Thursday 16 February 2012

Budak Technician

Budak Technician


Shahrizal Jaszle Dikaitkan Pula Dengan Fiza (Elite)

Posted: 15 Feb 2012 07:11 AM PST

Shahrizal
 
PETALING JAYA: Pelakon Shahrizal Jaszle terkejut dengan tuduhan dan khabar angin kononnya dia mempunyai hubungan dengan aktres Fiza (Elite) yang terjalin sewaktu mereka mengadakan penggambaran drama Atas Nama Cinta di Perth, Australia.

Sharizal atau sebelum ini dikenali sebagai Shahz Jaszle berkata, dia mengenali Fiza hanya sebagai kawan termasuklah pelakon-pelakon lain yang terlibat dalam drama tersebut seperti Tasha Shila, Aida Aris dan Shah Iskandar

"Tak mungkin saya mempunyai hubungan dengan Fiza. Kenapa tidak timbul pula gosip saya dengan pelakon-pelakon lain yang turut berada di Perth dan kenapa dia (Fiza)?

"Fiza sendiri terkejut dengan tuduhan itu kerana dia pun tahu bagaimana keadaan saya yang selalu berhubung dengan kekasih saya, Miera Liyana menerusi SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) setiap masa," tegasnya.


Fiza

Shahrizal diminta mengulas khabar angin kononnya dia menjalinkan hubungan cinta lokasi dengan Fiza ketika penggambaran drama Atas Nama Cinta terbitan Zeel Production di Australia pada awal Januari lalu.

Pelakon Azura 2012 itu sebelum ini pernah bercinta dengan Maria Farida.

Tambah Shahrizal lagi, kerana khabar angin itu, hubungannya dengan Miera sedikit terjejas namun dia telah membuat penjelasan sebenar kepada kekasihnya itu mengenai dakwaan yang diperkatakan.

Sementara itu, Shahrizal mengakui tidak boleh bersendirian sebaliknya memerlukan seorang teman di sisi dan sering berbalas SMS dengan Miera setiap kali berjauhan.

"Saya seorang yang tidak tenang jika tiada kekasih di sisi. Bagi saya, kekasih itu adalah sumber inspirasi dan tulang belakang untuk saya menjalani kehidupan seharian.

"Tetapi saya bukannya jenis yang suka melepak. Hidup saya agak bosan sedikit kut, kerana saya banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan kekasih selain suka duduk di rumah jika tiada penggambaran," ujarnya.

Dalam perkembangan lain dia turut menafikan tuduhan sering menimbulkan masalah ketika mengadakan penggambaran drama Atas Nama Cinta.

Katanya sepanjang dua minggu berada di Australia, dia sangat komited dalam hal masa yang ditetapkan oleh pihak produksinya.

"Setakat ini, selain memberikan yang terbaik dalam lakonan, saya juga menepati masa sepanjang berada di sana.

"Malah saya anggap produksi tersebut sebagai 'ibu' kerana menjaga saya dengan begitu baik sekali," katanya.

Atas Nama Cinta bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam di TV3 bermula 13 Februari 2012.

Raja Azura Tepis Gosip Kembali Ke Pangkuan Bekas Suami

Posted: 15 Feb 2012 07:09 AM PST


Raja Azura.

SUBANG JAYA: Penyampai radio Suria FM, Raja Azura menolak dakwaan kononnya dia sudah kembali ke pangkuan bekas suaminya iaitu Adzmin Osman, 38.

Raja Azura, 39, yang lebih mesra dengan sapaan Kak Engku berkata, dia selesa dengan kehidupannya selepas "kembali solo" dan tidak mahu merosakkan kebahagiaan yang dikecapnya sekarang.

"Peluang (kepada bekas suami) sudah diberikan sebelum ini tetapi... Saya sudah malas hendak fikir lagi mengenai perkara itu.

"Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Lagipun saya sibuk dengan anak-anak dan kerja. Perkara lain tidak menjadi keutamaan saya," ujarnya kepada mStar Online di pada majlis Pra-Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) di sini, Rabu.

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan kononnya dia dan bekas suaminya sering dilihat bersama dan berpegang tangan, Kak Engku berkata, ia adalah semata-mata untuk mengaburi mata anak-anaknya yang masih kecil dan tidak mengetahui perceraian tersebut.

Tambahnya, walaupun telah bercerai dia dan bekas suami masih berkawan baik demi anak-anak mereka yang sedang membesar.

"Saya akui ada memegang tangan Adzmin di khalayak sewaktu keluar bersama anak-anak. Tetapi itu hanya untuk menjaga hati mereka yang masih kecil. Anak-anak tidak mengetahui mengenai penceraian tersebut," katanya.

Bagaimanapun ujar kak Engku, dia tidak menolak seandainya suatu hari nanti akan berbaik-baik semula dengan bekas suaminya jika masih mempunyai jodoh.

"Walaupun sudah tidak mengharapkan apa-apa namun saya tidak menolak jika bertemu jodoh dengannya suatu hari nanti. Tetapi situasi sekarang sudah cukup membuatkan saya gembira," ujarnya.

Raja Azura dan Adzmin berpisah pada 28 September 2010 selepas hampir sepuluh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq,10, Megat Luqman Hakim,9, dan Puteri Mkia Maizurah, 6.

Adzmin merupakan anak kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof.

Empat Pengacara Popular Gegarkan ABPBH 2011

Posted: 15 Feb 2012 07:08 AM PST

Dari kiri: Sharifah Shahira, Zizan Razak, Raja Azura dan Didie Alias

SUBANG JAYA: Empat nama besar iaitu Raja Azura, Sharifah Shahira, Didie Alias dan Zizan (Raja Lawak) bakal menggalas tanggungjawab sebagai pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011).

Penyampai radio Suria FM, Raja Azura ketika ditemui berkata, dia gembira dapat digandingkan dengan tiga lagi pengacara tersebut pada malam itu dan berjanji akan memberikan persembahan terbaik.

Lebih mesra dengan sapaan Kak Engku, dia memberitahu walaupun bilangan pengacara itu agak ramai untuk sesebuah siaran langsung namun dia yakin dapat melakukan kerjasama dengan baik.

"Kita akan berlatih bagi memastikan semuanya berjalan lancar malah saya sudah biasa bekerja dengan Shahira dan Zizan.

"Bagaimanapun saya yakin Didie akan dapat menyesuaikan diri dengan kami nanti," ujarnya ketika ditemui pada majlis Pra-Kemuncak ABPBH di Holiday Villa Hotel & Spa di sini pada Rabu.

Ia turut dihadiri oleh Pengarang Kumpulan Berita Harian yang juga selaku Penaung ABPBH 2011 iaitu Datuk Mior Kamarul Shahid, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian, Mahfar Ali dan Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan merangkap Pengerusi Bersama ABPBH 2011, Hanizam Abdullah.

Dalam pada itu, Didie ketika ditemui berkata, walaupun sedikit gemuruh kerana pertama kali digandingkan dengan pengacara berpengalaman namun dia yakin dapat melunaskan amanah tersebut dengan baik.

Didie memberitahu, dia teruja diberi peluang mengacarakan anugerah besar dan ditonton oleh jutaan peminat dan peluang itu tidak akan disia-siakan.

"Gemuruh sebenarnya tetapi dengan pengacara lain memang kita saling mengenali jadi Insya-Allah tidak akan ada masalah," ujarnya.

Selain mengumumkan barisan pengacara, majlis tersebut turut mendedahkan barisan penyampai trofi dan artis yang bakal membuat persembahan di malam kemuncak ABPBH 2011.

Gandingan artis dan personaliti baru, muda serta yang lama menjanjikan malam anugerah itu akan lebih mantap dan menghiburkan.

Antara artis yang bakal menyampaikan trofi pada malam tersebut antaranya Datuk Yusof Haslam, Datuk DJ Dave, Datin Seri Normala Samsuddin, Adi Putra, Afdlin Shauki, Erra Fazira, Fazura dan Wan Maimunah.

Selain itu Datuk M. Nasir, Datuk Shiela Majid, Datuk Siti Nurhaliza, Alyah, Adira, Anuar Zain, Aizat, Azlan Typewriter, Black, Najwa Latif, Ramlah Ram dan Jaclyn Victor.

Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS bakal mengiringi persembahan artis pada malam itu nanti.

Tambah menarik barisan pelakon seperti Lisdawati, Fauzi Nawawi, Aaron Aziz, Maria Farida, Maya Karin, Watie (Elite) dan beberapa nama lain turut membuat persembahan istimewa.

Dalam pada itu, ABPBH 2011 bakal mengangkat tema "Larger Than Life" untuk artis-artis yang bakal hadir nanti. Sementara itu, pada majlis petang Rabu, turut disampaikan hadiah kepada pemenang pereka popular bagi busana tercantik ABPBH 2010.

Ia dimenangi oleh pereka fesyen Rizman Ruziani dan Lord's Tailor kerana telah menyediakan pakaian tercantik untuk Siti Nurhaliza dan Shahiezy Sam pada anugerah serupa tahun lalu.

Kemuncak ABPBH 2011 akan diadakan pada 8 April depan di Arena of Stars, Genting Highlands dan akan disiarkan secara langsung di TV3 dan Hot FM.

Shakira Cedera Diserang Singa Laut

Posted: 15 Feb 2012 07:06 AM PST


Shakira

LONDON: Percubaan bintang pop Shakira untuk mengambil gambar seekor singa laut di sebuah zoo telah mengakibatkan kecederaan apabila dia diserang oleh haiwan itu yang menyangka telefon bimbit penyanyi itu adalah ikan.

Dia mengalami kesan calar di tangan dan kaki akibat kejadian itu.

Laman web thesun.co.uk melaporkan, penyanyi berusia 35 tahun itu diserang ketika dia sedang leka untuk mengambil gambar apabila seekor singa laut melompat ke arahnya secara tiba-tiba dan cuba menggigit telefon bimbit yang disangkakan ikan itu.

Walaupun penyanyi itu berjaya diselamatkan oleh abangnya, dia tetap mendapat kecederaan ringan.

Penyanyi lagu Hips Don't Lie itu memuat naik gambar-gambar insiden yang berlaku ketika dia sedang bercuti pada hujung minggu lalu di Cape Town, Afrika Selatan itu di dalam blognya.

"Pada tengah hari ini saya melawat beberapa ekor singa laut dan anjing laut di zoo. Saya teringin untuk mengambil gambar-gambar haiwan itu kerana kecomelan mereka, lalu saya cuba mendekati mereka dengan menuruni kawasan batuan di situ.

"Secara tiba-tiba, seekor singa laut melompat keluar dari air dan menuju ke arah saya dengan jarak antara kami hanya satu kaki sahaja. Ia merenung tajam dengan wajah yang bengis, mengaum dalam keadaan yang marah dan cuba menggigit saya.

"Semua pengunjung termasuk saya menjerit ketakutan. Saya terpaku dan tidak mampu untuk bergerak pada saat-saat cemas itu sementara abang saya 'Super Tony' datang mengalihkan saya daripada haiwan itu. Tangan dan kaki saya bercalar kerana terlanggar batu ketika mahu melindungi diri daripada diserang.

"Saya percaya haiwan itu keliru dengan bayangan telefon bimbit Blackberry yang saya gunakan untuk mengambil gambar dan menyangka ia adalah ikan. Ia sangka saya mengusiknya dengan makanan," katanya dalam entri blog itu.

Tidak lama selepas itu, Shakira memuat naik pula gambarnya bersama beberapa ekor penguin di dalam blog yang sama.

Dia menulis: "Hari ini saya bergambar dengan beberapa penguin yang lebih peramah!" - IANS

Ahmad Idham Ambil Mat Rempit Berlakon 'Apa Celop'

Posted: 15 Feb 2012 07:04 AM PST


Ahmad Idham

Pengarah popular Ahmad Idham Ahmad Nadzri memberitahu dia sering mengambil golongan remaja seperti mat rempit untuk berlakon dalam filem mahupun drama yang membabitkan genre aksi yang dihasilkannya.

Idham berkata, penglibatan golongan itu sekali gus dapat memberi peluang bekerja selain membersihkan mereka daripada gejala lumba haram yang pernah disertai dahulu.

"Sebenarnya saya telah mengambil golongan rempit ini berlakon bagi menunjukkan skil-skil hebat mereka sejak menghasilkan filem Remp-it lagi.

"Dan sehingga kini, khidmat mereka masih diperlukan dalam filem-filem saya termasuklah drama aksi komedi baru saya, Apa Celop.

"Selain itu, saya dapat mendalami jiwa 'geng rempit' ini dan mengupas kisah-kisah mereka dalam karya saya," katanya yang ditemui pada pelancaran drama Apa Celop di One Utama, di sini, Selasa.

Tambah Idham, sehingga ini, penglibatan golongan mat rempit dalam Apa Celop adalah kumpulan yang kelima.


Barisan para pelakon 'Apa Celop'

Apa Celop, drama berbentuk aksi komedi, bakal disiarkan setiap Isnin mulai 20 Februari, pukul 9 malam di TV3.

Di bawah terbitan Excellent Pictures, drama bersiri 13 episod tersebut merupakan cetusan idea Idham yang bertindak sebagai pengarahnya manakala skrip ditulis oleh Meor Shariman.

Ia memaparkan pelbagai dilema dan masalah pelumba-pelumba haram yang menjalani kehidupan mereka di kota Kuala Lumpur.

Padat dengan aksi yang memukau mata, Apa Celop turut menyelitkan elemen-elemen komedi dan kisah cinta yang romantis.

"Drama ini mengisahkan tentang Aman (Kamal Adli) dan Sawi (Taiyuddin Bakar) bercadang untuk berlumba kali terakhir supaya memenangi duit dengan harapan mengadakan sebuah majlis perkahwinan secara besar-besaran bersama kekasih mereka, Julia (Amanda Misbun) dan Munirah (Ika Nabella).

"Namun, niat baik mereka terhalang selepas Aman memenangi perlumbaan itu di mana dia terpaksa membawa pulang seorang gadis kampung, Marsha (Wan Sharmila) yang dijadikan habuan kepada pemenang.

"Saya percaya ramai yang menganggap Apa Celop merupakan drama yang diadaptasi daripada Hantu Bonceng tetapi sebenarnya tidak. Ia sebuah kupasan baru tentang mat-mat rempit ini yang belum lagi saya paparkan kepada umum," ujarnya.

Penonton yang terlepas menyaksikan drama ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Hubungan Cinta Tiz Zaqyah & Remy Ishak Belum Berakhir

Posted: 15 Feb 2012 06:50 AM PST


Tiz Zaqyah.

PETALING JAYA: Pelakon jelita Tiz Zaqyah menjelaskan dakwaan kononnya hubungan cintanya dengan aktor Remy Ishak sudah berakhir hanyalah sekadar gosip semata-mata.

Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 23, berkata spekulasi berhubung keretakan hubungan mereka yang dikatakan berlaku sekitar dua minggu lalu itu mula tersebar di Twitter dan Internet ekoran salah faham pengikut laman sosial kedua-dua artis tersebut.

"Ia hanya khabar angin dan gosip. Hakikatnya, tiada apa yang berlaku antara kami.

"Spekulasi yang mendakwa hubungan kami berakhir baru-baru ini adalah salah faham daripada orang ramai sehingga menyebarkan perkara yang tidak berasas itu," katanya kepada mStar Online.

Tiz ditemui pada majlis pra tonton filem terbarunya Cinta Kura-Kura yang berlangsung di Cathay e@Curve, Mutiara Damansara, di sini, malam Selasa.

Pihak media sebelum ini gagal mendapatkan Tiz mahupun Remy bagi mengulas khabar angin tersebut kerana kedua-dua mereka dipercayai mengelak untuk memberi komen mengenai hal berkenaan.

Malah mereka juga tidak menjawab panggilan telefon dan kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang diajukan berhubung desas desus itu.

Ketika diminta menjelaskan secara terperinci mengenai kesahihan dakwaan berkenaan, Tiz bagaimanapun enggan untuk mengulas mengenainya.

"Saya tidak mahu komen lebih lanjut kerana tuduhan itu tidak berlaku.

"Apa yang terpampang dalam kemas kini akaun Twitter milik saya sebelum ini tiada kaitan dengan hubungan kami," katanya.

Dalam perkembangan lain, pelakon yang melonjak naik menerusi drama bersiri Nur Kasih ini, berkata pengalaman membintangi filem sulung arahan Nizam Zakaria itu mencabar dan menyeronokkan.

Tiz yang bergandingan dengan aktor Aeril Zafrel, Zizan Razak dan Fizz Fairuz dalam filem tersebut mengakui berhadapan kesukaran untuk berkomunikasi dengan kura-kura sepanjang penggambaran berlangsung.

"Ini adalah pengalaman pertama saya perlu berkomunikasi dengan haiwan iaitu kura-kura di dalam filem.

"Ia adalah proses yang rumit dan mencabar serta menuntut imaginasi yang tinggi bagi membayangkan watak-watak yang tidak wujud di depan mata," katanya -mstar-

Aliff Aziz Mengaku Intim Dengan Anne Ngasri Sebulan Lalu

Posted: 14 Feb 2012 11:38 PM PST



KUALA LUMPUR: Penyanyi dari Singapura, Aliff Aziz menjelaskan keintimannya dengan pelakon Anne Ngasri sejak sebulan lalu bertitik-tolak daripada sikap prihatin dan mengambil berat aktres itu terhadapnya yang kini menetap sendirian di negara ini.

Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 21, berkata sejak dia berhijrah ke Malaysia bagi mengembangkan kerjaya nyanyian, Anne banyak membantu selain menjadi teman bercerita ketika mengisi kesunyian.

"Saya akui rapat dengannya (Anne). Dia sangat baik dan mengambil berat terhadap saya. Sejak pindah ke Kuala Lumpur, saya tinggal bersendirian. Selain pekerja di Sony Music, Anne dan keluarganya yang mengisi kesunyian dan membantu saya menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di sini.

"Sikapnya yang banyak membantu dan memberi dorongan kepada saya untuk fokus dan bekerja keras menyebabkan saya selesa," katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai Anne yang berstatus ibu tunggal itu Aliff berkata, perkara tersebut bukan satu isu yang boleh menghalang mereka daripada berkawan.

"Sejak dulu saya mudah tertarik pada wanita yang lebih berusia dan matang. Saya masih muda dan memerlukan teman yang bukan sahaja mengambil berat malah turut membimbing saya menjadi lelaki yang lebih baik.

"Dia seorang wanita yang positif dan saya belajar banyak perkara daripadanya sejak kami rapat. Saya boleh merasai keserasian itu setiap kali kami bersama. Keluarga kami juga tiada sebarang halangan," katanya.

Diusik mengenai reaksinya berhubung dakwaan orang ramai yang kerap melihat mereka keluar berdua-duaan, Aliff berkata dia tidak kisah dilihat bersama kerana ia adalah lumrah kehidupan selebriti yang sering menjadi perhatian umum.

"Sebagai selebriti sudah tentu orang akan kenal pada kita, jadi tidak perlulah saya hendak menafikan atau menyorok kerana ia bukan perkara yang buruk.

"Ia bukan halangan untuk kami keluar makan atau menonton wayang bersama seperti yang didakwa. Saya tidak melihat persahabatan kami sebagai satu masalah atau isu pun," katanya.

Sempat diusik mengenai perkembangan kes kontroversi antara dia dan pelakon Zarina Anjoulie yang tercetus baru-baru ini, Aliff menegaskan dia tidak akan memberikan sebarang penjelasan berhubung isu tersebut buat masa ini dan hanya akan tampil menjawab kontroversi itu pada waktu paling sesuai kelak.

"Orang boleh cakap apa sahaja tentang kes itu tetapi saya tidak akan memberi penjelasan pada waktu ini. Syarikat rakaman Sony Music sedang meneliti kes ini dan apabila sampai waktu saya akan umumkan kepada semua.

"Namun, itu tidak bermakna saya seorang yang pengecut atau mahu lari daripada masalah. Saya lelaki yang tidak akan lari daripada masalah yang melibatkan saya. Cuma kena tunggu waktu yang sesuai," katanya.

Sharnaaz Selesa Ditemani Keluarga Shila Untuk Berdating

Posted: 14 Feb 2012 11:35 PM PST

Sharnaaz Ahmad mengakui tidak pernah keluar berdua dengan Shila.
 
KUALA LUMPUR: Pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui tidak pernah keluar secara berdua-duaan dengan kekasihnya, penyanyi Shila Amzah sejak menjalinkan hubungan cinta kira-kira dua bulan lalu.
Sharnaaz sebaliknya berkata, sejak awal perkenalan lagi mereka sering ditemani oleh ahli keluarga Shila jika hendak ke mana-mana.
"Sebelum mengenali Shila pun dia memang ditemani oleh ibunya ke mana sahaja dia pergi dan perkara itu tidak akan berubah hanya semata-mata dia bercinta dengan saya sekarang.
"Kalau kami nak berjumpa dia pasti akan ditemani oleh ibu atau adiknya dan saya tidak mempunyai masalah mengenai perkara itu," ujarnya.
Sharnaaz ditemui ketika majlis sidang media telefilem Patah Seribu arahan Michael Ang di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, Sharnaaz berkata, dia tidak pernah berasa terkongkong dengan situasi tersebut sebaliknya merasakan ia adalah peluang kepadanya untuk mengenali ahli keluarga Shila.
Sharnaaz memberitahu, dia senang dengan situasi berkenaan selain dapat merapatkan hubungan mereka.
"Setakat ini tidak pernah timbul isu kami rasa tidak selesa dengan kehadiran ahli keluarga jika kami hendak ke mana-mana malah saya berasa selesa keluar 'dating' bersama-sama ibu dan ahli keluarganya yang lain kerana ia dapat mendekatkan hubungan kami," ujarnya.



Malah katanya, ibu Shila yang mesra dikenali sebagai Kak Zie itu banyak menasihati mereka jika mempunyai sebarang masalah.

Ditanya penerimaan bapa Shila iaitu penyanyi, ND Lala mengenai hubungan cinta tersebut, Sharnaaz berkata, penyanyi itu menerimanya dengan baik namun meletakkan batas dalam pergaulan mereka.

"Alhamdulillahlah bapa Shila menerima saya dengan baik tetapi sebagai seorang ketua keluarga saya faham bahawa dia (ND Lala) perlu meletakkan sedikit jurang dan tegas dalam melindungi anak gadisnya.

"Saya hormati prinsipnya dan menyedari batas-batas pergaulan yang perlu dijaga supaya tidak menimbulkan masalah di kemudian hari," ujarnya.

Panas baran

Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia senang dengan Shila kerana wanita berusia 22 tahun tersebut banyak mengajarnya mengenai erti bersabar ekoran sikapnya yang panas baran.

Katanya, belum pernah ada individu yang berjaya meredakan sikap buruknya itu melainkan Shila dan situasi itu menambahkan keyakinan bahawa wanita tersebut sesuai dengannya.

"Dia seorang yang sangat penyabar dalam semua perkara dan saya pula berbeza dengannya. Namun dia berjaya mengubah saya menjadi seorang yang lebih tenang dalam semua perkara," katanya.

Dalam perkembangan lain, pasangan bercinta itu bakal muncul dalam sebuah telefilem berjudul Patah Seribu pada 23 Februari ini. Ia akan disiarkan pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria.

Selain Sharnaaz dan Shila, drama tersebut turut dijayakan oleh Sharifah Shahora, Amar Baharin, Jihan dan Reza Mohd.

Shah Rukh Khan Jadi Perhatian Pesta Glamor Di Berlin

Posted: 14 Feb 2012 11:32 PM PST

Shah Rukh Khan.


BERLIN: Tirai bagi acara glamor 10 hari di Berlin dibuka bersama kehadiran bintang-bintang filem antarabangsa dan penggiat dunia perfileman di ibu negara Jerman ini.

Suasana bandaraya ini bertukar bagaikan ekspo selebriti dengan wajah-wajah mereka sebelum ini hanya dilihat oleh penduduk Jerman pada layar skrin sahaja.

Antara personaliti yang tiba di sini ialah bintang Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) yang turut serta dalam majlis anugerah filem tahunan Berlinale, yang bermula pada Sabtu.

Bagaimanapun, SRK, rujukan mesra oleh media bagi bintang Bollywood ini, juga bertandang ke sini bagi tayangan perdana filem aksi terbaru beliau Don-2 yang penggambarannya turut dilakukan di Berlin.

Bollywood sebelum ini tidak meminati penggambaran di Jerman, memandangkan diaspora India dan Asia di negara itu mengeluh kerana Jerman tidak begitu mesra dengan orang luar.

Bollywood banyak menyaksikan penggambaran filem-filem di Switzerland, Perancis, Mauritius, Afrika Selatan, Singapura, Thailand dan Malaysia.

Sebenarnya, siri pertama Don yang juga dibintangi oleh SRK menyaksikan penggambaran di Malaysia dan muncul sebagai filem 'box office'.

Dalam Don-2, SRK memainkan watak ketua kumpulan mafia India yang mempunyai rangkaian hingga di German, yang membawa kepada penggambaran di Berlin.
Peminat Shah Rukh Khan berpusu-pusu ingin mendapatkan tandatangan pelakon popular itu.

Bagaimanapun, kehadiran beliau di Berlinale menghangatkan keadaan dengan para peminat terutama wanita muda bagaikan menggila dan menjerit seronok selepas menatap wajah pelakon terkenal itu.

Kehadiran SRK di Berlin juga menunjukkan kepada perancang pelancongan di bandar raya ini akan impak publisiti jika bintang Hollywood Tom Cruise memilih Berlin untuk penggambaran Mission Impossible-3.

Tetapi Cruise memutuskan untuk membawa pasukan penggambarannya ke Rome melihatkan kurangnya kemesraan di Berlin.

"Adalah di luar dugaan yang Shah Rukh Khan memutuskan untuk menjalani penggambaran di Berlin. Tahniah harus diberikan kepada Berlin yang kini berusaha memikat pelawat dari India yang lazimnya lebih suka ke Switzerland, UK, Perancis dan Amerika Syarikat.

"Diharapkan filem Khan akan dapat menggamit pelancong mewah dari India," kata Guido Haupt yang bertugas dengan sebuah syarikat pelancongan German kepada Bernama.

Don-2 lakonan SRK menyaksikan tayangan perdana gilang-gemilang di Berlinale pada sebelah malam hari yang sama.

Sehingga sedekad yang lepas Bollywood tidak begitu dikenali di Jerman. Filem-filem dari India lazimnya ditonton oleh diaspora India, selain warga Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Arab dan negara Asia lain dengan sekali-sekala warga kulit putih turut menyaksikannya, kemungkinan dipujuk oleh rakan mereka untuk turut serta.

Bagaimanapun, dengan kemaraan globalisasi dan kehebatan India yang diakui dalam bidang sains dan teknologi, pandangan Jerman terhadap India telah berubah secara radikal.

Daripada imej negara Taj Mahal, harimau dan pengemis, India kini adalah rakan disegani dalam perniagaan, teknologi dan seni.

Don-2 merakamkan pemandangan di Berlin dalam cara yang menarik. Satu daripada adegan menarik dalam filem ini berlatarkan Alexanderplatz di mana watak yang dimainkan oleh SRK melompat daripada bumbung Park Inn Hotel ke jalan raya di bawah.

Ketibaan SRK, yang ditunggu-tunggukan oleh orang ramai, terutama oleh gadis-gadis remaja, di venue Friedrichstadtpalast menghangatkan keadaan.

"Wir lieben Dich, Shah Rukh!" ("We love you, Shah Rukh") teriak seorang gadis Jerman berambut perang.

Shamsi Ali, seorang warga Malaysia dari Johor, berkata beliau gembira kerana dapat menatap wajah Shah Rukh Khan dari dekat.

"Saya singgah di sini untuk lawatan singkat menguruskan perniagaan sebelum ke London dan saya gembira kerana dapat melihat beliau dari dekat. Sebelum ini saya hanya melihatnya dalam filem-filem," katanya kepada Bernama.

Gandingan SRK dalam filem berkenaan, Priyanka Chopra, juga berada di Berlin. - BERNAMA

Awal Ashaari Putus Asa Untuk Jadi Penyanyi

Posted: 14 Feb 2012 11:06 PM PST



SUBANG JAYA: Pengacara Awal Ashaari sudah berputus asa dalam usaha mengembangkan kerjaya nyanyiannya akibat kegagalan 'single' lagu pertamanya, Memori.

'Single' itu diterbitkan pada awal 2010.

Awal berkata, hal tersebut membuatkan dia sedar kerjaya nyanyian tidak sesuai dengannya melainkan berlakon dan mengacara.

"Sejujurnya, saya dah putus asa untuk meneruskan kerjaya di bidang nyanyian dan serik untuk muncul dengan lagu baru.

"Mungkin juga karier seni nyanyian tidak sesuai dengan jiwa saya. Jadi buat macam mana sekalipun, hasilnya tetap sama.

"Bagaimanapun, sekurang-kurangnya saya cuba melakukan sesuatu yang baru walaupun ia tidak berjaya," katanya.

Tambah Awal, antara sebab lain Memori kurang mendapat sambutan menggalakkan apabila ia kurang dipromosikan dengan meluas.

Walaupun gagal dalam nyanyian, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang sebagai seorang pengacara dan pelakon.

Kekasih pelakon Scha Al-Yahya ini berkata, pada tahun ini dia akan lebih memberi fokus dalam bidang lakonan memandangkan dia banyak memberikan komitmen sebagai pengacara pada tahun lalu.

"Ramai yang anggap saya dah tak berlakon sedangkan saya masih lagi menerima tawaran lakonan jika jadual kosong. Harap-harap, tahun ini murah rezeki saya, Insya-Allah," ujarnya.

Sementara itu, Awal dan Scha bakal melangsungkan pernikahan mereka pada pertengahan tahun ini dan masih lagi mencari tarikh yang sesuai untuk majlis berkenaan. -mstar-

Plastinasi awet tisu biologi

Posted: 14 Feb 2012 10:55 PM PST


STRUKTUR fizikal manusia, haiwan atau tumbuh-tumbuhan menyingkap pelbagai 'rahsia' hukum alam yang sukar diungkapkan dengan pandangan mata kasar.

Kelebihan struktur dalaman tersebut ialah ia tidak memerlukan sebarang mekanisme mekanikal untuk berfungsi dengan baik sekali gus menimbulkan minat mendalam terhadap penerokaan keajaiban anatomi.

Bahkan, penuntut-penuntut ilmu sains dan perubatan boleh dikatakan antara insan paling istimewa di muka bumi ini apabila berkesempatan merasai pengalaman merungkai fungsi struktur fizikal manusia, haiwan ataupun tumbuh-tumbuhan.

Bagaimanapun, kekurangan kadaver menyukarkan proses menguasai selok-belok diseksi bagi memahirkan diri mengenali struktur dan fungsi dalaman manusia terutamanya penuntut-penuntut perubatan yang bakal menjadi doktor.

Menyedari kepentingan ini, seorang pakar anatomi, Dr. Gunther von Hagens telah memperkenalkan teknik plastinasi dalam mengawet tubuh manusia semasa bekerja di Institut Anatomi Universiti Heidelberg, Jerman pada lewat tahun 1970-an.

Kebelakangan ini, spesimen plastinasi yang diperkenalkan oleh Dr. Gunther von Hagens melalui syarikat, Gubener Plastinate GmbH mendapat perhatian dunia terutamanya universiti-universiti dan institusi-institusi perubatan.

Secara asasnya, Plastinator Gubener Plastinate GmbH, Dr. Vladimir Chereminskiy menjelaskan, plastinasi adalah teknik pengawetan inovatif yang dibangunkan Dr. Gunther von Hagens.

"Plastinasi merupakan kaedah pengawetan tisu biologi iaitu menggantikan cecair dan lemak di dalam tisu badan dengan menggunakan polimer atau dikenali sebagai cecair plastik.

"Melalui kaedah ini, ia membolehkan pengawetan dilakukan ke atas tisu dan organ yang telah dikeluarkan daripada badan serta pada keseluruhan badan manusia," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui pada Seminar Plastinasi Dalam Pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Selayang, baru-baru ini. Seminar itu dianjurkan Modiezham Sdn. Bhd.

Seperti rekaan inovatif lain, beliau memberitahu, plastinasi perlu melalui beberapa proses terlebih dahulu sebelum dapat digunakan dalam bidang saintifik.

Larutan polimer

"Langkah pertama yang perlu dilalui adalah proses pengawetan dengan memasukkan formalin ke dalam arteri badan untuk menghapuskan bakteria dan menghentikan pereputan spesimen berkenaan.

"Dengan menggunakan peralatan diseksi, kulit, lemak dan sambungan tisu akan diubah untuk menyiapkan struktur anatomi," ujarnya lagi.

Dalam langkah pertama itu, beliau menambah, cecair dan lemak boleh larut dikeluarkan dengan diawet menggunakan aseton.

MELALUI plastinasi spesimen lebih tahan lama dan mesra alam.


Katanya, proses kedua ialah menggantikan aceton dengan larutan polimer. Langkah kritikal memasukkan polimer cecair dalam setiap sel digelar sebagai pengisitepuan paksaan vakum.

"Spesimen diletakkan ke dalam kebuk vakum dan tekanan diturunkan sehingga suhu didih pelarut. Ini membolehkan keadaan vakum dalam spesimen dimasuki cecair polimer.

"Selepas proses pengisitepuan paksaan vakum tubuh tersebut akan diolah kepada kedudukan yang dikehendaki pelanggan sebelum melalui proses pengerasan," katanya lagi.

Lazimnya, ia akan mengambil masa antara enam hingga 12 bulan bergantung kepada saiz dan kerumitan untuk menyiapkan spesimen berkenaan.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, setiap spesimen yang dibangunkan akan mengikut kehendak pelanggan.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Von Hagens Dalian Plastination Ltd., (Dalian) China, Kentaro Nozaki menjelaskan, berbanding kaedah sebelum ini kaedah plastinasi akan menjadikan spesimen yang dihasilkan lebih mesra alam dan tahan lama.

"Melalui plastinasi, spesimen tersebut tidak mudah rosak, berbau, struktur tidak berubah dan kering. Malah, ia boleh dibawa ke mana-mana dengan mudah.

"Selain itu, penuntut-penuntut akan lebih memahami anatomi manusia apabila menggunakan spesimen plastinasi," katanya ketika ditemui.

Kadaver terurai

Sebelum ini, kadaver direndam dalam formalin yang diletakkan dalam botol. Kaedah ini bukan saja menyebabkan kadaver lama-kelamaan terurai bahkan agak sukar untuk memahami anatomi manusia.

Kentaro menambah, spesimen yang digunakan dalam kaedah plastinasi ialah manusia ataupun haiwan sebenar.

Secara tidak langsung, beliau berkata, spesimen tersebut lebih nyata malah penuntut-penuntut boleh melihat struktur dalaman.

"Saraf otot, jantung, paru-paru dan organ-organ lain dapat dipegang dan diteliti dengan lebih jelas menggunakan kaedah ini.

"Ia sudah tentu satu kelebihan berbanding hanya melihat gamba rajah di dalam buku-buku," ujarnya lagi.

Kentaro memberitahu, kesemua tubuh manusia yang digunakan diperoleh melalui program derma tubuh untuk plastinasi.

Ia sama seperti program menderma organ tetapi melibatkan tubuh manusia.

Kebanyakan daripada penderma tersebut berharap tubuh mereka akan dapat memberi kebaikan dan faedah kepada dunia selepas mereka mati.

Selain daripada itu, beliau menambah terdapat juga zoo-zoo yang menderma haiwan yang telah mati untuk dijadikan spesimen untuk tujuan saintifik.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Modiezham Sdn. Bhd., Mohammad Izham Ismail, berkata dia mengambil masa kira-kira dua tahun untuk mendapat kepercayaan Dr. Gunther von Hagens sebagai pembekal spesimen-spesimen plastinasi di negara ini.

Pameran pengawetan tubuh manusia menarik perhatian orang ramai.


"Dia agak berhati-hati dalam pemilihan pembekal spesimen-spesimen ini kerana selepas dua tahun baharu kami mendapat kebenaran secara rasmi menjadi pembekal tunggal pertama mereka.

"Ia merupakan satu penghargaan dan berharap dapat menjadi pembekal bukan sahaja di negara ini tetapi di Asia Tenggara," katanya.

Mohammad Izham menambah, pembabitannya dalam bidang tersebut adalah untuk membantu melahirkan graduan perubatan cemerlang di negara ini.

"Kita mendapati semakin banyak fakulti-fakulti perubatan yang memerlukan kadaver untuk memastikan kecemerlangan graduan dan agak sukar mendapati di negara ini.

"Justeru itu, kita berharap dengan menjadi pembekal spesimen-spesimen plastination ia dapat membantu mengatasi masalah ini kerana ia lebih tahan lama dan mudah dikendalikan mereka," ujarnya.

Katanya, ia sejajar dengan seruan kerajaan dalam menjadikan negara ini dikenali sebagai pelancongan perubatan.

Sementara itu, pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah menjelaskan dari perspektif Islam, mayat orang Islam tidak boleh digunakan untuk diuji kaji biarpun untuk tujuan perubatan.

Beliau memberitahu hukumnya haram kerana perbuatan itu akan menyakiti mayat tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu mayat orang Islam juga tidak boleh diawet kerana hukumnya adalah haram di sisi Islam. Bagaimanapun, pendermaan organ adalah diharuskan dengan syarat si mati mewasiatkannya. -kosmo-

Sudah ada cinta baharu - Nora Danish

Posted: 14 Feb 2012 10:49 PM PST



NORA DANISH MOHD. HANIF hadir ke sesi fotografi dengan wajah polos, cukup sekadar cermin mata hitam menjadi pelengkap aksesori. Berpimpin tangan dengannya adalah anak kesayangan yang cukup bijak dan comel, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, tiga tahun. Rayqal yang lebih teruja untuk berposing sambil mulut mungilnya menyatakan dia mahu membuat sesi fotografi.

Seiring lincah jurusolek mengoles wajah cantik pelakon yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi ini, kami berbicara. Nora berbicara tentang sisi kerjayanya yang semakin menapak tinggi, mengejar momentum sebenar seorang pelakon penuh integriti.

Hal itu dapat dilihat sejak pertengahan tahun lalu, sejak dia membawa karakter Dhia dalam drama rantaian Tentang Dhia yang mendapat sambutan hangat. Berganding dengan aktor Adi Putra sebagai pasangan suami isteri yang teraniaya, saham Nora melonjak naik. Padahal, itu bukan hasil lakon pertamanya. Nora sudah terbabit dengan lebih segudang naskhah baik drama ataupun filem.

Hanya kali ini, kredibiliti dia sebagai seorang pelakon mula membuka banyak mata orang yang beranggapan Nora terkadang terlalu comel untuk dipelbagaikan watak, terutama untuk menggalas karakter yang bermain dengan banyak emosi.

Nora senyum sebelum semangat bercerita. Dia mengaku kalau Tentang Dhia memang telah membuka mata banyak pihak tentang kredibiliti sebenarnya.

"Namun sebenarnya, yang membuat cerita itu bagus, bukan sebab saya, tetapi kerana skrip, jalan cerita dan seluruh produksi yang terlibat. Bayangkan, waktu baca skrip saja saya sudah menangis, yang membawa maksud cerita itu memang memberi kesan yang besar terhadap sesiapa saja," katanya yang mengaku hampir menolak tawaran tersebut kerana bimbang tidak mampu memberi hasil kerja yang baik.

Bertitik tolak daripada Tentang Dhia yang mengangkat Nora ke satu tahap lakonan yang lebih serius, ia kini disambung dengan drama rantaian Ariana Mikhail yang hangat ditayangkan di TV9 setiap pukul 8.30 malam hari Isnin dan Selasa. Masih membawa watak seorang isteri, kali ini dia berganding pula dengan Hussein atau Sein yang juga menampakkan keserasian.

Dalam masa yang sama, dia akan kembali berganding dengan Adi Putra dalam sebuah filem yang diberi judul Aku Terima Nikahnya yang akan memulakan penggambaran dalam masa terdekat.

Begitu bersyukur dengan kesempatan terbabit bersama produksi yang mempercayai bakatnya yang boleh diperkembangkan, kata Nora ia juga adalah tanda aras terhadap kembara seninya yang kini sudah mencecah usia 10 tahun.

"Bagai tidak percaya tahun ini sudah genap 10 tahun saya menjadi pelakon. Saya kira, kini memang banyak peluang lakonan yang hebat telah saya terima, selain dapat berganding dengan aktor yang hebat-hebat. Alhamdulillah," ujarnya.

Tambah Nora, seiring kematangannya juga, dia mengaku menjadi selektif terhadap beberapa tawaran. Jelasnya ringkas: "Saya tidak kisah karakter yang bagaimana diberikan kepada saya, tetapi yang penting adalah impak yang ditinggalkan terhadap karakter yang saya bawa."

Diminta membayangkan 10 tahun akan datang di mana kedudukannya dalam industri, pantas dia memberitahu bahawa barangkali dia sudah tidak bergelar anak seni lagi, namun hanya waktu yang menentukan. Walau bagaimanapun ada harapan besar yang disemat dalam hati. Kata Nora: "Sementara nak tunggu 10 tahun akan datang, besar harapan saya agar dalam perjalanan seni ini, sekurang-kurangnya saya diiktiraf dengan anugerah."


PERMATA HATI. Nora bersama anaknya, Rayqal. Raqyal tinggal bersama Nora, namun dijaga bergilir bersama keluarga mantan suaminya, Rizal Ashram.



Hati sudah diisi

Di selang-seli cerita serius tentang kerjaya, Nora tidak juga lokek berkongsi tentang ceritera cintanya. "Yang pasti bukan dengan Khairul Fahmi Che Mat (Apek)," ujar Nora sambil ketawa mengenang entah bagaimana boleh bergegar gosip mengenai dia dengan penjaga gawang bola sepak negara itu baru-baru ini.

Ya, entah ribut mana datang menerpa, mantan isteri Toh Muda Rizal Ashram Ramli ini tiba-tiba dikaitkan dengan Apek. Dia mengaku mengenali Apek sebagaimana seluruh Malaysia mengenali penjaga gol itu, tetapi tidak lebih daripada itu sehingga sampai kepada bibit cinta.

Cinta yang tumbuh di hati Nora adalah milik jejaka lain, bukan Apek. Malah akuinya, sewaktu kecoh isu dia digosip dengan Apek, kekasihnya tidak melatah. "Dia adalah kekasih terhebat di dalam dunia," akui Nora ketawa mengekeh.

Ditanya jika hati sudah berkenan dan cinta sudah lama bersemayam, apa yang ditunggu oleh Nora untuk menamatkan status ibu tunggal yang dipikulnya sejak lebih tiga tahun lalu. Adakah dia masing dikejar bayang-bayang hitam tentang perkahwinannya yang roboh tidak lama dulu.

Jawab Nora, dia sentiasa optimis dengan kehidupannya. Dia juga bukan seorang yang kuat menjeruk rasa. Apa yang sudah berlaku, dia jadikan pengajaran. Malah dia mengaku, kegagalan rumah tangganya dahulu adalah satu pelajaran yang terbaik buat dirinya, sementelah waktu mendirikan rumah tangga dulu, dia baru berusia 24 tahun.

Kini, pada usia 30 tahun, dia lebih yakin dan mendapat banyak pengalaman baharu. Lebih-lebih lagi, suaminya bukan seorang lelaki yang terlalu buruk perangai. "Dia masih menjalankan tanggungjawab dengan memberi nafkah terhadap saya dan anak. Keluarga mertua saya juga masih mengambil berat terhadap saya dan Rayqal. Kami tidak pernah dilupakan," katanya penuh syukur.

Berbalik soal kembali mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Nora menjawab: "Saya percaya kepada cinta. Saya juga tidak menolak perkahwinan kedua. Memang ingin kembali berumah tangga tapi bukan dalam masa terdekat ini."

Beyonce paten nama anak

Posted: 14 Feb 2012 10:44 PM PST

 
BEYONCE KNOWLES

PASANGAN selebriti Beyonce Knowles dan Jay Z mematenkan nama puteri pertama mereka, Blue Ivy Carter. Langkah tersebut diambil untuk mencegah kemungkinan penggunaan nama anak sebagai jenama dagangan produk-produk bayi oleh pihak lain.

Menurut laporan di dalam Aceshowbiz, pelantun lagu Ladies itu dan suami telah memfailkan permohonan ke Pejabat Paten dan Dagang Amerika Syarikat baru-baru ini, setelah terdapat beberapa pihak berusaha menggunakan nama anak mereka sebagai nama kedai dan sebagainya.

Sebelumnya, perancang busana Joseph Mbeh memakai nama Blue Ivy Carter NYC pada 11 Januari 2012. Sementara pemohon lain pula meminta menggunakan nama bayi mereka seperti Blue Ivy Carter Glory IV untuk produk wangian pada 20 Januari.

Bagaimanapun permohonan itu ditolak dengan alasan nama Blue Ivy milik bayi Beyoncel dan produk yang menggunakan nama tersebut akan memberikan kesan yang salah kepada pelanggan.

Namun, ada satu butik di Wisconsin yang lebih dahulu menggunakan nama dagang 'Blue Ivy' sebelum anak Beyonce lahir dan ia kekal dengan nama tersebut.

'Mancini layan saya seperti binatang' - Carlos Tevez

Posted: 14 Feb 2012 10:38 PM PST


TEVEZ sedia kembali membarisi skuad City andai Mancini mahu membersihkan imejnya yang tercalar ekoran salah faham antara mereka.



MANCHESTER - Penyerang kontroversi Manchester City, Carlos Tevez mendakwa dia dilayan seperti binatang oleh pengurusnya, Roberto Mancini.

Pemain berusia 28 tahun itu kembali ke pangkuan kelabnya selepas tidak beraksi bersama pendahulu Liga Perdana England itu sejak September tahun lalu.

Ia ekoran tindakan Tevez yang enggan mematuhi arahan Mancini ketika City menentang kelab gergasi Jeman, Bayern Munich pada aksi Juara-Juara Liga.

Selepas enam bulan insiden tersebut berlaku, Tevez yang pulang ke Argentina tanpa kebenaran majikannya pada November lalu, mendedahkan perkara sebenar yang berlaku di Jerman.

Tevez berkata, ketika insiden itu, Mancini telah bertengkar dengan rakan sepasukannya, Edin Dzeko sebelum pengurus tersebut merancang untuk menukarkanya dengan penyerang Argentina tersebut.

"Beliau melihat saya di bangku simpanan (kemudian) beliau marah dan menyuruh saya melakukan sesi pemanas badan sekali lagi dengan nada yang keras," kata Tevez.

Terdahulu, Mancini berkata, masalah Tevez sudah selesai apabila beliau membayangkan bekas penyerang Manchester United itu masih mempunyai peranan penting bagi membantu City menjuarai gelaran liga sejak tahun 1968.

Tevez menambah, dia amat gembira untuk beraksi bersama kelabnya itu jika Mancini serius untuk mendapatkan khidmatnya kembali.

Namun, dia menuntut bekas jurulatih Inter Milan itu membersihkan imejnya dan mendedahkan perkara sebenar.

"Jika saya salah, saya akan minta maaf. Secara jujur, saya percaya saya tidak membuat kesilapan."

"Jika ia benar (Mancini mengalu-alukan saya kembali), sudah tentu saya gembira, tetapi jika ia (bertujuan) untuk media, jawapannya tidak," tegas Tevez. - Reuters

Malaysia tempah tiket suku akhir

Posted: 14 Feb 2012 10:34 PM PST

 
KIEN KEAT (kiri) dan Boon Heong tidak berdepan masalah membenam cabaran beregu pertama Hong Kong pada aksi pertama Kumpulan D kempen kelayakan Piala Thomas 2012 di Macau semalam.

MACAU - Malaysia menempah slot suku akhir kempen kelayakan Kejohanan Badminton Piala Thomas 2012 Zon Asia selepas membenam Hong Kong pada aksi peringkat Kumpulan D semalam.

Dengan kemenangan tersebut, Hong Kong secara automatik tersingkir pada kempen kelayakan kali ini selepas terlebih dahulu tewas di tangan Korea Selatan pada aksi pembukaan kelmarin.

Pertemuan di antara Malaysia dengan Korea Selatan hari ini bakal menentukan siapa yang bakal muncul selaku juara dan naib juara Kumpulan D.

Pada aksi menentang Hong Kong semalam, skuad negara ternyata tidak mudah untuk mencatatkan kemenangan ke atas Hong Kong apabila sekadar menang tipis 3-2.

Tiga mata tersebut hadir menerusi jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, beregu pertama, Koo Kien Keat-Tan Boong Heong dan beregu kedua, Goh V Shem-Lim Khim Wah.

Ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek mengakui, beliau kecewa dengan kekalahan yang dialami dua pemain perseorangan negara, Muhamad Hafiz Hashim dan Liew Daren.

"Memang kecewa apabila dua pemain perseorangan kita tewas. Namun, apa-apa pun kita tetap menang kerana memang itulah matlamat utama kita apabila berdepan Hong Kong bagi layak ke peringkat suku akhir.

"Saya berharap pemain-pemain ini akan kembali bangkit untuk berdepan dengan Korea Selatan esok (hari ini)," kata Rashid ketika ditemui sejurus tamat perlawanan semalam.

Ditanya sama ada Hafiz berkemungkinan akan direhatkan pada pertemuan dengan Korea Selatan, Rashid berkata: "Jika kita lihat prestasi serta rekod, Hafiz lebih baik berbanding dua lagi pemain perseorangan (Daren dan Mohamad Arif Abdul Latif).

"Namun, saya hanya akan membuat keputusan selepas berbincang dengan jurulatih lain dan pemain-pemain untuk tahu keadaan mereka."

Tampil sebagai pemain No.1 dunia, Chong Wei menghadiahkan mata pertama buat skuad negara apabila mencatatkan kemenangan 21-18, 22-20 ke atas Wong Wing Ki.

Rentak kecemerlangan tersebut diteruskan beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menang mudah 21-9, 21-1 4ke atas Lo Lok Kei-Leung Chun Yiu.

Kem skuad negara cemas seketika selepas Hafiz tumbang di tangan Hu Yun 20-22, 18-21.

Mujur, beregu kedua, Goh V Shem-Lim Khim Wah muncul sebagai penyelamat apabila menghadiahkan mata kemenangan buat skuad negara selepas mengenepikan Wong Wai Hong-Lee Chun Hei 21-14, 21-16.

Hasrat untuk menyaksikan Daren memberikan mata keempat tidak kesampaian apabila dia tewas 21-17, 16-21, 19-21 Chan Yan.

Saiful Apek positif dadah

Posted: 14 Feb 2012 10:29 PM PST

 
SAIFUL Apek berjalan keluar selepas kesnya ditangguhkan pada 27 Mac depan oleh Mahkamah Majistret, Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Pelawak terkenal Saiful Apek dan tiga rakannya disahkan positif dadah ganja selepas menjalani ujian air kencing susulan penahanan mereka di sebuah kondominium di Bandar Sunway, dua tahun lalu.

Menurut Sarjan M. Sanggar, 48, dia diarahkan membuat ujian berkenaan oleh Cif Inspektor Shaifuddin Mohd. Zulkifli, 31, yang mengetuai serbuan terhadap keempat-empat tertuduh di sebuah unit kondominium No. 306, Blok C, Sunway Kondominium, Bandar Sunway pada pukul 10 malam, 12 Jun 2010.

Namun Sanggar mengakui telah melakukan kesilapan pada butiran label bekas air kencing milik Saiful Apek dan tertuduh wanita, Noremy Mohamad apabila menulis tarikh 12 September 2010 sedangkan tarikh sebenar ialah 12 Jun 2010.

Ketika diminta peguam Zambri Idrus yang mewakili tertuduh untuk menjelaskan kesilapan tersebut, saksi berkata, tidak apa yang perlu dijelaskan kerana ia memang kesilapannya.

Zambri kemudian menuduh Sanggar berbohong dan kemungkinan barang kes telah diganggu namun anggota itu menafikan.

Mangsa AGE lebih 3,000 orang

Posted: 14 Feb 2012 10:24 PM PST


PESAKIT AGE, Nurul Izzatul Sofea Mohd. Johari, 4, ditemani oleh ibunya, Nurul Firdaus Osman, 32, semasa dirawat di Hospital Tapah semalam.



IPOH - Sebanyak 251 kes baharu direkodkan semalam oleh Jabatan Kesihatan Perak melibatkan wabak acute gastroenteritis (AGE), menjadikan jumlah keseluruhan mangsa telah meningkat kepada 3,068 orang.

Pengarahnya, Datuk Dr. Ahmad Razin berkata, jumlah tersebut membabitkan 180 kes yang dilaporkan di daerah Hilir Perak manakala 71 lagi di Batang Padang.

"Di Hospital Teluk Intan, seramai enam pesakit terpaksa ditahan di wad bagi menerima rawatan manakala Hospital Tapah menerima sembilan kes baharu.

"Bagaimanapun, masing-masing enam dan tiga pesakit yang ditahan di Hospital Teluk Intan dan Hospital Tapah dibenarkan pulang hari ini (semalam)," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Wabak AGE yang menyerang dua daerah di negeri ini sejak dua minggu lalu telah menyebabkan dua kematian di Hilir Perak yang masing-masing melibatkan bayi berusia 10 bulan dan dua bulan.

AGE yang berpunca daripada sejenis virus digelar rotavirus, merebak melalui air sehingga menyebabkan mangsa muntah, demam dan dehidrasi.

Berikutan itu, beberapa sampel air di daerah Batang Padang dan Hilir Perak dan Loji Air Bukit Temoh diuji bagi mengesan punca utama penularan wabak itu.

Sebarang pertanyaan mengenai wabak AGE boleh dibuat terus kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak melalui talian 05-2533489 atau 05-2533012.

Krim kulit ada logam berbahaya

Posted: 14 Feb 2012 10:23 PM PST

 
SALAH satu produk jenis krim penjagaan muka jenama Yoko yang dilarang pengunaannya kerana boleh membawa kesan mudarat kepada pengguna.


PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli dan menggunakan Daily Protecting Cream: Jole et Beaute dan beberapa jenis krim penjagaan muka jenama Yoko berikutan penemuan logam berat merkuri dalam produk-produk itu.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian itu, Datuk Eisah A. Rahman berkata, jenis krim Yoko yang dilarang penggunaannya adalah Yoko Whitening Cream Ginseng & Pearls, Yoko Whitening Cream With SPF-15, Yoko Yogurt Milk Whitening Cream, Yoko Beauteen Sunflower Whitening Cream, Yoko Freckle Cream, Yoko Whitening Cream dan Yoko Whitening Extract.

Menurutnya, penggunaan produk keluaran dari Jepun itu boleh membawa kesan mudarat kepada pengguna kerana logam merkuri boleh diserap melalui kulit apabila disapu secara luaran dan cenderung berkumpul dalam badan.-kosmo-

Lelaki Iran letup bom di Bangkok

Posted: 14 Feb 2012 10:15 PM PST


SEORANG pakar pemusnah bom yang bekerja meniarap di lokasi kejadian di kawasan Ekamai di tengah Bangkok semalam.



BANGKOK - Seorang lelaki Iran parah di ibu kota Thailand di sini semalam apabila sebutir bom yang dibawanya meletup dan menyebabkan satu kakinya putus serta mencederakan lima yang lain, kata polis dan beberapa pegawai kerajaan.

Namun, mereka enggan membuat sebarang spekulasi sama ada lelaki berkenaan terbabit dalam aktiviti kumpulan militan.

Terdahulu, terdapat satu letupan kecil di sebuah rumah yang disewa lelaki tersebut di kawasan kejiranan Ekamai, pusat bandar raya ini dengan satu lagi letupan kecil berlaku di sebatang jalan berdekatan tidak lama kemudian.

"Polis berjaya mengawal situasi. Adalah dipercayai bahawa suspek mungkin menyimpan lebih banyak bahan letupan di rumah sewanya," kata jurucakap kerajaan, Thitima Chaisaeng kepada wartawan.

Polis berkata, mereka sedang memburu dua lagi lelaki yang tinggal di kediaman tersebut.

"Kami menemui pasport lelaki yang cedera itu. Ia adalah pasport Iran dan dia memasuki negara ini melalui Phuket dan tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada 8 Februari lalu," kata ketua polis, Jeneral Bansiri Prapapat kepada agensi berita Reuters.

Polis kemudian memberitahu, seorang suspek berkenaan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, di sini malam semalam.

Seorang lagi pegawai polis, Winai Thongsong memberitahu, lelaki berkenaan ditahan semasa mahu menaiki penerbangan menuju ke negara jiran, Malaysia.

Menurutnya, pihak berkuasa sedang menyoal siasat suspek tetapi setakat ini masih tidak dapat dipastikan sama ada dia terbabit dalam siri letupan semalam.

Ketiga-tiga letupan itu berlaku sehari selepas dua serangan bom disasarkan terhadap staf Kedutaan Israel di India dan Georgia.

Rejim Zionis menuduh Iran dan sekutunya, kumpulan Hizbollah di Lebanon sebagai bertanggungjawab untuk melakukan serangan tersebut.

Iran, bagaimanapun, menafikan terbabit dalam pengeboman di New Delhi dan Tbilisi tersebut.

Sementara itu, akhbar Israel semalam melaporkan serangan di India dan Georgia dibimbangi merupakan gelombang serangan terhadap warga Israel di luar negara.

Akhbar Haaretz melaporkan dua serangan kelmarin bertujuan untuk membalas pembunuhan empat saintis Iran sejak dua tahun lalu yang didakwa Teheran, didalangi Israel.

Dalam perkembangan berkaitan, polis Israel meningkatkan keadaan berjaga-jaga di Israel semalam selepas kakitangan kedutaan di India dan Georgia dijadikan sasaran serangan bom.

"Polis Israel meningkatkan tahap berjaga-jaga di Israel dengan penekanan diberikan kepada kawalan keselamatan di tempat awam termasuk kedutaan asing dan kawasan yang memiliki kepentingan asing seperti lapangan terbang," kata Ketua Polis, Micky Rosenfeld. - Agensi

Penduduk ukur lelaki paling pendek dunia

Posted: 14 Feb 2012 08:57 PM PST


 
DUA penduduk mengukur ketinggian Chandar Bahadur Dangi dekat rumahnya di Kampung Reemholi di Nepal pada Khamis lalu.



KAMPUNG REEMKHOLI, Nepal - Ketinggian seorang lelaki berusia 72 tahun, Chandra Bahadur Dangi yang mendakwa menjadi lelaki paling pendek di dunia telah diukur oleh beberapa penduduk kampung dekat rumahnya di sini pada Khamis lalu.

Kampung lelaki itu terletak 540 kilometer ke barat daya bandar Kathmandu.

Dia menunggu pengesahan daripada para pegawai Guinness World of Records berhubung dakwaannya itu.

Ketinggian lelaki itu cuma 56 sentimeter dan punca dia kelihatan rendah masih menjadi misteri.

Sehingga kini, rekod lelaki terpendek di dunia dipegang oleh warga Filipina, Junrey Balawing dengan ketinggian 59.93 sentimeter.

- Agensi

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)

Posted: 14 Feb 2012 08:39 PM PST

http://1.bp.blogspot.com/-OGoVGR1LMrQ/TznMEX5wEKI/AAAAAAAAD-4/1CZ5kyPIyxs/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPengurusan%2BAset%2BAir%2BBerhad%2B%2528PAAB%2529.jpg

We are looking for suitable and qualified candidates who are willing to accept the challenges and grow together with us in developing the Nation's water supply and sewerage infrastructure for the benefit of all Malaysians. We offer an attractive package and excellent benefits to commensurate with your qualification and work experience:

1. Executive
2. Clerk
3. Clerk
4. QA Engineer
5. IT Executive - Application Support
6. Document Controller Assistant

DOWNLOADS JOBS REQUIREMENTS

How to Apply:-
Interested and qualified candidates are required to submit applications with resume stating current and expected salary, a non-returnable passport sized photograph to the following address:

Senior Manager, Human Resource Department
24th Floor, Menara Multi Purpose,Capital Square
8, Jln Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur

Fax no: 03- 2614 5588 or Email: recruitment@paab.my

Closing Date: 21 February - 28 February 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)

Posted: 14 Feb 2012 08:29 PM PST

http://2.bp.blogspot.com/-lvG2ddXSASg/TznMFH7ScKI/AAAAAAAAD_Q/85y9xBmgvDY/s1600/Jawatan%2BKosong%2BMajlis%2BUgama%2BIslam%2BDan%2BAdat%2BResam%2BMelayu%2BPahang%2B%2528MUIP%2529.GIF

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada Rakyat Negeri Pahang untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :-

1. Guru Hafiz Al-Quran Masjid

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
i) Semua permohonan hendaklah disertakan salinan-salinan sijil dan dokumen yang disahkan.

ii) Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :-

TIMBALAN YANG DIPERTUA,
MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM
MELAYU PAHANG,
KOMPLEKS ISLAM SULTAN HAJI AHMAD SHAH (KISHAS),
26600 PEKAN


Tarikh Tutup Permohonan Pada 29 Februari 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)

Posted: 14 Feb 2012 08:27 PM PST

http://4.bp.blogspot.com/-xHYxpEEywgs/TznO2ROvcmI/AAAAAAAAEAk/dyKmGnZhKAs/s1600/Jawatan%2BKosong%2BLembaga%2BKemajuan%2BBintulu%2B%2528BDA%2529.png

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan kurang dari 54 tahun pada tarikh tutup iklan dan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan berikut di Lembaga Kemajuan Bintulu.

1. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN GRED KP32
2. PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP26
3. PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP22
4. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP14
5. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J41
6. PELUKIS PELAN GRED J17

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
a. Lengkapkan maklumat dengan betul dan benar

b. Sila email borang yang telah lengkap ke bdahrs@yahoo.com dengan SEGERA

c. Sijil-sijil perlu dihantar melalui pos laju ke alamat yang dinyatakan dibawah

d. Pastikan no. telefon diberi boleh dihubungi kerana pihak kami akan menghubungi tuan/puan pada bila-bila masa untuk makluman temuduga dan sebagainya

e. Calon yang layak bagi Jawatan 1 hingga Jawatan 4 akan ditemuduga pada 20 hingga 21 Februari 2012 di Wisma Bintulu, Ibu Pejabat BDA, No. 1, Jalan Tanjung Kidurong, Bintulu.

Sila hantar permohonan ke alamat di bawah

PENGURUS BESAR
LEMBAGA KEMAJUAN BINTULU
IBU PEJABAT
WISMA BINTULU
NO.1, JALAN KIDURONG,
PETI SURAT 55
97007 BINTULU

(U.P.: SEKSYEN PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA)

Tarikh Tutup Permohonan Pada 17 Februari - 3 Mac 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Pejabat Kewangan Negeri, Negeri Sembilan (PKWNS)

Posted: 14 Feb 2012 08:26 PM PST

http://4.bp.blogspot.com/-eb9KN-mtxgw/TznME-bVeoI/AAAAAAAAD_E/OpxUyXZFqBI/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPejabat%2BKewangan%2BNegeri%252C%2BNegeri%2BSembilan%2B%2528PKWNS%2529.jpg

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan kepada rakyat Negeri Sembilan) bagi memenuhi jawatan berikut:

1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang (S.P.A 1 - Pin 7/91) yang boleh didapati di Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Kewangan Negeri, Negeri Sembilan.

b) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen yang diakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan Dan Profesional seperti berikut:

i. Kad Pengenalan
ii. Sijil Kelahiran
iii. Sijil-sijil Peperiksaan Persekolahan/Politeknik/Kolej/Universiti
iv. Sijil-sijil dan dokumen lain yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
v. Sekeping gambar terkini berukuran passport dilekatkan di sudut kanan Borang S.P.A. 1 - Pin 7/91.
vi. Bagi calon yang lahir di luar Negeri Sembilan hendaklah mengemukakan salinan sijil lahir ibu/bapa yang membuktikan kelahiran Negeri Sembilan

c) Di penjuru atas sebelah kiri sampul surat berkenaan hendaklah ditulis dengan HURUF BESAR YANG JELAS NAMA JAWATAN YANG DIPOHON

d) Di penjuru bawah sebelah kiri sampul surat berkenaan hendaklah ditulis NAMA DAN ALAMAT PENUH PEMOHON

e) Permohonan daripada kakitangan Jabatan kerajaan, badan berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing.

f) Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:

YB. Pegawai Kewangan Negeri Sembilan
Pejabat Kewangan Negeri
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tingkat 5, Blok D, Wisma Negeri
70503 Seremban

(u.p: Bahagian Khidmat Pengurusan)

Tarikh Tutup Permohonan Pada 23 Februari 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM)

Posted: 14 Feb 2012 08:25 PM PST

http://2.bp.blogspot.com/-pnxJHeJixjI/TznMENUaH7I/AAAAAAAAD-g/5a6y3b0JF6Q/s1600/Jawatan%2BKosong%2BInstitut%2BPiawaian%2Bdan%2BPenyelidikan%2BPerindustrian%2BMalaysia%2B%2528SIRIM%2529.jpg

SIRIM Berhad merupakan sebuah anak syarikat milik penuh kerajaan yang terlibat di dalam pembangunan teknologi dan penyelidikan serta perkhidmatan kualiti. Kami sedang mencari individu yang bermotivasi tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. ENGINEER PG20
2. JURUTEKNIK PG14
3. PEMBANTU PENYELIDIK PG13

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN & PERMOHONAN ONLINE

Permohonan hendaklah dilakukan secara online melalui LINK yang diberikan. Sila pastikan semua profile pemohon adalah lengkap dan betul untuk disenarai pendek bagi jawatan ini.

Tarikh Tutup Permohonan 17 Februari 2012

No comments: