Friday 17 February 2012

Budak Technician

Budak Technician


Ziana Luah Perasaan, Mahu Anuar Kahwin

Posted: 15 Feb 2012 11:42 PM PST


Ziana Zain mahu adiknya berkahwin.

SUBANG JAYA: Penyanyi Ziana Zain,44, meluahkan hasrat mahu melihat adiknya, Anuar mendirikan rumah tangga dengan segera tetapi takut untuk menasihatinya berhubung perkara tersebut.

Ziana berkata, Anuar yang mencecah usia 42 tahun perlu memikirkan soal masa depan dan berusaha mencari calon isteri.

"Sebagai kakak saya memang ingin lihat adik saya berkahwin tetapi saya tidak pernah bertanya kepadanya mengenai soal itu kerana bimbang ia agak sensitif," ujarnya kepada mStar Online.

Ziana turut mendedahkan, Anuar sebenarnya bukanlah seorang yang cerewet tetapi dia lebih tertarik kepada wanita bijak untuk dijadikan teman hidup.

Dalam pada itu, Ziana memberitahu dia tidak kisah siapa juga calon isteri adik kesayangannya itu asalkan wanita tersebut dapat membahagiakan Anuar.


Anuar Zain.

"Mungkin orang ingat dia cerewet dalam memilih pasangan tetapi sebenarnya tidak. Namun dia suka kepada wanita yang bijak untuk dijadikan teman. Siapa pun pilihan dia, saya gembira untuknya," kata Ziana.

Sementara itu Anuar bakal meraikan para setiausaha di Johor Bahru dan Kuala Lumpur pada majlis yang dikenali "Makan Tengah Hari Bersama Anuar Zain" sempena meraikan minggu setiausaha April depan.

Bertemakan Era Keemasan 60an - Kenangan Manis Romantis, majlis yang dianjurkan oleh RAB9 Channel Sdn Bhd itu akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre pada 10 April serta di Zon Regency Hotel, Johor Bahru, Johor pada 17 April depan.

Antara selebriti yang akan menjayakan majlis minggu setiausaha berkenaan ialah Yasmin Hani, yang bertindak sebagai pengacara majlis dan kumpulan Sepahtu (Shuib dan Jep).

Tempahan tiket pada harga RM598 (Silver), RM798 (Gold) dan RM1098 (Platinum) untuk setiap seorang dengan melayari laman web www.ticketpro.com.my atau hubungi Ticketpro di talian 03-78807999.

Deejay Ikim FM Meninggal Dunia Akibat Kemalangan

Posted: 15 Feb 2012 11:39 PM PST

Abdul Razak Arbain (Foto petikan dari sjiehan.com)

KUALA LUMPUR: Juruhebah Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Abdul Razak Arbain meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku di Taman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bukit Jalil, di sini, awal pagi Khamis.

Kemalangan tersebut berlaku pada pukul 7.15 pagi ketika motosikal yang ditunggang Abdul Razak bertembung dengan motosikal lain sewaktu beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar anaknya ke sekolah, menurut kenyataan IKIM.

Abdul Razak, 46, memulakan tugas sebagai juruhebah di IKIM FM sejak tahun 2006 dan merupakan seorang juruhebah yang disegani ramai melalui slot kendaliannya 'Dini Hari' yang ke udara setiap Selasa dan Rabu, pukul 2 hingga 6 petang.

Beliau merupakan bekas anggota tentera.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, dan tiga orang anak yang berusia antara 10 dan 19 tahun.

Jenazah Allahyarham dikebumikan pada Khamis di Tanah Perkuburan Kg. Bohol, Kinrara, Puchong, selepas solat Zohor. – BERNAMA

Cinta Shila dan Sharnaaz - Dulu mengenali, kini memahami

Posted: 15 Feb 2012 11:36 PM PST



PASANGAN ini mula bertemu sekitar dua tahun lalu untuk satu sesi fotografi bersama sebuah majalah tempatan. Namun, tiada sebarang ikatan yang terjalin antara Shila mahupun Sharnaaz sebaliknya hanya perkenalan sesama artis dan ia berlalu begitu sahaja.

Sehinggalah kedua-duanya bertemu sekali lagi ketika menjayakan klip video Patah Seribu nyanyian Shila. Berlakon sebagai pasangan kekasih dalam klip video itu, hubungan Sharnaaz dan Shila mula rapat selepas itu namun ia bukanlah cinta.

Pencipta klip video Patah Seribu, Micheal Ang kemudiannya menyusulkan cadangan kepada Astro untuk menghasilkan sebuah telefilem yang menggunakan judul yang sama, Patah Seribu.

Pihak Astro bersetuju malah mahukan Shila dan Sharnaaz membintangi telefilem tersebut. Kedua-duanya bersetuju dan akhirnya cinta mula berputik di lokasi penggambaran Patah Seribu.

Jika dulu, pasangan ini mengakui sedang dalam proses mengenali, kini mereka mengakui pula sedang dalam proses memahami. Namun, sejauh mana hubungan cinta anak perempuan tunggal ND Lala itu mampu pergi kerana Sharnaaz sendiri mengakui seorang yang panas baran.

Malah, khabarnya ke mana sahaja pasangan ini pergi mereka akan ditemani oleh ibu mahupun adik-beradik Shila.

Kosmo! bersemuka pasangan ini seterusnya merungkai segala intipati hubungan mereka ketika ditemui pada sidang media telefilem Patah Seribu di Alexis, Garden, Kuala Lumpur.

Sharnaaz tidak khianati Shila

Mengakui sedang dalam proses memahami sang kekasih, pemilik sebenar nama Sharnaaz Basir Ahmad, 27, memberitahu, tidak terdetik langsung di hatinya untuk mengkhianati cinta Shila kerana baginya penyanyi lagu Patah Seribu itu telah melengkapkan dirinya.

"Semua orang tahu keperibadian uncle ND Lala. Bagaimana dia menjaga anak perempuannya dengan baik. Tidak terlintas langsung di hati saya untuk mengkhianati cinta Shila.

"Dalam keluarga saya pun tak pernah ada unsur khianat. Kehadiran dia dalam hidup saya memang banyak membantu dari segi kerjaya saya dan sahsiah diri saya. Saya mengaku seorang yang panas baran. Tetapi Shila membantu meredakan saya seterusnya mengubah sahsiah diri saya ini," ungkapnya jujur.

Tutur Sharnaaz lagi, selama mereka bercinta sudah tentu berlakunya pergaduhan. Namun, tempoh pergaduhan itu tidak lama apabila selepas tiga jam mereka akan mula menghubungi antara satu sama lain dan berbincang.

Ditanya mengenai respons kedua-dua belah keluarga, ujar Sharnaaz, penerimaan keluarga Shila adalah memadai setakat hubungan mereka sekarang. Dia juga mengakui selesa dan menerima layanan yang baik daripada keluarga Shila.


SHILA merasakan dirinya lebih matang dan bertanggungjawab selepas menjalinkan hubungan cinta dengan Sharnaaz.



Bagaimanapun Sharnaaz masih belum berpeluang menemukan Shila dengan keluarganya, dek kerana sibuk dengan kerja dan kekangan masa.

"Walaupun keluarganya menerima hubungan kami tetapi masih ada batas-batas dalam hubungan kami dan saya menghormatinya. Begitu pun saya menyedari dalam usia cinta yang masih muda ini, banyak perkara yang harus dijaga supaya tidak timbul pandangan negatif umum.

"Kata orang, masa ini lah peringkat yang paling menguji tetapi kita harus kuat untuk mengatasi segala halangan dan rintangan yang hadir," jelasnya yang sering ditemani oleh ibu atau adik-beradik Shila tatkala keluar dengan kekasih hatinya.

Melalui pengalaman keluar bersama kekasih sambil ditemani ahli keluarga tidak timbulkah rasa dikongkong? Saat diajukan soalan itu kepada Sharnaaz, ternyata pemegang Ijazah Logistik dari Kolej Olimpia, Kuala Lumpur itu tidak langsung merasai dikongkong malah menghormati perkara itu.

"Kalau dulu sebelum bercinta bila dengar keluar dengan pasangan kekasih dating sambil ditemani ahli keluarga rasa kelakar tetapi kini tidak lagi. Bila kita dah sayang seseorang itu kita tidak kisah. Lagipun, sebelum kami bercinta memang Shila sentiasa 24 jam bersama ibunya. jadi tidak timbul rasa dikongkong atau tidak selesa apabila keluar dengan Shila ditemani ahli keluarganya.

"Malah, saya akui lega dan boleh tidur lena bila berjauhan dengannya. Sebab, saya tahu dia tidak akan ke mana kerana sentiasa dijaga oleh keluarganya," tuturnya yang sudah berbincang mengenai masa depan bersama Shila tetapi belum ke tahap mahu berkahwin.

"Kami ada juga bercakap tentang masa depan. Tapi buat masa ini belum sampai ke tahap untuk berkahwin lagi. Memang kalau difikirkan saya pun bukan muda lagi, dah 27 tahun. Tapi saya rasa biar kami betul-betul bersedia. Sebab bila berkahwin ini, tanggungjawabnya lebih besar. Banyak perkara yang perlu diambil kira. Lagipun keluarga tak mendesak saya akhiri zaman bujang dalam masa terdekat ini," kata Sharnaaz lagi.

Sharnaaz cinta pertama Shila

Mempunyai pendapat sama dengan kekasih hatinya itu, ungkap Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Hamzah, 22, pula, dia dan Sharnaaz tidak mahu tergesa-gesa untuk ke tahap itu. Lebih-lebih lagi dia masih muda, baru 22 tahun.

Penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu ini merasakan buat masa ini dia belum benar-benar sempurna dan masih banyak yang perlu dipelajari di samping berusaha memberikan yang terbaik dalam perhubungan mereka. Shila turut mengharapkan semua pihak mendoakan agar perhubungan mereka ini berkekalan dan menuju ke arah kebaikan.

Dalam pada itu, ada suara nakal yang mendakwa Shila sendiri yang memilih Sharnaaz sebagai pelakon lelaki dalam klip videonya, Patah Seribu. Malah, menerima tawaran berlakon buat pertama kalinya dalam telefilem judul yang sama kerana ingin lebih mengenali hati budi dan mendampingi pelakon filem Seru itu.

Ditebak dengan soalan tersebut, Shila mengakui meminati lakonan Sharnaaz dalam telefilem Ungunya Cinta tetapi dia tidaklah sehingga mengambil peluang untuk mengenali pelakon itu dengan lebih rapat.

"Saya tidak meminta Sharnaaz untuk berlakon dalam klip video Patah Seribu sebaliknya Micheal Ang yang mencadangkannya kepada saya. Saya juga tak ambil peluang berlakon dalam telefilem Patah Seribu disebabkan ingin mendampingi atau mengenali hati budi Shahnaaz.


SHARNAAZ mengakui dirinya seorang yang panas baran, tetapi Shila membantu meredakan sikapnya itu sekali gus mengubah sahsiah dirinya.


"Saya terima disebabkan telefilem ini mengangkat jalan cerita berdasarkan lagu Patah Seribu hasil ciptaan saya," itu lontaran kata-kata tersebut di bibir munggil Shila yang seterusnya mengakui tidak menyangka menceburi bidang lakonan dalam masa secepat ini.

Shila juga mengakui selepas bercinta dengan Sharnaaz dirinya lebih berasa tanggungjawab dan matang.

"Saya akui mengambil masa yang lama untuk menerima perasaan cinta yang lahir dalam diri saya. Namun, setelah mengenalinya saya boleh menerimanya dalam hidup saya dan tidak berselindung mengakui dialah cinta pertama yang hadir dalam hidup saya,

"Sebelum bertemu dengan dia saya seorang yang lain. Bukan berubah kepada yang buruk tetapi berubah kepada yang lebih baik," ujarnya lagi.

Lebih cerah kulit lebih mahal

Posted: 15 Feb 2012 11:28 PM PST


SEMAKIN comel seseorang bayi, semakin tinggi harga yang akan diletakkan sindiket jual bayi kepada pelanggannya. - Gambar hiasan



 KUALA LUMPUR - Harga serta permintaan yang tinggi bagi bayi dikatakan merupakan antara punca kegiatan menjual bayi masih berleluasa.

"Polis percaya sindiket penjualan bayi yang sudah lama wujud ini semakin berleluasa kerana terdapat permintaan yang sangat tinggi terutamanya bagi pasangan yang tidak mempunyai zuriat," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan kepada Bernama.

Beliau turut berkata, seorang bayi boleh mencapai harga melebihi RM20,000 berdasarkan kesempurnaan dan kecerahan warna kulit.

"Harga menjadi lebih tinggi sekiranya disertakan dengan dokumen pengenalan diri seperti Sijil Kelahiran semasa pembelian," katanya.

Abdul Jalil menjelaskan, kebanyakan bayi dijual pada lingkungan umur satu hingga tiga bulan namun ada juga kanak-kanak berusia sehingga enam tahun turut dijual.

"Kegiatan terancang ini bermula dengan penjagaan rapi yang diberikan kepada ibu-ibu yang mengandung di pusat penjagaan haram, bagi menghasilkan bayi yang sihat demi mendapatkan nilai jualan yang tinggi. -kosmo-

Maut terjatuh dari tingkat 14

Posted: 15 Feb 2012 11:16 PM PST

 
ANAK panah menunjukkan arah Tong Sing terjatuh dari tingkat 14 di PPR Seri Semarak, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Selepas dikejutkan dengan kejadian 14 buah motosikal hangus angkara perbuatan khianat kelmarin, penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak sekali lagi tersentak dengan penemuan mayat seorang lelaki yang terjatuh dari tingkat 14 semalam.

Mayat Wong Tong Sing, 69, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di Blok B kawasan perumahan itu pada pukul 11.30 pagi oleh penduduk.

Mayat Tong Sing ditemui lengkap berpakaian dan dia mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Difahamkan, mangsa hidup sebatang kara dan isterinya juga gagal dikesan selepas wanita itu melarikan diri dari pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Menurut jiran, sebelum terjatuh, dia ternampak Tong Sing menuju ke tingkat paling atas itu sebelum berbaring di atas tembok sambil menghadap ke luar bangunan.

Katanya, dia yang mengesyaki sesuatu yang buruk bakal berlaku kemudian telah menjerit ke arah lelaki itu supaya turun, namun tidak dipedulikan mangsa. -kosmo-

Malaysia benam ego Korea

Posted: 15 Feb 2012 11:08 PM PST


MALAYSIA muncul juara Kumpulan D kempen kelayakan Piala Thomas 2012 Zon Asia selepas membenam Korea Selatan 3-2 semalam.

Ternyata percaturan jurulatih beregu lelaki Malaysia, Tan Kim Her mengekalkan gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Goh V Shem-Lim Khim Wah membuahkan hasil apabila mereka meraih kemenangan ke atas lawan masing-masing.

Kemenangan penuh bermakna itu menyaksikan Malaysia akan membuat perhitungan dengan naib juara Kumpulan B, India pada aksi suku akhir hari ini.

Kelmarin, Malaysia dipaksa bekerja keras sebelum melakar kemenangan tipis 3-2 ke atas Hong Kong pada aksi pembukaan Kumpulan D.

MACAU - Malaysia melangkah bergaya ke peringkat suku akhir kempen kelayakan kejohanan badminton Piala Thomas 2012 Zon Asia apabila bergelar juara Kumpulan D.

Kejayaan itu hadir selepas skuad negara membenam ego Korea Selatan apabila mencatatkan kemenangan 3-2 pada aksi terakhir peringkat kumpulan semalam.

Lebih manis, dua pasangan beregu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Goh V Shem-Lim Khim Wah berjaya mencalarkan reputasi Korea Selatan yang sebelum ini ternyata mantap dalam acara tersebut selepas menewaskan lawan masing-masing.

Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Tan Kim Her ternyata gembira dengan kejayaan tersebut apabila percaturannya untuk mengekalkan gandingan sedia ada menghasilkan impak positif.

Sebelum ini, Kim Her dikatakan mahu memecahkan beregu negara, terutamanya pasangan Kien Keat- Boon Heong untuk pertemuan dengan Korea Selatan semalam.

"Sebab utama saya mena- ruh kepercayaan kepada Kien Keat-Boon Heong adalah untuk membuang rasa takut mereka ke atas pasa- ngan Korea Selatan yang sebelum ini menang dalam kesemua enam perlawanan.

"Saya tidak kisah jika mereka kalah. Namun, jika menang pasti akan meningkatkan lagi tahap keyakinan mereka.

"Yang pasti, kemenangan Datuk Lee Chong Wei dalam acara perseorangan pertama telah menaikkan lagi semangat Kien Keat-Boon Heong untuk berdepan pasangan Korea Selatan," kata Kim Her.

Selaku juara Kumpulan D, skuad negara bakal berdepan cabaran India pada aksi peringkat suku akhir hari ini (6.30 petang).

Kini, peluang untuk mara ke peringkat separuh akhir hanya tinggal selangkah sahaja lagi buat skuad negara, sekali gus mengesahkan slot automatik ke pusingan akhir Piala Thomas di Wuhan, China, Mei depan.

Atas kertas, peluang untuk menumbangkan India tampak lebih memihak kepada skuad negara.

Pada aksi semalam, Chong Wei menyumbang mata pertama buat skuad negara apabila mencatatkan kemenangan ke atas Lee Hyun Il 21-13, 21-15.

Kien Keat-Boon Heong pula menamatkan badi kekalahan sebanyak enam perlawanan ke atas Yoo Yeon Seong-Ko Sung Hyun 21-14, 21-19, sekali gus memastikan mata kedua buat skuad negara.

Bagaimanapun, rentak kecemerlangan tersebut gagal diteruskan perseorangan kedua, Muhamad Hafiz Hashim gagal menyumbangkan mata buat skuad negara buat kali ketiga berturut-turut apabila tewas di tangan Shon Wan Ho 22-24, 21-16.

Gandingan V Shem-Khim Wah menceriakan kem sku- ad negara apabila mengutip mata kemenangan awal hasil kejayaan menumbangkan Lee Yong Dae-Shin Baek Choel 18-21, 21-19, 21-11.

Perseorangan ketiga negara, Mohamad Arif Abdul Latif tewas 17-21, 15-21 kepada Hong Ji Hoon. -kosmo-

Mahathir nasihat Shahrizat jangan sayang jawatan

Posted: 15 Feb 2012 10:56 PM PST

 
MAHATHIR

SERDANG - Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dibelenggu isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) agar jangan 'sayang kepada jawatan'.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Shahrizat yang juga Ketua Wanita UMNO harus mengambil tindakan sewajarnya demi kepentingan parti.

"Saya tak suruh dia meletak jawatan tetapi kita harus sentiasa fikir berkenaan masalah yang kita timbulkan kepada parti. Sebab itu, saya sendiri pun bila sudah terlalu lama dan orang naik bosan, saya letak jawatan. -kosmo-

Bekas penjual mesin taip beli 230 pesawat Boeing

Posted: 15 Feb 2012 10:52 PM PST


 SEBUAH pesawat Boeing 747-400 milik Lion Air berada di sebuah landasan di Lapangan terbang Sukarno-Hatta di Tangerang semalam. Gambar kecil Rusdi Kirana.



SINGAPURA - Seorang bekas penjual mesin taip, Rusdi Kirana mencipta kejutan apabila beliau membeli lebih 230 pesawat Boeing dalam satu urus niaga yang dimuktamadkan pada minggu ini.

Beliau yang kini bergelar Ketua Eksekutif Lion Air mengasaskan syarikat penerbangan domestik dan tambang murah terbesar di Indonesia bersama abangnya, Kusnan lebih sedekad lalu.

Selain potongan rambut pendek, misai penuh dan senyuman keanak-anakan, tidak banyak yang diketahui tentang usahawan berusia 49 tahun dari Indonesia itu.

Namun, nama Rusdi menjadi sebutan media pada Pameran Udara Singapura kelmarin.

Pada pameran itu, beliau memuktamadkan pembelian 230 buah pesawat Boeing pada harga keseluruhan AS$22 bilion (RM66.8 bilion).

"Orang ramai perlu faham bahawa mereka tidak patut memandang rendah terhadap seseorang dari negara Dunia Ketiga. Hanya kerana kami usahawan Dunia Ketiga, ia tidak bermakna kami tidak mampu membuat pembelian besar seperti ini," kata Rusdi.

Urus niaga tersebut turut melibatkan sebuah model baharu Boeing yang dijadualkan memulakan perkhidmatan pada 2017.

Menurutnya, pembiayaan bagi pembelian tersebut disokong oleh agensi kredit eksport Amerika Syarikat, bank ExIm.

Selain pembelian mega tersebut, Rusdi juga merupakan antara segelintir usahawan Dunia Ketiga yang berpeluang menemui Presiden AS, Barack Obama. - Agensi

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Posted: 15 Feb 2012 06:10 PM PST

http://4.bp.blogspot.com/-RTRiwWGrMMY/TzsPoelVzlI/AAAAAAAAEBI/F9YymeUMMLM/s1600/Jawatan%2BKosong%2BUniversiti%2BTeknologi%2BMalaysia%2B%2528UTM%2529.jpg

Di UTM, disebalik falsafah "Menjana Minda Yang Kreatif Dan Inovatif" merupakan tunjang dari segala perkhidmatan yang kami lakukan untuk masyarakat. Inilah yang membuat kita berbeza.

Kami memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM.

1. PEGAWAI LATIHAN KEMAHIRAN
2. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
PERMOHONAN SECARA ONLINE

Tarikh Tutup Permohonan Pada 22 Februari 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)

Posted: 15 Feb 2012 06:07 PM PST

http://3.bp.blogspot.com/-ah5ITrTLgCM/TzsPoiLvXKI/AAAAAAAAEBY/3_wi6ukhaGw/s1600/Jawatan%2BKosong%2BMajlis%2BDaerah%2BKuala%2BSelangor%2B%2528MDKS%2529.jpg


Permohonan adalah dipelawa daripada anak Kelahiran Negeri Selangor yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:

1. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Wilayah
2. Penolong Pegawai Tadbir
3. Pembantu Kesihatan Awam

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
a) Borang-borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan terang.

b) Borang-borang permohonan mestilah disertakan dengan salinan (fotostat) Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-sijil Persekolahan, Kelulusan akademik (termasuk Ijazah, Diploma - jika berkenaan), transkip keputusan peperiksaan semua semester serta sekeping gambar berukuran passport. Semua dokumen hendaklah di SAHKAN daripada salinan asal. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat.

c) Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 Bab 'A' 2005 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Prestasi.

d) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Kuala Selangor,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan.


Tarikh Tutup Permohonan Pada 21 Februari 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA)

Posted: 15 Feb 2012 06:06 PM PST

http://2.bp.blogspot.com/-UCQxrxs1eLA/TzsPnlfy6kI/AAAAAAAAEAw/YPIRNuj79Js/s1600/Jawatan%2BKosong%2BSyarikat%2BPrasarana%2BNegara%2BBerhad%2B%2528PRASARANA%2529.jpg


The LRT public transport system was introduced in the Klang Valley with the LRT System 1 which runs from Ampang/Sri Petaling to Sentul Timur and was operated by Sistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd (STAR) in a privatisation project while the LRT System 2 which runs from Kelana Jaya to Gombak was privatised to Projek Usahasama Transit Ringan Automotif Sdn Bhd (PUTRA).

The KL Monorail is an intracity public transit system that links many key destinations within Kuala Lumpur. It passes major hotels in the city and serves its central commercial, employment and shopping district. The 8.6km long KL Monorail system runs across 11 stations that stretches from KL Sentral in Brickfields through the central business district of Kuala Lumpur, ending at Titiwangsa Station in Jalan Tun Razak.

1. ASSISTANT MANAGER - TALENT MANAGEMENT & PERFORMANCE
2. Ticket Vending Machine (TVM) Cashier
3. Monorail Captain
4. SENIOR EXECUTIVE/EXECUTIVE - TRAINING & DEVELOPMENT
5. SENIOR EXECUTIVE - HUMAN CAPITAL MANAGEMENT
6. MANAGER/ASSISTANT MANAGER - TRAINING & DEVELOPMENT
7. Engineer
8. Serviceman
9. System Engineer
10. Manager - M&E (Project Technical Support Section)
11. Technician (Rail Division - Ampang Line)

CLICK HERE TO JOBS REQUIREMENTS & APPLY ONLINE

Closing Date: 17 Feb - 2 Mar 2012

Wanita Iran berlatih seni ninja

Posted: 15 Feb 2012 05:09 PM PST


 
WANITA Iran ini mengimbangi badan dengan meletakkan kedua-dua belah kaki di atas badan dua rakannya dalam latihan di sebuah kelab Ninjutsu di Karaj pada Isnin lalu.



TEHERAN, Iran - Sekumpulan wanita Iran menyertai kelas seni mempertahankan diri Jepun, Ninjutsu di negara ini, lapor agensi berita Reuters.

Kira-kira 3,000 hingga 3,500 wanita Iran berlatih di kelab-kelab Ninjutsu yang dikendalikan secara persendirian di Iran yang dipantau oleh Kementerian Persekutuan Sukan Seni Mempertahankan Diri.

Ninjutsu merupakan cabang ninja yang memerlukan seseorang pelatih itu melakukan pengintipan, penyusupan, sabotaj dan pembunuhan.

Antara latihan yang diikuti wanita di Iran itu ialah mereka berlari di atas dinding dan menggunakan pedang semasa berlawan. - Agensi

Dua buaya gergasi ditangkap di Filipina

Posted: 15 Feb 2012 06:02 PM PST



GAMBAR menunjukkan seekor buaya jantan gergasi dan seekor buaya betina dilihat oleh para pekerja sebuah ladang di bandar Palawan, Filipina kelmarin.



BANDAR PALAWAN, Filipina - Beberapa pekerja memindahkan dua ekor buaya gergasi di bandar ini kelmarin yang ditangkap pada Selasa lalu di bandar Rio Tuba Bataraza ekoran terdapat laporan bahawa haiwan itu melakukan serangan ke atas manusia.

Menurut agensi berita Reuters, haiwan itu dipindahkan ke sebuah ladang buaya di sini.

Beberapa pegawai tempatan di ladang haiwan itu berkata, buaya jantan yang ditangkap itu sepanjang 4.87 meter dan akan diberi nama Valentino.

Buaya betina yang ditangkap itu pula sepanjang 3.35 meter.

Nama itu diberikan kerana haiwan tersebut ditangkap pada Hari Kekasih.

Pada September tahun lalu, penduduk kampung di wilayah Agusan del Sur, Filipina berjaya menangkap seekor buaya gergasi sepanjang 6.4 meter yang dianggap terbesar yang pernah ditangkap hidup-hidup di dunia. - Agensi

No comments: