Wednesday 15 February 2012

Budak Technician

Budak Technician


Tolak Zarina Anjoulie, Pilih Anne Ngasri - Aliff Aziz

Posted: 14 Feb 2012 05:22 AM PST


Kontroversi serta pergaduhan antara penyanyi, Aliff Aziz dan pelakon seksi, Zarina Anjoulie yang terpapar di laman sosial, Twitter masih belum reda apabila masing-masing bertindak untuk tidak mengulas lanjut.

Kontroversi itu tercetus apabila Zarina Anjoulie mendakwa Aliff Aziz telah menipunya dan meminta penyanyi Singapura itu meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan menerusi akaun Twitter miliknya pada minggu lalu.

Selain itu, Zarina Anjoilie turut menghantar entri melalui Twitter Aliff Aziz dengan seakan-akan mengugut bahawa dia ada menyimpan video yang dikatakan mempamerkan kelakuan Aliif yang sedang mabuk.

Lebih hangat lagi, dalam entri yang dihantar oleh Zarina kepada Aliff itu juga, ada menyebut nama pelakon Anne Ngasri yang dikatakan ada bersama Aliff.

Namun pelatun lagu Kalau Cinta itu ketika dihubungi oleh portal murai.com.my tidak dapat menjelaskan dakwaan tersebut sebaliknya mengaku intim berkawan dengan Anne.

"Saya tidak dapat memberi apa-apa penjelasan atau komen mengenai apa yang dinyatakan oleh Zarina dalam laman sosial tersebut.

"Bukan sebab takut atau hendak lari dari masalah, tetapi saya perlu menjaga hati banyak pihak terutama sekali syarikat rakaman saya iaitu Sony Music Sdn Bhd.

"Cuma saya akui, memang apa yang terjadi telah menjejaskan reputasi saya sebagai seorang penyanyi. Namun saya akan tampil untuk memberi penjelasan bila tiba masanya.

"Mengenai Anne pula, saya akui kini memang sedang berkawan rapat dengannya sejak kami sama-sama dipertemukan dalam drama Antara Kita yang bakal ditayangkan di RTM tidak lama lagi," katanya kepada murai.com.my

Mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan janda anak dua itu, Aliff memberitahu Anne adalah satu-satunya teman yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya sejak dia membuat keputusan menetap di Malaysia beberapa bulan lalu.

"Saya memang rapat dan serasi bila bersama Anne. Disebabkan itu saya selesa bila bersamanya dan saya akui memang selalu berhubung serta keluar menghabiskan masa bersama.

"Bagi saya, dialah satu-satunya teman yang mengambil berat mengenai saya selepas syarikat rakaman saya. Dia akan pastikan saya berada dalam keadaan yang baik.

"Dia juga banyak memberi tunjuk ajar saya tentang selok belok indusri terutama dalam bidang lakonan yang saya baru ceburi," luahnya lagi.

Bercakap mengenai masa depan hubungannya dengan Anne, Aliff akui akan menerima Anne jika telah ditetapkan Tuhan, dia adalah jodoh buatnya.

"Ibu bapa saya sangat gembira apabila melihat perubahan positif saya selepas berkawan dengan Anne. Mereka juga turut merestui hubungan kami.

"Mengenai jodoh, saya hanya berdoa kepada Tuhan supaya dipertemukan dengan pasangan yang baik. Jika Anne jodoh saya, Alhamdulillah," tambahnya.

Aliff kini sedang dalam proses menyiapkan lebihan untuk album terbarunya yang bakal berada di pasaran pada 14 Mac depan. -murai-

Mimi Haris Nafi Minum Arak Bersama Ika Nabila

Posted: 14 Feb 2012 04:50 AM PST


Penyanyi, pelakon dan pengacara, Mimi Haris menafikan atas dakwaan bahawa dia dan penyanyi, Ika Nabila dalam keadaan mabuk seperti dalam foto yang tersebar di sebuah blog yang menampakkan dirinya bersama Ika sedang memegang segelas minuman yang didakwa arak.

Mimi Haris yang terkejut dengan dakwaan itu, memperjelaskan foto yang menunjukan rakan baiknya, Ika Nabila yang memegang sejenis minuman keras itu bukanlah minuman keras, sebaliknya sejenis jus sparkling.

"Saya betul-betul terkejut kerana kami tidak pernah melakukannya. Kami hanya minum jus sparkling dan bukannya seperti yang diperkatakan oleh sebuah blog berkenaan.

"Apa yang pasti, gambar itu diambil ketika kami menghadiri majlis hari jadi rakan kami di pusat karaoke dan kami hanya meraikan rakan kami. Itu sahaja.

"Saya rasa ia mula tersebar selepas Ika menggunakan gambar itu sebagai gambar profilnya di BBM (BlackBery Messenger)

"Saya anggap ianya sebagai fitnah kepada saya dan Ika kerana saya tahu apa yang berlaku dan terus terang kami bukanlah peminum arak jauh sekali sedang mabuk ketika itu," katanya ketika dihubungi murai.com.my

Pelakon Kau Dan Aku musim kedua itu juga turut menambah, orang umum tidak sepatutnya membuat sebarang andaian atau spekulasi sebelum bertanyakan perkara sebenar kepadanya atau kepada Ika sendiri.

"Saya rasa, Ika ada hak peribadi sendiri untuk menyiarkan gambar itu dan orang luar tidak sepatutnya sesuka hati membuat spekulasi atau berburuk sangka ke atas gambar tersebut sebelum mengetahui kesahihannya.

"Lagipun kami tahu batas-batasnya bila berada di luar. Lebih-lebih lagi apabila kami adalah public figure.

"Kami mengaku kami memang sedang bersosial kerana ianya majlis sosial, bagi memeriahkan ulang tahun rakan kami. Jadi kami hanya bersuka ria dan dalam masa yang sama tahu batas-batasnya," tambahnya lagi.

Mimi yang baru sahaja tamat kontrak mengacarakan program In-Trend di RTM, kini dalam proses menyiapkan single ketiganya berjudul Sastera Kupu-Kupu bersama NAR Records. -murai-

Cinta Baru Nabila Huda

Posted: 14 Feb 2012 04:19 AM PST


Namanya memang tidak pernah lekang dari sebarang kontroversi. Namun rezeki sentiasa berada di sisi anak kepada lagenda rock tanah air, Amy Search ini.

Majoriti daripada laporan media selalunya menjerumus kepada cerita negatif kepada pemilik nama Nabila Huda Suhaimi.

Terbaru, Nabila Huda dikaitkan pula dengan kisah cinta lokasi apabila dia dilihat sering bersama dengan pendatang baru dunia lakonan, Johan Arrif Asa'ari. Jika dilihat dari kemesraan mereka, memang terdetik sememangnya ada sesuatu antara Nabila dan jejaka yang muda dua tahun daripadanya itu.

Jelas Nabila, 28, dalam kenyataannya di akhbar Harian Metro hujung minggu lalu, kisah cinta lokasi itu timbul apabila keakrabannya dengan gandingannya dalam drama Pelangi Kasih, telah disalah ertikan oleh pihak yang melihat kemesraan mereka berdua.

Luah Nabila, semuanya bermula dengan percubaannya membantu Johan memecahkan tembok malu dan tidak selesa apabila diminta melakonkan babak romantik. Usahanya menjadi apabila Johan berjaya memenuhi kehendak skrip dan pengarah.

"Kami telah mula kenal sebelum Pelangi Kasih lagi. Johan ini orangnya pendiam, merendah diri dan pemalu tetapi sangat menghormati pelakon senior. Faktor itu menyebabkan kadangkala dia segan apabila diminta bergandingan dengan pelakon lain.

"Untuk menghilangkan rasa gugup ketika menjayakan babak romantik dalam Pelangi Kasih, saya mengajaknya berbual dan berkongsi beberapa tips. Tak sangka kami boleh jadi kawan baik. Sudah lama saya tidak ada kawan rapat lelaki. Saya selesa berkongsi apa saja cerita dengannya.

"Dia pun ikhlas dalam persahabatan. Walau orang cakap macam-macam pasal saya, dia tidak kisah dan boleh terima saya seadanya. Jika tidak terikat dengan penggambaran, kami akan lepak dan andai sibuk, kami akan berhubung melalui telefon.

"Sebagai kawan karib, saya turut bertindak sebagai penasihat imejnya. Jika ada penggambaran atau sesi fotografi, dia akan tanya saya apa yang perlu dipakai," jelas Nabila dalam kenyataannya .

Nabila Huda yang kini hidup sendiri selepas bercerai dengan Zaidy Zailani menjelaskan, masih terlalu awal untuk berbicara soal hati dan perasaan.

Apatah lagi mereka masih dalam proses mengenali. Katanya, andai benar ada cinta satu hari nanti biarlah ia hadir tanpa dipaksa. Andai itu takdirnya, Nabila tidak menolak tetapi buat masa ini mereka hanya bersahabat baik. -murai-

Farah Asyikin Berteman Tapi Mesra Dengan Produser Filem?

Posted: 14 Feb 2012 04:14 AM PST


Penyanyi, Farah Asyikin akui kini sedang berkawan dengan seorang jejaka yang juga produser filem sejak dua tahun lalu.

Tidak mahu mengulas lanjut mengenai status sebenar hubungannya dan siapa gerangan jejaka berkenaan yang dilihat menemaninya di majlis pertunangan penyanyi, Farhan semalam, Farah Asyikin berkata dia kini lebih selesa menutup mulut mengenai hal peribadinya.

"Apa yang boleh saya beritahu dia adalah produser filem dan biarlah saya rahsiakan namanya. Saya tidak berani untuk berkata apa-apa mengenai hubungan kami kepada umum. Cukuplah jika saya katakan, kami hanya kawan.

"Ini kerana sudah tiba masanya untuk saya tidak bersifat terbuka bercerita mengenai hal peribadi seperti sebelum ini.

"Saya lebih rela menutup mulut dan membiarkan apa jua spekulasi orang mengenai kelibat kami yang kelihatan bersama.

"Lagipun saya tidak mahu status saya sebagai janda nampak tak baik di mata orang bila saya berbicara mengenai kekasih hati.

"Malah, saya juga tidak mahu mengiyakan atau menidakan kerana apa jua yang akan keluar dari mulut saya, orang di luar sana akan bercakap dan mungkin bersangka buruk.

"Jadi, kerana bukan mudah untuk menyenangkan hati semua orang, lebih baik saya memilih jalan seperti ini," kata Farah Asyikin ketika dihubungi portal, murai.com.my.

Serik untuk berumahtangga lagi selepas lima tahun hidup bersendirian, Farah memberitahu dia kini mahu lebih fokus terhadap dirinya dan kerjayanya sebagai penyanyi.

"Sudah tentu saya serik dan takut untuk berkahwin, tetapi saya cuba untuk tidak berfikiran negatif dan hanya berserah kepada Tuhan berkenaan jodoh saya ini.

"Saya tidak akan memberitahu apa-apa mengenai hubungan cinta saya sehingga saya sudah benar-benar membuat keputusan untuk berkahwin lagi.

"Disebabkan itu, saya kini lebih selesa untuk berbicara mengenai kerjaya saya sebagai penyanyi dan bagaimana saya hendak menyumbangkan sesuatu kepada industri muzik tanah air.

Farah Asyikin bakal tampil dengan single terbaru bertajuk Berpisah Untuk Setia pada penghujung bulan ini.-murai-

Gambar Jelmaan Hantu Yang Pernah Menggemparkan Negara Dahulu Hingga 2012

Posted: 14 Feb 2012 12:26 AM PST




Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahun 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tetang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya. Lagi 9 gambar selepas jump.



2. Hantu Kereta Remuk



Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, telihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.

3. Batu Nisan Mejenguk Di Tingkap



Gambar asal dipaparkan di ondscene.my, perhatikan jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini dikatakan diambil di tempat seram terkenal, Highland Towers.

4. Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalangan




Gambar ini menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang pokok.

5. Jelmaan Di Balai Polis Tinggal




Gambar ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan gambar ini.

6. Lembaga Putih Memegang Batu Nisan




Imej ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan diambil oleh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka, menggunakan kamera berfilem. Lembaga ini muncul di bahagian tepi, sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka.

7. Pocong Di Kawasan Kilang




Gambar ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.

8. Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada




Gambar ini juga terkenal kerana di siarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud.

9. Jelmaan Wanita India Dalam Cermin




Gambar ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh di bilik yang sama sekitar 90′an. Betul atau tidak, Wallahu'alam.

10. Wanita Kebaya Merah




Cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan. Gambar ini juga disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian Utara Semenanjung.
sumber : izyan.com

Whitney Houston Mati Kerana Lemas Dalam Air?

Posted: 14 Feb 2012 12:15 AM PST

LOS ANGELES - Bintang pop Whitney Houston ditemui lemas dalam air dan kelihatan tidak sedarkan diri di bilik air hotel Beverly Hills, kata polis semalam.

Dalam satu kenyataan bertulis untuk menamatkan pelbagai desas-desus mengenai kematiannya, Polis Beverly Hills berkata, pihaknya masih belum mengenal pasti punca yang membawa kepada kematiannya.

Mendiang berusia 48 tahun.

"Houston ditarik keluar dari tempat dia mandi oleh pekerjanya dan juga anggota keselamatan hotel selepas dimaklumkan mengenai kejadian," kata kenyataan itu.

Artis yang berhadapan dengan masalah ketagihan dadah ditemui mati di ruang mandi bilik hotel Beverly Hills pada Sabtu lalu, sehari sebelum majlis Anugerah Grammy, sekali gus mengejutkan rakan, keluarga dan peminat-peminatnya. -MH-

Kuch Kuch Hota Hai Cecah 3 Juta Penonton Selepas Ditayangkan Semula

Posted: 14 Feb 2012 12:00 AM PST


Nampaknya, demam Bollywood di negara masih belum berlalu apabila filem komedi romantik gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol, Kuch Kuch Hota Hai yang disiarkan pada 12 Februari lalu berjaya meraih jumlah penonton tertinggi iaitu hampir 3 juta penonton.

Kuch Kuch Hota Hai terbukti berjaya memberi impak yang hebat bukan sahaja menerusi jalan cerita menarik malah keserasian pelakon-pelakon dalam filem hindi 'box office' tahun 1998 ini memang tidak dapat disangkal lagi.

Walaupun sudah 14 tahun sejak ditayangkan, peminat filem arahan pengarah tersohor, Karan Johar ini masih lagi mengingati jalan cerita malahan ada yang berjaya menghafal lirik lagu-lagunya hingga ke hari ini.

Tentunya dengan sambutan hangat penonton terhadap filem-filem hindi yang disiarkan, tidak mustahil banyak lagi filem-filem hindi 'box office' lain akan ditayangkan untuk tontonan semua. -MH-

Gambar Kad Undangan Perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry Yang Terbaru

Posted: 13 Feb 2012 11:44 PM PST

Debaran 23 Feb 2012 sangat dirasai seluruh peminat Lisa Surihani yang bakal dinikahi oleh Yusry KRU. Kad undangan juga sudah diberikan kepada media-media dan juga rakan-rakan artis. Kad perkahwinan yang cukup simple ini dengan dihiasi raben membuktikan yang Lisa dan Yusry tidak mahu satu pembaziran hanya dengan kad sahaja. Semoga perkahwinan anda berdua nanti mendapat berkat Allah SWT.


gambar Budiey
 
sumber : izyan.com

Gambar Sekitar Sambutan Hari Jadi Neelofa Yang ke-23

Posted: 13 Feb 2012 11:38 PM PST

Selamat ulang tahun kepada pelakon cantik, Neelofa yang ke-23 pada 2 Feb 2012 yang lalu. Sambutan ulang tahun Neelofa juga dibuat oleh kelab peminatnya baru-baru ini. Awal Ashaari difahamkan menjadi host untuk majlis itu. Kek nya yang menarik dan unik dihiasi dengan kasut (kasut betul?). Neelofa mendapat hadiah yang bertubi-tubi bak gunung pemberian pelbagai pihak.

sumber : izyan.com

Beza Roadblock Di Malaysia Dengan Negara Luar

Posted: 13 Feb 2012 11:07 PM PST


Korang pernah tersangkut dengan dengan kesesakkan lalu lintas tak? Mestilah pernah kan...Pada masa tu macam-macam terkeluar dari mulut kita...Maki hamun tu kira perkara biasalah...

Selalunya faktor yang menyebabkan kesesakkan lalulintas ni adalah akibat kemalangan, aktiviti repair jalan, lori rosak lah dan yang paling sakit hati tu kalo ada roadblock!!!

Bagi aku, kalau kemalangan tu aku boleh maafkan lagi lah sebab nak buat macam mana, malang tidak berbau kan...bab repair jalan pun masih boleh dimaafkan juga...tapi yang paling sakit hati tu kalau sesak teruk tu disebabkan oleh golongan yang menjaga keamanan dan keselamatan jalanraya (POLIS).

Kita tak kisah kalau diorang ni nak buat roadblock...sebab kita faham lah itu tugas diaorang...tapi yang tak puas hati tu, kenapa lah roadblock yang diaorang buat tu menyusahkan pengguna lalu lintas. Sebabnya korang tengok sendiri lah gambar yang kawan aku kasi kat bawah ni...

Nilai sendiri lah perbezaan di antara POLIS Malaysia dan Negara luar dari segi cara mereka mengendalikan jenayah lalulintas dan juga dalam masa yang sama mengatasi daripada berlaku kesesakkan... :)







sumber : http://www.facebook.com/dcronnie

Doktor Sahkan Paru-paru Whitney Houston Ada Air

Posted: 13 Feb 2012 09:52 PM PST

Whitney Houston Visited Multiple Doctors Days Before Death

HOTEL Beverly Hilton, California tempat Whitney Houston menginap smeasa dia mati pada Sabtu lalu.

LOS ANGELES - Laporan bedah siasat mendapati paru-paru mayat legenda pop wanita Amerika Syarikat (AS), Whitney Houston mengandungi air, menurut stau laporan berita semalam.

Bagaimanapun, sumber-sumber penguat kuasa undang-undang menyatakan para pemeriksa perubatan perlu mengetahui secara tepat berapa jumlah air dalam paru-parunya sebelum kematian penyanyi berkenaan boleh diputuskan akibat lemas, lapor laman berita hiburan TMZ.com.

Houston ditemui mati di dalam bilik hotelnya di Hotel Beverly Hilton, California, Amerika Syarikat pada Sabtu lalu dan beberapa laporan mendakwa dia ditemui mati di dalam tab mandi.

Pihak berkuasa masih belum lagi menentukan sama ada Houston mati sebelum dia lemas dalam air atau selepas itu kerana masih ada kemungkinan penyanyi tersebut telah mati sebelum memasuki tab mandi.

Walaupun, keputusan bedah siasat penyanyi itu sudah selesai, punca kematiannya tidak boleh ditentukan sehingga keputusan toksikologi diperoleh yang selalunya mengambil masa di antara empat hingga enam minggu.

Penolong Ketua Koroner, Ed Winter enggan memberi komen lanjut tentang keadaan bilik atau sebarang bukti yang ditemui oleh para penyiasat, lapor agensi berita AP.

Winter berkata, tiada tanda-tanda jelas terdapat trauma pada tubuh Houston malah para penyiasat tidak akan memberikan sebarang punca kematian sehingga mereka memperoleh keputusan daripada makmal yang akan diperoleh beberapa minggu lagi.

Pada masa sama, seorang pegawai polis Beverly Hills, Leftenan Mark Rosen berkata, pihaknya mungkin mendedahkan butiran lanjut yang diperoleh mengenai kematian Houston namun ia bergantung sama ada para penyiasat berasa selesa untuk mendedahkan sebarang maklumat.

Pada Sabtu lalu, seorang anggota rombongan Houston menemui penyanyi tersebut yang tidak sedarkan diri di biliknya di Hotel Beverly Hilton hanya beberapa jam sebelum dia sepatutnya menghadiri parti menjelang Anugerah Grammy.

Menurut Rosen, tiada tanda-tanda perbuatan khianat.

Seorang anggota rombongannya mengubungi talian kecemasan 911 sebelum anggota-anggota paramedik tiba untuk memberikan bantuan bagi menyelamatkan nyawa Houston di bilik hotelnya tetapi mereka gagal berbuat demikian sehingga polis tiba.

Houston memang mempunyai sejarah ketagihan dadah sejak 10 tahun lalu.

Dia yang juga penerbit dan bekas model pernah berkahwin dengan penyanyi blues, Bobby Brown pada tahun 1992 sebelum bercerai pada tahun 2007.

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Bobbi Kristina.

Sementara itu, akhbar dalam talian MailOnline melaporkan Houston yang juga bintang filem ditemui lemas dalam tab mandi akibat pengambilan ubat penenang melebihi dos dan minuman keras selepas dia menghadiri parti menjelang Anugerah Grammy.

Antara ubat yang ditemui di biliknya ialah Lorazepam, Valium, Xanax dan ubat tidur.

Ubat-ubat itu dipercayai digunakan sebagai penenang yang menyebabkan dia tertidur dalam tab mandi sebaik sahaja bercampur dengan arak dalam tubuhnya.

Sebelum kematiannya, Houston kelihatan berpeluh dan tidak kemas ketika dia meninggalkan kelab malam Tru Hollywood pada malam Khamis lalu.

Dia juga berparti dengan sekumpulan besar rakannya sebelum pulang ke hotel tempat dia ditemui mati pada Sabtu lalu. - Agensi

Dedah payudara semasa cuaca sejuk melampau di Moscow

Posted: 13 Feb 2012 09:05 PM PST

BEBERAPA kakitangan lelaki syarikat Gazprom mengusung seorang wanita daripada kumpulan FEMEN yang mendedhakan payudaranya di depan ibu pejabat syarikat itu di Moscow semalam.

MOSCOW, Rusia - Tiga aktivis pergerakan hak wanita, FEMEN dari Ukraine sanggup mendedahkan payudara mereka semasa melakukan tunjuk perasaan dalam suasana sejuk melampau di depan ibu pejabat syarikat gergasi gas semula jadi Gazprom di sini semalam.

Mereka yang hanya memakai seluar panjang mendedahkan payudara sambil memegang poster yang mengandungi mesej mengutuk tindakan syarikat Gazprom.

Ketiga-tiga wanita itu mendedahkan payudara semasa suhu mencecah -22 darjah Celsius.

Salah satu poster itu mengandungi mesej yang menyamakan Ketua Pegawai Eksekutif Gazprom, Alexei Miller dengan ketua polis rahsia pada zaman pemerintahan pemimpin Adolf Hitler di Jerman, Heinrich Mueller.

Tunjuk perasaan itu dibuat kerana Ukraine dan Rusia gagal mencapai penyelesaian berhubung harga gas sejak beberapa bulan lalu.

Namun, ketiga-tiga wanita itu diusir keluar dari ibu pejabat tersebut oleh kakitangan lelaki syarikat Gazprom.

- Agensi

Askar AS gigit daging mentah ular tedung

Posted: 13 Feb 2012 08:55 PM PST

SEORANG askar marin Amerika Syarikat menggigit daging mentah seekor ular tedung manakala kepalanya dililit dengan kulit haiwan itu.

SATTAHIP, Thailand - Seorang askar Amerika Syarikat (AS) merasai daging mentah seekor ular tedung di sebuah pangkalan tentera laut di sini semalam.

Askar itu menggigit daging mentah ular tersebut manakala kulit haiwan tersebut dililitkan pada kepalanya.

Kira-kira 13,000 anggota tentera daripada tujuh buah negara menyertai latihan ikhtiar hidup itu.

Anggota-anggota tentera Malaysia, Indonesia, Korea Selatan, Thailand, AS, Singapura dan Jepun menyertai latihan tersebut.

Dalam latihan itu, askar-askar minum darah ular dan menggunakan tangan untuk memisahkan kepala ayam jantan daripada badan. Mereka turut memakan serangga. - Agensi

Kakak angkat Garnier

Posted: 13 Feb 2012 08:51 PM PST



BERGELAR anak yatim piatu tanpa kasih sayang yang sempurna daripada ibu dan ayah amat memeritkan. Apatah lagi melihat rakan-rakan sekeliling yang berpeluang berkongsi cerita dan menikmati kebahagiaan dalam sebuah keluarga yang lengkap.

Pastinya sekelumit perasaan cemburu timbul dalam lubuk hati. Namun, mereka pasrah dengan ketentuan Ilahi kerana setiap yang berlaku itu ada hikmaknya.

"Siapa yang tak cemburu melihat rakan-rakan sekeliling bermesra bersama keluarga tercinta sedangkan anak-anak yatim pula sebaliknya. Mereka hanya mampu menagih perhatian dan belaian daripada petugas di rumah kebajikan.

"Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya sendiri. Kesempatan mengunjungi rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong, Selangor merungkai kisah manis dan pahit. Rupa-rupanya anak yatim perempuan bukan saja memerlukan sumbangan dari segi kewangan atau pun barangan malah, mereka turut dahagakan kasih sayang sahabat merangkap kakak," jelas duta produk Garnier dan pelakon Lisa Surihani pada majlis pelancaran program Sinar Cahayaku anjuran jenama penjagaan diri dan kulit Garnier di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Tutur Lisa yang manis berbaju kurung, pada mulanya anak-anak yatim berkenaan malu untuk berbicara. Namun, lama-kelamaan mereka tanpa segan silu bercerita perihal sekolah serta peribadi masing-masing.

Situasi tersebut jelas menunjukkan betapa pentingnya peranan seorang kakak berdampingan bersama mereka untuk memberi sokongan dan bantuan.

Tambah pelakon utama Papa I Love You itu: "Paling menyedihkan apabila segelintir anak-anak yatim ini meluahkan mereka sering dibuli di sekolah. Mereka juga diugut sekiranya mengadu kepada cikgu.

"Seharusnya perkara seperti ini tidak berlaku kerana anak-anak ini mempunyai hati dan perasaan sama seperti insan lain.

Tekan butang Like

Sementara itu, pakar motivasi Zawiah Hassan menyokong usaha murni pihak Garnier yang peka terhadap keadaan anak yatim perempuan di Malaysia. Ini disebabkan mereka sememangnya memerlukan panduan daripada seorang wanita matang yang mempunyai pengalaman fasa daripada seorang gadis ke seorang wanita.

"Hubungan kakak dan adik angkat ini boleh menggalakkan jalinan kasih sayang yang positif," kata Zawiah. Program Sinar Cahayaku turut mendapat sokong daripada selebriti Heliza Helmi dan Wardina Saffiyah.

Dalam pada itu, Pengurus Pemasaran Garnier, Elena Kho, menyatakan program Sinar Cahayaku diinspirasi daripada prinsip jenama Garnier iaitu Take Care.

Ini membawa maksud selain menjaga diri sendiri, masyarakat juga perlu menjaga orang sekeliling khususnya insan yang kurang bernasib baik.

Bagi mereka yang ingin menjadi kakak angkat untuk program Sinar Cahayaku, layari laman sosial Facebook Garnier Malaysia dan tekan butang Like pada Sinar Cahayaku. - IZYAN LIYANA MOHD. DARIF

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Institut Diplomasi Dan Hubungan Luar Negeri (IDFR)

Posted: 13 Feb 2012 07:24 PM PST

http://2.bp.blogspot.com/-KpEuULPOARo/TzhlGkPZNuI/AAAAAAAAD-I/eTX44zFIJ_w/s1600/Jawatan%2BKosong%2BInstitut%2BDiplomasi%2B%2526%2BHubungan%2BLuar%2BNegeri%2B%2528IDFR%2529.png

The Institute of Diplomacy and Foreign Relations (IDFR) established for the purpose of training Foreign Service officers under the Ministry of Foreign Affairs is seeking candidates who are results-driven and with the passion for performance excellence, perseverance and proactiveness to join the Institute and be part of its team for the following position:

1. PENGARAH BAHAGIAN BAHASA (GRED 54)
2. PEGAWAI BAHASA MANDARIN (GRED 41)

DOWNLOADS JOBS REQUIREMENTS

How to Apply:-
Interested candidates are invited to submit their applications stating the position applied for together with detailed curriculum vitae which include qualifications, work experience and contact details. Please also enclose copies of academic certificates, identification card and passport sized photograph and send them to:

The Director General
Institute of Diplomacy and Foreign Relations
Ministry of Foreign Affairs
Jalan Wisma Putra
50460 Kuala Lumpur


Closing date: 17 February 2012

(Only shortlisted candidates will be notified)

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

Posted: 13 Feb 2012 07:21 PM PST

http://1.bp.blogspot.com/-ZOC29YC3990/TzhlGtJoBeI/AAAAAAAAD-U/L2sxtDC0Cpg/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPerbadanan%2BKemajuan%2BFilem%2BNasional%2BMalaysia%2B%2528FINAS%2529.gif

Sejajar dengan tanggungjawab sebagai pemangkin kepada kecemerlangan industri perfileman Malaysia, FINAS berusaha melaksanakan pelbagai transformasi untuk melangkah ke Persada Dunia. Bagi memenuhi matlamat tersebut, FINAS menjemput warganegara Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman dan berminat dalam bidang perfileman serta berdedikasi bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. PENYUNTING (PASCA PRODUKSI)
2. PENYUNTING (SINEMA MALAYSIA)
3. PENULIS (SINEMA MALAYSIA)
4. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
5. JURUTEKNIK KOMPUTER
6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan dialamatkan kepada :

Ketua Pengarah
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor

(u.p. : Unit Pengurusan Sumber Manusia)

Tarikh Tutup Permohonan Pada 29 Februari 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (J-BioTech)

Posted: 13 Feb 2012 07:11 PM PST

http://2.bp.blogspot.com/-JdUTxXtjIhU/Tzc1nM0QkyI/AAAAAAAAD9Y/PwDLMKUQpwY/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPerbadanan%2BBioteknologi%2Bdan%2BBiodiversiti%2BNegeri%2BJohor%2B%2528J-BioTech%2529.jpg

Permohonan adalah dipelawa daripada kalangan rakyat Negeri Johor untuk mengisi jawatan berikut di Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor :-

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
2. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK (MIKROBIOLOGI)
3. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
i. Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor, yang boleh didapati di Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor, Block 2, UTM-MTDC Innovation Centre, Tecnovation Park, 81300 Skudai, Johor atau di www.jbiotech.gov.my. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat berkenaan semasa memohon dan mengembalikan borang-borang permohonan bersama wang pos sebanyak RM 1.00 atas nama Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor.

ii. Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masingmasing mengikut Perintah Am Bab A Bil. 21.

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Bioteknologi Dan Biodiversiti Negeri Johor
Block 2, UTM-MTDC Innovation Centre
Technovation Park
81300 SKUDAI, JOHOR

No. Tel : 07-5208810 atau 07-5207810
No. Fax : 07-5207811
E-mail : info@jbiotech.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan Pada 17 Februari 2012

No comments: