung satu perlawanan.

Dalam pada itu, bekas jurulatih Safee, Yusri Shapei yang pernah mendidik pemain itu di Sekolah Toh Tandewa Sakti, Tapah, Perak selama tiga tahun bermula 1994, percaya Safee merupakan pemain yang paling berdisiplin pernah ditemuinya setakat ini.

"Saya lebih memahami Piee (nama manja Safee di sekolah) dan percaya dia kekal berdisiplin dan bermotivasi serta memiliki akhlak yang cukup tinggi," katanya.

'Bini marah jika tahu saya pergi'

Posted: 16 Feb 2012 06:55 PM PST


 
ANGGOTA polis cuba menenangkan seorang lelaki yang mengamuk selepas sebuah pusat hiburan diserbu polis di Puchong, Selangor semalam.


PUCHONG - Seorang pemilik bengkel yang mempunyai perangai 'takut bini' sanggup mencederakan diri dan cuba merasuah polis dengan harapan dia tidak ditahan sekali gus dapat menutup tembelangnya mengunjungi premis hiburan daripada pengetahuan isterinya.

Bukan itu sahaja, lelaki itu turut memarahi anggota polis yang membuat serbuan sebelum berlari ke sana sini.

Dia juga cuba mencederakan dirinya dengan memecahkan botol-botol arak dan hendak merasuah RM150 kepada polis agar dia dilepaskan kerana bimbang akan dimarahi isteri jika kegiatannya terbongkar.

Bagaimanapun, tindakan lelaki berusia 35 tahun itu langsung tidak memberi kesan kepada sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman yang menyerbu premis berkenaan di Bandar Puteri di sini pada pukul 12.30 pagi semalam.

Ketua Unit D7 Bukit Aman, Asisten Superintendan Shahrul Nizam Jaafar berkata, untuk meredakan keadaan, pihaknya terpaksa menahan lelaki itu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

"Ketika serbuan dibuat, dia sedang minum arak bersama seorang rakannya dan bertindak agresif apabila pemeriksaan dibuat.

"Pada awalnya, rakannya cuba menenangkannya namun gagal apabila dia mula hilang kawalan," katanya ketika ditemui di sini semalam. -kosmo-

Sel garam ciptaan pelajar MRSM

Posted: 16 Feb 2012 06:51 PM PST


 
MOHD. SYAFIQ (kiri), Muhammad Dhiyauddin Asyraf dan Mohamad Nazmi menunjukkan pingat emas yang dimenangi di Sungai Udang, Melaka semalam.



MELAKA - Tiga pelajar tingkatan lima Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak, Sungai Udang berjaya menghasilkan sel garam bagi menjana tenaga elektrik.

Muhammad Dhiyauddin Asyraf Abd. Jalal, Mohd. Syafiq Abd. Aziz dan Mohamad Nazmi Mohamad Norrizal menghasilkan sel gram itu sebagai alternatif kepada bateri sel kering yang digunakan kini.

Hasil ciptaan mereka mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila memenangi pingat emas di Pameran Reka Cipta Pemuda Antarabangsa, Taiwan pada 11 hingga 13 Februari lalu.

Ketua pasukan, Muhammad Dhiyauddin berkata, idea untuk menghasilkan sel garam timbul akhir tahun lalu selepas melihat penggunaan bateri sel kering sebagai membazir wang dan mencemar alam.

"Sel garam ini hanya menggunakan magnesium, tembaga dan air garam untuk menghasilkan tenaga elektrik melalui tindak balas kimia.

"Penggunaannya lebih mudah kerana ia boleh dicaj semula dengan menukar air garam lama kepada yang baharu. Menghasilkannya juga mudah iaitu mencampurkan garam biasa dengan air," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ancam bunuh diri selepas tahu akan dibuang kerja

Posted: 16 Feb 2012 06:45 PM PST


 
SEORANG wanita (dalam bulatan) duduk di tepi balkoni di bangunan. tempatnya bekerja di Athens kelmarin.



ATHENS, Greece - Seorang pekerja wanita mencetuskan detik-detik cemas apabila dia mengancam untuk terjun dari bangunan tempat dia bekerja di sini kelmarin.

Pekerja wanita itu duduk di tepi balkoni bangunan Pertubuhan Perumahan Pekerja seperti dia mahu terjun.

Seorang saudara wanita itu kelihatan menangis sambil ditenangkan oleh beberapa anggota polis.

Dia mengancam untuk terjun selepas pemerintah memutuskan untuk menutup pertubuhan tersebut dan membuang pekerja.

Bagaimanapun, wanita itu dilaporkan tidak bertindak untuk terjun dari tingkat dua menyebabkan drama tersebut berakhir selepas lebih empat jam rundingan dibuat antara para perunding dengannnya.

Greece kini berdepan dengan masalah hutang negara sebanyak AS$350 bilion (RM1.07 trilion) yang menyebabkan pihak pemerintah melaksanakan dasar berjimat- cermat termasuk mengurangkan pekerja bagi mengelakkan negara daripada menjadi bankrap. - Agensi

Saintis Switzerland bina satelit pemusnah

Posted: 16 Feb 2012 06:40 PM PST


 GAMBAR ilustrasi menunjukkan satelit CleanSpace One mengejar sebuah satelit yang mahu dimusnahkan.



GENEVA, Switzerland - Sekumpulan saintis Switzerland kelmarin menyatakan mereka sedang membina satelit yang dicipta untuk membersihkan angkasa lepas daripada sampah sarap termasuk satelit yang tidak digunakan lagi.

Satelit membersih angkasa lepas itu bernilai AS$11 juta (RM33.68 juta) dan diberi nama CleanSpace One.

Ketika ini, satelit itu sedang dibina di Pusat Angkasa Lepas Switzerland di Institut Persekutuan Teknologi Switzerland (EPFL) di Lausanne.

Satelit itu akan dilancarkan ke angkasa lepas dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

Tugas pertama satelit itu ialah membantu memusnahkan dua satelit Switzerland yang dilancarkan pada tahun 2009 dan 2010.

Satelit tersebut akan mengejar satelit yang mahu dimusnahkan itu.

Ia kemudian mencengkam satelit tersebut dan dihantar untuk memasuki ruang atmosfera Bumi.

Satelit lama dan sampah-sarap yang dikumpulkan CleanSpace One akan terbakar dengan sendiri semasa ia memasuki ruang atmosfera Bumi. - Agensi

Malaysia mara ke pusingan akhir Piala Thomas 2012

Posted: 16 Feb 2012 06:36 PM PST



MACAU – Skuad lelaki negara menutup mulut pengkritik apabila berjaya layak ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Piala Thomas 2012 di Wuhan, China Mei depan.

Sebelum ini, banyak pihak menjangkakan skuad negara akan gagal melangkah ke pusingan akhir berdasarkan persiapan yang dibuat bagi menghadapi kempen kelayakan kali ini.

Bagaimanapun, barisan pemain negara membuktikan sebaliknya apabila mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas India pada aksi suku akhir kempen kelayakan semalam sekali gus mengesahkan slot ke pusingan akhir.

Pada aksi suku akhir semalam, jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei menghadiahkan mata pertama buat skuad negara apabila menumbangkan Ajay Jayaram 21-12, 17-21, 21-8 sebelum beregu utama, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menjelmakan mata kedua hasil kemenangan ke atas Rupesh Kumar-Sanave Thomas 21-14, 23-21.

Pemain perseorangan kedua, Muhamad Hafiz Hashim yang gagal dalam dua perlawanan peringkat kumpulan melengkapkan kemenangan skuad negara apabila menewaskan Kashyap Parupali 21-17, 18-21, 21-11.

"Saya akui memang saya gagal menyumbangkan mata buat skuad negara dalam dua perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini tetapi saya berterima kasih kepada rakan-rakan sepasukan yang sentiasa memberikan semangat kepada saya.

"Hari ini (semalam) saya berjaya juga menyumbangkan mata sekali gus membawa skuad negara ke pusingan akhir. Saya memang gembira," kata Hafiz sejurus tamat perlawanan semalam.

Pada aksi separuh akhir hari ini, skuad negara bakal berdepan Jepun yang mara selepas menewaskan Taiwan 3-0 dalam satu lagi pertemuan suku akhir semalam.

Berdepan Jepun, ketua jurulatih beregu lelaki negara, Tan Kim Her berkemungkinan akan menyenaraikan beregu simpanan, Hoon Thien How-Teo Kok Siang sebagai beregu kedua.

Beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong berkemungkinan akan direhatkan sementara gandingan Goh V Shem-Lim Khim Wah akan mengambil alih tugas selaku beregu pertama.

"Sebelum kempen kelayakan bermula lagi saya ada mengatakan yang saya berkemungkinan akan memecahkan gandingan beregu sedia ada. Jadi, pertemuan dengan Jepun adalah medan terbaik untuk saya melakukannya.

"Lagipun, kita sudah layak ke pusingan akhir dan adalah baik sekiranya saya menurunkan Thien How-Kok Siang untuk beraksi. Saya mahu semua pemain dapat beraksi untuk merasai suasanan kejohanan itu sendiri," kata Kim Her.

Sementara itu, ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek masih belum membuat keputusan mengenai barisan pemain yang menggalas tugas dalam acara perseorangan pada pertemuan menentang Jepun hari ini. -kosmo-

Wow! Tembakan Datuk Siti, Yana dan Mon

Posted: 16 Feb 2012 06:30 PM PST


LATIHAN menembak Platun Seni Rejimen Askar Wataniah (RAW) bersama media yang berlangsung baru-baru ini di lapang sasar Kem Perdana Sungai Besi benar-benar memberi pengalaman baharu bukan sahaja kepada pihak media yang menyertainya tetapi juga barisan artis RAW yang turut hadir pada sesi latihan yang berlangsung selama empat jam itu.

Perhatian lebih tertumpu kepada artis wanita terutamanya Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang berjaya mengutip 70 markah dengan 18 butir peluru mengenai sasaran untuk sesi latihan individu manakala ketika sesi latihan berkumpulan yang diadakan secara pertandingan kalah mati, kumpulan Siti akur dengan kehebatan kumpulan lain.

Tidak hanya Siti, dua pelakon yang bernaung di bawah payung MIG Production, Yana Shamsudin dan Mon Ryanti turut turun padang memberi persaingan sengit meskipun Yana menghadapi masalah tulang belikat dan Mon Ryanti kini sibuk dengan promosi filem terkininya, Hantu Dalam Botol Kicap.

Selain mereka, Platun Seni RAW yang ditubuhkan sejak pertengahan Jun 2011, turut disertai ramai artis popular lain termasuk Aizat Amdan, Intan Ladyana, Shaheizy Sam, Ana Raffali serta Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), David Teoh.

Siti idam konsert besar

Siti Nurhaliza pernah bercita-cita untuk menjadi seorang anggota polis, justeru tidak hairanlah terdapat sisi lasak dalam dirinya. Memegang senjata M16 buat pertama kali bukan satu masalah besar buatnya apatah lagi setiap bidikannya mengena pada sasaran.

Keseronokkan jelas kelihatan di wajah mulusnya, meskipun matahari semakin berdiri tegak di atas kepala dan peluh mula memercik, Siti tetap setia di padang sasar dan melakukan sehingga tamat semua sesi latihan yang diaturkan buat Platun Seni RAW.

"Ini kali pertama saya menembak menggunakan M16, sebelum ini pernah diajar cara penggunaannya di kem dan pernah pegang M16 untuk sesi fotografi tetapi benar-benar menembak ini pengalaman pertama saya.

"Seronok menembak kerana bagi saya ia sangat mencabar dan memberi kepuasan setiap kali tembakan saya mengenai sasaran. Cabarannya adalah minda harus tenang dan cara pernafasan juga penting," ujarnya.

Jelasnya lagi, sejak menyertai Platun Seni RAW, perubahan paling ketara yang dialaminya adalah, Siti kini menjadi seorang yang lebih berani dan bersemangat.

"Sebenarnya, bila kita sarung sahaja pakaian uniform askar, automatik semangat dan aura berjuang itu timbul, jadi perkara yang susah pun menjadi senang buat saya. Sekarang, saya juga menjadi lebih berani dalam melakukan apa sahaja perkara," katanya yang sering berkongsi informasi latihan bersama anak Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah.

Sungguhpun sibuk dengan jadual seni, Siti sebolehnya mahu menghabiskan sesi latihan keseluruhan yang berdurasi sebanyak 240 jam secepat yang mungkin.

"Saya sibuk, jadi bila ada masa terluang sahaja saya akan menghadiri sesi latihan. Seperti hari ini, pada sebelah petang saya ada penggambaran untuk produk kecantikan, sesi latihan pada sebelah pagi jadi sempat jalani latihan.

Memang sangat seronok bila saya sertai RAW. Bermacam-macam perkara yang telah saya pelajari, bagi saya RAW bagus untuk wanita kerana kita diajar bagaimana untuk pertahankan diri.

"Kepada artis atau orang di luar saya yang berkira-kira untuk menyertai RAW, nasihat saya jika sudah ada niat sertailah RAW. Saya pun tidak boleh paksa orang untuk sertai RAW kerana ia disertai secara sukarela," tuturnya yang bakal melancarkan produk baharu Simply Siti iaitu Dermamagic tidak lama lagi.

SITI NURHALIZA dan Yana bergambar kenangan dengan tiga orang anggota tentera yang terlibat sama dalam latihan RAW.


Selain sibuk dengan latihan RAW dan perniagaan produk kecantikan, Siti mengidam untuk mengadakan sebuah konsert besar pada tahun ini. Lokasi serta tarikh masih belum dapat disahkan, tetapi perancangan konsert sudah ada dalam diari tahunannya.

"Tahun ini saya memang nak buat satu konsert besar, mungkin di jalanan seperti yang dilakukan oleh Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, mungkin di Istana Budaya dan mungkin juga di stadium. Saya tidak tahu lagi, semuanya bergantung kepada penaja yang sudi menaja konsert saya nanti," katanya yang kali terakhir mengadakan konsert di Singapura baru-baru ini.

Rezeki murah Yana

Pengarah dan aktres yang semakin popular, Yana Shamsudin juga tidak kekok menjalani latihan yang disediakan buat Platun Seni RAW kerana bapanya adalah pesara tentera. Jelasnya, dia sudah terbiasa mendengar arahan dan disiplin yang ketat kerana bapanya juga menerapkan disiplin ketenteraan ketika di rumah.

"Ayah saya dulu berada di pasukan meriam, biasalah kalau askar di rumah ayah garang. Jadi, saya sudah terbiasa dengan cara didikannya, jadi bila saya masuk RAW saya tidak kekok," katanya yang melakukan latihan menembak untuk kali kedua.

Bagaimanapun keputusannya untuk menyertai RAW ditentang keras oleh bapanya sebelum ini, namun selepas diberitahu Platun Seni RAW mempunyai kelonggaran kerana kesibukan kerja artis, bapanya mula memberi sokongan.

"Sebelum ini ayah tidak sokong kerana dia tahu latihan ketenteraan sangat susah dan dia takut saya tidak tahan ditambah pula dengan jadual harian saya yang sibuk. Selepas saya beritahu yang Platun Seni istimewa, dia terus memberi lampu hijau.

"Malah, kalau saya menjalani latihan ayah yang akan tolong gosokkan baju dan kilat kasut. Sebenarnya bila saya sertai RAW, saya berbangga kerana sebagai anak pesara tentera ini saya meneruskan legasinya walaupun tidak secara sepenuh masa sekurang-kurangnya saya memperoleh pengalaman seperti mana ayah saya alami," jawabnya yang telah menjalani latihan sebanyak 60 jam.

Beralih kepada kerjaya seni, nampaknya tahun ini peminat filem tempatan akan menonton wajah Yana di pawagam sepanjang tahun kerana untuk tahun ini sahaja lima buah filemnya akan ditayangkan. Lima buah filem itu adalah Adnan Sempit 2, Tiga Temu Janji, Aku Ada Kau Ada, 8 Jam dan Minyak Dagu.

Yana yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Strawbery Cinta bergandingan dengan bekas kekasihnya, pengarah dan aktor Pierre Andre untuk filem tersebut dan juga filem Tiga Temu Janji.

"Mula-mula bergandingan untuk filem Tiga Temu Janji saya gementar juga tetapi kami profesional dan bila lakukan penggambaran filem Strawbery Cinta semuanya menjadi mudah. Kami okey sahaja dan berkawan macam biasa. Memori lama itu perlu ada untuk menghayati watak dalam filem tetapi sebaik penggambaran selesai kami buat hal masing-masing," ujarnya yang tidak kisah andai peminat lebih menerimanya sebagai pelakon daripada seorang pengarah.

Mon Ryanti kalis kontroversi

Buat pendatang baharu dunia seni Mon Ryanti Sahudina Lee, 24, terpancar gementar di wajahnya apabila diminta bergandingan dengan Datuk Siti Nurhaliza buat pertama kalinya. Katanya dia amat kagum dengan penyanyi nombor satu negara itu.

Kali kedua berada di lapang sasar dan menjalani latihan tembakan, Mon Ryanti amat menggemari latihan tembakan kerana padanya bukan semua orang memperoleh peluang sepertinya.

"Bukan semua orang dapat pegang senjata M16 dan membuat latihan menembak, saya sangat seronok dan dalam masa yang sama latihan ini membentuk diri saya menjadi seorang yang lebih fokus." ujarnya.

Walaupun masih hijau dalam dunia lakonan, Mon Ryanti yang kini hangat dalam drama Santau Merasuk telah berlakon sebanyak empat buah filem iaitu Keramat, Assalamualaikum Cinta dan filemnya yang sedang ditayangkan di pawagam Hantu Dalam Botol Kicap.

BERSEMANGAT. Mon, Siti dan Yan teruja kerana berkesempatan menembak menggunakan senjata jenis M16.



Malah, nama Mon Ryanti juga sempat terkena tempias kontroversi dek aksi ghairahnya dalam filem Keramat lakonannya bersama Zul Suphian.

"Saya bersyukur kerana mempunyai rezeki dalam bidang lakonan. Sebenarnya banyak lagi perkara yang saya harus pelajari, sempat terkena kritikan dan kontroversi saya bersyukur kerana orang ramai menyedari kehadiran saya dalam industri seni," katanya.

Aktres yang juga bekas model ini merupakan graduan jurusan perakaunan dan kewangan dari Kolej Segi memberitahu, sungguhpun dia menuntut ilmu yang lari daripada bidang seni, namun daripada dahulu sehingga kini, dia sedar, lakonan adalah perkara yang ingin dilakukannya.

"Habis sahaja belajar saya fokus kepada lakonan dan Alhamdulillah rezeki saya ada dalam bidang ini. Bukan tidak mahu bekerja dalam bidang yang saya pelajari tetapi kerana minat terhadap bidang lakonan saya tinggalkan dahulu apa yang saya belajar dan fokus dengan apa yang saya lakukan sekarang iaitu lakonan," jawabnya yang terjun ke dunia lakonan dengan hanya gambar kakinya sahaja terpampang di poster filem V.3.

Anak kedua daripada tiga adik-beradik itu juga mempunyai impian untuk menjalankan perniagaan sendiri pada masa depan.

"Saya bercita-cita untuk mempunyai salon dan restoran sendiri. Mungkin pada masa itu saya akan gunakan kembali apa yang saya belajar di kolej," bicaranya yang berasal dari Johor Bahru.

No comments: